Program Lestari ADNI merupakan satu usaha murni pihak SPI, Jabatan Pendidikan
Negeri Melaka dengan kerjasama sekolah dalam memupuk kecintaan murid terhadap
ilmu agama Islam secara menyeronokkan dan kreatif. Melalui pendekatan
pertandingan berkonsepkan explore race, para murid akan diuji dengan soalan serta
tugasan berkaitan bidang al-Quran, Feqah, Aqidah, Sirah dan Akhlak Islamiyah.
Aktiviti ini dijalankan dalam bentuk berkumpulan yang dapat melatih kerjasama, daya
saing sihat, kecergasan fizikal serta kecerdikan minda.
Program ini juga sejajar dengan objektif pelaksanaan Pendidikan Islam di sekolah
rendah iaitu melahirkan murid yang berilmu, beramal serta berakhlak mulia dalam kehidupan seharian.