Hari Anugerah 15 DISEMBER 2023 KOKURIKULUM & HAL EHWAL MURID SMK VIVEKANANDA
OBJEKTIF KOKURIKULUM Menghargai dan mengiktiraf penglibatan murid dalam pembentukan sahsiah dan disiplin. Memberi galakan kepada murid-murid untuk sentiasa memperbaiki dan meningkatkan disiplin diri. OBJEKTIF HEM Menghargai dan mengiktiraf murid yang menerajui setiap unit kokurikulum. Menghargai dan mengiktiraf kejayaan murid dalam aktiviti dan pertandingan. Menghargai dan mengiktiraf penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum. Menghargai dan mengiktiraf sumbangan dan komitmen murid. Memberi galakan kepada murid-murid lain supaya bergiat aktif dalam kokurikulum.
ATUR CARA MAJLIS NYANYIAN LAGU NEGARAKU UCAPAN ALUAN PENGERUSI MAJLIS BACAAN DOA UCAPAN TUAN PENGETUA PENYAMPAIAN SIJIL PENGHARGAAN DAN CENDERAMATA (SESI 1) *BADAN BERUNIFORM *KELAB PERSATUAN *SUKAN PERMAINAN *UNIT TINGKATAN 6 *LEMBAGA KOPERASI DAN REDAKSI *KEHADIRAN PENUH 100% (PLATINUM) *KEHADIRAN 95% TINGKATAN 3 & 4 (GOLD) PERSEMBAHAN PENYAMPAIAN SIJIL PENGHARGAAN DAN CENDERAMATA (SESI 2) *KEHADIRAN 95% TINGKATAN 5 & 6 (GOLD) *SAHSIAH UNGGUL INDIVIDU TERBILANG (SUIT) *KELAS TERBERSIH *ANUGERAH MURID *ANUGERAH GURU MAJLIS BERSURAI SESI PAGI SESI PETANG UCAPAN ALUAN PENGERUSI MAJLIS NYANYIAN LAGU NEGARAKU BACAAN DOA UCAPAN PENOLONG KANAN PETANG PENYAMPAIAN SIJIL PENGHARGAAN DAN CENDERAMATA *KELAB PERSATUAN *BADAN BERUNIFORM *SUKAN PERMAINAN *PENGAWAS KOPERASI *ANUGERAH GURU (KOKURIKULUM) *KELAS TERBERSIH *KEHADIRAN 95% TINGKATAN 1 & 2 (GOLD) *KEHADIRAN PENUH 100% (PLATINUM) *ANUGERAH NILAM *SAHSIAH UNGGUL INDIVIDU TERBILANG (SUIT) *ANUGERAH GURU (PIBG) MAJLIS BERSURAI
AJK MAJLIS PENASIHAT EN SELVA KUMAR A/L ARUMUGAM PENGERUSI PN SITI MARSILA BT MOHD RIDZOR NAIB PENGERUSI EN SINNATHAMBY A/L MUTHUSALLY EN YUSNY BIN YUSOFF PN SHARIFAH NOOR IZYANI BT. SYED OTHMAN EN RAMESH KUMAR A/L PANDIAN SETIAUSAHA PN NOR SHIGIM BT. BAHARUDIN JAWATANKUASA TEKS UCAPAN PENASIHAT PN VASALA A/P RAGAVAN AJK PN NORSELFI SHAFRINA BT. MOHAMAD (PAGI) PN MAZALENA BT OTHMAN (PETANG) JAWATANKUASA BUKU PROGRAM PENASIHAT PN NANY SUHAILA BT ZOLKEFLY AJK Pn THAM MEN YIE (PAGI) PN NUR FARALINA BT ASRAB ALI (PETANG) JAWATANKUASA BACAAN DOA PENASIHAT PN NANY SUHAILA BT ZOLKEFLY AJK PN NORASHILAWATI BT. MOHAMED NOR (PAGI) USTAZ ZULKIFLI BIN AHMAD (PETANG) JAWATANKUASA PENGACARA MAJLIS PENASIHAT PN RAZIAH BT. MOHD KAUS AJK CIK LONG WAN LING (PAGI) PN RAFIZZAH BT. MOHD JASLAN PN SUMARNI BT. MOKHTAR (PETANG) EN MUHAMMAD NAZREEN SHAH BIN MOHAMED JOHARI JAWATANKUASA PENYEDIAAN CENDERAMATA DAN HADIAH PENASIHAT PN RAZIAH BT. MOHD KAUS AJK PN NURUL FARHANA BT. JAMALUDDIN (PAGI) PN NURUL ZAWANI BT RUSLI PN NURUL AINA BT TALIB (PETANG) EN ZARUL AIDIEL BIN ABDUL AZIZ
AJK MAJLIS JAWATANKUASA PEMILIHAN TOKOH KOKURIKULUM PENASIHAT EN JAMRI BIN JARENIE AJK KOKURIKULUM PN NORAINI BT. HARUN EN SEGAR A/L A.MANIVELOO AJK HEM PN NOORASHIKIN BT. MOHD REJAB PENYELARAS T1-T6 1. PN NUR FARALINA BT. ASRAB ALI 2. PN NURLIANA NAJIHAB BT. AHMAD NADZRI 3. PN NORASHILAWATI BT. MOHAMED NOOR 4. PN NORSELFISHAFRINA BT. MOHAMAD 5. PN NORIAH BT. YAHYA 6. PN NOR ERLINA BT. MOHD ZULKEFLI JAWATANKUASA SIJIL PENASIHAT PN NORAINI BT. HARUN PN NOR SHIGIM BT. BAHARUDIN AJK KOKURIKULUM CIK T. THAMARAIY A/P TORESINGAM PN NATASHYA BT. AZALI PN NOOR FARIEHA BT. SIDEK PN ADILAH BT. CHE MANSOL AJK HEM PN NG SWEE HIANG PN NURLIANA NAJIHAH BT. AHMAD NADZRI GURU-GURU PENASIHAT KOKURIKULUM JAWATANKUASA PA SISTEM PENASIHAT EN JAMRI BIN JERENIE AJK EN. MOHD SHAMRIL HAFIZIE BIN MAHMOOD (PAGI) EN. MUHAMMAD HARITH BIN ROSLY (PETANG) PENGAWAS SEKOLAH JAWATANKUASA SERANTA DAN DISIPLIN PENASIHAT PN NANY SUHAILA BT ZOLKEFLY AJK EN ABDUL RAZAK B. AB. FATAH (PAGI) EN ROSLEE BIN MOHAMAD (PETANG) JAWATANKUASA FOTOGRAFI DAN DOKUMENTASI PENASIHAT PN SHARIFAH NOOR IZYANI BT SYED OTHMAN AJK CIK VINOTHESWARY A/P MANGALANATHAN (PAGI) PN LIM WAI LENG PN. NOR EZZATY SYARAFINA BINTI NORYAMAL (PETANG) PN MAZALENA BT. OTHMAN JAWATANKUASA PENYAMPAIAN SIJIL , CENDERAMATA DAN HADIAH PENASIHAT PN SITI MARSILA BT. MOHD RIDZOR AJK PN LEE HUI HUI (PAGI) CIK SITI LAILATUL BADRIAH BT. IDRIS PN NORHASLINDA BT. ABD MANAN PN NUR IDAYU BT. MOHAMAD PN NUR AZYAN BT. MOHD TAHIR PN NOR AINI BT YUSOFF (PETANG) PN SITI FATIMAH BT. HARUN PN NOOR SYUHADA BT. MOHD NOOR JAWATANKUASA PENGURUS PENERIMA ANUGERAH KOKURIKULUM PENASIHAT EN JAMRI BIN JERENIE AJK EN MOHD AHMARIWAN BIN MOHAMED ZIN (PAGI) PN NOOR AZWANI BT. RUSLI PN NUR SYAHIRAH BT. MOHD YUSOF PN FATIN SYAHIDA BT. CHE PA PN NORMIZA BT MOHAMED HARIRI (PETANG) PN KU MAHFUZAH BT. KU MANSOR
TEKS UCAPAN PENGETUA Terima kasih kepada pengerusi majlis Selamat pagi, salam sejahtera , Salam Malaysia Madani dan Salam ABC (Anak Baik lagi Cerdik), Yang berusaha Puan Siti Marsila binti Mohd Ridzor, Penolong Kanan Kokurikulum, Encik Sinnathamby a/l Muthusally, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Encik Yusny bin Yusoff, Penolong Kanan Pentadbiran, En Ramesh Kumar a/l Pandian, Penolong Kanan Tingkatan 6, Barisan Guru Kanan Mata Pelajaran, guru- guru dan murid-murid yang dikasihi sekalian. Bersyukur kita kerana pada hari ini kita dapat bersama-sama berkumpul bagi meraikan Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid (HEM) sesi 2023/2024. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ahli jawatankuasa majlis ini kerana berjaya mengadakan majlis ini sebagai tanda sokongan, galakan dan penghargaan kepada murid-murid SMK Vivekananda. Majlis ini merupakan acara tahunan yang memberi pengiktirafan kepada murid yang telah menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam bidang kokurikulum dan HEM. Oleh itu, diharapkan majlis ini juga akan mampu mengukir kenangan manis serta mencatat nostalgia penuh bermakna dalam lipatan sejarah sebagai murid-murid SMK Vivekananda di samping menjadi perangsang kepada murid-murid untuk terus mencapai kejayaan dan kecemerlangan pada masa akan datang. Saya yakin SMK Vivekananda akan dapat melahirkan generasi pewaris pemimpin negara yang memiliki semangat perpaduan dan semangat kesukanan, mencakupi pelbagai rutin kehidupan dan berketrampilan dalam pelbagai bidang. Hal ini demikian kerana kita tidak mahu melahirkan ulat buku yang hanya cemerlang dari segi akademik semata-mata, sebaliknya generasi yang seimbang perkembangannya dari segi jasmani, emosi, Rohani, intelektual dan sahsiah mempunyai disiplin diri yang tinggi, berketrampilan, dan mampu memainkan peranan dalam masyarakat. Gandingan mantap antara semua pihak akan menjadikan SMK Vivekananda lebih beraspirasi untuk meningkatkan pencapaian kokurikulum murid agar terus cemerlang. Warga Vivekananda sekalian, Untuk pengetahuan semua, pelibatan murid dalam bidang kokurikulum pada tahun ini masih ada yang melibatkan aktiviti secara dalam talian sama ada peringkat sekolah, daerah, negeri, kebangsaan mahupun antarabangsa. Aktiviti yang dijalankan bukan sahaja melibatkan aktiviti fizikal tetapi banyak aktiviti yag melibatkan kreativiti murid-murid. Syukur, tahun 2023 telah melakar banyak kejayaan. Kejayaan ini menggambarkan usaha dan kerjasama yang terjalin antara pentadbiran sekolah, guru-guru dan muridmurid. Dalam majlis ini juga, pihak sekolah turut memberi pengiktirafan kepada guru-guru yang menjadi tulang belakang kepada kejayaan dan kecemerlangan dalam bidang Kokurikulum. Diharapkan dengan penganugerahan ini akan memberi semangat kepada guru-guru untuk bertugas dengan lebih cemerlang untuk membawa lebih banyak kejayaan kepada anak-anak murid. Kepada penerima anugerah dan penghargaan, sekalung tahniah untuk anda. Saya berharap agar kecemerlangan yang ditunjukkan oleh penerima anugerah akan menjadi pemangkin kepada murid-murid lain untuk meningkatkan mutu pencapaian masing-masing dalam bidang kokurikulum dan HEM juga akademik serta sahsiah diri pada masa akan datang. Nilai kebendaan anugerah dan sijil bukanlah menjadi ukuran. Yang penting, murid-murid telah diberi pengiktirafan yang begitu bermakna dalam hidup anda. Bagi pihak sekolah, saya mendoakan agar murid-murid akan terus melakar kejayaan yang bakal membanggakan diri sendiri, keluarga, sekolah, masyarakat, bangsa dan negara. Warga Vivekananda sekalian, Di kesempatan ini juga, saya sekali lagi ingin merakamkan ucapan tahniah dan ribuan terima kasih kepada warga kerja dan barisan jawatankuasa yang telah berusaha untuk menjayakan Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum dan Hem tahun 2023/2024. Akhir kata, dengan sukacitanya saya merasmikan Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum dan HEM tahun 2023/2024. Sekian. Terima kasih
TEKS UCAPAN PK PETANG Terima Kasih kepada Pengerusi Majlis Yang Berusaha, Encik Selva Kumar selaku Pengetua SMK Vivekananda. Yang dihormati, Barisan guru Penolong Kanan, Sekolah Menengah Kebangsaan Vivekananda, guru-guru kanan mata pelajaran, barisan ahli jawatankuasa pelaksana majlis, warga guru dan seterusnya murid-murid yang dikasihi sekalian. Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh dan Salam Malaysia Madani. Alhamdulillah, setinggi-tinggi ucapan kesyukuran saya rafakkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, kita semua dapat berkumpul pada majlis yang dinanti-nantikan ini. Saya juga ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa majlis yang telah berjaya menganjurkan majlis ini meskipun bebanan tugas para guru semakin memuncak menjelang cuti sekolah esok, namun atas semangat dan komitmen padu semua guru, setiap amanah yang diberikan telah berjaya dilunaskan dengan sebaiknya. Saya berasa amat terharu atas sumbangan bakti anda semua. Semoga Tuhan merahmati buat para guru terutamanya guru-guru sesi petang SMK Vivekananda. Sidang hadirin yang dimuliakan, Hari Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid ini merupakan kemuncak pengiktirafan pihak sekolah kepada pencapaian murid yang cemerlang khususnya dalam bidang kokurikulum dan hal ehwal murid sepanjang tahun 2023/2024. Pengiktirafan dan penghargaan diberikan atas usaha serta penglibatan daripada unit beruniform, kelab dan persatuan serta sukan permainan. Banyak kelebihan yang diperolehi murid-murid sekiranya melibatkan diri secara aktif dalam bidang kokurikulum sama ada di peringkat sekolah, daerah, negeri, kebangsaan mahupun di peringkatantarabangsa. Hakikat yang murid perlu ketahui ialah aktiviti kokurikulum ini amat penting sebagai salah satu kriteria pemilihan untuk memasuki institusi pengajian tinggi selepas tamat pengajian sekolah menengah. Setinggi-tinggi tahniah kepada semua penerima hadiah. Semoga anugerah yang diperoleh akan terus membakar semangat anak-anak murid untuk terus cemerlang dalam setiap apa jua bidang yang diceburi. Pada kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada barisan pemimpin pengawas, pengawas Pusat Sumber dan Pengawas Koperasi atas sumbangan dan khidmat bakti dalam membantu pihak guru mengawal disiplin dan melancarkan program-program yangtelah dijalankan sepanjang tahun ini. Jutaan terima kasih juga saya dedikasikan kepada semua guru sesi petang yang terlibat dalam urus tadbir sesi petang amnya hal dan ehwal murid dan juga unit kokurikulum sekolah khususnya. Akhir sekali, saya sekali lagi mengucapkan syabas dan tahniah kepada murid-murid yang akan menerima anugerah kokurikulum dan HEM padda hari ini. Harapan saya agar murid-murid Vivekananda terus melakar dan melegasikan kejayaan dalam semua bidang yang diceburi. Ayunan dibuai laju-laju, Hingga sampai ke pokok sena; Warga Vivekananda boleh maju, Hingga sampai ke mercu dunia. Dengan lafaz suci bismillahirrahmanirrahim, saya merasmikan “Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid Sekolah Menengah Kebangsaan Vivekananda bagi tahun 2023/2024. Sekian, wassalamualaikum warrah matullahi wabarokatuh.
SENARAI PENERIMA ANUGERAH UNIT BERUNIFORM KADET REMAJA SEKOLAH KOR KADET POLIS (PDRM) PASUKAN PANCARAGAM PANDU PUTERI RANGER PERGERAKAN PENGAKAP PERGERAKAN PUTERI ISLAM PBSM SIJIL PENGHARGAAN AJK UNIT KOKURIKULUM KELAB PERSATUAN PERSATUAN BAHASA MELAYU PERSATUAN BAHASA INGGERIS PERSATUAN BAHASA TAMIL PERSATUAN SAINS & MATEMATIK PERSATUAN SEJARAH RUKUNEGARA/SETIA PERSATUAN AGAMA ISLAM KELAB PENGGUNA PERSATUAN AGAMA HINDU KELAB ALAM SEKITAR KELAB REKA CIPTA KELAB SENI KELAB KEBUDAYAAN KELAB BRIDGED BESTARI SUKAN PERMAINAN KELAB BADMINTON KELAB BOLA BALING KELAB BOLA JARING KELAB BOLA SEPAK KELAB HOKI KELAB OLAHRAGA KELAB PING PONG KELAB SEPAK TAKRAW KELAB CATUR & PERMAINAN DALAMAN UNIT TINGKATAN 6 PENGAKAP KELANA PASUKAN INSTITUSI PERTAHANAN AWAM (PISPA) PANDU PUTERI ALAM SEKITAR KEWANGAN KEBUDAYAAN PERSATUAN TINGKATAN ENAM PETANQUE BOLA JARING FUTSAL AHLI LEMBAGA KOPERASI DAN REDAKSI AHLI LEMBAGA KOPERASI REDAKSI
SENARAI PENERIMA ANUGERAH SIJIL KEHADIRAN PENUH 100 % (PLATINUM) ANUGERAH HAL EHWAL MURID SESI PAGI
SENARAI PENERIMA ANUGERAH SIJIL KEHADIRAN PENUH 100 % (PLATINUM) ANUGERAH HAL EHWAL MURID SESI PETANG
SENARAI PENERIMA ANUGERAH SAHSIAH UNGGUL INDIVIDU TERBILANG (SUIT) ANUGERAH HAL EHWAL MURID SESI PAGI
SENARAI PENERIMA ANUGERAH SAHSIAH UNGGUL INDIVIDU TERBILANG (SUIT) ANUGERAH HAL EHWAL MURID SESI PAGI
SENARAI PENERIMA ANUGERAH SAHSIAH UNGGUL INDIVIDU TERBILANG (SUIT) ANUGERAH HAL EHWAL MURID SESI PETANG
SENARAI PENERIMA ANUGERAH NILAM 2023 ANUGERAH HAL EHWAL MURID SESI PETANG
SENARAI PENERIMA ANUGERAH ANUGERAH HAL EHWAL MURID KELAS TERBERSIH SESI PAGI SESI PETANG 3 PROAKTIF 4 A1 5 A2 6 AK3 1 PROGRESIF 2 KREATIF
SENARAI PENERIMA ANUGERAH PENGAWAS KOPERASI PUTERI NURFATIHAH NADIAHTUN BINTI ULYADI AMANI QASHRINA BINTI NOOR AMIN NUR ALYA AISYAH BINTI RAHIM NURUL SOFEA ARISSA BINTI MOHD NAZARI SITI NUR AQILAH NAJIHAH BINTI MOHD NORAZMAN NUR SYAKILLA QALESYA BINTI MOHD ZAINI MOHAMMAD NOR FIKRIRULLAH BIN ZAIFULLAH MUHAMMAD ARIF DANIEL BIN ABDULLAH INSYIRAH DAMIA BINTI SHUHAILI DAMIA QAISARA BINTI MOHD RIDUWAN
SENARAI PENERIMA ANUGERAH ANUGERAH MURID ANUGERAH KEPUJIAN KOKURIKULUM SUKAN DENISH RAHMAN BIN ANSAR ALI 4A3 ANUGERAH CEMERLANG KOKURIKULUM KO AKADEMIK VANISHREE A/P KUMARAGURU 5SC ANUGERAH CEMERLANG KOKURIKULUM KO AKADEMIK MUZHUNILAVAN A/L MANIVASAKAN 5 SC ANUGERAH CEMERLANG KOKURIKULUM AIDA AFIQAH BINTI SHAHRULNIZAM 6AK2 ANUGERAH KHAS KOKURIKULUM DANUSH RAJ A/L NAVENDRAN 6AK1
SENARAI PENERIMA ANUGERAH ANUGERAH GURU PN. AFIQAH BINTI KHALID PN. HAZIZAN DAZILA BINTI HAMZAH PN. NORHASLINDA BT. AB MANAN PN. N.PARAMESWARI A/P NADARAJAH EN. SEGAR A/L MANIVELOO EN. ABDUL RAZAK B. AB. FATAH PN. HANISAH BINTI JUSOH PN. NORAINI BINTI HARUN EN. MOHD AHMARIWAN BIN MOHAMED ZIN EN. MOHD SHAMRIL HAFIZIE B. MAHMOOD PN NOR EZZATY SYAFARINA BT NORYAMAL EN ZARUL AIDIEL B. ABDUL AZIZ EN. MUHAMMAD NAZREEN SHAH B. MOHAMED JOHARI
SENARAI PENERIMA ANUGERAH GURU MENCAPAI SUMBANGAN PIBG PN NUR IDAYU BT MOHAME PN NATASHYA BT AZALI PN S.THANESWARI A/P SANKARAN CIK THAMARAIY A/P TORESINGAM CIK SITI LAILATUL BADRIAH BINTI IDRIS DR KWAN SIEW MAI PN NOOR EZZATY SYAFARINA BT NORYAMAL 5A2 6AK2 6AK3 6 RK1 6 RK3 6 RS 1 PROGRESIF 100% PN ROHIMAH BT YUSOF EN MUHAMMAD HARITH BIN ROSLY PN NOOR SYUHADA BT MOHD NOOR PN MAZALENA BT OTHMAN 90% 4A1 1 INOVATIF 1 KREATIF 2 KREATIF
SEKALUNG PENGHARGAAN Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada EN. SELVA KUMAR A/L ARUMUGAM Pengetua SMK Vivekananda Barisan Pentadbir SMK Vivekananda Guru-guru, staf sokongan dan pelajar-pelajar SMK Vivekananda