Buku Peraturan Kolej
KOLEJ VOKASIONAL DATUK SERI MOHD ZIN
JALAN PENGKALAN 78000
ALOR GAJAH, MELAKA
Peraturan Kolej 1
KOLEJ VOKASIONAL DATUK SERI MOHD ZIN
JALAN PENGKALAN,
78000 ALOR GAJAH, MELAKA.
PERATURAN-PERATURAN KOLEJ
PERATURAN KHAS
1.0 KEDATANGAN
1.1 Pelajar-pelajar dikehendaki hadir ke kolej 10 minit lebih awal.
1.2 Waktu pembelajaran di kolej ialah mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.
Semua pelajar dikehendaki hadir ke kolej: -
1.2.1 Pada hari-hari pembelajaran formal dan hari tertentu yang dimaklumkan dari masa
ke semasa.
1.2.2 Aktiviti-aktiviti kolej seperti permainan sukan, kegiatan-kegiatan persatuan, kelab dan
lain-lain.
1.3 Pelajar mesti sampai ke kolej tepat pada waktunya. Mereka yang lewat mesti
mePensyarahkan diri kepada pemimpin pelajar yang bertugas di pintu masuk utama dan juga
pensyarah bertugas mingguan.
1.4 Semua pelajar dikehendaki berada di kawasan kolej sepanjang masa PdPc iaitu mulai 8.00
pagi hingga 5.00 petang serta semua kegiatan ko-kurikulum.
1.5 Pelajar yang tidak hadir ke kolej sebab sakit hendaklah mendapatkan Surat Akuan Sakit
daripada doktor yang memberikan rawatan. Pelajar yang tidak hadir ke kolej disebabkan hal
kecemasan, mereka perlu memberi surat tunjuk sebab yang ditandatangani oleh
penjaga/ibubapa.
1.6 Pelajar yang perlu meninggalkan kawasan kolej hendaklah berjumpa dengan pensyarah yang
bertugas dan mengisi borang keluar yang boleh didapati di pejabat kolej.
1.7 Pelajar yang tidak hadir ke kolej akan diambil tindakan seperti berikut:
Jenis Ponteng Tindakan/hukuman
Berturut-turut 3 hari - surat amaran 1
(31 hari) 7 hari lagi selepas amaran 1– surat amaran 2
7 hari lagi selepas amaran 2– surat amaran 3
Berkala -Tidak Berturut-turut 14 hari lagi selepas amaran 3– surat buang kolej
( 60 hari) akan dikeluarkan
10 hari - surat amaran 1
10 hari lagi selepas amaran 1– surat amaran 2
20 hari lagi selepas amaran 2– surat amaran 3
20 hari lagi selepas amaran 3– surat buang kolej
akan dikeluarkan
Peraturan Kolej 2
2.0 PERHIMPUNAN RASMI
2.1 Perhimpunan rasmi kolej akan diadakan pada minggu pertama setiap bulan dan kehadiran
adalah diwajibkan.Perhimpunan juga boleh diadakan pada bila-bila masa yang dikehendaki
oleh Pengarah.
2.1.1 Perhimpunan akan diadakan di Dewan Harmoni.
2.1.2 Pelajar dikehendaki berada di dewan sebelum pukul 7.50 pagi.
2.2 Semasa perhimpunan di dewan, setiap pelajar dikehendaki beratur dan berada dalam
keadaan senyap.
2.3 Setiap kelas mesti berada ditempat/ruang yang ditetapkan.
2.4 Pelajar – pelajar mesti memberi tumpuan yang sepenuhnya terhadap semua pengumuman
yang dibuat.
2.5 Semasa lagu kebangsaan, lagu negeri, lagu kolej dan lafaz ikrar semua pelajar hendaklah
berdiri tegak.
2.6 Setiap hari Jumaat, majlis bacaan Yasin akan diadakan di dewan pada pukul 7.50 pagi.
2.7 Sebarang pembatalan perhimpunan rasmi adalah di atas arahan Pengarah.
3.0 MASA BELAJAR
3.1 Pelajar mesti menumpukan perhatian dengan penuh minat dan bersungguh-sungguh
terhadap setiap mata pelajaran.
3.2 Pelajar - pelajar tidak boleh meninggalkan bilik kuliah/bengkel/makmal tanpa kebenaran
keluar daripada pensyarah yang mengajar.
3.3 Pelajar - pelajar dilarang membuat bising.
3.4 Pelajar tidak dibenarkan makan dan minum semasa waktu Pembelajaran dan
Pemudahcara (PdPc).
3.5 Pelajar-pelajar dilarang menggunakan bilik rawatan, surau, makmal sains, pusat sumber
dan bilik –bilik lain sebagai tempat rehat kecuali mendapat kebenaran pensyarah.
4.0 AKHLAK DAN TATATERTIB
4.1 Semasa berada di kolej pelajar hendaklah menunjukkan sahsiah yang baik dan budi pekerti
yang mulia.
4.2 Amalkan memberi jalan dan mengucapkan salam atau selamat sejahtera setiap kali
bertemu pensyarah dan pelawat.
4.3 Di dalam kelas pelajar-pelajar mestilah menjaga ketenteraman semasa proses PdPc.
4.4 Jika pensyarah terpaksa meninggalkan kelas, setiap pelajar mestilah dapat mengawal diri
masing-masing tanpa membuat bising.
4.5 Pada waktu rehat, pelajar-pelajar tidak dibenarkan berada di dalam kelas dan kawasan –
kawasan larangan (asrama, bengkel dan bilik-bilik khas).
4.6 Pelajar-pelajar tidak dibenarkan menjalankan sebarang aktiviti yang menganggu
ketenteraman, kekerasan terhadap pelajar-pelajar baru di atas nama ‘ragging’ semasa
minggu suaikenal. (SPI. Bil 4/1978, 2.5.7.8 dan KP (BS) 8591/jld 11/4,17.3.83).
4.7 Semasa membeli makanan di kantin, semua pelajar mestilah beratur. Pinggan mangkuk
yang digunakan mestilah diletakkan pada tempat yang ditetapkan.
4.8 Pelajar-pelajar hendaklah menghormati pelawat yang datang ke kolej dengan memberi
salam atau ucap selamat sejahtera dan memberi bantuan tunjuk arah kepada mereka.
4.9 Di waktu rehat pada pukul 1.00 hingga pukul 2.00 petang pelajar dibenarkan berehat untuk
makan dan solat zohor. Pelajar diwajibkan sembahyang zohor secara berjemaah di surau
kolej.
Peraturan Kolej 3
4.10 Semua pelajar perlu mengikuti dan memenuhi arahan dan teguran yang diberikan oleh
pemimpin pelajar dan Ketua Kelas pada setiap masa.
5.0 TATACARA BERPAKAIAN
a Pelajar-pelajar diwajibkan memakai baju korporat kolej setiap hari. Pakaian tersebut
hendaklah dipakai semasa PdPc berlangsung, peperiksaan atau sebarang aktiviti rasmi kolej
kecuali mendapat kebenaran pihak pentadbir.
b Pelajar SVM dibenarkan memakai pakaian unit beruniform rasmi kolej masing-masing pada
hari aktiviti kokurikulum dijalankan.
5.1 Pakaian Seragam Lelaki
5.1.1 Seluar panjang warna hitam. Poket sisi dan poket belakang hendaklah dijahit tebuk
(poket tampal tidak dibenarkan) seluar mestilah tidak singkat, tidak ketat, separas
pusat dan tidak labuh (cecah tanah).
5.1.2 Baju korporat lengan pendek, warna oren untuk pelajar SVM manakala warna kelabu
untuk pelajar DVM. (Tanda nama bersaiz standard pada sebelah kanan baju korporat
adalah digalakkan).
5.1.3 Baju mestilah dimasukkan ke dalam semasa berada di kawasan kolej, perjalanan ke
kolej atau balik dari kolej.
5.1.4 Tali pinggang tidak lebih daripada 3 cm sahaja dibenarkan. warna tali pinggang ialah
kanvas hitam. Kepala tali pinggang mestilah bersaiz standard dan tidak berfesyen.
5.1.5 Pelajar lelaki tidak dibenarkan memakai barang kemas atau perhiasan seperti rantai,
gelang, cincin, dan lain-lain. Kekecualian dibenarkan adalah bagi tujuan keagamaan.
5.1.6 Pelajar lelaki dibenarkan memakai songkok berwarna hitam sahaja.
5.2 Pakaian Seragam Perempuan.
5.2.1 Pelajar-pelajar perempuan dimestikan memakai baju korporat berlengan panjang
warna oren untuk pelajar SVM manakala warna kelabu untuk pelajar DVM serta kain
sarung berwarna hitam yang labuhnya tidak mencecah tanah.
5.2.2 Pelajar Islam digalakkan memakai kain tudung berbentuk segi tiga atau mini telekung
berwarna putih. Tudung dibiarkan keluar. Kain atau pengalas rambut (sarung kepala)
mestilah berwarna putih/hitam. (Tanda nama bersaiz standard pada sebelah kanan
tudung adalah digalakkan).
5.2.3 Kain tudung yang berfesyen, memakai sebarang solekan dan barang kemas atau
perhiasan adalah dilarang.
5.3 Pakaian Seragam Pemimpin Pelajar.
5.3.1 AJK Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) : Lelaki - Baju korporat berwarna hitam, seluar
panjang berwarna hitam. Perempuan : Baju korporat lengan panjang berwarna hitam,
kain sarung berwarna hitam dan bertudung merah hati.
5.3.2 Rakan Disiplin : Lelaki - baju korporat berwarna biru, seluar panjang berwarna hitam.
Perempuan : Baju korporat berwarna biru gelap, kain sarung berwarna hitam dan
bertudung biru gelap.
5.3.3 Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) : Lelaki – Baju korporat berwarna unggu, seluar
panjang berwarna hitam. Perempuan : Baju korporat berwarna unggu, kain sarung
berwarna hitam dan bertudung hitam.
Peraturan Kolej 4
5.4 Kasut dan Stokin.
5.4.1 Semua pelajar mestilah memakai kasut kanvas/kulit berwarna hitam, bertali hitam serta
mestilah bartapak getah dan stokin berwarna hitam melepasi paras buku lali.
5.4.2 Kasut keselamatan bengkel berwarna gelap dibenarkan.
5.4.3 Pelajar dilarang memakai kasut berfesyen dan barwarna-warni.
5.5 Kad Matrik.
5.5.1 Semua pelajar dimestikan memakai kad matrik sepanjang berada di kawasan kolej.
5.6 Pakaian Pendidikan Jasmani dan Sukan.
5.6.1 Pelajar lelaki dan perempuan dikehendaki memakai seluar panjang (track bottom) yang
barwarna gelap dan memakai baju T rasmi kolej berlencana kolej.
5.6.2 Gunakan bilik persalinan pakaian yang ditentukan untuk menukar pakaian.
5.7 Pakaian Bengkel
5.7.1 Baju/baju T bengkel seperti yang ditetapkan oleh bengkel masing-masing.
5.7.2 Seluar berwarna hitam.
5.7.3 Baju/baju T mesti dimasukkan ke dalam.
5.7.4 Baju “overall” dibenarkan.
5.7.5 Bagi pelajar perempuan baju / baju T bengkel seperti yang ditetapkan serta seluar
berwarna gelap. Pakaian ini hanya dibenarkan semasa pembelajaran di bengkel sahaja.
6.0 RAMBUT DAN KUKU
6.1 Rambut Pelajar Lelaki.
6.1.1 Pelajar lelaki mestilah sentiasa berambut pendek dan kemas sepanjang waktu PdPc
(Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 2/1976).
6.1.2 Potongan rambut pelajar lelaki ialah 3-2-1.
6.1.3 Rambut dibahagian belakang dan tepi mestilah sentiasa pendek dan nipis (nombor 1
dan 2) serta tidak melebihi paras cuping telinga. Manakala bahagian atas nombor 3.
6.1.4 Rambut tidak boleh menutup kedua-dua belah telinga dan pelipis tidak boleh melebihi
garisan tengah hidung atau cuping telinga
6.1.5 Pelajar tidak dibenarkan menyimpan misai dan janggut atau jambang.
6.1.6 Pelajar tidak dibenarkan membotakkan kepala tanpa sebab.
6.1.7 Fesyen rambut yang tidak bersesuai atau keterlaluan dengan status pelajar kolej tidak
dibenarkan.
6.1.8 Penggunaan pewarna rambut adalah dilarang.
6.2 Rambut Pelajar Perempuan.
6.2.1 Pelajar perempuan digalakkan memakai tudung bagi tujuan menutup aurat.
6.2.2 Rambut yang panjang mencecah atau melebihi bahu mestilah diikat atau ditocang
dengan kemas. Hanya reben warna hitam, putih atau biru laut sahaja boleh digunakan.
6.2.3 Sebarang fesyen rambut yang tidak sesuai dengan pelajar kolej adalah dilarang.
6.3 Kuku.
6.3.1 Semua pelajar dilarang berkuku panjang dan berwarna.
Peraturan Kolej 5
7.0 MENJAGA HARTA BENDA KOLEJ
7.1 Harta benda kolej ialah segala benda kepunyaan kolej. Tiap-tiap pelajar wajib menjaga
keselamatan harta benda kolej.
7.2 Ibu/bapa atau penjaga akan dihubungi dan diminta untuk membayar ganti rugi bagi setiap
kerosakan harta benda kolej yang dilakukan oleh pelajar.
7.3 Pelajar-pelajar dilarang mengubah kedudukan harta benda kolej dari tempat asalnya kecuali
mendapat arahan dari pensyarah.
8.0 TATATERTIB DI LUAR KAWASAN KOLEJ
8.1 Pelajar-pelajar hendaklah sentiasa mengamalkan nilai-nilai baik, berbudi pekerti mulia dan
sentiasa menjaga nama baik kolej.
8.2 Pelajar-pelajar yang menaiki bas hendaklah beratur semasa menaiki bas. Jangan berebut-
rebut dan jangan sesekali berdiri di atas tangga bas sewaktu bas berjalan. Tunjukkan
kelakuan yang baik semasa berada di dalam bas dan beri tempat duduk kepada orang-orang
tua atau orang yang tidak berupaya.
9.0 PENGGUNAAN KENDERAAN DAN ALAT KOMUNIKASI
9.1 Pelajar adalah DILARANG menunggang motosikal dan memandu kereta di dalam kawasan
kolej.
9.2 Motosikal atau basikal hendaklah disorong masuk dan keluar bermula daripada pintu
pagar utama dan dari tempat letak kenderaan.
9.3 Penggunaan kenderaan mestilah mempunyai lesen memandu dan cukai jalan yang sah.
9.4 Semua kenderaan pelajar hendaklah didaftarkan untuk mendapat pelekat.
9.5 Kenderaan yang digunakan mestilah berkeadaan baik dan lengkap mengikut ordinan
lalulintas.
9.6 Kenderaan yang digunakan hendaklah dikunci dan diletak dengan teratur di tempat yang
ditetapkan.
9.7 Penunggang motosikal dilarang membawa pembonceng yang berlainan jantina kecuali ada
hubungan keluarga.
9.8 Penunggang motosikal dilarang menghidupkan enjin dan membuat bising semasa
motosikalnya disorong keluar atau masuk kawasan kolej.
9.9 Keselamatan kenderaan dan topi keledar adalah tanggungjawab sendiri.
9.10 Sistem Komunikasi yang dibenarkan di kolej adalah:
(a) Telefon Awam
(b) Internet di Pusat Sumber Kolej
(3) Telefon bimbit
(4) Komputer riba
9.11 Pelajar SVM DILARANG membawa, menyimpan dan menggunakan telefon bimbit dan
komputer riba di kawasan kolej.
9.12 Pelajar DVM DIBENARKAN membawa telefon bimbit dan komputer riba yang mempunyai
pelekat kebenaran tetapi penggunaan hanyalah bagi tujuan PdPc di dalam bilik kuliah /
bengkel / makmal dengan mengikut keperluan pensyarah.
9.13 Penggunaan komputer riba di luar waktu PdPc hanya dibenarkan di kawasan-kawasan yang
ditetapkan.
Peraturan Kolej 6
PERATURAN UMUM
10.0 KEBERSIHAN DAN KECERIAAN
10.1 Tiap-tap pelajar berkewajipan menjaga kebersihan diri, kelas dan kolej.
10.2 Semua sampah sarap hendaklah dibuangkan ke dalam tong sampah yang telah
disediakan.
10.3 Semua kelas, makmal dan bengkel mestilah bersih. Papan kenyataan dalam bilik darjah
dan bengkel mestilah dijaga dengan rapi.
10.4 Pelajar dilarang menconteng atau mengotorkan kelas, tandas, bengkel, permukaan meja
dan bangku.
10.5 Pelajar dilarang meludah di merata-rata tempat seperti di lantai bilik kuliah, kawasan kaki
lima kelas, kawasan kantin dan tempat - tempat lain.
10.6 Pelajar diwajibkan menjaga kebersihan pakaian dan diri termasuklah rambut, kuku, gigi
dan keseluruhan anggota badan.
11.0 SUMBANGAN DAN BAYARAN TAMBAHAN KOLEJ
11.1 Setiap pelajar wajib menjelaskan Bayaran Tambahan Kolej dan sumbangan yang
ditetapkan sebelum semester pertama berakhir.
11.2 Surat Berhenti Kolej, Surat Akuan, sijil-sijil dan sebagainya tidak akan dikeluarkan kepada
pelajar yang masih mempunyai tunggakan hutang kepada pihak kolej.
12.0 KEGIATAN KOKURIKULUM
12.1 Kegiatan kokurikulum adalah wajib bagi semua pelajar. Setiap pelajar mesti mengambil
bahagian dalam kegiatan sukan, persatuan dan kelab serta kegiatan unit beruniform.
12.2 Semua pelajar diwajibkan hadir dengan pakaian yang telah ditetapkan untuk kegiatan
kokurikulum pada hari dan waktu yang telah ditetapkan.
12.3 Pelajar perempuan dibenarkan memakai seluar panjang waktu bermain atau bersukan
atau menjalankan kegiatan pendidikan jasmani SPI. 12/78.
13.0 RAWATAN DAN PERUBATAN
13.1 Mana-mana pelajar yang ingin mendapatkan rawatan di klinik kesihatan atau hospital
mestilah memaklumkan kepada pensyarah bertugas sebelum jam 8.00 pagi kecuali bagi
kes-kes kecemasan.
Pelajar perlu mendapatkan Borang Pemeriksaan dan Rawatan Kesihatan/Pergigian yang
ditandatangani oleh pensyarah bertugas atau pentadbir. Urusan pergi dan pulang dari
klinik kesihatan atau hospital berhampiran adalah dengan menaiki van kolej/kenderaan
pensyarah bertugas atau diuruskan oleh ibu bapa pelajar sendiri. Apabila telah selesai
mendapatkan rawatan dan ubatan pelajar perlu menghubungi pihak kolej di talian
065561200. Segala rekod rawatan akan dicatat dalam buku rawatan oleh pensyarah
bertugas. Sekiranya pelajar mendapat cuti rehat, sijil cuti sakit mestilah diserahkan
kepada pensyarah pembimbing atau warden asrama.
14.0 SURAT MENYURAT
14.1 Semua surat- menyurat rasmi dengan pihak kolej mestilah melalui pengarah.
14.2 Semua surat- menyurat rasmi yang menggunakan ‘letter-head’ kolej perlu ditandatangani
oleh pengarah atau pentadbir bagi pihak pengarah
14.3 Pihak kolej berhak membuka surat atau menapis surat yang disyaki sebelum disampaikan
kepada pelajar.
Peraturan Kolej 7
15.0 KATEGORI KESALAHAN TINDAKAN HUKUMAN KUASA
15.1 KESALAHAN BERAT (B) PELAKSANA
KOD JENIS KESALAHAN
B01 Menyimpan, membawa, 1. Hubungi ibu bapa/penjaga. 1. Mahkamah.
mengedar, menghisap 2. Hubungi agensi berkaitan/ 2. Buang kolej.
atau bersubahat dalam
kegiatan dadah polis.
berbahaya 3. Pensyarah kepada BPLTV &
JPNM.
4. Kaunseling.
5. Dokumentasikan.
2.
B02 Membawa, menyimpan,3. 1. Hubungi ibu bapa/ penjaga 1. Kesalahan 1 – rotan1
menghisap atau 2. Kaunseling. kali.
mengedar bahan 3. Mendokumentasikan. 2. Kesalahan 2 – rotan 2
tembakau kali. 1. Pengarah.
3. Kesalahan 3 – rotan tiga 2. TPSA/Pensyarah
yang diberi kuasa.
kali dan akur janji. 3. Lembaga Disiplin
4. Kesalahan 4 – Gantung Kolej.
tidak melebihi 14 hari.
5. Kesalahan 5 – buang
kolej.
4.
B03 Membawa, meminum, 5. 1. Hubungi ibu bapa/penjaga 1. Gantung tidak melebihi
menyimpan atau 2. Kaunseling. 14 hari .
mengedar minuman 3. Dokumentasikan. 2. Buang kolej.
keras.
B04 Menyebabkan/ 1. Hubungi ibu bapa/penjaga 1. Gantung tidak melebihi
melakukan pergaduhan
atau kekerasan 2. Lapor kepada BPLTV & 14 hari bagi tujuan
JPNM. siasatan.
3. Kaunseling. 2. Buang kolej.
4. Dokumentasikan.
Peraturan Kolej 8
B04A Membunuh/ 1. Hubungi ibu bapa/penjaga. 1. Mahkamah.
menyebabkan kematian/ 2. Hubungi agensi berkaitan/ 2. Gantung tidak melebihi
cuai menyebabkan
kematian. polis. 14 hari bagi tujuan
3. Lapor kepada BPLTV & siasatan.
3. Buang kolej.
JPNM.
4. Kaunseling.
5. Dokumentasikan.
B05 Mengancam, menyerang, 1. Hubungi ibu bapa/penjaga. 1. Mahkamah.
memukul dan 2. Hubungi agensi berkaitan/ 2. Gantung tidak melebihi
mencederakan polis. 14 hari bagi tujuan
3. Lapor kepada BPLTV & siasatan.
JPNM. 3. Buang kolej.
4. Kaunseling.
5. Dokumentasikan.
B06 Biadap dan tingkah laku 6. 1. Hubungi ibu bapa/penjaga 1. Amaran keras.
tidak sopan 2. Kaunseling. 2. Jika berulang -rotan 1
3. Dokumentasikan. kali dan akur janji
3. Jika berulang, gantung
tidak melebihi 14 hari. 1. Pengarah
4. Buang kolej. 2. TPSA/Pensyarah
yang diberi kuasa
B07 Memeras ugut dan 1. Hubungi ibu bapa/penjaga. 1. Amaran keras. 3. Lembaga Disiplin
mengugut yang 2. Hubungi agensi berkaitan / 2. Jika berulang -rotan 1 Kolej
membawa kepada polis kali dan akur janji.
ketakutan. 3. Kaunseling. 3. Jika berulang, gantung
4. Dokumentasikan. tidak melebihi 14 hari.
4. Buang kolej.
B08 Membawa/menyimpan/ 1. Hubungi ibu bapa/penjaga. 1. Mahkamah.
mengunakan senjata api, 2. Hubungi agensi berkaitan/ 2. Gantung tidak melebihi
senjata berbahaya, bahan polis. 14 hari.
letupan atau alat 3. Lapor kepada BPLTV & 3. Buang kolej.
berbahaya JPNM.
4. Kaunseling.
5. Dokumentasikan.
Peraturan Kolej 9
B09 Melakukan buli, 1. Hubungi ibu bapa/penjaga. 1. Amaran keras.
penderaan atau paksaan 2. Pensyarahan kepada BPLTV 2. Jika berulang -rotan 1
terhadap pelajar lain.
& JPNM. kali dan akur janji.
3. Kaunseling. 3. Jika berulang, gantung
4. Dokumentasikan.
tidak melebihi 14 hari.
4. Buang kolej.
B10 Mencuri, merompak, 1. Hubungi ibu bapa/ penjaga. 1. rotan 1 kali dan akur
samun, memecah masuk 2. Kaunseling. janji.
dan menceroboh 3. Dokumentasikan.
kawasan larangan. 2. Jika berulang, gantung
tidak melebihi 14 hari.
3. Buang kolej.
B11 Menganjur, melakukan 1. Hubungi ibu bapa/ penjaga. 1. Amaran keras.
perjudian atau
membabitkan diri dalam 2. Kaunseling. 2. Jika berulang -rotan 1
pertaruhan.
3. Dokumentasikan. kali dan akur janji.
3. Jika berulang, gantung
tidak melebihi 14 hari.
4. Buang kolej.
B12 Mencetak, menerbit, 1. Hubungi ibu bapa/penjaga. 1. Amaran keras.
mempamer mengedar 2. Kaunseling. 2. Jika berulang -rotan 1
atau menyimpan rencana 3. Dokumentasikan. kali dan akur janji.
majalah atau pita 3. Jika berulang, gantung
rakaman dan, multimedia tidak melebihi 14 hari. 1. Pengarah.
yang dilarang. 4. Buang kolej.
2. TPSA/Pensyarah
yang diberi kuasa.
B13 Membabitkan diri dalam 1. Hubungi ibu bapa/penjaga. 1. Amaran keras. 3. Lembaga Disiplin
kumpulan haram atau 2. Hubungi agensi berkaitan/ 2. Jika berulang -rotan 1 Kolej.
kongsi gelap/ polis. kali dan akur janji.
gengsterisme. 3. Kaunseling. 3. Jika berulang, gantung
4. Dokumentasikan. tidak melebihi 14 hari.
4. Buang kolej.
5.
B14 Merogol, meliwat, 1. Hubungi ibu bapa/ penjaga. 1. Mahkamah.
merangsangkan dan 2. Hubungi agensi berkaitan/ 2. Gantung tidak melebihi
mencabul kehormatan/
gangguan seksual. polis. 14 hari bagi tujuan
3. Lapor kepada BPLTV & siasatan.
3. Buang kolej.
JPNM.
4. Kaunseling.
5. Dokumentasikan.
Peraturan Kolej 10
B15 Melakukan zina dan 1. Hubungi ibu bapa/penjaga. 1. Mahkamah.
hubungan luar tabii. 2. Hubungi agensi berkaitan/ 2. Gantung tidak melebihi
polis. 14 hari bagi tujuan
3. Kaunseling. siasatan.
4. Dokumentasikan. 3. Buang kolej.
B16 Melacur/ menjadi bohsia/ 1. Hubungi ibu bapa/penjaga. 1. Gantung tidak melebihi
bohjan/ gigolo/ lesbian 2. Hubungi agensi berkaitan/ 14 hari bagi tujuan
dan kecelaruan jantina. polis. siasatan.
3. Kaunseling. 2. Buang kolej.
4. Dokumentasikan.
B17 Bersekedudukan atau 1. Hubungi ibu bapa/penjaga. 1. Amaran keras.
membabitkan diri dalam 2. Hubungi agensi berkaitan/ 2. Gantung tidak
kegiatan tidak bermoral/
bercumbuan. polis. melebihi 14 hari bagi
3. Kaunseling. tujuan siasatan.
4. Dokumentasikan. 3. Buang kolej.
B18 Menulis atau 1. Hubungi ibu bapa/penjaga. 1. Amaran keras .
mengeluarkan kenyataan 2. Kaunseling. 2. Jika berulang -rotan 1
media dan perbuatan 3. Dokumentasikan. kali dan akur janji.
yang mencemarkan nama 3. Jika berulang, gantung
kolej. tidak melebihi 14 hari .
4. Buang kolej.
1. Pengarah.
2. TPSA/Pensyarah
yang diberi kuasa.
B 19 Merosakkan harta benda 1. Hubungi ibu bapa/penjaga. 1. Ibu bapa dikehendaki 3. Lembaga Disiplin
kolej. 2. Kaunseling. membayar nilai Kolej.
3. Dokumentasikan. kerosakan yang
dilakukan oleh pelajar.
B20 Menulis perkataan atau 1. Hubungi ibu bapa/penjaga. 1. Amaran keras dan
melukis gambar lucah. 2. Kaunseling. akur janji.
3. Dokumentasikan.
2. Jika berulang -rotan 1
kali.
3. Jika berulang, gantung
tidak melebihi 14 hari.
4. Buang kolej.
Peraturan Kolej 11
B21 Membabitkan diri dalam 1. Hubungi ibu bapa/penjaga. 1. Amaran keras dan
tunjuk perasaan, 2. Hubungi agensi berkaitan/ akur janji.
perhimpunan haram atau polis. 2. Jika berulang -rotan 1
merusuh. 3. Kaunseling. kali.
4. Dokumentasikan. 3. Jika berulang, gantung
tidak melebihi 14 hari.
4. Buang kolej.
B 22 Menyalahgunakan alat 1. Hubungi ibu bapa/penjaga. 1. Amaran keras dan
permainan atau bahan - 2. Kaunseling. akur janji.
bahan multimedia. 3. Dokumentasikan.
2. Jika berulang -rotan 1
kali.
3. Jika berulang, gantung
tidak melebihi 14 hari.
4. Buang kolej.
B23 Menganjur atau 1. Hubungi ibu bapa/penjaga. 1. Amaran keras dan
membabitkan diri dalam 2. Kaunseling. akur janji.
acara kebudayaan yang 3. Dokumentasikan.
bertentangan dengan 2. Jika berulang -rotan 1
nilai - nilai masyarakat kali.
Malaysia.
3. Jika berulang, gantung
tidak melebihi 14 hari.
4. Buang kolej.
B24 Melakukan ponteng 1. Hubungi ibu bapa/penjaga. Setelah cukup tempoh;
sekolah herterusan 2. Kaunseling. 1. Amaran 1
(berturut-turut), selama 3. Dokumentasikan. 2. Amaran 2
31 hari atau berkala 3. Amaran 3
selama 60 hari dalam satu 4. Buang Kolej 1. Pengarah.
tahun sesi pengajian. 2. TPSA/Pensyarah
yang diberi kuasa.
3. Lembaga Disiplin
B25 Mengganggu/ 1. Hubungi ibu bapa/penjaga. 1. Amaran keras. Kolej.
menjejaskan kuasa 2. Kaunseling. 2. Jika berulang -rotan 1
pengarah atau 3. Dokumentasikan. kali dan akur janji.
pensyarah yang 3. Jika berulang, gantung
menjalankan tugas. tidak melebihi 14 hari.
4. Buang kolej.
B26 Mengedar, memiliki, 1. Hubungi ibu bapa/penjaga. 1. rotan 1 kali dan akur
membawa, 2. Kaunseling. janji.
melukis dan 3. Dokumentasikan.
mempamerkan bahan 2. Jika berulang, gantung
lucah. tidak melebihi 14 hari.
3. Buang kolej.
Peraturan Kolej 12
B27 Mengeluarkan kata-kata 1. Hubungi ibu bapa/penjaga. 1. rotan 1 kali dan akur
lucah, kesat dan 2. Kaunseling. janji.
melakukan perbuatan 3. Dokumentasikan.
lucah. 2. Jika berulang, gantung
tidak melebihi 14 hari.
3. Buang kolej.
B28 Melakukan hubungan 1. Hubungi ibu bapa/penjaga. 1. rotan 1 kali dan akur
yang mencurigakan. 2. Kaunseling. janji.
3. Dokumentasikan.
2. Jika berulang, gantung
tidak melebihi 14 hari.
3. Buang kolej.
B29 Tidak amanah, menipu 1. Hubungi ibu bapa/penjaga. 1. rotan 1 kali dan akur
dan meniru ketika 2. Kaunseling. janji.
ujian/peperiksaan. 3. Dokumentasikan.
2. Jika berulang, gantung
tidak melebihi 14 hari.
3. Buang kolej.
B30 Melibatkan diri dalam 1. Hubungi ibu bapa/penjaga. 1. Amaran keras.
ajaran sesat/parti-parti 2. Kaunseling. 2. Jika berulang -rotan 1
politik dan menyebarkan 3. Dokumentasikan. kali dan akur janji.
fahaman serta mengedar 3. Jika berulang, gantung
risalah atau lambang- tidak melebihi 14 hari. 1. Pengarah.
lambing. 4. Buang kolej. 2. TPSA/Pensyarah
yang diberi kuasa.
B31 Kesalahan-kesalahan 1. Hubungi ibu bapa/penjaga. 1. Amaran keras. 3. Lembaga Disiplin
lain yang difikirkan 2. Kaunseling. 2. Jika berulang -rotan 1 Kolej.
termasuk dalam 3. Dokumentasikan. kali dan akur janji.
kategori ini oleh 3. Jika berulang, gantung
Jawatankuasa Disiplin tidak melebihi 14 hari.
Kolej. 4. Buang kolej.
B32 Melakukan mana-mana 1. Hubungi ibu bapa/penjaga. 1. Rotan 1 kali.
kesalahan sederhana 2. Kaunseling. 2. Jika berulang, rotan 2
melebihi 3 kali. 3. Dokumentasikan.
kali dan akur janji.
3. Gantung tidak
melebihi 14 hari.
4. Buang kolej.
Peraturan Kolej 13
15.2 KESALAHAN SEDERHANA (S) Tindakan Hukuman Kuasa Pelaksana
Kod Kesalahan 1. Amaran 1.
2. Amaran 2.
S01 Menyalahgunakan/ 3. Amaran akhir.
menggunakan 4. Jika berulang -rotan 1
peralatan/sumber bekalan
elektrik kolej tanpa kali (hukuman merujuk
kebenaran. kesalahan berat).
S02 Keluar dari kolej tanpa
kebenaran.
S03 Ponteng sebarang acara rasmi
kolej.
S04 Tidak menghormati lagu- 1. Amaran lisan. 1. Amaran Akhir. 1. Pengarah.
lagu/bendera/jata kolej, 2. Amaran bertulis. 2. Jika berulang –gunting 2. TPSA/Pensyarah
negeri dan kebangsaan. 3. Hubungi ibu bapa/
3,2,1. yang diberi kuasa.
S05 Fesyen rambut keterlaluan penjaga. 3. Jika berulang -rotan 1 3. Jawatankuasa
seperti punk, skin head atau 4. Kaunseling.
berwarna. 5. Dokumentasikan. kali (hukuman merujuk Disiplin Kolej.
kesalahan berat).
S06 Mencukur/mencabut bulu 1. Amaran 1.
kening bagi pelajar 2. Amaran 2.
perempuan. 3. Amaran akhir.
4. Jika berulang -rujuk
S07 Menconteng pada harta
benda kolej dan orang lain. kesalahan berat).
1. Amaran 1.
2. Amaran 2.
3. Amaran akhir.
4. Jika berulang -rotan 1
kali (hukuman merujuk
kesalahan berat).
Peraturan Kolej 14
S08 Memakai barang kemas 1. Amaran 1.
keterlaluan, menindik telinga/ 2. Amaran 2.
lidah/ hidung/ bawah bibir 3. Amaran akhir.
dan memakai subang lebih 4. Jika berulang -rotan 1
daripada satu di bawah cuping
telinga. kali (hukuman merujuk
kesalahan berat).
S09 Melukis tatu (tatoo), memakai
inai pada anggota badan. 1. Amaran 1.
2. Amaran akhir.
3. Jika berulang -rotan 1
S10 Membawa masuk orang lain kali (hukuman merujuk
ke dalam kawasan kolej tanpa kesalahan berat).
S11 kebenaran. 1. Amaran lisan. 1. Amaran 1. 1. Pengarah.
2. Amaran bertulis. 2. Amaran 2. 2. TPSA/Pensyarah
Kesalahan lain yang difikirkan 3. Hubungi ibu bapa/ 3. Amaran akhir
termasuk dalam kategori ini 4. Jika berulang -rotan 1 yang diberi kuasa
oleh Jawatankuasa Disiplin penjaga. 3. Jawatankuasa
Kolej. 4. Kaunseling.
5. Dokumentasikan. Disiplin Kolej.
kali (hukuman merujuk
kesalahan berat).
S12 Membawa barangan larangan 1. Amaran 1.
yang diwartakan oleh 2. Amaran akhir.
pengarah. 3. Jika berulang -rotan 1
kali (hukuman merujuk
kesalahan berat).
S13 Melakukan mana-mana 1. Amaran 1.
kesalahan ringan melebihi (3) 2. Amaran 2.
kali. 3. Amaran akhir.
4. Jika berulang -rotan 1
kali (hukuman merujuk
kesalahan berat)
Peraturan Kolej 15
15.3 KESALAHAN RINGAN (R)
Kod Jenis kesalahan Tindakan Hukuman Kuasa pelaksana
R01 Menyimpan misai dan 1. Amaran satu.
janggut. 2. Amaran dua.
3. Amaran akhir.
4. Memotong/mencukur
misai dan janggut.
5. Aktiviti kerja amal.
R02 Berambut panjang atau 1. Amaran akhir.
menyerupai kumpulan 2. Memotong rambut
tertentu.
3,2,1.
3. Aktiviti kerja amal.
R03 Bermain dalam bilik 1. Amaran lisan 1. Amaran satu. 1. Pengarah.
darjah, koridor atau 2. Amaran bertulis 2. Amaran dua. 2. TPSA/Pensyara
kawasan yang dilarang. 3. Hubungi ibu 3. Amaran akhir.
4. Aktiviti kerja amal. h yang diberi
R04 Mengguna dan bapa/penjaga. kuasa.
membawa keluar 4. Kaunseling. 1. Amaran satu serta 3. Jawatankuasa
sebarang peralatan bilik 5. Dokumentasikan memulangkan Disiplin Kolej.
darjah dan kolej tanpa peralatan yang 4. Ketua bengkel.
kebenaran. dibawa keluar. 5. Pensyarah
pembimbing.
2. Amaran dua.
R05 Keluar dari bilik kelas 3. Amaran akhir.
tanpa kebenaran/
ponteng kelas. 1. Amaran satu.
2. Amaran dua.
3. Amaran akhir.
4. Aktiviti kerja amal.
R06 Berada di kantin di luar
waktu pengajaran dan
pembelajaran.
R07 Menyimpan atau
menggunakan alat
permainan kepunyaan
kolej tanpa kebenaran.
Peraturan Kolej 16
R08 Menggunakan harta
benda kolej tanpa
kebenaran.
R09 Tidak mematuhi
peraturan makmal/
bengkel kolej.
R10 Memakai barang kemas
atau perhiasan atau alat
solek kecuali jam tangan.
R11 Masuk bilik khas tanpa
kebenaran.
R12 Makan atau minum di 1. Amaran lisan 1. Pengarah
2. TPSA/Pensyara
kelas pada sebarang 2. Amaran bertulis 1. Amaran satu
masa. 3. Hubungi ibu/bapa/penjaga. 2. Amaran dua h yang diberi
4. Kaunseling. 3. Amaran akhir kuasa
Melakukan pembaziran 5. Mendokumen tasikan 4. Aktiviti kerja amal 3. Jawatankuasa
Disiplin Kolej
R13 4. Ketua bengkel
5. Pensyarah
air dan elektrik. pembimbing
R14 Tidak memakai pakaian
kolej yang lengkap.
R15 Semua kesalahan yang
bersabit dengan PdP.
R16 Datang lewat ke kolej.
R17 Lewat bergerak ke
perhimpunan.
Peraturan Kolej 17
R18 Bising dalam bilik darjah
sehingga menjejaskan
ketenteraman dan
mengganggu kelas yang
lain.
R19 Menunggang atau
memandu kenderaan di
dalam kawasan kolej.
R20 Tidak membuat gerak
kerja yang ditugaskan.
R21 Memasuki kawasan
larangan.
R22 Menggangu pensyarah 1. Amaran lisan. 1. Amaran satu. 1. Pengarah
atau pelajar lain. 2. Amaran bertulis. 2. Amaran dua. 2. TPSA/Pensyara
3. Hubungi ibu bapa/penjaga. 3. Amaran akhir.
R23 Lewat masuk kelas. 4. Kaunseling. 4. Aktiviti kerja amal. h yang diberi
5. Dokumentasikan kuasa.
R24 Mengotorkan kelas. 3. Jawatankuasa
Disiplin Kolej.
R25 Tidak memberikan 4. Ketua Bengkel.
perhatian. 5. Pensyarah
Pembimbing.
R26 Tidak mengikat rambut
panjang / berjuntai
(pelajar perempuan).
R27 Kesalahan-kesalahan lain
yang difikirkan termasuk
dalam kategori ini oleh
Jawatankuasa Disiplin
Kolej
Peraturan Kolej 18
IKRAR PELAJAR
Kami penuntut-penuntut,
Kolej Vokasional Datuk Seri Mohd Zin,
Berikrar,
Bersumpah taat setia,
Akan sentiasa mematuhi segala peraturan kolej.
Kami akan berusaha dan tekun dalam,
Menghadapi pelajaran,
Serta cergas dalam kegiatan kolej,
Rukun kolej adalah prinsip hidup kami.
LAGU KOLEJ
Berbeza tetap bersatu
Itulah cogan keramat kami
Belajar dan menuntut ilmu
Bekerja dengan sesungguh hati
Berintegriti
Bertakwa kepada pencipta
Berusaha dengan gigih
Semoga kamikan berjaya
*Ulang rangkap pertama
LAGU NEGERI MELAKA MAJU JAYA
Melaka negeri bersejarah
Tempat tumpah darah kita
Dijunjung dengan sepenuh jiwa
Untuk maju dan jaya
Rakyat melaka sudah bersatu padu
Berikrar taat setia
Jujur berkhidmat setiap masa
Melaka maju jaya
Peraturan Kolej 19
PENGAKUAN
1. PELAJAR
Saya ……………………………………………………………………………………………….. dari kelas ……….…………………………..
mengaku telah membaca dan memahami Peraturan Kolej Vokasioanal Datuk Seri Mohd Zin dan akan
mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan. Saya juga bersedia menerima segala hukuman yang
ditetapkan jika saya melanggar peraturan-peraturan tersebut.
Tandatangan: ………………………………………… Tarikh : …………………...
2. IBUBAPA/PENJAGA
Saya ……………………………………………………... mengaku telah memastikan anak saya membaca dan akan
mematuhi Peraturan Kolej Vokasioanal Datuk Seri Mohd Zin. Saya bersedia menerima sebarang
hukuman yang diambil oleh pihak kolej terhadap anak saya sekiranya beliau melanggar peraturan-
peraturan tersebut.
Tandatangan: ………………………………………… Tarikh : …………………...