Skrip
Pembentangan
Tugasan
BMMB1074 &
BMMB1084
Ahmad Firdaus Fathurrahman
Aleeya Nisreena
Arisya Suhaily
Kumpulan 6
MODERATOR TOKOH ILMUAN JEMPUTAN
Arisya Aleeya Firdaus
Moderator
Bismillahirrahmanirrahim, alhamdulillahirabbil alamin,
wassolatuwassalamuala asyrafil ambriya i wal mursalin, waala alihi
wasohbihi ajama’in.
Assalamualaikum WBT, salam sejahtera, dan salam Kelantan bumi
tercinta.
Bersyukur kita kehadrat ilahi kerana atas limpah dan kurnianya dapat
sama-sama kita berkumpul pada hari yang indah ini. Walaupun dengan
kekangan masa yg amat mencemburui kita, tetapi
Walau patah sayap rajawali,
Bertongkat jua kami kemari,
Bukan untuk mencari calon suami,
Tetapi ingin membawa kamu semua untuk mendalami.
Moderator
Mendalami apa ?
Mendalami wawancara bahasa kita pada kali ini iaitu PEMARTABATAN BAHASA DAN
TAMADUN MELAYU.
Sebelum itu, marilah kita bersama-sama menadah tangan membaca umul kitab al-
Fatihah bagi memberkati wawancara kita pada kali ini.
( al-Fatihah dibaca )
Amin amin yarabbal alamin.
Jadi, demi mencapai matlamat wawancara utama kita pada kali ini, saya akan
bergandingan bersama dua orang ikon.
Menerusi kajian beberapa ensiklopedia oleh seorang tokoh yang tidak asing lagi bagi
kita sebagai penduduk bumi Malaysia.
Mesti anda tertanya-tanya siapakah ikon misteri ini.
Moderator
Pada tanggal 5 mac 1940 bertempat di bumi Jitra,Kedah , lahirlah seorang
insan yang bakal mengangkat martabat bahasa Melayu.
Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Jitra Kedah
seterusnya melangkah masuk ke alam remaja di Malay Girls College,
Kuala Lumpur. Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Universiti
Indonesia di Jakarta dalam Sarjana muda dan Sarjana bahasa dan
kesusasteraan indonesia.
Tidak berhenti disitu, beliau berjaya mendapat segulung ijazah doktor
falsafah di University of London pada tahun 1969. Diakhir pengajian
beliau, beliau berhasil mendapat gelaran sebagai doktor persuratan
linguistik melayu , Universiti Malaya, 1998. Beliau telah menghasilkan
beberapa karya antaranya ialah Nahu Melayu Mutakhir, Setia dan Santun
Bahasa, serta Bahasa Malaysia Saintifik. Figura ini tidak lain dan tidak
bukan Profesor Emeritus Dato Dr Asmah Haji Omar .
Moderator
Selamat datang Prof, apa khabar? Nampak ceria Prof hari ini ye
Tokoh
Alhamdulillah sihat walafiat. terima kasih Cik moderator.
Saya kira masih cik lagi ye . Nampak manis wajahnya
Moderator
Prof juga tidak kurangnya.
Baiklah Prof, kita hari ini bukan hanya berdua, tetapi bertiga iaitu
ditemani oleh sosok tubuh yang segak bergaya , suaranya lantang,
santunnya kaya.
Mempersilakan Dr Ahmad Firdaus Fathurrahman bin Hasbullah
Moderator
Selamat datang Dr. Untuk pengetahuan hadirin dan hadirat yang
dirahmati Allah sekalian, panel jemputan kita pada hari ini
merupakan seorang pensyarah dari Fakulti Sastera dan Sains
Sosial, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Izinkan saya untuk
berkongsi biodata ringkas mengenai Dr. Firdaus, beliau lahir pada
tanggal 10 November 1980 dan menerima pendidikan awal di SK
Panggong, Pasir Puteh, Kelantan. Beliau kemudiannya
meneruskan pengajian peringkat menengah di SMK Kamil, Pasir
Puteh, Kelantan. Jadi, Dr. merupakan anak jati Pasir Puteh
Kelantan ye?
Ilmuan Jemputan
Ya benar, Cik moderator
Moderator
Kami juga mendapat tahu bahawa Dr.Firdaus merupakan bekas
pemantun terbaik kebangsaan sewaktu di sekolah menengah?
Kemudian barulah Dr. melanjutkan pelajaran di Institut
Pendidikan Guru Kampus… Kota Bharu
Ilmuan Jemputan
Ya, benar
Moderator
Oh begitu, menurut biodata di sini, Dr. telah
menyambung pengajian di universiti yang sama
dengan Prof Asmah ye, iaitu Universiti of
London.
Tokoh
Oh junior saya la ni ?
Moderator
Nampaknya wawancara kita telah bertukar kepada program jejak kasih ya ?
Sekarang Dr Firdaus juga memegang jawatan sebagai Pengarah Bahagian
Kesusasteraan Kanak-kanak dan Remaja DBP.
Baiklah, sidang hadirin sekalian,
Sebelum kita menyimpang dengan lebih jauh, ayuh kita beralih ke agenda utama
kita, iaitu pemartabatan bahasa dan tamadun melayu. Seperti yang kita tahu,
bahasa Melayu merupakan lingua pranca iaitu bahasa pengantaraan yang
digunakan oleh segenap masyarakat pada zaman dahulu. Hal ini menunjukkan
bahasa Melayu merupakan bahasa yang gah di persada dunia. Namun, seperti
yang kita lihat generasi kita memandang remeh dan memandang enteng
terhadap kedudukan bahasa Melayu . Jadi saya dengan rendah hati ingin
menanyakan soalan kepada Prof. Asmah.
Moderator
Prof, seperti yang kita dapat lihat pada paparan skrin, Prof telah
menghasilkan beberapa buah ensiklopedia sebagai wahana perkongsian ilmu.
Oleh itu, boleh Prof menceritakan dengan lebih lanjut mengenai perkara
tersebut?
Tokoh
Bismillahirrahmanirrahim.
Mengenai ensiklopedia-ensiklopedia ini, alhamdulillah, saya berjaya hasilkan beberapa buah
ensiklopedia. Pada hari ini saya ingin menceritakan tiga.
Yang pertama merupakan Ensiklopedia Bahasa Melayu.
Dimana ensiklopedia ini menghimpun dan mendokumentasikan sebanyak mungkin maklumat tentang
bahasa melayu. Kesemua maklumat itu terangkum dalam 32 tajuk dan dibawah setiap satunya
terdapat tajuk-tajuk lain yang berkaitan dengannya dan maklumat ensiklopedia ini ditulis semudah
mungkin untuk difahami khalayak dari pelbagai latar pendidikan.
Tokoh
Ensiklopedia yang kedua juga diberi tajuk yang sama iaitu Ensiklopedia Bahasa Melayu. Teks
Ensiklopedia ini disusun mengikut tajuk dan setiap tajuknya meliputi setiap aspek bahasa Melayu
dan aspek-aspek berkaitan seperti sejarah bahasa Melayu, penyebaran bahasa Melayu, bahasa
Melayu pada batu bersurat di Sumatera Selatan dan Terengganu, bahasa Melayu dalam manuskrip
A'qa'id al-Nasafi, bahasa Melayu dalam warkah lama, peranan bahasa Melayu sebagai bahasa
pemerintahan, bahasa pentadbiran, bahasa undang-undang, dan bahasa pengantar dalam
pendidikan, perancangan taraf bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi, serta
perancangan korpus bahasa Melayu.
Ensiklopedia yang ketiga ini merupakan ensiklopedia terbaru saya, iaitu Ensiklopedia of Malay
Language and Linguistics . Ensiklopedia ini merupakan suatu penghasilan idea untuk memberikan
spektrum bahasa Melayu yang luas dari sudut pertumbuhan dan perkembangannya. Ensiklopedia
ini juga menerangkan peringkat linguistik (fonologi, tatabahasa, dan leksikon) dalam pelbagai
konteks dan genre. Dalam spektrum ini juga terdapat catatan tentang bahasa sebagai ahli stok
bahasa Austronesia, serta penyebaran geolinguistiknya di dalam dan di luar alam Melayu . Seperti
yang kita tahu, sejarah bahasa melayu ini , telah berhubung dengan pelbagai bahasa-bahasa lain
yang dapat melahirkan serta memperkayakan bahasa itu dengan unsur-unsur baru dalam
sistemnya. Perkembangan paling ketara dalam sejarah bahasa ini ialah peningkatannya kepada
status bahasa kebangsaan dan rasmi di tiga negara iaitu negara Malaysia, Indonesia dan Brunei
darussalam.
Moderator
Itu dia sedikit penerangan dan olahan mengenai isi
kandungan ensiklopedia yang dihasilkan oleh Prof. Asmah
untuk membolehkan pembaca dan pengkaji mendalami
bahasa Melayu.
Jadi kita dapat lihat Prof Asmah menggunakan bahan
penulisan sebagai medium untuk memartabatkan bahasa
melayu, Kita beralih pula kepada panel jemputan kita, Dr.
Firdaus. Baiklah Dr, bagaimana cara Dr sebagai pejuang
sastera negara dalam mendaulatkan bahasa ibunda kita?
Boleh Dr. kongsikan kepada kami?
Ilmuan Jemputan
Baiklah Cik moderator kita yang tampak manis ya hari ini. Prof Asmah
menggunakan bahan bacaan misalnya ensiklopedia, berbeza dengan saya,
saya lebih menggemari program berbentuk aktiviti bagi mengetengahkan
bahasa Melayu ini. Hal ini demikian kerana saya juga suka untuk berada
bersama golongan muda. Berkenaan usaha-usaha mendaulatkan bahasa
Melayu, baru-baru ini Bahagian Kesusasteraan Kanak-kanak dan Remaja
DBP dengan kerjasama Yayasan Pendidikan Kampar telah menganjurkan
Program Memperkasa Sastera di Sekolah Peringkat Parlimen Kampar
yang berlangsung di SMK Seri Kampar, Perak pada 18 dan 19 April tahun
2015 lalu. Program selama dua hari itu diadakan bagi memupuk minat
dan kecintaan pelajar sekolah terhadap Sastera Melayu dalam pelbagai
genre meliputi sajak, puisi Melayu tradisional, drama dan sebagainya agar
dapat dimanfaatkan dalam kehidupan seharian dan menjadi insan yang
berpengetahuan, berkeyakinan diri, kritis dan kreatif serta
berketerampilan.
Ilmuan Jemputan
Kemahiran berbahasa dapat ditingkatkan melalui penghayatan karya sastera yang
memerlukan penguasaan dalam pengucapan serta penulisan kreatif; membina dan
memperluas sastera dalam kalangan generasi muda ke arah memperkasa bahasa, sastera
dan persuratan Melayu.
Pelbagai acara diadakan bagi mengisi program selama dua hari itu. Pada hari pertama,
berlangsung acara Seronoknya Membaca bagi kanak-kanak prasekolah dan pelajar
sekolah rendah tahap satu. Seronoknya Membaca merangkumi persembahan boneka,
kuiz, pertandingan mewarnakan gambar dan pantas jawi. Seterusnya, diadakan program
Mekar Puisi dan Apresiasi Puisi Moden.
Kesedaran terhadap betapa pentingnya bahasa, sastera dan seni budaya bangsa perlu
dipupuk agar wujud kekuatan dalam jiwa setiap anggota masyarakat, terutama golongan
muda.
Pada hari kedua, diadakan latihan dan bimbingan yang merangkumi program mekar puisi,
apresiasi sajak dan apresiasi puisi moden. Sebelum acara penutup, diadakan pertandingan
puisi tradisional bagi sekolah rendah dan pertandingan puisi tradisional bagi sekolah
menengah.
Moderator
Begitu banyak dan menarik ya program- program yang dianjurkan DBP
tersebut . Dengan kaedah ini kita dapat lihat kanak-kanak akan lebih
berminat dan tertarik untuk menjulang kembali keistimewaan bahasa
Melayu.
Baiklah wawancara kita hampir sampai ke kemuncaknya.
Baiklah Prof, soalan terakhir saya kepada Prof berbunyi begini, boleh tak
kalau kita katakan ensiklopedia ini sebagai satu jendela atau pintu untuk
kita kenal apa itu bahasa Melayu, perjalanan bahasa Melayu itu atau
sebagai pendedahan awal, terutamanya kepada penutur yang ingin belajar
bahasa Melayu supaya mereka faham bahasa Melayu.
Jadi sekurang-kurangnya apabila membaca ensiklopedia ini atau melihat
isinya, mereka sudah bersedia dengan ilmu asas untuk mempelajari
bahasa Melayu ini. Jadi saya meminta prof untuk mengutarakan sedikit
komen mengenai perkara ini .
Tokoh
Sudah semestinya, ensiklopedia ini mampu menjadi panduan kerana dalam
penulisan ensiklopedia ini saya mulakan dengan sejarah bangsa Melayu dari
sebelum adanya tulisan dan perkembangan bahasa Melayu dan bagaimana dari
usaha menjadikan bahasa Melayu itu bahasa antarabangsa dan bahasa ilmu.
Bagaimana tiga negara dapat bersatu mencapai kata sepakat dalam ejaan dan
pembentukan istilah serta saya juga menerangkan dari segi berbagai-bagai
dialek, sosial dan khazanah sastera yang sudah ada dalam bahasa melayu.
Saya berpendapat dialek Melayu di negeri Melayu sangat tinggi dengan adanya
kesusasteraan lama kita kata yang menggunakan bahasa yang begitu tinggi dan
undang-undang mereka sudah ada sebelum datangnya orang Inggeris. Justeru,
harapan saya agar semua pihak dapat manfaatkan ensiklopedia ini sebagai
pengukuh dan menambah pemahaman tentang bahasa Melayu. Seterusnya saya
berhasrat supaya usaha-usaha ini dapat menjadi titik permulaan
pengantarabangsaan bahasa Melayu. Jadi saya sebagai orang lama menyeru
generasi kini dapat mempraktikkan penggunaan bahasa Melayu agar ketuanan
Melayu ditanah bertuah ini masih berkekalan.
Moderator
Baiklah itulah nasihat dan amanat yang diberikan oleh Prof Asmah kepada kita
semua. Diharapkan agar kita semua dapat bersama-sama merealisasikan
perkara ini. Sebagai noktah wawancara kita pada harini ini , saya ingin
meminta perspektif Dr. Firdaus tentang isu dan masalah kerancuan bahasa
yang menjadi duri dalam daging di negara sekaligus membuat kesimpulan
terhadap perbincangan kita , dipersilakan Dr.
Ilmuan Jemputan
Baiklah saudari, memetik kata-kata Dr Asmah sendiri, kerancuan bahasa
ini seringkali berlaku dalam kalangan penutur yang boleh menguasai lebih
daripada satu bahasa. Maka, sudah pasti gejala kekacauan dan penukaran
kod dianggap biasa oleh golongan penutur multilingual. Hal ini secara tidak
langsung dapat menghakis sedikit sebanyak bahasa Melayu di dalam diri
dan sanubari insan yang bergelar anak watan negara ini. Saya juga
menyokong pendapat Prof Asmah bahawa orang yang menggunakan
percampuran bahasa dengan cara negatif seperti ini ialah orang yang
menghina bahasa kebangsaan dan perbuatan ini dianggap tidak sopan.
Kesimpulannya, disini saya ingin tegaskan kepentingan bahasa melayu
berserta sastera-sasteranya sebagai pedoman bangsa melayu itu sendiri
serta pemeliharaan warisan nenek moyang ini perlu dijaga agar tidak
hilang ditelan zaman.
Moderator
Baiklah terima kasih Dr atas pesanan yang membangkitkan semangat
dalam jiwa serta mengukuhkan jati diri nusa negara ini. Baiklah ,
bahtera kita telah berlabuh di destinasi menandakan wawancara kita
sudah sampai ke penghujungnya.
Layar telah ku ikat,
Sauh telah ku lempar,
Tiba masanya kami menghulur
lambaian selamat tinggal.
Jutaan terima kasih saya panjatkan kepada kedua-dua panel kita iaitu Profesor Dr
Asmah Hj Omar dan Dr Firdaus atas kesudian meluangkan masa berceloteh bersama
kami.
Kita akhiri wawancara kita pada kali ini dengan Surah Al-Asr
(surah al-Asr dibaca)
Sekian sahaja daripada saya Arisya Suhaily, moderator anda.
Sehingga bertemu lagi dalam wawancara seterusnya.
Wabillahi taufiq wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Sekian,
Terima
kasih
Jumpa lagi ! Terima
kasih semua.