The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurellesyaaisha05, 2024-05-09 13:22:38

SALAH FAHAM TERHADAP ISLAM

SALAH FAHAM TERHADAP ISLAM

SALAH FAHAM TERHADAP ISLAM ISLAMOFOBIA. MAY 2024 PENGAJIAN ISLAM


NUR ELLESYA AISHA BT MOHD RUSLI (18DDT23F1065) SHAHIZATUL ALEEYA BT SHAHIFUL (18DDT23F1115) NURDINIE BINTI IDI AZHAR (18DDT23F1110) FARLISSA AUDRINA BINTI YAZNI MARIS ( 18DDT23F1133) NUR SYAZWANI BINTI NOORYJAN (18DDT23F1007) NUR IDAYU NATASYA BINTI AZIZI (18DDT23F1081) AHLI KUMPULAN


SITUASI ISLAMOFOBIA DI NEGARA BUKAN ISLAM


BIL ISI KANDUNGAN M/S 1. PENGHARGAAN 2 2. OBJEKTIF 3 3. PRAKATA 4 4. PENGENALAN 5 5. DEFINISI ISLAMOFOBIA 6 6. FAKTOR-FAKTOR ISLAMOFOBIA 7 7. KESAN TERHADAP ISLAMOFOBIA 8 8. PERANAN MEDIA SOSIAL DALAM MENANGANI ISLAMOFOBIA 9 9. SITUASI ISLAMOFOBIA DI NEGARA BUKAN ISLAM 10 10. PENGARUH ISLAMOFOBIA DI MALAYSIA 11 11. KESIMPULAN 12 12. RUJUKAN 13 ISI KANDUNGAN 1.


ASSALAMUALAIKUM W.B.T DAN SELAMAT SEJAHTERA. Alhamdulillah, bersyukur ke atas Ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa, nyawa dan tenaga yang dianugerahkan kepada kami, dapat kami menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Pertamanya, terima kasih tak terhingga kepada pensyarah kami, Ustazah Solhal Huda kerana dengan penerangan dan tunjuk ajar daripadanya dapat kami selesaikan tugasan ini dengan sukses. Begitu juga dengan rakan sckumpulan yang banyak berkongsi maklumat dan terus memberikan kerjasama yang baik ketika menyelesaikan tugasan ini. Setinggi-tinggi penghargaan turut diucapkan buat kedua ibu bapa kami yang terus memberi dorongan dan semangat untuk kami menyiapkan tugasan ini. Di samping itu, terima kasih kepada rakan-rakan kami yang sentiasa mengingatkan kami mengenai tugasan ini dan membantu kami dalam hal-hal yang kami kurang tahu. Akhir kata, kami mengucapkan ribuan terima kasih tak terhingga kepada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam pembikinan tugasan kami yang bertajuk Salah faham Terhadap Islam. Semoga tugasan ini dapat memberikan manfaat dan pengajaran kepada semua Iapisan masyarakat di Malaysia. Terima Kasih. PENGHARGAAN 2.


OBJEKTIF Objektif E-folio ini adalah untuk menyelidik tentang salah faham terhadap islam. Secara khususnya, penyelidikan ini adalah seperti berikut: 1. Mengetahui tentang isu islamofobia yang terjadi di Malaysia. 2.Mengetahui pandangan dan pemikiran Masyarakat lain tentang Islam. 3.Mengetahui pandangan serong bukan Islam terhadap muslim di Malaysia. 4.Mengetahui tentang cara mengatasi pandangan serong Masyarakat bukan Islam terhadap agama Islam. 3.


PRAKATA Kursus Pengajian Islam merupakan kursus wajib diambil oleh semua pelajar Islam di Politeknik seluruh Malaysia. Ini kerana, setiap umat Islam wajib mempelajari ilmu fardu ain dan fardhu kifayah. Kursus ini membincangkan berkenaan Islam Sebagai Al-Addin, Islam dan Asas Syariah, Institusi Islam dan Cabaran Semasa. Selain itu, dengan adanya pendekatan kursus ini, pelajar dapat melaksanakan dengan yakin amalan Islam dalam kehidupan seharian, menerangkan etika dan profesionalisme berkaitan syariah dan institusi Islam dalam membentuk pembangunan ummah serta dapat Menghubungkait minda ingin tahu dengan Islam dan cabaran semasa di Malaysia. E-Book yang kami hasilkan ini adalah tugasan yang diminta bagi kursus Pengajian Islam. Tajuk yang akan dikupas dalam e-folio ini adalah isu yang sangat hangat iaitu Islam Dianggap Agama Keganasan. Semoga apa yang disampaikan dalam e-book ini dapat memberi manfaat berguna kepada pelajar dan pembaca serta dikongsikan kepada umat Islam yang lain agar tahu akan kebenaran yang sebenarnya. 4.


Muslim ialah gelaran bagi orang yang beragama Islam dan bermaksud seseorang yang telah berserah kepada Allah. Muslim juga mempercayai bahawa terdapat hanya satu Tuhan, iaitu Allah. Seterusnya, Non-Muslim bermaksud orang yang bukan beragama Islam atau yang mempunyai kepercayaan dan agama selain dari agama Islam. Islam merupakan agama yang sering dipandang serong oleh masyarakat terutamanya yang bukan Islam (non-Muslim), Pelbagai tuduhan, kutukan. dan kejian dibuat terhadap Islam yang menggambarkan pandangan masyarkat non-Muslim terhadap Muslim. Ini menyebabkan keindahan Islam dari segi ilmiah mahupun amaliah tidak menyerlah. Ini juga dapat menjadi punca sebahagian masyarakat non-Muslim tidak tertarik, ragu-ragu dan takut untuk mendekati dan mendalami Islam. Bahkan, mereka mengambil keputusan untuk memusuhi Islam. Justeru, umat Islam ditegaskan untuk mempunyai kesedaran dan bangkit untuk memperbetulkan keadaan. Tugas umat Islam bukan sahaja untuk membersihkan imej lslam pada pandangan hukum Islam, tetapi juga menberikan keyakinan di dalam diri umat Islam sendiri. Di samping itu, umum diketahui Malaysia terdiri daripada pelagai lapisan masyarakat, budaya, agama dan kepercayaan yang berbeza. Oleh itu, pelbagai krisis dan cabaran yang perlu dihadapi masyarakat Islam untuk terus menjadi contoh kepada masyarakat bukan Islam. Kini, cabaran yang lebih kuat adalah apabila masyarakat lebih mempercayai apa yang mereka dengar dan lihat di media sosial berbanding ulama'. Hal yang demikian menyebabkan berlakunya banyak salah faham sehingga ramai umat Islam terpesong daripada akidah. Mereka tidak cuba untuk kaji berdasarkan alQuran dan hadis benar. Sikap masyarakat Islam yang tidak mengamalkan ajaran Islam ini menyebabkan berlakunya salah faham oleh masyarakat bukan Islam sehingga mereka memandang serong terhadap Muslim. PENGENALAN 5.


DEFINISI ISLAMOFOBIA Secara umumnya Islamofobia merujuk kepada rasa fobia atau kebimbangan terhadap Islam sama ada pada penganutnya, ajarannya, budayanya dan apa sahaja yang berkaitan dengan Islam. Menurut Pelapor Khas PBB, Islamofobia bermakna “suatu permusuhan dan ketakutan tidak berasas terhadap Islam dan akibat ketakutan atau kebencian pada orang Islam atau majoriti daripada mereka”. Pentakrifan yang hampir sama diberikan oleh Laporan ‘Commission on British Muslims and Islamophobia’ yang menyatakan bahawa ianya merujuk kepada “dread or hatred of Islam and, therefore, to fear or dislike all or most Muslims” atau “irrational fear of Islam or antiMuslim racism and continuation of anti-Asian and antiArab racism”. Melalui pentakrifan ini, dapatlah disimpulkan bahawa Islamophobia ini merujuk kepada persepsi negatif terhadap Islam dalam bentuk diskriminasi pelbagai yang dimotivasikan oleh ketakutan dan kebimbangan terhadap Islam atau umat Islam. Persepsi negatif yang terbina akibat fobia terhadap Islam ini dapat dilihat dalam pelbagai aspek dan ini merangkumi pandangan serong terhadap undangundang, nilai-nilai & budaya yang dibawa oleh Islam. 6.


FAKTOR-FAKTOR ISLAMOFOBIA Media Gambaran negatif dan salah terhadap Islam seperti liputan larangan memasuki masjid oleh bukan Islam, bantahan bukan Islam membaca ayat al-Quran di dalam perucapan umum, kes memijak kepala lembu dan lainlain telah menyuburkan lagi Islamofobia di Malaysia. Pengaruh Golongan Fundamentalis -Kurang Keberkesanan Institusi Agama Kemahuan Politik Kemunculan golongan fundamentalist yang militan bahkan mendokong satu matlamat iaitu menghapuskan orang bukan Islam seperti Kumpulan Mujahidin Malaysia telah menyuburkan lagi fenomena Islamofobia. Kenyataan menghina undangundang Islam, mempersoalkan institusi fatwa, memperleceh amalan ibadah umat Islam dan sebagainya membuktikan bahawa terdapat kelemahan yang amat ketara ada pada institusi Islam ini. Kenyataan menghina undangundang Islam, mempersoalkan institusi fatwa, memperleceh amalan ibadah umat Islam dan sebagainya membuktikan bahawa terdapat kelemahan yang amat ketara ada pada institusi Islam ini. 5. 7.


KESAN TERHADAP ISLAMOFOBIA Permusuhan anti-Islam sebagai serangan lisan dan fizikal terhadap orang Islam, serangan ke atas masjid, naratif yang lazim dan rutin dalam media arus perdana serta diskriminasi pekerjaan. Islamofobia mempunyai kesan buruk terhadap kehidupan masyarakat, ahli keluarga, dan umat Islam. p b e a n nyak penyelidikan dan pe erbitan menunjukkan Islam ningkatan terhadap komu o n fobia dalam beberapa isu ter iti majoriti Barat dan nega sebut juga berlaku di Islamo ra ini. Kesan psikologi penga f r o u bia ditakrifkan sebagai mood h berbahaya ke atas sese , o tingkah laku dan emosi darip rang individu akibat a j d en a mengalami beberapa is Islamofobia. Berikutan tragedi 11 September 2001, serangan pengganas, sentimen antiIslam dan Islamofobia di dunia Barat telah mendapat perhatian ilmiah yang ketara. Istilah Islamofobia kononnya dicipta pada akhir 1980-an untuk menyatakan ketakutan ini terhadap Islam dan umat Islam sebagai kumpulan pengganas. 8.


Media sosial memainkan peranan yang besar dalam usaha membantu mengubah naratif mengenai Islamofobia. Segenap masyarakat merupakan sebahagian daripada rangkaian bagi membina komuniti yang lebih inklusif, bagi menamatkan Islamofobia. Media baharu seperti internet boleh digunakan untuk berkomunikasi serta penyampaian mesej secara berterusan dan berkesan. Pertumbuhan media sosial telah menyelubungi penduduk dalam talian negara dengan penciptaan Facebook, Twitter, YouTube, TikTok, blog, dan lain-lain. Penggunaan media sosial telah menjadi fenomena masyarakat khususnya di kalangan orang muda, sama ada ia mendatangkan manfaat atau sebaliknya. Antara isu-isu yang mempunyai unsur-unsur pengaruh Islamofobia adalah seperti berikut: - Isu pendakwah Zakir Naik. - Penggunaan kalimah Allah . - Penghinaan terhadap Nabi Muhammad S.A.W. PERANAN MEDIA SOSIAL DALAM MENANGANI ISLAMOFOBIA 9.


Beberapa insiden keganasan yang berlaku di dunia seringkali dikaitkan dengan umat Islam biarpun pada hakikatnya ianya dilakukan juga oleh penganut agama yang lain. - Keiadian pembunuhan lebih 120 orang di Paris pada 14 November 2015. -Peristiwa 11 September 2001 yang telah mengorbankan kira-kira 2996 nyawa. -Pengeboman di Madrid pada 11 Mac 2004 melibatkan kematian 191 orang. -Pengeboman di London pada 7 julai 2005 yang meragut 52 nyawa oleh pengganas yang disyaki telah memburukkan lagi imej Islam di mata masyarakat dunia. SITUASI ISLAMOFOBIA DI NEGARA BUKAN ISLAM 10.


PENGARUH ISLAMOPHOBIA DI MALAYSIA Penyebaran pengaruh islamofobia yang menggalakkan kebencian, tanggapan negatif dan prejudis terhadap Islam melalui media sosial amat membimbangkan jika tidak ditangani dengan serius. Malaysia mempunyai identiti tersendiri kerana Islam merupakan agama rasmi Persekutuan. Perkembangan pesat teknologi maklumat telah mengubah cara hidup masyarakat, budaya baharu, pola corak pemikiran serta tingkah laku masyarakat. Dilihat, media sosial mempunyai kuasa yang dapat mempengaruhi pemikiran seseorang serta mampu mendatangkan impak yang pantas dan berkesan. Media massa memberi impak positif kepada masyarakat kerana ia membolehkan orang ramai belajar dengan lebih cepat. Kesannya, masyarakat akan lebih peka terhadap isuisu semasa. Selain itu, ia mempunyai kesan yang cukup besar terhadap kognitif seperti penciptaan sikap, iaitu peristiwa yang berlaku di persekitaran melibatkan ekonomi, politik dan sosial. Ia membuktikan bahawa masyarakat boleh dipengaruhi oleh media massa apabila mereka bertindak balas secara positif. Maklumat, pesanan, pendapat, khabar angin, gosip dan propaganda, semuanya disebarkan kepada masyarakat umum melalui media arus perdana. Pengaruh negatif Islamophobia dalam kalangan rakyat Malaysia dilihat telah dibantu oleh kemasukan saluran media asing. Justeru, segelintir mereka yang mendengar saluran luar secara tidak langsung akan terpengaruh dengan pandangan yang diutarakan oleh media asing. Pertumbuhan sosioekonomi juga terjejas oleh islamofobia. Diskriminasi terhadap orang Islam dalam bidang pendidikan, tempat kerja, peluang pekerjaan dan perubahan ekonomi yang mempunyai pengaruh ke atas kehidupan umat Islam. Hak asasi manusia boleh diabaikan sehingga menyebabkan pembangunan sosio-ekonomi sesebuah negara terganggu. Hal ini juga boleh membawa kesan mental dan fizikal yang melampau jika tidak ditangani dengan lebih berhemah dan berkesan. 11.


Islam adalah agama perdamaian dan menganjurkan kepada para pemeluknya untuk menyelesaikan konflik secara damai. Jika caracara damai ini tidak membuahkan hasil, maka baharulah perang boleh dilancarkan. Inisiatif bersepadu melalui kerjasama di setiap peringkat menerusi jaringan kerja yang mantap akan dapat memastikan usaha mengatasi islamofobia dapat dicapai. Segala gerakan, usaha, inisiatif dan program ini merupakan salah satu cabang jihad demi menegakkan Islam di muka bumi ini. Akhir sekali, ibu bapa haruslah memainkan peranan untuk mendidik anak-anak menjadi seorang insan yang berguna pada masa hadapan. Bak kata pepatah "Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya". Pihak-pihak lain juga mestilah memainkan peranan masing-masing supaya modal insan ini tidak akan mudah terikut dengan anasir-anasir yang negatif di luar sana. Kesimpulan 12.


RUJUKAN https://www.sinarharian.com.my/article/281529/ berita/nasional/islamophobia-kesan-terhadapmasyarakat-islam 1. 2. https://anyflip.com/slrpf/gmnk/basic http://portalfm.jawi.gov.my/wl/? id=y1gnvDoEox2vWZgZ4EDs0lwHcAQI5FTS 3. https://www.usim.edu.my/news/in-ourwords/manfaatkan-media-sosial-tanganiislamofobia/ 4. https://www.studocu.com/my/document/kolejpoly-tech-mara-alor-setar/islam/faktor-dankesan-islamofobia/40129720 5. https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/jkob /article/view/1574/993 6. 13


Click to View FlipBook Version