RABU TATABAHASA 7 JULAI 2021
AYAT TUNGGAL DAN AYAT MAJMUK
A) Ayat Tunggal
1. Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat
sahaja.
2. Contoh ayat tunggal :
1 Subjek 1 Predikat
Saya sakit.
Rumah Ali cantik.
Ahmad tidak pergi ke sekolah hari ini.
RABU TATABAHASA 7 JULAI 2021
B) Ayat Majmuk
1. Ayat majmuk ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu subjek atau
predikat yang digabungkan dengan kata hubung.
2. Contoh ayat majmuk :
Ayat majmuk Kata hubung Ayat tunggal
Suhaili suka makan nasi lemak dan mi dan (a)
sup. (b) Suhaili suka makan nasi lemak.
Rumah yang besar itu rumah Fazli. yang (a) Suhaili suka makan mi sup.
(b) Rumah itu besar.
Dia memberitahu bahawa kakaknya Rumah itu rumah Fazli.
akan melanjutkan pelajaran ke luar bahawa (a) Dia memberitahu.
Negara. (b) Kakaknya akan melanjutkan
Dia akan balik ke kampung apabila ada pelajaran ke luar Negara.
masa lapang. apabila (a) Dia akan balik ke kampung.
(b) Dia ada masa lapang.
RABU TATABAHASA 7 JULAI 2021
Contoh menukar ayat tunggal kepada ayat majmuk
1. Ah Boon pergi ke pasar raya. Ibu Ah Boon pergi ke pasar raya.
Mereka membeli gula. Mereka membeli ikan.
Ayat majmuk : Ah Boon dan ibunya pergi ke pasar raya untuk membeli
gula dan ikan.
2. Hetty gemuk. Kakak Hetty kurus.
Ayat majmuk : Hetty gemuk tetapi kakaknya kurus.
RABU TATABAHASA 7 JULAI 2021
Contoh menukar ayat majmuk kepada ayat tunggal
1. Kaum lelaki atau kaum perempuan digalakkan melabur.
Ayat tunggal 1 : Kaum lelaki digalakkan melabur
Ayat tunggal 2 : Kaum perempuan digalakkan melabur juga.
2. Razak mengambil sebuah buku cerita lalu membaca buku itu.
Ayat tunggal 1 : Razak mengambil sebuah buku cerita.
Ayat tunggal 2 : Razak membaca buku itu.
RABU TATABAHASA 7 JULAI 2021
Latihan Pengukuhan
(A) Nyatakan sama ada ayat-ayat di bawah ayat tunggal atau ayat majmuk.
1. Peserta yang pengsan itu bernama Sulaiman. ___________
2. Adik saya suka menonton rancangan kartun. ____________
3. Wanita yang berambut panjang itu ialah Cikgu Soon. _____________
4. Sakinah akan berasa kecewa jika dia gagal dalam pertandingan itu. __________
5. Encim Rahman sedang menyapu daun-daun kering. ______________
6. Kucing itu mengiau kerana lapar. ______________
7. Cikgu Anita memakai baju batik hari. ______________
8. Mereka bertiga pergi ke kantin. ______________
9. Gopal masih mempunyai datuk dan nenek. ______________
10. Hartawan itu sangat kedekut. _______________
RABU TATABAHASA 7 JULAI 2021
Latihan Pengukuhan
(B) Gabungkan ayat-ayat tunggal di bawah ini supaya menjadi satu ayat majmuk.
1. Murid-murid itu menunggu bas di perhentian bas.
Murid-murid itu berbual-bual dengan rakannya.
2. Pertandingan syarahan itu diwakili oleh Rohana?
Pertandingan syarahan itu diwakili oleh Lee Kiat?
3. Motosikal itu rosak.
Motosikal itu kepunyaan Pak Halim.
RABU TATABAHASA 7 JULAI 2021
Latihan Pengukuhan
(B) Gabungkan ayat-ayat tunggal di bawah ini supaya menjadi satu ayat majmuk.
4. Pak Leman berjaya menyeberangi sungai itu.
Pak Leman menggunakan sebuah perahu kecil.
5. Salmah baring di atas sofa.
Salmah tertidur di atas sofa.
6. Ramli mengayuh basikal untuk pergi ke sekolah.
Ramu mengayuh basikal untuk pergi ke sekolah.
RABU TATABAHASA 7 JULAI 2021
Latihan Pengukuhan
(C) Tukarkan ayat di bawah menjadi tiga ayat majmuk.
Pasar malam itu diadakan di Jalan Tunku Abdul Rahman. Pasar malam itu diadakan
pada hari Jumaat. Pasar malam itu menjual pelbagai barang. Barang yang dijual
berharga murah. Ramai pengunjung datang ke situ. Mereka datang dari seluruh
Kuala Lumpur.Mereka ingin menikmati suasana pasar malam di situ. Pasar malam
itu sungguh meriah. Golongan muda tidak melepaskan peluang. Mereka berkunjung
ke pasar malam itu. Mereka pergi bersama ibu bapa. Mereka pergi bersama rakan-
rakan.
RABU TATABAHASA 7 JULAI 2021
Jawapan
1.
2.
3.