MINIT MESYUARAT MAJLIS GURU PEMULIHAN KHAS NEGERI SABAH BIL. 1/ 2019
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SABAH
Tarikh : 16.11.2019 (Sabtu)
Tempat : Kediaman Rasmi Masing-masing (Secara Dalam Talian Aplikasi Whatsapp)
Masa : 8.00-9.30 malam
KEHADIRAN : Penolong Pengarah, SPSPK
Pengerusi
1. Encik Adzrul Puddin Timbalan Pengerusi
2. Puan Sufiah Haji Ati Setiausaha
3. Encik Suardi Abdullah Timbalan Setiausaha/Pengerusi KK
4. Encik Ahmad Fadzly Mohd Satneh Bendahari
5. Encik Faizul Wahyudi Tajudin Juruaudit
6. Cik Maryani Haji Kasirun Juruaudit
7. Puan Rahfieza Rohayani Jeffrah Biro Sosial Dan Kebajikan
8. Encik Wan Ahmad Razi Wan Harun Biro Sosial Dan Kebajikan
9. Encik Justin Nuin Biro Lawatan/Pengerusi Tawau
10. Hajah Nuralizawaty Haji Aliakbar Biro Lawatan
11. Encik Mohd Ali Mohd Ghazali Biro Sukan Dan Rekreasi
12. Puan Hamriah Haji Nurdin Biro Sukan Dan Rekreasi
13. Encik Muhammad Faiz Jaafar Shah Biro Sukan Dan Rekreasi
14. Encik Abdul Malik Mokhsin Biro ICT Dan Data
15. Puan Ainul Fazrina Mohamed Fadzil Biro ICT Dan Data
16. Puan Dayang Halizah Awang Tamin Biro Penerangan
17. Encik Sabdin Hussin Bin Alipin Biro Penerangan
18. Encik Md Nor Fadzli Bin Md Zaki Biro Disiplin Dan Agama
19. Encik Firdaus Chee Abdullah Biro Jaminan Dan Kualiti
20. Encik Mohd Amir Paijan Biro Jaminan Dan Kualiti
21. Encik Tajul Azhar abdul Wahab Biro Profesionalisme
22. Encik Matali Haji Yusof Biro Profesional
23. Puan Jessica Jane Gumbili Pengerusi Sandakan
24. Puan Junaidah Hj Mohd Basri Pengerusi Tuaran
25. Encik Muhammad Sharif Bin Mahmud Pengerusi Kunak
26. Puan Marwyn Wahyuni Mansor Pengerusi Keningau
27. Encik Jamri Lamree Pengerusi Ranau
28. Encik Morhaide Mokhtar Pengerusi Pitas
29. Encik Rosipin Latiman Pengerusi Kinabatangan
30. Encik Azmuril Ahmad Pengerusi Kudat
31. Cik Marilyn Marcellius Pengerusi Papar
32. Encik Jumil Totong Pengerusi Beaufort
33. Cik Salina Moktar Pengerusi Sipitang
34. Encik Mohd Affendi Muadi Pengerusi Kota Marudu
35. Encik Baruh Ating Pengerusi Lahad Datu
36. Encik Winston John
37. Encik Shafil Bin Salam
38. Encik Mohd Ali Mohd Ghazali Pengerusi Tawau
39. Encik Ahmad Syukri Bin Mohd Tamiri Pengerusi Tambunan
40. Encik Awang Mohd Khairi Pengerusi Beluran
41. Encik Alexsius Bin Japius Pengerusi Nabawan
TIDAK HADIR : Biro Profesionalisme
Biro Penerangan
1. Puan Sarina Haji Ismail Biro Penerangan
2. Encik Suzali Mohd Yakub Biro Sosial Dan Kebajikan
3. Encik Ag Hasan Haji Ag Daud Pengerusi Semporna
4. Encik George Simun
5. Encik Mohamad Ghadapi Jua
1.0 UCAPAN ALU ALUAN PENGERUSI
1.1 Puan Hjh Sufia Haji Ati (Pengerusi MGPK negeri Sabah) mengucapkan salam dan selamat malam
kepada Encik Adzrul Pudin (Penolong Pengarah Unit Bahasa, Sektor Pembelajaran Jabatan
Pendidikan Negeri Sabah) dan kepada semua Ahli Jawatan kuasa MGPK negeri serta pengerusi-
pengerusi 24 buah daerah di negeri Sabah. Beliau mengucapkan rasa syukur dan berterima kasih
kepada semua ahli mesyuarat kerana dapat meluangkan masa dan hadir ke mesyuarat yang
diadakan secara dalam talian (Whatsappp).
1.2 Pengerusi turut merakamkan syabas dan tahniah kepada Encik Adzrul Pudin atas pelantikan
menyandang jawatan baharu sebagai Penolong Pengarah Unit Bahasa di bawah Sektor
Pembelajaran, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah. Dimaklumkan juga Encik Adzrul Puddin masih
kekal untuk terus mengalas tanggungjawab menjaga unit pemulihan khas.
1.3 Selain itu, mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua MGPK Daerah yang baharu dilantik.
Beliau sangat berkeyakinan bahawa MGPK Negeri dan daerah serta program pemulihan khas akan
terus mantap dan lebih cemerlang di masa hadapan hasil gandingan tenaga baharu dan lama.
1.4 Pengerusi turut maklumkan Encik Ahmad Fadzly Mohd Satneh telah dilantik secara rasmi
sebagai setiausaha MGPK Negeri yang baharu termasuk timbalan setiausahanya iaitu Encik Mohd
Faizul Wahyudi Tajudin. Pelantikan ini adalah atas cadangan daripada Encik Adzrul Puddin.
1.4 Pengerusi menyatakan rasa terkesan kehilangan beberapa rakan dalam MGPK negeri.
Pemergian mereka atas sebab menceburi profesion baharu. Beliau mendoakan agar mereka semua
terus cemerlang dan berjaya dalam bidang yang baharu diceburi.
1.5 Pengerusi turut berkesempatan memaklumkan kepada ahli meyuarat tentang perbualannya
bersama Encik Suhaimee mantan Ketua Unit Pemulihan Khas KPM melalui aplikasi whatsapp.
Dalam kenyataan perbualannya tersebut Encik Suhaimee mengatakan bahawa keadaan Program
Pemulihan Khas di peringkat KPM dan di negeri-negeri yang lain masih dalam keadaan bercelaru
kecuali di negeri Sabah. Beliau sangat teruja dan memuji tindakan proaktif JPN Sabah melalui
pegawainya iaitu Encik Adzrul Puddin yang telah berjaya melaksanakan pembugaran program
pemulihan khas ke seluruh daerah di Sabah.
1.6 Pengerusi berkongsi maklumat dan memaklumkan semua ahli mesyuarat bahawa MGPK negeri
telah menandatangani satu surat Jaringan Kerjasama (MOU) dengan pengerusi MGPK Wilayah
Persekutuan Labuan dalam Perkongsian Amalan Terbaik dan ilmu Program Pemulihan Khas pada 5
November 2019.
2.0 UCAPAN PENOLONG PENGARAH
2.1 Encik Adzrul Puddin mengucapkan salam dan selamat malam kepada semua ahli msyuarat yang
hadir. Rasa syukur dan berterima kasih atas usaha murni pengerusi dan ahli jawatan kuasa MGPK
negeri yang sentiasa komited untuk mengadakan mesyuarat.
2.2 Encik Adzrul Puddin menyatakan perubahan tadbir urus telah banyak mempengaruhi
perubahan tadbir urus pentadbiran Program Pemulihan Khas di peringkat PPD dan JPN.
2.3 Di peringkat PPD beliau memaklumkan bahawa telah cuba mewujudkan kelas-kelas pemulihan
khas terbaik di setiap PPD agar amalan penandarasan menjadi amalan terbaik Program Pemulihan
Khas di peringkat PPD dan JPN.
2.4 Tindakan yang dilakukan adalah berdasarkan keperluan semasa. Justeru perubahan perlu
dilakukan dan dimantapkan bermula daripada bawah. Ini kerana menurut beliau di peringkat
sektor pembelajaran penjenamaan Pemulihan Khas adalah perlu dibuat kerana dikhuatiri program
pemulihan akan ketinggalan dengan program-program yang lain.
2.5 Beliau turut memaklumkan kewujudan perjawatan penolong pegawai pemulihan khas yang
lebih daripada satu di setiap PPD merupakan antara tanda perubahan yang berlaku dalam tadbir
urus program. Bagi PPD yang kecil akan di lantik 3 orang pegawai pemulihan khas manakala PPD
besar akan melantik 4 orang pegawai pemulihan khas.
2.6 Encik Adzrul Puddin mengucapkan syabas dan tahniah atas pelantikan beberapa orang guru
pemulihan khas ke jawatan penolong pegawai pemulihan khas di PPD.
2.7 Beliau akan membuat penerangan secara khusus kepada penolong-penolong pegawai
pemulihan khas PPD yang baharu berkenaan program pemulihan khas semasa berada di Tawau
nanti dan sekaligus melaksanakan lawatan ke beberapa buah kelas pemulihan khas yang terpilih
seperti yang dicadangkan oleh PPD Tawau.
2.8 Maklumat terkini mahukan semua murid pemulihan khas disamakan dengan penilaian murid
yang tidak menguasai tahap minimum. Guru pemulihan diminta menyelesaikan isu Menguasai
Tahap Minimum (MTM) murid bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik. Justeru beliau
menyeru semua ahli mesyuarat yang hadir agar dapat menyebar luaskan maklumat terbaru ini ke
daerah masing-masing. Selain itu, beliau merayu agar semua pengerusi daerah mengadakan
mesyuarat MGPK diperingkat PPD masing-masing.
2.9 Diakhir ucapan Encik Adzrul Puddin mengharapkan program besar yang tertunda pada tahun
ini agar dapat dilaksanakan pada tahun hadapan termasuklah program penandarasan ke beberapa
buah negeri di semenanjung. Dimaklumkan juga penolong pegawai pemulihan khas PPD
Kinabatangan sangat berbesar hati untuk mengadakan seminar inovasi peringkat negeri.
3.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT MAJLIS GURU PEMULIHAN KHAS NEGERI SABAH
BIL. 3/2018
Pencadang : En. Suardi Bin Abdullah
Penyokong : Puan Hamriah Haji Nurdin
Masa : 8.30 malam
4.0 PERKARA BERBANGKIT
Tiada perkara yang dibangkitkan.
5.0 PEMBENTANGAN PROGRAM YANG DIRANCANG
5.1 Pengerusi menyatakan tiga program yang sepatutnya dilaksanakan pada tahun 2019 iaitu.
I. Jaringan kerjasama (MOU) dengan Perpustakaan Negeri Sabah.
II. Larian Amal MGPKNS
III. Buletin Pemulihan Khas Edisi ke-4
5.2 Pengerusi memaklumkan kepada semua ahli mesyuarat bahawa beliau akan membuat tindakan
susulan berkenaan program jaringan kerjasama yang dirancang dengan menghubungi Puan
Maria selaku pegawai perhubungan perpustakaan negeri Sabah bagi mengatur semula
pertemuan yang tertangguh dan sekaligus mencadangkan tarikh baharu program yang mungkin
akan diadakan pada awal Januari tahun 2020.
Tindakan : Pengerusi MGPKNS
5.3 Kertas kerja Larian Amal MGPKNS telah pun disiapkan dan disemak. Hanya menunggu lampu
hijau dan kata putus penentuan semula tarikh pelaksanaannya yang akan diadakan pada tahun
2020.
Tindakan : Biro Sukan & Rekreasi
5.4 Pembinaan buletin sedang diusahakan untuk disiapkan oleh Biro Penerangan yang di ketuai oleh
Encik Md Nor Fadzli Md Zaki. Mengharapkan semua pengerusi daerah memberikan kerjasama dalam
penyediaan bahan-bahan serta laporan daerah masing-masing untuk dimuatkan ke dalam buletin.
Tindakan : Semua Pengerusi Daerah
5.5 Encik Alexs Bin Japius (Pengerusi MGPK Nabawan) memohon pencerahan bahan yang
bersesuaian untuk dimuatkan dalam buletin pemulihan khas.
Tindakan : Biro Penerangan
5.6 Pengerusi menjelaskan bahan-bahan yang boleh dimuatkan di dalam buletin pemulihan seperti
aktiviti pembugaran program pemulihan khas, perkongsian amalan terbaik dan pelbagai aktiviti
pemulihan yang berkaitan pernah dijalankan di daerah masing-masing.
5.7 Encik Morhaide Mokhtar (Pengerusi MGPK Keningau) bertanya tentang jumlah penyertaan
program Larian Amal MGPKNS.
Tindakan : Biro Sukan & Rekreasi
5.8 Encik Muhammad Sharif Bin Mahmud (Pengerusi MGPK Sandakan) dan Encik Suardi Abdullah
(Timbalan Pengerusi MGPKNS) bertanya tentang tarikh akhir penghantaran buletin dan kos
senaskah buletin.
Tindakan : Biro Penerangan
5.9 Kertas kerja Larian Amal MGPKNS dibentangkan Encik Faiz bagi menjawab segala persoalan dan
menjelaskan pelaksanaan keseluruhan program. Selain itu, turut memuat turun gambar
berkenaan baju larian dan medal yang telah direka khas oleh Encik Ahmad Fadzly. Baju larian
dan medal untuk diberikan kepada peserta.
6.0 ISU DAN CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PROGRAM YANG DIRANCANG
6.1 Encik Suardi Abdulah (Timbalan Pengerusi MGPK Negeri) mencadangkan perlu adanya satu
mesyuarat khas berkenaan pelaksanaan program Larian Amal MGPKNS dan mencadangkan
mesyuarat perlu diadakan pada minggu ke tiga bulan Januari tahun 2020. Selain itu, turut
mencadangkan buletin diterbitkan dalam bentuk ebook dan dijual secara online.
Tindakan : Biro Penerangan & Biro Sukan
6.2 Encik Md Nor Fadzli Zaki Md Zaki memberi respon positif cadangan yang diajukan oleh Encik
Suardi Abdullah berkenaan penyediaan buletin. Walau bagimanapun bahan maujud dalam bentuk
bercetak masih sangat diperlukan kerana boleh dijadikan sebagai bahan dokumentasi manual yang
senang dicapai bagi mereka yang tidak mempunyai kemudahan internet.
6.3 Encik Morhaide Mokhtar (Pengerusi MGPK Keningau) mencadangkan buletin boleh diterbitkan
dan dijual dalam dua dimensi. Memudahkan pembaca dan pembeli untuk membuat pilihan mengikut
selera masing-masing.
Tindakan : Biro Penerangan & Biro Sukan
6.4 Encik Muhammad Faiz Jaafar Shah mencadangkan inovasi guru-guru pemulihan di negeri Sabah
boleh dimuatkan ke dalam buletin. Secara tidak langsung membantu mempromosikan inovasi
baharu dalam program pemulihan khas disamping memberi penghargaan dan motivasi kepada guru-
guru yang sentiasa aktif berkarya.
Tindakan : Biro Penerangan & Biro Sukan
6.5 Pengerusi sangat setuju cadangan Encik Faiz Jaafar dan menganggap itu merupakan salah satu
cara pihak jabatan memberikan penghargaan dan motivasi kepada guru-guru pemulihan yang
berkarya.
6.6 Cik Maryani Haji Kasirun (Bendahari) mencadangkan agar dapat dibangunkan sebuah Blog MGPK
negeri Sabah.
Tindakan : Biro ICT & Data
7.0 HAL-HAL LAIN
7.1 Encik Md Nor Fadzli Md Zaki (Ketua Biro Penerangan) memohon kerjasama semua pengerusi
daerah agar dapat memberikan gambar-gambar aktiviti daerah bagi tahun semasa dalam bentuk
microsoft word atau publisher dengan menyertakan sekali penjelasan setiap aktiviti yang dijalankan.
Setiap daerah telah diperuntukan dua muka surat untuk dimuatkan dalam buletin dan rekabentuk
buletin mengikut kreativiti daerah masing-masing.
Tindakan : Semua Pengerusi Daerah
7.2 Pengerusi MGPK negeri mengingatkan semula kepada semua ahli mesyuarat tentang pembelian
baju batik yang baharu bagi menggantikan baju batik yang sedia ada. Baju batik baharu ini akan
digunakan semasa majlis hari inovasi dan kualiti yang bakal diadakan. Pengerusi dengan tegas
menasihatkan semua AJK dan pengerusi daerah yang belum membuat pembayaran baju batik perlu
membuat pembayaran dengan kadar segera kepada bendahari iaitu Cik Maryani Hj Kasirun.
Kelewatan membuat pembayaran boleh menyebabkan tempahan tidak dapat dilakukan.
Tindakan : Semua AJK dan Pengerusi Daerah
7.3 Pengerusi MGPK negeri mengingatkan sekali lagi kepada Encik Md Nor Fadzli Md Zaki dan Encik
Muhammad Faiz agar membuat tindakan seperti yang telah dibincangkan dan diputuskan.
Tindakan : Biro Penerangan & Biro Sukan
Pengerusi MGPK negeri merumuskan hasil mesyuarat dengan mengucapkan sekalung tinggi
penghargaan terima kasih kepada Encik Adzrul Puddin di atas kesudian hadir dalam mesyuarat yang
diadakan hari ini. Begitu juga dengan rakan-rakan semua atas kerjasama padu yang diberikan selama
ini. Beliau turut mendoakan agar MGPK Negeri Sabah akan terus kukuh dan bersatu padu. Akhir
kalam tersilap tutur kata mohon dimaafkan “Yang Baik Itu Datangnya Daripada Allah S.W.T dan
tidak baik itu atas kelemahan diri sendiri”
Mesyuarat Majlis Guru Pemulihan Khas negeri Sabah ditangguhkan pada jam 9.30 malam dan akan
disambung ke suatu tarikh yang akan ditentukan nanti.
Disediakan oleh, Disemak oleh,
.…………………………………………………………. ………………………………………
(AHMAD FADZLY BIN MOHD SATNEH) (SUFIA HAJI ATI)
Setiausaha MGPK Negeri Sabah Pengerusi MGPK Negeri Sabah
Jabatan Pendidikan Negeri Jabatan Pendidikan Negeri
SABAH. SABAH.
Disahkan oleh,
.………………………………………………………….
(ADZRUL BIN PUDDIN)
Penolong Pengarah Unit Pemulihan Khas
Sektor Pembelajaran,
Jabatan Pendidikan Negeri, SABAH.
S.K: 1. Pengarah Pendidikan Negeri, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.
2. Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.
3. Fail MGPKNS.