MPU20132: PENGHATAN ETIKA DAN
PERADABAN
SESI 1 2022/2023
NAMA PENSYARAH: PN. NURHIDAYU BINTI SALLEH
KELAS : DEM5B
TAJUK: WAJARKAH SEKOLAH VERNAKULAR
DITERUSKAN
NAMA NO MATRIK
MUHAMMAD AFIQ RAHIMI BIN 16DEM20F1061
AZAHAR 16DEM20F1055
16DEM20F1064
MOHAMAD AMIRUL AFIQ BIN 16DEM20F1039
MOHAMAD SUKRI
MUHAMMAD ADHAM AMEEN BIN
ROHIZAT
MOHAMAD MUSTAQIM BIN
SAAIDIN
ISI KANDUNGAN
TAJUK HALAMAN
1
PENGHARGAAN
2–4
PENGENALAN 5
PUNCA SEKOLAH VERNAKULAR 6
DITUBUHKAN
KESAN SEKOLAH VERNAKULAR 7
KEPADA NEGARA
CARA MENGATASI PENUTUPAN 8
SEKOLAH VERNAKULAR
PANDANGAN TERHADAP 9
SEKOLAH VERNAKULAR 10
KESIMPULAN
RUJUKAN
PRAKATA
ASSALAMULAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA.
BERSYUKUR KE HADRAT ILAHI KERANA LIMPAH KURNIA DAN IZINNYA, DAPAT KAMI
SEKUMPULAN MENYIAPKAN TUGASAN EFOLIO YANG TELAH DIBERIKAN OLEH PUAN
NURHIDAYU BINTI SALLEH, PENSYARAH KAMI UNTUK KURSUS PENGHAYATAN ETIKAN
1 DAN PERADABAN DI POLITEKNIK TUANKU SULTANAH BAHIYAH. DALAM
MENYEMPURNAKAN TUGASAN EFOLIO INI, KAMI BANYAK MEMPEROLEH MAKLUMAT
DAN ILMU PENGETAHUAN YANG BARU BERKAITAN TAJUK TUGASAN KAMI IAITU
“WAJARKAH SEKOLAH VERNAKULAR DITERUSKAN”.
DI SAMPING ITU, KAMI SEKUMPULAN JUGA INGIN MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA
MUHAMMAD AFIQ RAHIMI KASIH KEPADA PIHAK YANG TERLIBAT SAMA ADA SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK
BIN AZAHAR LANGSUNG SEMASA TUGASAN INI DIBUAT DAN DIJALANKAN.
3KETUA KUMPULAN TIDAK LUPA JUGA SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN KAMI UCAPKAN KEPADA
PENSYARAH KAMI KERANA TELAH BANYAK MEMBERIKAN ILMU DAN MEMBIMBING
KAMI UNTUK MENYIAPKAN TUGASAN INI DENGAN JAYANYA. SEMUA ILMU DAN TUNJUK
AJAR YANG DIBERIKAN SANGAT KAMI HARGAI.
SEKIAN, TERIMA KASIH
WASSALAM.
DI SEBALIK TABIR
PN. NURHIDAYU BINTI SALLEH
PENSYARAH PENGHAYATAN ETIKA DAN
PERADABAN
KETUA KUMPULAN AHLI KUMPULAN AHLI KUMPULAN AHLI KUMPULAN
MUHAMMAD AFIQ RAHIMI MUHAMMAD ADHAM MOHAMAD AMIRUL AFIQ MOHAMAD MUSTAQIM BIN SAADIN
AMEEN BIN ROHIZAT
BIN AZAHAR BIN MOHAMAD SUKRI
PENGHARGAAN
SYUKUR ALHAMDULILLAH KEPADA ALLAH SWT KERANA DENGAN IZIN DAN RAHMATNYA DAPAT KAMI
SEKUMPULAN MENYELESAIKAN TUGAS EFOLIO YANG DIBERI OLEH PENSYARAH DENGAN TEKUN DAN
JAYANYA. TUGASAN INI JUGA DAPAT MEMBERIKAN KAMI MANFAAT DAN PENGETAHUAN YANG BAHARU
MENGENAI TAJUK TUGASAN YANG DIBERIKAN.
KAMI INGIN MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH DAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN KEPADA
PENSYARAH ETIKA DAN PERADABAN IAITU PUAN NURHIDAYU BINTI SALLEH KERANA MEMBERIKAN ILMU
UNTUK MELAKUKAN EFOLIO INI DENGAN BAIK DAN CEMERLANG.
TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA JUGA KEPADA AHLI KUMPULAN SAYA IAITU MUHAMMAD AFIQ
RAHIMI BIN AZAHAR, MOHAMAD AMIRUL AFIQ BIN MOHAMAD SUKRI, MUHAMMAD ADHAM AMEEN BIN
ROHIZAT DAN MOHAMAD MUSTAQIM BIN SAAIDIN KERANA MEMBERIKAN KERJASAMA YANG BAIK DAN
SANGGUP MELUANGKAN MASA UNTUK MENYELESAIKAN TUGASAN EFOLIO YANG TELAH DIBERIKAN.
AKHIR KATA, SEMOGA PARA PEMBACA DAPAT MEMAHAMI SEGALA PENYAMPAIAN YANG KAMI
SAMPAIKAN MELALUI TULISAN YANG KAMI KARANG INI. KAMI BERHARAP SEGALA MESEJ DAN
PENYAMPAIAN INI TIDAK MENGURIS HATI MANA-MANA PIHAK YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG ATAU
TIDAK LANGSUNG.
SEKIAN, TERIMA KASIH
1
PENGENALAN
Sekolah vernakular merujuk kepada sekolah yang menggunakan bahasa ibunda
dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah. Terdapat tiga
jenis sekolah vernakular, iaitu Melayu, Cina dan Tamil. Sekolah vernakular Melayu
yang pertama sekali ditubuhkan ialah pada tahun 1855, iaitu di Bayan Lepas, Pulau
Pinang.
Sekolah Melayu Gelugor, Pulau Pinang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar.
2
Sekolah vernakular Cina ditubuhkan pada tahun 1815 oleh kumpulan pendakwah
baru Persatuan Mubaligh London.
Sejarah pendidikan vernakular Cina pada zaman kolonial British di negeri Perak
antara 1874-1941. Pendekatan kualitatif dengan reka bentuk menggunakan
kaedah analisis dokumen. Sumber primer yang diperolehi dari Arkib Negara
Malaysia yang terdiri daripada fail-fail kolonial British iaitu Laporan Tahunan
Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Laporan Tahunan Tambahan Kerajaan Perak
Gazette, Pejabat Tanah Jajahan, laporan tahunan dan fail-fail kerajaan Perak
manakala sumber sekunder adalah dikumpul daripada buku, jurnal, kertas kerja
seminar, tesis, koleksi keratin akhbar dan majalah sekolah. Perbincangan
ditumpukan kepada sejarah latar belakang masyarakat Cina di negeri Perak dan
perkembangan pendidikan vernakular Cina zaman kolonial British di negeri
Perak.
3
Bagi kaum India, pendidikan awal hanya diberikan dalam bahasa Tamil, kerana orang Tamil adalah
kumpulan penduduk India yang terbesar di Tanah Melayu. Perkembangan pendidikan Tamil tidak dapat
dipisahkan dengan perusahaan ladang-ladang di Tanah Melayu. Dengan kedatangan imigran dari India,
sekolah-sekolah Tamil juga dimulakan di ladang-ladang. Kelas-kelas diadakan di bangunan-bangunan
lapuk dan diajar oleh orang-orang yang tidak terlatih seperti kerani-kerani ladang atau ‘mandor’.
Sekolah-sekolah ini tidak mempunyai sukatan pelajaran yang tertentu dan kebanyakan buku-buku yang
digunakan adalah dari India. Pada tahun 1920, Kerajaan British melantik tiga orang sebagai Penolong
Nazir Sekolah Tamil di Perak dan seorang di Selangor. Langkah ini tidak dapat meningkatkan mutu
sekolah-sekolah Tamil. Kadar keciciran adalah sangat tinggi dan kebanyakan pelajar tidak dapat
menyempurnakan persekolahan mereka iaitu selama empat tahun.
4
PUNCA SEKOLAH VERNAKULAR
DITUBUHKAN
Kerajaan British pada awalnya tidak berniatpun memajukan bidang pendidikan semasa
memerintah Tanah Melayu. Ramai pegawai British berpendapat bahawa pendidikan terutamanya
untuk orang Melayu tidak mendatangkan faedah namun sebaliknya akan menimbulkan kesedaran
pada golongan terdidik untuk menentang kerajaan. Walaubagaimanapun, atas desakan pembesar
Melayu iaitu Sultan di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, pihak pemerintah British merasakan ada
baiknya memberikan pendidikan setakat pendidikan rendah untuk orang Melayu. Oleh yang
demikian, kerajaan British telah membina secara beransur-ansur sekolah rendah vernakular Melayu
sejak pertengahan abad ke-19 sehinggalah berlaku Perang Dunia Kedua.
Vernakular bermaksud ‘‘bahasa pengantar bahasa ibunda’’. Dasar British yang memberikan
kelonggaran dalam hal penubuhan sekolah telah menyebabkan penubuhan sekolah Inggeris oleh
pendakwah Kristian, sekolah vernakular Cina oleh masyarakat Cina dan sekolah vernakular Tamil
oleh pemilik ladang kopi dan getah. Justeru itu, sudah sememangnya ciri utama pendidikan pada
zaman pemerintahan British ialah ketiadaan matlamat dan objektif dalam bidang pendidikan.
Seterusnya perkara ini menimbulkan ketidakseragaman dalam orientasi dan kurikulum pendidikan
yang seterusnya menimbulkan masalah yang rumit khususnya dari segi perpaduan kaum, apabila
negara ini ingin mencapai kemerdekaan.
5
KESAN SEKOLAH VERNAKULAR
Sekolah vernakular pertama ditubuhkan pada tahun 1915. setelah bertahun sekolah vernakular ini
ditubuhkan masyarakat dapat melihat beberapa kesan sekolah vernacular ini kepada individu
masyarakat dan juga negara. Terdapat kesan positif dan negatif daripada penubuhan sekolah vernakular
ini.
Antara kesan positif yang berlaku hasil daripada penubuhan sekolah vernakular di dalam negara kita
adalah budaya menghormati hak kaum lain. Di Malaysia bangsa melayu dan agama islam merupakan
bangsa yang dominan di negara Malaysia. Namun kebajikan kaum kaum lain sepert cina dan india juga
tetap dijaga dan dihormati. Sistem pembelajaran dalam sekolah vernakular adalah sama yang
membezakanya adalah aliran Pendidikan dan penggunaan Bahasa dalam pembelajaran. Selain itu
sekolah vernakular juga memberi masyarakat kita menguasai banyak Bahasa. Peluang pekerjaan di masa
depan akan meningkat bagi mereka yang menguasai lebih dari satu Bahasa di negara kita. Hal ini
membuktikan bahawa sekolah vernakular memberi kesan positif pada Malaysia.
Walaupun banyak kesan positif daripada penubuhan sekolah vernakular terdapat juga kesan negatif
seperti dalam perbezaan kaum di Malaysia cara pemikiran pelajar yang berbeza kerana diasingkan dari
kaum lain dan hanya bersosial dengan bangsa sendiri. Menekankan etnik dan identiti bangsa yang
sangat melampau. Seterusnya kaum cauvinis iaitu kaum yang tidak fasih barbahasa kebangsaan, tidak
mesra budaya kebangsaan dan akan sering mununjukkan civil disobedience dan membawa perpecahan
bangsa di Malaysia akan terlahir. Dan masyarakat akan susah untuk Bersatu. Hal ini menunjukkan
bahawa sekolah vernakular juga mempunyai impak yang negatif di dalam negara Malaysia.
6
CARA MENGATASI KESAN NEGATIF DI
SEKOLAH VERNAKULAR
Terdapat beberapa cadangan yang telah dikemukakan berkenaan cara mengatasi kesan negatif
dari sekolah vernakular seperti penubuhan Sekolah Wawasan. Sekolah Wawasan ialah sekolah
rendah yang berkonsepkan belajar bersama-sama dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira
etnik atau agama. Di bawah konsep ini, dua atau tiga buah sekolah rendah berlainan aliran akan
ditempatkan dalam kawasan yang sama. Tujuan dan matlamat Sekolah Wawasan adalah
untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan murid-murid yang berbagai-bagai bangsa dan latar
belakang namun cadangan tersebut mendapat tentangan hebat daripada kaum cina dan india
kerana mereka percaya bahawa Sekolah Wawasan akan mengehadkan penggunaan bahasa ibunda
masing-masing di sekolah.
Perubahan sekolah vernakular kepada satu aliran pendidikan di dalam negara Malaysia dijadikan
cadangan dalam mengatasi masalah yang berlaku daipada sekolah vernakular ini. Penggabungan
sekolah kebangsaan, jenis kebangsaan dan agama adalah cara terbaik untuk meningkatkan
penguasaan bahasa Melayu dan menggalakkan perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang
bangsa di negara ini. Kebanyakan negara di seluruh dunia mengangkat sistem Pendidikan Satu
Aliran untuk membentuk identiti nasional dalam diri murid murid sebagai satu acuan.
7
CADANGAN TERHADAP ISU
Daripada cadangan yang diterima menunjukkan bahawa kewujudan sekolah vernakular ini seakan-akan menjadi
penyebab kepada wujudnya sikap prejudis, perkauman dan perasaan-perasaan negatif dalam kalangan
masyarakat di Malaysia. Ini kerana, sekolah vernakular majoritinya terdiri daripada satu kaum sahaja.
Walaupun cadangan agar sekolah vernakular dimansuhkan, namun perlu diperhalusi semula sejarah pembinaan
sekolah vernakular. Dasar pecah dan perintah British membawa kepada sekolah berbentuk vernakular dan setiap
kaum kekal dengan budaya dan pendidikan masing-masing. Setiap sekolah diuruskan oleh kaum masing-masing
dengan sistem pembelajaran sendiri. Walaupun hari ini pelbagai dasar pendidikan telah diperkenalkan seperti
Laporan Razak 1956, Ordinan Pelajaran 1957, Laporan Rahman Talib 1960 dan Akta Pelajaran 1961, namun sistem
pendidikan di sekolah vernakular masih lagi dilihat berbentuk etnosentrisme.
Cadangan agar sistem pendidikan di Malaysia menggunakan sistem pendidikan yang sama dan bahasa Melayu
sebagai bahasa perantaraan. Pendidikan yang sama bagi semua kaum dalam satu sistem, yang mana semua
menggunakan bahasa melayu sebagai pengantaraan serta memberikan lebih banyak pendidikan berkenaan
perpaduan. Elemen perpaduan kaum harus diberikan penekanan agar semua pelajar mempunyai semangat
bersatu padu yang tinggi. Para pelajar juga seharusnya didedahkan tentang semua kaum yang ada di Malaysia
agar mereka peka dan sensitif dengan perkara yang melibatkan kaum, agama dan kepercayaan serta budaya
masing-masing. Membina sistem pendidikan satu aliran dan menyediakan suatu modul/kurikulum bagi memahami
kaum, agama dan budaya lain.
8
PENUTUP/KESIMPULAN
Kesimpulannya ,proses penyatuan dalam sistem Pendidikan di Malaysia telah bermula
semenjak zaman sebelum merdeka , namun agak sukar untuk direalisasikan.Penyatuan
dalam bidang ini akan tercapai sekiranya setiap komuniti etnik memahami sejarah asal
di Tanah Melayu dan perkembangan Pendidikan di negara ini.
Oleh yang demikian, setiap pelusuk masyarakat perlulah menjadi warganegara yang
prihatin dalam menangani isu ini.Seberang perbincangan perlulah diadakan bagi
menggelakkan salah faham yang boleh membawa kepada isu perpaduan yang lebih
besar.
9
RUJUKAN
➢ Muda, K., Tohar, S. N. A. M., & Latiff, L. A. (2020). Pengetahuan Berkenaan Kontrak
Sosial Di Malaysia: Satu Kajian Kes Terhadap Masyarakat Di Media Sosial.
➢ www.Wikipedia/etikadanperadapan/slide.net
➢ https://www.scribd.com/presentation/378318523/Isu-Isu-Sekolah-Vernakular
➢ https://www.scribd.com/document/164460644/Sekolah-Vernakular
➢ https://123dok.com/article/sekolah-vernakular-melayu-sejarah-awal-sekolah-
vernakular.z3l9x17z
10