Tragedi 13 mei
MUHAMMAD ROSHIDI BIN RAMLI
16DEE21F1042
Awatif nur fitrahaiman bt Abdullah sani
16dee21f1014
Pn siti aishah bt osman
Isi kandungan Muka surat
Perkara 2
Pengenalan
Latar belakang
Punca-punca tragedi 13 mei
Kesan tragedi 13 mei dalam sejarah malaysia
Pengajaran
Rumusan
Rujukan
Teach a Course
Pengenalan TRAGEDI
13 MEI
Tragedi 13 Mei 1969 merupakan satu tragedi berdarah yang banyak
meninggalkan kesan terhadap politik, ekonomi dan sosial kepada masyarakat
Malaysia. Tragedi 13 Mei sememangnya bukan suatu peristiwa yang berla
ku secara tiba- tiba atau kerana sebab -sebab yang spontan tetapi lanya
merupakan suatu rentetan kepada peristiwa yang telah berlaku
sebelumnya. Hal ini dapat dilihat semasa penduduk Jepun di Tana Melayu
yang merupakan salah satu factor yang turut menyumbang kepada tragedi
13 Mei. Selain itu, kesan peninggalan penjajah inggeris juga boleh dilihat
sebagai punca kepada tragedi tersebut.Hal ini kerana amalan diskriminasi
yang digubal oleh inggeris contohnya ialahi mereka telah merenggangkan
lagi hubungan antara kaum di Tanah Melayu.
LATAR BELAKANG 4
Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik dari kalangan
parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal Bangsa Malaysia berkaitan dengan Bahasa
Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai bumiputera dan hak
kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah memberi kesempatan kepada ahli-ahli politik yang
ingin mendapatkan faedah daripadanya dalam pilihanraya. Pada pilihanraya umum 1969, Parti
Perikatan yang dianggotai oleh UMNO, MCA dan MIC gagal memperolehi majoriti 2/3 di
parlimen walaupun mash berjaya membentuk kerajaan persekutuan. Hal in disifatkan oleh parti
pembangkang sebagai satu kemenangan yang bear buat mereka. Jumlah kerusi yang dimenangi Parti
Perikatan dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964
kepada 66 kerusi pada tahun 1969. Parti Gerakan Rakyat Malaysia(Gerakan), Parti Tindakan
Demokratik (DAP) dan Parti Progresif Rakyat (PPP) menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat
manakala PAS menang 12 kerusi. Pihak pembangkang yang memperoleh pencapaian gemilang dalam
pilihanraya telah meraikan kemenangan mereka dengan berarak pada 11 Mei 1969. Perarakan
tersebut sebenarnya tidak
Teach a Course
bermotif untuk menimbulkan isu perkauman, Namun, terdapat segelintir pengikut perarakan (identiti
mereka tidak dapat dikenal pasti) telah mengeluarkan slogan-slogan bersifat sensitif berkenaan is
perkauman semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya sekitar bandaraya Kuala Lumpur.
Perarakan turut dijalankan pada 12 Mei 1969 di mana kaum Cina berarak menerusi kawasan Melayu,
melontar penghinaan sehingga mendorong kepada kejadian tersebut.Pihak pembangkang yang
sebahagian besar darinya kaum Cina dari Parti Tindakan Demokratik dan Gerakan yang menang,
mendapatkan permit polis bagi perarakan kemenangan melalui jalan yang ditetapkan di Kuala Lumpur.
Bagaimanapun perarakan melencong dari laluan yang ditetapkan dan melalui kawasan Melayu Kampung
Bar, menyorak penduduk di situ. Sesetengah penunjuk perasaan membawa penyapu, kemudiannya
dikatakan sebagai simbol menyapu keluar orang Melayu dari Kuala Lumpur, sementara yang lain
meneriak slogan mengenai tengela mnya kapal Perikatan dan logo perikatan. la berlarutan hingga ke
13 Mei 1969 sebelum Parti Gerakan mengeluarkan kenyataan meminta maaf pada 13 Mei di atas
kelakuan penyokong mereka. Menteri besar Selangor, Dato' Harun dris telah méngumumkan bahawa
perarakan balas : meraikan kemenangan UMNO akan dijalankan pada pukul 7,30 malam, 13 Mei 1969
PUNCA TRAGEDI 13 MEI
Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan rusuhan kaum yang paling tragis dalam sejarah di negara ini iaitu
antara orang melayu dan orang Cina. Perbincangan in bukan untuk melihat ketegangan yang berlaku
atau "melukan Kembali part yang telah pun kering" dalam peristiwa berkenaan tetapi tujuanya lebih
meniurus untuk memperketatkan rentetan sebab musabab mengapa janya terjadi seterusnya dapat
menjadi pedoman kepada semua. Hubungan antara orang Melayu dan Cina sejak berabad lamanya ibarat
"tidur sekatil tetapi mimpinya berlainan (Siew Chang Yee,2007) Antara punca konflik adalah Layman
Berat Sebelah Oleh Tentera Pada zaman pendudukan Jepun,masyarakat Tanah Melayu telah dilayan
secara berbeza-beza. Masyarakat Cina umpamanya telah dilayan dengan begitu teruk oleh tenter
Jepun berbanding dengan orang-orang Melayu, Keadaan ini berikutan Jepun yang pernah berperang
dengan China sebelum in menyebabkan perasaan saling mendendari antara satu sama lain masih segar
dalam ingatan, Layanan berat sebelah ini telah menyemai perasaan permusuhan antara orang-orang
Melayu dan Cina,.
Latar belakang pendidikan yang berbeza
• Latar belakang pendiikan yang berbeza juga telah dikaitkan sebagai punca yang membawa kepada meletusnya peristiwa
13 Mei. Hal in berlaku apabila sistem pendidikan yang wujud di Tanah Melayu sebelum merdeka terbahagi kepada empat
aliran mengikut kaum iaitu sekolah Melayu, Cina, India dan Inggeris.Kempat-empat aliran in mempunyai kunikulum yang
tersendiri. Sekolah Melayu menekankan kemahiran menulis, membaca dan mengira sekadar keperluan peringkat rendah
sahaja. Manakala kurikulum sekolah Cina dan India pula masing- masing berkiblatkan negeri asal mereka, malah buku-
buku teks dan guru-guru yang mengajar juga telah dibawa dari Negeri China dan India. Keadaan in telah mengukuhkan
lagi keadaan keperibadian etnik yang telah sedia wujud. Sekolah Inggeris pula hanya dapat dinikmati oleh orang-orang
Cina dan India yang tinggal di bandar-bandar sahaja. Sebelum Malaysia memiliki sistem pendidikan Nasional, wujud
empat aliran pendidikan yang berlainan iaitu aliran inggeris, melayu, cina dan india yang mengambil silibus pembelajaran
berbeza yang menyebabkan ketidakseragaman bahasa, identiti dan fahaman. Ini telah menyebabkan timbulnya pelbagai
masalah yang member impak buruk dalam pembentukan kaum di Malaysia. Walaupun selepas kemerdekaan kerajaan cuba
memperkenalkan dasar-dasar pendidikan bar bagi tujuan penyelarasan namun proses perpaduan in sukar dilakukan. Dasar
Pelajaran Kebangsaan yang dirasmikan sebagai Ordinan Pelajaran 1957 telah dikecam oleh pelbagai pihak bukan Melayu .
Ini kerana mereka merasakan langkah itu terlalu mengutamakan bahasa Melayu, namun Kesatuan Guru-Guru Melayu
Semenanjung (KPGMS) pula tidak berpuas hati dengan perlaksanaannya ‚Mereka berasa kecewa denpan sikap kerajaan
yang tidak menubuhkan sekolah menengah dan universiti yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pada
awal 1958 sebagaimana yang telah dirancangkan
Bagaimanapun berkat perjuangan beberapa orang tokoh termasuk Tuan Syed Nasir bin Ismail, sebagai pengerusi dan
Dr. Mahathir Mohamad sebagai naib pengerusi, termasuk juga antaranya dua orang tokoh UNO ketika itu iaitu Tun
Razak bin Hussain, Dato* Dr.Ismail bin Abdul Rahman, akhirnya gagasan Universiti Kebangsaan yang menggunakan
Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar telah mendapat sokongan UMNO dan kerajaan perikatan dan ianya berjaya
ditubuhkan pada 18 Mei 1970. Berikutan penubuhan Universiti Kebangsaan in telah mendapat reaksi yang kurang
menyenangkan daripada kaum Cina, apabila mereka juga telah menge mukakan permohonan untuk menubuhkan
Universiti Merdeka. Oleh kerana pilihan raya 1969 sudah hampir maka pihak MC telah mendakwa bahawa sekiranya
mereka tidak menyokong projek Universiti Merdeka maka ramai pengundi keturunan Cina akan menolak mereka dalam
pilihan raya nanti. Untuk itu kerajaan telah menyelesaikan tuntutan itu secara memberi kebenaran kepada MCA
menubuhkan Kolej Tunku Abdul Rahman (KTAR). Suatu keganjilan di sini apabila kerajaan telah member bantuan
kepada sebuah institusi pendidikan yang bercanggah dengan Dasar Pelajaran Kebangsaan. KTAR sebenarnya
menggunakan bahasa Inggeris sebagai Bahasa pengantarnya. Namun itulah hakikatnya kerajaan sedapat mungkin cuba
bertolak ansur demi menjaga keharmonian masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa. Bahasa Melayu sebagai bahasa
rasmi negara Isu bahasa juga tidak kurang pentingnya dalam menyumbangkan faktor kepada peristiwa 13 Mei.
Berikutan perisytiharan kemerdekaan Tana Melayu 1957, sebuah perlembagaan Persekutuan telah dibentuk yang
antara lainnya menyatakan dengan jelas tentang kedudukan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris adalah sebagai
Bahasa rasmi negara. Selepas sepuluh tahun merdeka kerajaan akan mengkaji semula tentang kedudukan bahasa
Inggeris dengan tujuan untuk mengugurkannya daripada status bahasa rasmi dan hanya bahasa Melayu sahaja yang
diiktiraf sebagai bahasa rasmi. Untuk mencapai tujuan itu, pada 31 gos 1967 kerajaan telah mengadakan pelbagai
kegiatan bagi tujuan memperluaskan penggunaan bahasa Melayu.
Antara kempen yang dijalankan ialah Hari Bahasa Kebangsaan, Minggu bahasa Kebangsaan dan Bulan Bahasa
Kebangsaan. Pelaksanaan penggunaan Bahasa Kebangsaan telah dipelopori oleh Dewan Bahasa dan Pustaka
dengan dipimpim oleh Syed Nasir bin Ismail. Dasar Pecah & Perintah Penjajah Inggeris Hasil daripada kajian,
kejadian ini disebabkan oleh dasar "pecah dan perintah" yang diamalkan oleh British yang mengaitkannya dengan
beberapa faktor. Dasar penjajah Inggeris yang mengamalkan konsep pecah dan perintah merupakan satu tindakan
yang berkesan dan telah menjadi punca wujudnya jurang antara kaum sama ada dari sudut ekonomi dan juga
polarisasi kaum. Umpamanya orang-orang, Cina tinggal di bandar-bandar menjalankan perniagaan dan juga di
kawasan-kawasan-lombong sebagai pelombong dan merekalah sebenarnya memiliki aset yang tinggi dalam ekonomi
masyarakat Malaysia. Sementara orang-orang Melayu tinggal di luar bandar sebagai petani atau nelayan kecil.
Kaum India kebanyakannya pula sebagai buruh kasar kerajaan dan pekerja di ladang. Pada hakikatnya kegiatan
ekonomi orang-orang Melayu dan India adalah bercorak sara diri. Keadaaan in menyebabkan kedudukan ekonomi
masyarakat bumiputera khususnya Melayu menjadi lemah dan ketinggalan, Corak penglibatan ekonomi antara
kaum dalam kegiatan ekonomi yang berbeza telah menjadikan kedudukan sosio-@konomi mereka tidak
seimbang.21. Dasar ini dilakukan oleh British untuk mengelakkan perpaduan antara pelbagai kaum yang dikhuatiri
akan mengancam kedudukan mereka. Masyarakat melayu terdiri dari petani dan nelayan di kampung, masyarakat
cina pula telah me warisi perniagaan secara turn temurun dan tinggal di bandar manakala masyarakat india
bekerja sebagal penoreh dan tinggal di estet. Dasar in telah berjai, direalisasikan bag mewujudkan kelompok-
kelompok etnik yang berdasarkan kegiatan ekonomi yang tinggal dalam kelompok masing-masing. Kesannya,
interaksi antara kaum hanya terbatas di pejabat dan pasar sahaja.
Ini melahirkan perasaan prasangka antara kaum yang telah mengapi-apikan lagi
tercetusnya sentimen 13 Mei 1969. Susana yang seperti ini menyebabkan hubungan
masyarakat antara kaum di negara in menjadi terbatas. Di sisi penjajah keadaan
seumpama ini amat baik bagina untuk mengukuhkan kedudukannya serta mengekalkan
kuasa mereka. Suasana yang tidak seimbang ini telah berlanjutan sekalipun negara telah
mencapai kemerdekaan . Bahkan suasana sosio-ekonomi yang tidak seimbang itu semakin
melebar akibat daripada penekanan yang berlebihan terhadap pertumbuhan ekonomi tapa
menghiraukan ketidakseimbangan sosio-ekonomi dalam masyarakat Malaysia.
Perkembangan rumit yang melibatkan kelas dan kaum ini akhirnya telah 201019
membawa kepada meletusnya peristiwa 13 Mei 1969. Kerajaan yang sedar akan
keresahan dan perasaan tidak pas hati yang berlaku antara kaum tidak seyharusnya
dibiarkan. Berikutan inilah lahirnya Dasar Ekonomi Bar (DEB) yang dilancarkan pada
tahun 1971 sebagai usaha untuk memulihkan keadaan, Latar belakang pendidikan yang
berbeza juga telah dikaitkan sebagai punca yang membawa kepada meletusnya peristiwa
13 Mei.
Kesan tragedi 13 mei dalam sejarah negara
Pengistiharaan Darurat Kejadian itu juga menyebabkan pengisytiharan darurat oleh Yang Di-Pertuan gong yang
dibuat pada malam 16 Mel. Dengan pengisytiharan itu, Perlembagaan Persekutuan digantung. Negara diperintah
secara terus oleh Yang Di-Pertuan gong di bawah undang-undang tentera.Darurat menjadikan ibu kota Kuala
Lumpur seperti kota lama ditinggalkan,bergelap serta seakan berkabung atas kehilangan nyawa yang begitu
banyak dalam satu masa.Membentuk- Majlis Gerakan Negara (MAGERAN )Setelah mengisytiharkan darurat di
seluruh negara pada 16 Mei 1969 kerajaan telah menubuhkan Majlis Gerakan Rakyat (MAGERAN) yang
diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu iaitu Tun Abdul Razak. Turut menganggotai
MAGERAN ialah pemimpin-pemimpin parti politik, pegawai-pegawai kana kerajaan dan pegawai-pegawai tinggi
polis dan tentera. Antaranya ialah Tun Dr. Ismail, Tan Siew Sin, Tun G.T Sambatan, Dato' Hamzah Bin Abu
Samah, Tan Sri Muhammad Ghazali Shafie, Tan Sri Abdul Kadir Shamsuddin, Tan Sri Mohd Salleh Ismail dan
Jeneral TunkuOsman Tunku Mohd Jiwa.
Fungsi utama MAGERAN ini ialah:
1. Mengembalikan keamanan dan undang-undang, negara.
2. Menentukan pentadbiran yang licin dan sempurna.
3. Mengembalikan suasana keharmornian dan kepercayaan antara kaum di Malaysia.
Dengan wujudnya MAGERAN maka sistem kerajaan berparlimen telah digantung dan semua kuasa pentadbiran
telahdipusatkan kepada MAGERAN, Fungi kerajaan berparlimen mula dipulihkan semula pada 23 Februari 1971.
Meimperkenalkan Rukun Negara.Menyedari masyara kat berbilang kaum di Malaysia tidak mempunyai satu hala
yang jelas maka kerajaan telah memperkenalkan rukun negara untuk memberi garis panduan yang lebih jelas
kepada masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Rukun negara adalah manifestasi idealogi nasional dengan tujuan
untuk mencapai perpaduan di kalangan rakyat tapa mengira kaum, warna kulit, bangsa dan agama. Konsep rukun
negara yang dibentk oleh MAGERAN ini pada asasnya lalah untuk membentuk corak masyarakat Malaysia
berdasarkan prinsip hidup yang telahpun wujud dan bolehdijadikan pegangan masyarakat Malaysia. Antaranya ialah:
1) Menca pai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakat.
2) Memelihara cara hidup demokratik.
3) Mencipta suatu masyarakat yang adil dan kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara ail dan
saksama.
4) Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi yang kaya dan pelbagai corak.
5) Membina sebuah masyarakat progresif dengan menggunakan sans dan teknologi.
Konsep rukun negara telahs dibahagikan kepada lima prinsip iaitu:
1. Kepercayaan Kepada Tuhan.
2. Kesetiaan kepada Raja Dan Negara.
3. Kedaulatan Undang-undang
4. Keluhuran Perlembagaan.
5. Kesopanan Dan Kesusilaan
Pengajaran
Kehilangan Nyawa dan tarta Benda Peristiwa 13 Mei 1969 in sebenarnya tidak menghasilkan
sebarang faedah kepada berlakunya perpecahan dan perbalahan antara kaum Melayu dan kaum
Cina yang mengakibatkan kerosakan harta benda yang besar malah yang paling malang ialah
nyawa yang terkorban, kejadian seperti ini meninggalakan kesan dan pengajaran yang pahit dan
getir kepada saudara mara dan kaum keluarga yang terlibat. Kntungan Kepada Museh-Musah
Negara Peristiwa 13 Mei 1969 in telah menguntungkan kepada musuh-musuh negara yang
sentiasa mengambil kesempatan dan peluang untuk memecah-belahkan rakyat dan ingin menakluk
Malaysia sebagai taklukan dan jajahan negaranya „Pengalaman yang perlu diteladani daripada
peristiwa ini ialah keadaan negara yang menjadi tidak aman, huru-hara dan rakyat yang berbilang
kaum berpecah-belah akibat daripada rasa tidak berpuashati dengan isu-isu yang sensitif
terutama isu perkauman. Antara contoh-contoh yang boleh dijadikan panduan kepada negara
ialah kejatuhan empayar Melayu Melaka di tanga penjajah portugis pada tahun 1511 begitu juga
dengan pencerobohan dan penaklukan tanah kepunyaan negara Arab khususnya di Semenanjung
Gaza dan Tebing Barat Jordon oleh kuasa Israel, dan penindasan secara kejam terhadap rakyat
Palestin setelah berjaya mencerobohi bumi Arab ini
Rumusan
Peristiwa pahit 13 Mei 1969 bukan sahaja dicatat sebagai sejarah pertelingkahan kaum yang menggariskan
sempadan - sempadan yang harus diteliti dan dipelihara . Peristiwa ini turut mencetuskan satu detik hitam dalam
lipatan sejarah negara kerana pertelingkahan kaum yang berlaku telah mengakibatkan negara kehilangan banyak
nyawa dan kerugian harta benda. Para pemimpin terdahulu cuba untuk memadamkan sejarah tersebut agar
generasi akan datang tidak pernah tahu apa yang berlaku pada 13 Mei 1969 di Kuala Lumpur tetapi msyarakat
hari ini lupa bahawa kita boleh melupakan sejarah tetapi sejarah tidak pernah melupakan kita. Hari ini, kita seakan
mengabaikan hubungan antara kaum dan setiap kaum pula saling tuduh menuduh, fitnah memfitnah, malah sudah
wujud riak-riak perbalahan melibatkan kaum. Cuma riak itu belum menjadi gelombang. Mungkin sudah tiba masanya
kita menyambut setiap kali 13 Mei dengan satu acara yang membolehkan seluruh rakyat negara ini mengingatinya
dengan harapan mereka tidak melakukan perkara-perkara yang boleh berulangnya peristiwa hitam itu. 13 Mei
merupakan satu pengalaman dan pengajaran yang tidak dapat kita semua lupakan buat selama-lamanya. Kita
seharusnya bangga dengan apa yang telah kita capai. Dengan semangat perpaduan dan keharmonian serta
kerjasama dan rasa muhibah, maka kita telah mengatasi segala kesulitan untuk mencapai kemajuan dan kemakmuran
yang tidak ada tolok bandingnya. Oleh itu, amatlah mustahak bagi kita semua untuk cuba sedaya upaya hidup
bersama-sama dan cuba memahami antara satu sama lain dengan semangat persefahaman, hormat-menghormati agar
kita terus memelihara keharmonian dan keamanan negara
Rujukkan
https://online.anyflip.com/iiria/znho/mobile/index.html
http://my13mei.blogspot.com/p/kesimpulan.html
https://www.sinarharian.com.my/article/27800/BERITA/Nasional
/Peristiwa-13-Mei-Pengajaran-perlunya-masyarakat-bersatu-padu
https://ms.wikipedia.org/wiki/Peristiwa_13_Mei
https://www.1media.my/2020/05/peristiwa-13-mei-1969-belajar-
daripada.html
http://pelajarpolitekniknilai.blogspot.com/2014/09/peristiwa-13-
mei.html