The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by m-7622842, 2021-07-07 07:44:00

adik comel

adik comel

BAB 3 : PENTADBIRAN NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU

3.1 Kekayaan Hasil Bumi di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang

 Secara umumnya Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang yang kaya dengan hasil bumi seperti
bijih timah dan emas berjaya ditadbir urus dengan baik sehingga negeri tersebut makmur telah menarik
minat kuasa Acheh, Belanda dan British untuk menguasai negeri tersebut

Kekayaan bijih timah

 Perlombongan bijih timah abad ke-15

i. Diusahakan oleh orang Melayu di lembah sungai untuk kegunaan tempatan dan diperdagangkan
ii. Perdagangan di bawah pengawasan pembesar sebagai pemilik lombong dan membekalkan

keperluan perbelanjaan
iii. Pembesar memperolehi kawasan pegangan melalui surat tauliah sultan
iv. Contohnya Che Long Jaafar di Larut Perak dapat surat tauliah daripada Paduka Seri Sultan

Shabudin Riayat Syah
v. Sultan menerima hasil perdagangan
vi. Kaedah tradisional melombong bijih timah iaitu melampan

 Perlombongan bijih timah abad ke-16 hingga abad ke-17

i. Tertumpu di Sungai Perak, Kuala Kangsar, Kelian Intan, Manjung dan Beruas
ii. Perak pelabuhan utama menghasilkan bijih timah
iii. Tumpuan pedagang terutama Portugis
iv. Kekayaan dan kemakmuran Perak menyebabkan Acheh meletakkan Perak sebagai negeri

naungannya
v. Perak menjadikan bijih timah bahan untuk mendapatkan perlindungan Portugis bagi

membebaskan Perak daripada Acheh

 Perlombongan bijih timah abad ke-18
i. Perak
 Bijih timah dikeluarkan oleh pelombong kecil Melayu di kawasan Larut (Kerian, Kurau,
Larut, Terong dan Beruas)
 Sultan Muzafar membuat perjanjian menjual bijih timah kepada Belanda
 Kota Belanda di Pulau Pangkor di bina sebagai gedung menyimpan bijih timah yang
diperolehi dari Perak
 Akhir abad ke-18 hasil merosot akibat aktiviti penyeludupan untuk dijual pedagang British
di Pulau Pinang

1 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff / Tingkatan 3

ii. Selangor
 Perlombongan bijih timah di Kuala Selangor
 Sultan Ibrahim membuat perjanjian menjual bijih timah kepada Belanda.

 Perlombongan bijih timah abad ke-19

i. Larut
 Diusahakan oleh Long Jaafar dan anaknya Ngah Ibrahim di Klian Pauh dan Klian Baru
dengan membawa masuk pelombong Cina
 Kuala Sepetang dijadikan pelabuhan mengangkut bijih timah dari Perak ke Pulau Pinang

ii. Lembah Kinta
 Pengeluar utama bijih timah dunia
 Kegiatan pelombongan mewujudkan bandar Gopeng, Ipoh dan Kampar
 Sultan Ismail mengusaha dan memajukan kawasan perlombongan bijih timah di Lembah
Kinta menyebabkan muncul Bandar Papan dan Pengkalan Peguh

iii. Jugra
 Pusat pentadbiran Kesultanan Selangor
 Juga pusat pengutipan cukai bijih timah melalui Sungai Langat untuk ke pelabuhan
Melaka

iv. Kuala Lumpur
 Pusat pengeluaran bijih timah yang penting di Selangor
 Bijih timah di lombong di Ampang
 Mendorong orang Melayu dan Cina mendirikan petempatan
 Pembentukkan Bandar Kuala Lumpur yang diambil dari nama Sungai Lumpur (Sungai
Gombak sekarang)

v. Lukut
 Diusahakan oleh Raja Busu dengan membawa masuk pelombong Cina
 Raja Jumaat kemudiannya berjaya menjadikan Lukut sebagai pusat perdagangan bijih
timah terkenal
 Lukut diserahkan kepada Sungai Ujong melalui rundingan antara Sultan Selangor
bersama pemerintah Sungai Ujong
 Selangor menerima Kajang, Semenyih dan Beranang yang sebelum ini di dalam
kawasan Sungai Ujong

2 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff / Tingkatan 3

Kekayaan Hasil Emas

 Kawasan jalur emas sebahagian besar terdiri daripada negeri Pahang yang meliputi Raub.
 Melalui rekod Negara China, emas menjadi ekspot utama Pahang sejak abad ke-13.
 Menurut catatan Portugis, pada abad ke-16 emas di Pahang diperdagangkan ke Melaka dan Sultan

Pahang menggunakan emas sebagai hadiah kepada negeri-negeri lain.
 Berdasarkan sumber India, Semenanjung Tanah Melayu dikenali sebagai Suvarnabhumi yang

bermaksud Bumi Emas
 Catatan Yunani (2M) menamakan Semenanjung Tanah Melayu sebagai Golden Khersonese yang

bermaksud Semenanjung Emas

 Lokasi Perlombongan Emas di Pahang
i. Perlombongan emas telah dilakukan di Hulu Pahang iaitu di sekitar Sungai Tembeling, Sungai
Jelai dan Sungai Semantan
ii. Kawasan-kawasan penting perlombongan emas ialah Raub, Tui, Tersang, Selising, Penjom,
Kechau dan Hulu Dong.

 Kegiatan Perlombongan Emas di Pahang pada abad ke-16 dan ke-17
 Dijalankan oleh orang Melayu, orang asli dan orang Minagkabau
 Menggunakan kaedah mendulang dan melampan

 Kegiatan Perlombongan Emas di Pahang pada abad ke-18
 Kekayaan emas menarik kehadiran oramg Cina dari Kelantan, Perak dan Negeri Sembilan
 Menggunakan kaedah melampan

 Kegiatan Perlombongan Emas di Pahang pada abad ke-19
 Sultan Ahmad member konsesi kepada orang Eropah
 Menggunakan kaedah lombong dedah dan lombong bawah tanah

Latihan Objektif

1. Apakah kekayaan hasil bumi Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang yang menarik minat British
menguasai Negara kita?

I. Bijih timah A. I dan II
II. Bijih besi B. I dan IV
III. Arang batu C. II dan III
IV. Emas D. III dan IV

3 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff / Tingkatan 3

2. Pada 28 Februari 1850, Paduka Seri Sultan Shabudin Riayat Syah telah menganugerahkan daerah
Larut kepada seorang tokoh untuk melombong bijih timah. Siapakah tokoh tersebut?

A. Dato’ Sagor C Long Jaafar
B. Dato’ Maharajalela D Tengku Kudin

3. Apakah tujuan pembinaan Kota Belanda di Pulau Pangkor pada tahun 1670?

A. Gedung menyimpan bijih timah C Gedung menyimpan makanan
B. Kubu pertahanan tentera Belanda D Tempat penginapan Gabenor

4. Maklumat berikut berkaitan dengan aktiviti ekonomi di Perak pada abad ke16-17

 Perlombongan di Sungai Perak
 Perlombongan di Manjung dan Beruas

Apakah kesan aktiviti tersebut ke atas Perak? C Menjadi negeri naungan Acheh
A. Mengukuhkan pengaruh pembesar D Menerima ancaman Portugis
B. Menjamin kedudukan pembesar

5. Apakah faktor yang mempengaruhi kemunculan Bandar Gopeng, Ipoh dan Papan?

A. Pembukaan lading-ladang getah C Perlombongan bijih timah
B. Pusat pentadbiran kerajaan D Pertambahan penduduk

6. Tokoh berikut merupakan tokoh penting dalam sejarah Tanah Melayu
 Raja Busu
 Sultan Ismail

Apakah persamaan tokoh tersebut?

A. Membangunkan bandar baharu C Memajukan perlombongan
B. Menandatangani perjanjian D Memodenkan pentadbiran

7. Dialog berikut mungkin berlaku di Pahang pada abad ke-19

Ali : Sekarang ini, orang Eropah yang mendapat hak melombong emas
Ahmad : Orang Eropah begitu berjaya disebabkan mereka menggunakan

kaedah perlombongan yang berkesan

Apakah kaedah yang dimaksudkan dalam dialog tersebut ?

I. Lombong bawah tanah III Mendulang

II. Lombong dedah IV Melampan

A i dan ii B i dan iv C ii dan iii D iii dan iv

4 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff / Tingkatan 3

8. Apakah nilai yang diperolehi daripada maklumat berikut?

Berdasarkan sumber India, Semenanjung Tanah Melayu dikenali
sebagai Suvarnabhumi yang bermaksud Bumi Emas

A. Berilmu B Bersyukur C Berwaspada D Bersederhana

Bahagian B

1. Kawasan perlombongan emas di negeri-negeri Melayu tertumpu di kawasan jalor emas yang
sebahagian besarnya terletak di negeri Pahang

a) Namakan dua kawasan perlombongan emas yang terdapat di Pahang
i. ……………………………………….
ii. ……………………………………….
[2 markah]

b) Nyatakan kaedah kegiatan perlombongan emas di Pahang:
i. Pada abad ke 16 dan ke-17
…………………………………………………………………………..
ii. Pada abad ke-19
……………………………………………………………………………
[2 Markah]

c) Pada pendapat anda, mengapakah pelombong Eropah berjaya menguasai perlombongan emas di
Pahang pada abad ke-19?
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
[4 Markah]

5 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff / Tingkatan 3

3.2 Perluasan Kuasa British di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang
Pengenalan

 Perkembangan perindustrian yang berlaku di Eropah menyebabkan British memerlukan bahan mentah
yang mencukupi untuk menjamin pengeluaran hasil industri Eropah

 Kemakmuran negeri-negeri Melayu yang kaya dengan bijih timah mendorong British berusaha
meluaskan kuasa ke Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang

Strategi Brtitish Meluaskan kuasa di Negeri-Negeri Melayu
 British menggunakan pelbagai taktik untuk meluaskan kuasa di negeri-negeri Melayu seperti strategi
manipulasi, desakan dan ugutan serta perjanjian dengan pemerintahan tempatan.

a) Strategi Manipulasi
 Suasana yang tidak stabil dan kekacauan yang berlaku di Perak, Selangor dan Negeri Sembilan

membuka peluang kepada British untuk melaksanakan strategi manipulasi dengan memberi bantuan
kepada pihak yang berkepentingan untuk membolehkan British meluaskan pengaruhnya.

 Manipulasi British di Perak
 British mengambil peluang untuk menguasai Perak apabila berlakunya kekacauan di Perak
 Gabenor Negeri-negeri Selat , Andrew Clarke mengambil peluang ini untuk campurtangan dan
bertindak sebagai orang tengah menamatkan kekacuan di Perak
 Alasan British adalah untuk menyelamatkan rakyat Perak daripada keadaan kucar kacir.
 Kekacuan di Perak disebabkan oleh:
i. Perang Larut 1861-1874
 Pemerintah Larut, Ngah Ibrahim telah membawa masuk ramai pelombong Cina
untuk memajukan perlombongan bijih timah
 Kumpulan Ghee Hin dan Hai San bergaduh untuk mempertahankan hak dan
kepentingan masing-masing hingga tercetus Perang Larut
 Ini menjejaskan perdagangan bijih timah di Negeri-negeri Selat
 Pelabur Eropah dan pedagang Negeri-negeri Selat mendesak British
campurtangan untuk melindungi pelaburan mereka dalam perlombongan bijih
timah

ii. Perebutan takhta Kesultanan Perak
 Perak mengamalkan sistem penggiliran dalam pewarisan takhta Kesultanan
Perak
 Mengikut sistem ini, bakal raja perlu melalui jawatan Raja Di Hilir, Raja Bendahara
dan Raja Muda sebelum ditabal menjadi Sultan
 Pada abad ke-19 berlaku krisis takhta kerana sistem penggiliran tidak dipatuhi
 Selepas kemangkatan Sultan Ali, Raja Ismail (Raja Bendahara) dilantik sebagai
Sultan dan mendapat sokongan pembesar Hulu Perak termasuk Ngah Ibrahim
 Raja Yusoff (Raja Di Hilir) menuntut haknya sebagai sultan setelah lama
diketepikan.

6 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff / Tingkatan 3

 Raja Abdulllah (Raja Muda) tidak ditabalkan menjadi sultan kerana tidak hadir ke
upacara pemakaman Sultan Ali. Baginda mendapat sokongan pembesar Hilir
Perak seperti Dato’ Maharaja Lela

 Andrew Clarke menyokong Raja Abdullah dan menyatakan kesedian British untuk membantu
mengesahkan Raja Abdullah sebagai Sultan Perak dan menamatkan pesengketaan
pelombong Cina demi mewujudkan keamanan di Perak

 Manipulasi British di Selangor
 Sewaktu pemerintahan Sultan Abdul Samad, tercetus pertelingkahan dalam kalangan
kerabat diraja Selangor yang menyebabkan berlakunya Perang Klang
 British campurtangan dalam pertelingkahan tersebut untuk meluaskan pengaruh di Selangor
 Pihak yang terlibat dalam Perang Klang 1866-1874 ialah:
i. Raja Abdullah bin Raja Jaafar
 Sultan Abdul Samad memberi hak mentadbir Klang
 Berjaya memajukan Klang sebagai pusat pengeluaran bijih timah
 Pembukaan lombong di sekitar Ampang dan Kuala Lumpur
 Mendapat sokongan kumpulan Hai San

ii. Raja Mahadi bin Raja Sulaiman
 Putera Raja Sulaiman yang mentadbir Klang sebelum diserahkan kepada Raja
Abdullah
 Menuntut hak ke atas Klang kerana pernah di bawah kekuasaan ayahandanya
dan kemajuan perlombongan
 Mendapat sokongan kumpulan Ghee Hin

 Kekacauan ini memberi peluang kepada British memanipulasi politik
 British memihak kepada Raja dan pembesar Melayu yang boleh membawa keuntungan
 British memberi bantuan ketenteraan kepada Tengku Kudin untuk menamatkan Perang

Klang
 British mengharapkan sultan menerima perlindungan British untuk kestabilan Selangor.

 Manipulasi British di Sungai Ujong, Negeri Sembilan

 British berpeluang melakukan manipulasi politik di Negeri Sembilan apabila berlaku perbalahan
pembesar Melayu di Sungai Ujong yang kaya dengan bijih timah
i. Kepentingan Sungai Linggi
 Laluan penting yang menghubungkan Sungai Ujong dengan kawasan sekitarnya
 Penguasaan ke atas Sungai Linggi membolehkan pembesar memungut cukai
daripada pedagang bijih timah melalui sungai tersebut untuk ke Melaka

7 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff / Tingkatan 3

ii. Persaingan pembesar memungut cukai di Sungai Linggi
 Dato’ Kelana, Dato’ Syahbandar dan Dato’ Muda Linggi saing bersaing untuk
mengawal pungutan cukai di Sungai Linggi
 Persaingan tersebut menjejaskan perdagangan di Negeri-negeri Selat

 British memanipulasikan persengketaan dengan member bantuan ketenteraan kepada Dato’
Kelana untuk mengalahkan Dato’ Syahbandar.

 Manipulasi Brtisih dalam konflik ini berjaya meletakkan Sungai Ujong yang kaya dengan bijih
timah di bawah kekuasaan British.

b) Desakan dan Paksaan Kepada Raja-Raja Melayu Menerima Perlindungan British

Desakan British di Selangor
 British terus mencari alasan setelah gagal memujuk Sultan Abdul Samad menerima perlindungan ketika
memberi bantuan ketenteraan menamatkan Perang Klang
 Berlaku rompakan kapal dagang British di perairan Kuala Langat dalam pelayaran dari Pulau Pinang ke
Melaka
 Serangan rumah api Tanjung Rachado
 Peristiwa itu digunakan British mendesak sultan menerima perlindungan dengan alasan gagal
mewujudkan keselamatan di perairan Selangor untuk kegiatan perdagangan

Desakan British di Pahang
 Tiada alasan untuk campurtangan kerana tiada kekacauan di Pahang
 Sultan Ahmad sangat berhati-hati dalam rundingan dengan British
 Sultan Abu Bakar ( Johor) membantu British memujuk Sultan Ahmad menerima wakil British
 Kematian Goh Hui, rakyat British di perkarangan istana membolehkan British mendesak sultan dengan
alasan tidak mampu mewujudkan keadilan dan ketenteraman awam

c) Strategi Menandatangani Perjanjian Dengan Pemerintah Tempatan
 Bagi mengukuhkan kuasa, Britsih mengadakan perjanjian dengan pemerintah tempatan untuk

menerima pengaruh British dalam pentadbiran negeri-negeri Melayu
 Perjanjian pertama British dengan negeri Melayu ialah perjanjian dengan pembesar Perak di Pulau

Pangkor yang dikenali sebagai Perjanjian Pangkor 1874
 Perjanjian Pangkor 1874 mengukuhkan kuasa British di Perak

 Andrew Clarke memanggil ketua Ghee Hin dan Hai San untuk menamatkan perselisihan faham
 Pembesar-pembesar Melayu yang bertelagah, Raja Abdullah, Ngah Ibrahim dan Dato’ Sagor

dipanggil untuk berunding di Pulau Pangkor
 Sultan Ismail dan Raja Yusoff tidak menyertai rundingan tersebut
 Syarat Perjanjian Pangkor:-

i. Raja Abdullah diiktiraf sebagai Sultan Perak
ii. Raja Ismail sebagai Raja Muda
iii. Sultan menerima Residen British – nasihat mesti diminta dan dipatuhi dalam semua

urusan pentadbiran kecuali agama Islam dan adat Melayu

8 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff / Tingkatan 3

iv. Ngah Ibrahim diakui Orang Kaya Menteri Perak dan menerima Penolong Residen
v. British berkuasa penuh atas pungutan cukai
 Perjanjian Pangkor menandakan kejayaan penguasaan British cecara langsung dalam hal ehwal
pentadbiran dan ekonomi di Perak.

 Perjanjian British-Sungai Ujong 1874
 Antara syarat perjanjian itu ialah:
i. Dato’ Kelana diktiraf sebagai pemerintah Sungai Ujong
ii. British berkuasa penuh memungut cukai di Sungai Linggi

 Perjanjian British-Selangor 1875
 Antara syarat perjanjian:
i. British membantu Sultan memerintah negeri
ii. J.G Davidson ditempatkan di Klang dan Frank Swettenham ditempattkan di Langat untuk
membantu pentadbiran

 Perjanjian British Pahang 1887
 Antara syarat perjanjian ialah:-
i. British menempatkan wakil sebagai pegawai konsul di Pahang
ii. British menjaga keamanan di Pahang
iii. Pahang tidak dibenarkan membuat perjanjian dengan kuasa lain tanpa kebenaran British

 Melalui perjanjian, British mengikat persetiaan pemerintah tempatan untuk menerima nasihat British
dalam hal ehwal pentadbiran dan ekonomi di negeri-negeri Melayu.

Latihan 2.
1

9 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff / Tingkatan 3

3. 6.
4.

7.

8.
5.

10 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff / Tingkatan 3

Bahagian B
1.

…………………………………………………………
…………………………………………………………

i. …………………………………
ii. …………………………………..
iii. ………………………………….
………………………………………………………………………………………………………………………………………….

…… …………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

………1…1………©…K…e…la…s…S…e…ja…ra…h…C…i…k…g…u…M…e…r…ia…m……Y…u…s…of…f…/ …T…in…g…ka…ta…n…3……………………………………………………………..

2.

12 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff / Tingkatan 3

3.

13 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff / Tingkatan 3


Click to View FlipBook Version