“DEE5S1”
MPU 23052
SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN ISLAM
SESI 1: 2022/2023
TAJUK
UJIAN SARINGAN HIV KEPADA BAKAL PENGANTIN SERTA
PERKAITANNYA DENGAN KAEDAH FIQH YANG MERUJUK KAEDAH
FIQH:
KEMUDARATAN HARUS DIHILANGKAN
NAMA PENSYARAH:
NOR HASNIATI BINTI ABDULLAH@MAHMUD
NAMA PELAJAR NO. MATRIK
MUHAMMAD SYAHMI HAZIQ 13DEE20F1001
BIN ZUBAIDI
MUHAMMAD SHAQIL BIN 13DEE20F1009
MOHAMAD SAUPI
MUHAMMAD ASLAM BIN 13DEE20F1061
KHALID
ISI KANDUNGAN M/S
PENGENALAN
OBJEKTIF
LANGKAH MEMBUAT SARINGAN HIV
CARA PENYEBARAN HIV
TANDA-TANDA HIV
KESIMPULAN
RUJUKAN
PENGENALAN KEPADA HIV
Apa itu HIV? HIV (human immunodeficiency virus), ataupun dalam
Bahasa Melayu yang bermaksud virus kurang imun manusia ialah
sejenis lentivirus (subkumpulan retrovirus) yang menyebabkan jangkitan
HIV. Jangkitan HIV yang tidak dirawat akan progress menjadi AIDS. AIDS
merupakan sejenis kondisi dimana daya imunisasi atau daya ketahanan
seseorang menjadi begitu lemah sehingga tidak dapat melawan jangkitan
kuman dan mengekang perkembangan sel-sel kanser
HIV menyerang sel-sel manusia yang bertanggungjawab untuk
memelihara daya ketahanan seseorang, iaitu sel T penolong makrofaj dan
sel dendritik. Serangan HIV terhadap sel-sel tersebut menyebabkan
kematian sel.
OBJEKTIF
Pada masa kini, isu berkaitan pasangan mendapat tentangan daripada
pihak keluarga bagi meneruskan perkahwinan mereka atas sebab
mendapat tahu bahawa bakal pasangan mereka atau bakal menantu
mereka menghidapi HIV. Asbab inilah artikel ini membincangkan lebih
lanjut berkenaan isu ini dan bermatlamat mengurangkan stigma
masyarakat dan diri kita sendiri dan mengekang pandangan serong
keluarga terhadap mereka yang menghidapi HIV untuk meneruskan
perkahwinan dan menikmati kualiti hidup yang lebih baik iaitu berumah
tangga seperti lapisan masyarakat yang lain.
LANGKAH MEMBUAT UJIAN SARINGAN HIV
1. MEGETAHUI KLINIK KESIHATAN ATAU HOSPITAL TERDEKAT
Sebagai pengetahuan tambahan atau pengetahuan baru, ujian
saringan HIV hanya boleh dilakukan di klinik kesihatan atau hospital
kerajaan sahaja. Yang paling penting anda perlu menjalani ujian ini
di negeri atau mengikut mukim masing-masing.
2. DOKUMEN YANG PERLU DIBAWA KE KLINIK
KESIHATAN/HOSPITAL
Anda perlu mengetahui terdapat dokumen yang perlu dibawa
semasa mengambil ujian saringan ialah kad pengenalan sahaja dan
bayaran perkhidmatan yang dicaj kepada RM1.
3. LENGKAPKAN BORANG UJIAN SARINGAN HIV PRA
PERKAHWINAN
Setelah selesai mendaftar dan membuat pembayaran di kaunter
pembayaran, anda dapat memulakan untuk melengkapkan borang
ujian saringan HIV Pra Perkahwinan yang telah disediakan oleh
pihak klinik.
Terdapat borang yang telah disediakan oleh pejabat agama Islam
dan anda perlu melengkapkan borang tersebut untuk menjlani ujian
saringan HIV di klinik kesihatan.
4. UJIAN SARINGAN HIV
Doctor atau pembantu kesihatan akan menjalankan ujian saringan
HIV dengan menggunakan kaedah rapid kit test. Darah akan
diambil di hujung jari anda dengan menggunakan jarum lancet.
Setelah itu, anda perlu menunggu sebentar kerana keputusan ujian
ini mengambil masa kira-kira 15 hinggan 30 minit bergantung pada
jenis kit yang digunakan oleh doctor atau pembantu kesihatan.
CARA PENYEBARAN HIV
- HUBUNGAN SEKSUAL (FARAJ/DUBUR)
HIV boleh menjangkiti melalui selaput lender pada faraj atau dubur
secara langsung atau masuk melalui luka yang mungkin terjadi dan
tidak disedari berlaku akibat hubungan kelamin.
- HUBUNGAN SEKSUAL ORAL
Risiko penularan HIV melalui HIV melalui tekak, gusi dan membran/
tisu di dalam mulut adalah sangat rendah berbanding faraj atau
dubur.
- CIUMAN MULUT
Kes ini sangat jarang berlaku namun ianya tidak mustahil. Ada
kemungkinan HIV dapat ditularkan melalui ciuman mulut yang
terbuka dan mendalam. Meskipun virus tidak merebak melalui air
liur. Walaupun virus tidak dapat merebak melalui air liur, penularan
boleh berlaku jika sekiranya terdapat pendarahan.
TANDA- TANDA HIV
Untuk mengenali HIV, terdapat tanda- tanda HIV yang perlu diketahui oleh
semua orang dan penghidap HIV. Sebilangan pesakit mengalami gejala-
gejala berikut dalam masa satu hinggan enam minggu selepas terkena
jangkitan HIV.
a. Demam
b. Sakit tekak dan batuk
c. Sakit otot
d. Sakit kepala
e. Cirit birit
f. Letih
g. Ruam
h. Sakit sendi
i. Turun berat badan
KESIMPULAN
Sebagai kesimpulan, dengan teknologi yang ada, pemikiran masyarakat
sepatutnya lebih berkembang dan maju selaras dengan kemajuan
dengan pengetahuan yang lebih luas. Stigma dan keadaan masyarakat
keseluruhan yang meminggirkan, meghina dan mendiskriminasi pesakit
menjadi satu-satunya penghalang kepada usaha pencehagan HIV dan
AIDS.
Dengan kecanggihan teknologi dan ubat-ubatan pada masa kini
sebenarnya boleh membantu mencegah penularan HIV dan AIDS. HIV
tidak berjangkit melalui perkongsian makanan, bersin, batuk, sentuhan
kulit yang tiada kecedaraan mahupun berkongsi tempat tinggal, kerja atau
belajar. Dengan ini masyarakat sepatutnya mengubah pendapat dan
stigma mereka terhadap pesakit-pesakit HIV.
RUJUKAN
https://ms.wikipedia.org/wiki/HIV
http://www.myhealth.gov.my/hiv-aids/