The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PERKEMBANGAN KESUSASTERAAN BANDINGAN DI ASIA (KUMPULAN 10)-converted

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by deelily98, 2021-05-08 09:16:51

PERKEMBANGAN KESUSASTERAAN BANDINGAN DI ASIA (KUMPULAN 10)-converted

PERKEMBANGAN KESUSASTERAAN BANDINGAN DI ASIA (KUMPULAN 10)-converted

BSS3153 SASTERA ANTARABANGSA

TAJUK :
PERKEMBANGAN KESUSASTERAAN

BANDINGAN DI ASIA

KUMPULAN A (10)

DR. ROHAYATI BINTI JUNAIDI NO. MATRIK

NAMA AHLI D20181082521
D20181082523
1. NURSHAZWANI BT AWANG D20181082526
2. NUR SABREENA BT ABDUL MUA’AIS D20181082527
3. NURAIZA SYAMIMI BT MUHAMAD SUKRI
4. WAN ILLI AQILAH BT WAN ZULKIFLI

PENGENALAN KESUSASTERAAN

Hashim Awang (1987), mengatakan kesusasteraan adalah ciptaan seni yang
disampaikan melalui bahasa. Ia mungkin dituturkan iaitu disebut sastera
lisan dan yang ditulis disebut sastera tulisan. Sastera pula memiliki
keindahan dalam aspek-aspek isi atau daya pengucapannya.

Muhammad Hj Salleh (1995), kesusasteraan merujuk kepada karya-karya lisan
serta tulisan yang membawa unsur cereka dan disampaikan melalui bahasa
dan berbagai-bagai perkataan.

PENGENALAN KESUSASTERAAN BANDINGAN

• Kesusasteraan bandingan merupakan satu disiplin ilmu dalam
kajian kesusasteraan yang berkembang pada abad ke-19 di Eropah.
Disiplin ini tercetus kesan daripada reaksi pengkaji sastera yang
ekstrem terhadap perubahan semangat kebangsaan pada abad ke-
18. Perkembangan kesusasteraan bandingan bergerak mengikut
landasan teori dan pendekatan antara disiplin. Justeru,
kesusasteraan bandingan bersifat global dan meliputi skop kajian
yang luas, sesuai dengan tujuan kemunculannya iaitu untuk
memahami kesusasteraan dengan mendalam dan saksama.

PENGENALAN KESUSASTERAAN
BANDINGAN

Sastera bandingan merupakan kajian sastera di Sastera bandingan membandingkan sastera
luar batas sebuah dan kajian tentang hubungan sesebuah negara dengan sastera negara lain
di antara sastera dengan ilmu kepercayaan yang dan membandingkan sastera dengan bidang
lain seperti seni, falsafah, sejarah, sains, agama lain sebagai keseluruhan ungkapan
dan lain-lain. kehidupan.

PENGENALAN KESUSASTERAAN
BANDINGAN

Yang dibandingkan dalam sastera bandingan ialah
kejadian sejarah, membawa sejarah kritikan ke
dalamnya serta proses penafsiran melalui perbandingan,
persamaan atau perbezaan, pertalian karya, karya-karya
yang boleh dibandingkan hubungan temanya, masalah,
genre, stail dan lain-lain.

SEJARAH PERKEMBANGAN KESUSASTERAAN
BANDINGAN

Kesusasteraan bandingan Pembentukan disiplin Pada tahap ini sarjana
kesusasteraan bandingan
sebagai satu disiplin ilmu kesusasteraan bandingan ini berpecah kepada dua
kumpulan.
pengetahuan, dimana ialah kesedaran tentang sifat ➢ Mazhab Perancis
➢ Mazhab Modenis
kesusasteraan bandingan keserbajagatan sastera —

merupakan proses yang seperti yang dilaungkan oleh

melalui beberapa tahap Goethe yang mengutarakan

sejarah perkembangan “Weltliterature”

tamadun dunia. (kesusasteraan dunia) dan

Kesusasteraan bandingan pendapat Fredenich Schiegel

diasaskan secara konkrit tentang “Universalpoesie”

dalam abad ke-18, ke-19 dan (puisi dunia).

sehingga kini.

Mazhab Perancis - memusatkan perhatian terhadap pertalian
genetik, pengaruh serta affiniti yang terdapat pada karya sastera
yang mereka kaji.

Mazhab Modenis yang dipelopori oleh Frank Chandler menentang
prinsip yang begitu rigid ini.

Dalam abad ke-19 dan ke-20 muncul beberapa tokoh
kesusasteraan bandingan yang terkemuka — dari Mazhab
Perancis tokoh yang dapat memperlihatkan peranan H.M. Posnett,
Joseph Texte,Jean-Marie Carre, dan beberapa lagi dan dari
Mazhab Modenis terdapat tokoh-tokoh seperti Chandler,
Woodberry, Wellek, dan beberapa orang lagi.

KESUSASTERAAN BANDINGAN MENURUT TOKOH

Sarjana paling awal yang menyatakan tentang kesusasteraan bandingan ialah orang Perancis
H.M. Posnett yang pada tahun 1886 mengatakan bahawa kesusasteraan bandingan ialah:
• Hasil seni wujud daripada tekanan ekstrinsik, iaitu satu tekanan sosial dan fizikal yang

terdapat di dalam sesebuah negara. Penekanan yang dibuatnya berdasarkan pada sastera
sebuah negara sahaja.

M. Gaston Paris pada penghujung abad ke-19
• Kesusasteraan bandingan adalah kajian yang berkaitan dengan perbandingan bentuk dan

subjek sastera yang bukan setakat sastera satu daerah tertentu yang tidak terbatas pada
lingkungan geografi.
• Menekankan tentang pentingnya mencari kesan pengaruh dan persamaan dalam hal-hal
sastera negara yang berbeza.

Perkembangan pesat dalam pengkajian historico-scientific,
• Kesusasteraan bandingan mula ditanggap sebagai satu pengkajian yang perlu meninjau

sastera dari sudut sains seperti yang dipelopori oleh Joseph Texte yang mengatakan bahawa
kesusasteraan bandingan ialah menekankan pengkajian secara biologi dan menuntut teori-
teori evolusi.
• Joseph Texte ini meninggalkan kesan yang kuat pada sarjana kesusasteraan bandingan dan
Mazhab Perancis seperti Fernand Balden sperger, Paul Van Tieghem, Paul Hazard, Jean-
Marie Carre, M.F. Guyard, dan beberapa orang lagi.

KESUSASTERAAN BANDINGAN DARIPADA PERSPEKTIF SEJARAH.

Munculnya disiplin ini dan proses perkembangannya sebagai satu bidang ilmu pengetahuan berlaku
di Eropah.
• Dasarnya menguasai beberapa trait budaya
• tamadun Yunani-Roma dan faktor agama Kristian.
• Mewujudkan beberapa persamaan bidang, tradisi, bahasa, sifat susunan sosial, dan mental

make-up, dan lain-lain lagi di kalangan orang Eropah.

Semangat kosmopolitanisme dan nasionalisme mendorong ke arah penguasaan pengertian
kesusasteraan bandingan.
▪ Sastera tidak lagi diertikan sebagai hasil yang tercipta di satu daerah yang terbatas tetapi

melampaui batas kedaerahan untuk menjadi tradisi kebangsaan dan tradisi dunia.

Muncul dan merebaknya ilmu sains kemanusiaan pada abad ke-18 dan ke-19, sastera turut
menggunakan metode penyelidikan
• Golongan Mazhab Perancis mengakui bahawa kaedah kesusasteraan bandingan harus

diasaskan pada penyelidikan evolusi dan biologi. Pada peringkat inilah wujudnya beberapa
konsep tentang kesusasteraan bandingan yang menjadi asas pada semua konsep yang
muncul kemudiannya.

PERKEMBANGAN
KESUSASTERAAN
BANDINGAN DI
ASIA

l

SASTERA BANDINGAN DI MALAYSIA

• Kesusasteraan • Selain itu, hakikat orang Melayu
bandingan di Malaysia beragama islam adalah perkara
bukanlah suatu penting yang dapat
pendekatan penelitian mengembleng dalam konteks
yang baru. sastera bandingan.

• Bermula sejak awal • Agama Islam memainkan
dekat 1970an apabila peranan penting dalam
terbitnya buku kajian menunjangkan kehidupan orang
tema sajak Melayu melayu yang mewarnai,
dari awal hingga ke mencorak, dan juga menentukan
tahun 1969 oleh Ali pemikiran dan tindak
bin Ahmad. tanduknya.

SASTERA BANDINGAN DI MALAYSIA

• Walaupun terdapatnya faktor-faktor lain yang • Kenyataan bahawa agama Islam merupakan
menjadi pemangkin kepada kehidupan orang tunjang kepada kehidupan yang bertamadun
Melayu, kedudukan islam sebagai petunjuk awal jelas menunjukkan sudah wujud suatu asas
dan akhir orang Melayu tidak dapat persamaan antara Malaysia dengan negara-
dipertikaikan. negara Islam yang lain. (iaitu suatu keadaan
yang mengundang kepada bentuk kajian
• Hal ini kerana, agama Islam bertebaran luas dan bersifat bandingan).
merentasi batas politik, geografi malah juga
bahasa. Penganutnya pula berjuta-juta dan • Kajian bersifat bandingan ini dilakukan dari
melampaui pelbagai tamadun. perkaitan persoalan paling dasar dan terdekat
dalam kehidupan manusia sehingga falsafah
yang bera dan mistik.

Qada dan Qadar Dosa pahala

• Contoh perkara yang dibandingan Konsep
dalam konteks agama Islam.
Keesaan Allah Roh Akhirat
• Konsep-konsep seperti ini yang akan
menjadi persoalan sama ada
terdapatnya perbezaan atau
persamaan yang dibezakan oleh
tuntutan budaya yang berbeza?
(contoh: karya Malaysia dengan
Indonesia).

SASTERA BANDINGAN DI FILIPINA

• Sebagaimana di Malaysia, Filipina juga menunjangkan karya
sasteranya kepada agama rasmi negara iaitu Kristian.

• Namun akibat daripada pertembungan agama-agama besar di
negara ASEAN, iaitu Hindu-Buddha, Kristian dan Islam pecahan
kepada agama yang dianuti juga adalah berdasarkan etnik
mahupun bangsa.

• Berbanding di negara lain, Filipina tidak begituu ketara
kontrasnya antara etnik mahupun bangsa disebabkan oleh
rasa kebangsaan yang menebal.

SASTERA FILIPINA
➢Tidak lari daripada pengaruh sejarahnya.
➢Sastera lisan wujud sebelum kedatangan
penjajah Sepanyol tetapi kurang diperhatikan
kerana pengaruh Kristian yang dibawa oleh
penjajah itu menganggap sastera anamis itu
rendah dan menyesatkan

• B. Lumbera menggariskan periodisasi sastera Filipina • Secara keseluruhannya, perkembangan sastera
kepada 4: di Filipina ditandai oleh pengaruh agama dan
1. Old Philippine Literature: Pre-Hispanic politik yang boleh dibandingkan oleh negara
2. Old Philippine Literature: Period of yang lain (mengikut pengaruhnya).
Spanish Colonialism (1565-1898)
3. New Philippine Literature: Period of
American Colonialism (1898-1946)
4. New Philippine Literature: Period of
Republic (1946-1972)

SASTERA ➢ Dari segi agama, Indonesia didominasi oleh Islam namun terdapat juga
BANDINGAN toleransi beragama yang berlaku di Indonesia.

DI ➢ Indonesia ini didominasi oleh oleh suku Jawa dan dari segi bahasanya
INDONESIA Indonesia menggunakan bahasa Melayu dengan menggunakan tulisan rumi.

❖ Pada masa tersebut, tulisan Jawi telah ditinggalkan sebelum bahasa Melayu
menjadi tulisan rasmi.

❖ Sejarah sastera di Indonesia adalah seiring dengan perkembangan politik dan
budayanya.

❖ Sastera Indonesia dibahagikan kepada dua tempoh besar iaitu sastera lama
dan sastera moden. Sastera lama ada juga disebut sebagai sastera Nusantara.

➢ Sastera moden telah dibahagikan kepada tempoh sebelum perang dan
sesudah perang.

➢ Pecahan kecil tempoh sebelum dan sesudah perang itu sering dikaitkan
dengan angkatan iaitu Balai Pustaka, Pujangga Baru, Angkatan 45 dan
Angkatan 66.

❑ Angkatan itu membayangkan signifikan perkembangan sejarah
pergerakan budaya, elit dan politik mereka.

❑ Sastera yang serumpun dengan Indonesia ialah sastera Malaysia,
Brunei dan Sastera Melayu Singapura.

❑ Sejarah sastera bagi ketiga-tiga buah negara ini tidak banyak
berbeza. Malah kesedaran mengasingkan sejarah sastera
Singapura dan Brunei itu baru, setelah negara masing-masing
mencapai kemerdekaan.

❑ Sastera Malaysia dan sastera Melayu Singapura pada asalnya
satu, sastera Moden Brunei juga merupakan bahagian daripada
sastera Malaysia dan menerbitkan karya awalnya di Malaysia.

❑ Selepas merdeka, Brunei menubuhkan Dewan Bahasa dan
Pustaka dan dari situ negara tersebut membentuk dan membina
sejarah sasteranya tersendiri.

❑ Demikian pula sastera Melayu Singapura, bermula apabila
Singapura keluar dari Malaysia.

SASTERA BANDINGAN DI BRUNEI

▪ Dari segi agama Islam, Brunei ▪ Syair Rakis berfungsi sebagai
didominasi oleh Islam namun pemuka sastera moden negara
terdapat toleransi beragama tersebut dan mengkaji sastera
yang berlaku di negara tersebut. tradisi Brunei sebagai sastera
lamanya.
▪ Dari segi bahasa rasmi, Brunei
menggunakan bahasa Melayu ▪ Negara ini juga telah mengkaji
dengan menggunakan tulisan sumbangan Sultan Omar Ali
rumi. Saiffuddien dalam sastera dan
membicarakan tokoh-tokoh
▪ Brunei masih belum menyusun seperti Yura Halim, Shukri Zain,
sejarah sasteranya dengan Yahya M.S., Adi Rumi,
lengkap tetapi cuba menimbulkan Badaruddin H.O., dan ramai lagi
tokoh-tokoh dan karya-karyanya untuk dimasukkan dalam slot
tertentu sebagai asas untuk sejarah sastera Brunei.
sejarah sasteranya.

DARIPADA LAKARAN SEJARAH
POLITIK, BUDAYA DAN SASTERA
DARI NEGARA YANG TELAH
DIBINCANGAN (MALAYSIA,
FILIPINA, INDONESIA DAN
BRUNEI) ADA;
PERKARA YANG MENARIK DARI
SUDUT SASTERA BANDINGAN

1. Kita mendapati bahawa semua negara Asean mempunyai tradisi budaya yang kukuh.
Contohnya – Indonesia, Malaysia dan Brunei, mempunyai sastera tradisinya terutama cerita rakyat yang
mengalami maslaah cabaran zaman. namun, khazanah tersebut diambang kepupusan. Pupus kerana hasil sastera
sedemikian tiada penyambungnya dan memerlukan pendokumentasiannya untuk disimpan sebagai khazanah.
Naskah lama pula semakin hilang dimakan waktu, hilang kerana penyimpannya meninggal, hilang dari negara
tetapi disimpan di Eropah (Hikayat Hang Tuah)
➢ Kajian bersifat perbandingan yang berhubungan dengan permasalahan ini amat menarik.
➢ Menimbulkan perosalan siapa, bagaimana, dimana, mengapa

2. Memang ada hasil sastera lama itu yang tersisa, sudah
dikumpulkan dan siap dipakai. Yang menairk dari segi
sastera bandingan ialah – mengkaji bahan-bahan itu
berdasarkan latar budaya dan agama yang seiras dan
mungkin berbeza (Malaysia dengan Indonesia – Hindu
Buddha )

➢ Kajian bandingan ini akan kita fahami bagaimana keadaan
itu mencorakkan karya mereka.

3. Membandingkan bagaimana pengaruh sastera tradisi terhadap
sastera moden sesebuah negara; atau bagaimana seseorang
penulis, walapun pengarang tersebut adalah pengarang moden
tetapi terikat dengan nilai tradisi.

➢ Baik dari segi moral mahupun dari segi estetiknya. Contoh
persoalan dalam kajian : adakah latar sejarah budaya dan
sasteranya yang menjadikannya demikian?

4. Tertarik dengan pelbagai pengaruh luar yang membentuk sastera.
• Sastera Filipina dipengaruhi oleh Pengaruh jajahan Sepanyol dan Amerika
• Sastera Indonesia dipengaruhi oleh sastera Hindu-Buddha, Islam dan Belanda.
• Sastera Malaysia dipengaruhi Hindu-Buddha, Islam, Timur Tengah, Indonesia dan inggeris.
Perkara yang boleh dibandingkan:
✓ Kesan pengaruh luar terhadap genre sastera dalam kesuasteraan beberapa buah negara
(sastera Malaysia – Indonesia) – pengaruh yang sama namun membawa kesan yang berbeza

5. Membandingkan satu-satu tempoh sastera sesebuah negara Asean dengan satu-satu
tempoh sastera negara Asean yang lain.
▪ Perbandingan ini dapat dilakukan dengan mengambil semua bentuk genre pada satu-

satu tempoh itu atau berdasarkan satu genre atau satu jenis daripada genre sastera.
▪ Contohnya, membandingkan novel perang seperti yang telah dilakukan oleh Sahlan

Mohd. Saman iaitu membandingkan novel perang di dua buah negara iaitu Filipina
dan Malaysia dan meluaskan kepada tiga buah negara dengan mendalami aspek-
aspek novel itu.

6. Perbandingan dapat juga dilakukan dengan mengkaji
pengarang tertentu dari dua atau tiga buah negara dengan
menekankan sudut khusus.
▪ Contohnya, membandingkan Shahnon Ahmad dari Malaysia

dengan N.V. Gonzalez dari Filipina atau dengan Pramoedya
Ananta dari Indonesia dan cari satu sudut persamaannya
atau sudut keistimewaan setiap pengarang itu.
▪ Tidak kurang pula menariknya membandingkan tema
tertentu. Contohnya, tema kritik sosial yang terdapat dalam
cerpen, puisi atau novel dari negara-negara Asean.

7. Negara-negara Asean sedang membangun untuk menjadi negara industri. Perubahan
yang terjadi dalam masyarakat di rantau ini amat cepat.
▪ Oleh itu, terdapat pelbagai kesan terhadap manusia dari pelbagai segi. Kajian ini

merupakan kajian yang amat menarik untuk dilakukan terhadap karya-karya sastera.

8. Kelapan, perkara yang menarik dari sudut sastera bandingan
ialah berkenaan dengan anggota negara Asean yang telah dihuni
oleh pelbagai kaum. Situasi ini juga menarik minat untuk
dijadikan kajian terhadap karya-karya sastera.
▪ Oleh itu, banyak persoalan yang menarik dapat dikaji dalam

konteks kesusasteraan bandingan Asia Tenggara, khususnya
sastera bandingan negara Asean.

KESIMPULAN

• Secara kesimpulannya, kesusasteraan bandingan memiliki
kesesuaian dan keistimewaan yang dapat memenuhi konsep
sastera Islam.

• Kesusasteraan bandingan ini dapat menemukan unsur nilai
atau unsur kesejagatan dalam sastera yang dapat memupuk
rasa kefahaman dan kehormatan dalam kalangan manusia.

• Kesusasteraan bandingan juga memberatkan kajian tentang
jenis sastera, yang menjadi salah satu tumpuan dan pokok
kajian sastera Islam kerana wujudnya unsur-unsur
kebenaran dan fakta sebagai dasar tunjangan kajian.

• Akhir sekali, sastera bandingan ini membolehkan pengkaji
mengetahui adanya unsur peniruan, penciplakan dan
pengaruh apabila mengkaji dua atau lebih karya.


Click to View FlipBook Version