TEMPAT-TEMPAT MENARIK
DI KUALA ROMPIN
DISEDIAKAN OLEH
NUR ANISHA QAISARA BINTI HISAMUDIN
KELAS 5 ANNUR
TAMAN NEGARA
ENDAU-ROMPIN
Taman Negara Endau-Rompin berkonsepkan
semulajadi dan suasananya amat tenang
untuk anda bersantai di sini. Tempat menarik
di Rompin ini menyimpan pelbagai khazanah
alam yang mempersonakan. Tahukah anda,
Taman Negara ini terletak diantara
sempadan Johor dan Pahang.
Antara aktiviti menarik yang boleh anda
lakukan di sini adalah melihat alam sekitar
yang indah, mempelajari tentang alam
sekitar, jungle trekking, berkhemah, mandi air
terjun, night walk dan sebagainya. Terdapat
juga pakej aktiviti yang disediakan dengan
harga yang berpatutan untuk anda merasai
pelbagai pengalaman yang berbeza.
Pulau Tioman merupakan tempat menarik di
Rompin yang sangat popular di seluruh Malaysia.
Sebut saja mengenai Pulau Tioman, pasti kita akan
terbayangkan pasirnya yang putih serta air lautnya
yang biru. Tahukah anda, pulau ini termasuk dalam
senarai 10 pulau tercantik di dunia
Antara aktiviti yang sering dilakukan di sini adalah
aktiviti snorkeling dan menyelam. Selain itu, anda
boleh melihat ikan-ikan dari jeti sambil menunggu
matahari terbenam yang cantik. Percutian ke
Pulau Tioman adalah pilihan ideal bagi anda yang
ingin merehatkan minda seharian bekerja.
Anda boleh menghabiskan cuti hujung minggu
dengan menatap keindahan pulau, mandi pantai,
berenang dan banyak lagi aktiviti bersama
keluarga tersayang. Jadi apa tunggu lagi, jom
bawa keluarga anda ke Pulau Tioman
PULAU TIOMAN
PANTAI HIBURAN
Terletak 1.7 kilometer atau cuma 3 minit dari Bandar baru
Rompin, pantai yang diberi nama Pantai Hiburan ini sering
menjadi tumpuan pengunjung pada waktu petang dan
hujung minggu. Ia merupakan tempat menarik di Rompin
yang sesuai untuk dikunjungi oleh semua pengunjung.
Rata-rata datang ke pantai Rompin ini adalah untuk
menghilangkan stress dan ingin meluangkan masa
bersama keluarga tersayang. Pengunjung juga boleh
melakukan aktiviti seperti mandi pantai, lepak serta
menikmati makanan laut yang sedap-sedap. Harganya
juga amat berpatutan. Kanak-kanak pula boleh bermain
layang-layang di sini.
Rompin Beach Resorts yang terletak di Kuala
Rompin ini adalah antara tempat menarik
berkonsepkan tempat penginapan bersama
keluarga. Resort ini menawarkan taman dan WiFi
percuma sebagai kemudahan kepada tetamunya
yang hadir. Tempat penginapan ini mempunyai
kaunter penyambut tetamu 24 jam dan mengalu-
alukan tetamu dengan restoran serta kolam
renang luaran yang sangat indah dan
menenangkan.
Tempat menarik di Rompin ini juga menawarkan
lounge dan setiap bilik dilengkapi dengan almari
pakaian. Bilik mandi peribadi pula mempunyai
peralatan mandian percuma. Untuk pengetahuan
anda, sarapan harian di resort ini menawarkan
pilihan kontinental dan bufet yang sedap
ROMPIN BEACH RESORTS
MEMANCING DI SUNGAI
ROMPIN
Bagi para kaki pancing udang galah, jika sebut saja
Sungai Rompin, pasti anda terkenangkan tempat
menarik di Rompin ini. Anda boleh mendapatkan
hasil tangkapan yang amat berharga ini di sini.
Menariknya, anda dapat merasai pengalaman
memancing udang galah di sungai sambil
menikmati udara dan persekitaran alam sekitar
yang menenangkan jiwa.
Jika anda mahu hasil tangkapan yang banyak,
anda harus datang pada waktu malam tetapi
wajiblah berhati-hati kerana terdapat buaya yang
sememangnya aktif berkeliaran di sungai ini pada
waktu malam.
Selain di kawasan pantai, kawasan Sungai Pahang
juga merupakan tempat menarik untuk anda kunjungi
kerana terdapat aktiviti mencari kepah boleh anda
lakukan. Terdapat beberapa agensi perlancongan
yang akan menguruskan aktiviti anda di sini seperti
memberi tunjuk ajar kepada anda dalam aktiviti
mencari kepah.
Untuk permulaan, anda akan dibawa menaiki bot dari
Sungai Pahang ke tempat yang dipanggil lubuk
kepah. Sudah tentulah ia merupakan sebuah aktiviti
menarik untuk anda lakukan.
Pasti ramai yang tak tahu cara untuk mencari kepah
kan? Jom datang dan rasai sendiri pengalaman
mencari kepah di sini.
MENCARI KEPAH DI SUNGAI
PAHANG
Lanjut Beach and Golf Resort merupakan
tempat menarik di Rompin yang dibangunkan
oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB). Di sini,
rekaan dalam dan luaran Lanjut Beach and Golf
Resort pasti memenuhi citarasa para pelawat
serta pelancong yang hadir.
Lanjut Beach Resort and Golf Resort ini amat
sesuai bagi anda yang ingin bersantai ataupun
tujuan hal-hal dengan pihak korporat. Terdapat
spa, padang golf, gym dan sebagainya yang
pasti memberi kepuasan yang tak terhingga
kepada anda.
Bagi anda yang sukakan sukan golf, anda boleh
bermain golf tempat menarik di Rompin ini.
Selain itu, anda juga dapat menikmati
kemudahan yang disediakan di sini disamping
LANJUT BEACH RESORT menikmati keindahan alam yang segar.
AND GOLF RESORT
RESTORAN
UDANG GALAH
Daerah Rompin ini merupakan tempat menarik dan
terkenal bagi para peminat udang galah. Restoran
Udang Galah LC yang terletak di Rompin ini
merupakan antara
Restoran yang menyediakan hidangan udang
galah yang sememangnya sangat enak. Walaupun
restoran ini masih lagi baru dibuka, namun rata-rata
pelanggan yang mencuba masakan udang galah
di sini amat berpuas hati. Harga udang di sini sering
berubah-ubah mengikut musim. Apabila musim
tangkapannya banyak, harganya akan lebih murah
sedikit.
Antara menu menarik untuk anda cuba adalah
udang masak sambal tomato, sambal petai, lemak
cili, udang goreng kunyit dan banyak lagi. Restoran
ini merupakan cawangan kedua restoran di Leban
Chondong. Sekiranya anda tidak berkesampaian
untuk makan di sana, anda boleh mencubanya di
restoran Udang Galah LC ini.
MIRROR OF THE BEACH
(PANTAI LANJUT)
Selain di Selangor, Rompin juga turut
mempunyai Mirror of The Beach yang
merupakan tempat menarik di sini.
Pastinya tempat ini akan membuatkan
anda yang meminati bidang fotografi
ingin ke sini untuk mengambil gambar-
gambar yang cantik.
Lokasinya adalah di Pantai Lanjut
yang terletak di Rompin. Ia merupakan
pantai yang indah sepanjang 3.5
Kilometer untuk anda terokai.
IKAN LAYARAN
ROMPIN
Jika anda inginkan satu aktiviti
memancing yang mencabar dan
menarik, anda boleh datang ke tempat
menarik di Rompin ini kerana di sini
selain udang galahnya, ianya terkenal
juga dengan ikan layaran. Aktiviti
penangkapan ikan layaran ini biasanya
dinamakan sebagai “Tangkap” dan
“Lepas” yang sering dianjurkan setiap
tahun.
Ia telah membawa masuk ramai
pelancong ke Negeri Pahang
terutamanya ke Daerah Rompin
ini. sekiranya anda ingin mencuba
menangkap ikan layaran ini, bolehlah
datang ke Kuala Rompin.
Masjid Tengku Mahkota Abdullah MASJID TENGKU
yang terletak di Kampung Sepakat MAHKOTA
Barat ini merupakan salah satu ABDULLAH
tempat yang menarik bagi seluruh
mereka yang beragama Islam
untuk dilawati. Masjid ini amat
bersih dan cantik amat selesa
untuk bersembahyang disini. Selain
itu, tempat letak kereta disini pun
amat luas
SAYA SAYANG KUALA ROMPIN