The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurfaizah3108, 2022-11-27 04:27:42

Buku Cerita Kanak-Kanak

Buku Cerita Kanak-Kanak

NUHA DAN
TONGKAT SAKTI

NAMA: NUR FAIZAH BINTI IBRAHIM
NO MATRIK: 270388

Pada zaman dahulu, terdapat seorang kanak-
kanak perempuan bernama Nuha yang tinggal
berdua bersama ibunya, Aimi di hujung kampung.
Nuha merupakan seorang kanak-kanak yang
sangat manja dan juga periang. Selepas ayahnya
meninggal, Nuha dan ibunya serba kekurangan
disebabkan oleh ibunya yang mempunyai penyakit
dan tidak boleh bekerja.

Di situ, Nuha duduk termenung kemudian
memandang langit nan biru dan awan gemawan
yang putih gebu bak gula-gula kapas yang
bertaburan di langit. Suara hatinya berbisik
keras “Alangkah indahnya jika aku dapat
mengubah nasib dirinya macam dalam kisah
dongeng itu.”

Nuha masih duduk di kerusi usang merenungkan
nasibnya. Nuha dan ibunya hidup ibarat kais
pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Itupun hanyalah pendapatan atas belas kasihan
penduduk kampung.

Kisah kehidupan Nuha dan ibunya telah
mendapat perhatian ketua kampung yang kaya-
raya di situ. Sejak itu, Nuha bersorak gembira.
Terpancar keceriaan pada wajahnya.
“Wah, seronoknya! Dapat keperluan setiap bulan
daripada ketua kampung.

Kata Aimi dalam hati, “Kami tidak perlu lagi
menagih simpati orang kampung untuk
mendapatkan keperluan makanan.”

Pada suatu hari, Nuha keluar bermain bersama
kawan-kawannya di kawasan tanah yang lapang.
Sedang dia melihat kawan-kawannya bermain,
tiba-tiba kawannya bernama Ezza datang dan
menghulurkan layang-layang kepadanya. Nuha
berasa sangat seronok kerana ini kali pertama dia
bermain layang-layang.

Sedang dia melihat kawan kawannya bermain,
tiba-tiba kawannya bernama Ezza datang dan
menghulurkan layang-layang kepadanya. Nuha
berasa sangat seronok kerana ini kali pertama
dia bermain layang-layang.

Matahari nyaris-nyaris tenggelam, Nuha pun
pulang ke rumah dengan riak wajahnya yang
sedikit sedih. Kemudian kanak-kanak itu berlari
masuk ke dalam rumah.

“Ibu!” Suara Nuha kedengaran membingit.
“Apa dia, sayang?” tanya ibunya lembut.
Nuha terus menangis lalu berkata “Nuha
mahukan layang-layang! Ibu belikan lah…”
Ibunya pun mendengus nafas kasar selepas
mendengar kemahuan anak manjanya itu.

Keesokan harinya, ibunya meminta tolong
kepada salah seorang penduduk kampung
yang bernama Fitri untuk membelikan Nuha
layang-layang. Disebabkan kasih sayang Aimi
terhadap Nuha, beliau menuruti kemahuan
anaknya walaupun terpaksa menggunakan
wang simpanan.

Sejak hari itu, Nuha berasa gembira dan
bahagia kerana telah mendapat kawan-kawan
yang sangat baik. Lalu mereka bermain dan
meluangkan waktu bersama-sama.

Dalam perjalanan pulang, dia ternampak satu
kotak misteri di bawah pokok yang isinya
terdapat tongkat kecil lalu dia mengambil
untuk dibawa pulang ke rumah.

Kemudian dia berlari masuk ke dalam rumah.
Selang beberapa minit, dia berlari-lari anak
dan membawa kotak misteri itu untuk
ditunjukkan kepada ibunya.

“Kotak apa ni?”
“Dari manakah Nuha dapat benda ni?”
tanya ibunya yang menunjukkan riak wajah
yang tampak risau.

Kotak itu mengeluarkan cahaya. Nuha dan
ibunya mula merasakan ada sesuatu yang
menakjubkan dan aneh ketika itu. Lalu
ibunya mengangkat tangan berdoa serta
merta cahaya dalam kotak itu semakin
berkurang cahaya yang terpancar itu.

Pada suatu malam, ketika sedang nyenyak
tidur dihanyutkan mimpi. Nuha bermimpi
bertemu dengan seorang lelaki yang berbaju
lusuh. Lelaki itu berkata kepada Nuha.
“Bicaralah pada tongkat itu.”
“Ia akan menunjukkan kebolehan luar
biasa.”

“Dengan bantuan tongkat itu semua impian
aku dapat menjadi kenyataan,” bisik Nuha
dalam hatinya.

Nuha terjaga dari tidurnya. Peluh sudah
membasahi dahi. Mimpi seorang lelaki dalam
mimpinya membuatkan dia ingin mencuba
tongkat tersebut. Dia menggunakannya demi
kemahuannya sebelum ini yang belum
tercapai disebabkan hidupnya yang serba
kekurangan. Dengan adanya tongkat sakti
dia menggunakan kuasa tersebut untuk
kepentingan diri sendiri.

Dia menggunakannya demi kemahuannya
sebelum ini yang belum tercapai disebabkan
hidupnya yang serba kekurangan. Dengan
adanya tongkat sakti dia menggunakan
kuasa tersebut untuk kepentingan diri
sendiri.

Sejak kejadian itu, semakin hari semakin tampak
perubahan diri Nuha yang sudah melampaui
batas. Hal tersebut juga telah menarik perhatian
orang kampung kepada kehidupan mereka.
Ibunya mendengus nafas kasar melihat karenah
anaknya itu.

Disebabkan kekuasaan sakti yang Nuha
dapat dari kotak itu, dirinya menunjukkan
perwatakan yang berbeza. Nuha dahulu
merupakan seorang yang patuh kepada
orang tuanya, tidak angkuh, dan sentiasa
menjaga hubungan dengan orang
disekelilingnya.

Lalu pemilik kuasa sakti itu telah menarik
semula kuasa sakti yang telah diberikan
kerana Nuha telah melanggar syarat-syarat
dan pantang larang ketika menggunakan
tongkat sakti itu.

Antara pantang larangnya ialah seseorang
yang telah menerima kuasa sakti itu wajib
untuk terus berbakti dan taat kepada ibunya.

Maka, kuasa sakti itu sekaligus ditarik dan hilang
dari pandangan dirinya. Nuha kesal atas
keghairahan dirinya dalam mengendalikan
kuasa yang ada pada tongkat sakti tersebut.

Akhirnya, kehidupan Nuha dan ibunya
kembali dalam serba kekurangan seperti
dahulu. Nuha sedih dan menyesal dengan
sikapnya yang sering meminta-minta dan
pentingkan diri sendiri. Nuha juga berjanji
dan mengaku semua kesalahannya sambil
meminta maaf kepada ibunya bahawa dia
tidak akan menyusahkan ibunya dan
pentingkan diri pada masa hadapan.

GLOSARI...

1. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang
- Pendapatan yang hanya cukup untuk hidup
sahaja.

2. Lapang - Tidak sempit, lega, luas (kawasan dll).

3. Membingit - Tidak sedap, kurang senang.

4. Tampak -Memperlihatkan (menunjukkan) diri.

5. Keghairahan - Keinginan (kebrahian, kehendak)
yang amat kuat.

NUHA DAN
TONGKAT SAKTI

Buku cerita ini mengisahkan tentang seorang
kanak-kanak yang bernama Nuha yang
tinggal di hujung kampung bersama ibunya,
Aimi. Dia mempunyai banyak karenah
sehinggakan ibunya sanggup menuruti segala
kemahuannya anaknya. Pada suatu malam,
ia bermimpi bertemu dengan seorang lelaki
yang memberitahu tentang kebolehan luar
biasa tongkat tersebut.


Click to View FlipBook Version