BIL TAJUK MUKA
SURAT
1. PENGHARGAAN
2. OBJEKTIF
3. PENGENALAN
4. FAKTOR PENUBUHAN GOLONGAN ANTI HADIS
5. HUJAH-HUJAH GOLONGAN ANTI HADIS
6. GOLONGAN YANG TERLIBAT DENGAN ANTI HADIS
7. KESAN PENYEBARAN ANTI HADIS
8. CARA MENGHALANG GOLONGAN ANTI HADIS
9. RUMUSAN
10. LAMPIRAN DAN RUJUKAN
PENGHARGAAN
Syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya kerana kami dapat menyempurnakan tugasan
bagi subjek Pengajian Islam (MPU 23012) ini dengan jayanya.
Dengan kesempatan yang ada ini, kami amat berbesar hati untuk mengucapkan jutaan terima kasih
kepada Tuan Jamalizamani bin Jamaluddin, selaku Pensyarah Pengajian Islam kerana telah meletakkan
sepenuh kepercayaan beliau serta membimbing kami menyiapkan tugasan yang diberikan.
Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak yang terlibat yang tidak segan silu
dalam usaha membantu menyempurnakan tugasan ini. Tambahan pula, kami ingin mengucapkan jutaan
terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan kerana sudi memberikan tunjuk ajak serta serta bantuan dan
Kerjasama untuk mengaktualkan tugasan ini dengan jayanya.
Ucapan ini juga, dituding kepada semua pihak yang telah turut serta menjayakan tugasan ini sama
ada secara langsung ataupun tidak langsung. Segala bentuk bantuan yang telah diberikan amatlah kami
hargai hatta tanpa bantuan serta bantuan mereka, tugasan ini tidak dapat berjalan dengan baik dan lancar.
SEKIAN TERIMA KASIH.
MENGAMBIL IKTIBAR MEMAHAMI APA ITU
DARIPADA GOLONGAN GOLONGAN ANTI HADIS
ANTI HADIS
OBJEKTIF
MENGETAHUI KESAN MENGIMPLEMENTASIKAN CARA
PENYEBARAN ANTI HADIS UNTUK MENGHALANG GOLONGAN
ANTI HADIS
PENGENALAN
Anti Hadis merupakan antara ajaran sesat yang menular dalam masyarakat Islam sejak
beberapa tahun yang lalu. Pengaruh anti Hadis ini semakin luas apabila wujudnya pihak-
pihak tertentu yang mendukung kepercayaan dan kefahaman mereka di samping
wujudnya buku-buku, artikel-artikel dan seminar yang berkaitan. Fahaman anti Hadis ini
sebenarnya mempunyai pegangan yang tidak mempercayai Hadis sebagai sumber
epistemologi Islam selepas al-Qur’an. Penghujahan golongan yang berfahaman ini
bahawa al-Qur’an sebagai kitab yang lengkap dan sempurna telah menolak sumber-
sumber lain sebagai sumber perundangan Islam. Untuk menguatkan hujah mereka,
beberapa ayat al-Qur’an cuba diselewengkan tafsirannya. Kebanyakan penyelewengan
mereka melibatkan soal akidah, politik, dan feqah. Dalam soal akidah, golongan ini
meletakkan kedudukan Nabi Muhammad s.a.w. sekadar pengikut Nabi Ibrahim AS.
Menurut mereka Nabi Ibrahim AS adalah pesuruh Allah SWT bukannya Nabi Muhammad
s.a.w. Sehubungan itu, mereka mendakwa solat, puasa, zakat, dan amalan-amalan ibadah
lain harus mengikut Nabi Ibrahim AS. Golongan anti Hadis juga menyelewengkan ayat-
ayat al-Quran berkaitan politik, terutamanya yang berkaitan dengan kepimpinan
ulama. Mereka mendakwa ulama dahulu dan kini semuanya palsu, menyelewengkan
ajaran Allah SWT, bertopengkan amalan Rasul serta telah mereka-reka hukum. Mereka
mendakwa ulama mencipta hukum halal-haram, sesat, undang-undang kekeluargaan
Islam, dan sebagainya walhal semua itu tiada dalam al-Qur’an. Bagi mereka ulama sekutu
Allah SWT. Jelas di sini Golongan Anti Hadis ini cuba mentafsirkan ayat al-Qur’an
mengikut seleranya sendiri berdasarkan terjemahan yang lemah. Mereka sebenarnya tidak
mempunyai kepakaran dalam bahasa al-Qur’an, tidak memahami uslub ayat dan
balaghahnya. Jadi, memahami al-Qur’an berdasarkan terjemahan yang sedia ada
mengakibatkan fahaman mereka tersasar daripada maksud sebenar (Abdul Halim El
Muhammady, 1997: 10).
FAKTOR PENUBUHAN GOLONGAN ANTI HADIS
Antara faktor terpenting yang mempengaruhi perkembangan fahaman ini ialah terpengaruh
dengan idea-idea yang yang dikemukakan oleh orientalis Barat. Sebagai contoh, Rashad
Khalifa yang bukan berlatarbelakangkan Pengajian Islam telah cuba untuk membahas isu-
isu yang berkaitan dengan sumber perundangan hukum Islam yang ternyata hanyalah
berasaskan kajian saintifik beliau serta penaakulan akal semata-mata. Walhal, hukum Islam
bukanlah boleh diukur keberkesanannya berdasarkan anggapan atau pemikiran yang bersifat
terhad malah ia merupakan wahyu daripada Allah SWT yang tidak boleh dikritik apatah lagi
untuk menafikannya secara mutlak. Malah, terdapat beberapa orientalis sebelum beliau
seperti Ignaz Goldziher dan Joseph Schacht yang telah mengkritik keautoritian hadis sebagai
sumber hukum dengan menyatakan bahawa hadis merupakan ajaran palsu yang muncul
antara 200-250 tahun selepas kewafatan Nabi ﷺdan kemudian dikaitkan dengan Baginda.
Mereka juga mendakwa kitab-kitab hadis sahih tidak mengandungi kata-kata atau perbuatan
Nabi s.a.w, bahkan ia mengandungi anggapan atau tekaan pengumpul-pengumpul hadis
seperti al-Imam al-Bukhari, Imam Muslim, Imam al-Tirmizi, Imam Abu Daud, Imam al-Nasa’i
dan Imam Ibnu Majah sebagai hadis sahih atau riwayat-riwayat sahih mengenai kata-kata dan
perbuatan Nabi s.a.w. Jelas di sini bahawa mereka cuba mengaitkan kebenaran fakta dengan
akal pemikiran dalam membuktikan bahawa sesuatu kebenaran yang tersimpan dan muncul
semula selepas beberapa ketika boleh terdedah dengan unsur-unsur kekurangan atau
penyelewengan. Dalam erti kata yang mudah, mereka mengatakan kebenaran itu tidak
semestinya bersifat kekal malah perlu dikaji semula akan kesahihannya agar bersesuaian
dengan keperluan akal dan keadaan kehidupan semasa (Ishak Hj. Sulaiman, 2001: 83).
HUJAH-HUJAH DARIPADA GOLONGAN ANTI HADIS
Mereka mendakwa bahawa konsep sunnah/hadith hanya timbul di kurun kedua dan ketiga hijrah di zaman
Imam As-Syafi'e iaitu 200 tahun selepas nabi wafat. Begitu juga, semua kitab-kitab hadith (al-Kutub al-
Sittah) dihasilkan antara tempoh 200-250 tahun selepas kewafatan nabi s.a.w.
Mereka juga membuat penghujahan bahawa al-Quran, sebagai kitab yang lengkap dan
sempurna, telah menolak sumber-sumber lain sebagai sumber teologi dan perundangan.
Penghujahan sebegini mula ditimbulkan daripada penulisan Dr. Rasyad Khalifa iaitu "The
Computer Speaks:God's Message to the World". Antara lain penghujahan ialah "buku ini secara
saintifik membuktikan ketulenan Al-Quran sebagai perutusan Tuhan kepada manusia yang
sepenuhnya terpelihara, dan menarik perhatian pembaca kepada kesempurnaannya,
lengkapnya dan keterperinciannya, menyebabkan manusia tidak memerlukan buku-buku lain
sebagai sumber bimbingan. Ini bermakna hadith sekaligus tertolak sebagai sumber teologi dan
perundangan".
Penghujahan di atas disokong pula oleh petikan ayat-ayat Al-Quran yang menjelaskan bahawa Al-Quran
sudah lengkap dan hanya al-Quran sahaja yang bersumberkan wahyu dan terpelihara di mana sunnah/
hadith adalah rekaan di kurun ketiga hijrah dan seterusnya. Bukan itu sahaja, malah sikap menjadikan
sunnah/hadith sebagai sumber undang-undang bersama Al-Quran disifatkan olehTuhan (berdasarkan
fahaman anti-hadith) sebagai mempersekutukan Allah dan ini merujuk kepada beberapa ayat-ayat Al-
Quran iaitu Asy Syuuraa :21, Al An’am:21-24, Az Zumar:45 dan Ghafiir:12.
Sebagai pembuktian bahawa sunnah/hadith adalah palsu ialah fenomena
kemunduran dan pecah belah yang berlaku kepada masyarakat Islam selepas
kurun kedua hijrah iaitu di zaman pengumpulan dan penulisan sunnah/hadith.
Kemunduran menurut mereka, disebabkan umat Islam mula berpegang kepada
ajaran yang salah dan palsu kerana Al-Quran adalah mustahil menjadi ajaran
yang salah. Yang palsu ialah sunnah/hadith yang mula timbul idea
penulisannya di zaman Khalifah Umar bin Abdul Aziz.
Umat Islam juga lemah dan mundur khususnya di zaman moden, di samping
ajaran sunnah/hadith yang palsu, ialah kerana pengaruh buku-buku humanism
sekular sama ada berbentuk liberal atau marxis malah mengikut kefahaman
anti-hadith, hadith ialah kuasa palsu yang lebih lama dan meluas berbanding
dengan kefahaman sekular. Walaupun begitu, mereka juga mengatakan tidak
semua hadith itu palsu atau rekaan seperti apa yang terkandung di dalam
Piagam Madinah, perjanjian-perjanjian Rasulullah s.a.w. dengan pelbagai pihak
serta surat-surat nabi yang diutus kepada pemerintah-pemerintah di zaman itu.
Namun, ini hanyalah sebagai sumber rujukan sejarah yang tidak berautoriti dalam agama
Islam. Mereka juga membuat kenyataan bahawa sikap menolak sunnah/ hadith bukan
bererti tidak beriman dengan Rasulullah tetapi kefahaman anti-hadith hanyalah sekadar
menjelaskan bahawa sunnah/hadith tidaklah bertaraf wahyu yang mengikat umat Islam
dan juga sunnah/hadith adalah palsu, rekaan dan ciptaan yang kalaupun hendak diterima
hanya sekadar sebagai sumber rujukan sejarah dan bukan sebagai sumber teologi dan
perundangan. Inilah kesimpulan dan gambaran umum kepada andaian, kepercayaan dan
penghujahan dalam gerakan anti-hadith.
Golongan anti-hadith, antara lain berhujah bahawa terdapat beberapa sunnah/hadith yang
melarang golongan sahabat menulis di zaman Rasulullah s.a.w. selain daripada Al-Quran.
Ini menunjukkan, mengikut dakwaan anti-hadith, bahawa sunnah/hadith adalah tidak
benar dan tidak penting dalam Islam kerana ianya dilarang ditulis oleh Rasulullah s.a.w.
GOLONGAN YANG TERLIBAT DENGAN ANTI HADIS
SIAPAKAH GOLONGAN ANTI HADIS
• Golongan ini pernah disebut ulama Ibn Hazm abad 4-5 Hijrah dan beberapa ulama zaman moden seperti Muhammad al-Ghazali
dan Yusof al-Qardhawi.
• Golongan ini tidak disambut dengan ahlan wa sahlan, tetapi disambut dengan peringatan dan amaran bahaya oleh para ulama
kepada umat Islam seluruhnya.
• Kemunculan golongan ini pernah diramalkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dalam sebuah hadith bermaksud:Ada orang yang
berbaring di tempat tidur yang mewah dan berkata: “Antara kami dan kalian hanyalah kitab Allah (al-Quran) sahaja.
• Apa yang dihalalkan dalam al-Quran, kita halalkan, dan apa yang diharamkan, kita haramkan. Sesungguhnya apa-apa yang
diharamkan oleh Rasulullah s.a.w., sama seperti yang diharamkan oleh Allah.” [Riwayat Abu Dawud dan Tirmizi].Hadith nabi
terbukti benar.
• Golongan yang hanya mahu berpegang kepada Al_Quran dan menolak hadith/sunnah kini muncul. Andainya golongan ini tidak
muncul, kemungkinan umat Islam dalam keraguan dan tidak mempercayai kebenaran hadith tersebut.
KESAN PENYEBARAN ANTI HADIS
• Pemikiran antihadis bukanlah bersumberkan al-Qur'an, sunah dan sumber-sumber syariat
Islam yang lain. Pemikiran antihadis dan sekutu-sekutunya kalau diukur dan dikategorikan, ia
paling baik pun berada pada kedudukan yang ketiga daripada empat aliran besar pemikiran
Islam. Aliran tersebut ialah aliran yang melebihkan akal daripada wahyu. Dalam banyak
perkara mereka sebenarnya berada pada kedudukan yang keempat iaitu aliran yang
menggunakan akal semata-mata dan tidak menghiraukan nas. Pemikiran antihadis walaupun
ia bermula daripada luar iaitu datang daripada orientalis yang secara jelas menjadi musuh
Islam, ia telah berkembang biak dalam kepompong Islam. Pemikiran ini telah menjadi duri
dalam daging yang telah merobek kesucian Islam dan bila-bila masa sahaja ia boleh
menghancurkan syariat Islam.
• Akidah
Pengaruh GAH dalam akidah adalah pengaruh yang berkaitan dengan kepercayaan dan
pegangan yang dalam kajian ini meliputi; asas-asas Islam, keistimewaan para nabi dan perkara-
perkara ghaib. Adalah didapati satu isu sahaja yang mempunyai tahap pengaruh yang
sederhana rendah iaitu isu nabi hanya mempunyai satu mukjizat sahaja iaitu Al-Qur'an.
Manakala, isu-isu yang lain berada pada tahap pengaruh yang rendah. Kejayaan GAH
mempengaruhi akidah umat Islam terbukti apabila didapati terdapat segelintir daripada
responden yang tidak memperakui bahawa seorang nonmuslim yang ingin memeluk Islam mesti
mengucap dua kalimah syahadat.
• Syariat
Pengaruh GAH dalam syariat adalah pengaruh yang berkaitan dengan
pengamalan dan hukum-hakam dan dalam kajian ini difokuskan kepada; ibadat,
syariat Islam dan hukum.
Kejayaan GAH mempengaruhi umat Islam dalam perkara syariat disokong lagi
apabila didapati tidak kesemua responden bersetuju dengan pensyariatan solat
lima waktu sehari semalam.
CARA MENANGANI GOLONGAN ANTI HADIS
• Tindakan Kerajaan Dan Masyarakat
Telah banyak tindakan yang telah diambil oleh pihak berkuasa khususnya pihak berkuasa agama sama ada di peringkat pusat
mahupun negeri dalam menangani GAH ini. Tindakan drastik turut diambil oleh institut-institut pengajian tempatan dan individu-
individu yang berprihatin terhadap isu ini untuk sama-sama membanteras dan mencegah fahaman ini daripada merebak dan
menular.
1.Tindakan Kerajaan
Pihak kerajaan di peringkat pusat seperti JAKIM dan juga di peringkat negeri seperti Jabatan-jabatan agama telah mengambil
pelbagai langkah untuk menangani gejala songsang ini daripada berleluasa.
a. Mengeluarkan Fatwa
Pada 19 Jun 1986, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan telah meneliti secara khusus terhadap buku “Hadis Satu Penilaian Semula”
dan seterusnya menyimpulkan bahawa buku tersebut bercanggah dengan ajaran Islam dan orang yang menolak hadis sebagai
sumber hukum adalah terkeluar daripada ajaran Islam. Jawatankuasa juga telah mengesyorkan kepada Kementerian Dalam Negeri
supaya buku tersebut diharamkan (BAHEIS 1995).
b. Penyebaran Risalah
Pihak berkuasa agama turut mengambil tindakan menyebarkan risalah-risalah percuma kepada masyarakat dalam rangka memberi
hebahan dan kesedaran kepada masyarakat berhubung bahayanya golongan-golongan yang menyeleweng.Sebagai contohnya
risalah yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada Julai 2006 yang bertajuk “Tips-tips Mengenali Ajaran
Menyeleweng”. Risalah berkenaan menyenaraikan 31 kaedah mengenali sesuatu ajaran itu menyeleweng atau tidak (JAIS
2006).Risalah berkenaan dengan ajaran, fahaman dan tarikat yang telah difatwakan dan diwartakan menyeleweng telah
dikeluarkan oleh JAWI untuk menyedarkan masyarakat wujudnya golongan yang sesat dan menyeleweng di Malaysia.
• 2. Tindakan NGO Dan Masyarakat
Badan-badan bukan kerajaan (NGO) terutama yang berlatarbelakangkan Islam turut berperaan menyekat penyebaran fahaman
dan pemikiran ajaran ini. Selain pihak berkuasa dan badan-badan bukan kerajaan, terdapat juga di kalangan orang ramai yang
turut melibatkan diri dalam usaha menangani penyebaran fahaman GAH ini.
a. Membuat Aduan
Tindakan-tindakan yang telah dibuat selama ini oleh pihak berkuasa adalah berdasarkan aduan-aduan yang telah diberikan
oleh orang ramai. Tanpa aduan daripadaorang ramai pihak berkuasa sudah pasti tidak akan dapat melaksanakan kerja-kerja
mereka dengan sempurna.
b. Penyebaran Akhbar
Penyelaras Projek Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Noor Nirwandy Mat Nordin, telah mendedahkan di Harian
Metro 17hb January, 2006 kewujudan gerakan anti hadith yang bertujuan menyebarkan kepercayaan, amalan dan pemikiran
berlandaskan al-Al-Qur’an semata-mata. Beliau berkata pihaknya mengesan aktiviti golongan itu di internet yang boleh memberi
kesan tidak baik kepada generasi muda.
RUMUSAN
• Jelas bahawa golongan anti-hadith adalah golongan pertama daripada
kalangan umat Islam yang menolak autoriti Rasulullah s.a.w sebagai
seorang yang bercakap, bertindak malah diamnya sendiri sebagai wahyu
Allah. Persoalannya, bagaimana mereka membezakan antara Al-Quran
dan sunnah yang kedua-duanya datang melalui Rasulullah s.a.w kalau
tidak Rasulullah s.a.w itu diwahyukan? Akhirnya dapatlah disimpulkan
kefahaman golongan anti-hadith tidak berasas sama sekali dan kalau
hendak digunakan penghujahan anti-hadith, sudah pasti Al-Quran sendiri
pun tidak dapat diterima sebagai benar. Malah, kronologi pengumpulan
Al-Quran sendiri pun diasaskan kepada sunnah/hadis kerana tidak ada
sumber lain yang dapat memberitahu hal ini. Sudah tepatlah bahawa
fahaman anti-hadith adalah satu kedangkalan, kejahilan dan ajaran yang
salah dan sesat serta membahayakan sistem teologi dan perundangan
Islam secara keseluruhan.
REFERENCE
• https://www.researchgate.net/publication/340514236_Golongan_An
ti_Hadis_Isu_Dan_Cabaran
• https://sainshumanika.utm.my/index.php/sainshumanika/article/vie
w/966/595
• https://anyflip.com/hnatg/nvpf/basic
• https://pum.org.my/golongan-antihadith-dan-liberalisme/