SEKOLAH KEBANGSAAN KEPIS
JOHOL, NEGERI SEMBILAN
Dirasmikan oleh:
Tuan Megat Affandi bin Datuk Wira Hj. Ismail
Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Pilah
Tarikh : 6 Oktober 2021
Hari : Rabu
Masa : 2. 45 Petang
Capaian : Google Meet
Tempat : Kediaman masing-masing
1
Isi Kandungan
BIL PERKARA M/S
1. Notis Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-46 3
2. Atur Cara & agenda Majlis Perasmian Mesyuarat Agung
4
PIBG kali ke - 46 SK Kepis 2021
3. Jawatankuasa Kerja Majlis Perasmian Mesyuarat Agung
5
PIBG kali ke-46
4. Senarai Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2020/2021 6
5. Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-45 7
6. Laporan Aktiviti Tahunan sesi 2020/2021 12
7. Penyata Kewangan PIBG SK Kepis sesi 2020 20
8. Pelantikan Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2021/2023 24
9. Usul dan Cadangan 25
10. Sekitar Majlis Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-
26
45, 2020
11. Penghargaan dan Terima Kasih 28
2
KEMENTERIAN
PENDIDIKAN
MALAYSIA
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN KEPIS Tel : 06-4512561
73100 KEPIS, JOHOL Faks : 06-4512561
NEGERI SEMBILAN Email : [email protected]
Ruj. Kami : PIBG/SKK/2020-2021 ( )
Tarikh : 3 OKTOBER 2021
Kepada :
Ibubapa/Penjaga/Waris,
Murid SK Kepis.
Tuan/Puan,
NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-46 SK KEPIS SECARA DALAM TALIAN.
Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk.
2. Dimaklumkan bahawa, pihak sekolah dengan kerjasama PIBG akan mengadakan
Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-46 sebagaimana ketetapan berikut:
Tarikh : 6 Oktober 2021 ( Rabu )
Masa : 2.45 petang
Platform : Google Meet (Pautan akan dikongsi sebelum MAT)
Tempat : Kediaman masing-masing
Perasmi : Tuan Megat Affandi bin Datuk Wira Hj Ismail
( Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Pilah)
3. Jika ada cadangan / usul yang ingin dikemukakan, bolehlah dihantar kepada pihak
sekolah melalui pautan berikut :
https://forms.gle/HzFvjrYfCdhJ7WE98
4. Sukacita diingatkan bahawa usul dan cadangan yang diterima hanya akan
dibincangkan jika tuan/puan hadir dalam mesyuarat tersebut untuk membolehkan usul
dibahaskan.
5. Kehadiran tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.
“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,
………………………………………………
(GHAZALI BIN USOH)
Yang Dipertua PIBG
s.k : 1. Ex Officio (Penasihat) PIBG SK Kepis
( Pn. Zabedah binti Muhamad Hasan )
3
Aturcara & Agenda Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PIBG kali ke - 46
SK Kepis 2021
2.45 petang - Pendaftaran
3.00 petang - Ucapan pengerusi majlis
- Bacaan doa
- Ucapan Yang Di-Pertua PIBG
- Ucapan Guru Besar
- Ucapan VIP dan perasmian majlis
- Cabutan nombor bertuah
3.30 petang – Mesyuarat Agung Tahunan PIBG dimulakan
• Ucapan pengerusi
• Membentang dan menerima minit Mesyuarat Agung lalu
• Membentang dan menerima laporan tahunan
• Membentang, menerima dan meluluskan penyata kewangan berakhir 31 Disember 2020
• Pembubaran Jawatankuasa PIBG sesi 2020/2021
• Pemilihan Jawatankuasa PIBG bagi sesi 2021/2023
• Pemilihan Juruaudit Dalaman
• Membahaskan usul
• Cabutan bertuah
• Ucapan penangguhan
4
Jawatankuasa Kerja Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PIBG kali ke - 46 SK
Kepis 2021
Jawatankuasa Induk
Jawatankuasa Pelaksana
5
Senarai Ahli Jawatankuasa PIBG
SK KEPIS SESI 2020/2021
PENASIHAT : PN. ZABEDAH BINTI MUHAMAD HASAN
(GURU BESAR SK KEPIS)
YANG DIPERTUA : EN. GHAZALI BIN USOH
NAIB YANG DIPERTUA : EN. HALID BIN BENDOT
SETIAUSAHA : PN. SITI SHUHANA BINTI MAHAMUD
BENDAHARI : EN. MOHD FAHMI BIN MD DARUS
AJK(IBU BAPA) : 1. EN. BAKRI BIN BAHARIN
2. EN. SHAHRUL BIN JAMAL
3. PN. NORKALVI BINTI OTHMAN
4. PN. ZALLINA BINTI ISMAIL
5. PN SITI HAJAR BT DAHALAN
6. PN NURZAMIAH TUN BINTI ABD MAJID
AJK (GURU) : 1. EN. MUHAMMAD FIRDAUS BIN BASRI
2. EN. MUHAMAD HASIF BIN KAMARUDIN
3. EN. MOHD ANAS BIN MOHD ZAIN
4. PN. RAHIMAH BINTI RAMLI
5. PN. NINA BINTI MOHD IDRUS
6. EN. KHAIRUL ASYRAF BIN HASHIM
PEMERIKSA KIRA-KIRA : 1. EN. KHAIRIL HASSANUSI BIN KASIM
2. PN SUHANA BINTI PAKAIR
6
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-45
SK KEPIS
Tarikh : 20 Februari 2020 (Khamis)
Masa : 2.00 petang
Tempat : Dewan Sri Pelangi, SK Kepis
Kehadiran : 74/89 Orang
BIL AGENDA
1.0 PERUTUSAN PENASIHAT (PN. ZABEDAH BINTI MUHAMAD HASAN)
1.1 Beliau mengucapkan salam keagamaan dan terima kasih kepada semua ibu
bapa yang hadir ke Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-45 ini.
1.2 Beliau memaklumkan duit Bantuan Awal Persekolahan bagi ibu bapa yang lain
akan diberikan selepas selesai Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-45 nanti.
1.3 Mengenai kehadiran murid-murid ke sekolah, Guru Besar mengingatkan ibu
bapa agar memastikan anak masing-masing hadir ke sekolah terutamanya
pada awal tahun kerana banyak topik serta kemahiran-kemahiran dalam mata
pelajaran yang diajar. Ketidakhadiran akan mengakibatkan mereka keciciran.
1.4 Guru Besar turut memaklumkan tiada peperiksaan dijalankan pada masa
sekarang. Jadi semua mata pelajaran akan melaksanakan pentaksiran.
1.5 Guru Besar menasihatkan ibu bapa agar memastikan kerja rumah anak-anak
disiapkan terutama bagi murid Tahun 1 kerana mereka masih dalam proses
membentuk kemahiran menulis dan bercakap.
1.6 Laporan PBD bagi Murid Tahap 1 adalah sangat penting kerana ia akan
dihantar ke PPD dan berdasarkan laporan tersebut akan menentukan sekolah
terlibat dengan Dialog Prestasi atau tidak.
1.7 Bagi murid Tahap 2 pula, masih perlu kepada peperiksaan.
1.8 Bagi bidang UPKK pula, Guru Besar memaklumkan pada minggu lepas beliau
dan Pn. Mawarni bt Ramlan telah menghadiri mesyuarat di PPD.
1.9 Menurut beliau lagi, pencapaian UPKK bagi Cara Hidup Islam SK Kepis tidak
mencapai KPI yang ditetapkan (95% - A) kerana SK Kepis hanya mencatat
keputusan B iaitu 92%. Manakala bagi bidang Amali Solat, Penghayatan Cara
Hidup Islam dan Hafazan pula mendapat A.
1.10 Justeru, beliau amat berharap agar murid-murid SK Kepis memberi penekanan
kepada bacaan al-Quran supaya membaca dengan fasih dan lancar.
1.11 Guru Besar mengingatkan ibu bapa sekali lagi agar memastikan anak-anak
masing-masing hadir ke sekolah sesi pagi dan petang.
1.12 Guru Besar juga memperkenalkan 2 orang guru KAP yang baru iaitu Ustaz
Putera Nurizzar dan Ustazah Suwaibatul Aslamiyah’aliyah.
1.13 Dalam bidang Ko-kurikulum pula, Guru Besar memaklumkan Perkhemahan
Unit Beruniform pada tahun ini akan diadakan pada 3 hingga 5 April 2020 di
Kem Syed Sirajudin, Gemas.
1.14 Beliau turut memaklumkan pencapaian beberapa orang murid SK Kepis yang
layak untuk ke peringkat negeri dalam beberapa acara iaitu Nur Qamarina
Ayuni dan Khairah Amani dalam bola tampar, Hazamin dan Aliff Hafifi dalam
acara hoki serta Izzat dan Arifin dalam acara badminton.
7
1.15 Selain itu, beliau turut memaklumkan Mohd Aqil telah mendapat pingat gangsa
bagi acara lontar peluru ketika Kejohanan Olahraga MSSD yang lalu.
1.16 Guru Besar juga memaklumkan ahli pengakap perlu ada uniform yang lengkap
dan beliau turut mengingatkan agar ibu bapa memastikan kehadiran anak-
anak dalam aktiviti ko-kurikulum kerana markah kehadiran akan diisi dalam
PAJSK nanti.
1.17 Mesyuarat juga dimaklumkan mengenai beberapa perkara berkaitan kantin
sekolah. Antaranya, ibu bapa diingatkan agar tidak merokok di kawasan kantin
sekolah, tidak meletakkan motor di kaki lima kantin serta memastikan bekas
makanan ataupun sisa makanan dibuang ke dalam tong sampah.
1.18 Buku teks hendaklah dijaga dengan baik dan dibalut.
1.19 Pada waktu pagi pula, ibu bapa yang menghantar anak diingatkan supaya tidak
berada terlalu hampir dengan pintu pagar besi kerana faktor keselamatan dan
kelancaran lalu lintas kereta guru yang masuk.
1.20 Sebarang ketidakpuasan hati dari pihak ibu bapa, hendaklah dirujuk dan
berbincang terus dengan Guru Besar ataupun Guru Penolong Kanan yang
terlibat.
1.21 Ini bagi memastikan KPI kemenjadian murid SK Kepis tercapai.
1.22 Seterusnya, Guru Besar memaklumkan isu rungutan ibu bapa yang tidak
berpuas hati kerana pihak sekolah kerap memohon sumbangan kewangan.
Beliau memohon maaf berkenaan hal tersebut dan beliau menjelaskan duit
peruntukan Kokurikulum sekolah tidak cukup untuk menampung semua unit
yang terlibat contohnya untuk majlis Hari Kualiti dan Sukan Tahunan Sekolah.
1.23 Beliau memaklumkan pihak sekolah juga telah berusaha untuk mencari dana
bagi menampung perbelanjaan dengan menjual Yakult.
1.24 Guru Besar juga memaklumkan pengorbanan guru-guru terutamanya guru-
guru tahun 6 yang seikhlas hati mengadakan kelas tambahan bagi anak-anak
murid. Jadi, beliau barap agar ibu bapa dapat memastikan kehadiran anak-
anak masing-masing mengikut masa yang ditetapkan.
1.25 Akhir sekali, Guru Besar memohon agar semua ibu bapa memberi kerjasama
kepada pihak sekolah dalam menjayakan semua aktiviti yang dirancang demi
melahirkan anak-anak SK Kepis yang Berjaya di masa depan.
1.26 Beliau sekali lagi memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat kesilapan
sepanjang ucapan beliau.
Tindakan : Makluman
2.0 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE-44
2.1 Setiausaha PIBG, Puan Siti Shuhana bt. Mahamud membentangkan minit
mesyuarat yang lalu dan memohon minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-44
diterima dan disahkan dengan sedikit pindaan.
2.2 Pn. Norkalvi binti Othman mencadangkan agar minit mesyuarat yang lalu diterima
dan disahkan.
2.3 Pn. Salina bt Mohamad menyokong pengesahan tersebut dan diterima sebulat
suara.
Tindakan : Makluman
8
3.0 MEMBENTANGKAN LAPORAN TAHUNAN PIBG SESI 2019/2020
3.1Setiausaha PIBG, Siti Shuhana binti Mahamud membentangkan Laporan Tahunan
PIBG sesi 2019/2020.
3.2 Pn. Nurzuriyati bt Abd Hamid mencadangkan agar Laporan Tahunan PIBG yang
lalu disahkan.
3.3 Pn. Saflin bt Samad menyokong pengesahan tersebut dan diterima sebulat suara.
Tindakan : Makluman
4.0 PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN PENYATA KEWANGAN PIBG SESI
2019/2020
4.1 Setiausaha PIBG, Pn. Siti Shuhana bt Mahamud memaklumkan Bendahari PIBG
En. Mohd Fahmi bin Md Darus tidak dapat hadir pada mesyuarat kali ini atas
urusan kerja rasmi di luar. Jadi, Setiausaha membentangkan membentangkan
penyata kewangan PIBG sesi 2019/2020 .
4.2 Pn. Salmah binti Ibrahim mencadangkan agar laporan kewangan diterima dan
disahkan.
4.3 Pn. Rozita bt Kotri meyokong laporan kewangan diterima dan disahkan.
Tindakan : Makluman
5.0 PEMBUBARAN JAWATANKUASA PIBG SESI 2019/2020
5.1 Yang Di-Pertua PIBG memaklumkan pada tahun ini tiada pembubaran ahli
jawatankuasa PIBG berdasarkan keputusan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-
43 yang lalu yang telah bersetuju AJK PIBG dikekalkan untuk tempoh 2 tahun.
5.2 Namun begitu, bagi jawatan NYDP, Pn. Noraimy binti Jamal memohon untuk
meletak jawatan atas faktor kekangan kerja dan komitmen lain yang tidak dapat
dielakkan.
5.3 Mesyuarat bersetuju sebulat suara untuk melantik En. Halid bin Bendot atas
cadangan YDP PIBG, En. Ghazali bin Usoh.
5.4 YDP PIBG juga mengingatkan semua ahli mesyuarat agar menggunakan saluran
yang betul selepas ini sekiranya ingin meletakkan jawatan iaitu dengan hadir
sendiri memaklumkan perletakan jawatan bukan hanya menggunakan aplikasi
Whatsapp.
Tindakan : Makluman
6.0 PEMBENTANGAN USUL
6.1 Pn. Hazila binti Hamzah, Guru Penolong Kanan HEM mencadangkan agar
bayaran sumbangan PIBG ditetapkan sebanyak RM43. Cadangan jumlah ini telah
disokong dan diterima sebulat suara oleh semua ahli mesyuarat.
6.2 Usul lain tidak dibentangkan kerana tiada usul yang sampai ke tangan Setiausaha
sehingga tarikh akhir penghantaran usul ditetapkan.
Tindakan : Makluman
9
7.0 HAL-HAL LAIN
7.1 Pn. Norfadzilah bt Manshor mencadangkan agar semua ibu bapa yang mempunyai
sebarang masalah atau ketidakpuasan hati berkenaan aktiviti sekolah agar datang
berjumpa dan berbincang dengan pihak sekolah. Perkara ini dipersetujui sebulat
suara oleh barisan pentadbir sekolah.
7.2 NYDP yang baru dilantik iaitu En. Halid bin Bendot pula menyampaikan rungutan
ibu bapa mengenai waktu balik murid ketika kelas KAP yang dijadualkan pada
pukul 5.20 petang tetapi kadang-kadang berlanjutan lebih dari waktu yang
selanjutnya. Bagi menjawab isu ini, Guru Besar memaklumkan kelewatan ini
adalah disebabkan murid kelas KAP terlibat dengan solat Asar yang mana aktiviti
solat adalah salah satu elemen Amali Solat yang ada dalam program KAP.
7.3 En. Khairil Hassanusi pula mencadangkan agar jalan masuk ke sekolah perlu
diturap. YDP memaklumkan penambahbaikan jalan masuk ke sekolah sedang
diusahakan. Garisan kuning telah pun dibuat. Manakala bagi penurapan jalan dan
pemasangan papan tanda pula pihak sekolah sedang dalam proses kerjasama
dengan pihak MPKK.
7.4 Isu yang seterusnya pula ialah berkenaan murid yang berdiri terlalu lama semasa
perhimpunan sekolah dan murid dibenarkan duduk. Bagi menjawab isu ini, Guru
Besar memaklumkan ini merupakan perkara biasa bagi semua sekolah dan ia juga
merupakan salah satu usaha untuk mendisiplinkan anak murid. Sekiranya, ada
cadangan ibu bapa untuk sumbangan menyediakan kerusi untuk murid ketika
perhimpunan, perkara ini sangat dialu-alukan kerana pihak sekolah tiada
peruntukan untuk perkara tersebut.
7.5 Guru Besar juga memaklumkan waktu perhimpunan rasmi mingguan iaitu pada
setiap hari isnin adalah 30 minit sahaja. Sekiranya ada perhimpunan yang
melibatkan jangka waktu yang lama contohnya pelancaran program Ziarah Cakna
atau Jom Pi Sekolah, perhimpunan akan dilaksanakan di dalam dewan dan murid
dibenarkan duduk.
7.6 Guru Besar mengingatkan semua ibu bapa agar memantau buku teks murid.Buku
teks perlu dibalut dan dijaga dengan baik untuk kegunaan murid-murid seterusnya.
7.7 Guru Besar juga memohon agar ibu bapa yang menghantar anak-anak ke sekolah
pada waktu pagi agar tidak berada dekat dengan pagar sekolah bagi tujuan
keselamatan.
7.8 Guru Besar juga memaklumkan agar sekiranya terdapat ibu bapa yang kurang
berpuas hati dengan pihak sekolah agar dapat datang berbincang dengan Guru
Besar demi kemenjadian murid-murid SK Kepis.
Tindakan : Makluman
8.0 UCAPAN PENANGGUHAN
8.1 YDP mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir pada hari ini.
8.2 Beliau turut memaklumkan semua hadiah cabutan bertuah pada hari ini adalah
sumbangan daripada guru-guru dan AJK PIBG.
8.3 Hadiah utama adalah bernilai RM150.00 sumbangan PIBG.
8.4 YDP memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kesilapan sepanjang
mengendalikan mesyuarat hari ini.
Tindakan : Makluman
10
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 5.30 petang.
Dicatat bersama oleh:
Pn. Suhana bt. Pakair
Pn. Mawarni bt. Ramlan
Disediakan oleh: Disemak oleh :
(Pn. Siti Shuhana binti Mahamud) (En. Ghazali bin Usoh
Setiausaha PIBG YDP PIBG
Disahkan Oleh :
(Pn. Zabedah binti Muhamad Hasan)
Guru Besar
11
Laporan Tahunan 2020/2021
a. Senarai Guru dan Staff Sekolah Kebangsaan Kepis 2021
BIL NAMA GRED JAWATAN OPSYEN
1 Pn. Zabedah binti Muhamad Hasan DG44 GURU BESAR TESL
2 Pn. Noriah binti Bahrin DG42 GPK BM-PEN.RENDAH
PENTADBIRAN MT (CONVERTION)
3 Pn. Hazila bt. Hamzah DG41 PK HEM BM-PEN.RENDAH
4 En. Mohd Fadil bin Baharom DG44 PK KO-KU MATEMATIK
5 Pn Rahimah bt Ramli DG44 GURU SEJ/AUTOPOLOGI/
PERPUSTAKAA SOSIOLOGI/KH
N MEDIA
6 Pn. Nina bt Mohd Idrus DG42 GAB B.INGGERIS
7 Pn. Suhana Bt Pakair DG42 GPI PEN. ISLAM –
RENDAH
8 En. Hawari b Razali DG44 GURU PEN. PRASEKOLAH
PRASEKOLAH
9 Pn. Patimah Sham bt. Razak DG42 GAB SAINS/PEN. RENDAH
10 En. Mohd Fahmi B. Md Darus DG44 GAB MT/PSV/BI
11 Pn. Ainil Husna bt. Muhamad Muis DG41 GAB SAINS
12 Pn. Suzana Bt Ismail DG44 GAB BAHASA DAN
LINGUISTIK MELAYU
13 En. Mohd Anas B. Mohd Zain DG44 GURU DATA PENG.INGGERIS/SAI
NS
14 En. Khairul Ashraf B. Hashim DG44 GURU KEJ.MEKANIKAL/
PEMULIHAN PEMULIHAN
15 En. Muhamad d Hasif bin Kamarudin DG41 GPI PEND. ISLAM / JQAF
16 Pn Siti Shuhana bt. Mahamud DG44 GPI PEND. ISLAM / JQAF
17 En. Muhammad Firdaus bin Basri DG41 GURU PPKI PEN.KHAS
PEMBELAJARAN
18 En. Mohd Sharom bin Abd. Ghani DG44 GAB RBT/PENYEJUKAN
DAN PENYAMAN
UDARA
`19 En. Muhammad Ashraf bin Malek DG41 GURU PPKI PENGAJIAN
PENDIDIKAN KHAS
20 Pn. Norasyikin binti Othman DG44 GAB PENG. BAHASA
MELAYU
21 Pn. Fazilayaton bt Mohd Daud N19 PEMBANTU Telah berpindah ke SK
TADBIR Dato’ Undang Kamat
16 ogos 2021
22 Pn. Ruhaya bt Abdul Manap N19 PEMBANTU Mula bertugas di SK
TADBIR Kepis pada 16 Ogos
2021
23 En. Mohd Najib bin Lokman FA29 PPTM
24 Pn. Norazren Fazira bt Nordin N19 PPM PPKI
25 Cik Nur Faezah bt Ibrahim N19 PPM
PRASEKOLAH
26 Cik Norazlinda Hayati bt Jaamat N11 PEMBANTU
OPERASI
12
b. Enrolmen Murid SK Kepis Tahun 2021
Tahun Lelaki Perempuan Jumlah
Pra Sekolah 16 9 25
1 10 10 20
2 7 7 14
3 8 5 13
4 6 10 16
5 7 6 13
6 14 9 23
Pendidikan Khas 3 1 4
Jumlah Keseluruhan 129
c. Laporan Unit Kurikulum SK Kepis 2020/2021
• Pelaksanaan Kurikulum mengalami perubahan ketika pendemik Covid-19 melanda.
Sesi pembelajaran telah melewati beberapa fasa dalam Norma Baharu iaitu:
i. Pembelajaran Bersemuka bermula 2 Januari 2020
ii. Pengajaran dan Pembelajaran dari Rumah (PdPR) bermula 30 Mac 2020.
iii. Pengajaran dan Pembelajaran secara bersemuka dan sekolah beroperasi
sepenuhnya semula pada 18 Julai 2020.
iv. Pengajaran dan Pembelajaran dari Rumah (PdPR) bermula 09 November
hingga 14 Disember 2020.
v. Sesi persekolahan Tahun 2021 dimulai secara PdPR pada 20 Januari 2021.
vi. Pada 8 Mac 2021 sehingga 07 Mei PdPC telah dijalankan secara bersemuka.
vii. Pada 17 Mei 2021 sesi pembelajaran sekali lagi secara PdPR.
• Pelbagai kaedah penyampaian telah digunakan untuk memastikan murid-murid SK
Kepis dapat meneruskan pembelajaran dengan baik dan jayanya. Antaranya
penggunaan modul, pembelajaran secara maya/Google Meet, latihan berbentuk
quiziz dan sebagainya.
• Walaupun pembelajaran secara PdPR, Pentaksiran Bilik Darjah(PBD) tetap dijalankan
secara berterusan.
• Pada tahun 2020 Analisa Pentaksiran telah dilaksanakan sebanyak 2 kali iaitu
Pentaksiran Pertengahan Tahun dan Pentaksiran Akhir Tahun. Begitu juga untuk
Tahun 2021. Pentaksiran Pertengahan Tahun telah dilaksanakan.
• Pelaporan Tahap Penguasaan telah diserahkan kepada ibu bapa/ penjaga murid-murid
untuk tindakan susulan.
13
• Program Transisi Tahun 1 telah dilaksanakan pada 11 Januari 2021 hingga 25 Mac
2021.
• Peperiksaan Awam iaitu UPSR untuk murid-murid Tahun 6 telah dimansuhkan mulai
tahun 2020.
• Pentaksiran Bilik Darjah Pertengahan Tahun 2021
TAHUN 1
PERATUS PERATUS
MATA PELAJARAN TP 1 TP 2 TIDAK CAPAI TP 3 TP 4 TP 5 TP 6 CAPAI TP JUMLAH
TP MIN MIN
BAHASA MELAYU 0 10 50.00 7 3 0 0 50.00 20
BAHASA INGGERIS 1 10 55.00 6 2 1 0 45.00 20
MATEMATIK 0 5 25.00 13 2 0 0 75.00 20
SAINS 0 0 0.00 14 3 3 0 100.00 20
PENDIDIKAN ISLAM 0 12 60.00 6 2 0 0 40.00 20
PENDIDIKAN SENI VISUAL 0 0 0.00 9 10 1 0 100.00 20
PENDIDIKAN MUZIK 0 0 0.00 13 6 1 0 100.00 20
PENDIDIKAN JASMANI DAN
PENDIDIKAN KESIHATAN 0 0 0.00 13 6 1 0 100.00 20
BAHASA ARAB 0 8 40.00 9 1 2 0 60.00 20
TAHUN 2
PERATUS
TP TIDAK TP TP TP TP PERATUS
MATA PELAJARAN TP 2 CAPAI TP JUMLAH
1 CAPAI TP 3 4 5 6
MIN
MIN
BAHASA MELAYU 0 3 21.43 5 6 0 0 78.57 14
BAHASA INGGERIS 0 1 7.14 7 3 3 0 92.86 14
MATEMATIK 0 4 28.57 10 0 0 0 71.43 14
SAINS 0 0 0.00 8 6 0 0 100.00 14
PENDIDIKAN ISLAM 0 3 21.43 5 6 0 0 78.57 14
PENDIDIKAN SENI VISUAL 0 0 0.00 8 6 0 0 100.00 14
PENDIDIKAN MUZIK 0 1 7.14 11 2 0 0 92.86 14
PENDIDIKAN JASMANI DAN
PENDIDIKAN KESIHATAN 0 1 7.14 11 2 0 0 92.86 14
BAHASA ARAB 0 0 0.00 8 4 2 0 100.00 14
14
TAHUN 3
PERATUS
TP TIDAK TP TP TP TP PERATUS
MATA PELAJARAN TP 2 CAPAI TP JUMLAH
1 CAPAI TP 3 4 5 6 MIN
MIN
BAHASA MELAYU 0 1 7.69 10 2 0 0 92.31 13
BAHASA INGGERIS 0 1 7.69 8 4 0 0 92.31 13
MATEMATIK 0 1 7.69 2 5 5 0 92.31 13
SAINS 0 0 0.00 2 9 2 0 100.00 13
PENDIDIKAN ISLAM 0 1 7.69 8 4 0 0 92.31 13
PENDIDIKAN SENI VISUAL 0 0 0.00 9 4 0 0 100.00 13
PENDIDIKAN MUZIK 0 0 0.00 9 4 0 0 100.00 13
PENDIDIKAN JASMANI DAN
PENDIDIKAN KESIHATAN 0 0 0.00 6 7 0 0 100.00 13
BAHASA ARAB 0 1 7.69 10 2 0 0 92.31 13
TAHUN 4
PERATUS
PERATUS
TP TIDAK TP TP TP TP
MATA PELAJARAN TP 2 CAPAI TP JUMLAH
1 CAPAI TP 3 4 5 6 MIN
MIN
BAHASA MELAYU 0 0 0.00 3 9 4 0 100.00 16
BAHASA INGGERIS 0 0 0.00 12 4 0 0 100.00 16
MATEMATIK 0 2 12.50 7 3 4 0 87.50 16
SAINS 0 0 0.00 12 4 0 0 100.00 16
PENDIDIKAN ISLAM 0 3 18.75 7 6 0 0 81.25 16
PENDIDIKAN SENI VISUAL 0 0 0.00 5 7 4 0 100.00 16
PENDIDIKAN MUZIK 0 0 0.00 7 9 0 0 100.00 16
PENDIDIKAN JASMANI DAN
PENDIDIKAN KESIHATAN 0 0 0.00 5 7 4 0 100.00 16
BAHASA ARAB 0 0 0.00 7 6 3 0 100.00 16
SEJARAH 0 1 6.25 12 3 0 0 93.75 16
REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI 0 0 0.00 0 9 7 0 100.00 16
15
TAHUN 5
PERATUS
PERATUS
TIDAK
MATA PELAJARAN TP 1 TP 2 TP 3 TP 4 TP 5 TP 6 CAPAI TP JUMLAH
CAPAI TP
MIN
MIN
BAHASA MELAYU 0 0 0.00 8 4 1 0 100.00 13
BAHASA INGGERIS 0 0 0.00 10 3 0 0 100.00 13
MATEMATIK 0 2 15.38 6 5 0 0 84.62 13
SAINS 0 0 0.00 9 2 2 0 100.00 13
PENDIDIKAN ISLAM 0 0 0.00 6 7 0 0 100.00 13
PENDIDIKAN SENI VISUAL 0 0 0.00 4 6 3 0 100.00 13
PENDIDIKAN MUZIK 0 0 0.00 3 10 0 0 100.00 13
PENDIDIKAN JASMANI DAN
PENDIDIKAN KESIHATAN 0 0 0.00 8 5 0 0 100.00 13
BAHASA ARAB 0 0 0.00 6 5 2 0 100.00 13
SEJARAH 0 3 23.08 8 2 0 0 76.92 13
REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI 0 0 0.00 0 4 7 2 100.00 13
TAHUN 6
PERATUS
PERATUS
TP TIDAK TP TP TP TP
MATA PELAJARAN TP 2 CAPAI TP JUMLAH
1 CAPAI TP 3 4 5 6
MIN
MIN
BAHASA MELAYU 0 0 0.00 2 13 8 0 100.00 23
BAHASA INGGERIS 0 3 13.04 11 7 1 1 86.96 23
SAINS 0 0 0.00 8 10 5 0 100.00 23
MATEMATIK 0 2 8.70 14 7 0 0 91.30 23
SEJARAH 0 2 8.70 7 14 0 0 91.30 23
REKA BENTUK TEKNOLOGI 0 2 8.70 7 14 0 0 91.30 23
TEKNOLOGI MAKLUMAT
KOMUNIKASI 0 2 8.70 7 14 0 0 91.30 23
PENDIDIKAN MUZIK 0 1 4.35 14 8 0 0 95.65 23
PENDIDIKAN SENI VISUAL 0 1 4.35 5 17 0 0 95.65 23
PENDIDIKAN KESIHATAN 0 0 0.00 2 6 15 0 100.00 23
PENDIDIKAN JASMANI 0 0 0.00 2 14 7 0 100.00 23
BAHASA ARAB 0 0 0.00 7 11 5 0 100.00 23
PENDIDIKAN ISLAM 0 2 8.70 5 10 6 0 91.30 23
16
d. Laporan aktiviti Unit Hal Ehwal Murid SK Kepis 2020/2021
BIL NAMA AKTIVITI / PROGRAM CATATAN
1. Program Ziarah Cakna Telah dilaksanakan
2. Sambutan Hari Lahir / Hari Kanak-kanak 2020 Pemberian kek untuk semua murid
3. Pengurusan pengagihan Buku Teks Telah dilaksanakan pada 25 Januari 2021
4. Program RMT & PSS Berjalan seperti biasa, walaubagaimanapun
pemberian RMT dihentikan apabila
pengoperasian sekolah ditutup kerana PKP
(2021)
5. Gotong-royong membuat tunjuk arah dan Telah dilaksanakan pada 13 Januari 2021
pematuhan SOP di kawasan sekolah oleh guru dan
kakitangan sekolah (2020/2021)
6. Penyebaran maklumat tentang pematuhan SOP Telah dilaksanakan
dalam kalangan murid SK Kepis dan
ibu/bapa/penjaga (2020/2021)
7. Program sanitasi kawasan sekolah dengan kerjasama Telah dilaksanakan pada 27 Februari 2021
PIBG 2021.
8. Penyampaian bantuan PROGRAM BACK TO SCHOOL Telah dilaksanakan pada 26 Mac 2021
dari Yayasan Petronas
9. Program rawatan kesihatan bagi murid tahun satu Telah dilaksanakan pada 8 Mac 2021
dari KKM.
10. Menguruskan pengagihan sumbangan kepada Telah dilaksanakan pada 2 April 2021
seramai 40 orang murid untuk menerima
Sumbangan Awal Persekolahan (pakaian sekolah)
daripada Bank Rakyat, Kuala Pilah.
11. Menguruskan pengagihan susu (PSS) kepada murid Telah dilaksanakan pada 9 Jun 2021
RMT sebelum akhir jun 2021.
12. Mewar-warkan dan pengurusan pendaftaran murid Telah dilaksanakan
tahun satu bagi sesi 2022/2023.
13. Menguruskan penyaluran bantuan kepada seramai Telah dilaksanakan
87 orang murid untuk menerima Bantuan Awal
Persekolahan (BAP)2021.
14. Pengurusan penyaluran sumbangan kepada seramai Telah dilaksanakan
12 orang murid/keluarga untuk menerima
sumbangan “Program Bakul Makanan” daripada IPD
Kuala Pilah 2021.
15. Pengurusan sumbangan kepada seramai 7 orang Telah dilaksanakan
murid yang menerima sumbangan “Bantuan Anak
Sekolah ” Negeri Sembilan (BAS) 2021
16. Seramai 45 orang murid telah menerima sumbangan Telah dilaksanakan
TOP UP anjuran Kelab Guru dan Kakitangan dengan
kerjasama PIBG SK Kepis 2021.
17. Menguruskan pengagihan bantuan KWAPM kepada Telah dilaksanakan pada 29 Julai 2021
55 orang murid yang layak bagi tahun 2021.
18. Pengurusan pelaksanaan pemberian vaksinasi bagi Telah dilaksanakan pada 27 September 2021
murid SK Kepis yang berumur 12 tahun di Klinik
Kesihatan Johol 2021.
17
e. Laporan aktivit Unit Kokurikulum SK Kepis 2021
SUKAN
NAMA ACARA PERINGKAT TAHUN JUMLAH PENCAPAIAN MURID SK KEPIS
WAKIL/PESERTA
MERENTAS DESA KEBANGSAAN TAHUN 6 9 0RANG JOHAN DAERAH – NUR AININA SABIHAH
SAGUHATI – FATIN NUR MAISARAH
TAHUN 5 6 ORANG
TAHUN 4 8 ORANG SAGUHATI DAERAH – KAMARUL IRFAN
HOKI DAERAH TAHUN 6 2 ORANG JOHAN MENGELECEK SLALOM– ALIF
HAFIFI
JOHAN JINKING – SHAH DHAMAR
PERSATUAN
NAMA ACARA PERINGKAT TAHUN JUMLAH PENCAPAIAN MURID SK KEPIS
WAKIL/PESERTA
MEWARNA MINGGU KEBANGSAAN TAHUN 6 1 ORANG
SAINS KEBANGSAAN TAHUN 4 1 ORANG
POSTER DIGITAL NEGERI TAHUN 6 3 ORANG
TAHUN 4 4 ORANG JOHAN DAERAH & SAGUHATI NEGERI –
NUR AFIA QISTINA
E-KONVENSYEN NEGERI TAHUN 6 1 ORANG
HEPILI (POSTER) TAHUN 5 3 ORANG
BIJAK SIFIR DAERAH TAHUN 6 6 ORANG
TAHUN 5 4 ORANG
TAHUN 4 1 ORANG JOHAN NEGERI – NURUL JANNAH
MAWARDAH
PETA I-THINK NEGERI TAHUN 4 2 ORANG
FESTIVAL KESENIAN DAERAH TAHUN 6 2 ORANG TEMPAT KE-4 – SYAH DHAMAR BIN
ISLAM SEKOLAH- HASAN
SEKOLAH DAERAH TEMPAT KE-5 – FATIN NUR MAISARAH
KP – NYANYIAN BT NOOR KAMARULZAMAN
SOLO
FESTIVAL KESENIAN DAERAH TAHUN 6 1 ORANG
ISLAM SEKOLAH-
SEKOLAH DAERAH
KP – KHAT SIBER
UNIT BERUNIFORM
NAMA ACARA PERINGKAT TAHUN JUMLAH CATATAN
WAKIL/PESERTA
NEGERI NEGERI TAHUN 6 5 ORANG KADET REMAJA
BERMUNAJAT TAHUN 4 3 ORANG KADET REMAJA
CABARAN CYBER NEGERI TAHUN 6 1 ORANG PENGAKAP
TADARUS ONLINE DAERAH TAHUN 6 2 ORANG PUTERI ISLAM
18
Rumusan
• Secara keseluruhannya, aktiviti-aktiviti yang telah dirancang dan dijalankan oleh pihak
sekolah dengan kerjasama PIBG telah dapat dilaksanakan dengan jayanya dengan
sokongan penuh oleh pihak guru-guru, ibubapa dan penjaga.
• Diharapkan kerjasama antara pihak ibubapa dan sekolah seperti ini dapat diteruskan
dan ditingkatkan bagi kemajuan murid dan sekolah serta dapat meningkatkan
pencapaian murid terutama di dalam bidang akademik serta dalam bidang Ko-
Kurikulum.
• Dalam bidang Hal Ehwal Murid (HEM), segala aktiviti-aktiviti telah dapat dijalankan
dengan lancar dan diharap segala program serta perancangan yang dibuat bagi tahun
ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan jayanya.
• Dalam bidang KoKurikulum, sekolah telah mencapai pelbagai kejayaan di peringkat
daerah, negeri dan kebangsaan terutama di dalam sukan dan ko-akademik. Diharap
agar sekolah dapat mengecapi lebih banyak kejayaan pada tahun akan datang demi
menaikkan nama sekolah dan melahirkan murid yang berjaya di dalam bidang Ko-
akademik mahupun Ko-kurikulum.
Sekian sahaja laporan kegiatan PIBG dan sekolah bagi tahun 2020/2021.
Disediakan oleh,
(SITI SHUHANA BT MAHAMUD)
Setiausaha PIBG,
Sekolah Kebangsaan Kepis
19
20
21
22
23
Senarai Ahli Jawatankuasa PIBG
SK KEPIS SESI 2021/2023
PENASIHAT : PN. ZABEDAH BINTI MUHAMAD HASAN
(GURU BESAR SK KEPIS)
YANG DIPERTUA :
NAIB YANG DIPERTUA :
SETIAUSAHA :
BENDAHARI :
AJK(IBU BAPA) : 1.
2.
3.
4.
5.
6.
AJK (GURU) : 1.
2.
3.
4.
5.
6.
PEMERIKSA KIRA-KIRA : 1.
2.
24
Pembentangan Usul
1. AJK PIBG
BIL PERINCIAN BAYARAN
1. Derma Tabung PIBG/Dana RM10 bagi 1 Keluarga
4. Derma Hari Anugerah Setiap murid RM10
5. Derma Fotostat Setiap murid RM5
Jumlah RM25.00
2. Ibubapa
a) …………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………
b) …………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………
c) …………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………
d) …………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………
e) …………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………
f) …………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………
g) …………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………
h) …………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………
25
sekitar Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-45,
2020
PENDAFTARAN Ucapan en. Ghazali bin usoh
ibubapa/PENJAGA (ydp pibg)
Ucapan perasmian oleh en.
Amir hamzah, pegawai ppdkp
26
Mesyuarat agung pibg
berlangsung
Kehadiran ibu bapa
27
Penghargaan dan Terima Kasih
Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Majlis Mesyuarat Agung PIBG kali
ke-46 SK Kepis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima
kasih di atas kerjasama serta sokongan yang telah diberikan kepada :
Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Pilah
YDP PIBG SK Kepis
Guru Besar SK Kepis
Serta semua pihak yang memberikan kerjasama dan sumbangan
secara langsung atau tidak langsung
dalam menjayakan majlis ini.
28