The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Nama : Nurul Auni Binti Abdul Hakim
Kelas : F2J
Subjek : BMMB1144

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 841-3-auni, 2022-04-12 03:04:49

TUGASAN 2 BMMB1144- Penggunaan Bahasa Kurang Santun dan Cara Mengatasinya

Nama : Nurul Auni Binti Abdul Hakim
Kelas : F2J
Subjek : BMMB1144

BMMB1144

Penggunaan Bahasa
Kurang Santun dan Cara

Mengat
asinya

NAMA : NURUL AUNI BINTI ABDUL HAKIM
KELAS : F2J

Isi Kandungan

1.Pengenalan
2.Bukti-bukti
3.Justifikasi
4.Langkah-langkah Mengatasi
5.Kesimpulan

Pengenalan



Kesantunan bahasa merupakan kehalusan dan kesopanan yang
digunakan dalam bahasa ketika berkomunikasi dalam kehidupan
seharian sama ada melalui tulisan ataupun tulisan (Amat Juhari
Moaian, 1992). Secara umunya, kesantunan bahasa ialah penggunaan
bahasa yang sopan, baik, beradab serta kata-kata yang
memancarkan peribadi yang mulia bagi menunjukkan tanda
penghormatan kepada pihak lain yang merupakan teman bicara kita.
Bahasa yang sopan ialah bahasa yang mempunyai kosa kata yang
beradab dan halus semasa menyampaikan perasaan ataupun mesej
kepada seseorang, bak kata bijak pandai “Yang kurik itu kundi, yang
merah itu saga, Yang baik itu budi, yang indah itu bahasa”.

Bukti penggunaan
bahasa kurang santun
yang dilontarkan oleh

masyarakat
terutamanya di media

sosial dan
justifikasinya.

Bukti-bukti

JUSTIFIKASI 1

Penggunaan bahasa kasar yang telah dinyatakan dalam rajah-rajah di sebelah berpunca daripada isu
pemecatan Muhyiddin. Dalam isu ini, Mukhriz merupakan bukti bahawa UMNO tidak ‘double standard’.
Melalui isu tersebut telah timbul sebanyak 52 komen daripada netizen. Beberapa komen-komen yang telah
dipetik dalam rajah yang telah dinyatakan di halaman sebelah iaitu di laman sosial Facebook telah
menunjukkan bahawa para netizen telah meluahkan perasaan, pendapat dan rasa hati mereka terhadap
berita yang telah disiarkan itu. Namun, kata-kata yang telah digunakan oleh para netizen dalam mengemukan
pendapat, rasa hati dan juga pendapat mereka dalam komen telah menunjukkan ketidak santunan dalam
berbahasa. Rata-rata netizen mula bersikap tidak santun dalam berbahasa kerana para netizen mula tidak
berpuas hati dan mereka berpendapat bahawa Muhyiddin patut dikekalkan bagi terus mendukung barisan
kepimpinan kerajaan. Melalui komen-komen tersebut telah dapat dikenal pasti bahawa kesantunan yang
tidak diendahkan oleh netizen adalah dari segi kata panggilan, nama gelaran dan ujaran. Sebagai contohnya,
penggunaan kata panggilan ‘ko’ yang digunakan oleh netizen dalam ayat “X payah citer lah pasal standard dah
tau standard ko tu setakat mana…Sultan pun x hingin standard ko tu”. Berdasarkan komen yang telah ditulis
oleh netizen tersebut menunjukkan netizen menggunakan kata panggilan yang tidak santun ketika menulis
komen di laman sosial. Dalam konteks ini, netizen memanggil YB Enzik Ahmad Razif Abdul Rahman sebagai
‘ko’.Situasi tersebut jelas menunjukkan bahawa ia bertetangan dengan Teori Kesantunan Asmah (2000) yang
menekankan kesantunan dalam taraf dan peranan orang yang bercakap.

Bukti-bukti

JUSTIFIKASI 2

Berdasarkan rajah-rajah yang telah dinyatakan, kita dapat lihat tentang satu kontroversi yang
membabitkan seorang profesor yang telah didakwa menghina pelajar kurang berkemampuan atau digelar
sebagai golongan B40 yang menjadi semakin serius apabila perbuatan ketidaksantunan profesor tersebut
telah mendapat perhatian Universiti Teknologi MARA (UiTM) sendiri. Tindakan profesor tersebut sudah
jelas lagi bersuluh menunjukkan bahawa beliau telah berkelakuan tidak santun kerana beliau menghina
pelajar yang tidak berkemampuan tersebut kerana pelajar tersebut tidak mempunyai laptop. Penggunaan
kata yang kasar oleh profesor tersebut telah menimbulkan kemarahan dari pihak orang ramai apabila
video berkenaan telah tular di laman sosial Twitter. Profesor tersebut telah mengeluarkan kata yang
kurang sopan iaitu “ Apa masalah kau? Pasal itu aku tak boleh duduk dengan orang B40 ya.Dia lebih
memikirkan pasal lain daripada pelajaran. OK kelas, kau tutup kamera kau tu, aku tak nak tengok lagi dah”,
ujar penysarah tersebut. Akibat daripada kata-kata profesor tersebut, bukan sahaja profesor yang
bertindak ketidaksantunan dalam berbahasa malah ia sekaligus membuatkan rata-rata netizen, lebih-lebih
lagi kepada golongan B40 meluahkan rasa marah mereka dengan menggunakan bahasa yang kurang
sopan dan kurang enak terdahap ahli akademik yang bertaraf profesor tersebut. Jadi, dari menghina, lebih
baik bantulah mereka untuk dapatkan laptop kerana mereka tidak pilih untuk terus miskin Oleh itu, sudah
jelas kesantunan dalam berbahasa amat penting dalam percakapan kerana ia akan mempengaruhi cara
percakapan orang lain terhadap kita.

Bukti-bukti

JUSTIFIKASI 3

Berdasarkan bukti-bukti tersebut, netizen-netizen di Twitter melepaskan kemaharan
mereka di laman sosial Twitter dengan menggunakan bahasa kesat akibat terlalu marah
dengan perbuatan pegawai kerajaan yang kurang beradab di pasar ikan selepas video
tersebut tular. Perbuatan penguat kuasa daripada Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS)
telah mengundang kemarahan daripada orang ramai kerana perbuatan yang kurang adab
iaitu didakwa menterbalikkan dulang ikan di Pasar Basah Pasir Penambang semasa
melakukan rondaan. Pihak penguat kuasa tersebut bertindak demikian kerana peniaga
tersebut telah dikeluarkan amaran pada sebelum ini untuk mengalihkan kedudukan ikan
tersebut agar tiada halangan tetapi tidak diambil peduli sehingga menimbulkan
kemarahan.Akibat daripada perbuatan yang tidak santun oleh penguat kuasa tersebut,
telah berlakunya ketidaksantunan dalam berbahasa dalam kalangan para netizen di Twitter
kerana telah melepaskan perasaaan geram dan marah mereka terhadap berita yang dibaca
di laman sosial tersebut. Contoh kata yang tidak santun yang telah dikatakan oleh para-para
netizen adalah seperti ‘bodoh’, ‘babi’, ‘sampah’ dan sebagainya.

Bukti-bukti

JUSTIFIKASI 4

Ayat-ayat yang tidak santun yang telah dipetik dalam rajah tersebut adalah
berpunca daripada kes penderaan ke atas kanak-kanak yang kurang upaya iaitu
Bernama Bella. Perkara demikian berlaku kerana, perbuatan daripada pendera
tersebut iaitu dari pihak Siti Bainun yang begitu kejam terhadap kanak-kanak kurang
upaya yang tiada dosanya. Netizen mula naik angin kerana perbuatan tersebut
sepatutnya tidak berlaku kerana kanak-kanak tersebut tiada salahnya kerana dia
berada dalam kalangan orang yang kurang upaya dan sepatutnya harus di beri
layanan yang istimewa dan perhatian yang lebih. Kejadian tersebut membuatkan
orang ramai tersenuh hati dan turut serta bersimpati ke atas nasib kanak-kanak
tersebut. Netizen telah menggunakan bahasa yang kasar semasa melepaskan
perasaan geram, marah, sedih dengan harapan ingin menuntut hak keadilan ke atas
Bella semasa di dalam komen sehingga ada yang mengatakan ‘babi betul si gemuk!’
yang ditujukan kepada pesalah akibat terlalu marah dan dalam keadaan hati yang
luluh.

langmkeanhg-altaansgikah

O Mengadakan kempen kesedaran
O Didikan ibu bapa
O Menerapkan nilai murni

Mengadakan Kempen Kesedaran

Pihak kerajaan memainkan peranan penting dalam usaha untuk meningkatkan kesantunan
berbahasa di negara Malaysia yang berbilang kaum. Pihak kerajaan boleh mengadakan kempen
kesedaran diri atau sesi ceramah bagi memberi kesedaran kepada masyarakat yang tidak
mengendahkan tentang kepentingan kesantunan berbahasa dalam kehidupan agar mereka dapat
menyedari bahawa amalan bersantun amat penting dalam sesebuah masyarakat. Hal ini demikian
kerana, melalui kempen-kempen yang diadakan dengan secara berterusan akan mampu mendorong
dan memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan amalan bersopan santun ini
dipratikkan dalam kehidupan kita. Kempen-kempen yang diadakan boleh mendorong individu-
individu yang sentiasa lalai atau mementingkan diri sendiri dengan peringatan, nasihat dan pesanan
yang diberikan semasa kempen berlangsung. Contoh-contoh kempen yang boleh dijalankan adalah
seperti Kempen Budi Bahasa dan Kempen Marilah Berbudi Bahasa.Kempen Budi Bahasa dan nilai-
nilai murni ini adalah merupakan agenda yang terpenting bagi pihak kerajaan untuk menyemai
semula sikap berbudi bahasa ke dalam setiap jiwa rakyat Malaysia. Kempen-kempen yang dijalankan
ini mestilah dijalankan secara berterusan bagi mendapatkan hasil yang berterusan agar tidak ‘hangat-
hangat tahi ayam’. Oleh itu, diharapkan agar kempen ini dapat dijalankan secara konsisten agar tidak
sekadar ‘melepaskan batuk di tangga’. Diharapkan juga melalui kempen yang dijalankan, pihak
kerajaan dapat menyemarakkan semula budi bahasa dalam diri rakyat serta meletakkan sikap
berbudi pekerti sebagai satu asas tunjang utama dalam kehidupan.

Didikan ibu bapa

Ibu bapa merupakan individu yang mempunyai pengaruh yang sangat besar dalam membentuk
dan mendidik anak-anak sejak kecil supaya menjadi insan yang berbudi bahasa . Dengan adanya
didikan ibu bapa, maka anak-anak akan mempunyai amalan berbudi bahasa dalam diri mereka.
Selain itu, ibu bapa juga memainkan peranan penting dalam mendidik seperti ibu bapa perlulah
menjadi contoh dan teladan yang baik kepada anak-anak mereka. Hal ini kerana keperibadian ibu
bapa mencerminkan keperibadian anak-anak. Contohnya, apabila ibu bapa menghormati orang tua
di hadapan anak mereka, maka anak-anak mereka akan semula jadinya mengikut perbuatan ibu
bapa mereka kerana ‘bapak borek anak rintik’.Ibu bapa juga perlulah menasihati anak-anak supaya
menghormati golongan yang lebih tua iaitu seperti datuk dan nenek. Ibu bapa perlulah menitik
beratkan tentang sikap berbudi bahasa ini kerana ia merupakan salah satu masalah negara yang
terbesar pada masa kini. Namun, jika ibu bapa hanya memandang enteng tentang aspek tersebut
maka negara kita akan mengalami satu masalah yang semakin bertambah teruk sekaligus akan
menyerang negara pada masa akan datang bak kata pepatah Melayu ‘api kecil baik dipadam’.Oleh itu,
ibu bapa sangat penting dalam memainkan peranan dalam mendidik anak-anak mereka bermula dari
kecik.

media massa

Pada zaman yang semakin maju ini, semua informasi yang berlaku di dunia lebih
mudah didapati melalui kemudahan yang telah maju seperti televisyen, internet,
telefon bimbit dan sebagainya yang memberi peluang kepada kita untuk menerokai
hal-hal atau isu-isu yang terkini. Video atau iklan yang ditayangkan melalui media
massa seperti yang telah dinyatakan berupaya untuk mempengaruhi sikap seseorang.
Penggunaan media massa merupakan daya tarikan yang popular dalam kalangan
masyarakat lebih-lebih lagi dalam kalangan remaja.Oleh itu, pihak media massa
haruslah sentiasa menapis dan memaparkan kebaikan budi bahasa melalui iklan-iklan
di media massa seperti televisyen.Oleh sebab demikian, sudah jelas bahawa usaha
dalam memupuk nilai murni ini lebih berkesan dengan menggunakan kemudahan
media massa. Untuk merealisasikan imipian ini, pihak media massa juga hendaklah
bekerjasama dalam menjayakan program ini.

Kesimpulan

Kesimpulannya, kesantunan berbahasa merupakan cerminan diri kita
kepada orang lain. Bukan itu sahaja, malah kesantunan kita dalam

berbahasa juga merupakan cerminan bagi cara orang lain berkomunikasi
dengan kita. Kesedaran terhadap kesantunan dalam berbahasa dalam

kalangan masyarakat lebih-lebih lagi kepada generasi Z atau lebih dikenali
dengan iGeneration yang lahir dalam rentang tahun 1998 hingga 2009

(Don Tapscott, 2008:16) untuk mengamalkan kesantunan berbahasa dalam
komunikasi walaupun membesar dalam kepesatan teknologi tanpa

sepadan dan had batasan adalah penting. Tidak kiralah sama ada tua atau
muda ,penghayatan nilai kesantunan dalam konteks hubungan antara
masyarakat perlu dititik beratkan. Oleh itu marilah kita mengamalkan
amalan berbudi bahasa budaya kita agar hidup harmoni dan sejahtera.

Rujukan

Ahmad Fuad Mat Hassan, Khairul Faiz Alimi, Hishamudin Isam & Mashetoh And
Mutalib. Amalan Kesantunan Berbahasa dalam Komunikasi Formal dan Tidak
Frmal dalam kalangan Pelajar Universiti. Jurnal Komunikasi:Malaysian Jurnal
of Communication, 36(4), 411-412. https://doi.org/10.17576/JKMJC-2020-3604-25

Amat Juhari Moain. (1992). Perkembangan Penggunaan Tulisan Dalam Bahasa Melayu.
Jurnal Dewan Bahasa November.1060-1068

Asmah Haji Omar. (2000). Wacana, perbincangan, perbahasan, dan perundingan.
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

Don Tapscott. (2008). Grown up digital: How the net generation is changing your
world. London: The McGraw-Hill.

Nur Shahira. (2008). Kajian Kesantunan Berbahasa.https://www.academia.edu/
19474966/Kajian_kesantunan_berbahasa

TerSimekaiaKna,sih


Click to View FlipBook Version