KISAH NABI IBRAHIM
DIBAKAR RAJA NAMRUD
KEHIDUPAN AWAL NABI IBRAHIM
Nabi Ibrahim A.S merupakan nabi ke-6 dalam sejarah rasul yang wajib kita
ketahui. Nama baginda ialah Ibrahim bin Azzar bin Nahur merupakan
keturunan Sam bin Nuh. Baginda juga merupakan salah seorang rasul Ulu-Al
Azmi. Gelaran ini diberi atas kesabarannya yang tinggi menghadapi ujian.
Baginda diutuskan ditengah-tengah kaum yang mensyirikkan Allah.
Bapa Nabi A.S merupakan pembuat patung berhala yang disembah oleh
kaumnya ketika itu. Kerajaan tersebut merupakan kerajaan Babylon yang
diperintah oleh Raja Namrud. Raja Namrud dinukilkan sebagai pemerintah
yang zalim dan mengakui dirinya sebagai tuhan.
MIMPI RAJA NAMRUD
Raja Namrud bermimpi disuatu malam dimana seorang anak lelaki kecil
masuk ke biliknya lalu memijak mahkotanya. Raja Namrud segera
memanggil ahli nujum untuk menilik mimpinya. Menurut mereka, akan lahir
seorang anak lelaki yang akan merampas takhta Raja Namrud serta
menjatuhkan kerajaan Babylon.
Mendengar akan berita buruk itu, Raja Namrud memerintahkan agar
kesemua bayi lelaki mesti dibunuh. Atas kuasa Allah, Nabi Ibrahim sewaktu
kecilnya dipelihara Allah dimana ibunya sempat menyembunyikan diri di gua
sehingga lahirnya Baginda ke dunia.
Kebijaksanaan Nabi Ibrahim
Allah telah mengurniakan kecerdasan akal fikiran kepada Baginda A.S
dimana baginda mula memikirkan hal-hal ketuhanan diawal usianya.
Baginda berfikiran mengapa `kaumku menyembah matahari sedangkan ia
akan terbenam setelah malam, masakan bintang itu adalah Tuhanku
sedangkan ia mulai menghilang setelah siang. Bagaimana Tuhanku akan
memberi petunjuk padaku sekiranya ia menghilang ?
Setelah dikurniakan petunjuk Allah, baginda segera menasihati serta
mengajak kaumnya termasuklah bapanya sendiri untuk mentauhidkan Allah.
Hal ini jelas membuktikan bahawa perlakuan penyembahan berhala yang
dilakukan kaumnya secara terang-terangan itu adalah perbuatan yang
mensyirikkan Allah. Namun, bapa serta kaumnya tetap berdegil. Mereka
tidak mengendahkan nasihat Baginda A.S.
Perdebatan Nabi Ibrahim dan Raja Namrud
Berlaku beberapa siri perdebatan antara Nabi Ibrahim A.S dan Raja Namrud
dimana baginda berkata, “Tuhanku adalah yang menghidupkan dan mematikan”.
Raja Namrud yang mengakui dirinya tuhan itu menyatakan bahawa dia dapat
menghidupkan dan mematikan yang bermaksud jika dia hendak membunuh dua
orang, dia boleh membunuh seorang lalu membiarkan seorang lagi hidup.
Namun, itu jauh sekali dari sifat-sifat Allah yang Maha Pencipta dimana Allah
menciptakan sesuatu yang tiada menjadi ada. Kemudian Nabi Ibrahim berkata
lagi, “Seseungguhnya Allah menerbitkan matahari dari Timur, maka terbitkanlah ia
dari Barat”. Raja Namrud terdiam kerana sedar akan ketidakmampuannya untuk
menerbitkan matahari dari sebelah barat.
Nabi Ibrahim Dibakar di dalam Api
Kesombongan Raja Namrud jelas terserlah apabila dia melemparkan Nabi
Ibrahim A.S ke dalam api. Hal ini bermula apabila Baginda A.S tidak
menyertai pesta keramaian kaumnya. Baginda tidak turut serta atas alasan
sakit. Secara senyap, baginda memulakan langkah dengan menghancurkan
patung-patung berhala yang terdapat di dataran luas perkampungannya
kecuali patung yang paling besar diantaranya.
Setelah kaumnya pulang dari pesta tersebut, alangkah terkejutnya mereka
apabila mendapati seluruh patung berhala semuanya musnah. Berita
musnahnya patung berhala tersebut sampai kepengetahuan Raja Namrud
lalu memanggil Nabi Ibrahim A.S ke istana.
Raja Namrud bertanyakan adakah Nabi Ibrahim yang memusnahkan berhala
itu. Namun baginda menjawab, “Patung berhala yang besar itu yang
melakukannya, tanyakanlah kepada berhala itu jika ia dapat berbicara”. Raja
menjawab sudah tentu patung itu tidak dapat menjawabmu kerana patung
itu tidak mampu berkata-kata.
Raja Namrud menjadi murka setelah dimalukan oleh Nabi Ibrahim A.S
didepan pengikutnya. Lantas, Baginda dihukum atas keberaniannya
mempersoalkan Tuhan mereka. Pengikut Raja Namrud mula mengumpul
kayu bakar dengan membuat tempat pembakaran yang sangat besar. Api
mulai marak dan menjulang tinggi. Sebelum dicampak ke dalam api, Nabi
Ibrahim A.S membaca doa,
DOA NABI IBRAHIM KETIKA DICAMPAK DALAM API
Terdapat hadis riwayat Bukhari dari Abdullah bin Abbas dijelaskan bahawa
ada doa yang dibaca Nabi Ibrahim sebelum dia dilontarkan ke dalam api.
Doa tersebut adalah dari surat Ali Imran ayat 173.
َح ْسبُنَا اَّهللُ َو ِن ْع َم ا ْل َو ِكيل
Maksudnya: “Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah
sebaik-baik Pelindung.”
Nabi Ibrahim dicampakkan ke dalam api yang sedang marak. Kesemua yang
hadir menyaksikan seksaan itu yakin bahawa baginda akan rentung
dimamah api. Raja Namrud juga beranggapan begitu. Namun, dengan kasih
Allah, api itu tidak sedikit pun mencederakan baginda A.S dan baginda
terselamat dari diseksa. Sebahagian yang melihat keajaiban itu mempercayai
dakwah Nabi Ibrahim A.S atas izin Allah.
Pengakhiran Raja Namrud
Menurut sejarahwan, Raja Namrud enggan menerima dakwah Nabi Ibrahim
A.S. Kemudian, Allah mengirimkan sekecil-kecil tenteranya iaitu nyamuk
untuk mengazab Raja Namrud disebabkan kezalimannya terhadap kekasih
Allah iaitu Nabi Ibrahim A.S dan pengikutnya.
Nyamuk tersebut masuk ke dalam hidung Raja Namrud lalu dia memukul
kepalanya menggunakan besi untuk mengeluarkan nyamuk tersebut.
Begitulah sadisnya kisah Raja Namrud menemui ajal.