i KM 36 JALAN BALUNG, BEG BERKUNCI NO.27, 91009, TAWAU, SABAH PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN AMBILAN JUN 2021 / 2025 SEMESTER 2 TAHUN 3 NAMA PELAJAR : IMAN HILMI BIN IBRAHIM NO ANGKA GILIRAN: 2021052340063 NO KAD PENGENALAN : 021212-02-1173 KUMPULAN / UNIT : PISMP PENDIDIKAN ISLAM JUN 2021 KOD KURSUS : PIMK 3143 NAMA KURSUS : ASAS PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN TUGASAN : KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN NAMA PENSYARAH : DR ISMAIL BIN HUSIN TARIKH HANTAR : 06.03.2024 Pengesahan Maklum Balas Pentaksiran Berterusan Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuk dan fahami ....................................................... Tandatangan Pelajar Tarikh: ..............................
i KANDUNGAN Muka Surat KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN i iii iv v vi BAB 1: PENDAHULULAN 1.1 Pengenalan 1.2 Penyataan Masalah 1.3 Tujuan Kajian 1.3.1 Objektif Kajian 1.3.2 Soalan Kajian 1.3.3 Hipotesis Kajian 1.4 Skop dan Batasan Kajian 1.5 Kepentingan Kajian 1.6 Definisi Operasional 1.7 Rumusan 1 2 3 3 4 4 4 5 5 7
ii BAB 2: TINJAUAN LITERATUR 2.1 Pengenalan Kepada Konteks Kajian 2.2 Teori Kajian 2.3 Dapatan Kajian-Kajian Lalu 2.4 Kerangka Konseptual 2.5 Rumusan 8 10 13 14 15 BAB 3: METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan 3.2 Reka Bentuk Kajian 3.3 Persampelan 3.4 Instrumen Kajian 3.4.1 Kesahan 3.4.2 Kebolehpercayaan 3.5 Kajian Rintis 3.6 Prosedur Pengumpulan Data 3.7 Prosedur Penganalisisan Data 3.8 Rumusan 16 16 16 17 18 18 19 19 20 21 RUJUKAN LAMPIRAN 22 26
iii SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK HALAMAN 3.1 Hasil analisis kebolehpercayaan kajian rintis. 19
iv SENARAI RAJAH NO. RAJAH TAJUK HALAMAN 2.1 Kerangka Konseptual 14
v SENARAI SINGKATAN FPI Falsafah Pendidikan Islam GPI Guru Pendidikan Islam PPPM Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia SPSS Statistical Package for The Social Sciences PAK-21 Pendidikan Abad ke-21
vi SENARAI LAMPIRAN Perkara Halaman Lampiran A: Surat Kebenaran 26 Lampiran B: Instrumen Kajian 34 Lampiran C: Carta Gant 38 Lampiran D: Jadual Krejcie & Morgan (1970) 40
1 BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN Falsafah Pendidikan Islam adalah usaha berterusan untuk menyebarkan maklumat, kemahiran, dan kefahaman Islam berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah, untuk membangunkan set kemahiran, keperibadian, dan pandangan hidup sebagai hamba Allah dengan kewajipan untuk membangunkan diri, masyarakat, alam sekitar, dan negara demi mencapai kesejahteraan di akhirat dan kebaikan di dunia (Rohizan Ya et.al, 2012). Proses pendidikan secara berterusan ini telah digambarkan secara jelas melalui Falsafah Pendidikian Islam (FPI). Kementerian Pendidikan Malaysia juga menyatakan bahawa Falsafah Pendidikan Islam sebagai satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran dan keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangunkan diri masyarakat, alam sekitar dan Negara kearah mencapai kebaikan di dunia dan di akhirat. Pelaksanaan penerapan Falsafah Pendidikan Islam merupakan pendekatan pengajaran yang seharusnya menjadi tumpuan perbahasan di dalam era pendidikan abad ke 21 (PAK-21). Pembentukan falsafah, kurikulum, kaedah dan sebagainya telah diperincikan di dalam menghasilkan konstruk yang bertepatan dengan kehendak manusia untuk menggunakan Falsafah Pendidikan Islam (FPI). Sistem atau mata pelajaran pendidikan Islam adalah sitem yang berteraskan konsep Falsafah Pendidikan Islam. Konsep pemikiran falsafah pada asasnya adalah gambaran tentang pandangan dunia atau cara hidup Islam. Tanpa perspektif sebegitu, pendidikan tidak bermatlamat, hidup tidak bermatlamat, dan semuanya tidak bernilai di mata Allah S.W.T. Adalah tidak adil untuk memperkecilkan keperluan untuk kembali kepada pandangan dunia asal, walaupun usaha sedang dilakukan untuk menyesuaikan pendidikan Islam untuk memenuhi tuntutan kontemporari. Khususnya, perubahan itu mesti berasaskan pemikiran falsafah. Falsafah tidak akan
2 dilayan oleh apa-apa jenis kemajuan atau pemikiran futuristik dalam pendidikan jika pemikiran falsafah tidak ada. Seiring dengan kepentingan FPI dalam konteks pendidikan negara, mata pelajaran Pendidikan Islam tidak terlepas daripada memainkan peranan yang penting dalam menerapkan adab dan akhlak dalam proses pembelajaran. Guru Pendidikan Islam (GPI) sebagai nadi penggerak seharusnya sentiasa menyebatikan adab dan akhlak dalam proses pengajaran dan pembelajarannya. Ini bertepatan dengan Falsafah Kurikulum Pendidikan Islam itu sendiri iaitu ia bukan membantu pelajar kearah memperoleh ilmu pengetahuan tetapi ia juga kearah memperkembangkan daya berfikir berpandukan Al-Quran dan As Sunnah. 1.2 PENYATAAN MASALAH Dasawarsa ini, sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap penjuru dunia ini tentang isu akhlak murid yang semakin merudum. Mohd Ayop (2023) menyatakan bahawa isu yang semakin menjadi-jadi dalam era globalisasi kini adalah isu kehilangan adab dalam diri masyarakat yang mampu menyebabkan timbulnya masalah keruntuhan akhlak atau moral yang tragis. Beliau juga menyatakan bahawa akhlak dengan jelasnya dapat dilihat telah menurun secara ketara sepertimana dalam media sosial yang merupakan alat interaksi dan komunikasi yang utama dalam masyarakat hari ini. Ini adalah benar terutamanya apabila ia berkaitan dengan penyebaran bahasa kesat dan berita palsu. Masalah keruntuhan akhlak bukanlah semestinya berlaku di kawasan bandar sahaja. Bahkan, turut menular di kawasan kampung di luar bandar yang terkenal dengan adab sopan (Mohd Khairi & Mohamad Khairi, 2016). Dalam meniti permasalahan ini, wajarlah akhlak diberi penekanan sejak dari kecil lagi. Adab dan Akhlak wajar dibentuk sejak usia muda daripada adab keluar masuk bilik ibu bapa hinggalah adab keluar masuk kumpulan dalam media sosial. Keindahan dan kecantikan Islam adalah datang juga daripada adab dan akhlak baik yang ditampilkan oleh golongan muda bukan hanya kerana kekuatan ilmu. Adab dan akhlak yang ditunujukkan oleh Rasulullah S.A.W kepada umatnya seharusnya diteladani oleh Masyarakat sejak muda lagi kerana menjadi satu kebimbangan kepada individu yang tiada
3 peneladanan akhlak dari kecil ini, mereka akan menunjukkan tingkah laku yang buruk apabila dawasa (Fairuz Noordin, 2018). Seterusnya, pernyataan masalah yang digariskan disini adalah sejauh mana guru-guru pada era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang serba mencabar akal dan minda ini menggunakan konsep Falsafah Pendidikan Islam dalam sistem pendidikan dan dalam membentuk individu murid yang berakhlak. Ghazali (2017) di dalam bukunya menyatakan bahawa memang seharusnya umat Islam mengamalkan sistem pendidikannya sendiri yang dipandu dengan pernyataan falsafah secara tersurat dan tersirat kerana falsafah pendidikan sesebuah negara itu menentukan corak dan matlamat negara bangsa. 1.3 TUJUAN KAJIAN Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti tahap pengetahuan guru-guru Pendidikan Islam terhadap konsep Falsafah Pendidikan Islam dari sumber Al-Quran dan AsSunnah dalam membentuk akhlak murid. Selain itu, kajian ini juga melihat hubungan antara tahap pengaplikasian konsep Falsafah Pendidikan Islam terhadap kemenjadian individu murid. 1.3.1 Objektif Kajian Objektif dalam kajian ini adalah bagi mengenalpasti: 1. Tahap pengetahuan guru-guru Pendidikan Islam terhadap konsep Falsafah Pendidikan Islam dalam membentuk individu murid yang berakhlak. 2. Tahap kemahiran guru-guru Pendidikan Islam terhadap penerapan konsep Falsafah Pendidikan Islam dalam membentuk individu murid yang berakhlak. 3. Faedah penggunaan konsep Falsafah Pendidikan Islam dalam membentuk individu murid yang berakhlak.
4 4. Hubungan di antara penerapan konsep Falsafah Pendidikan Islam dengan kemenjadian individu murid yang berakhlak. 1.3.2 Soalan Kajian 1. Apakah tahap pengetahuan guru-guru Pendidikan Islam terhadap konsep Falsafah Pendidikan Islam dalam membentuk individu murid yang berakhlak? 2. Sejauh manakah kemahiran guru-guru Pendidikan Islam terhadap penerapan konsep Falsafah Pendidikan Islam dalam membentuk individu murid yang berakhlak? 3. Apakah faedah penggunaan konsep Falsafah Pendidikan Islam dalam membentuk individu murid yang berakhlak? 4. Adakah terdapat hubungan di antara penerapan konsep Falsafah Pendidikan Islam dengan kemenjadian individu murid yang berakhlak? 1.3.3 Hipotesis Kajian Ho : Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara tahap pengetahuan konsep Falsafah Pendidikan Islam dan kemenjadian individu murid yang berakhlak. Ha : Terdapat hubungan yang signifikan di antara tahap pengetahuan konsep Falsafah Pendidikan Islam dan kemenjadian individu murid yang berakhlak. 1.4 Skop dan Batasan Kajian Skop kajian adalah memberi fokus terhadap tahap pengetahuan, kemahiran penggunaan dan faedah penggunaan konsep Falsafah Pendidikan Islam dalam membentuk Individu Murid yang Berakhlak. Ilmu Pendidikan Islam dipilih menjadi input utama dalam meninjau penggunaan konsep Falsafah Pendidikan Islam ini adalah suatu sistem yang sepatutnya diterapkan dalam kehidupan insan disebabkan tiga faktor yang membezakannya dengan falsafah lain iaitu pertamanya ialah
5 sumber yang merujuk kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Kedua adalah memaknai hakikat alam, manusia dan ilmu. Yang ketiga adalah hubungan manusia-Tuhan dan hubungan manusia-alam jagad (Ghazali Basri, 2017). Batasan kajian yang dijalankan tertumpu kepada guru-guru beragama Islam di sekolah. Selain itu, perlaksanaan kajian adalah terhad keatas pengetahuan, kemahiran dan faedah konsep Falsafah Pendidikan Islam. Malahan, kajian juga tidak mengambil kira faktor penguasaan kemahiran penggunaan konsep Falsafah Pendidikan Islam yang juga mungkin mempengaruhi hasil kajian. Malah kajian juga tidak mengkaji perlakuan meta kognitif guru yang juga mungkin mempengaruhi pembelajaran mereka. 1.5 KEPENTINGAN KAJIAN Kajian ini adalah untuk melihat tahap dan kemahiran penggunaan konsep Falsafah Pendidikan Islam dalam membentuk akhlak murid. Ini adalah disebabkan penyelidik merasakan bahawa penggunaan konsep Falsafah Pendidikan Islam dalam diri guruguru beragama Islam adalah amat kurang dan menyebabkan kemenjadian akhlak murid pada era ini semakin merudum. Malah terdapat kemungkinan bahawa tahap penggunaan adalah secara tidak konsisten. Selain itu, kajian ini dijalankan adalah tertumpu untuk melihat faedah penggunaan konsep Falsafah Pendidikan Islam dalam membentuk individu murid yang berakhlak. Hal yang demikian kerana, konsep Falsafah Pendidikan Islam telah disediakan dengan teliti menepati unsurunsur yang diperlukan dalam kehidupan 1.6 DEFINISI OPERASIONAL i. Pendidikan Samruhaizad & Azahan (2017) mendefinisikan pendidikan sebagai salah satu penanda aras terpenting dalam menentu kualiti hidup manusia. Pendidikan boleh membantu seseorang itu mendekati kerjaya impian. Pengajaran, latihan, dan indoktrinasi adalah langkah-langkah dalam proses pendidikan.
6 Walaupun indoktrinasi membolehkan meniru tindakan orang lain, pengajaran memberikan nilai dengan menghantar maklumat daripada seseorang kepada orang lain. Latihan, sebaliknya, melibatkan pembiasaan untuk melaksanakan tugas untuk mengembangkan kebolehan. Dalam kedua-dua komuniti moden dan prasejarah, ketiga-tiga proses ini aktif pada masa yang sama. Pendidikan juga mengajar manusia bagaimana untuk memenuhi peranan mereka sebagai khalifah Allah di bumi, dengan syarat mereka tunduk dan mengikut arahan Allah selaras dengan peranan mereka sebagai hamba-Nya. Natijahnya, pendidikan ialah proses membentuk manusia menjadi warganegara yang berakhlak mulia dan insan yang baik melalui proses pengkondisian, latihan, dan pendidikan minda, jasmani dan rohani individu yang berlandaskan nilai-nilai Islam yang bersumberkan wahyu untuk menghasilkan. individu yang bertaqwa yang mengabadikan diri kepada Allah s.w.t. untuk berjaya di dunia dan akhirat. ii. Pendidikan Islam Pengertian pendidikan Islam menurut Yusuf al-Qardawi (1980) ialah pendidikan insan merangkumi akal, hati, badan, akhlak dan kemahiran. Matlamatnya adalah untuk menyediakan individu untuk dunia yang sering berhadapan dengan kebaikan dan kejahatan, kepahitan dan kemanisan. Dalam perspektif ini, matlamat pendidikan Islam adalah untuk melahirkan individu terpelajar yang berkongsi nilai-nilai kehidupan Islam. Ilmu yang dihasratkan merangkumi maklumat mengenai hubungan manusia dengan penciptanya (Allah s.w.t.), yang tercermin dalam ilmu agama dan cara pelaksanaan ibadah tertentu. Ia juga berfungsi untuk mendidik manusia. Pendidikan Islam memberi tumpuan kepada membentuk peribadi seseorang agar hidup berlandaskan ajaran al-Quran dan as-Sunnah. Hal ini supaya, sesuai dengan pendidikan Islam yang diperoleh semasa hidup di dunia, seseorang itu mendapat balasan yang baik di akhirat. (Mohd Roslan et al., 2011)
7 iii. Kemenjadian Murid Menurut Roslee Talip et al. (2021), salah satu indikator utama yang digunakan oleh kerajaan untuk mengukur pengaruhnya terhadap penciptaan modal insan berkaliber tinggi ialah murid. Walaupun perkembangan murid lebih dikenali sebagai petunjuk penerimaan ilmu yang boleh diuji dengan perubahan tingkah laku, itulah yang disifatkan oleh Mohd Asran (2011) sebagai proses pembelajaran tidak berhenti sehingga tamat pendidikan. Hasilnya, adalah jelas bahawa pengetahuan, kemahiran sosial, dan menegakkan prinsip moral adalah tiga bidang utama pembelajaran yang merangkumi pertumbuhan keseluruhan murid. Objektif utama adalah untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang lebih bermaklumat, bertolak ansur dan berbudi bahasa.. 1.7 RUMUSAN Bab ini membincangkan pengenalan kajian, penyataan masalah, objektif kajian, hipotesis kajian, kepentingan kajian, skop dan batasan kajian serta definisi operasional yang digunakan dalam kajian ini. Tumpuan utama kajian ini adalah untuk mengkaji pengetahuan ,kemahiran dan faedah penggunaan Falsafah Pendidikan Islam dalam membentuk kemenjadian individu murid yang berakhlak.
8 BAB 2 TINJAUAN LITERATUR 2.1 PENGENALAN KEPADA KONTEKS KAJIAN Bab ini akan membincangkan beberapa kajian lepas yang berkaitan dengan kemahiran dan faedah pengaplikasian konsep Falsafah Pendidikan Islam dalam membentuk kemenjadian individu murid yang berakhlak. Selain itu, bab ini juga memperlihatkan juga bagaimana kerangka konseptual kajian yang dibangunkan serta teori yang berkaitan kajian.Teori-teori dan model yang diguna pakai dapat dijadikan panduan bagi menyokong hasil dapatan kajian. a) Definisi dan konsep pengetahuan guru Menurut perspektif Islam, peranan pendidik adalah mendidik, iaitu membantu setiap pelajar mencapai potensi penuh iaitu potensi psikomotor, kognitif, dan emosi mereka. Justeru, banyak maklumat yang perlu dikuasi oleh tenaga pengajar khususnya dalam bidang pendidikan (Ab. Halim dan Khairul Azman, 2010). Beliau juga menegaskan bahawa seorang guru perlu sentiasa mengembangkan kepakarannya dan mendapatkan pemahaman yang mendalam tentang bidang yang diajarnya. Naquiah & Jimaain (2018) menyatakan bahawa seorang yang mendidik perlu berpengetahuan tentang perkara yang diajarnya dan mempunyai pemahaman yang menyeluruh mengenainya untuk menyampaikan maklumat dengan berkesan. Golombek (2012) mendefinisikan pengetahuan guru sebagai badan pengetahuan pengajar yang digunakan untuk tugas yang mereka capai. Untuk mengaplikasikan apa yang dia pelajari pada pengalaman terdahulu, pengajar juga boleh membuat perkaitan ini sepanjang kelas. Selain itu, untuk menyampaikan pengetahuan dengan betul kepada pelajar dalam proses
9 Pengajaran dan Pembelajaran (PdP), pendidik mesti meningkatkan kepakaran mereka sendiri (Razila et al., 2019). b) Definisi dan konsep kemahiran guru Secara asasnya, seseorang guru itu perlu mahir dalam profesion perguruan. Melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) (2013–2025), kerajaan berharap dapat mewujudkan kumpulan pendidik yang berkelayakan tinggi dengan memberikan penekanan yang kuat terhadap kemajuan profesionalisme keguruan. Zarina (2016) menyatakan bahawa majoriti program latihan dalam perkhidmatan guru yang ditawarkan oleh sekolah telah menunjukkan kejayaan. Guru boleh terus meningkatkan tahap keupayaan mereka dengan latihan demi latihan. Dewasa kini, di samping mengajar untuk memenuhi keperluan murid yang berbeza-beza, pengajar mesti meningkatkan pengetahuan dan kemahiran akademik mereka dengan ketara, terutamanya dalam memenuhi permintaan pekerjaan pada abad ke-21 (Juliana et al.,2017). Memandangkan keadaan yang sedemikian, mempunyai Kemahiran yang jitu adalah penting untuk memastikan proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) berfungsi dengan baik. Untuk dapat melaksanakan pelbagai tugas di sekolah, guru hendaklah menyediakan diri dari segi profesionalisme. c) Kemenjadian individu murid Kemenjadian murid merupakan elemen penting yang seharusnya diberikan tumpuan terutamanya dalam rangka negara kita sedang bergerak untuk mencapai hasrat dalam Transformasi Sekolah 25. Asran (2011) mendefinisikan kemenjadian murid sebagai proses penerimaan maklumat yang boleh diukur yang berlangsung sehingga tamat pendidikan dan biasanya dikenali sebagai
10 perkembangan pelajar. Dalam menerajui dunia pendidikan masa kini semestinya kita ingin melihat hasil kepada pelajar terhadap apa yang telah dipelajari. Kementerian Pendidikan Malaysia telah membangunkan pelbagai langkah dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013–2025) untuk menyediakan pengalaman murid yang seimbang dan serupa dengan kemenjadian murid pada arena pendidikan global (KPM, 2013). Kemenjadian murid yang merangkumi ilmu pengetahuan, kemahiran memimpin, kemahiran berfikir, kemahiran berbahasa, etika dan kerohanian serta jati diri negara merupakan antara taktik yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Membina kejayaan dalam kedua-dua akademik dan olahraga memerlukan asas kukuh enam kemenjadian murid. 2.2 TEORI DAN MODEL KAJIAN 2.2.1 Teori Behavioris Mengikut falsafah behavioris, pembelajaran ialah tingkah laku yang boleh dinilai secara luaran. Apabila terdapat perkaitan antara rangsangan dan tindak balas, pembelajaran dikatakan berkesan. Tindak balas dan rangsangan yang berulang adalah kondusif untuk pembelajaran, menurut Skinner (1965). Sebenarnya, dia memasukkan teori pelaziman operan, yang berpendapat bahawa tingkah laku yang didorong peneguhan akhirnya membawa kepada pelaziman. Jika kanakkanak itu menerima peneguhan positif, mereka akan mengulangi aktiviti itu dan membentuk tabiat daripadanya. Penggunaan kaedah penekanan akhlak berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah juga termasuk pendekatan behavioris. Sebagai bukti, Firman Allah dalam surah Luqman ayat ke 12: َ َر ن َكف َ م َ ۦۖ و ِ ِسه ۡ َف نـ ِ ل ُ ُكر ۡ َش ََِّنَا ی َإ ف ۡ ُكر ۡ َش ن ی َ م َ و ِِۚ َ لِل ِ ۡ ُكر ۡ ٱش أَنِ َ ة َ م ۡ ك ِ ۡ ٱۡل َ ٰن ـ َ م ۡ ا لُق َ ن ۡ یـ َ اتـ َ ء ۡ َد لَق َ و ید ٌّ ََحِ ی ِ غَن َ َن ٱ َلِل ِ َإ ف Maksudnya: “Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya): Bersyukurlah kepada Allah
11 (akan segala nikmatNya kepadamu)”. Dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.” Ayat Al-Quran ini menyampaikan bahawa Luqmanul Hakim bukanlah seorang yang ‘bercakap kosong’ atau hanya ‘sembang kencang’ tetapi ia bermula dengan dirinya yang dikurniakan hikmah menyampaikan sesuatu yang reality ataupun benar dan bukan retorik. Ayat ini mendorong kepada guru untuk menunjukkan contoh teladan akhlak yang baik kepada murid dalam membentuk individu murid yang berakhlak. Hal sedemikian ianya tidak akan berkesan jika guru hanya mengeluarkan suruhan kepada murid-murid tanpa ada teladan dari guru sendiri. 2.2.2 Teori Konstruktivisme Pendekatan konstruktivisme dalam pembelajaran merupakan teori pengajaran berbentuk inkuiri yang dipelopori Collins dan Stevens (1983). Selain itu, Lawson (1995) juga membangunkan teori yang berkaitan pembelajaran iaitu berbentuk penerokaan. Pendekatan yang dicadangkan kelompok konstruktivisme ini adalah berfokuskan pelajar di mana pembelajaran terhasil daripada usaha atau pengalaman pelajar itu sendiri. Dalam konteks pengaplikasian konsep Falsafah Pendidikan islam dalam membentuk individu murid yang berakhlak ini, murid dapat mendalami sendiri manfaat-manfaat yang mereka dapati daripada pengalaman mereka mengamalkan ajaran akhlak dari Al-Quran dan As-Sunnah . Dalam pada itu, konstruktivis juga menyifatkan pendekatan pembelajaran kendiri secara aktif dan spontan adalah perlu. Dalam pembelajaran Pendidikan Islam khususnya akhlak, perlunya wujud sebuah pembelajaran yang aktif, kreatif, dinamik, berpusatkan pelajar dan konstruktif disebabkan ilmu akhlak ini tidak lari daripada mengingati tatacara dan kefahaman ke atas panduan tersebut. Maka
12 kedua-dua pendekatan yang dicadangkan oleh Collins & Stevens (1983) & Lawson (1995) didapati sesuai dalam konteks penyampaian dan pembelajaran Pendidikan Islam. 2.2.3 Teori Perkembangan: Teori Perkembangan Robert Havinghurst Menurut Robert Havinghurst, kanak-kanak berkembang mengikut corak sosiobudaya dan antropologi. Pandangan ini menegaskan bahawa kanak-kanak adalah produk daripada kuasa sosiobudaya yang mempengaruhi mereka. Setiap institusi dan cita-cita budaya melahirkan jenis personaliti tertentu. Untuk memahami kanak-kanak dengan betul, perkaitan mesti mengambil kira aspek budaya, sosial dan psikologi. Memandangkan keadaan yang sedemikian, contoh tauladan serta bimbingan daripada guru menerusi Falsafah Pendidikan Islam ini sememangnya patut ditunjukkan oleh guru kerana menurut pemahaman ini, psikologi murid dipengaruhi oleh budaya dan kebiasaan yang dialami olehnya. Menurut Hoy (2012), Budaya sekolah yang mantap akan mewujudkan persekitaran yang sesuai untuk belajar, membantu murid dalam meningkatkan teknik pembelajaran mereka, meningkatkan tahap efikasi kendiri mereka, dan akhirnya mengubah kaliber hasil akademik mereka.
13 2.3 DAPATAN KAJIAN LALU Kajian-kajian lepas menunjukkan remaja pada masa kini berada dalam keadaan yang cukup membimbangkan (Ahmad Sahlan et al., 2019). Di samping itu juga, Jabatan Perangkaan Malaysia pada Disember 2016 memaparkan statistik yang statistic dalam siaran akhbar menyatakan bahawa pada tahun 2015 tercatat sejumlah 4,152 orang pesalah juvana dari kalangan kanak-kanak yang melakukan kesalahan kali pertama. Manakala pesalah juvana yang terlibat dalam kesalahan secara berulang pula ialah seramai 417 orang. Hari ini, "kemerosotan moral," "keruntuhan moral," dan "ketidakpastian moral" adalah semua fenomena yang sedang dihadapi oleh masyarakat dunia. Persekitaran ini berkait rapat dengan penjajahan idea dan globalisasi yang berterusan dan imperialisme budaya yang mengekalkan hegemoni budaya Barat ke atas semua orang lain (Mohd Khairi & Mohamad Khairi, 2016). Hasil dapatannya mendapati bahawa penghayatan dan kefahaman yang terhad terhadap kepercayaan menyebabkan iman menjadi rapuh dan seterusnya mendorong murid ke dalam domain tindakan tidak bermoral. Pengkaji yakin dengan respons yang diterima sebagai suatu tanda pembentukan individu murid yang berakhlak perlu ditekankan menerusi Falsafah Pendidikan Islam. Disamping itu, dalam kajian berkenaan Falsafah Pendidikan Islam daripada Saifulazry Mokhtar et al. (2019) menyatakan bahawa “Pendidikan Islam adalah suatu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah. Pendidikan Islam bertujuan melahirkan insan kamil yang mempunyai sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang bertanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat”. Berdasarkan pernyataan tersebut, Falsafah Pendidikan Islam semestinya menekankan penghayatan Al-Quran dan As-Sunah dalam semua aspek. Dalam konteks pembentukan akhlak murid ini, Falsafah Pendidikan Islam menekankan pembentukan akhlak menerusi Falsafah Pendidikan Islam.
14 2.4 KERANGKA KONSEPTUAL Satu kerangka kajian dirangka bagi mengkaji tahap pengetahuan dan kemahiran guru sekolah terhadap pengaplikasian konsep Falsafah Pendidikan Islam dalam Membentuk Individu Murid yang Berakhlak. Pengkaji telah mengubahsuai kerangka konsep mengikut kesesuaian kajian ini dengan menggabungkan pembolehubah kajian. Rajah 2.1 Kerangka Konseptual Menurut Iskandar (2008) kerangka konsep yang baik mestilah mempunyai pembolehubah kajian yang jelas, Yang kedua, hubungan antara pembolehubah yang dikaji dan ada teori yang menyokongnya. Akhir sekali, kerangka konseptual tersebut perlu dinyatakan dalam bentuk diagram sehingga masalah yang wujud dapat dicari jawapan dengan mudah. Oleh itu, kerangka konsep dalam kajian ini Tahap Pengetahuan Tahap Kesediaan Falsafah Pendidikan Islam dalam Membentuk Individu Murid yang berakhlak Pengaplikasian
15 dibina bagi menjelaskan dengan jelas tentang bagaimana kajian ini dijalankan. Kerangka konsep kajian ini adalah hasil olahan pengkaji bagi membolehkan objektif kajian dicapai dan mampu menjawab soalan kajian. 2.5 Rumusan Bab ini penting dalam membincangkan konteks kajian, teori yang berkaitan kajian serta dapatan kajian lepas yang juga berkaitan. Tambahan pula, keseluruhan kandungan kajian turut dipersembahkan dalam kerangka konseptual kajian ini. Ini bertujuan memperjelaskan gambaran perjalanan kajian yang hendak dilaksanakan.
16 BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 3.1 PENGENALAN Di dalam bab ini, pengkaji membincangkan langkah kajian yang dibuat. Antara elemen yang dilihat adalah seperti reka bentuk kajian, persampelan, instrumen kajian, kajian rintis, prosedur pengumpulan data dan juga prosedur penganalisisan data. Metodologi kajian ini akan menjadi bahagian sokongan kepada hipotesis kajian yang bakal dikaji. Oleh itu, bab ini berfungsi sebagai penerangan tentang perjalanan kajian yang akan dijalankan. 3.2 REKA BENTUK KAJIAN Dalam menganalisis keperluan ke arah pengaplikasian sesebuah konsep terhadap pembentukan akhlak murid, kajian kuantitatif menggunakan soal selidik menjadi pilihan untuk mengumpul data. Soal selidik sangat sesuai digunakan jika penyelidik ingin mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan sikap dan persepsi selain daripada mengetahui latar belakang responden (Siti Fatimah & Siti Hasmiza, 2018). Malah, Jones (1996), menyatakan bahawa proses pemerolehan data melalui soal selidik adalah kaedah terbaik dan cepat dalam menyempurnakan kajian tinjauan. Hal ini kerana kerjasama antara responden dan penyelidik lebih mudah dibentuk tanpa perlu mengeluarkan kos tinggi serta menjimatkan masa. Dalam konteks kajian ini, Borang soal selidik diedarkan secara dalam talian dengan menggunakan kemudahan aplikasi kaji selidik google form. Soal selidik ini telah diubahsuai mengikut kesesuaian objektif kajian.
17 3.3 PERSAMPELAN Menurut Mc Milan dan Shumacer (1984), sampel ialah koleksi subjek yang terdiri daripada orang yang dipilih daripada orang ramai. Adalah penting untuk mengenal pasti populasi. Ciri-ciri populasi yang diteliti akan ditentukan oleh pengenalan populasi yang tepat dan menyeluruh, menurut Mohd Majid (2000). Dalam konteks persampelan kajian ini, ia melibatkan guru guru Pendidikan Islam di satu kawasan. Populasi yang dikenal pasti adalah seramai 360 orang. Berdasarkan rumus Krejcie dan Morgan (1970), saiz sampel yang diperlukan dalam kajian ini adalah seramai 50 orang. Sasaran untuk kajian ini adalah guru-guru dengan fokus pengkhususan Pendidikan Islam. Ini berikutan mereka mempunyai pengalaman terdahulu dalam pendidikan Islam dan pernah mendapat pendidikan Islam secara formal yang diajar sama ada di sekolah mahupun di sesi pembelajaran. Di samping itu, pengajar ini sering menggunakan sumber inovatif dan ilmu yang berkaitan dengan pengajian Islam. 3.4 INSTRUMEN KAJIAN Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk soal selidik. Soal selidik ini mengandungi 30 item dan terbahagi kepada Empat bahagian seperti berikut: Bahagian A (Demografi Responden): Latar belakang responden merangkumi jantina, lokasi sekolah yang mengajar dan pengalaman mengajar. Bahagian B: Tahap pengetahuan ilmu falsafah pendidikan islam. Bahagian ini terdiri daripada 12 item dan bahagian ini memfokuskan pertanyaan berkaitan pengalaman, kekerapan serta pendapat guru Pendidikan Islam terhadap Falsafah Pendidikan Islam.
18 Bahagian C: Kesediaan penerapan falsafah pendidikan islam dalam membentuk individu murid yang berakhlak. Bilangan item yang disediakan adalah sebanyak 8 item. Bahagian D: Pengaplikasian ilmu falsafah pendidikan islam dalam membentuk kemenjadian murid yang berakhlak. Pada bahagian ini, terdapat 7 item yang disediakan yang memberi fokus kepada pengaplikasian ilmu falsafah pendidikan islam. Bahagian B, C dan D dibina berdasarkan Lima Skala Likert iaitu; 5- Sangat Setuju (SS), 4- Setuju (S), 3- Tidak Pasti (TS), 2- Tidak Setuju (TS) dan 1- Sangat Tidak Setuju (STS). 3.4.1 Kesahan Arasinah et al., (2012) menyatakan bahawa kesahan merujuk kepada mengukur apa yang sepatutnya diukur atau instrumen yang digunakan mesti mampu mengukur dengan tepat apa yang kita ingin diukur. Menurut Zawawi Ismail et al. (2011),kesahan membawa maksud kebenaran, kebolehgunaan dan ketepatan instrumen yang dibina. Matlamat kesahan soal selidik adalah untuk mengukur apa yang perlu diukur dengan cara yang boleh digunakan. Keputusan daripada soal selidik yang tidak mencapai matlamat kajian akan tersilap dan terpesong. Untuk menjamin kebolehpercayaan soal selidik, penyelidik harus mengesahkan kandungannya dengan pengajar yang berpengetahuan untuk memastikan sama ada ia tidak jelas atau jelas. 3.4.2 Kebolehpercayaan Menurut Kamarul Azmi (2012), kebolehpercayaan adalah tanggapan yang menerangkan sejauh mana ukuran, alat pengukur, penyelidikan, soal selidik atau instrumen lain bertahan dari semasa ke semasa berbanding dengan teori. Azizi Ahmad, (2010) pula menyatakan kebolehpercayaan merujuk kepada ketekalan
19 atau kestabilan keputusan pentaksiran. Jika item soal selidik yang diuji menunjukkan nilai melebihi 0.6, maka item soal selidik itu berada pada tahap yang baik dan sesuai untuk kajian sebenar (Mohammad Aziz & Shah Mohamed Arip, 2014). Justeru, pengkaji menggunakan kaedah ketekalan dalaman bagi menentukan pekali kebolepercayaan iaitu mencari pekali alfa atau dikenali sebagai Cronbach Alpha bagi setiap konstruk dan keseluruhan instrumen penilaian tersebut melalui program Statistical Package for Social Science (SPSS). 3.5 KAJIAN RINTIS Kajian rintis (pilot test) adalah kajian berskala kecil yang dilaksanakan sebelum kajian sebenar dijalankan. Nama lain bagi kajian ini dikenali sebagai kajian kebolehlaksanaan kajian kemunasabahan. Menurut Idris Awang (2001) tujuan uji rintis adalah untuk memastikan bahawa kaedah yang dijalankan mempunyai nilai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi serta data dapat dikumpul seperti yang diperlukan. Selepas uji rintis ini dilaksanakan, pengkaji boleh mengenalpasti kelemahan dan kekuatan instrumennya. Dalam konteks kajian ini, kajian rintis dijalankan keatas guru Pendidikan Islam sekitar Daerah Tawau. Seramai 30 responden mengambil bahagian dalam kajian yang dilaksanakan. Setelah kajian rintis dijalankan, data diproses menggunakan perisian SPSS versi 27. Melalui analisis data ini, penyelidik memperoleh gambaran awal tentang konstruk-konstruk yang dibina. Hasil analisis kebolehpercayaan kajian rintis bagi setiap konstruk boleh dilihat pada jadual 3.1
20 Jadual 3.1 Hasil analisis kebolehpercayaan kajian rintis. Konstruk Bilangan Item (N) Nilai Alpha Pengetahuan, Kesediaan dan Pengaplikasian 27 0.865 3.6 PROSEDUR PENGUMPULAN DATA Soal selidik telah digunakan untuk mengumpul data bagi penyiasatan ini. Pengkaji dalam bidang pendidikan sering menggunakan soal selidik sebagai satu jenis instrumen untuk mengumpul maklumat tentang situasi dan amalan sebenar. Sebenarnya, ia juga digunakan untuk penyelidikan sikap dan pandangan tentang banyak subjek. (Deobold B. Van Dalen, 1962). Dalam kajian ini, soal selidik dijalankan secara atas talian menggunakan platform “google form”. Hal ini kerana, pengumpulan data melalui platform ini dilihat menjimatkan kos dan masa malah responden tidak berasa terbeban apabila diminta menjawab soal selidik berkaitan kajian. 3.7 PROSEDUR PENGANALISISAN DATA Data yang terkumpul akan dianalisis secara kaedah analisis data deskriptif. Semua data yang terkumpul akan dianalisis menggunakan perisian program Statistical Package for The Social Sciences (SPSS) versi 27. Selepas itu, data tersebut akan dihurai dan dibincangkan dalam bentuk statistik deskriptif yang menggunakan indeks mod, min, frekuensi dan peratusan. Jadual 3.3 menunjukkan skor min yang dikemukakan oleh Jamil Ahmad (1993).
21 3.8 RUMUSAN Rumusannya, dalam bab ini menjelaskan bahawa kajian tinjauan sangat memerlukan perancangan yang teliti sebelum, semasa dan selepas kajian dilaksanakan. Penentuan reka bentuk serta`cara pemilihan sampel dan penentuan pemprosesan data hendaklah selaridengan objektif kajian. Metodologi kajian yang digunakan juga konsisten dan diyakini tidak lari dari landasan batasan kajian. Oleh itu, pengkaji yakin bahawa kajian tentang pengaplikasian konsep Falsafah Pendidikan Islam dalam membentuk Individu Murid yang Berakhlak dapat dilaksanakan dengan baik dan mencapai objektif kajian.
22 RUJUKAN Ab. Halim Tamuri & Mohamad Khairul Azman AJuhary. (2010). Amalan pengajaran Guru Pendidikan Islam berkesan berteraskan konsep Mu’allim. Journal of Islamic and Arabic Education. 2(1). Ahmad Sahlan Abdul Hatima, Mohd Nizam Sahada, Rosmawati Mohamad Rasit. (2019). Persepsi Pelajar Terhadap Pembentukan Akhlak Melalui Penerapan Nilai Murni Dalam Aktiviti Dakwah Kesenian Di SMKA Negeri Kedah. International Journal of Islamic and Civilizational Studies. Bangi, Selangor. Arasinah Kamis, Abrahim Bakar, Ramlah Hamzah & Soaib Asimiran. (2012). Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen Kompetensi Rekaan Fesyen Pakaian (RFP). Jurnal Pendidikan Malaysia. Universiti Putra Malaysia. Azizi Ahmad. (2010). Pentaksiran pembelajaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Bahaman, A. S., & Turiman, S. (1999). Statistic for social research with computer application. Serdang: Universiti Putra Malaysia Press. Deobold B. Van Dalen. (1962). Understanding Educational Research: An Introduction. New York: Mc Graw-Hill Book Company,Inc., h. 254. Fairuz Nordin. (2018). Perkukuh iman, jiwa anak jadi berani. Berita Harian. Idris Awang. (2001). Kaedah Penyelidikan. Suatu Sorotan. Shah Alam: Intel Multimedia and Publication. Ghazali Basri (2017) Pendidikan Islam: Huraian Konsep dan Aplikasi. Institut Darul Ehsan Selangor Golombek. (2012). A Study of Language teachers’ Personal practical knowledge. International Convention & English Language Expo.
23 Hoy, W., K., & Miskel, G., C. (2012). Educational Administration, Theory, Research and Practice (7th ed.). (Translation Editor: Selahattin Turan). Ankara: Nobel Publications. Information Age Publishing. Iskandar. (2008). Metadologi Penelitian Pendidikan dan Sosial (Kuantitatif dan Kualitatif). Jakarta Jakarta: Gaung Persada Press. Juliana Baharuddin, Ainonmadiah Mohd Nawawi, Awanis Mohd, Norhana Md. Saad. (2017). Hubungan Antara Gaya Pengajaran Guru Dengan Tahap Ponteng Sekolah Menengah Di Daerah Bachok. Kelantan. Kamarul Azmi Jasmi, (2012). Kesahan dan Kebolehpercayaan dalam Kajian Kualitatif. Universiti Teknologi Malaysia. Krejcie, R.V. dan Morgan, D.W. (1970). Determining sample size for research activities.. Educational and Psychological Measurement.30, 608. Mohd Khairi Shafie, Mohamad Khairi Haji Othman. (2016). Kefahaman Dan Pengamalan Akhlak Dalam Kalangan Pelajar Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah. Universitin Utara Malaysia. Mohammad Aziz & Shah Mohamed Arip. (2014). Faktor, kesan dan strategi menangani permasalahan kurang tumpuan pelajar sekolah menengah di dalam kelas : Satu Kajian Kualitatif. International Counseling Conference and Work. Medan. Mohd Asran Amisah. 2011.Sistem Peperiksaan Mesti Fokus Kemenjadian Murid. Berita Harian. Mohd. Ayop Abd. Razid. (2023). Terap Adab, Akhlak dari Sekolah Lagi. Utusan Malaysia Mohd Majid Konting. (2000). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
24 Mohd Roslan, Nor, Mohd Othman, Wan Mohd Tarmizi Wan (2011) Sejarah dan perkembangan pendidikan Islam di Malaysia. At-Ta'dib. Jurnal Kependidikan Islam, 6 (1) Naquiah Nahar & Jimaain Safar. (2018). Penguasaan Pengetahuan Kandungan (Content Knowledge): Pemangkin Keterampilan Pedagogi Jawi Berkesan Abad Ke-21. Universiti Teknologi Malaysia. Razila Kasmin, Mohd Faiz Baharan, Noraizan Mohsin, Norliza Kila dan Mashita Abu Hassan. (2019). Amalan kualiti guru dalam kalangan Guru Pendidikan Islam di Sekolah Kebangsaan. Universiti Teknologi Malaysia. Rohizan Ya, Ab. Halim Tamuri, Mohd Musnizam Jaafar, Khairul Najah Abd Rahim,Mohd Hishamuddin Abd Hamid. (2012). Peranan Guru Pendidikan Islam Menerusi Falsafah Pendidikan Islam DalamMembentuk Kemenjadian Individu Murid Yang Berakhlak. Universiti Kebangsaan Malaysia. Roslee Talip, Gurumoorthy Poobalan, Zulhairul Ramlee, Sukuneswari Kaliappan, Mohd Tarmimi Mat Hussin. (2021). Program Kemenjadian Pelajar Asrama Sekolah Harian. Universiti Malaysia Sabah. Saifulazry Mokhtar, Kasoma Thia, Habibah Artini Ramlie, Abang Mohd. Razif Abang Muis. (2019). Falsafah Pendidikan Islam Merentas Kurikulum Alaf Ke-21. Prosiding Persidangan Antarabangsa Pengajian Kemanusiaan Kali ke-2. Samruhaizad Samian @ Samion & Azahan Awang. (2017). Pendidikan Sebagai Komponen Kualiti Hidup Masyarakat Pinggir Bandar. Asian Journal of Environment, History and Heritage. Siti Fatimah Md Azali & Siti Hasmiza Hassan. (2018). Kajian Penerimaan Pelajar Terhadap Kaedah Massive Open Online Course (MOOC) Sebagai Medium Pembelajaran Di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Jitra, Kedah. Journal Of Technical And Vocational Education, 73-86. Skinner, B. F. (1965). Science & human behavior. Free Press.
25 Jones K.H, Womble, M. and Searcy, C.A. (1996). T & I Education Students. Perceptions of Courses. Journal of Industrial Teacher Education, 82 – 101. Zarina Abdul Rashid. (2016). Tahap kesediaan guru dalam aspek pengetahuan dan keperluan Latihan berfokuskan aplikasi KBAT. Universiti Tun Hussein Onn. Zawawi Ismail, Ab Halim Tamuri, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, Mohd Ala-Uddin Othman. (2011). Teknik Pengajaran Kemahiran Bertutur Bahasa Arab Di SMKA Di Malaysia. GEMA Online® Journal of Language Studies. Vol. 11(2), 67-82.
26 LAMPIRAN LAMPIRAN A: Surat Kebenaran
27
28
29
30
31
32
33
34 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TAWAU INSTRUMEN SOAL SELIDIK PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN TERHADAP PENGAPLIKASIAN KONSEP FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM DALAM MEMBENTUK INDIVIDU MURID YANG BERAKHLAK Instrumen soal selidik ini bertujuan untuk pengetahuan dan kemahiran terhadap pengaplikasian konsep falsafah pendidikan islam dalam membentuk individu murid yang berakhlak. Kerjasama menjawab soal selidik secara jujur dan ikhlas amat diharapkan supaya pengkaji dapat maklumat yang tepat. Maklumat berguna untuk penambahbaikan dimasa hadapan. Semua maklumat yang anda berikan adalah sulit. OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian bagi mengenalpasti; 1. Tahap pengetahuan guru-guru Pendidikan Islam terhadap konsep Falsafah Pendidikan Islam dalam membentuk individu murid yang berakhlak. 2. Tahap kemahiran guru-guru Pendidikan Islam terhadap penerapan konsep Falsafah Pendidikan Islam dalam membentuk individu murid yang berakhlak. PERSOALAN KAJIAN 1. Apakah tahap pengetahuan guru-guru Pendidikan Islam terhadap konsep Falsafah Pendidikan Islam dalam membentuk individu murid yang berakhlak? 2. Sejauh manakah kemahiran guru-guru Pendidikan Islam terhadap penerapan konsep Falsafah Pendidikan Islam dalam membentuk individu murid yang berakhlak? A: DEMOGRAFI RESPONDEN Sila tandakan ( / ) di petak yang berkenaan. A1. Jantina :
35 a. Lelaki b. Perempuan A2. Lokasi Sekolah a. Bandar b. Luar Bandar A3. Pengalaman Mengajar : a. Kurang dari 5 Tahun b. Lebih dari 5 Tahun Skala untuk menilai tahap pengetahuan dan kemahiran terhadap pengaplikasian konsep falsafah pendidikan islam dalam membentuk individu murid yang berakhlak. 1 Sangat Lemah (SL) 2 Lemah (L) 3 Sederhana (S) 4 Baik (B) 5 Sangat Baik (SB) No. BAHAGIAN B: PENGETAHUAN ILMU FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM SKALA SL L S B SB 1 Saya mengetahui tentang Ilmu Falsafah Pendidikan Islam 1 2 3 4 5
36 2 Saya mengetahui bahawa Ilmu Falsafah Pendidikan Islam dapat membentuk individu murid yang berakhlak 1 2 3 4 5 3 Saya mengetahui Prinsip-prinsip dalam Falsafah Pendidikan Islam 1 2 3 4 5 4 Saya berpendapat bahawa pembentukan akhlak murid menerusi Falsafah Pendidikan Islam adalah lebih berkesan 1 2 3 4 5 5 Saya berpendapat keperibadian diri murid akan lebih terjamin menerusi Falsafah Pendidikan Islam 1 2 3 4 5 6 Saya berpendapat bahawa murid yang berilmu, beriman, berketrampilan, beramal soleh dan berakhlak mulia dapat dilahirkan dengan penggunaan ilmu Falsafah Pendidikan Islam 1 2 3 4 5 7 Saya berpendapat bahawa pembentukan akhlak murid menerusi Falsafah Pendidikan Islam sepatutnya dinormalisasikan 1 2 3 4 5 8 Saya berpendapat bahawa kemenjadian individu murid perlu dibentuk menggunakan ilmu Falsafah Pendidikan Islam 1 2 3 4 5 9 Saya mendapat pencerahan yang cukup tentang ilmu Falsafah Pendidikan Islam 1 2 3 4 5 10 Saya mengetahui cara penerapan ilmu Falsafah Pendidikan Islam dalam pembentukan individu murid berakhlak 1 2 3 4 5 11 Saya berpendapat bahawa guru memainkan peranan penting dalam membentuk kemenjadian murid yang berakhlak 1 2 3 4 5 12 Saya berpendapat bahawa pembentukan individu murid yang berakhlak boleh diterapkan semasa sesi pembelajaran dijalankan 1 2 3 4 5 No. BAHAGIAN C: KESEDIAAN PENERAPAN KONSEP FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM DALAM MEMBENTUK INDIVIDU MURID YANG BERAKHLAK SKALA SL L S B SB 13 Saya setuju bahawa pembentukan individu murid berpandukan Falsafah Pendidikan Islam adalah lebih efektif 1 2 3 4 5 14 Saya pernah merujuk kepada Al-Quran dan As-Sunnah dalam membentuk individu murid 1 2 3 4 5 15 Saya pernah menerapkan Falsafah Pendidikan Islam secara terus dalam sistem pendidikan 1 2 3 4 5 16 Saya pernah meneliti kesepaduan di antara Falsafah Pendidikan Islam dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan 1 2 3 4 5 17 Saya pernah menjadikan Al-Quran sebagai sumber pembentukan utama sahsiah murni pelajar 1 2 3 4 5
37 18 Saya bersedia untuk mendalami Al-Quran dan As-Sunnah dalam membentuk individu murid 1 2 3 4 5 19 Saya meyakini tentang Falsafah Pendidikan Islam dapat membentuk kemenjadian murid yang berakhlak 1 2 3 4 5 20 Saya bersedia untuk menormalisasikan penerapan prinsip Falsafah Pendidikan Islam dalam membentuk individu murid yang berakhlak 1 2 3 4 5 No. BAHAGIAN D: PENGAPLIKASIAN ILMU FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM DALAM MEMBENTUK KEMENJADIAN MURID YANG BERAKHLAK SKALA 2 3 4 5 SL L S B SB 21 Saya menggunakan prinsip-prinsip Falsafah Pendidikan Islam dalam membentuk kemenjadian murid 1 2 3 4 5 22 Saya mengaplikasikan intipati Al-Quran dan As-Sunnah dalam membentuk Akhlak murid 1 2 3 4 5 23 Saya mengaplikasikan penerapan ilmu Al-Quran ketika sesi Pengajaran dan Pembelajaran 1 2 3 4 5 24 Saya membina akhlak mulia murid berteraskan Falsafah Pendidikan Islam 1 2 3 4 5 25 Saya menerapkan sikap tanggungjawab sebagai Khalifah Allah kepada murid 1 2 3 4 5 26 Saya menekankan pendekatan pembelajaran yang berteraskan Islam 1 2 3 4 5 27 Saya mengaplikasikan kaedah Talaqqi Musyafahah di dalam Pengajaran dan Pembelajaran 1 2 3 4 5
38 INTERPRESTASI SKOR MIN Nilai Interprestasi 1.00 – 2.00 TinggiRendah 2.00 – 3.00 Sederhana 3.00 – 4.00 Tinggi 4.00 – 5.00 Sangat Tinggi Sumber: Analisis skor min oleh Jamil Ahmad (1993) INTERPRESTASI PEKALI KORELASI Pearson r Nilai Interprestasi 0.50 – 1.00 Tinggi 0.30 – 0.49 Sederhana 0.10 – 0.29 Rendah Sumber: Analisis pekali korelasi oleh Cohen (1998) INTERPRESTASI KEBOLEHPERCAYAAN (RELIABILITY) Nilai Interprestasi 0.80 – 1.00 Sangat Tinggi 0.60 – 0.79 Tinggi 0.40 – 0.59 Sederhana 0.20 – 0.39 Rendah 0.00 – 0.19 Tidak ada hubungan Sumber: Analisis pekali Cronbach Alpha
39
40 LAMPIRAN D: Jadual Krejcie & Morgan