BSS3143
TEKS KANON MELAYU
PROFESOR MADYA DR. NORAZIMAH
BT ZAKARIA
SEMESTER 1 2020/2021
NOORNAJIHAH BT ABDUL RAHMAN NUR SABREENA BT ABDUL MUA’AIS NAZURA BT MOHD SABERI
D20181082519 D20181082523 D20181082517
NURAIZA SYAMIMI BT MUHAMAD SUKRI WAN ILLI AQILAH BT WAN ZULKIFLI
D20181082526 D20181082527
ISI KANDUNGAN
PENDAHULUAN
KENALI TUN TEJA DAN HANG NADIM
RINGKASAN PERI CANTIKNYA PARAS ANAK BENDAHARA PAHANG
PANTUN
SAJAK (KUMPULAN PUISI CERMIN ADAB)
NILAI DAN PENGAJARAN DALAM PERI CANTIKNYA PARAS ANAK
BENDAHARA PAHANG
PENUTUP
01
PENDAHULUAN
Sulalatus Salatin (Bahasa Arab: )سلالة السلاطينPenurunan segala raja-raja atau
juga dikenali dengan nama Sejarah Melayu merupakan satu karya sejarah
mengenai kebangkitan, kegemilangan dan kejatuhan zaman Kesultanan
Melaka yang ditulis oleh beberapa orang pengarang Melayu.
Menurut Norazimah Zakaria(2005), sejarah Melayu atau Sulalatus Salatin
merupakan sebuah genre sintesis yang baik. Sebagai genre sintesis, Sejarah
Melayu yang dikarang pada zaman Islam, iaitu abad ke-15 atau ke-16 Masihi,
masih memperlihatkan unsur Hindu yang ketara sekali.
Sejarah Melayu merupakan karya warisan bangsa Melayu yang dianggap
sebagai parexcellence oleh ramai sarjana moden, Barat, dan Melayu. Karya
ini lahir dari satu tradisi ke intelektualan Melayu yang subur di istana raja-
raja Melayu sejak kurun ke-15.
02
KENALI TUN TEJA
DAN HANG NADIM
• Tun Teja Ratna Benggala nama penuhnya, anak perempuan tunggal Bendahara Seri Amar
Diraja dari Pahang ketika pemerintahan Sultan Abdul Jamil Ibni Sultan Muhammad Shah (1475-
1497), Sultan Pahang ketiga, sezaman dengan Sultan Mahmud Syah (1488-1511) Sultan Melaka
ke-8.
• Tun Teja dikatakan terlalu elok rupa parasnya dan menjadi sebutan orang-orang yang
berdagang di Pahang, namun begitu telah pun ditunangkan dengan Sultan Pahang.
• Laksamana Hang Nadim, anak kandung kepada Hang Jebat dan anak
angkat dan menantu kepada laksamana Hang Tuah serta merupakan
pahlawan Melaka.
• Hang Nadim telah dititahkan oleh Sultan Mahmud Syah untuk menculik
Tun Teja agar beliau diberi anugerah dan dihapuskan dosanya.
03
RINGKASAN PERI
CANTIKNYA PARAS ANAK
BENDAHARA PAHANG
• Sultan Mansur Syah telah bertitah kepada rakyatnya bahawa sesiapa yang dapat
membawa anak bendahara Pahang menghadapnya, maka akan mendapat imbalan
yang tinggi. Antara imbalan yang akan diterima ialah apa yang dikehendaki oleh
orang itu akan ditunaikan seperti sekerat kerajaan baginda mahupun dosa yang
dilakukan, tidak akan dihukum bunuh. Hang Nadim yang mendengar titah baginda,
terus pergi ke Pahang dengan harapan Tun Nadim dapat membawa Tun Teja
menghadap sultan dan akan dihapuskan dosanya. Setelah sampai di Pahang, Hang
Nadim bersahabat dengan seorang nakhoda yang bernama Saiyid Ahmad. Setelah
itu, Hang Nadim bertanya kepada Saiyad Ahmad mengenai kecantikan anak
bendahara Pahang Tun Teja. Lalu Saiyid mengatakan kebenaran kecantikan Tun Teja
tetapi dia telah bertunang dengan Sultan Pahang. Saiyid Ahmad mengatakan
bahawa Tun Teja ialah anak Orang Besar, untuk melihatnya amatlah sukar.
Jangankan manusia memandangnya, matahari dan bulan juga tidak dapat melihat
dia.
• Sambil Hang Nadim berfikir akan keupayaannya untuk mendapatkan Tun Teja, lalu seorang
perempuan tua pelulut. Hang Nadim memanggilnya dan si pelulut itu pun datang untuk mengajak
dia masuk ke rumahnya. Hang Nadim mula bertanya kepada si pelulut mengenai dirinya. Maka
perempuan tua itu menjawab bahawa dia merupakan orang Datuk Bendahara. Hang Nadim yang
mempunyai rasa ingin tahu bertanya kepada perempuan tua itu, “Adakah dia masuk ke rumah
Datuk Bendahara”. Lalu perempuan tua itu menjawab dia kerap masuk ke rumah Datuk
bendahara untuk melulut anak baginda yang bernama Tun Teja. Hang Nadim bertanya lagi akan
kebenaran baik paras Tun Teja dan si pelulut menjawabnya akan kebenaran itu. Lalu si pelulut
menambah bahawa kecantikan Tun Teja tidak dapat ditandingi oleh anak Orang Kaya-kaya yang
terdapat di negeri Pahang.
• Dengan maklumat sama yang diberikan oleh Saiyid Ahmad, si pelulut juga mengatakan bahawa
Tun Teja sudah bertunang dengan Yang di-pertuan dan akan melangsungkan perkhawinan
mereka pada musim Jawa. Dengan pelbagai rasa yang bercampur dalam diri Hang Nadim, dia
berkata kepada si pelulut untuk berjanji dengannya agar menanggung rahsianya. Lalu si pelulut
itu pun berjanji untuk menyimpannya kerana dia sudah biasa disuruh orang.
• Hang Nadim memberikan emas dan kain yang begitu
banyak kepada si pelulut itu. Maka, si pelulut itu terus
tertawan hatinya apabila melihat harta yang diberikan
dan sanggup berjanji untuk memegang rahsia Hang
Nadim. Hang Nadim berpesan kepada si pelulut itu, jika
beliau sudah berjumpa dengan Tun Teja, segeralah
membawa Tun Teja kepadanya untuk dipersembahkan
kepada raja Melaka. Hang Nadim memberikan suatu
lulut (sejenis bedak wangi) kepada si pelulut itu untuk
disapukan kepada Tun Teja.
• Setelah si pelulut tiba di pagar Bendahara, dia menyeru dengan
bertanya “Siapa hendak berlulut! Mari beta lulut!”. Setelah Tun
Teja mendengarnya, maka Tun Teja meminta dayangnya untuk
memanggil si pelulut itu masuk ke dalam untuk melulut Tun Teja.
Si pelulut itu segera mengambil peluang dengan berkata kepada
Tun Teja, “Sayangnya sahaya melihat rupa tuan, terlalu baik
parasnya ini akan berlakikan raja ini; jikalau raja yang lagi besar
lagi alangkah baiknya?” Maka Tun Teja pun terus bertanya kepada
si pelulut itu bahawa siapakah raja yang lagi hebat daripada raja
Pahang yang bakal menjadi suaminya itu. Kemudian, si pelulut itu
menjawab “Raja Melaka raja besar daripada raja Pahang ini, lagi
dengan baik parasnya.”
• Si pelulut itu menyapu lulut yang diberikan oleh Hang Nadim pada
tubuh Tun Teja. Si pelulut memberitahu pada Tun Teja bahawa ada
hamba raja Melaka yang sedang menunggu iaitu Hang Nadim untuk
membawa Tun Teja kepada raja Melaka. Si pelulut menghasut Tun Teja
dengan kata-kata manis yang mengatakan bahawa sekiranya Tun Teja
mahu ke Melaka, sudah pasti akan diperisterikan oleh raja Melaka
kerana baginda masih belum mempunyai isteri. Tetapi, jika Tun Teja
diperisteri oleh raja Pahang, Tun Teja perlu hidup bermadu dengan raja
perempuan Pahang. Riak wajak Tun Teja kelihatan reda apabila
mendengar kata-kata itu. Setelah itu, si pelulut itu menceritakan
segalanya kepada Hang Nadim tentang Tun Teja.
04
PANTUN
Sultan Mansur Syah telah mendengar sebuah khabar dari
Seri Wak Raja itu mengenai Tun Teja. Maka dengan
keinginan rasanya, baginda menginginkan anak bendara
Pahang yang sangat baik parasnya dengan akasnya itu.
Oleh sebab itulah, dibuatnya pantun mengenai Tun Teja:
05
SAJAK (KUMPULAN
PUISI CERMIN ADAB)
Tun Teja Demi semangat kesetiaan pada rajanya
Puteri yang cantik Tun Teja dipersembahkan tanpa cacat celanya
Puteri yang dibawa hatinya
Oleh gerangan si perantara Walau terguris murka raja Pahang
Hang Nadim yang empunya nama Sultan Abdul Jamal berdukacita
Penuh muslihat di dalam dada
Sekadar berniat untuk menghapus dosa Memburu Hang Nadim mendapatkan Tun Teja
Dari murka seorang raja. Alah olehnya tidak terkata
Tun Teja Sedih di dalam hati tidak terkira
Dibawa jauh dari tunangnya Hebatnya Hang Nadim
Pertolongan si pelulut Hang Nadim pinta
Mohon dilembutkan hati si Tun Teja. Mempertahankan hak yang bukan hak rajanya
Sultan Melaka
Hingga tidak boleh diapa-apa
Namun
Perang tetaplah berperang
Mereka berperang keranamu Tun Teja
Dalam hati adakah berbunga suka
Hebatnya menjadi permaisuri Melaka
06
NILAI DAN PENGAJARAN
DALAM PERI CANTIKNYA
PARAS ANAK BENDAHARA
PAHANG
Nilai NILAI DAN PENGAJARAN DALAM KISAH
PERI CANTIKNYA PARAS ANAK BENDAHARA PAHANG
Kesetiaan Hang Nadim kepada Sultan Mahmud Syah.
Hang nadim telah dititahkan oleh Sultan Mahmud Syah untuk menculik Tun Teja iaitu tunangan kepada Sultan Abdul
Jamal. Hang Nadim telah bersetuju untuk membawa lari Tun Teja apabila Sultan Mahmud Syah menitahkan bahawa
sesiapa yang berjaya membawa Tun Teja ke Melaka, beliau akan diberi anugerah dan dihapuskan dosanya. Hang Nadim
telah berangkat ke Pahang dengan menumpang balok Nakhoda Saiyid Ahmad.
Kerjasama
Kerjasama antara Hang Nadim dan pelulut serta hang nadim dan Nakhoda.
Hang Nadim telah bekerjasama dengan si pelulut untuk melulut Tun Teja. Hang nadim telah memberi rasuah kepada
pelulut tua dan menyuruh supaya pelulut merasuah orang dalam istana. Apabila si pelulut tua itu telah melulut Tun Teja,
kerja untuk membawa lari Tun Teja senang kerana mereka menaiki jong Nakhoda Sayyid Ahmad. Hal ini pula
menunjukkan bagaimana Hang nadim bekerjasama dengan kawan akrabnya iaitu nakhoda Ahmad. Oleh itu, tiada siapa
pun yang mengetahui bahawa Tun Teja telah dibawa lari.
Bijaksana
Hang Nadim bijak dalam mengatur strategi.
Kebijaksanaan Hang Nadim dapat dilihat apabila beliau bijak dalam mengatur strategi untuk membawa lari Tun Teja. Hal
ini demikian kerana Hang Nadim telah pun menyuruh pelulut tua untuk terlebih dahulu melulut Tun teja bagi
memudahkan urusan mereka. Pada waktu malam, Hang Nadim telah menyuruh si pelulut untuk mengemasi penunggu
pintu. Menjelang dinihari, Tun Teja dibawa oleh si pelulut untuk diserahkan kepada Hang nadim. Hang nadim telah
melakukan strategi yang berkesan dengan dibantu oleh Sayyid Ahmad untuk pulang ke melaka. Keberkesanan strategi
ini telah membantu beliau membawa lari Tun Teja
Pengajaran Kita janganlah mengkhianati permaisuri
Sebagai orang bawahan, kita mestilah menghormati dan mentaati orang yang lebih tinggi pangkatnya daripada kita. Hal ini kerana,
apabila kita mengkhianati kepercayaan yang diberikan sudah tentu kita tidak akan diberikan kepercayaan lagi. Tambahan pula,
sikap khianat kepada permaisuri ini sudah tentu akan dikenakan hukuman yang berat dan boleh menjatuhkan maruah kita sendiri.
Sebagai contoh :
‘setelah hampir dinihari, pada ketika sedang sedap orang tidur, maka si pelulut dibawanya Tun Teja keluar, maka penunggu pintu pun
membukakan pintu, dan Hang Nadim pun telah adalah menanti di luar, perahu pun telah hadir di pangkalan, maka Tun Teja pun
disuruh oleh si pelulut keluar’ (m/s 228).
Petikan di atas menunjukkan mengenai sikap seorang pelulut yang telah mengkhianati kepercayaan yang telah diberikan oleh
permaisuri iaitu Tun Teja kepadanya. Sikap khianat ini digambarkan melalui sikapnya yang telah memberi bantuan kepada Hang
Nadim untuk melarikan Tun Teja dari Melaka. Keadaan ini menyebabkan sultan Abdul Jamal murka.
Kita janganlah mempunyai sikap tamak
Sikap tamak yang ada dalam diri boleh menyebabkan seseorang sanggup melakukan apa sahaja asalkan dia mendapat ganjaran.
Sikap sedemikian tidak seharusnya ditanam kerana boleh mendatangkan pelbagai masalah di kemudian hari seperti disisihkan atau
dibenci oleh orang sekeliling.
Sebagai contoh :
‘setelah hari malam, maka Hang Nadim pun memanggil si pelulut, disuruhnya emasi segala penunggu pintu Bendahara Pahang.
Maka si pelulut itu pun pergilah mengemasi segala penunggu pintu, maka sekaliannya itu pun setialah dengan Hang Nadim’. (m/s
228)
Petikan dia atas memaparkan dengan jelas sikap tamak yang ada dalam diri pegawai-pegawai negeri Pahang. Sikap tamak mereka
menyebabkan mereka sanggup bersubahat dengan hang Nadim untuk melarikan Tun Teja dari Pahang.
07
PENUTUP
PENUTUP
Sekian,
Terima Kasih