KELAB
MPU24021
NAMA NOMBOR MATRIK
Nurul Anis Shahira binti Rashidi 18DUP20F1021
Elly Syamira Ayuni binti Firhisyam 18DUP20F1023
18DUP20F1031
Nurathirah Nasuha binti Amran
AS
ISI KANDUNGAN
Pengenalan 3
4
Sejarah ringkas seni
khat 7
Perkembangan khat 8
di Malaysia 22
Jenis-jenis khat 24
27
Tokoh-tokoh seni 29
khat 31
33
Persediaan menulis
seni khat
Perbahasan
Hukum menulis khat
Garis Panduan
Kaligrafi Al-Quran
Kesimpulan
PENGENALAN
Kesenian islam merupakan hasil karya
ciptaan manusia yang berteraskan ciri-ciri
islam. Islam membenarkan kesenian dengan
pelbagai cara dan menggalakkan
perkembangan seni tetapi mestilah
berlandaskan syariat Allah. Seni khat
merupakan khazanah dunia tertua yang
dimiliki oleh umat islam. Seni kaligrafi islam
dikaitkan dengan seni khat yang berkaitan
dengan al-quran dan hadis. Seni khat
berperanan mengabdikan al-quran dalam
bentuk tulisan dan juga untuk
pembangunan dan sebagainya.
Perkembangan seni khat seiring dengan
kemajuan perkembanAgSan dakwah islamiyyah
dan ilmu islam.
SEJARAH RINGKAS SENI KHAT
Penulisan Khat yang pertama di dunia dipercayai
dihasilkan di Kufah, Iraq dalam kurun ke tujuh. Fakta
yang tercatat daripada sumber bertulis – seorang sufi
mendapat ilham menghasilkannya melalui mimpi. Tulisan-
tulisan yang dihasilkan dinamakan Kufic (Kufi) iaitu
tulisan yang tidak bercantum. Ia digunakan sehingga
kurun ke-12.
Pada kurun ke 10 – seni kaligrafi Islam tersebar ke
Parsi dengan gabungan-gabungan huruf yang lebih
berseni. Tulisan kaligrafi Islam ini terdiri daripada
beberapa jenis iaitu khat Kufi, Khat Nasakh, Khat
Diwani, Khat Thuluth, Khat Riqa.
Tulisan kaligrafi dari jenis Nasakh
dijadikan asas dalam mempelajari
sistem tulisan Arab di negara
berkenaan. Alam Melayu tidak
terkecuali menyerap unsur Nasakh
ini sebagai asas pembelajaran
tulisan jawi, yang kemudianAnSya
dipertingkatkan dengan sistem
tulisan khat yang lain.
Khat Kufi dikatakan sebagai khat yang paling popular
didunia. Ia digunakan sebagai tulisan dalam Al-Quran
selama tiga kurun lamanya. Sistem khat Kufi yang tidak
mengalami banyak perubahan semasa menjadi asas ia
dikekalkan sebagai tulisan di dalam naskah al-Quran.
Pada kurun ke-16 dan 17 – seni khat pernah menjadi
medium komunikasi terpenting dalam menyampaikan mesej
diplomatik. Ia diperkenalkan oleh Housam Roumi semasa
era Suleyman 1 di wilayah Turki. Kesenian tulisan khat
jenis ini terserlah melalui tanda diakritik dengan tulisan
yang menarik. Seni khat yang dikenali dengan nama
Diwani ini berkembang seiring dengan variasinya iaitu
Diwani al-Jali yang berbingkai.Antara seni khat yang
masih lagi menjadi tumpuan para peminat seni warisan
Islam hingga kini termasuklah khat Tuluth dan khat Riqa.
Pada awal perkembangan seni khat, sejenis pokok yang
direncongkan hujungnya dan dicelup dengan cecair
dakwat, ditulis pada kepingan kulit-kulit tamar, kulit
kambing yang dikeringkan dan daun-daun papyrus yang
dijadikan kertas. Namun begitu, alam Melayu
menyaksikan penggunaan batang-batang pokok resam
sebagai alatan utama untuk menulis khat. Batang resam
yang ditiruskan pada bahagAiaSn hujungnya akan dicelupkan
dengan dakwat sebelum tulisan khat dilakarkan pada
kertas.
Seni Khat yang teradaptasi dengan dunia moden terus
berkembang tetapi masih lagi bertapak pada seni yang
asal iaitu dalam konteks keIslaman (mentauhidkan Allah
dan lebih berupa nasihat). Kini, seni khat bukan sahaja
terlakar pada kepingan kertas malahan menjadi hiasan
bercorak islamik apabila ia ditulis pada kepingan cermin,
diukir pada mimbar-mimbar masjid dan turrut dijadikan
cenderamata untuk kenangan. Nafas baru dalam
penghasilan seni khat ini secara tidak langsung
meningkatkan martabat seni khat sebagai unsur seni
yang cukup tinggi.
Nama-nama besar di alam Melayu dalam bidang seni
khat seperti Profesor Mohd Bukhari Lubis dan Imad,
sudah cukup membuktikan kesenian unggul Islam ini
berkesinambungan selamanya. Usaha Pak Matlob yang
giat meneruskan kesinambungan sistem tulisan jawi (asas
dalam seni khat) sesuatu yang amat membanggakan. Seni
khat tidak akan berkubur ditelan arus zaman dengan
adanya insan-insan yang mewarisi bakat mempertahankan
kesenian unggul Islam seperti mereka. Sesungguhnya seni
kaligrafi Islam adalah lambang kesenian unggul tamadun
Islam yang tiada tandingannya.
AS
PERKEMBANGAN KHAT DI MALAYSIA
Pertemuan batu bersurat di Terengganu
telah membuktikan bahawa seni khat telah
diguna pakai di Tanah Melayu sehak
ratusan tahun lagi.
Pada zaman keagungan Kerajaan Melayu
Islam di seluruh Alam Melayu seni khat
diabdikan di atas duit syiling iaitu pada
zaman pemerintahan Sultan Muzaffar
Shah.
Zaman penerintahan Sultan Abdul Jalil
Shah wang enas, cop mohor, pingat dan
bintang kebesaran kerajaan negeri diukir
dengan khat. Tenunan songket dan hiasan
juga membuktikan keunikan pengguna seni
khat di Tanah Melayu dan seterusnya
Malaysia.
Pengaplikasikan seni kAhSat terus berkekalan
sehingga hari ini dengan menggunakan ayat
al-quran.
JENIS-JENIS
KHAT
AS
TERDAPAT PELBAGAI JENIS KHAT YANG
DAPAT DIPELAJARI IAITU:
Khat Nasakh
Khat Thuluth
Khat Diwani
Khat Kufi
Khat Farsi
Khat Riq'ah
AS
KHAT NASAKH
Pengasasnya ialah Ibnu Muqlah
Berkembang dari Khat Hijazi iaitu berbentuk
lembut
Dinamakan Nasakh kerana digunakan untuk
menaskhan Al Quran
Digunakan juga untuk menulis kitab, buku,
akhbar dan sebagainya
Khat ini adalah khat yang paling asas untuk
diajarkan di sekolah-sekolah.
CIRI-CIRI :
Ditulis dengan huruf
bersaiz kecil
(kebiasaannya 1 mm)
Berbaris tanpa hiasan
yang rumit
Mudah dibaca AS
CONTOH KHAT NASAKH
AS
KHAT THULUTH
Thuluth bermaksud satu pertiga
Pengasasnya oleh Ibnu Muqlah
Dikenali sebagai 'Raja Khat'
Ia adalah gaya yang paling indah tetapi sukar
dikuasai
Digunakan sebagai hiasan bangunan, kubah
masjid, tajuk buku dan lain-lain.
Terbahagi kepada dua iaitu:-
Thuluth A'adi
Thuluth Jali
CIRI-CIRI :
Mempunyai banyak hiasan yang padat
Huruf Alif, Lam dan Kaf mempunyai kepala
(tarwis)
Hurufnya lebih besaArSdari Nasakh
CONTOH KHAT THULUTH
AS
KHAT DIWANI
Pengasasnya ialah Ibrahim Munif
Dinamakan Diwani kerana penggunaannya di
dewan sultan
Terbahagi kepada dua iaitu:-
Diwani Jali
Diwani Himayuni
CIRI-CIRI :
Ditulis dengan huruf bersaiz kecil
(kebiasaannya 1 mm)
Berbaris tanpa hiasan yang rumit
Mudah dibaca
AS
CONTOH KHAT DIWANI
AS
KHAT KUFI
Khat terawal dan dimasyurkan di Kufah
Digunakan untuk penulisan Al Quran, hiasan
bangunan dan logo
Terbahagi kepada 4 jenis iaitu:-
Kufi Kuno
Kufi Fatimi
Kufi Empat Segi (Murabba)
Kufi Moden
CIRI-CIRI :
Hurufnya berbentuk keras
dan lurus
Tidak berbaris dan lebar
Ditulis dengan perkiraan
matematik
CONTOH KHAT KUFI
AS
KHAT FARISI
Pengasasnya ialah Mir Al Tabrizi (1416M)
Dikenali juga dengan nama Nasta'liq (gabungan
Naskh dan Ta'liq)
Digunakan secara meluas di Iran, India dan
Pakistan untuk penulisan Al Quran, buku, tajuk,
tanda nama jalan dan sebagainya.
CIRI-CIRI :
Condong ke kanan
Titiknya hanya separuh segi
Tiada tanda bacaan dan hiasan
AS
CONTOH KHAT FARISI
AS
KHAT RIQ'AH
Riq’ah bermaksud cebisan kertas
Diasaskan oleh Mumtaz Bik ( Zaman
Uthmaniyah ) .
Terhasil dari Khat Diwani dan Khat Siaqat
Digunakan untuk menulis nota, buku dan boleh
ditulis dengan pantas
Khat yang paling mudah dipelajari
CIRI-CIRI :
Berbentuk ringkas, kecil, lurus dan pendek
Titiknya hanya separuh segi
Jelas dan mudah dibaca
Tiada tanda bacaan
AS
CONTOH KHAT RIQ'AH
AS
TOKOH-TOKOH
SENI
KHAT
AS
1. Al-Dhahaq bin Ijlan dan Qutabah yang
memperkenalkan khat nasakh mulai abad 5M.
2. Ibrahim al-Syujairi yang menghasilkan khat jenis
al-Jalil, al-Thuluthain dan al-Thuluth.
3. Yusuf al-Syujairi yang menghasilkan khat jenis al-
riayasi.
4. Muhammad bin Muqalan seorang menteri
Abbasiyah yang mahir dalam tulisan khat jenis al-
duri.
5. Al-Hasan al-Naqulah mahir dalam seni khat
nasakh.
6. Muhamad al-Samsari dan Muhamad bin Asad telah
memperbaiki tulisan khatnasakh dan al-tauqia’ah.
7. Abu Hasan Ali bin Hilal (Ibnu al-Bawwab) yang
memperlengkapkan lagi kaedah penulisan khat.
8. Syeikh Jamaluddin AYaSqut al-Mustakami yang
merupakan seorang ahli khat yang handal di
Baghdad.
PERSEDIAAN
MENULIS SENI
KHAT
AS
PERALATAN MENULIS
Pen / Pena
Kertas
Dakwat
Bekas dakwat
Pisau atau Cutter
Kertas Pasir
pembaris
Pensel
PENA
Pen khat Tradisional
Handam (Resam)
Buluh
Tunjang pipit
Rotan
Duri landak
PERBAHASAN
AS
KATA-KATA ULAMA MENGENAI HUKUM
KHAT
Hukum menulis ayat al-Quran mengikut corak
tertentu seperti wau, bunga dan lain-lain.
Pada asasnya, al-Quran wajib dimuliakan, diagungkan dan
dihindarkan daripada sebarang perkara yang boleh
membawa wujudnya unsur kehinaan atau merendahkan.
Imam Nawawi dalam menegaskan hal ini menyebut:
“Para ulama telah bersepakat akan wajibnya menjaga
Mushaf al-Quran dan memuliakannya.” (Lihat al-Tibyan fi
Adab Hamalat al-Quran, hlm. 190)
Malah jumhur ulama menyatakan wajib bagi seseorang
Muslim itu suci daripada hadas kecil dan besar sebelum dia
memegang mushaf dan menanggungnya. Firman Allah SWT:
اَل َيَم ُّس ُه ِإاَّل اْلُم َط َّه ُروَن
Maksudnya: “Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-
makhluk yang diakui bersih suci.” Surah al-Waqi’ah (79)
Di dalam kitab Nawadir al-Usul dijelaskan: Menyentuh,
memegang atau membawa (mAenSgangkat mushaf al-Quran)
hendaklah dalam keadaan suci (berwuduk), sama ada ayat-
ayat al-Quran itu ditulis pada kertas, papan, besi, kain dan
sebagainya. (Lihat Nawadir al-Usul fi Ma’rifah Ahadith al-
Rasul, 2/392)
HUKUM
MENULIS KHAT
AS
Penulisan ayat-ayat al-Quran dalam bentuk
hiasan yang keterlaluan yang boleh
menimbulkan kekeliruan dan kesukaran
kepada pembaca adalah dilarang.
Penulisan khat ayat al-Quran boleh dibuat
dengan syarat ditulis dengan betul dan mudah
dibaca.
Tulisan khat ayat al-Quran tidak boleh
dicampuradukkan dengan ayat-ayat lain
sehingga boleh mengelirukan pembaca.
Tulisan khat ayat-ayat al-Quran mestilah
ditulis dengan sempurna dan susunan ayat-
ayatnya tidak boleh terputus-putus sehingga
mencacat atau mengelirukan atau
mengubahnya.
Tulisan seni khat ayat-ayat al-Quran yang
dibuat dalam pelbagai bentuk sehingga
menimbulkan kekeliruan dan menghilangkan
tujuan ayat-ayat alA-QSuran diturunkan iaitu
untuk dibaca, difahami dan dihayati adalah
dilarang. (Lihat Kompilasi Muzakarah MKI 2016
– Jakim, hlm. 210-211)
GARIS PANDUAN
KALIGRAFI
AL-QURAN
AS
Dilarang menulis kaligrafi Al-Quran berbentuk
makhluk bernyawa atau sebarang bentuk yang
boleh menjatuhkan kesucian Al-Quran;
Latar belakang kaligrafi tidak boleh
mengandungi sebarang unsur makhluk
bernyawa atau yang tidak sesuai dengan
kemuliaan al-Quran.
Setiap penulisan mestilah sempurna dan
mengikut kaedah penulisan kaligrafi Al-Quran;
Khat yang susah dibaca seperti Khat Kufi
Murabba’ dan Khat Diwani Jaliyy hendaklah
menyertakan sekali Khat Nasakh bersaiz kecil
di bahagian bawah karya tersebut bagi
memudahkan pengecaman masyarakat untuk
membaca kaligrafi Al-Quran;
Setiap penulisan mestilah sempurna dari segi
maksud ayat dan tidak tergantung dari aspek
maksud ayat. (Lihat Garis Panduan Kaligrafi Al-
Quran, hlm. 6-7) AS
KESIMPULAN
AS
Sebagai kesimpulannya, seni khat merupakan
salah satu lambang kemajuan tamadun umat
Islam dalam dunia ilmu dan seni kerana ia
merupakan keindahan tulisan yang tercetus
dari kelembutan jari dan kehalusan pemikiran
serta cita rasa penulisnya. Di dalam kajian ini,
kami mendapati bahawa tulisan khat dapat
terbahagi kepada enam jenis khat iaitu khat
thuluth, khat nasakh, khat kufi, khat riq’ah,
khat diwani dan khat muhaqqaq.
Walaupun terdapat banyak tulisan seni khat di
tengah-tengah masyarakat Islam, namun yang
paling terawal dikenal umum ialah jenis khat
nasakh dan khat kufi. Selain itu, kami
mendapati bahawa seni khat telah
berkembang di Alam Melayu sejak ratusan
tahun lagi di mana khat Arab telah terpahat di
lupuk hati masyarakat Melayu. Kehebatan seni
khat ini telah berkembang sehingga ke hari ini
yang tidak pernah pudar dan hampir seluruh
dunia Islam kini kekal menggunakannya untuk
pelbagai tujuan. AS
SEKIAN
TERIMA KASIH
AS