The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

E-MAJALAH FESYEN DALAM SENI (GROUP 8)

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by loiusa_garuda_ba20, 2022-02-09 10:44:41

E-MAJALAH FESYEN DALAM SENI (GROUP 8)

E-MAJALAH FESYEN DALAM SENI (GROUP 8)

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS)

FESY EN

DALAM SENI 10 FEBRUARI 2022

6 IDEA INSPIRASI
REMAJA

TAMPIL BERGAYA
&

KEKALKAN
KEYAKINAN

KUMPULAN 8 CA20302 TEKNIK PENULISAN MEDIA

ALSHAFIRAH BINTI ABD. SARI DISEDIAKAN UNTUK:
SITI HAZZAR BINTI DAUD
LOIUSA GARUDA ANAK JOANIS HAJIJAH BINTI LAMIRI
HAZIRAH BINTI HAMZAH
ARVIN LAMBAH
SHAQIRA BINTI RITUS

ISI KANDUNGAN

PENGENALAN
APAKAH ITU TUDUNG atau HIJAB?
PILIHAN WARNA PASTEL MENJADI PILIHAN HATI.
PAKAIAN TRADISIONAL DITENGAHKAN MENJADI KASUAL.
"Streetwear" versi muslimah terkini ?
PAKAIAN LELAKI YANG BERGAYA DAN MENARIk.
FESYEN BAJU KURUNG
RUANG SANTAI
PENUTUP

PENGENALAN

APA ITU FESYEN ??

Jika disebut mengenai fesyen, pasti
ramai yang sinonim dengan istilah
tersebut. Fesyen merujuk kepada gaya
berpakaian dan personaliti seseorang
yang dijadikan trend dalam kalangan
masyarakat serta berubah mengikut
perkembangan arus semasa.

Fesyen juga sudah tentu salah satu
seni yang memperlihatkan idea dan
cita rasa seseorang individu. Bukan
sahaja reka bentuk yang menarik ,
tapi fesyen juga menjadikan
seseorang kreatif dan tampil dengan
lebih berkeyakinan.

Apa itu tudung atau
hijab?

Tudung atau hijab adalah kain yang dipakai khusus oleh
kaum hawa. Tudung digunakan untuk menutup rambut, leher
dan hendaklah melebihi paras dada.

Pada umumnya, tudung merupakan salah satu tuntutan
dalam menutup aurat bagi wanita yang beragama Islam.
Walau bagaimanapun, tudung atau hijab juga sebenarnya
digunakan oleh wanita beragama Yahudi dan kristian
Ortodok terutama sekali apabila mereka berada di Kuil atau
Gereja.

Apa itu tudung @hijab?
Antara tudung Shawl dan Bawal,
yang manakah menjadi pilihan hati

wanita?

Wanita merupakan makhluk yang
sangat kreatif . Setiap masa ada sahaja
fesyen tudung yang direka atau digayakan.


Bayangkan sehelai kain sahaja boleh

dijadikan pelbagai-bagai bentuk yang
menarik dan mengikut fesyen terkini.

justeru itu, wanita sangat gemar
menjadikan tudung sebagai salah satu jualan
yang agak menguntungkan. Di antara
tudung Shawl dan tudung Bawal, yang
manakah menjadi pilihan ramai wanita ?

Bagi Alshafirah Abd. Sari atau mesra dipanggil
Firah, 23, dia berpendapat bahawa dia gemar
untuk menggayakan kedua-dua jenis tudung.

Tudung Shawl ataupun Bawal mempunyai
kelebihan tersendiri.





Menurut Firah, kebiasaannya dia suka memakai
tudung shawl ketika menghadiri majlis-majlis
tertentu. Manakala, dia lebih selesa memakai
tudung bawal ketika melakukan aktiviti yang
lasak.

Namun, setiap orang mempunyai
kegemaran masing-masing. Ada
yang lebih gemar menggayakan

tudung bawal kerana mudah
dibentuk dan simple. Ada pula
memilih tudung shawl kerana
kelihatan lebih bergaya dan

menarik.

Pemilihan warna
pastel menjadi
pilihan hati.

Gadis tampil dengan warna pastel
menjadi lebih yakin untuk mengayakan
fesyen busana yang terkini. Itulah yang
dikatakan oleh gadis yang gemar
dengan warna-warni dunia fesyen.

Siti Hazzar binti Daud, kini lebih tampil berani
menggayakan pemakaiannya dengan pilihan
warna yang plain dan pastel dalam pemakaian
harian. Ujarnya, dia lebih selesa dengan corak-
corak seni yang menerapkan eleman klasik.

Bercakap tentang warna ianya bergantung
kepada trend semasa. Sebagai contohnya, kini
variasi warna pastel kini menjadi pilihan hati bagi
peminat fesyen. Pemilihan warna yang lembut
dan menerapkan eleman-eleman seni dalam
corak pemakaian adalah lebih kelihatan sinomin
untuk digunakan masyarakat di Malaysia.

Fesyen Dalam Seni?

Seni adalah suatu karya yang indah jika kita
bijak untuk memilih warna-warna yang dapat
implementasikan menjadi sebuah fesyen
yang menarik dalam diri.
Wanita yang berkarisma akan sentiasa
menjaga menampilan diri agar sentiada
memiliki keyakinan diri dapat memberi
inspirasi kepada wanita lain.

Warna ialah unsur visual yang memainkan
peranan penting dalam penghasilan karya
dan kehidupan seharian. Warna dapat
membezakan antara sesuatu benda. Ia juga
boleh didapati dimana sahaja. Contohnya
menurut Hazzar, keindahan alam sekitar
yang mempunyai persekitaran yang warna
warni serta menarik. Oleh sebab itu, Warna
juga berkait langsung dengan perasaan atau
mood seseorang. Ia dapat mempengaruhi
suasana dan dapat menunjukkan ruang dan
digunakan sebagai simbol.

Penggunaan warna sangat penting dalam
perekaan dan penghasilan karya. Warna
juga merupakan alat komunikasi yang
sangat berkesan. Selain itu warna juga
mempunyai beberapa criteria penting iaitu
jenis-jenis warna , nilai warna dan skema
warna.

Pakaian tradisional ditengahkan
menjadi kasual.

Rekaan pakaian tradisional yang telah
diinspirasikan bagi pakaian etnik Iban di Sarawak
telah dijadikan sebagai salah satu pakaian kasual
bagi menampakkan kelainan. Diperkatakan lagi
bahawa daripada kain tenun asal dijadikan
sebagai kasual yang menjadi trend terkini bagi
pemakaian kasual kaum lelaki mahupun wanita.

Rekaan fesyen moden ini telah
menarik pelbagai lapisan masyarakat
kerana sentuhan yang masih
mengekalkan identiti pakaian asal adat
etnik Iban di Sarawak.

Bagi penari yang memakai pakaian ini, Loiusa Garuda Anak Joanis, 23,
berasal daripada Miri, Sarawak, mengatakan bahawa "Konsep
persembahan bukan hanya mempersembahkan sesebuah tarian bagi
etnik kaum masing-masing, namun mempersembahkan dari segi
pemakaian yang telah dikreatifkan kepada moden dengan
menggunakan corak seni serta warna bersesuaian daripada etnik di
Sarawak". Bukan itu sahaja, ujar gadis jelita anak Sarawak ini, bukan
hanya pada fesyen moden ini namun dari segi tatarias juga telah
dimodenkan agar bersesuaian dengan keseluruhan set pemakaian
tersebut.

Tarian yang dipersembahkan pada ketika itu juga telah
dikreatifkan kepada jenis tarian tradisional moden. Sentuhan
pemilihan corak, kain yang ditenun dan penghasilan pembuatan
seperti tango, sugu tinggi, gelang tangan besertakan yang lainnya
memerlukan masa yang lama untuk dihasilkan.

Ujarnya lagi, berharap agar pereka
fesyen tempatan serta generasi akan
datang sentiasa mengekalkan pemakaian
tradisi dan memajukan kaum sendiri agar
setanding dengan etnik kaum lain yang
dikenali di mata masyarakat serta

dipersada dunia.

"Streetwear" versi muslimah
terkini ???

"Streetwear" menjadi pilihan pemakaian muslimah terkini??
Terutamanya pencinta seni, dimana mereka menggabungkan
pelbagai gaya, dan yang sangat penting adalah keselesaan mereka.

Menurut salah satu penggemar fesyen "streetwear" atau gaya
jalanan iaitu Hazirah Hamzah mengekspresikan cinta nya
terhadap fesyen jalanan asalnya hanya ingin, keselesaan kerana
menurut Hazirah, pakaian fesyen jalanan lebih longgar dan tidak
sendat. Namun dia tidak menyangka bahawa gaya yang
dikenakannya mendapat pujian dan menjadi ikutan remaja
muslimah yang lain.

Zirah juga bahkan begitu kreatif mampu menggayakan fesyen
jalan sama ada secara kasual, atau bersantai, jika berkasual dia
mengenakan "white kemeja T" bersama baggy jeans, begitu juga
dengan gaya santai, dia menggayakan hanya T-Shirt yang baggy.

Hazirah juga berkata bahawa, dia memgadaptasikan fesyen
daripada luar negara seperti fesyen dari hijabis German, Korea
dan menggayakan dengan yakin di Malaysia.

Selain itu, menurut zirah juga, pakaian gaya
streetwear yang dibekalkan juga cukup murah dan
berpatutan berbanding pakaian yang berada di butik.
Pemakaian streetwear juga mematuhi hukum hakam
seorang muslimah, dengan seluar juga baju yang
longgar dan tidak sendat sudah pasti memberi
keselesaan.

Bagi Zirah untuk berpakaian menarik tidak
semestinya harus sendat, tidak semestinya harus mahal,
jika kretif dan jika ada keyakinan diri kecantikkan dalam
pakaian itu tetap terserlah, dan tetap dilihat kemas juga
cantik, tiada siapa yang boleh menilai diri kita, kerana
kita hidup bukan untuk mereka

PAKAIAN LELAKI YANG

BERGAYA DAN MENARIK

Baju sama ada kasual atau rasmi
memberi anda pandang menarik dan siapa
yang tidak mahu kelihatan bergaya, rapi dan
menarik?. Dalam artikel ini seorang lelaki
yang bernama Arvin Lambah bercakap
tentang bagaimana untuk berpakaian
bergaya dan sesuai kemampuan lelaki
muda. Beliau berkata, untuk mengurangkan
pilihan anda untuk memilih baju pakaian
kasual yang menarik dan blezer sangat
sesuai. pemakaiannya digunakan dalam
acara rasmi mahupun dalam perkhawinanb
kerana kini digunakan secara meluas
sebagai penampilan dikelaskan oleh lelaki
dan kini menjadi pilihan popular katanya.

Sebenarnya gaya kasual merangkumi
banyak gaya yang sangat berbeza. Anda
boleh mencampurkan beberapa gaya
dengan rupa yang sama. Sekiranya anda
ingin membuat penampilan kasual dengan
gaya yang menarik pertimbangkan warna
neutral dan cetakan yang kurang jelas.

Seterusnya, Arvin berkata lagi untuk
kelihatan lebih menarik, seorang lelaki
harus memakai berbaju puith dan
dipasangkan dengan seluar hitam kerana
sangat sesuai dengan penampilan yang
memukau hati. Ditambahkan lagi dengan
dengan pemakaian kasut yang hitam yang
membuat kita lebih bersemangat dan
yakin untuk berjalan di depan orang
umum. Oleh itu, bukan sahaja pemilihan
fesyen baju tetapi pemilihan warna juga
mempengaruhi penampilan seorang lelaki
yang menarik dan bergaya.

FESYEN BAJU
KURUNG

Pemakaian baju kurung
memang sudah lama diamalkan
oleh masyarakat kita sejak
zaman dahulu lagi, hal ini kerana
apabila terdapat sesebuah majlis
mereka akan memakai baju
kurung untuk menghadiri majlis
tersebut. Apabila seseorang
memakai baju kurung juga
mereka dikatakan sangat ayu
oleh itu pada masa dahulu
pemakaian baju kurung amat
sinonim dengan wanita, namun
demikian pemakaian baju kurung
pada masa dahulu adalah kurang
berfesyen.

Hal ini dikatakan demikian
kerana pemakaian baju kurung pada
zaman dahulu hanya terarah kepada
baju kurung tradisional, baju kurung
tradisional ini merupakan baju yang
longgar, Sebagai contohnya baju
kurung pesak, baju kurung Serawak
serta baju kurung Pahang.

Bagi shaqira pula pemakaian
baju kurung dalam fesyen ini
amat menarik serta senang
untuk dokreatifkan dalam
pemakaian. Baju kurung ini
juga memberikan keterampilan
yang menarik.
Baju kurung juga sering
dijadikan sebagai fesyen
apabila menjelang hari raya
terdapat pelbagai macam
fesyen yang dapat dilihat. Baju
kurung moden merupakan baju
yang lain daripada baju kurung
tradisional kerana baju kurung
moden ini mempunyai lebih
banyak design yang menarik
baju kurung moden ini juga
dicipta berdasarkan daripada
baju kurung tradisional, ini
akan memperlihatkan bahawa
baju kurung ini merupakan
salah satu fesyen yang amat
menarik.

RUANG
SANTAI

Hai semua ! banyaknya fesyen mask sekarang
kan, lawa-lawa lagi . mana-mana kedai pun
ada jual sudah. jadi, jangan lupa pakai mask
kalau keluar rumah ya semua ! jangan pakai
mask hanya untuk berfesyen sahaja, pakailah
dengan betul. Ikuti SOP dan biasakan diri

dengan norma baru, okay !
#janganlalaidenganCOVID19

Terima
Kasih


Click to View FlipBook Version