NAMA: HASAN BIN LATIP
ANGKA GILIRAN: 2020012380008
NO. KAD PENGENALAN: 870513125239
KUMPULAN/UNIT: PDPM (PAKK)
KOD DAN NAMA KURSUS: PAKK2223D – ASUHAN
PENDIDIKAN AWAL KANAK- KANAK
NAMA PENSYARAH: PUAN NORHAYATI BINTI IDRIS,
BCM
TARIKH HANTAR: 25/6/2021
PENJAGAAN KESIHATAN,
PEMAKANAN, KESELAMATAN, RUTIN
PENJAGAAN DAN LATIHAN URUS DIRI
BAYI DAN KANAK- KANAK
(0 HINGGA 4 TAHUN)
DEFINISI KESIHATAN
• Kesihatan fizikal, mental & kesejahteraan sosial
yang sempurna dan bukanhanya ketiadaan
penyakit ataukelemahan diri.
• Konsep Kesihatan Satu keadaan yang sempurna
dari segi fizikal, mental/emosi, rohani dan sosial.
Kesihatan merupakan satu proses yang dinamik,
sentiasa berubah serta boleh diperoleh melalui
pemupukan ilmu pengetahuan, sikap, amalan
yang seimbang dan berterusan
DEFINISI KESIHATAN KANAK-KANAK
DAN BAYI
• Penyelesaian kesihatan yang berterusandan
penjagaan perubatan yang sepenuhnya
kepada semuakanak-kanak bermula dari
kandungan, kelahiran, per ingkat kanakkanak,
prasekolah, sekola hhingga remaja
OBJEKTIF KESIHATAN KANAK-KANAK
• Memelihara dan meningkatkan kesihatan kanak-kanak.
• Melindungikanak kanak dari penyakit berjangkit dan
mencegah jangkitan.
• Memerhatikan corak pertumbuhan, perkembangan
serta memberi bimbingan jika perlu.
• Mengesan kecacatan dan keabnormalan serta rujukan
awal untuk rawatan.
• Menentukan kanak-kanak hidup dalam keadaan
bahagia dan selamat.
• Mengurangkan kadar kematian neonatal dan bayi.
CARA-CARA PENJAGAAN KESIHATAN BAYI
DAN KANAK-KANAK
PEMAKANAN BAYI DAN KANAK-
KANAK
Kepentingan pemakanan
• Membekalkan tenaga dan nuterin yang
diperlukan oleh bayi dan kanak- kanak.
• Membantu proses tumbesaran dan
perkembangan yang sihat dan normal.
• Mencegah penyakit dengan meningkatkan
sistem imun tubuh.
Perancangan Menu Bayi Dan Kanak-kanak Di
Bawah Umur 4 Tahun
Dari lahir hingga 6 bulan
• SUSU IBU adalah makanan terbaik untuk bayi.
Bayi tidak perlu diberi air atau susu tambahan.
• Bayi perlu diberi susu ibu mengikut
kehendaknya.
• Penyusuan susu ibu harus diteruskan sehingga
bayi berumur 2 tahun.
• Jika bayi diberi susu formula, ia harus
disediakan mengikut arahan pada label susu.
Dari 6 hingga 8 bulan
• SUSU IBU masih diteruskan di samping pengenalan
makanan pelengkap.
• Perkenalkan makanan pelengkap kepada bayi bermula pada
usia 6 bulan supaya pertumbuhannya dapat disokong oleh
zat-zat makanan yang mencukupi selain susu ibu / formula.
• Mulakan pemberian makanan pelengkap dalam jumlah
yang kecil (¼ – ½ sudu teh) setiap kali.
• Berikan makanan yang dikisar halus untuk tempoh
seminggu yang pertama, diikuti makanan yang dipuri,
dilecek dan separa pejal.
• Celur dan kisar sayur berdaun sebelum ditambah ke dalam
bubur.
• Elakkan penambahan garam, gula atau perisa tiruan dalam
makanan bayi
Dari 9 hingga 11 bulan
• Berikan bayi makanan yang dicincang atau
dipotong kecil dan dimasak sehingga lembut.
• Makanan jejari (contoh biskut bayi, lobak
merah rebus, potongan buah-buahan yang
lembut) boleh diberi kepada bayi.
• Beri bayi makanan dengan tekstur yang
bersesuaian untuk mengelak daripada
tercekik.
Dari 1 hingga <4 tahun
• Berikan makanan keluarga yang lembut dan
tidak pedas.
• Berikan makanan yang berkuah atau bersup
dalam pelbagai bentuk untuk meningkatkan
selera dan merangsang ● keinginan untuk
makan.
• Berikan hidangan ayam atau ikan yang
disediakan tanpa tulang.
• Sediakan makanan yang kurang garam, gula
dan tanpa perisa tiruan.
Jadual Kekerapan Pengambilan Makanan Sehari
Contoh Sukatan Makanan Bagi Hidangan Utama Dan Minum
Pagi / Minum Petang
Ilustrasi Contoh Menu Sehari Bagi Bayi 6 – 8 Bulan Makanan Dilecek / Dipuri (640 kcal)
Saranan sukatan makanan sehari:
Saranan sukatan makanan sehari:
Ilustrasi Contoh Menu Sehari Bagi Kanak-kanak1 - < 4 Tahun Makanan Dipotong
Kecil / Tanpa Tulang (950 kcal)
Saranan sukatan makanan sehari:
KESELAMATAN BAYI DAN KANAK-KANAK
DI TASKA
➢ keselesaan dan keselamatan bayi dan kanak-
kanak dipengaruhi oleh keadaan persekitaran
mereka.
➢ kemalangan yang tidak diduga adalah penyebab
utama kecederaan atau kematian dikalangan
bayi dan kanak-kanak.
➢ kecederaan mempengaruhi kesihatan bayi dan
kanak-kanak - yang serius boleh mengganggu
perkembangan bayi dan kanak-kanak.
➢ kebanyakkan kemalangan boleh dielak dengan
meyediakan persekitaran yang selamat.
➢ mereka mudah mendapat kecederaan kerana
sifat ingin tahu, ingin mencuba dan suka
meneroka.
➢ mereka tidak boleh membezakan antara bahaya
atau tidak, antara fantasi dan realiti.
➢ pehak TASKA perlu meyediakan SOP
pencegahan kemalangan dan kecederaan.
juga SOP rancangan keselamatan di TASKA.
KESELAMATAN DIBAHAGIAN DALAM TASKA
1. Elektrik
- tutup soket/ letakkan perabut berat
dihadapannya.
- tiada wayar yang melingkar (dari
extension wire)
2. Pintu
- jangan biarkan pintu terbuka.
- pasang penyelak pintu yang agak tinggi
dan pintu sentiasa diselak.
- pintu utama, ada kod keselamatan, hanya
orang berkenaan dan ada otoriti sahaja
boleh ekses pintu tersebut.
- pintu kecil untuk mengasingkan ruang
yang kanak-kanak tidak boleh ekses
seperti ruang penyediaan susu.
- dipasang ‘door guard’ untuk
mengelakkan tangan kanak-kanak tersepit
pintu cermin- pastikan dipasang kukuh dan
tampal pelekat supaya kanak kanak dapat
melihat cermin itu dengan jelas.
- tampal plastik keselamatan pada pintu
cermin – mengelakkan cermin bertaburan
jika pecah.
3. Lantai
- tak perlu pakai carpet
- jika perlu pakai tikar/hamparan – letakkan
alas yang tidak mudah tergelincir
- jika memakai carpet dinding kedinding,
perlu diperiksa selalu untuk memastikan
tiada lubang atau bahagian yang longgar –
kaki kanak kanak boleh tersangkut.
- bersihkan tumpahan serta merta –
mengelakkan terpijak dan tergelincir.
- sediakan kotak untuk menyimpan alat alat
mainan – elakkan bersepah, boleh
menyebabkan jatuh.
4. Alat alat permainan
- mainan tidak mempunyai bucu/tepi yang
tajam.
- beri mainan yang sesuai dengan umur
kanak kanak.
- tanggalkan reben dari barang mainan.
- jangan gunakan mainan yang sudah rosak
atau pecah.
- mainan tidak terlalu kecil atau mudah
tercabut bahagian-bahagiannya.
5. Bilik Air
- tutup pintu sepanjang masa.
- pasang selak yang tinggi pada bahagian dalam
pintu – elak anak terkunci didalam.
- lantai bilik air dipasang antislip rubber mat untuk
mengelakkan lantai licin dan mudah tergelincir.
- pastikan bilik air sentiasa kering – elak licin
- jangan simpan air dalam tab / basin / baldi
= walaupun airnya sedikit, tetap bahaya
jika anak terjatuh, mungkin lemas
dan boleh menyebabkan kematian.
6.Kot / katil bayi.
- tilam yang sama muat dengan katil. Guna
tilam padat.
- selak yang selamat.
- tidak meletakkan kot ditepi tingkap.
- bumper pads di ikat dengan selamat.
- tiada rambu-rambu.
- pengadang / bar tidak lebih 2 ½ inci ruang
antaranya.
7.Perabot – meja, kerusi, rak.
- Kuat supaya tidak mudah tumbang atau terbalik.
- Sudut / bucu tidak tajam.
- Tiada selumbar, paku atau punat terkeluar.
- Tiada bahan-bahan kecil yang longgar.
- Cat tidak mengandungi plumbum dan toksik.
- Senang dicuci.
- Saiz mengikut ketinggian kanak-kanak
8.Bahan pengajaran pembelajaran.
- gunting tidak tajam, jenis bulat dihujung.
- pewarna atau pensil warna, crayon tidak toksik.
pastikan semua tingkap bergrill.
- jangan isi bekas minuman dengan bahan
bahan merbahaya seperti bahan untuk
mop lantai, pencuci.
- alat tajam / mudah pecah diletak tempat
berkunci / tinggi.
- gas diletak tempat bertutup, ditutup
selepas digunakan.
- kot bayi – cukup dalam supaya tidak boleh
memanjat keluar.Jika perlu meninggikan
kepala,letak bantal bawah tilam - elak
lemas jika muka tertutup bantal.
KESELAMATAN DIKAWASAN LUAR TASKA
1. Kawasan luar sentiasa bersih. Rumput
pendek, daun daun yang gugur disapu,
masuk dalam beg plastik dan diikat.
Jangan dibakar untuk mengelakkan
pencemaran udara.
2. Longkang dicuci, pastikan air longkang
mengalir dengan baik dan tiada takungan/
sekatan – nyamok. Pastikan longkang dan
parit ditutup. Penutup yang mudah dialih
untuk memudahkan mencuci longkang
3. Alat permainan taman :
- sesuai dengan ketinggian kanak-kanak.
- sentiasa pastikan dalam keadaan baik dan
selamat digunakan.
- alat permainan yang rosak, segera perbaikki
atau lupuskan.
4. Permainan pasir :
- sentiasa beri panduan dan peraturan bagi
mengelak salahguna.
- Kotak bermain pasir disimpan bersih dan ditutup
selepas guna
5. Permainan air :
- sentiasa beri panduan dan peraturan bagi
mengelak salahguna.
- pastikan bekas disimpan ditempat yang jauh dari
kanak-kanak dan telah dikeringkan – elak lemas.
- pastikan kanak-kanak tidak minum air tersebut.
6. Pagar / laluan keluar TASKA :
- sentiasa ditutup dan dikunci setiap masa – elak
kanak-kanak keluar tanpa disedari.
- elak orang yang tidak dikenali masuk kekawasan.
8. Binatang peliharaan :
- tidak digalakkan – menyebabkan alahan /
jangkitan kuman.
- jika ada, perlu sentiasa bersihkan najisnya
9. Pagar halangan :
- sekurang-kurangnya 4 kaki tinggi yang
mengasingkan tempat permainan –
gunakan bahan yang selamat dan selak
yang dipasang tinggi.
10. Bahan beracun :
- kurangkan kegunaannya.
- jika perlu – pastikan kanak-kanak tidak
menyentuh kawasan yang diracunkan.
- basuh tangan kanak-kanak setiap kali
lepas bermain diluar kawasan TASKA.
11. Peralatan kebun :
- simpan disetor yang sentiasa ditutup dan
dikunci pintunya .
RUTIN PENJAGAAN DAN LATIHAN URUS DIRI BAYI DAN
KANAK- KANAK
PENGENALAN
• Kemahiran asas hidup yang perlu dibina dalam diri kanak-kanak
• Membolehkan mereka berdikari dan mengurus diri tanpa bantuan
• Perkembangan kemahiran ini berkait rapat dengan :
➢ perkembangan fizikal – membina motor kasar + motor halus,
koordinasi mata & tangan
➢ perkembangan sahsiah,sosioemosi dan kerohanian – beratur
mengambil makanan, menunggu giliran, mengucapkan salam/terima
kasih, memohon maaf.
➢ perkembangan Bahasa,komunikasi dan literasi awal – boleh
mengenal kemahiran urus diri sambil menyebut.
• Melatih kanak-kanak menjadi individu yang toleransi dan
berempati
➢ belajar kongsi mainan, tolong kawan, mengawal nada suara
KEMAHIRAN URUS DIRI DI TASKA
MILESTONES PERKEMBANGAN KEMAHIRAN URUS DIRI BAYI
DAN KANAK-KANAK
6 Hingga 12 BULAN
1 hingga 2 TAHUN
1 hingga 2 TAHUN
2 hingga 3 TAHUN
3 Hingga 4 TAHUN
3 Hingga 4 TAHUN
CARA PELAKSANAAN AKTIVITI MERANGSANG
KEMAHIRAN URUS DIRI