The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU PROGRAM MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-27

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zack zakirah, 2023-06-08 01:52:50

BUKU PROGRAM MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-27

BUKU PROGRAM MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-27

Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-27, 2023 0


Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-27, 2023 1 Perkara m/s 1. Visi dan Misi SMK Seri Ampang 2 2. Slogan Sekolah dan Piagam Sekolah 2 3. Kata alu-aluan daripada Pengetua SMK Seri Ampang 3 4. Kata alu-aluan daripada YDP PIBG 4 5. Atur Cara Majlis 5 6. Agenda Mesyuarat 6 7. Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-26 7-14 8. Laporan Tahunan PIBG Sesi 2022/2023 dan cadangan aktiviti sesi 2023/2024 15-18 9. Laporan Kewangan PIBG 2022/2023 19-24 10. Senarai Jawatankuasa PIBG 2022/2023 25 11. Usul-usul Mesyuarat Agung Kali Ke-27 26 12. Jawatankuasa Pengelola 27-31 13. Lampiran 32-33 Kandungan


Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-27, 2023 2 Visi PENDIDIKAN BERKUALITI, INSAN TERDIDIK, NEGARA SEJAHTERA Misi MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA Matlamat SMKSA sentiasa cemerlang dalam peperiksaan awam. SMKSA cemerlang dalam aktiviti sukan dan permainan, kelab dan unit beruniform. Melahirkan pelajar yang berbudi pekerti mulia. Menyediakan persekitaran fizikal yang kondusif dan ceria. Melaksanakan urusan pejabat yang betul dan mesra. Slogan Sekolah Inovasi Menjana Kecemerlangan Piagam Sekolah Kami warga SMK Seri Ampang, Ipoh, Perak Darul Ridzuan dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk: 1. Menentukan proses pengajaran dan pembelajaran untuk murid selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 2. Memberi layanan yang saksama kepada setiap murid tanpa mengira latar belakang, agama dan keturunan. 3. Mengadakan dan menggunakan bahan bantu mengajar yang berkesan dan terkini untuk murid. 4. Menyediakan pengurusan yang cekap, pantas dan berhemah. 5. Menyediakan guru dan staf sokongan yang berdikari. 6. Menyediakan kemudahan-kemudahan yang selesa selaras dengan amalan perkhidmatan penyayang. 7. Sentiasa peka dengan kehendak dan keperluan pelanggan. 8. Meningkatkan kegemilangan dan martabat profesion guru.


Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-27, 2023 3 Kata Alu-aluan Pengetua SMK Seri Ampang Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan Salam Sejahtera Sebagai pembuka kata, marilah kita bersama-sama mengucapkan syukur ke hadrat Allah S.W.T atas limpah kurnia-Nya dapat kita bersama-sama mengadakan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Seri Ampang kali ke-27. Sekalung ucapan syabas dan tahniah kepada Ahli Jawatankuasa Pengelola Mesyuarat Agung PIBG 2023 atas segala perancangan dan usaha yang jitu bagi menjayakan mesyuarat ini. Seperti yang sedia maklum, barisan kepimpinan PIBG merupakan sayap kiri di sekolah dalam membantu melaksanakan agenda yang dirancang. Penglibatan pihak ibu bapa yang aktif dalam PIBG akan dapat memberikan impak yang positif kepada anak-anak dan seluruh pelajar sekolah ini. Adalah menjadi harapan saya agar hubungan baik sedia terjalin antara ibu bapa dan warga pendidik di sekolah ini kekal akrab. Mesyuarat Agung PIBG ini satu peluang terbaik untuk mengeratkan hubungan dan kesempatan untuk para ibu bapa mengetahui perkembangan dan keperluan sekolah. Justeru, permuafakatan antara pihak sekolah dengan ibu bapa perlu ada bagi merealisasikan kecemerlangan sekolah ini. Kerjasama yang erat antara kedua-dua pihak terutamanya idea-idea yang bernas daripada pihak ibu bapa secara tidak langsung mampu meningkatkan prestasi sekolah ini ke tahap yang lebih baik. Saya berharap ibu bapa akan terus memberi sokongan kepada pihak sekolah terutamanya dalam aktiviti-aktiviti yang telah dirancang bagi mencapai kecemerlangan dari segi akademik dan sahsiah anakanak. Sesungguhnya kehadiran tuan/puan ke Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Seri Ampang kali ke-27 ini dapat menyuntik semangat dan iltizam warga sekolah untuk terus berusaha meningkatkan pencapaian sekolah ini, sekali gus menjadi satu titik permulaan untuk proses kolaborasi antara pihak sekolah dengan komuniti setempat. SMK Seri Ampang akan sentiasa berusaha merancang dan mengadakan pelbagai aktiviti pada tahun ini demi memastikan pembangunan sekolah ini meningkat dan membawa kebaikan kepada warga sekolah. Kejayaan yang telah diterokai oleh warga sekolah dalam bidang akademik dan kokurikulum adalah hasil daripada kesepaduan muafakat bersama. Akhir kata, semoga Allah memberkati kerjasama pihak sekolah dan PIBG dalam menjalankan tanggungjawab bagi mendidik anak-anak kita menjadi modal insan yang berilmu dan cemerlang, seterusnya menjadi rakyat yang berjasa kepada agama, bangsa dan negara Malaysia. Sekian, terima kasih. .....................................................…….. (PN ROSIDAH BT OMAR) Pengetua SMK Seri Ampang


Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-27, 2023 4 Kata Alu-aluan YDP PIBG SMK Seri Ampang Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan Salam Sejahtera Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T dengan izin dan limpah kurnia rahmat-Nya, kita dapat bersama-sama berkumpul dan berbincang dalam Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Seri Ampang kali ke-27. Jutaan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada ibu bapa dan guru-guru yang dapat hadir dalam mesyuarat ini. Kehadiran ibu bapa menunjukkan bahawa kita sentiasa memberi sokongan dan semangat kepada barisan pentadbir dan para guru sekolah ini untuk sama-sama menjayakan agenda pendidikan demi kecemerlangan anak-anak kita pada masa depan, baik dalam bidang pendidikan mahupun sahsiah diri. Saya sebagai YDP PIBG SMK Seri Ampang sentiasa memberi perhatian yang serius terhadap segala masalah yang dihadapi oleh barisan pentadbir dan tenaga pengajar sekolah ini dalam mendidik anak-anak kita yang terpaksa menghadapi pelbagai rintangan dan dugaan terutama dari segi emosi dan ketahanan mental yang bukan sedikit. Justeru, saya mengharapkan agar pihak ibu bapa dapat sama-sama turun padang dan memberi sepenuh komitmen kepada pihak sekolah agar anak-anak kita dapat diberikan didikan secara menyeluruh dan tidak menyerahkan tanggungjawab mendidik kepada pihak sekolah semata-mata. Ibu bapa sepatutnya lebih prihatin terhadap tingkah laku dan kesungguhan anak-anak kita yang belajar di sekolah ini. Selain itu, budaya memasyarakatkan sekolah seharusnya sentiasa kita amalkan kerana sekolah merupakan tempat anak-anak kita menerima pendidikan. Ibu bapa yang mempunyai sifat prihatin terhadap pendidikan anak-anak akan sentiasa cakna akan perkembangan pembelajaran anak-anak dan sentiasa bekerjasama dengan pihak sekolah dengan memberikan buah fikiran dan apa-apa jua sumbangan untuk meningkatkan prestasi sekolah, selaras dengan sarana ibu bapa yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Saya juga menyeru agar setiap ahli akan sentiasa memberi komitmen dan bersatu hati sekali gus menjadi penggerak dalam memacu PIBG menjadi lebih dinamik. Kecemerlangan sesebuah sekolah bukan hanya bergantung kepada guru-guru dan pentadbir sekolah, malahan perlu seiring dengan komitmen padu para ibu bapa dan komuniti setempat. Akhir kata, saya mengucapkan ribuan terima kasih sekali lagi kepada Puan Pengetua, AJK PIBG, guru-guru, dan ibu bapa serta waris, atas komitmen yang telah diberikan dan kesudian hadirin untuk berada dalam majlis kita pada hari ini. Semoga lebih banyak kejayaan akan dicapai pada tahun ini dan tahun-tahun berikutnya. Harapan kami sebagai ibu bapa agar pihak sekolah akan terus berusaha melahirkan generasi yang lebih cemerlang pada masa depan. Akhir kata, saya merakamkan penghargaan dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Seri Ampang kali ke-27. Sekian, terima kasih. ........................................................ (EN MOHD AZIZUL BIN ISHAK ) YDP PIBG SMK Seri Ampang


Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-27, 2023 5 Atur Cara Majlis 08.00 a.m : Ketibaan Ibu bapa, Ahli PIBG dan Sesi Pendaftaran 08.30 a.m : Bacaan Doa : Kata Aluan Pengerusi Majlis : Ucapan pengetua : Tayangan Multimedia : Mesyuarat Agung PIBG : Sesi Fotografi 11.00 a.m : Majlis Bersurai


Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-27, 2023 6 AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-27, 2023 Tarikh : 10 Jun 2023 ( Sabtu ) Masa : 8..30 pagi – 10.45 pagi Tempat : Dewan Sekolah Menengah Seri Ampang, Ipoh Agenda 1 : Ucapan Alu-aluan YDP PIBG SMK Seri Ampang Agenda 2 : Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat Agung PIBG Kali ke-26, pada 21 Mei 2022 Agenda 3 : Membentang dan mengesahkan laporan aktiviti tahunan PIBG sesi 2022/2023 Agenda 4 : Membentang dan mengesahkan laporan kewangan PIBG sesi 2022/2023 Agenda 5 : Menerima dan meluluskan sumbangan PIBG tahun 2023/2024 Agenda 6 : Menerima dan membahaskan usul Agenda 7 : Ucapan Penangguhan


Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-27, 2023 7 PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI AMPANG, JALAN GUNUNG RAPAT, 31350, IPOH, PERAK DARUL RIDZUAN MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG SMK SERI AMPANG KALI KE-26, 2022 Tarikh : 21 Mei 2022 Hari : Sabtu Masa : 8.30 pagi -10.45 pagi Tempat : Dewan Sekolah SMK Seri Ampang Kehadiran Ibu bapa /Penjaga 1. En. Kantan a/l Francis 2. En. Khabib bin Jamian 3. Pn. Umi Kalsum binti Abdullah 4. En. Shakimi bin Mohd Salleh 5. Pn. Sharifah binti Mat Saad 6. Pn. Noorisuriati binti Yusoff 7. Pn. Norazlina binti Ab Rahman 8. Pn. Jumaedda binti Abdul Rahim@Ain 9. En. Zulkifli bin Mohamed Rawi 10. En. Ahmad Zubir bin Mohd Taib 11. En. Mohd Azizul bin Ishak 12. En. Mohd Ridzuan bin Hj Hashim 13. Pn. Nor Ashian bin Hashim 14. En. Faisal bin Ishak Kehadiran Guru Hadir Bersama 1. Pn. Hajah Patimah binti Ibrahim ( Pengetua) 2. En. Khairu Subhi bin Mat Ali ( Penolong Kanan Pentadbiran ) 3. Tn. Hj. Mohamad Zaaim bin Abd. Samad ( Penolong Kanan Hal Ehwal Murid) 4. Pn. Mahatum binti Ahmad ( Penolong Kanan Kokurikulum ) 5. Pn. Rusmawati binti Janaro (Penolong Kanan Petang ) 6. Pn. Noriza binti Ismail ( Penolong Kanan Pendidikan Khas ) Kehadiran Guru 1. En. Abdul Hakim bin Abdul Malik 2. En. Ahmad Najmi bin Azahari 3. En. Al Firdaus bin Mohamad 4. Pn. Ambiga a/p Sinnakanu Naidu 5. Pn. Arulmalar a/p Sebastian 6. Pn. Azlin binti Hj Zamri 7. Cik Chai Yim Ling 8. Pn. Dahlia binti Zainal Abidin 9. Pn. Daizura binti Abdul Ghafar 10. En. Ezaim Shah bin Esa 11. Pn. Farizah binti Baharum 12. Pn. Fatimah Haslina binti Mohd Tap 13. Pn. Hafizah binti Abun 14. Pn. Harpajan Kaur a/p Karam Singh


Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-27, 2023 8 15. En. Izzam’es Aman bin Ibrahim Rais 16. Pn. Jamiah binti Selamat 17. En. Jasmair Singh a/l Inder Singh@Harchandar Singh 18. En. Jayasri a/l Nallamuthu 19. En. Khairul Azmi bin Md Desa 20. Pn. Khairunniza binti Zainal Abidin 21. En. Khalil Aznan bin Mohd Nor 22. Pn. Lai Ooi Wan 23. Pn. Lalithambal a/p P. Periasamy 24. Cik Lim Ee Mun 25. Pn. Liyana Nabila binti Hashim 26. En. M Rizal bin Mustafa 27. Pn. M.G.Deepa a/p Guandasamy 28. Pn. Mazailah binti Ahmad Mokhtar 29. Pn. Megalah a/p Krishnan 30. Pn. Minachi a/p Ramakasna 31. Pn. Moganeraj a/l Logernathan 32. En. Mohamad Afiq bin Abdul Hisham 33. En. Mohd Amizi bin Deraman 34. En. Mohd Ridzuan bin Abdul Rahman 35. En. Mohd Shahrizal bin Zakaria 36. En. Mohd Tarmimi bin Razali 37. En. Mohd Zarin bin Shamror 38. En. Muhamad Fairus bin Muhammad Yatim 39. En. Muhammad Syafiqri bin Zamry 40. Pn. Nadzra binti Mohamed Daud 41. Pn. Nariah binti Hassan 42. Pn. Nasriah binti Mohd Noor 43. Pn. Nen Zalina binti Noh 44. Pn. Noor Hidayaah binti Rasdi 45. Pn. Nor Aini binti Abdullah 46. Pn. Nor Amelia binti Ali Nafiah 47. Pn. Nor Arizan binti Hashim 48. Pn. Nor Ashikin binti Hashim 49. Pn. Nor Hayati binti Azmi 50. Pn. Nor Kamilah binti Mukhtar 51. En. Nor Zaidi bin Zainal Abidin 52. Pn. Nor Zainiah binti Yahya 53. Pn. Norhana binti Ibrahim 54. Pn. Norhaslinda binti Md Ali 55. Pn. Norhayati binti Nuruddin 56. Pn. Norziha binti Noordin 57. Pn. Nur Azian binti Zaini @ Md Zaini 58. Pn. Nur Izzati binti Mohd Arshad 59. Pn. Nur Liyana binti Zolkipeli 60. Pn. Nur Zeeha binti Ramli 61. Pn. Nurul Khalida binti Khalid 62. Pn. Nurul Mardiana binti Mahadi 63. Pn. Nurul Nabilah binti Jamal 64. Pn. Phang Sew Get 65. Pn. Putri Nor Salihah binti Megat Azraai 66. Pn. Rabiatul Adawiyah binti Mahadi 67. Pn. Raja Shamshina binti Hashim 68. Pn. Rajimah binti Abdul Jamil 69. Pn. Rosdiana binti Hussain 70. Pn. Roshidah binti Osman 71. En. Rosli bin Ahmad 72. Pn. Roziyana binti Mansor Nama Yang Tidak Hadir 1. Pn. Genga Devi a/p Subramaniam - Bersebab 2. Pn. Izan Roziana binti Mohd. Dadiri - Cuti Kuarantin 3. Pn. Mardhiah binti Abdullah - Tiada sebab 4. Pn. Nik Masuri binti Nik Mansor - Bersebab 5. Pn. Parvathy a/p Govindan - MC 6. Pn. Puvaneswari a/p Malayandy - Bersebab 1. Ucapan Tuan Pengerusi 1.1 Yang Dipertua PIBG, En. Zulkifli bin Mohamed Rawi mengucapkan terima kasih dan selamat datang kepada semua ibu bapa dan hadirin yang sudi hadir ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke-26 dan menzahirkan perasaan bersyukur kerana Mesyuarat PIBG kali ini


Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-27, 2023 9 dapat dijalankan kembali secara bersemuka setelah dua tahun diadakan secara dalam talian kerana penularan wabak Covid-19. 1.2 YDP juga mengucapkan tahniah kepada semua warga SMKSA kerana berjaya menganjurkan dua majlis yang hebat iaitu, Majlis Sambutan Hari Raya dan Sambutan Hari Guru yang bertemakan “Guru Tunjang Sekolah Sejahtera” pada 20 Mei 2022 ( Jumaat ). 1.3 Akhir kata, YDP mengucapkan terima kasih kepada ahli jawatankuasa PIBG sesi 2020/2021 serta semua ibu bapa atas sokongan dan komitmen yang diberikan oleh semua pihak termasuk guru dan ibu bapa. Tindakan : Makluman 2. Ucapan Pengetua 2.1 Pengetua mengalu-alukan kehadiran barisan pentadbir, guru-guru dan ibu bapa pada mesyuarat Agung PIBG kali yang ke-26. Beliau merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada semua ibu bapa yang berjaya hadir pada hari ini. 2.2 Kehadiran ibu bapa agak mengecewakan kerana tidak ramai yang hadir. Hal ini mungkin kerana maklumat mengenai tarikh dan masa mesyuarat PIBG kali ini tidak diterima oleh ibu bapa . Faktor-faktor lain juga adalah kerana sikap ibu bapa yang tidak mengambil peduli tentang aktiviti sekolah dan mereka sudah berpuas hati dengan semua program yang dilakukan oleh pihak sekolah. 2.3 Pengetua memohon kerjasama ibu bapa untuk memerhati dan memantau anak-anak agar tidak tersasar jauh dari matlamat hidup. Ibu bapa perlu menyedarkan anak-anak, walau terdapat banyak cara mudah memperolehi ilmu dengan hanya di hujung jari, mereka masih perlu berguru mendapatkan ilmu di sekolah. Internet dan telefon bimbit bukanlah pengganti kepada guru-guru di sekolah. 2.4 Pengetua mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi kerjasama yang baik dalam melaksanakan pelbagai program di sekolah sepanjang tahun lepas dan awal tahun ini. Setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan kepada barisan AJK PIBG yang diterajui oleh Encik Zulkifli bin Mohamed Rawi yang banyak memberi sokongan dalam bentuk kewangan dan sokongan moral. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang telah menyumbang kepada PIBG melebihi 95% pada tahun lepas. Tindakan : Makluman 3. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-25 3.1 Setiausaha PIBG, Pn. Hafizah binti Abun membentangkan Minit Mesyuarat Agung kali ke-25, 2021. Pencadang : En. Izzam’es Aman bin Ibrahim Rais Penyokong : En. Mohamad Shahrizal bin Zakaria Tindakan : Makluman


Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-27, 2023 10 4. PERKARA BERBANGKIT 4.1 Tiada 5. MEMBENTANG DAN MENERIMA LAPORAN KEWANGAN PIBG SESI 2021 /2022 5.1 Pn. Norziha binti Noordin menbentangkan Penyata Kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2021 hingga 31 Mac 2022 Dicadang untuk disahkan oleh : Pn. Rusfirdaus binti Mohamed Disokong Oleh : En. Abdul Hakim bin Abdul Malik Tindakan : Makluman 6. PEMBUBARAN AJK PIBG SESI 2021/2022 6.1 YDP PIBG membubarkan jawatankuasa PIBG sesi 2021/2022 pada jam 10.00 pagi dan menyerahkan majlis kepada Penolong Kanan 1, En. Khairu Subhi bin Mat Ali sebagai pengerusi sementara. Tindakan : Makluman 7. PELANTIKAN AJK PIBG SESI 2022/2023 7.1 Berikut adalah senarai AJK PIBG setelah dipersetujui oleh para hadirin : Yang Dipertua : En. Mohd Azizul bin Ishak Naib Yang Dipertua : En. Kanthan a/l Francis Setiausaha : Pn. Nik Masuri binti Nik Mansor Bendahari : Pn. Nor Kamilah binti Mukhtar AHLI JAWATANKUASA ( Ibu Bapa ) 1. Pn. Syarifah binti Saad 2. En. Shakimi bin Mohd Salleh 3. En. Mohd Ridzuan bin Haji Hassim 4. En. Zubir bin Mohd Taib 6. Pn. Norazlina binti Ab.Rahman 7. En. Khabib bin Jamian ( Juru Audit ) AHLI JAWATANKUASA ( Guru ) 1. En. Rosli bin Ahmad 2. En. Khalil Aznan bin Mohd Nor 3. Pn. Zakirah binti Mohmad Ningmin


Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-27, 2023 11 4. Pn. Santhana Marry a/p R.Mariadas 5. Pn. Norhaslinda binti Md Ali (Juru Audit) Tindakan : Makluman 7.2 Pertukaran tandatangan cek bagi Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Menengah Seri Ampang bagi tahun 2022/2023 adalah seperti berikut : 7.3 Untuk mengurus kira-kira di atas adalah seperti yang ditentukan di bawah : a) Seseorang pegawai hanya dibenarkan menandatangani satu penandatangan sahaja di atas satu-satu cek. b) Cek-cek yang berjumlah kurang dari RM 10 000 hendaklah ditandatangani oleh dua orang pegawai seperti di atas iaitu a + b, a + c atau b + c. c) Cek-cek yang berjumlah RM 10,000 ke atas hendaklah ditandatangani oleh 3 orang pegawai seperti di atas iaitu a + b + c 7.4 Semua kebenaran sebelumnya mengenai tandatangan pembenar adalah dibatalkan. Tindakan : Makluman 8. MEMBINCANGKAN USUL-USUL 8.1 YDP PIBG membacakan usul-usul ibu bapa yang telah disampaikan melalui Google Form yang telah disediakan dan telah diberi maklum balas oleh pihak sekolah. Bil NAMA PENJAGA USUL-USUL TINDAKAN 1 Abdul Aziz bin Sulaiman Mohon dipasangkan lampu terang di kawasan pondok berhampiran kantin. Hal ini adalah untuk kegunaan pelajar yang datang ke sekolah pada awal pagi ( 6.45 pagi ). Selama ini murid terpaksa menunggu dalam keadaan gelap gelita pada awal pagi. Tiada kerana pembuat usul tidak hadir Bil Nama Penuh Jawatan a. En. Mohd Azizul bin Ishak ( No.k/p : 790824-08-6257 ) Yang Dipertua PIBG b. Pn. Nik Masuri binti Nik Mansor ( No.k/p : 821207-03-5840) Setiausaha PIBG c. Pn. Nor Kamilah binti Mukhtar ( No. k/p : 850511-03-5936 ) Bendahari PIBG


Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-27, 2023 12 2 Tharmalingam Kurangkan wang keceriaan sekolah Tiada kerana pembuat usul tidak hadir 3 Noorashikin binti Hashim Tolong sediakan 2 unit “Water Cooler’ untuk pelajar supaya mereka mendapat air minuman yang bersih Tiada kerana pembuat usul tidak hadir 4 Jamaludin bin Haji Abdullah Memberi kebenaran kepada murid untuk menyimpan buku teks/latihan di dalam kelas untuk mengurangkan bebanan beg berat Tiada kerana pembuat usul tidak hadir 5 Muhamad Salim bin Muhamed Asari Adakan perkhidmatan pengawal keselamatan untuk pelajar semasa hadir dan pulang sekolah Tiada kerana pembuat usul tidak hadir 6 Lee Hoi Shin Minta Khidmat pengawal halang kereta untuk memudahkan murid-murid menaiki kenderaan untuk pulang dengan selamat Tiada kerana pembuat usul tidak hadir 7 Nur Syafana binti Saipul Sari Membaik pulih tandas sekolah Tiada kerana pembuat usul tidak hadir 8 Ahmat Samsuri bin Ahmat Sari Persekitaran tandas yang bersih dan selesa Tiada kerana pembuat usul tidak hadir 9 Kamaruzaman bin Yunus Meletakkan atap di bahagian pintu masuk sekolah untuk mengelakkan murid basah apabila hari hujan Tiada kerana pembuat usul tidak hadir 10 Mohamad Zawawi bin Abu Bakar Tidak digalakkan mengadakan bonanza pada cuti sekolah Tiada kerana pembuat usul tidak hadir 11 Hussin bin Ashrat Memperbaiki sitem PdPR sedia ada pada masa akan datang Tiada kerana pembuat usul tidak hadir 12 Khairul Shahrul bin Zulkifili Ringankan kerja sekolah Tiada kerana pembuat usul tidak hadir 13 Saidatul Fatimah binti Abdul Rahim Satu hari satu subjek jika boleh Tiada kerana pembuat usul tidak hadir 14 Rohani binti Ismail Koperasi sekolah dibuka pada waktu rehat Tiada kerana pembuat usul tidak hadir 15 Teng Soh Chan Harap cikgu dapat mengambil tindakan yang lebih ketat sekiranya murid-murid tidak menyiapkan kerja sekoah Tiada kerana pembuat usul tidak hadir 16 Khaidzir bin Ahmad Guru-guru yang ingin mengadakan peperiksaan dalam bentuk kertas objektif sahaja Tiada kerana pembuat usul tidak hadir


Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-27, 2023 13 17 Sulaiman bin Mohamad Mengadakan ujian bulanan setiap semester untuk menguji tahap kefahaman murid-murid Tiada kerana pembuat usul tidak hadir Disahkan Oleh : En. Zulkifli bin Mohamed Rawi Disokong Oleh : Pn. Sanisah binti Samsudin Tindakan :Makluman 9. KUTIPAN SUMBANGAN PIBG 9.1 YDP PIBG memaklumkan bahawa ahli jawatankuasa telah bersetuju dengan cadangan kutipan sumbangan PIBG bagi tahun 2022/2023 dan memohon sokongan ahli mesyuarat. 9.2 Berikut merupakan cadangan kutipan sumbangan PIBG tahun 2022/2023 yang telah dipersetujui oleh ahli mesyuarat. 10. HAL-HAL LAIN 10.1 Hala tuju SMKSA bagi tahun 2022/2023 Kurikulum • Penetapan target sebanyak 5.0 % bagi subjek Bahasa Melayu dan Sejarah diharap dapat direalisasikan. Justeru itu, pihak sekolah akan mengadakan beberapa program bagi mencapai matlamat tersebut. • Sehingga kini, tiada sebarang maklumat mengenai pelaksanaan PT3 untuk tahun 2022. Pihak sekolah akan memaklumkan dari semasa ke semasa mengenai maklumat tersebut. • Pencapaian Pentaksiran Berasaskan Sekolah yang dijalankan sepanjang PdP akan mencapai tahap penguasaan TP 3 sebanyak 70% bagi semua mata pelajaran. Bil Tajuk /Jenis Kutipan yang dibenarkan KADAR SUMBANGAN MENGIKUT TINGKATAN ( RM) Pendidikan Khas ( RM ) Ting 1 Dan Peralihan Ting 2 (RM) Ting 3 ( RM ) Ting 4 ( RM ) Ting 5 ( RM ) 1 Sumbangan kepada PIBG ( Per keluarga ) 30.00 30.00 30.00 30.00 30.00 30.00 2 Yuran Pembangunan 10.00 10.00 10.00 10.00 10.00 10.00 3 Yuran Keceriaan dan Keselamatan 10.00 10.00 10.00 10.00 10.00 10.00 4 Yuran ICT - 10.00 10.00 10.00 10.00 10.00 5 Yuran Kecemerlangan Kurikulum - 10.00 10.00 30.00 10.00 50.00 Jumlah Besar 50.00 70.00 70.00 90.00 70.00 110.00


Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-27, 2023 14 Hal Ehwal Murid • Unit HEM yang menjadi penggerak kepada hal-hal pembangunan sekolah akan melaksanakan beberapa program. Semua program tersebut diharap dapat melahirkan murid-murid yang cemerlang selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. • Program-program tersebut adalah seperti :- 1) Lima Hip Horey (Bahasa Inggeris) yang menyediakan persekitaran Bahasa Inggeris di sekolah dan menyokong aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah . 2) Jom Ke Sekolah 3) Program Semarakkan 3S Warga SMKSA 4) Minda Sihat 5) Mentor Mentee 6) Sekolah Sejahtera 7) Program 3K Kokurikulum • Tahap pencapaian Kokurikulum SMKSA adalah pada tahap yang amat membanggakan kerana banyak kejayaan yang telah dicapai. Antaranya adalah :- 1) Pertandingan Adab dan Nilai Secara Dalam Talian ( PADNI ) - e-Deklamasi Syair (Johan Peringkat Daerah) 2) Pertandingan Adab dan Nilai Secara Dalam Talian (PADNI) - Nyanyian Solo (No 5) 3) Pertandingan Adab dan Nilai Secara Dalam Talian (PADNI) - khat S5 (Naib Johan Peringkat Daerah) 4) Pertandingan Bintang Irama Malaysia - Tempat Kedua Daerah Kinta Utara 5) Karnival e-kokurikulum Pendidikan Khas Negeri Perak- Johan Tindakan : Makluman 11. UCAPAN PENANGGUHAN Pengerusi mengakhiri mesyuarat dengan mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir.Beliau berharap agar semua perancangan dan program yang dirancang akan berjalan lancar. YDP mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak ibu bapa dan pengurusan sekolah serta guru-guru atas komitmen yang diberikan. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 10.45 pagi. Disediakan Oleh : …………………………….. (PN. NIK MASURI BT NIK MANSOR) Setiausaha PIBG SMK SERI AMPANG Disemak Oleh : ………………………….. ( EN.MOHD AZIZUL BIN ISHAK ) Yang DiPertua PIBG SMK SERI AMPANG


Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-27, 2023 15 LAPORAN TAHUNAN SESI 2022/2023 PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SMK SERI AMPANG, IPOH 1. Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2022/2023 PENASIHAT : Pn Rosidah binti Omar Pengetua SMK Seri Ampang, Ipoh PENGERUSI : En. Mohd Azizul bin Ishak NAIB PENGERUSI : En. Kanthan a/l Francis SETIAUSAHA : Pn. Nik Masuri binti Nik Mansor BENDAHARI : Pn. Nor Kamilah binti Mukhtar AHLI JAWATANKUASA (IBU BAPA) 1. Pn. Syarifah binti Saat 2. En. Shakimi bin Mohd Salleh 3. En. Mohd Ridzuan bin Hj.Hassim 4. En. Ahmad Zubir bin Mohd.Taib 5. Pn. Norazlina binti Ab.Rahman AHLI JAWATANKUASA (GURU) 1. Pn. Zakirah binti Mohmad Ningmin 2. En. Rosli bin Ahmad 3. Pn. Santhana Marry a/p R.Mariadas 4. En. Khalil Aznan bin Mohd Nor 5. Pn. Siti Rauzan binti Mohd Yazid 6. Pn. Fatimah Haslina binti Mohd Tap JURUAUDIT 1. Pn. Norhaslinda binti Md. Ali ( Guru ) 2. En. Khabib bin Jamian ( Ibu Bapa )


Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-27, 2023 16 2. Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Sesi 2022/2023 telah dijalankan pada tarikhtarikh berikut: 1. 24 Jun 2022 (Jumaat ) 2. 20 Oktober 2022 ( Khamis ) 3. 3 April 2023 ( Isnin ) 4. 22 Mei 2023 ( Isnin ) Jumlah kehadiran setiap ahli jawatankuasa PIBG adalah seperti berikut: 1. En. Mohd. Azizul bin Ishak 4/4 2. En. Kanthan a/l Francis 3/4 3. Pn. Nik Masuri binti Nik Mansor 4/4 4. Pn. Nor Kamilah binti Mukhtar 4/4 5. Pn. Zakirah binti Mohd Ningmin 3/4 6. En. Rosli bin Ahmad 4/4 7. Pn. Santhana Marry a/p R.mariadas 3/4 8. Pn. Norhaslinda binti Md.Ali 4/4 9. En. Khalil Aznan bin Mohd Nor 3/4 10. Pn. Fatimah Haslina binti Mohd Tap 3/4 11. Pn. Siti Rauzan binti Mohd Yazid 4/4 12. Pn. Syarifah binti Saat 4/4 13. En. Shakimi bin Mohd Salleh 3/4 14. En. Mohd Ridzuan bin Hj. Hassim 3/4 15. En. Ahmad Zubir bin Mohd. Taib 3/4 16. Pn. Norazlina binti Ab.Rahman 4/4 17. En. Khabib bin Jamian 3/4 3. Program / Aktiviti dan sumbangan yang dijalankan oleh jawatankuasa PIBG sesi 2022/2023 adalah seperti berikut: 1. Mesyuarat Agung PIBG SMKSA kali ke-26 2. Mesyuarat Ahli Jawatankuasa PIBG 3. Program Khas Sekolah – Program Kecemerlangan, hadiah persaraan dan pertukaran guru-guru


Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-27, 2023 17 4. Pemasangan banner sempena Hari Guru 2022 “ Guru Tunjang Sekolah Sejahtera” 5. Pemasangan lampu jalan di hadapan pagar sekolah oleh pihak Majlis Bandaraya Ipoh 6. Program Sambutan Majlis Hari Lahir untuk semua murid di SMKSA 7. SMKSA Prihatin - Penglibatan PIBK 8. Kerja mencantas dahan pokok di hadapan sekolah 9. Sumbangan kerusi terpakai daripada Jabatan Pendidikan Negeri Perak (JPN) untuk kegunaan guru-guru SMKSA 10. Pemasangan dua unit pendingin hawa di perpustakaan sekolah 11. Pemasangan enam unit pendingin hawa di dalam Bilik Guru sumbangan daripada Menteri Besar Perak. 12. Pemasangan tiga unit pintu cermin di Bilik Guru hasil sumbangan daripada Menteri Besar Perak 13. Program RIMUP - Sempena Hari Raya Aidilfitri dan Majlis sambutan Hari Guru 2022. 14. Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat Sekolah 2023 15. Menaik taraf gelanggang hoki 16. Gelanggang Sepak Takraw yang baharu untuk kegunaan semua murid 17. Pemasangan enam unit khemah dari Jabatan Kerja Raya ( JKR) bagi Program Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina 2023 18. Naik taraf tandas Blok B untuk dijadikan tandas OKU 19. Majlis Pentauliahan Badan Kepimpinan sekolah 2023 20. Laluan berbumbung dari bengkel PVMA hingga bangunan Blok B 4. Cadangan aktiviti / program dan sumbangan PIBG sesi 2023/2024 adalah seperti berikut: 1. Laluan berbumbung (susur gajah) di laluan pejalan kaki masuk ke kawasan sekolah 2. Dewan terbuka di tapak perhimpunan 3. Hari Anugerah Cemerlang 4. Karnival KOHEM 5. Program Kecemerlangan


Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-27, 2023 18 Penghargaan Pihak PIBG merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan segala aktiviti PIBG sepanjang sesi 2022/2023. 1. Jabatan Pendidikan Perak 2. Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Utara 3. Agensi-agensi kerajaan dan swasta 4. Guru-guru dan kakitangan sekolah 5. Semua pihak yang terlibat Disediakan oleh Disemak oleh …………………………. ……………………. (NIK MASURI BT NIK MANSOR) ( MOHD AZIZUL BIN ISHAK ) Setiausaha PIBG Yang Dipertua PIBG SMK Seri Ampang Ipoh SMK Seri Ampang


Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-27, 2023 19 LAPORAN KEWANGAN PIBG SMK SERI AMPANG, IPOH BAGI TAHUN BERAKHIR 31 MAC 2023 BIL PENERIMAAN AMAUN (RM) BIL PERBELANJAAN AMAUN Baki bawa ke hadapan pada 1.4.2022 53,314.24 Program Khas Sekolah 39,741.00 Baki di tangan 393.90 Program Kecemerlangan Peralihan, T1,T2,T3 & T4 3000.00 1 Kutipan Yuran Sumbangan PIBG (Sesi 2021/2022) 780.00 Program Kecemerlangan SPM 23,255.00 2 Kutipan Yuran Kecemerlangan SPM (Sesi 2021/2022) 1400.00 Pengurusan PIBG 2,130.00 3 Kutipan Yuran Kecemerlangan Tingkatan 1, 2, 3, 4 dan Peralihan (Sesi 2021/2022) 10.00 Keceriaan Sekolah 32,815.00 4 Kutipan Yuran Sumbangan PIBG (Sesi 2022/2023) 26,320.00 Penyelenggaraan ICT 9,110.00 5 Kutipan Yuran Pembangunan (Sesi 2022/2023) 10,300.00 Pembangunan 15,239.00 6 Kutipan Yuran Keceriaan & Keselamatan (Sesi 2022/2023) 10,300.00 Pengeluaran Sumbangan Pihak Luar 107,100.00 7 Kutipan Yuran ICT (Sesi 2022/2023) 9880.00 8 Kutipan Kecemerlangan Tingkatan 1,2,3,4 dan Peralihan (Sesi 2022/2023) 11,970.00 9 Kutipan Kecemerlangan SPM (Sesi 2022/2023) 9,150.00 Caj bank 78.50 10 Sumbangan Pihak Luar 107,600.00 Baki berakhir pada 31.3.2023 8,949.64 241, 418.14 241,418.14 ……………………………… (NOR KAMILAH BINTI MUKHTAR) Bendahari PIBG SMK Seri Ampang ……………………………………… (KHABIB BIN JAMIAN) Juru Audit Ibubapa ……………………………………… (NORHASLINDA BINTI MD ALI) Juru Audit Guru


Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-27, 2023 20 NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN PIBG SMK SERI AMPANG, IPOH BAGI TAHUN BERAKHIR SEHINGGA 31 MAC 2023 NOTA PERKARA JUMLAH CATATAN PENERIMAAN SUMBANGAN PIBG SESI 2021/2022 1. Kutipan Yuran Tingkatan 3 RM40.00 PECAHAN BAYARAN YURAN PIBG SESI 2021/2022 1. Kutipan Yuran Sumbangan PIBG 1org X RM30 RM30.00 2. Kutipan Yuran Kecemerlangan 1org X RM10 RM10.00 RM40.00 2. Kutipan Yuran Tingkatan 5 RM 2150.00 PECAHAN BAYARAN YURAN PIBG SESI 2021/2022 1 Kutipan Yuran Sumbangan PIBG 25 org x RM30 RM750.00 2 Kutipan Yuran Kecemerlangan SPM 28 org x RM50 RM1,400.00 RM2,150.00 SUMBANGAN PIBG SESI 2022/2023 1 Kutipan Yuran Kelas Peralihan dan Tingkatan 1 RM14,250.00 2 Kutipan Yuran Tingkatan 2 RM12,590.00 3 Kutipan Yuran Tingkatan 3 RM16,630.00 4 Kutipan Yuran Tingkatan 4 RM12,460.00 5 Kutipan Yuran Tingkatan 5 RM19,920.00 6 Kutipan Yuran Kelas Pendidikan Khas RM2,070.00 JUMLAH RM77,920.00 PECAHAN BAYARAN YURAN PIBG SESI 2022/2023


Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-27, 2023 21 1 Kutipan Yuran Sumbangan PIBG (murid bayar lebih RM10) 877 org x RM30 RM26,320.00 2 Kutipan Yuran Pembangunan 1030 org x RM10 RM10,300.00 3 Kutipan Yuran Keceriaan & Keselamatan 1030 org x RM10 RM10,300.00 4 Kutipan Yuran ICT 988 org x RM10 RM9,880.00 5 Kutipan Yuran Kecemerlangan Tingkatan 1,2,3 dan 4 609 org x RM10= RM6090 196xRM30 =RM5880 RM11,970.00 6 Kutipan Yuran Kecemerlangan SPM 183 org x RM50 RM9,150.00 RM77920.00 PEMBAYARAN PROGRAM KHAS SEKOLAH 1 Program Prihatin SMKSA 2,000.00 2 Karnival Kokurikulum 7,000.00 3 Program Pendidikan Khas 1000.00 4 Kejohanan Olahraga 3,000.00 5 Program Imarah Surau 5,000.00 6 Hari Anugerah Kecemerlangan 3,295.00 3 Hadiah Persaraan Guru (RM150x4) 600.00 4 Hadiah Guru Berpindah (RM80x2) 160.00 5 Perkhemahan Perdana 2022 1370.00 6 Kursus Kepimpinan Kokurikulum 200.00 7 Cenderahati Hari Guru 1,000.00 8 Majlis Apresiasi Kokurikulum 2022 2000.00 9 Hi-Tea KGKT 1000.00 10 Lawatan Kor Kadet Polis & Koperasi 800.00 11 Sumbangan ihsan ( Kematian pelajar 5Alfa) 100.00


Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-27, 2023 22 12 Hi-Tea Badan Kepimpinan 2700.00 13 Program PVMA 300.00 14 Program Solat Hajat Perdana 2556.00 15 Sambutan Tahun Baru Cina 1000.00 16 Pembangunan Sukan Hoki 2000.00 17 Program Pembangunan Sukan Bola Sepak 1000.00 18 Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Sekolah 1000.00 19 Sukaneka Kor Kadet Polis 240.00 20 Yuran Program Pencegahan Jenayah 120.00 21 Sumbangan wakil Negeri Bola Keranjang 300.00 JUMLAH RM39,741.00 PROGRAM KECEMERLANGAN PERALIHAN, T1, T2, T3 & T4 1 Program Kecemerlangan Peralihan, T1,T2, T3&T4 (Modul) 3000.00 JUMLAH RM3000.00 PROGRAM KECEMERLANGAN SPM 1 Program Kecemerlangan SPM 2022 410.00 2 Program Kecemerlangan Akademik 2022 900.00 3 Program Kecemerlangan T5 2022 2,040.00 4 Program Kecemerlangan T5 2022 9460.00 5 Program Teknik Menjawab 3000.00 6 Bengkel Teknik Menjawab SPM Prinsip Akaun 40.00 7 Bengkel Bahasa Arab 305.00 8 Program Kecemerlangan SPM 6755.00 9 Bengkel Peningkatan Akademik SRT 60.00 10 Bengkel Peningkatan PSI 285 JUMLAH RM23,255.00


Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-27, 2023 23 PENGURUSAN PIBG 1 Cenderahati AJK Ibu Bapa &Guru 450.00 2 Jamuan MAT PIBG kali ke -26 900.00 3 Belanja Am MAT PIBG kali ke-26 (Fail dan fotostat) 250.00 4 Buku Resit 530.00 JUMLAH RM2130.00 KECERIAAN SEKOLAH 1 Program Keceriaan OBD 2,260.00 2 Program Keceriaan Kelas 255.00 3 Pembelian Meja dan Kerusi (183 set) 30,300.00 JUMLAH RM32,815.00 ICT (PENYELENGGARAAN ICT) 1 Penyelenggaraan Makmal ICT (Servis aircond) 1,200.00 2 Penyelenggaraan Makmal ICT( Pembelian 2 unit pendingin hawa dan pendawaian elektrik) 7910.00 JUMLAH RM9,110.00 PEMBANGUNAN 1 Laluan Berbumbung 3,500.00 2 Penyelenggaraan Penapis Air 220.00 3 Penyelenggaraan Pusat Sumber ( Memasang 2 unit penghawa dingin& pendawaian elektrik) 5,180.00 4 Pembelian Mesin Cetak Unit Peperiksaan 699.00 5 Selenggara pendingin hawa (bilik kaunseling) 450.00 6 Pembelian Meja Banquet (20unitx RM130) 2,600.00 7 Pembelian Rostrum 1,150.00 8 Meja banquet (8 unitx RM180) 1,440.00


Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-27, 2023 24 JUMLAH RM15,239.00 NOTA PERKARA JUMLAH CATATAN NOTA TAMBAHAN SUMBANGAN PIHAK LUAR 1 Sumbangan YB Gopeng RM60,000.00 2 Sumbangan MB Perak RM40,000.00 3 Sumbangan Syarikat Korporat RM7,600.00 JUMLAH RM107,600.00 PENGELUARAN 1 Membaik pulih Pagar Sekolah (Sumbangan YB Gopeng) RM30,000.00 2 Membina Tempat Pembuangan Sampah (Sumbangan YB Gopeng) RM30,000.00 3 Membina Gelanggang Sepak Takraw (Sumbangan MB Perak) RM9,610.00 4 Memasang 6 unit pendingin hawa di bilik guru, pendawaian elektrik dan 3 unit pintu kaca (Sumbangan MB Perak) RM30,390.00 5 Sumbangan Pembangunan Hoki (Sumbangan Syarikat Korporat) RM7,100.00 JUMLAH RM107,100.00


Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-27, 2023 25 SENARAI JAWATANKUASA PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SMK SERI AMPANG, IPOH SESI 2022/2023 . PENASIHAT : Pn. Rosidah binti Omar Pengetua SMK Seri Ampang, Ipoh PENGERUSI : En. Mohd Azizul bin Ishak NAIB PENGERUSI : En. Kanthan a/l Francis SETIAUSAHA : Pn. Nik Masuri binti Nik Mansor BENDAHARI : Pn. Nor Kamilah binti Mukhtar AHLI JAWATANKUASA (IBU BAPA) 1. Pn. Syarifah binti Saat 2. En. Shakimi bin Mohd Salleh 3. En. Mohd Ridzuan bin Hj. Hassim 4. En. Ahmad Zubir bin Mohd. Taib 5. Pn. Norazlina binti Ab. Rahman AHLI JAWATANKUASA (GURU) 1. Pn. Zakirah binti Mohmad Ningmin 2. En. Rosli bin Ahmad 3. Pn. Santhana Marry a/p R. Mariadas 4. En. Khalil Aznan bin Mohd Nor 5. Pn. Siti Rauzan binti Mohd Yazid 6. Pn. Fatimah Haslina binti Mohd Tap JURUAUDIT 4. Pn. Norhaslinda binti Md. Ali (Guru) 5. En. Khabib bin Jamian (Ibu Bapa)


Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-27, 2023 26 USUL-USUL MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-27 BIL NAMA PENJAGA USUL-USUL TINDAKAN 1 En. Saiful Azmin bin Abdul Wahid En. Razali bin Abu Hassan Meminta agar pihak sekolah membaiki jalan di kawasan pintu pagar C - Kawasan tersebut bukan merupakan laluan utama untuk masuk ke kawasan sekolah dan perlukan permohonan dengan pihak Majlis Bandaraya Ipoh sekiranya ingin menurap jalan - Ibu bapa perlu masuk ke kawasan sekolah melalui pintu pagar A dan B 2 En. Muhammad Anwar bin Husni Meminta agar pihak kantin mempelbagaikan menu di kantin dan menambah kuantiti makanan tersebut - Pihak sekolah sedia maklum tentang perkara tersebut dan perbincangan dengan pihak kantin telah diadakan. 3 En. Lai Hon Kee Meminta agar sesi persekolahan dijalankan pada waktu pagi sahaja untuk semua tingkatan - Waktu satu sesi persekolahan pada waktu pagi tidak dapat dijalankan kerana tidak dapat menampung bilangan pelajar yang ramai. 4 Pn. Trisna Wahyu binti Denan Meminta agar pihak sekolah menambah baik usul yang sedia ada - Minta pencadang usul untuk menerangkan dengan lebih lanjut tentang usul yang mana untuk ditambah baik. 5 En. Azmi bin Mohd Yassin Memohon agar pihak sekolah membenarkan kenderaan penjaga masuk ke dalam kawasan sekolah pada hari Sabtu untuk berurusan dengan pihak sekolah. - Tiada urusan pejabat pada hari Sabtu kerana cuti


Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-27, 2023 27 JAWATANKUASA PENGELOLA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-27, TAHUN 2023, SMK SERI AMPANG Tarikh : 10.6.2023 Hari : Sabtu Masa : 8.30 pagi Tempat : Dewan SMK Seri Ampang, Ipoh. Jawatankuasa Induk Pengerusi : En. Mohd Azizul bin Ishak Naib Pengerusi : En. Kanthan a/l Francis Setiausaha : Pn. Nik Masuri binti Nik Mansor Bendahari : Pn. Nor Kamilah binti Mukhtar Senarai Ex-Officio 1. Pn. Rosidah binti Omar - Pengetua SMK Seri Ampang 2. Tn. Haji Mohamad Zaaim bin Abd.Samad - Penolong Kanan Pentadbiran 3. Pn. Mahatum binti Ahmad - Penolong Kanan Hal Ehwal Murid 4. Pn. Aisya Rozairin binti Zainudin - Penolong Kanan Kokurikulum 5. Pn. Khairunniza binti Zainal Abidin - Penolong Kanan Petang 6. Pn. Noriza binti Ismail - Penolong Kanan Pendidikan Khas


Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-27, 2023 28 Jawatankuasa Kecil Bil Perkara Senarai Tugas 1 Jemputan Ibu bapa Pn. Nen Zalina binti Noh Menyediakan surat makluman mesyuarat Agung PIBG dan mengongsikannya dalam grup WhatApps kelas 2 Bendahari Pn. Nor Kamilah binti Mukhtar Menyediakan laporan kewangan lengkap dan menyerahkan kepada AJK buku program 3 Buku Program Pn. Zakirah binti Mohmad Ningmin(K) Cik Wan NurFarah Husna binti Wan Yahya Pn. Nur Azian binti Zaini@Md Zaini Menyediakan dan menyiapkan buku program Menyerahkan buku program kepada AJK Pendaftaran 4 Pencatat minit mesyuarat Cik Nurul Khalida binti Khalid(K) Pn. Shahida binti Ariffin Pn. Nur Izzati binti Mohd Arshad Mencatat minit mesyuarat semasa Mesyuarat Agung dan menyerahkannya kepada Setiausaha 5 Kebersihan kawasan sekolah sebelum dan selepas En. Khairul Azmi bin Md Desa(K) En. Jasmair Singh a/l Inder Singh Pekerja pembersihan Memastikan kebersihan persekitaran sebelum dan selepas majlis Mengarahkan pelajar membersihkan kelas serta koridor pada hari Jumaat. Mendapatkan kerjasama pekerja swasta 6 Persembahan Multimedia dan ’Back drop’ En. Abdul Hakim bin Abdul Malik (K) En. Mohamad Afiq bin Abd Hisham Menyediakan bahan persembahan multimedia Menyediakan pancaran ”back drop” di pentas


Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-27, 2023 29 7 Dokumentasi & Seranta Pn. Nor Hayati binti Azmi Menyimpan gambar-gambar dalam satu CD 8 Persediaan dewan En. Mohd Zarin bin Shamror(K) En. Rosli bin Ahmad En. Mohamad Afiq bin Abdul Hashim En. Izzam’es Aman bin Ibrahim Rais En. M Rizal bin Mustafa Pekerja pembersihan sekolah Memastikan dewan dalam keadaan kemas dan bersih Menyusun kerusi untuk ibu bapa dan guru dengan kedudukan jarak yang sesuai Menyediakan papan putih dan pen marker untuk Mesyuarat Agung PIBG Menyediakan meja yang lengkap dengan ”skirting” Menyediakan 11 kerusi yang sesuai untuk AJK PIBG Menyediakan kerusi dan meja untuk juruacara 9 Perhiasan Pentas Cik Sharifah Nur Fadhilah binti Mohd Yusoff ( K) Pn. Noor Hidayaah binti Rasdi Pn. Nurul Mardiana binti Mahadi Pn. Rabiatul Adawiyah binti Mahadi Menyediakan hiasan pentas yang sesuai. Menyediakan meja cenderahati dan alas meja Memastikan peralatan dikemas kembali 10 Siaraya En. Ezaim Shah bin Esa(K) En. Moganeraj a/l Logernathan Memastikan siaraya berfungsi dengan baik Memastikan alatan disimpan semula selepas majlis Menyediakan mikrofon yang mencukupi 11 Trafik dan Keselamatan En. Ahmad Najmi bin Azhari (K) En. Nor Zaidi bin Zainal Abidin Memastikan keadaan trafik terkawal dan teratur 12 Sambutan Pn. Habsah binti Omar Pn. Samsiah binti Samsudin Pn. Mazailah binti Ahmad Mokhtar Pn. Salmi binti Ab Rahman Meraikan kedatangan ibu bapa


Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-27, 2023 30 13 Pendaftaran Ibu bapa, Guru dan AJK PIBG Pn. Jamiah binti Selamat (K) Pn. Nur Liyana binti Zolkipeli Pn. Nor Arizan binti Zakaria Pn. Siti Rauzan binti Mohd Yazid Pn. Phang Sew Get Mendapatkan borang pendaftaran daripada Setiausaha PIBG Menyediakan meja pendaftaran dengan hiasan dan label mengikut kategori ibu bapa dan guru Menyediakan kerusi dan alat tulis untuk pendaftaran Memantau pendaftaran ibu bapa agar maklumat yang ditulis lengkap untuk rekod Mendapatkan buku program dan mengedarkan kepada hadirin 14 Fotografi Pn. Nariah binti Ali Hasan Pelajar Kelab Fotografi Merakam perjalanan mesyuarat PIBG. Merakam foto AJK PIBG Sesi 2022/2023 15 Juruacara Pn. Rusfirdaus binti Mohamed Mengacarakan majlis pembukaan dan penutup Mesyuarat Agung PIBG Mendapatkan maklumat program daripada Setiausaha PIBG 16 Bacaan Doa En. Shamsul Jamil bin Shaharum Memimpin bacaan doa 17 Mengemas Dewan Selepas Majlis En. Mohd Ridzuan bin Abdul Rahman(K) En. Muhamad Fairus bin Muhamad Yatim En. Mohd Tarmimi bin Ghazali En. Syazul Idzwan bin Adnan En. Mohamad Amizi bin Deraman En. Khalil Aznan bin Mohd Nor Mengemas dewan selepas majlis tamat Memastikan kerusi disimpan semula Memastikan semua kipas dan lampu ditutup Memastikan dewan dikunci semula


Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-27, 2023 31 18 Jamuan Pn. Rosdiana binti Hussain (K) Cik Lizawati binti Mustafa Al Bakri Pn. Suhana binti Zamri Pn. Norhayati binti Nuruddin Pn. Santhana Mary a/p R. Mariadas Pn. Minachi a/p Ramakasna Membuat tempahan makanan berbungkus dan air untuk 150 orang Mengurus bungkusan makanan dan agihan bungkusan kepada ibu bapa dan guru-guru Catatan: 1. Sila serahkan resit perbelanjaan yang dibuat kepada bendahari untuk tuntutan. ~Selamat Menjalankan Tugas~ Disediakan oleh: Disahkan oleh: .................................................. .............................................. ( Puan Nik Masuri Bt Nik Mansor ) ( Puan Mahatum Binti Ahmad ) Setiausaha PIBG SMK Seri Ampang Penolong Kanan Hal Ehwal Murid


Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-27, 2023 32 LAMPIRAN


Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-27, 2023 33 CADANGAN KUTIPAN YURAN BAYARAN TAMBAHAN OLEH PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU BAGI TAHUN 2023 Bil Tajuk/Jenis kutipan: Pendidikan Khas (RM) Ting. 1 dan Peralihan (RM) Ting. 2 (RM) Ting. 3 (RM) Ting. 4 (RM) Ting. 5 (RM) 1. Sumbangan (satu keluarga) 30.00 30.00 30.00 30.00 30.00 30.00 2. Yuran Pembangunan 10.00 10.00 10.00 10.00 10.00 10.00 3. Yuran Keceriaan dan keselamatan 10.00 10.00 10.00 10.00 10.00 10.00 4. Yuran ICT 10.00 10.00 10.00 10.00 10.00 10.00 5. Yuran Kecemerlangan Kurikulum 10.00 65.00 65.00 65.00 65.00 100.00 JUMLAH BESAR 70.00 125.00 125.00 125.00 125.00 160.00


Click to View FlipBook Version