TAHAP PENGUASAAN PEMBELAJARAN TAJWID DAN AMALAN TILAWAH AL-QURAN DALAM KALANGAN MURID TAHAP DUA DI SEKOLAH RENDAH MAIZATUL NIKMAH BINTI MOHD.RAZI PISMP Pendidikan Islam (Ambilan Jun 2021) Ustaz Wan Azmi bin Wan Omar INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TAWAU 2024
i KANDUNGAN Muka Surat KANDUNGAN i SENARAI JADUAL iii SENARAI RAJAH iv SENARAI SINGKATAN v SENARAI LAMPIRAN vi BAB 1.0 : PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1 1.2 Pernyataan Masalah 2 1.3 Tujuan Kajian 3 1.3.1 Objektif Kajian 3 1.3.2 Soalan Kajian 3 1.3.3 Hipotesis Kajian 4 1.4 Skop Dan Batasan Kajian 5 1.5 Kepentingan Kajian 5 1.6 Definisi Operasional 6 1.7 Rumusan 9 BAB 2.0 : TINJAUAN LITERATUR 2.1 Pengenalan Kepada Konteks Kajian 10 2.2 Teori Dan Model Kajian 11 2.3 Dapatan Kajian Lalu 13
ii 2.4 Kerangka Konseptual 15 2.5 Rumusan 15 BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan 17 3.2 Reka Bentuk Kajian 17 3.3 Persampelan 19 3.4 Instrumen Kajian 19 3.4.1 Kesahan 21 3.4.2 Kebolehpercayaan 22 3.5 Kajian Rintis 23 3.6 Prosedur Pengumpulan Data 24 3.7 Prosedur Penganalisian Data 25 3.8 Rumusan 26 RUJUKAN 27 LAMPIRAN A 32 LAMPIRAN B 33 LAMPIRAN C 35 LAMPIRAN D 40 LAMPIRAN E 41
iii SENARAI JADUAL Muka Surat Jadual 1 Penentuan Skala Likert 21 Jadual 2 Interpretasi Alpha Cronbach 23 Jadual 3 Analisis Statistik Yang Digunakan 25
iv SENARAI RAJAH Muka Surat Rajah 1 Kerangka Konseptual Kajian 15
v SENARAI SINGKATAN IBM International Business Machines IPG Institut Pendidikan Guru SIM Social Interaction Model SPSS Statistical Packages for the Social Sciences
vi SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN Muka Surat A Surat Kebenaran 32 B Carta Gantt 33 C Instrumen Soal Selidik 35 D Nilai Kebolehpercayaan (Cronbach Alpha) 40 E Jadual Penentuan Saiz Sampel Krejcie & Morgan (1970) 41
1 BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN Al-quran merupakan wahyu allah yang diturunkan kepada nabi muhammad saw untuk menjadi panduan dan pegangan hidup seluruh umat manusia. Al-quran juga merupakan sumber utama kepada umat manusia yang beragama Islam dalam menjalani kehidupan harian mereka di atas muka bumi ini. Selain Al-Quran, ia dapat dikenali juga dengan nama lain seperti Al-Kitab, Al-Tanzil, Al-Furqan dan Al-Zikir. Pelbagai peristiwa yang berlaku sepanjang proses penurunan Al-Quran sebelum menjadi sumber utama bagi umat Islam pada masa kini. Al-Quran telah diturunkan selama 23 tahun pada 17 Ramadan bersamaan malam Lailatul Qadar. Kini, Al-Quran telah dijadikan asas pedoman dan panduan dalam kehidupan seseorang. Hal ini demikian, Al-Quran sangat sempurna dari segala aspek baik dari sudut ibadah, munakahat, hukum hakam dan lain-lain. Selain itu, Al-Quran juga sesuai untuk setiap peringkat zaman dan masyarakat serta merupakan sebuah mukjizat yang diberikan kepada Nabi Muhammad SAW. Sejak dahulu, amalan tilawah al-Quran merupakan satu yang sebati dalam adat dan kebudayaan masyarakat Islam di Malaysia. Walau bagaimanapun, masalah membaca al-Quran dalam kalangan pelajar Islam, khususnya di peringkat sekolah masih banyak dan ianya merangkumi isu kemahiran lisan, kelancaran membaca, membaca dengan tajwid dan kaedah pembacaan secara tadwir dan tartil. Betapa pentingnya amalan tilawah al-Quran ini sehingga Kementerian Pendidikan Malaysia (2005), telah memperuntukkan masa pengajaran dalam sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) di dalam bilik darjah. Sehubungan itu, melalui pengajaran guru terhadap amaln tilawah al-Quran, murid sekolah rendah seharusnya tidak mempunyai masalah dalam mengamalkan pembacaan al-Quran walau di mana mereka berada dan pada bila-bila masa bahkan penguasaan mereka terhadap amalan tilawah al-Quran juga tidak akan timbul.
2 1.2 PERNYATAAN MASALAH Lazimnya, pelajar muslim telah didedahkan dengan pembelajaran tilawah al-quran sejak kecil lagi baik di rumah bersama ibu bapa, di sekolah bersama guru atau di kelas-kelas mengaji bersama guru al-quran yang dipercayai. Namun begitu, kehadiran penuh pelajar dalam kelas-kelas mengaji yang diadakan itu bukanlah satu kepastian untuk mereka mahir dalam membaca al-quran sekiranya mereka sangat jarang dalam mempraktikkan ilmu al-quran yang dipelajari dalam kehidupan harian mereka. Oleh itu, penguasaan pelajar yang telah meningkat dewasa ini semakin berkurang jika tidak dipraktikkan dan mula lalai dengan urusan lain. Menurut Sapie Sabilan (2018) dalam sebuah kajian Norhisham Muhammad et al. (2019), masih terdapat pelajar yang masih lemah dalam penguasaan amalan tilawah al-quran. Hal ini menunjukkan masih terdapat pelajar yang lemah dalam tilawah al-quran walaupun terdapat pelbagai alternatif dan kajian tindakan yang dilaksanakan bagi membantu pelajar yang lemah ini. Selain itu, terdapat hasil sebuah kajian tinjauan terhadap tahap bacaan alQuran pelajar sekolah menengah harian yang menunjukkan masih ramai yang tidak menguasai bacaan al-Quran secara bertajwid walaupun telah mempelajari al-Quran selama tujuh tahun sejak sekolah rendah (Norwardatun Mohamed Razali, 2021). Hal ini menunjukkan betapa pentingnya pelaksanaan pembelajaran tajwid yang seharusnya berterusan bagi memastikan penguasaan bacaan al-Quran seseorang itu berjaya tercapai. Oleh demikian, penyelidik terpanggil untuk menjalankan sebuah kajian terhadap murid-murid tahap dua di sebuah sekolah rendah untuk mengkaji dan mengenal pasti tahap penguasaan pembelajaran tajwid yang menjadi kayu ukur serta pengaruh terhadap penguasaan amalan tilawah al-Quran dalam kalangan murid tahap dua di sekolah rendah.
3 1.3 TUJUAN KAJIAN Kajian ini bertujuan untuk bertujuan untuk mengenal pasti tahap penguasaan pembelajaran tajwid dan amalan tilawah al-Quran dalam kalangan murid tahap dua di sekolah rendah. 1.3.1 OBJEKTIF KAJIAN Berdasarkan pernyataan masalah kajian, objektif kajian ini adalah untuk mengkaji dan mengenal pasti : 1.3.1.1 Tahap penguasaan pembelajaran tajwid dan amalan tilawah alQuran dalam kalangan murid tahap dua di sekolah rendah. 1.3.1.2 Perbezaan jantina dan murid yang mempunyai kelas tambahan al-Quran terhadap tahap penguasaan pembelajaran tajwid dan penguasaan amalan tilawah al-Quran. 1.3.1.3 Hubungkait antara tahap penguasaan pembelajaran tajwid dan penguasaan amalan tilawah al-Quran dengan status khatam alQuran.
4 1.3.2 PERSOALAN KAJIAN Kajian ini bertujuan untuk menjawab soalan-soalan berikut : 1.3.2.1 Adakah terdapat perbezaan jantina terhadap tahap penguasaan pembelajaran tajwid dan penguasaan amalan tilawah al-Quran? 1.3.2.2 Adakah terdapat perbezaan murid yang mempunyai kelas tambahan al-Quran terhadap tahap penguasaan pembelajaran tajwid dan penguasaan amalan tilawah alQuran? 1.3.2.3 Adakah terdapat hubungan antara tahap penguasaan pembelajaran tajwid dan penguasaan amalan tilawah alquran dengan status khatam al-Quran? 1.3.3 HIPOTESISI KAJIAN H01: Tidak terdapat perbezaan signifikan tahap penguasaan pembelajaran tajwid dan amalan tilawah al-quran berdasarkan jantina pelajar. H02: Tidak terdapat hubungan yang signifikan terhadap tahap penguasaan amalan tilawah al-quran dengan status khatam alQuran murid.
5 Ha1: Terdapat perbezaan signifikan tahap penguasaan pembelajaran tajwid dan penguasaan amalan tilawah al-Quran berdasarkan murid yang mempunyai kelas tambahan al-Quran. Ha2: Terdapat hubungan yang signifikan antara tahap penguasaan pembelajaran tajwid murid dengan tahap penguasaan amalan tilawah al-quran murid. 1.4 SKOP DAN BATASAN KAJIAN Kajian ini terhad untuk melihat tahap penguasaan pembelajaran tajwid dan tahap penguasaan amalan tilawah al-Quran dalam kalangan murid tahap dua di sebuah sekolah rendah. Berikutan daripada itu juga, penyelidik ingin mencari hubungan antara pembolehubah antara penguasaan pembelajaran tajwid dengan penguasaan amalan tilawah alQuran dalam kalangan murid tahap dua di sekolah rendah. Oleh demikian, penyelidik telah mengehadkan skop dan batasan kajian ini kepada murid tahap dua di sebuah sekolah rendah sahaja bagi mencapai matlamat kajian yang dijalankan. Responden telah diambil daripada murid-murid tahap dua dari sebuah sekolah rendah yang terletak di daerah Telok Panglima Garang, Selangor. Pemilihan skop dan batasan kajian dari aspek responden ini dipilih secara rawak mudah dan dilihat kemudahannya untuk berhubung dan masih di bawah kawalan penyelidik. Dalam aspek intrumen kajian pula, penyelidik telah mengunakan satu bentuk instrumen kajian iaitu borang soal selidik secara dalam talian yang berbentuk google form bagi mengumpul data dan mendapatkan respons daripada responden. Pada permulaan proses, borang soal selidik ini akan diedarkan kepada 30 orang responden dalam kalangan murid tahap dua sekolah rendah bagi mencapai kebolehpercayaan instrumen yang diperlukan melalui kajian rintis yang dijalankan oleh penyelidik.
6 1.5 KEPENTINGAN KAJIAN Terdapat beberapa kepentingan bagi menjalankan kajian ini, antaranya adalah untuk menunjukkan gambaran sebenar hasil dapatan kajian yang dijalankan terhadap tahap penguasaan pembelajaran tajwid dalam mempengaruhi tahap penguasaan amalan tilawah al-Quran muridmurid sekolah rendah khususnya yang berumur 10, 11 dan 12 tahun (tahap dua). Melalui, hasil dapatan kajian ini, penyelidik dapat berkongsi serba sedikit maklumat yang diperolehi kepada pembaca atau responden yang terlibat dalam kajian yang dijalankan. Selain itu, hasil dapatan kajian yang dijalankan ini juga diharapkan dapat dijadikan rujukan kepada penyelidik untuk mencari dan merancang pelbagai alternatif untuk membantu murid-murid tahap dua sekolah rendah dalam menitikberatkan pelaksanaan pembelajaran tajwid bagi meningkatkan tahap penguasaan amalan tilawah al-Quran murid-murid dengan lebih baik. Hal ini demikian, mempelajari al-Quran dengan bacaan yang betul adalah amat penting kerana kesalahan dalam membaca baris satu perkataan bahasa Arab sahaja boleh menyebabkan bertukar makna serta pentafsiran bagi ayat al-Quran tersebut. Nadiah Ramlan (2022), enyatakan bahawa masyarakat harus cakna dengan kepentingan memupuk minat membaca al-Quran dalam kalangan anak-anak sejak kecil lagi. 1.6 DEFINISI OPERASIONAL Definisi operasional merupakan kaedah yang digunakan oleh penyelidik untuk menjelaskan dan menerangkan secara terperinici dan mendalam kepada responden berkenaan perkataan yang termasuk dalam pembolehubah yang hendak diukur oleh penyelidik. Hal ini bertujuan untuk memudahkan responden atau orang lain untuk
7 memahami makna bagi perkataan yang digunakan oleh penyelidik dalam kajiannya dengan lebih tepat dan jelas. 1.6.1 PENGUASAAN Penguasaan merujuk kepada tahap kemampuan, keupayaan atau kebolehan seseorang dalam melaksanakan dan melakukan sesuatu perkara. Menurut Juliza Ezaida Junelan (2014) juga mendefinisikan penguasaan sebagai satu perihal yang menunjukkan kemampuan dan kebolehan seseorang bagi menguasai suatu kemahiran yang dikehendaki. Oleh demikian, dalam kajian ini penguasaan merujuk kepada keupayaan murid tahap dua di sekolah rendah dalam menguasai kemahiran membaca al-Quran dengan kaedah bacaan mengikut tajwid yang betul dan tepat. 1.6.2 TAJWID Tajwid merupakan satu cabang ilmu dalam bidang al-Quran yang penting dalam memastikan kaedah pembacaan al-Quran adalah baik dan betul. Perkataan tajwid itu sendiri berasal dari kata pinjaman bahasa Arab yang membawa makna memperelokkan atau memperindahkan sesuatu. Menurut Ahmad Fitri Mat Rusop (2018), tajwid didefinisikan sebagai perihal mengeluarkan huruf dari tempatnya dengan memberikan hak sifat-sifat yang dimilikinya. Contohnya, tajwid terdiri daripada pelbagai hukum bacaan seperti hukum bacaan Nun Mati dan Tanwin yang mengkehendaki seseorang membaca ayat al-Quran dengan bacaan yang dengung mahupun jelas. Dalam konteks kajian ini, pelaksanaan pembelajaran tajwid menjadi kayu ukur yang akan mempengaruhi tahap penguasaan amalan tilawah al-Quran murid tahap dua di sekolah rendah sama ada tinggi atau rendah. Hal ini kerana, pembelajaran ilmu tajwid amat penting pengaplikasiannya dalam amalan tilawah al-Quran.
8 1.6.3 AMALAN Amalan merujuk kepada pelaksanaan sesuatu perkara secara berterusan sehingga menjaadi satu kerterbiasaan dalam kehidupan seseorang. Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka (2017), amalan ini boleh didefinisikan sebagai sesuatu perkara yang dilakukan, dilaksanakan, dikerjakan sebagai suatu rutin atau kebiasaan bagi seseorang. Kajian ini menggunakan istilah amalan bagi perbuatan membaca al-Quran adalah untuk menggambarkan kelaziman responden terhadap tilawah al-Quran dalam kehidupan harian mereka. Hal ini juga berkait rapat dengan pemboleh ubah yang menjadi kayu ukur terhadap dapatan kajian ini iaitu sama ada pelaksanaan pembelajaran tajwid mampu mempengaruhi kekerapan murid untuk membaca al-Quran sebagai amalan harian mereka. 1.6.4 TILAWAH Perkataan tilawah diambil daripada kata pinjaman bahasa Arab yang membawa maksud pembacaan. Menurut Al-Azhar Asy-Syarif Sumatera Utara (2023), tilawah merujuk pada kaedah membaca AlQuran dengan baik dan betul. Oleh demikian, dalam konteks kajian ini, tilawah ini membawa maksud perbuatan membaca al-Quran dengan kaedah bacaan yang betul, tepat dan baik. Lazimnya, istilah tilawah ini juga menunjukkan kaedah bacaan al-Quran yang bukan sekadar tepat dari segi pengaplikasian tajwidnya malah seseorang mampu membaca dengan membawa lagu dan alunan suara yang baik dan merdu. 1.6.5 AL-QURAN Al-Quran merupakan sebuah kitab suci atau kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan Malaikat Jibril dalam bahasa Arab. Al-Quran juga dikenali sebagai sumber utama umat Islam dalam menjalani kehidupan harian mereka kerana ianya merangkumi segala aspek yang menyeluruh berkaitan kehidupan. Menurut Al-Syahid Hasan Al-Banna seperti yang dirujuk dalam Pejabat
9 Mufti Wilayah Persekutuan (26 Jun 2018), al-Quran al-Karim adalah sebuah perlembagaan yang lengkap merangkumi seluruh hukum Islam yang mencurahkan segala kebaikan ilmu ke hati orang-orang yang beriman. Dalam kajian ini, penyelidik menjadikan al-Quran sebagai bahan bantu mengajar untuk mengukur tahap penguasaan amalan tilawah al-Quran dalam kalangan murid tahap dua di sekolah rendah. 1.7 RUMUSAN Secara kesimpulannya, bab 1 membincangkan beberapa aspek penting berkaitan kajian yang dijalankan oleh penyelidik. Penyelidik memfokuskan kajian terhadap tahap kesedaran dan penguasaan amalan tilawah al-Quran dalam kalangan murid tahap dua sekolah rendah. Dapatan hasil kajian ini diharapkan dapat memberi sumbangan terhadap para pendidik dalam membentuk dan merancang strategi pengajaran amalan tilawah al-Quran dengan lebih berkesan. Hal ini demikian, ibu bapa atau guru atau pihak berkuasa hendaklah memberi penekanan terhadap tahap kesedaran anak-anak pada masa kini serta tahap penguasaan mereka terhadap amalan tilawah al-Quran tanpa mengira masa dan tempat.
10 BAB 2 TINJAUAN LITERATUR 2.1 PENGENALAN KEPADA KONTEKS KAJIAN Rentetan daripada kecanggihan teknologi maklumat dan komunikasi pada masa kini, banyak alternatif yang telah diambil oleh para pendidik untuk mengajar bidang al-Quran kepada anak-anak. Walau bagaimanapun, kaedah Talaqqi Musyfahah merupakan satu kaedah yang perlu dan masih releven sehingga kini kerana pembelajaran al-Quran memerlukan proses pembelajaran dua hala yang melibatkan guru dan murid. Kaedah ini penting kepada guru untuk menunjukkan kaedah bacaan ayat al-Quran mengikut hukum tajwidnya yang betul dan tepat (Mohd Syakir Moktar & Mohd Farid Mohd Sharif, 2021). Berikutan daripada itu, masih terdapat murid-murid di sekolah rendah khususnya murid tahap dua yang hampir meningkat remaja namun masih tidak dapat membaca al-Quran dengan bacaan dan tajwid yang betul. Sehubungan itu, bab ini akan menerangkan beberapa teori, model serta dapatan kajian lepas yang digunakan oleh penyelidik bagi memudahkan proses menjalani tinjauan terhadap kajian yang dijalankan. Bab ini akan menerangkan secara menyeluruh dan terperinci berkenaan teori dan model kajian, dapatan kajian-kajian yang lepas dan kerangka koseptual yang digunakan oleh penyelidik. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti hubung kait antara tahap penguasaan pembelajaran tajwid dengan tahap penguasaan amalan tilawah al-Quran dalam kalangan murid tahap dua di sekolah rendah.
11 2.2 TEORI DAN MODEL KAJIAN 2.2.1 Teori Kognitivisme Menurut Muhammad Hatta (2017), Allh SWT banyak berfirman dalam al-Quran dan memerintahkan manusia untuk selalu menggunakan akal dan memahami serta merenungi segala ciptaan dan kebesaran Allah di alam ini. Teori kognitif ini telah diambil dan digunakan oleh penyelidik dalam kajian ini bertujuan untuk mengaitkan proses penggunaan akal dengan proses pembentukan maklumat yang berkait rapat dengan pembelajaran tajwid dalam amalan tilawah al-Quran. Teori Pembelajaran Kognitivisme yang diperkenalkan oleh Jean Piaget ini memfokuskan hasil interaksi seseorang dengan lingkungan sekitarnya sehingga menghasilkan perubahan pengetahuan atau tingkah laku (Siti Rahmah, 2022). Oleh demikian, guru-guru yang menggunakan teori pembelajaran ini seharusnya mengajar dengan menggunakan bahasa yang sesuai dengan cara berfikir anak-anak. Pengaplikasian Teori Kognitivisme dalam proses pembelajaran akan membantu murid untuk berdikari, kreatif dan memahami bahan pembelajaran secara lebih mudah kerana kebebasan dan keterlibatan murid secara aktif dalam proses pembelajaran amat dititikberatkan (Siti Rahmah, 2022). Hal ini demikian, guru boleh memberi peluang kepada murid mendengar dan mengulang bacaan guru dalam proses Talaqqi Musyafahah bagi pembelajaran tajwid untuk menjana idea dan pemahaman murid terhadap isi kandungan pembelajaran. 2.2.2 Model SIM Social Interaction Model (SIM) ini didasari oleh teori pembelajaran Gestalt yang memfokuskan kepada konsep pengajaran berlandaskan bidang komunikasi. Hal ini demikian, model ini menitikberatkan hubungan interaksi yang harmoni antara individu
12 dengan masyarakat (Elda Fitria, 2018). Dalam konteks pendidikan, model SIM ini memberi ruang kepada guru dan murid untuk melaksanakan proses Pengajaran dan Pembelajaran secara dua hala secara aktif. Sehubungan itu, penyelidik mengambil dan merujuk model ini bagi menjalani kajian ini adalah kerana pengaplikasian hubungan secara dua hala yang aktif ini dapat membantu guru menyediakan kaedah dan strategi pengajaran yang mudah, menarik dan berkesan kepada murid manakala murid dapat berpeluang untuk mengadakan sesi soal jawab bersama guru ketika proses pembelajaran tajwid dan al-Quran. Melalui, proses pembelajaran itulah murid dapat memproses maklumat yang dibincangkan secara terbuka bersama guru dan mengaplikasikannya di dalam kehidupan mereka sehingga dapat menguasai amalan tilawah al-Quran. 2.2.3 Model Robert Glaser Model Pengajaran Robert Glaser merupakan satu model yang merangkui empat komponen penting dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran iaitu teridiri daripada komponen objektif pengajaran, pengetahuan sedia ada pelajar, kaedah mengajar dan penilaian (Mohd Ismail Mustari et al., 2012). Hal ini membuktikan bahawa model ini merangkumi proses awal hingga akhir proses Pengajaran dan Pembelajaran yang juga menitikberatkan langkah-langkah pengajaran iaitu dari proses peancangan, pelaksanaan, penilaian dan akhirnya proses maklum balas. Sehubungan itu, model ini sesuai dijadikan rujukan oleh penyelidik kerana proses pembelajaran alQuran bagi murid-murid yang lemah dalam pembacaannya dengan bertajwid boleh disusun mengikut model Rober Glaser ini. Hal ini demikian, guru yang menggunakan model ini dapat menyusun objektif pembelajaran, pengetahuan sedia ada murid, kaedah pengajaran dan penilaian yang sesuai kepada murid-murid yang hendak diajar dengan lebih jelas. Guru dan murid dapat memberi
13 fokus yang penuh pada suatu topik yang hendak disentuh sehingga mahir dan dapat dikuasai ilmu tersebut. 2.3 DAPATAN KAJIAN-KAJIAN LALU 2.3.1 Kemahiran Membaca Al-Quran Secara Bertajwid Di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Harian. Menurut kajian Norwardatun Mohamed Razali (2021), tahap penguasaan bacaan al-Quran di peringkat sekolah rendah adalah lemah. Secara puratanya, para pelajar tidak menguasai sebutan makhraj huruf dengan betul, lemah mengenal tanda-tanda bacaan dan hukum-hukum tajwid dengan baik. Dapatan kajian yang diambil daripada beberapa pengkaji lain telah menunjukkan peratusan bilangan murid yang buta al-Quran iaitu kira-kira 60% bersamaan 192 orang daripada 320 murid di beberapa buah sekolah menengah di Negeri Terengganu. Hal ini membuktikan bahawa amalan tilawah al-Quran murid tidak dapat dilaksanakan akibat kelemahan dari aspek pengetahuan ilmu tajwid dan pengaplikasiannya dalam pembacaan alQuran. 2.3.2 Kaedah Talaqqi Musyafahah Dalam Pengajaran Al-Quran Wa AlHafiz Kurikulum Dini SABK Di Perak. Menurut kajian Norhisham Muhammad et al. (2019), isu permasalahan membaca al-Quran yang melibatkan murid-murid pada pelbagai peringkat termasuk sekolah rendah meliputi aspek kemahiran lisan, kelancaran bacaan, kemahiran fasohah, tilawah bertajwid dan bacaan secara tadwir dan tartil. Hal ini menunjukkan bahawa permasalahan atau isu kemahiran tilawah al-Quran telah berlaku sejak lama lagi dan masih ada sehingga kini. Laporan berita juga mengemukakan lebih 700 orang murid daripada kira-kira 11,000 murid
14 tahun enam tidak boleh mengaji al-Quran (Hassan Omar, 14 November 2019). Hal ini menunjukkan, berlakunya keciciran murid dalam pembelajaran al-Quran sehingga menyebabkan masih terdapat murid tahap dua di sekolah rendah yang tidak tahu membaca al-Quran. 2.3.3Perkembangan dan Masalah Pembelajaran al-Quran Dalam Program J-Qaf di Malaysia. Kajian Daud Ismail, Wan Mohd Khairul Firdaus Wan Khairuldin & Mahadi Mohammad (2014) juga menunjukkan bahawa pembelajaran al-Quran yang bermula sejak sekolah rendah dapat mempengaruhi tahap penguasaan amalan tilawah al-Quran seseorang pada masa akan datang. Berikutan daripada itu, dapatan kajian itu telah merekodkan hampir 72 peratus daripada 376 orang responden kajian telah dikenal pasti tahap penguasaannya terhadap amalan tilawah alQuran adalah di tahap sederhana. Kajian tersebut juga dapat mengenal pasti bahawa 72 peratus itu berpunca daripada waktu permulaan responden mempelajari al-Quran iaitu bermula di sekolah menengah. Maka, murid-murid tahap dua di sekolah rendah hendaklah diterapkan pembelajaran tajwid dalam tilawah al-Quran bagi memastikan tahap penguasaan amalan tilawah al-Quran dapat ditekankan.
15 2.4 KERANGKA KONSEPTUAL Rajah 1 Kerangka Konspetual Kajian Kerangka konseptual ini penting bagi sesuatu kajian kerana memberi gambaran yang menyeluruh tentang suatu pemboleh ubah yang digunakan dalam kajian serta dimensi dan konstruk yang berkenaan. Kerangka Konseptual Kajian ini menyediakan arah aliran kerja dan hala tuju yang jelas kepada penyelidik berkenaan perkara yang perlu dilaksanakan. Lazimnya, Menurut Khalid (2003) seperti yang dirujuk dalam Suffian Jalet & Jamal @ Nordin Yunus, (2021), Kerangka Konseptual Kajian ini terdiri daripada perkaitan antara teori, model dan pemboleh ubah kajian yang berfungsi untuk memudahkan pemahaman penyelidik dalam menjalankan kajian. 2.5 RUMUSAN Kesimpulannya, tahap penguasaan amalan tilawah al-Quran dapat diterapkan dalam kehidupan anak-anak pada masa kini dengan pelaksanaan pembelajaran tajwid daripada guru-guru baik di rumah, sekolah, masjid dan lainMurid Tahap Dua Yang Lemah Dalam Amalan Tilawah Al-Quran Penguasaan Pembelajaran Tajwid Punca : 1. Jantina 2. Status Khatam Al-Quran 3. Kelas Tambahan Al-Quran Penguaasan Amalan Tilawah Al-Quran
16 lain. Hal ini kerana, pembelajaran secara berguru amat penting dalam proses pembelajaran bidang al-Quran. Sehubungan itu juga, pembelajaran tajwid bagi tilawah al-Quran perlu didedahkan sejak kecil lagi. Sebagaimana Syar Meeze Mohd Rashid (2017) menyatakan pendidikan al-Quran perlu diberikan kepada seseorang itu bermula daripada kecil lagi bagi menyemai perasaan cinta dan sayang terhadap mukjizat al-Quram dan akhirnya tersemat di dalam hati dan jiwa mereka. Berikutan daripada bab ini, isu murid-murid tahap dua yang lemah dalam amalan tilawah al-Quran dapat dilihat daripada kelemahan dan kekurangan pelaksanaan pembelajaran tajwid yang disertai atau diikuti oleh murid.
17 BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 3.1 PENGENALAN Dalam bab ini, penyelidik akan menghuraikan dan membincangkan berkenaan kaedah kajian berkenaan tahap penguasaan pembelajaran tajwid dan amalan tilawah al-Quran. Tujuan kaedah kajian ini diperlukan adalah untuk digunakan dalam kajian bagi mencapai objektif dan menjawab segala persoalan kajian yang dijalankan. Bab ini juga terdiri daripada reka bentuk kajian, persampelan, instrumen kajian dari aspek kesahan dan kebolehpercayaan, kajian rintis dan prosedur pengumpulan dan penganalisian data. Pada permulaan bab ini, penyelidik akan menyentuh berkaitan reka bentuk kajian dipilih dengan mengikut kesesuaian dengan merujuk kepada persoalan kajian. Persampelan juga ditentukan sebagai panduan kepada kajian yang hendak dilaksanakan. Instrumen kajian disediakan sebagai medium untuk mengukur kesesuaian dengan persoalan kajian. Instrumen kajian yang disediakan dan disertakan akan menjalani proses kesahan, kebolehpercayaan dan kebolehtadbiran dalam proses kajian rintis. Setelah mendapat kelulusan dalam menjalankan kajian, pengumpulan dan penganlisisan data akan dilaksanakan dengan menggunakan perisian IBM SPSS (Statistical Packages for the Social Sciences) versi 27.0 sebelum diterjemah kepada dapatan kajian. 3.2 REKA BENTUK KAJIAN Reka bentuk kajian merupakan suatu rancangan tindakan untuk menunjukkan bukti bagi suatu kajian itu dijalankan dan mendapatkan maklumat yang lebih terperinci (Sabitha, 2006 seperti yang dirujuk dalam Nur
18 Farahin Mohd Yusof et al., 2022). Menurut Ainun Bahiah Abd Halim (2019), reka bentuk kajian mampu menjadi panduan kepada penyelidik dalam proses mengumpul maklumat data, menganalisis dan membuat pentafsiran hasil kajian yang dijalankan. Penentuan reka bentuk kajian oleh penyelidik akan membantu dalam proses penganalisian dan pentafsiran data daripada hasil dapatan yang diberikan oleh responden melalui medium pengukur (borang soal seilidik) yang ditentukan oleh penyelidik untuk mengumpul data. Sehubungan itu, penyelidik telah menggunakan pendekatan berbentuk kuantitatif untuk mencapai objektif serta menjawab persoalan bagi kajian yang dijalankan. Menurut Mohd Zuhairil Ikmal Saidi (2019), pendekatan kuantitatif merupakan satu pendekatan yang bersifat angka atau numerical yang bertujuan untuk menganalisis data bagi memahami dan menyelesaikan masalah yang dikaji dalam kajian yang dilaksanakan. Pendekataan kaedah yang berbentuk kuantitatif ini lebih berfokus kepada suatu pengambilan data dalam jumlah yang banyak kerana populasi yang disasarkan adalah lebih luas (Salsabila Nanda, 2023). Kajian ini juga merupakan kajian yang berbentuk tinjauan yang menggunakan data kuantitatif yang diambil daripada borang soal selidik secara dalam talian (google form) sebagai instrumen utama bagi menjawab persoalan kajian yang dijalankan. Borang soal selidik yang disahkan kesahan dan kebolehpercayaannya akan ditadbir dan sampel akan diberi tempoh waktu yang mencukupi untuk menjawab semua soalan yang terdapat dalam soal selidik yang diedarkan tersebut. Seterusnya, hasil dapatan daripada pengumpulan data akan dianalisis dan ditafsir menggunakan kaedah statistik deskriptif dan inferensi bagi memenuhi keperluan objektif dan persoalan kajian.
19 3.3 PERSAMPELAN Kajian ini telah mengambil dari populasi kajian seramai 795 orang murid tahap dua iaitu tahun 4, 5 dan 6 di sebuah sekolah rendah di daerah Telok Panglima Garang, Selangor. Menurut Jadual Krejcie dan Morgan (1970) seperti yang dirujuk dalam Syed Abdul Rehman Bukhari (2021), jumlah saiz sampel yang di ambil boleh dirujuk mengikut jumlah saiz populasi yang disasarkan. Sehubungan itu, penyelidik akan memilih 260 orang murid tahap dua di sekolah rendah yang ditentukan bagi menjawab persoalan kajian yang terdapat dalam borang soal selidik yang diedarkan. Hakikatnya, sampel ini juga dipilih secara rawak berdasarkan populasi yang disasarkan yang bertujuan untuk mengelakkan unsur bias. 3.4 INSTRUMEN KAJIAN Bagi mencapai matlamat kajian ini, instrumen soal selidik telah dibangunkan berasaskan soalan-soalan yang akan diadaptasi daripada kajian Rohani Abd Razak & Norazmira Wati Awang (2022), Sapie Sabilan et al. (2018), Azarudin Awang et al. (2011). Instrumen soal selidik yang dipilih ini juga menghasilkan satu data deskriptif dan inferensi yang dapat membantu penyelidik memenuhi keperluan objektif dan persoalan kajian. Soal selidik ini dipilih oleh penyelidik sebagai instrument kajian adalah berdasarkan beberapa sebab iaitu : i. Soal selidik dapat memperolehi data yang lebih tepat dan penyelidik yakin bahawa responden dapat memberikan tindak balas yang berkesan terhadap aspek yang dikaji berbanding kaedah lain. ii. Soal selidik juga membantu penyelidik berhubung dengan responden dengan lebih mudah dan baik.
20 iii. Soal selidik yang penyelidik gunakan ini dapat menjimatkan masa, tenaga dan kos perbelanjaan penyelidikan. iv. Soal selidik yang digunakan mampu untuk menjawab persoalan kajian yang terdapat dalam kajian yang dijalankan. Soal selidik yang dibangunkan ini mengandungi tiga bahagian iaitu Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. Bahagian A merupakan bahagian yang mengandungi demografii atau profil responden berkenaan jantina, tahun, sekolah, status khatam al-Quran, bilangan khatam al-Quran, individu awal yang mengajar responden al-Quran, kelas tambahan al-Quran dan tahap bacaan responden terhadap tilawah al-Quran. Manakala, Bahagian B pula menyentuh aspek tahap penguasaan pembelajaran tajwid dalam kalangan murid tahap dua di sekolah rendah dan seterusnya Bahagian C pula mengemukakan soalansoalan berkaitan tahap penguasaan amalan tilawah al-Quran dalam kalangan murid tahap dua di sekolah rendah. Bahagian A mempunyai 8 soalan, Bahagian B mempunyai 12 soalan sahaja dan Bahagian C mengandungi 13 soalan berkaitan. Secara jumlahnya, terdapat 33 soalan yang dikemukan dalam borang soal selidik ini yang dijadikan sebagai instrumen kajian bagi kajian yang dijalankan ini. Kesemua item soalan yang dibentuk menggunakan format Skala Likert bagi memudahkan proses analisis dan pentafsiran data bagi kajian yang dijalankan. Format Skala Likert ini juga digunakan bertujuan untuk memudahkan responden menjawab item soalan yang dikemukakan dengan jawapan yang lebih tepat dan fleksibel. Skala Likert yang ditetapkan oleh penyelidik adalah terdiri daripada lima kategori skor iaitu seperti jadual di bawah :
21 Jadual 1 Penentuan Skala Likert SKALA LIKERT PENERANGAN RINGKASAN 1 Sangat Tidak Setuju STS 2 Tidak Setuju TS 3 Sederhana S 4 Setuju ST 5 Sangat Setuju SST Jadual 1 menunjukkan penamaan bagi setiap skala likert yang ditetapkan oleh penyelidik yang digunakan dalam borang soal selidik yang diedarkan kepada sampel kajian. Hasilnya, data dan maklumat yang diperolehi daripada responden melalui soal selidik ini akan dianlisis secara kuantitatif. 3.4.1 KESAHAN Kesahan merupakan suatu kaedah untuk mengukur suatu konstruk. Menurut Azizi Yahya et al. (2017), seperti yang dirujuk dalam Lily Hanefarezan Asbulah (2018), kesahan sesuatu pengukuran itu bergantung kepada sejauh mana ia berjaya mengukur apa yang hendak diukur. Kesahan terdiri daripada kesahan muka dan kesahan kandunga. Kesahan muka merujuk kepada sejauh mana soal selidik yang dibina dapat mengukur tahap penguasaan pembelajaran tajwid dan amalan tilawah al-Quran yang menjadi persoalan bagi kajian yang dijalankan (Ainun Bahiah Abd Halim, 2019).
22 Setersunya, kesahan kandunga pula merujuk kepada isi kandungan item yang dibina sama ada mempunyai perkaitan terhadap apa yang diukur. Contohnya, penyelidik yang menjalani kajian ini perlulah memastikan item-item soalan yang dibina berkaitan tilawah al-Quran dengan apa yang ingin dikaji bagi mengetahui tahap penguasaan pembelajaran tajwid dan amalan tilawah al-Quran dalam kalangan murid tahap dua di sekolah rendah. Sehubungan itu, item soalan yang dibina hendaklah ditunjukkan dan dibentangkan untuk mendapat pengesahan daripada pensyarah pakar dalam bidang pengkhususan al-Quran sebelum dibawa untuk proses kajian rintis. 3.4.2 KEBOLEHPERCAYAAN Menurut Nur Izzati Rozman (2018), kebolehpercayaan didefinisikan sebagai suatu nilai ukuran yang boleh dijadikan sebagai panduan untuk menentukan ketekalan skor sesuatu item. Sehubungan itu, kebolehpercayaan dalam konteks instrumen kajian ini adalah merujuk kepada kesesuaian dan kebolehgunaan sesuatu instrument yang dibina tersebut dalam sesebuah kajian yang dijalankan. Kebolehpercayaan sesuatu instrumen itu boleh dijelaskan melalui korelasi antara jumlah skor dengan skor setiap item (Ainun Bahiah Abd Halim, 2019). Berikutan daripada itu, instrumen soal selidik yang menggunakan skala likert sebagai kaedah untuk mengukur jawapan responden akan memudahkan penyelidik untuk menilai kebolehpercayaan instrumen kajiannya. Sehubungan itu, Pekali Croncach Alpha (α) telah digunakan dalam mengukur soal selidik yang menggunakan skala likert (Syazwani, 2018). Ujian Cronbach Alpha ini juga merupakan suatu ujian yang lazimnya digunakan oleh penyelidikpenyelidik dalam menentukan kebolehpercayaan suatu instrumen kajian yang digunakan. Dalam kajian ini, kebolehpercayaan instrumen telah dikenal pasti melalui penganalisian item-item soalan dalam borang soal selidik
23 dengan menggunakan perisian IBM SPSS (Statistical Packages for the Social Sciences) versi 27.0 bagi mendapatkan nilai Cronbach Alpha selepas kajian rintis telah dilaksanakan. Nilai Cronbach Alpha yang boleh diterima dan tidak boleh diterima dalam suatu instrumen soal selidik telah ditentukan melalui model pengukuran Rasch, skor nilai Alpha Cronbach yang boleh diterima adalah 0.71-0.99 sebagaimana yang diterangkan oleh Bond & Fox (2015) (Lily Hanefarezan Hasbulah et al., 2018). Oleh demikian, penyelidik telah mengedarkan borang soal selidik yang dibina kepada 30 orang murid tahap dua di sekolah rendah bagi memastikan kebolehpercayaan sesuatu instrumen itu dapat dikenal pasti dengan jayanya. Jadual 2 Interprestasi Alpha Cronbach SKOR ALPHA CRONBACH INTERPRESTASI KEBOLEHPERCAYAAN 0.9 – 1.0 0.7 – 0.8 0.6 – 0.7 <0.6 <0.5 Sangat baik dan efektif Baik dan boleh diterima Boleh diterima Item perlu dibaiki Item perlu digugurkan Sumber : Lily Hanefarezan Asbulah et al. (2018) 3.5 KAJIAN RINTIS Menurut Fatimah Abia Umuri (2012), kajian rintis merupakan kajian yang dilaksanakan sebelum kajian sebenar dijalankan dan merupakan kajian secara kecil-kecilan yang melibatkan subjek yang sedikit. Lazimnya, kajian rintis ini juga akan dilaksanakan apabila penyelidik telah mendapat
24 persetujuan dan kebenaran daripada pensyarah pakar penyelidik dan pihak IPG. Menurut Nadhiah Abdul Pisal & Kamarul Shukri Mat Teh (2019), kajian rintis ini dijalankan adalah untuk memastikan kesesuaian instrumen yang digunakan dalam kajian dan menilai kebolehpercayaan serta ketekalan soal selidik kajian melalui pekali indeks Cronbach Alpha yang boleh diterima dalam kajian penyelidikan yang dijalankan. Sehubungan itu, item soalan yang dikaji dalam kajian rintis ini akan dapat dikenal pasti kebolehpercayaannya terhadap responden dan penyelidik dapat membuat penambahbaikan terhadap item-item yang tidak sesuai, kurang difahami atau mengelirukan. Penyelidik telah menjalani kajian rintis ke atas 30 orang responden dalam kalangan murid tahap dua di sebuah buah sekolah di daerah berdekatan Telok Panglima Garang, Selangor. Hasil daripada kajian rintis yang dilaksanakan ini, penyelidik mendapati bahawa indeks kepercayaan Cronbach Alpha bagi item soalan yang diedarkan adalah berada pada tahap 0.760. Hal ini menunjukkan kebolehpercayaan yang tinggi bagi instrument tersebut dalam mengukur item-item yang hendak diukur. Sebagaimana yang pernah dinyatakan oleh Gay et al. (2009) seperti yang dirujuk dalam Ainun Bahiah Abd Halim (2019), nilai Cronbach Alpha yang hampir kepada 1.0 akan dikira sebagai item yang mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi dan kesan ralat terhadap pengukuran adalah kecil. 3.6 PROSEDUR PENGUMPULAN DATA Setelah borang soal selidik yang disediakan mendapat kelulusan penyelia dan pensyarah pakar, penyelidik akan mula mengedarkan borang soal selidik tersebut kepada responden melalui aplikasi google form. Penyelidik mengedarkan link google form ini kepada guru kelas bagi setiap tahun di sekolah yang dikaji melalui aplikasi Whatsapp. Tempoh masa akan diberikan kepada responden untuk menjawab soal selidik yang diedarkan. Borang soal selidik yang telah selesai dijawab akan dikumpulkan dan penyelidik akan mula proses pengalisian data-data mentah yang terdapat dalam borang soal selidik. Data-
25 data ini akan dianalisis dan direkodkan sebelum penyelidik membuat satu kesimpulan. 3.7 PROSEDUR PENGANALISIAN DATA Jadual 3 Analisis Statistik yang Digunakan Bil Soalan Kajian Analisis Statistik yang Digunakan 1 Adakah terdapat perbezaan jantina terhadap tahap penguasaan pembelajaran tajwid dan penguasaan amalan tilawah al-Quran? Analisis berdasarkan kekerapan, peratusan, ukuran kecenderungan tengah (min) dan ukuran kebolehubahan (sisihan piawai). (Deskriptif) 2 Adakah terdapat perbezaan murid yang mempunyai kelas tambahan alQuran terhadap tahap penguasaan pembelajaran tajwid dan penguasaan amalan tilawah al-Quran? Analisis berdasarkan kekerapan, peratusan, ukuran kecenderungan tengah (min) dan ukuran kebolehubahan (sisihan piawai). (Deskriptif) 3 Adakah terdapat hubungan antara tahap penguasaan pembelajaran tajwid dan penguasaan amalan tilawah al-quran dengan status khatam alQuran? Korelasi Pearson (Inferensi)
26 Data-data yang dikumpulkan akan dianalisis dengan menggunakan perisian IBM SPSS (Statistical Packages for the Social Sciences) versi 27.0 yang mampu menganalisis kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai bagi suatu data mentah. Penganalisian data ini akan melibatkan penggunaan statistic deskriptif dan inferensi untuk mengenal pasti dan mengetahui tahap penguaasan pembelajaran tajwid dan amalan tilawah al-Quran dalam kalangan murid tahap dua di sekolah rendah. 3.8 RUMUSAN Secara keseluruhannya, bab ini telah memberikan gambaran dan penerangan yang jelas berkaitan metodologi bagi kajian yang hendak dijalankan. Kajian ini telah menggunakan kaedah pendekatan kuantitatif. Kajian ini telah dijalankan ke atas beberapa orang murid tahap dua di sebuah sekolah rendah di Daerah Telok Panglima Garang, Selangor. Item-item yang terdapat pada soal selidik secara dalam talian melalui aplikasi google form yang diedarkan kepada responden merupakan alat ukur bagi kajian ini. Perisian merupakan kaedah analisis yang bertujuan untuk memproses data yang diperolehi dan seterusnya dinyatakan dalam bentuk jadual kekerapan, peratusan dan min. Bab seterusnya, penyelidik akan menyentuh hasil dapatan dan perbincangan bagi kajian yang dijalankan secara lebih terperinci.
27 RUJUKAN Ahmad Fitri Mat Rusop. (2018). Nota Ringkas Asas Tajwid Al-Quran : Rasm Uthmani : Riwayat Hafs : Imam ‘Asim. Fatehah Learning Centre. https://cepatquran.com/blog/wp-content/uploads/2018/01/NOTARINGKASAN-ASAS-TAJWID-21.pdf Ainun Bahiah Abd Halim. (2019). Pengetahuan Dan Penguasaan Guru Pelatih Pendidikan Islam Zon Sabah Terhadap Penggunaan Penulisan Ejaan Jawi Yang Disempurnakan. Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau. Al-Azhar Asy-Syarif Sumatera Utara. (20 Ogos 2023). Mengenal Tilawah, Seni Membaca Al-Quran Dengan Khusyuk. https://alazharasysyarifsumut.sch.id/mengenal-tilawah-seni-membaca-alquran-dengan-khusyuk/ Azarudin Awang, Azman Che Mat & Ahmad Nazuki @ Marzuki Yaakub. (28 Julai 2011). Tahap Pembacaan Al-Quran Dalam Kalangan Pelajar Di UITM Terengganu. https://journalarticle.ukm.my/2317/1/8_AJTLHE-.pdf Daud Ismail, Wan Mohd Khairul Firdaus Wan Khairuldin & Mahadi Mohammad. (2014). Perkembangan dan Masalah Pembelajaran Al-Quran Dalam Program J-Qaf di Malaysia. Islamiyyat, 36(2), 57-66. Dewan Bahasa dan Pustaka. (2017). Amalan. https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=amalan Elda Fitria. (2018). Model Pembelajaran (Social Interaction Model) Berbantukan Handmagic Tiga Dimensi Untuk Meningkatkan Kemampuan Pemahaman Konsep Matematis Siswa SMP.
28 http://repository.radenintan.ac.id/6377/1/SKRIPSI%20ELDA% 20FITRIA%20%286%29.pdf Fatimah Abia Umuri. (2012). Penguasaan Membaca Dalam Meningkatkan Kemahiran Suku Kata KV+KVK Dengan Teknik Cari Pasangan Murid-Murid Tahun Satu. Open University Malaysia. Hassan Omar. (14 November 2019). Lebih 700 Murid Tak Boleh Mengaji Al-Quran. https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/11/517173/lebih-700-muridtak-boleh-mengaji-al-quran Juliza Ezaida Junelan. (2014). Penguasaan Kemahiran Insaniah Pelajar Dalam Penglibatan Aktiviti Kokurikulum Badan Beruniform Di UTHM. http://eprints.uthm.edu.my/1522/1/24p%20JULIZA%20EZAIDA%20JUME LAN.pdf Lily Hanefarezan Asbulah, Maimun Aqsha Lubis, Ashinida Aladdin & Mus’ab Sahrim. (2018). Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen Strategi Pembelajaran Kolokasi Bahasa Arab : Analisis Menggunakan Model Rasch. Jurnal Pendidikan Malaysia, 1(1), 131-140. Mohd Ismail Mustari, Kamarul Azmi Jasmi, Azhar Muhammad & Rahmah Yahya. (2012). Model Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab. Seminar Antarabangsa Perguruan dan Pendidikan Islam. Le Grandeur Palm Resort, Senai, Johor Bahru (pp. 867-878). https://core.ac.uk/download/pdf/42907687.pdf Mohd Syakir Moktar & Mohd Farid Mohd Sharif. (2021). Kaedah Talaqqi Musyafahan Dalam Tilawah Al-Quran. MANU, 32(1), 153-174. https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/MANU/article/view/3280/2182 Mohd Zuhairil Ikmal Saidi. (2019). Pendekatan Kuantitatif Dalam Penggunaan R. https://www.researchgate.net/publication/337593143_Pendekatan_Kuantit atif_dalam_Penggunaan_R Muhammad Hatta. (2017). Konsep Dan Teori Belajar Dalam Perspektif Pendidikan Islam. Jurnal As-Salam, 1(3), 98-105. https://www.jurnalassalam.org/index.php/JAS/article/view/24/20
29 Nadhiah Abdul Pisal & Kamarul Shukri Mat The. (2019). Kajian Rintis Strategi Pembelajaran Kemahiran Berbahasa Arab. Journal of Social Sciences and Humanitities, 16(7), 1-12. Nadiah Ramlan. (22 November 2022). Pupuk Minat Cintakan Al-Quran Sedari Kecil, Banyak Kebaikannya. https://www.usim.edu.my/news/in-ourwords/pupuk-minat-cintakan-al-quran-sedari-kecil-banyak-kebaikannya/ Norhisham Muhammad, Azmil Hashim, Wahyu Hidayat Abdullah, Muhammad Akramin Kamarul Zaman & Fatin Ardani Zamri. (2019). Kaedah Talaqqi Musyafahah Dalam Pengajaran Al-Quran Wa Al-Hafiz Kurikulum Dini SABK Di Perak. International Journal of Education, Psychology and Counseling, 4(32), 273-283. Norwardatun Mohamed Razali. (2021). Kemahiran Bacaan Al-Quran Secara Bertajwid Di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Harian : Satu Tinjauan Awal. Proceedings of the 7th International Conference on Quran as Foundation of Civilazation. Universiti Sains Islam Malaysia. Nur Farahin Mohd Yusof, Muhammed Fauzi Othman, Mohd Azhar Abd Hamid, Mohd. Koharuddin Balwi & Mohd. Nasir Markom. (2022). Pengalaman Pembelajaran Informal Dalam Kalangan Pekerja Pejabat Tanah Di Kelantan. Jurnal Kemanusiaan, 19(1), 8-19. Nur izzati Rozman. (2018). Pengukuran Dalam Penyelidikan : Kebolehpercayaan Dan Kesahan Dalam Kajian. (19) PENGUKURAN DALAM PENYELIDIKAN: KEBOLEHPERCAYAAN DAN KESAHAN DALAM KAJIAN | Izzati Rozman - Academia.edu Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. (26 Jun 2018). Bayan Linnas Siri Ke-139 : AlQuran : Kalamullah Yang Mukjiat. https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/bayanlinnas/2486-bayan-linnas-siri-ke-139-al-quran-kalamullah-yang-mukjizat Salsabila Nanda. (9 November 2023). Metode Penelitian Kuantitatif : pengertian, Tujuan, Ciri, Jenis & Contohnya. https://www.brainacademy.id/blog/penelitian-kuantitatif
30 Sapie Sabilan, Harzita Ismail, Suhana Mohamed Lip, Mohamad Fuad Ishak & Siti Nga’ishah Mohni. (2018). Penilaian Terhadap Aspek Konteks Dan Input Berkaitan Keberkesanan Kaedah Warna Dalam Amalan Tilawah Al-Quran Secara Bertajwid Di Sekolah Kebangsaan Bukit Besi, Dungun, Terengganu. Conference 2nd International Seminar. Universitas Pendidikan Indonesia, Bandung, Indonesia. Siti Rahmah. (2022). Teori Kognitivisme Serta Aplikasinya Dalam Pembelajaran. SKULA : Jurnal Pendidikan Profesi Guru Madrasah, 2(3), 23-34. http://studentjournal.iaincurup.ac.id/index.php/skula/article/view/415/386 Suffian Jalet & Jamal @ Nordin Yunus. (2021). Pembinaan Kerangka Konseptual Kajian Mengenai Hubungan Amalan Kepimpinan Distributif Dan Organisasi Pembelajaran Terhadap Prestasi Kerja Guru. Management Research Journal, 10(1), 108-122. Syar Meeze Mohd Rashid. (2017). Kemahiran Asas Serta Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran Al-Quran Kepada Golongan Istimewa. Journal of Guran Sunnah Education and Special Needs, 1(1). Syazwani. (27 Mei 2018). Analisis Kebolehpercayaan Cronbach Alpha (Reliability Analysis). https://syazwanispss.blogspot.com/2018/05/cerita-21-analisiskebolehpercayaan.html Syed Abdul Rehman Bukhari. (2021). Sample Size Determination Using Krejcie and Morgan Table. https://www.researchgate.net/publication/349118299_Sample_Size_Deter mination_Using_Krejcie_and_Morgan_Table
31 Lampiran A
32 Lampiran B
33
34 Lampiran C INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TAWAU INSTRUMEN SOAL SELIDIK TAHAP PENGUASAAN PEMBELAJARAN TAJWID DAN AMALAN TILAWAH AL-QURAN DALAM KALANGAN MURID TAHP DUA DI SEKOLAH RENDAH Instrumen soal selidik ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap penguasaan penguasaan pembelajaran tajwid dan amalan al-Quran dalam kalangan murid tahap dua di sekolah rendah. Kerjasama menjawab soal selidik secara jujur dan ikhlas amat diharapkan supaya pengkaji dapat maklumat yang tepat. Maklumat berguna untuk penambahbaikan dimasa hadapan. Semua maklumat yang anda berikan adalah sulit. OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian bagi mengenalpasti; 1. Tahap penguasaan pembelajaran tajwid dan amalan tilawah al-Quran dalam kalangan murid tahap dua di sekolah rendah. 2. Perbezaan jantina dan murid yang mempunyai kelas tambahan al-Quran terhadap tahap penguasaan tahap penguasaan pembelajaran tajwid dan amalan tilawah al-Quran.4 3. Hubungkait antara tahap penguasaan pembelajaran tajwid dan penguasaan amalan tilawah al-Quran dengan status khatam al-Quran. PERSOALAN KAJIAN 1. Adakah terdapat perbezaan jantina terhadap tahap penguasaan pembelajaran tajwid dan penguasaan amalan tilawah al-Quran? 2. Adakah terdapat perbezaan murid yang mempunyai kelas tambahan al-Quran terhadap tahap penguasaan pembelajaran tajwid dan penguasaan amalan tilawah al-Quran? 3. Adakah terdapat hubungan antara tahap penguasaan pembelajaran tajwid dan penguasaan amalan tilawah al-Quran dengan status khatam al-Quran? A: DEMOGRAFI RESPONDEN
35 Sila tandakan ( / ) di petak yang berkenaan. A1. Jantina : a. Lelaki b. Perempuan A2. Tahun : a. (4) b. (5) c. (6) A3. Sekolah : a. Sekolah Kebangsaan b. Sekolah Agama A4. Status Khatam Al-Quran : a. Pernah b. Tidak Pernah A5. Bilangan Khatam Al-Quran : a. 0 b. 1 c. 2
36 d. 3 e. 4 A6. Mula Belajar Al-Quran Bersama : a. Ibu Bapa b. Guru al-Quran c. Guru Sekolah A7. Kelas Tambahan Al-Quran : a. Kelas Asas Fardhu Ain (KAFA) b. Kelas Al-Quran di luar sekolah c. Tiada Kelas Tambahan Al-Quran A8. Tahap Bacaan : a. Sangat baik b. Baik c. Sederhana d. Lemah
37 Skala untuk menilai tahap penguasaan pembelajaran tajwid dan amalan tilawah alQuran dalam kalangan murid tahap dua di sekolah rendah berdasarkan jadual di bawah : 1 Sangat Tidak Setuju (STS) 2 Tidak Setuju (TS) 3 Sederhana (S) 4 Setuju (ST) 5 Sangat Tidak Setuju (SST) No. BAHAGIAN B : TAHAP PENGUASAAN PEMBELAJARAN TAJWID SKALA STS TS S ST SST 1 Melalui pembelajaran tajwid, saya dapat mempelajari kaedah pembacaan al-Quran secara bertajwid. 1 2 3 4 5 2 Melalui latih tubi bacaan, saya dapat meningkatkan penguasaan bacaan al-Quran yang bertajwid. 1 2 3 4 5 3 Melalui tempoh pembelajaran tajwid yang mencukupi, saya dapat memenuhi keperluan saya dalam mendalami ilmu tajwid. 1 2 3 4 5 4 Melalui pembelajaran tajwid, saya dapat mengenal pasti perubahan huruf dengan huruf dalam pembacaan al-Quran. 1 2 3 4 5 5 Melalui pembelajaran tajwid, saya dapat mengenal pasti perubahan harakat dengan harakat dalam pembacaan al-Quran. 1 2 3 4 5 6 Melalui pembelajaran tajwid, saya dapat mengenal pasti penambahan huruf dalam pembacaan ayat alQuran. 1 2 3 4 5 7 Melalui pembelajaran tajwid, saya dapat mengenal pasti penghilangan tasydid dalam pembacaan alQuran. 1 2 3 4 5 8 Melalui pembelajaran tajwid, saya dapat meninggalkan huruf yang boleh merosakkan makna dalam pembacaan ayat al-Quran. 1 2 3 4 5 9 Melalui pembelajaran tajwid, saya dapat menukar lafaz huruf kerana merosakkan makna dalam pembacaan ayat al-Quran. 1 2 3 4 5 10 Melalui pembelajaran tajwid, saya dapat memahami dengan lebih mendalam berkaitan ilmu tajwid untuk digunakan dalam tilawah al-Quran. 1 2 3 4 5
38 11 Melalui pembelajaran ilmu tajwid, saya dapat gunakannya dalam pembacaan al-Quran. 1 2 3 4 5 12 Melalui pembelajaran ilmu tajwid, saya dapat membetulkan kesalahan penggunaan ilmu tajwid orang lain dengan baik. 1 2 3 4 5 No. BAHAGIAN C : TAHAP PENGUASAAN AMALAN TILAWAH AL-QURAN SKALA STS TS S ST SST 13 Saya boleh mengenal huruf al-Quran. 1 2 3 4 5 14 Saya boleh menyebut huruf al-Quran. 1 2 3 4 5 15 Saya boleh menyebut kalimah al-Quran. 1 2 3 4 5 16 Saya boleh menyebut kalimah al-Quran yang bersambung. 1 2 3 4 5 17 Saya kenal tanda bacaan dalam al-Quran. 1 2 3 4 5 18 Saya tahu hukum tajwid. 1 2 3 4 5 19 Saya boleh baca al-Quran dengan bertajwid. 1 2 3 4 5 20 Saya boleh baca al-Quran dengan betul. 1 2 3 4 5 21 Saya boleh baca al-Quran dengan berlagu. 1 2 3 4 5 22 Saya boleh membaca ayat al-Quran sesuai dengan bunyi sebutan makhrajnya 1 2 3 4 5 23 Saya boleh membezakan sebutan makhraj suatu huruf dengan huruf yang lain. 1 2 3 4 5 24 Saya boleh melafazkan bunyi makhraj huruf semasa membaca al-Quran dengan baik. 1 2 3 4 5 25 Saya sentiasa memelihara sebutan makhraj huruf semasa membaca al-Quran. 1 2 3 4 5
39 Lampiran D
40 Lampiran E