The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SK SERI TUALANG KPM-SK-Admin, 2024-03-09 22:41:23

Buku Pengurusan Sekolah

SKeSTa 2024/2025

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI TUALANG JALAN PINTASAN TEMERLOH-MENTAKAB 28000 TEMERLOH, PAHANG CBA7152 09-2901080 [email protected] [email protected]


BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2024/2025 SK SERI TUALANG Secalit Tinta Selingkar Kata Assalamualaikum dan salam sejahtera. Segala puji hanya bagi Allah, selawat dan salam kepada junjungan Nabi Muhammad SAW dan seterusnya kaum keluarganya serta para sahabat dan para tabiin seluruhnya. Alhamdulillah, bersyukur kehadratNya, Jawatankuasa Buku Panduan Pengurusan Sekolah telah dapat merancang dan menyusun Buku Pengurusan Sekolah bagi sesi 2024/2025 dengan jayanya. Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Jawatankuasa Buku Panduan Pengurusan Sekolah kerana telah berjaya menyempurnakan buku ini. Sesungguhnya, buku panduan pengurusan sekolah ini sangat penting sebagai rujukan dan garis panduan kepada guru- guru dan Anggota Kakitangan Pelaksana (AKP) dalam rangka melaksanakan tugas dengan lebih efisien dan berfokus. Bidang pendidikan negara sememangnya bersifat dinamik bagi memenuhi keperluan semasa khususnya diperingkat global. Oleh hal yang demikian, warga pendidik dan AKP merupakan arkitek sosial yang memikul tanggungjawab yang besar dalam memberikan pendidikan, menyampaikan ilmu, membentuk peribadi dan sahsiah sekali gus menjana potensi murid ke arah yang lebih optimum. Kita sebagai warga pendidik perlu sentiasa memperlengkap diri dengan pelbagai ilmu dan kemahiran bagi mendepani cabaran masa hadapan. Dalam hal ini, warga pendidik seharusnya bekerja sebagai satu pasukan bermula di peringkat panitia masing-masing sehinggalah ke peringkat yang lebih tinggi. Ilmu dan kemahiran yang dimiliki oleh individu seharusnya dikongsi dan dimanfaatkan semaksimum mungkin untuk meningkatkan mutu pendidikan negara. Secara tidak langsung, hal ini dapat membentuk warga SKeSTa yang berketerampilan,profesional, berkualiti dan beretika. Saya yakin dan percaya bahawa Sekolah Kebangsaan Seri Tualang, sebagai salah sebuah Sekolah (SKeSTa), mampu menyediakan landskap pembelajaran yang terancang, terkawal dan sempurna dalam usaha membentuk modal insan yang berkualiti. Selain itu, saya juga melihat bahawa SKeSTa dapat menjadi wadah terbaik untuk melahirkan insan yang mempunyai kecemerlangan ilmu dan keunggulan sahsiah yang akhirnya menjadi Khalifah yang dapat menyempurnakan tuntutan agama, bangsa dan negara. Selamat menjalankan tugas sepanjang tahun 2024/2025. ROZAIMI BIN RAMLI GURU BESAR


MAKLUMAT AM TAHUN 2024


FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM ETIKA KERJA ISLAM BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2024/2025 SK SERI TUALANG Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara. Pendidikan Islam adalah satu usaha untuk menyampaikan ilmu kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan Al-Quran dan Al-Sunnah bagi membentuk sikap kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangunkan diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan di akhirat. Bekerja dengan azam mengabdikan diri kepada Allah ➢ Bekerja dengan ikhlas dan cekap ➢ Bekerja dengan tekun dan cekap ➢ Bekerja dengan semangat gotong-royong dan berpandukan fikiran ➢ Bekerja dengan matlamat kebahagiaan manusia sejagat


RUKUNEGARA BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2024/2025 SK SERI TUALANG VISI KPM MISI KPM BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA Mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya, memelihara satu cara hidup demokratik, mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaan yang akan menggunakan sains dan teknologi moden. MAKA KAMI, rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip berikut:- Kepercayaan kepada Tuhan Kesetiaan kepada Raja dan Negara Keluhuran Perlembagaan Kedaulatan Undang-undang Kesopanan dan Kesusilaan PENDIDIKAN BERKUALITI, INSAN TERDIDIK, NEGARA SEJAHTERA. MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA.


5 APIRASI SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA 9 BIDANG KEUTAMAAN LAPORAN PENILAIAN PENDIDIKAN NEGARA Pertama - Memartabatkan profesion keguruan; Kedua - Meningkatkan kualiti kepimpinan sekolah; Ketiga - Meningkatkan kualiti sekolah; Keempat - Memantapkan kualiti kurikulum dan pentaksiran; Kelima - Meningkatkan penguasaan pelbagai bahasa; Keenam - Mengukuhkan pelibatan ibu bapa, sektor swasta dan masyarakat sebagai rakan kongsi dalam pendidikan; Ketujuh - Meningkatkan kesediaan murid untuk merebut peluang dalam pendidikan tinggi dan pasaran kerja; Kelapan - Memperbaiki kecekapan dan keberkesanan pengurusan sumber; dan Kesembilan - Membina kemampuan serta keupayaan sistem penyampaian pendidikan BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2024/2025 SK SERI TUALANG PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 – 2025


11 ANJAKAN UTAMA BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2024/2025 SK SERI TUALANG


BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2024/2025 SK SERI TUALANG


Kementerian Pendidikan telah membina satu naratif baharu amalan pendidikan. Naratif ini menggariskan fokus dan gerak kerja professional KPPM 2019. Naratif Utama Naratif utama adalah berfokuskan kepada pembelajaran berorientasikan perkembangan. Ia perlu dicapai melalui 3 subnaratif iaitu: Sub Naratif 1: Pelajar (Pedagogi) - perubahan pedagogi daripada berpusatkan guru kepada berpusatkan murid. - 4 perkara digariskan adalah: • Pembelajaran bermakna & didik hibur • Pembelajaran Abad ke 21 (PAK21) • Pentaksiran Bilik Darjah • Sekolah Transformasi 2025 (TS25) Sub Naratif 2: Guru (Pembangunan Kapasiti) - perubahan daripada pembangunan kendiri sahaja kepada sokongan professional. - Tumpuan diberikan kepada: • Menformalkan dan menginstitusikan Sistem Sokongan Profesional • Rakan Peningkatan Sekolah (SIP+) • Pembimbing Pakar Peningkatan Sekolah (SISC+) • Rakan Kepemimpinan Pendidikan dan Instruksional (ELITE) • Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) Sub Naratif 3: Kepimpinan Pendidikan (Pengurusan) - perubahan daripada Top Down kepada Bottom Up. Analisis dan dapatan daripada peringkat bawah dan on the ground digunakan bagi membina intervensi untuk dirancang dan dikuatkuasakan oleh peringkat atas. • Penambahbaikan berasaskan sekolah • Perundingan dan Konsultasi • Dialog Prestasi (Daerah, Negeri, Kebangsaan) • SKPMG2 sebagai alat Pengurusan BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2024/2025 SK SERI TUALANG


PENGENALAN TS25 TS25 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui; · Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan · Disokong kepimpinan yang berkualiti / berwawasan · Guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi. · Komitmen komuniti yang padu MATLAMAT DAN TERAS TS25 Berdasarkan kepada tiga objektif Program Transformasi Sekolah, maka KPM telah menetapkan tiga matlamat utama yang perlu dicapai oleh semua sekolah-sekolah di Malaysia pada tahun 2025, iaitu; • Memantapkan kepimpinan sekolah • Memaksimumkan potensi guru dan murid menerusi peningkatan kualiti pembelajaran dan pengajaran • Mengukuhkan pelibatan ibubapa, komuniti dan pihak berkepentingan demi kejayaan murid Matlamat Konsep Program Transformasi Sekolah 2025 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui, yang akan dicapai menerusi transformasi dalam lima teras yang berikut; • Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan • Penglibatan pembelajaran murid yang aktif lagi bermakna • Disokong kepimpinan yang berkualiti serta berwawasan • Guru yang kompeten, beraspirasi tinggi • Komitmen komuniti yang padu. BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2024/2025 SK SERI TUALANG Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha KPM kearah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti. Melalui TS25 adalah diharapkan sekolah yang terlibat berupaya mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025.


BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2024/2025 SK SERI TUALANG


BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2024/2025 SK SERI TUALANG


BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2024/2025 SK SERI TUALANG


MAKLUMAT AM TAHUN 2024


PPD TEMERLOH TAHUN 2024 BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2024/2025 SK SERI TUALANG


PPD TEMERLOH TAHUN 2024 BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2024/2025 SK SERI TUALANG


PETUNJUK PRESTASI TAHUNAN PPD TEMERLOH BIL PETUNJUK PRESTASI UTAMA (KPI) SASARAN 2024/2025 1 Peratus murid berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) berada dalam Program Pendidikan Inklusif (PPI) 92.00% 2 Peratus Pencapaian Enrolmen Prasekolah di bawah KPM untuk kanak-kanak berumur 5+ tahun 71.00% 3 Peratus Pencapaian Murid Layak Menerima Sijil (LMS) dalam Peperiksaan SPM 97.00% 4 Pencapaian Gred Purata Daerah (GPD) dalam Peperiksaan SPM 4.70 5 Peratus Pencapaian murid yang mendapat cemerlang dan kepujian dalam mata Pelajaran Bahasa Melayu peperiksaan SPM 83.00% 6 Pencapaian Pingat Emas dalam Kejohanan Olahraga MSSP 12 Pingat 7 Peratus pencapaian kehadiran murid ke sekolah bagi semua jenis Sekolah Rendah 91.88% 8 Peratus pencapaian kehadiran murid ke sekolah bagi semua jenis Sekolah Menengah 89.64% 9 Jurang pencapaian gred purata SPM bagi sekolah bandar dan luar bandar (BLB) 0.36 10 Peratus jurang pencapaian Layak Menerima Sijil (LMS) SPM mengikut status Sosioekonomi 5.30% 11 Peratus jurang pencapaian Layak Menerima Sijil (LMS) SPM mengikut Jantina 3.80% 12 Peratus pencapaian kehadiran murid ke sekolah bagi sekolah murid orang asli (SMOA) 90.00% 13 Peratus pencapaian bilangan murid yang Celik Al-Quran 88.00% 14 Peratus Sekolah Memperolehi Penarafan Pengurusan Kewangan Cemerlang 59.77% BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2024/2025 SK SERI TUALANG


MAKLUMAT AM TAHUN 2024 SK SERI TUALANG CBA7152


ANALISIS GURU BILANGAN GURU PGB 1 BILANGAN GURU PENOLONG KANAN 3 BILANGAN GURU AKADEMIK 14 BILANGAN GURU PENDIDIKAN ISLAM 6 BILANGAN GURU LUAR NORMA 2 BILANGAN GURU PRA 2 JUMLAH 28 MAKLUMAT SEKOLAH BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2024/2025 SK SERI TUALANG NAMA DAN ALAMAT SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN SERI TUALANG JALAN PINTASAN TEMERLOH-MENTAKAB 28000 TEMERLOH, PAHANG KOD SEKOLAH : CBA7152 GRED : B NO. TEL : 09-2901080 E-MEL : [email protected] NAMA GURU BESAR : EN ROZAIMI BIN RAMLI ANALISIS MENGIKUT JANTINA PERKARA LELAKI PEREMPUAN JUMLAH BILANGAN GURU 6 22 28 BILANGAN AKP 1 3 4 BILANGAN MURID (+PRASEKOLAH) 160 167 327 BILANGAN MURID (TANPA PRASEKOLAH) 131 146 277


VISI SEKOLAH MOTTO SEKOLAH BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2024/2025 SK SERI TUALANG OBJEKTIF SK SERI TUALANG 1. Melahirkan insan berkualiti dengan ciri-ciri unggul seperti tersurat dalam Falsafah Pendidikan Negara 2. Berusaha meletakkan pencapaian kurikulum pada tahap terbaik (MTM– sekurang-kurangnya 75%, PBD sekurang-kurangnya TP4) 3. Mempertingkatkan sahsiah, disiplin dan ketakwaan murid. 4. Menggalakkan penglibatan dan kejayaan menyeluruh dalam kokurikulum 5. Membangunkan semangat kerja berpasukan dengan semangat kerjasama, telus dan tulus. 6. Menjadikan sekolah sebagai taman ilmu bersih, ceria, selamat dan kondusif. SAHSIAH TERPUJI, AKADEMIK CEMERLANG, KOKURIKULUM TERBILANG , SKESTA GEMILANG 2025 CERGAS, CERDAS, CEMERLANG


Kami Warga Pendidik SkeSTa dengan penuh tekad dan iltizam berjanji menawarkan perkhidmatan pendidikan cemerlang kepada :- Murid • Menyediakan kaedah pengajaran dan pembelajaran terbaik dan optimum berdasarkan kurikulum dan kokurikulum kebangsaan untuk memenuhi keperluan pelajar secara holistik. • meningkatkan pencapaian akademik 100% MTM • Menyediakan suasana dan peralatan yang lengkap untuk menggalakkan PdPc abad 21 dijalankan dalam kaedah yang selesa dan kondusif. • Merealisasikan kemenjadian murid yang cemerlang berasaskan SKPMG2 Staf • Sentiasa mengutamakan kebajikan semua staf. • Memastikan sumber dan kemudahan yang secukupnya serta memenuhi peluang peningkatan profesionalisme kerjaya. Stake Holder • Memenuhi semua arahan dan pekeliling dari PPD, JPN dan KPM dengan tepat dan segera. • Menyediakan segala data dan maklumat terkini seperti yang diperlukan sebelum tarikh yang ditetapkan. Ibu Bapa dan Komuniti • Mewujudkan kerjasama dengan ibu bapa melalui perjumpaan rasmi dua kali setahun. • Mengadakan permuafakatan antara sekolah, ibu bapa, masyarakat dan agensi luar. • Menyampaikan maklumat dan perkembangan semasa sekolah • Memberi perhatian terhadap aduan dan membuat tindakan dalam tempoh 1/3/7 hari • Berempati terhadap masalah dan kemusykilan yang dikemukakan • Berurusan secara mesra dan berbudi bahasa. • Memohon sumbangan dan sokongan dari segi moral dan material untuk kemajuan sekolah PIAGAM PELANGGAN BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2024/2025 SK SERI TUALANG


PETUNJUK PRESTASI TAHUNAN SK SERI TUALANG 2024/2025 BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2024/2025 SK SERI TUALANG BIL PETUNJUK PRESTASI UTAMA (KPI) SASARAN 2024/2025 1 Peratus Pencapaian Enrolmen Prasekolah di bawah KPM untuk kanak-kanak berumur 5+ tahun 85.00% 2 Pencapaian dalam Kejohanan MSSD 12 Pingat 3 Peratus pencapaian kehadiran murid ke sekolah 90.26% 4 Peratus pencapaian bilangan murid yang Celik Al-Quran dan Jawi 90.00% 5 Memperolehi Penarafan Pengurusan Kewangan Cemerlang 100.00% 6 Meningkatkan kuantiti pencapaian PBD dengan peningkatan TP 3 90.00% 7 Meningkatkan peratus Tahap Penguasaan PBD murid Tahun 1 hingga 6 TP 3 dan ke atas. 96.00% 8 Memastikan Pusat Sumber Sekolah sebagai pemangkin kecemerlangan sekolah 5 bintang 9 Menjadikan program NILAM lebih berkesan dengan pertambahan murid yang mencapai 5 bintang 10.00% 10 Membina pembentukan sahsiah murid melalui program bersepadu unit HEM melalui program-program yang dilaksanakan oleh: i. Bina Insan ii. Unit Disiplin 95.00% 11 5 terbaik dalam setiap penyertaan sukan, permainan dan koakademik peringkat daerah Meningkatkan penyertaan dan pencapaian murid dalam aktiviti kokurikulum ke peringkat Daerah (20 orang)/ Negeri. (10 orang)/ Kebangsaan (3 orang) 20 orang 12 Memastikan semua guru mencapai tahap gemilang dalam PdPc melalui SK@S (Standard 4) 90.00% 13 Memastikan Melindungi Masa Instruksional (MMI) 100.00% 14 Meningkatkan peratus penglibatan guru dalam LADAP bagi meningkatkan profesionalisme keguruan dan etika kerja serta penguasaan ICT ke tahap maksimum. 100.00% 15 Meningkatkan penyertaan ibu bapa dalam lima aktiviti utama PIBK. 85.00% 16 Pencapaian Pemulihan 75.00%


FOKUS SK SERI TUALANG 2024/2025 ✓ Kecemerlangan Akademik ✓ Kecemerlangan Kokurikulum/Koakademik ✓ Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) ✓ Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) ✓ Highly Immersive Programme (HIP) ✓ SK@S ✓ Kemenjadian Murid ✓ Pengurusan Kewangan ✓ Pengurusan ICT 1. Kurikulum • Pencapaian Menguasai Tahap Minimum >90% • Pencapaian Pemulihan 95% Tahun 1, 2 & 3 • Pengurusan PSS Cemerlang (5 Bintang) • Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran ditahap cemerlang (standard 4 – 85%) • Pengurusan Prasekolah • Amalan PdPc abad ke 21 2. Kokurikulum • Penyertaan Murid 100% dalam aktiviti Kokurikuklum/koakademik peringkat Sekolah (Tahap 2) • Tempat pertama dalam setiap penyertaan peringkat zon • Tempat pertama atau kedua atau ketiga dalam setiap penyertaan peringkat daerah 4. Highly Immersive Programme (HIP) Program sokongan pemantapan Bahasa Inggeris • Panitia Bahasa Inggeris - Rancang program melibatkan guru, murid dan komuniti 5. Standard Kualiti Pendidikan Malaysia @ Sekolah ((SK@S) • Standard 1 – Kepimpinan • Standard 2 - Pengurusan Organisasi • Standard 3 – 3.1. Pengurusan Kurikulum 3.2. Pengurusan Kokurikulum 3.3. Pengurusan Hal Ehwal Murid • Standard 4 - PdPc • Standard 5 - Kemenjadian Murid 6. Kemenjadian Murid • Sifar Salahlaku • Sifar Ponteng Sekolah (>95%) 7. Pengurusan Kewangan • Audit Tanpa Teguran (Cemerlang) 8. Pengurusan ICT • Penjadualan pelaksanaan BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2024/2025 SK SERI TUALANG


• Ucapan salam kepada semua warga SK Seri Tualang • Keseluruhan ruang sekolah dimanfaatkan dengan bahan-bahan bermaklumat • Program Ilmiah sebelum loceng pertama dibunyikan • Masa pertukaran guru dan waktu rehat dimanfaatkan aktiviti berfaedah • Amalan budaya mencatat setiap kali menerima maklumat • Amalan penggunaan ICT • Amalan Kebersihan • Amalan zero sampah BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2024/2025 SK SERI TUALANG BUDAYA SEKOLAH


Sekolah Kebangsaan Seri Tualang mula dibuka pada 4 Januari 1999. Nama sekolah ini diambil sempena nama Pokok Tualang yang banyak terdapat di kawasan ini pada suatu ketika dahulu. Pokok tualang adalah sejenis pokok yang tinggi, keras dan mahal harganya.Madu lebah yang diperolehi daripada pokok Tualang adalah yang terbaik khasiatnya. Guru Besar pertama yang berkhidmat di sini ialah Allahyarham Che Zahari bin Mohd Yasin. Beliau berkhidmat di sekolah ini semenjak sekolah ini dibuka sehingga 15 Ogos 2006 dan telah digantikan oleh Encik Awang Satip bin Md Salleh dari SK BatuKapor mulai 16 Ogos 2006 sehingga 31 Disember 2013. Encik Mohd Salim bin Rantau dari SK Abu Bakar, Mentakab telah menggantikan Encik Awang Satip bin Md Salleh sehingga beliau berpencen pada 31 Julai 2015. Encik Mohammad bin Zainal Abidin memulakan khidmatnya di Sk Seri Tualang bermula 15 Oktober sehingga 16 Mac 2018, selepas itu diterajui oleh Tuan Haji Yusof bin Mohamad dan sehingga kini diterajui oleh Encik Rozaimi bin Ramli Pada peringkat awal, hanya 106 orang murid yang bersekolah di sini iaitu dari Tahun 1 hinggaTahun 5 sahaja yang mana murid-muridnya datang dari kawasan berhampiran iaitu Kampung Bukit Kelulut, Taman Tualang Indah, Taman Perindu dan Taman Bukit Angin. Kini, bilangan murid semakin meningkat sehingga 300 orang yang terdiri daripada 50 murid murid Pra Sekolah dan selebihnya murid Tahun Satu sehingga Tahun Enam dengan 30 orang guru dan 6 kakitangan. Semasa sekolah dibuka, sebahagian besar bangunannya telah siap cuma terdapat kerja-kerja kecil yang perlu diselenggarakan. Semua perabot dan kelengkapan pembelajaran turut dibekalkan. Bangunan sekolah terdiri daripada 3 blok bangunan tiga tingkat dan 1 blok makmal komputer. Pada awalnya, banyak kelas yang kosong dan tidak digunakan, namun kini anya digunakan sepenuhnya sebagai bilik darjah, bilik guru, pejabat, bilik gerakan, bilik pusat sumber (Perpustakaan/ Media./ Tayangan), Bilik Pemulihan, Kedai Buku, Bilik SPBT Sekolah dan Daerah, Bengkel Kemahiran Hidup, Makmal Sains, Surau , Bilik Kesihatan dan Pergigian, stor dan bilik-bilik panitia. Pada Oktober 2006, sekolah telah menerima sebuah bilik akses yang dilengkapi 10 buah komputer bagi Program Pembestarian Sekolah. Pusat Akses menerima tiga buah komputer lagi yang disumbangkan oleh Ahli Parlimen Temerloh Dato’ Haji Mohd Sarit bin Haji Yusoh pada bulan Disember 2007. SEJARAH SEKOLAH BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2024/2025 SK SERI TUALANG


Bil Nama Guru Besar Mula Akhir Status 1 Che Zahari bin Mohd Yasin 1999 2006 Meninggal dunia 2 Awang Satip bin Md Salleh 2006 2013 Bertukar 3 Mohd Salim Bin Rantau 2013 2015 Bersara 4 Mohamad bin Zainal Abidin 2015 2018 Bertukar 5 Yusof bin Mohamad 2018 2019 Bersara 6 Rozaimi bin Ramli 2019 KINI Sedang Berkhidmat SEJARAH GURU BESAR SK SERI TUALANG BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2024/2025 SK SERI TUALANG PRASARANA ➢ 3 buah bangunan ➢ 1 buah kantin ➢ 1 buah astaka ➢ 1 buah padang ➢ 2 buah gelanggang sepak takraw/ badminton ➢ 1 buah pondok jaga KEMUDAHAN PEMBELAJARAN SEKOLAH ➢ 1 buah Pusat Sumber Sekolah ➢ 12 buah kelas Tahun 1 hingga Tahun 6 ➢ 2 buah kelas Pra ➢ 1 buah Pusat Akses ➢ 1 buah surau ➢ 1 buah makmal Komputer ➢ 1 buah bilik/bengkel Kemahiran Hidup/RBT ➢ 6 buah bilik panitia / mata pelajaran ➢ 1 buah bilik tayangan ➢ 1 buah bilik gerakan ➢ 1 buah bilik SPBT sekolah ➢ 1 buah bilik SPBT Daearah ➢ 1 buah stor sukan PJ ➢ 1 buah stor pekerja ➢ 1 buah bilik kesihatan/pergigian ➢ 1 buah bilik kokurikulum ➢ 1 buah bilik Bahasa Arab ➢ 1 buah dewan ➢ 1 buah pejabat pentadbiran ➢ 2 buah stor perabot/barang ➢ 1 buah bilik pemulihan


LENCANA SEKOLAH BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2024/2025 SK SERI TUALANG Al-Quran/Buku Menggambarkan pendidikn ke arah kecemerlangan iaitu sebagai sumber rujukan utama ilmu pengetahuan Komputer/ maklumat di hujung jari Dalam menjayakan wawasan 2020, bidang teknologi maklumat dititikberatkan Gelung/ Bulatan Kecil Melambangkan bidang sukan diseiringkan dengan pencapaian akademik selain mewujudkan minda yang cerdas Helaian Fail Pengajaran dan pembelajaran (P&P) turut diutamakan Lambang Padu Melambangkan perpaduan di kalangan warga SK Seri Tualang Cogankata/ Motto Cergas, Cerdas, Cemerlang bermaksud bahawa badan yang cergas akan menghasilkan otak yang cerdas dan kemudiannya akan membuahkan hasil kecemerlangan dalam kehidupan Merah Melambangkan keberanian warga SKST yang sentiasa bersedia menempuh cabaran yang mendatang Jingga Melambangkan kekuatan warga SKST yang sentiasa berfikiran positif untuk kemajuan diri Biru Melambangkan perpaduan/Bersatu hati di kalangan warga SKST Kuning Melambangkan SK Seri Tualang di bawah naungan raja berdaulat Hitam Empati-Cuba merasai, menghayati, menyedari kehidupan orang lain dan sentiasa peka serta mengambil iktibar darinya


LAGU SK SERI TUALANG CERGAS, CERDAS, CEMERLANG Kami putera puteri harapan bangsa Berhimpun di SK Seri Tualang Menimba ilmu demi kemajuan Berteraskan rukun negara (Chorus) Cergas Cerdas Cemerlang Membentuk insan gemilang Demi mencapai cita-cita Pasti kami kotakan SK Seri Tualang indah namamu Bakal melahirkan insan berilmu Kreatif, inovatif, berbudaya Itulah visi kami semua BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2024/2025 SK SERI TUALANG


IKRAR PERKHIDMATAN AWAM Kami yang telah dilantik berkhidmat dengan kerajaan Malaysia membuat ikrar di sini bahawa semasa dan selagi kami berkhidmat dengan Kerajaan, kami akan patuh dengan mengamalkan teras-teras perkhidmatan semasa menjalankan tugas. Ke arah ini kami: • Berazam meningkatkan mutu perkhidmatan; • Bekerja dengan penuh tanggungjawab; • Berusaha mengikis sikap mementingkan diri sendiri; • Berkhidmat dengan penuh muhibah dan kemesraan; • Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara; • Bekerjasama dalam membanteras kelemahan dan musuh-musuh negara; dan • Berpegang teguh kepada ajaran agama. BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2024/2025 SK SERI TUALANG


JADUAL PEMBAYARAN GAJI 2024 BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2024/2025 SK SERI TUALANG BULAN TARIKH HARI CATATAN Januari 24.01.2024 Rabu Hari Thaipusam 25 Januari 2024 (Khamis) Februari 23.02.2024 Jumaat Tahun Baru Cina 10 & 11 Februari 2024 (Sabtu & Ahad) Mac 25.03.2024 Isnin April 25.04.2024 Khamis Hari Raya Puasa 10 & 11 April 2024 (Rabu & Khamis) Mei 24.05.2024 Jumaat Hari Pesta Keamatan 30 & 31 Mei 2024 (Khamis & Jumaat) Jun 13.06.2024 Khamis Hari Gawai 1 & 2 Jun 2024 (Sabtu & Ahad) Hari Raya Haji 17 & 18 Jun 2024 (Isnin & Selasa) Julai 19.07.2024 Jumaat Ogos 23.08.2024 Jumaat September 25.09.2024 Rabu Oktober 24.10.2024 Khamis Hari Deepavali 31 Oktober 2024 (Khamis) November 25.11.2024 Isnin Disember 19.12.2024 Khamis Hari Krismas 25 Disember 2024 (Rabu) SPANM BIL.6/2023 LAMPIRAN 1


GAMBAR SEKOLAH BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2024/2025 SK SERI TUALANG


PELAN KECEMASAN BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2024/2025 SK SERI TUALANG


Notis Kebakaran Sekiranya anda melihat kejadian kebakaran, bunyikan dengan segera penggera kebakaran yang berhampiran dengan anda. Isyarat Kecemasan Bunyi loceng yang berpanjangan tanpa henti. Apabila anda mendengar loceng kecemasan: Tindakan Murid 1. Berdiri di sisi meja masing-masing sementara menunggu arahan daripada guru. 2. Membuat satu barisan (single line) dan kemudian meninggalkan bilik darjah mengikut jalan yang telah ditentukan guru. 3. Bergerak dengan senyap dengan tidak terburu-buru atau berlari dan tanpa potongmemotong atau berebut-rebut sehingga sampai ke tempat berkumpul yang ditentukan 4. Apabila menuruni tangga, hendaklah dalam satu barisan juga supaya barisan murid daripada kelas lain dapat menggunakan bersama-sama. 5. Gunakan salah satu tepi tangga sahaja supaya tengah-tengah tangga dan tepi tangga lagi satu boleh digunakan oleh barisan murid daripada kelas lain. 6. BERCAKAP atau KETAWA tidak dibenarkan semasa pengosongan bangunan. 7. Murid yang tidak berada di bilik darjah semasa loceng isyarat berbunyi, hendaklah terus pergi dengan serta-merta ke tempat berhimpun yang telah ditentukan. 8. Tidak dibenarkan berpatah balik ke bilik darjah walau dengan apa tujuan sekali pun. BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2024/2025 SK SERI TUALANG PANDUAN KAWAD KECEMASAN


Tindakan Guru 1. Menentukan laluan yang mesti digunakan untuk keluar daripada bangunan dengan selamat. 2. Menutupkan pintu bilik darjah sekiranya tidak digunakan oleh murid lain. 3. Mengekori barisan murid-murid sehingga sampai ke tempat berhimpun. 4. Guru Bertugas Mingguan DITUGASKAN mengambil dan membawa buku daftar kedatangan yang telah disimpan di pejabat ke tempat berkumpul. 5. Guru yang memegang buku daftar kedatangan, hendaklah membawanya ke tempat berhimpun. 6. Guru-guru lain yang tidak berada di dalam kelas, hendaklah dengan serta merta menuju ke tempat berkumpul untuk membantu mengawasi murid yang telah sampai. 7. Guru kelas hendaklah memeriksan bilangan murid sebaik sahaja murid sampai di tempat berhimpun, seterusnya melaporkan kepada Guru Besar atau wakilnya. 8. Guru Besar hendaklah pergi dengan serta-merta ke tempat perhimpunan sebaik sahaja mendengar isyarat kecemasan. 9. Guru Besar atau wakilnya hendaklah segera menghubungi pihak bomba, samada kebakaran tersebut kecil atau besar. 10. Guru Besar atau wakilnya hendaklah menyampaikan maklumat kebakaran kepada pihak bomba. Staf Sokongan Sekolah Hendaklah menuju ke tempat berhimpun yang telah ditetapkan dengan serta merta. Tidak dibenarkan memasuki bangunan semula untuk mengambil barangbarang sehingga mendapat kebenaran daripada pegawai bomba atau guru besar. Berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas No. 8/1978: Kawad Kecemasan Kebakaran Di Sekolah BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2024/2025 SK SERI TUALANG PANDUAN KAWAD KECEMASAN


BANCI MURID 2024/2025 BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2024/2025 SK SERI TUALANG TAHUN L P JUMLAH PRASEKOLAH 29 21 50 1 16 27 43 2 21 21 42 3 20 34 54 4 23 19 42 5 23 26 49 6 28 19 47 JUMLAH KESELURUHAN 160 167 327 JUM TANPA PRASEKOLAH 131 146 277 % MURID LELAKI : 48.9% % MURID PEREMPUAN : 51.1%


PENGURUSAN PENTADBIRAN SK SERI TUALANG GURU BESAR EN ROZAIMI BIN RAMLI PPP DG44 PEMBANTU TADBIR PN NORAZLIANA BINTI MOHAMAD ZAIN N22 PEMBANTU PENGURUSAN MURID PN RUSNIZA BINTI MAT HARUN N22 PEMBANTU OPERASI EN AHMAD SHARIZAN BIN SHAARI N11 GPK PENTADBIRAN PN SITI AISAH BINTI IBRAHIM PPP DG44 GPK KOKURIKULUM EN MOHD NOOR BIN ALI PPP DG44 GPK HAL EHWAL MURID CIK NORHAMIZA BINTI IBRAHIM PPP DG44 BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2024/2025 SK SERI TUALANG PEMBANTU PENGURUSAN MURID PN ROSLINA BINTI MUSA N22


GURU SK SERI TUALANG GURU BESAR EN ROZAIMI BIN RAMLI PPP DG44 GPK HAL EHWAL MURID CIK NORHAMIZA BINTI IBRAHIM PPP DG44 GPK PENTADBIRAN PN SITI AISAH BINTI IBRAHIM PPP DG44 GPK KOKURIKULUM EN MOHD NOOR BIN ALI PPP DG44 PN HARYATI BINTI JAMARI PPP DG48 EN ABDUL GHANI BIN RAPELIS PPP DG48 PN NORZIYANA BINTI ATAN PPP DG44 PN AMINATURRAHILAH BINTI JAMAL RASHID PPP DG44 EN AKMAL FALIHIN BIN AHMAD PPP DG44 EN MOHD ABD HAFIZ BIN MOHAMAD PPP DG44 PN NOR AFZAN BINTI HUSSIN PPP DG44 PN NURUL HUDA BINTI ABDUL LATIF PPP DG44 PN ZOREDA BINTI HALID PPP DG44 PN ZURAIDAH BINTI IBRAHIM WONG PPP DG44 PN NORHAFIZAH BINTI ABDUL HAMID PPP DG44 BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2024/2025 SK SERI TUALANG PN NOR AZI PAZANA BINTI HANIPAH PPP DG44 PN HAYATI BINTI DAUD PPP DG44 EN AZRIL IZUAN BIN MD ALI PPP DG44 PN NUR SAADAH BINTI HABUAN HANIPAH PPP DG44 PN NORFARHANA BINTI YUSOF PPP DG44 PN CHE NORAINI BINTI CHE MOHD SARIB PPP DG44 PN NOORAINI BINTI MAT KHAMIS PPP DG44 PN ROSMALINI BINTI MOHAMAD PPP DG42 PN SALINA BINTI SALEHUDIN PPP DG42 PN ZAHARAH BINTI MD LAZIN PPP DG42 PN FATMAH @ FATIMAH BINTI ISMAIL PPP DG42 PN NUR SUZILA BINTI ABDUL JALIL PPP DG41 CIK AIMI SYAFIQAH BINTI SERBA JALIL PPP DG41


BIL NAMA GRED JAWATAN OPSYEN 1 ROZAIMI BIN RAMLI DG44 GURU BESAR P. MELAYU 2 SITI AISAH BINTI IBRAHIM DG44 GPK PENTADBIRAN MT/PM 3 NORHAMIZA BINTI IBRAHIM DG44 GPK HEM PI/KT 4 MOHD NOOR B ALI DG44 GPK KOKURIKULUM P. MELAYU 5 ABDUL GHANI BIN RAPELIS DG48 GAB P. MUZIK 6 HARYATI BINTI JAMARI DG48 GAB SAINS 7 NORZIYANA BINTI ATAN DG48 GPI P. ISLAM 8 NOR AZI PAZANA BINTI HANIPAH DG44 GAB P. MELAYU 9 NUR SAADAH BT. HABUAN HANIPAH DG44 GAB P. SAINS 10 AMINATURRAHILAH BINTI JAMAL RASHID DG44 GAB P. B.ARAB 11 MOHD ABD HAFIZ BIN MUHAMMAD DG44 GAB BI 12 AKMAL FALIHIN BIN AHMAD DG44 GAB PL/P.MELAYU 13 ZURAIDAH BINTI IBRAHIM WONG DG44 GAB MT 14 HAYATI BINTI DAUD DG44 GAB P. MELAYU 15 ZOREDA BINTI HALID DG44 GURU DATA KH 16 NURUL HUDA BINTI ABDUL LATIF DG44 GURU MEDIA SAINS 17 NURAFZAN BINTI HUSSIN DG44 PEMULIHAN P. KHAS/PL 18 NORHAFIZAH BT ABDUL HAMID DG44 GPI P. B.ARAB 19 AZRIL IZUAN BIN MD ALI DG44 GPI PI 20 NOORAINI BINTI MAT KHAMIS DG44 GPI PI 21 CHE NORAINI BINTI CHE MOHD SARIB DG44 GPRA P. PRASEK/BM 22 NOR FARHANA BINTI YUSOF DG44 GPRA P. PEND. PRA 23 ROSMALINI BINTI MOHAMAD DG42 GAB MT 24 SALINA BINTI SALEHUDIN DG42 GAB BM 25 FATMAH @ FATIMAH BINTI ISMAIL DG42 GPI P. ISLAM 26 ZAHARAH BINTI MD LAZIN DG42 GPI PAI/P. KT 27 NURSUZILA BINTI ABDUL JALIL DG41 GAB BI 28 AIMI SYAFIQAH BINTI SERBA JALIL DG41 PENYELARAS BESTARI TESL 29 ROSLINA BINTI MUSA N22 PPM 30 RUSNIZA BINTI MAT HARUN N22 PPM 31 NORAZLIANA BINTI MOHAMAD ZAIN N19 PT 32 AHMAD SHARIZAN BIN SHAARI N11 PEMBANTU OPERASI SENARAI GURU & AKP SK SERI TULANG BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2024/2025 SK SERI TUALANG


PERATURAN-PERATURAN GURU Peraturan-peraturan dan Sekolah Adalah saya diarah untuk merujuk kepada Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia (1969 – 1978), peraturan-peraturan dan bidang tugas guru-guru dan kakitangan untuk tindakan tuan/puan dengan kadar yang segera. Ini adalah semata-mata untuk melicinkan lagi pentadbiran sekolah serta bagi menjaga kepentingan serta kebajikan guru-guru dan kakitangan sekolah ini dalam menjalankan tugas harian mereka. 2.Berikut ialah pekeliling-pekeliling yang dimaksudkan: 2.1 Pekeliling ‘Profesional’ KP. Bil 13/69 (KP : 8543/(48): ‘Banyak aduan telah diterima mengenai pakaian guru-guru dan guru-guru latihan...’ 2.1.1 “Mini skirt, pakaian-pakaian yang terlampau mendedahkan bahagian belakang, seluar-seluar pendek, seluar-seluar jean yang ketat dan pakaian-pakaian yang bahagian hadapan terbuka jauh ke bawah tidak akan diterima.” 2.1.2 “Perhiasan muka (make up) yang terlampau adalah tidak baik.” 2.1.3 “Baju-baju Hawaii yang beragam warna adalah tidak sesuai.” 2.1.4 “Rambut panjang yang tidak terurus - rujuk Pekeliling Ikhtisas No. 2/1976 Lampiran A.” 2.2 Pekeliling Ikhtisas Bil. 5/1977 “Adalah dimaklumkan bahawa guru-guru dan kakitangan adalah tertakluk kepada perenggan 15, Bab A dan perenggan 50 (a). Bab C, Perintahperintah Am.” 2.2.1 Perintah-perintah Am – Bab A ‘15. Seseorang pegawai adalah dikehendaki menjalankan tugastugas jawatannya dan lain-lain tugas yang sesuai yang mungkin diarah untuk menjalankan dari semasa ke semasa. 2.2.2 Perintah-perintah Am – Bab C ‘50(a). Sebagai ganti cuti rehat, guru-guru berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah dengan syarat bahawa Ketua Jabatan boleh memanggil guru-guru untuk menjalankan tugas-tugas selain daripada tugas-tugas mengajar biasa semasa percutian penggal sekolah bagi masa yang tidak melebihi separuh daripada cuti penggal sekolah dalam satu-satu tahun. ‘Sukacita kiranya tuan dapat memaklumkan kepada semua Guru Besar mengenai perkara ini.” BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2024/2025 SK SERI TUALANG


3. Waktu Persekolahan 3.1 Tahun 1, 2 & 3 a. Isnin & Selasa - 7:40 pagi – 1:10 tengah hari b. Rabu & Khamis - 7:40 pagi – 12:40 tengah hari c. Jumaat - 7:40 pagi – 11:40 pagi 3.2 Tahun 4, 5 & 6 a. Isnin, Selasa & Rabu - 7:40 pagi – 1:40 tengah hari b. Khamis - 7:40 pagi – 1:10 tengah hari c. Jumaat - 7:40 pagi – 11:40 pagi 4. Tugas 4.1 Setiap guru mestilah mematuhi ‘Peraturan Am’ Kerajaan. Pekeliling Jabatan/Kementerian Pendidikan dan Tatasusila Profesion Perguruan Malaysia dan arahan pihak berkuasa sekolah. 4.2 Setiap guru dikehendaki melengkapkan borang butir-butir diri dalam keadaan kemaskini untuk disimpan di pejabat sekolah. 4.3 Dilarang dalam masa menjalankan tugas, menjalankan pergerakan mencari kepentingan diri guru. 4.4 Bertugas dengan penuh dedikasi dan berdisiplin dengan mengenepikan kepentingan diri. 4.5 Bertanggungjawab terhadap profesion perguruan. 5. Kehadiran 5.1 Masa persekolahan pada hari persekolahan guru-guru mestilah berada di dalam kawasan sekolah sekurang-kurangnya 5 minit sebelum sesuatu sidang bermula. 5.2 Kehadiran mestilah dibuktikan dengan menulis dalam buku kehadiran setiap hari apabila sampai ke sekolah. 5.3 Ketidakhadiran hendaklah diberitahu secara bertulis ataupun lisan, secara telefon atau melalui rakan, kepada pihak berkuasa sekolah. 5.4 Surat cuti doktor mestilah disampaikan sendiri kepada pihak berkuasa sekolah cuti sakit dari doktor persendirian tidak boleh lebih daripada 2 hari sekali ambil kiranya lebih mestilah diakui oleh doktor kerajaan. 5.5 Guru yang hendak meninggalkan kawasan sekolah semasa bertugas mestilah mengisi borang keluar dengan kebenaran (KDK) mendapat kebenaran Pihak Berkuasa Sekolah serta mengisi borang kebenaran keluar waktu persekolahan. 5.6 Kehadiran bagi setiap aktiviti hendaklah menepati masa. 6. Peribadi 6.1 Semasa menjalankan tugas hendaklah memakai pakaian yang sesuai dan dapat menunjukkan contoh yang baik. Guru lelaki digalakkan bertali leher atau bush jaket. 6.2 Tetamu/kenalan luar tidak dibenarkan masuk ke dalam bilik darjah semasa mengajar. Tetamu yang hendak berjumpa hendaklah mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa sekolah. BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2024/2025 SK SERI TUALANG


6.3 Bangunan/bilik darjah/tempat permainan yang hendak digunakan untuk aktiviti luar daripada gerak kerja sekolah ini sendiri, hendaklah mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa sekolah. 6.4 Tidak dibenarkan guru-guru bergiat cergas dalam badan parti politik tanpa mendapat kelulusan daripada Pengarah Pelajaran Negeri melalui Guru Besar. 6.5 Guru-guru yang hendak mengambil sebarang kursus luar/apa juga bentuk peperiksaan atau mengajar luar hendaklah mendapat kebenaran daripada Pengarah Pelajaran Negeri melalui Guru Besar. 6.6 Tidak dibenarkan sebarang guru memasuki lebih daripada satu syarikat kerjasama. Potongan pinjamannya tidak lebih dari 40% daripada jumlah gaji bulanan. 6.7 Guru-guru dilarang melibatkan diri dengan penyalahgunaan dadah, perjudian atau kumpulan haram. 7. Disiplin dan Peraturan Sekolah 7.1 Setiap guru berkewajipan memerhati setiap murid mematuhi peraturan sekolah dan berdisiplin. 7.2 Setiap perhimpunan sekolah dan mesyuarat guru dikehendaki semua guru hadir. 7.3 Setiap aktiviti sekolah, pertandingan atau perlawanan yang melibatkan murid mestilah diberitahu kepada pihak berkuasa sekolah. Murid yang menyertai pertandingan atau aktiviti mestilah ada surat kebenaran daripada ibu bapa/penjaga. 7.4 Guru bertugas mingguan hendaklah mengendalikan perhimpunan murid serta datang lebih awal dan pulang selepas memastikan tugastugas yang berkaitan selesai 8. Surat-menyurat 8.1 Surat Rasmi sekolah yang diterima hanya boleh dibuka oleh Guru Besar ataupun dengan kebenarannya. 8.2 Tidak dibenarkan menulis surat perjawatan atau menghubungi mana-mana Jabatan/ Kementerian/ Kedutaan Asing tanpa melalui Guru Besar. 8.3 Dilarang membuat kenyataan akhbar berhubung dengan sekolah dalam apa bentuk sekalipun tanpa mendapat kebenaran Pengarah Pelajaran Negeri melalui Guru Besar. 8.4 Dilarang menggunakan nama sekolah atau lambang sekolah tanpa kebenaran pihak berkuasa sekolah. 8.5 Tidak dibenarkan menggunakan kertas ‘letter-head’ sekolah, sampul surat atau cop sekolah untuk urusan peribadi. 8.6 Sesuatu salinan surat/ dokumen/ sijil yang hendaklah disahkan, mestilah disertakan semua surat/ dokumen/ sijil asal.


9. Menjalankan Tugas 9.1 Setiap kali memasuki kelas mestilah menepati masa mengajar dan tidak membawa akhbar dan majalah kecuali untuk kegunaan mengajar. 9.2 Semasa mengajar tidak dibenarkan ke pejabat kecuali dipanggil oleh pihak berkuasa sekolah/ada kecemasan. 9.3 Semasa berada di dalam bilik darjah tidak dibenarkan memeriksa buku, membuat kerja luar/mengadap komputer urusan peribadi. 9.4 Sebelum meninggalkan darjah waktu terakhir sesuatu waktu persekolahan, pastikan segala-galanya berkeadaan baik dan terkawal. Semua alat eletrik dipadamkan. Guru adalah orang terakhir meninggalkan bilik darjah. 9.5 Semasa rehat peribadi, tidak dibenarkan masuk ke kelas yang sedang diajar oleh guru lain tanpa urusan rasmi. 9.6 Semasa rehat (free period) guru mestilah menyiapkan kerja tugas sendiri seperti memeriksa buku latihan murid dan seumpamanya. 9.7 Elakkan daripada duduk ketika mengajar. Waktu murid menjalankan kerja bertulis, guru hendaklah berjalan di keliling kelas untuk mengawas dan memberi bantuan secara individu. 9.8 Masa ganti (relief). Apabila seorang guru dijadualkan mengambil tempat seorang guru lain, guru berkenaan hendaklah melaporkan diri di dalam kelas dan memberi pelajaran yang berfaedah. 9.9 Semua pemeriksaan buku rampaian dan kertas peperiksaan janganlah dibuat di dalam kelas dan membuat pemeriksaan lebih teliti jangan sambil lewa sahaja. 9.10 Membaca dari buku-buku teks bukanlah satu proses pengajaran yang baik. Guru janganlah membiasakan diri membaca dari buku teks ketika mengajar kecuali mata pelajaran tertentu. 9.11 Guru yang mengajar di sesuatu kelas pada waktu akhir bertanggungjawab menjaga murid-murid supaya balik dengan teratur. 9.12 ‘Corporal Punishment’ (Denda Berat) tidak dibenarkan. Dendaan hendaklah berbentuk pendidikan dengan penuh kasih sayang. 9.13 Sesuatu tindakan yang hendak diambil, perlu diambil dengan segera, ‘Jangan Tangguhkan Kerja.’ 10. Hubungan Dengan Murid 10.1 Tidak dibenarkan mengutip wang daripada murid dalam apa bentuk sekalipun selain daripada yuran dan wang peperiksaan tanpa kebenaran Guru Besar. 10.2 Setiap wang diterima daripada murid hendaklah dikeluarkan resit dengan segera. 10.3 Dilarang membenarkan murid keluar kawasan sekolah melawat atau berkunjung tanpa pengetahuan pihak berkuasa sekolah dan kebenaran bertulis daripada penjaga murid. BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2024/2025 SK SERI TUALANG


10.4 Dilarang menggunakan tenaga murid untuk urusan peribadi. 10.5 Tidak dibenarkan guru membuat sebarang perhubungan secara peribadi yang terlalu rapat atau yang menimbulkan prasangka yang tidak diingini. 10.6 Guru lelaki tidak boleh sentuh murid perempuan. 11. Alatan Sekolah 11.1 Elakkan alatan sekolah/harta benda sekolah digunakan untuk kegunaan peribadi. 11.2 Harta benda dan alatan sekolah yang hendak dibawa pulang mestilah mendapat kebenaran pihak berkuasa sekolah. 11.3 Guru tidak dibenarkan memesan dan membeli alat sekolah atau alatan pelajaran dari mana-mana badan perniagaan atau membuat perhubungan dengan jurujual tanpa kebenaran pihak berkuasa sekolah. 11.4 Jagalah alatan sekolah seperti menjaga barang kepunyaan sendiri. 12. Kerja Luar 12.1 Menghadiri mesyuarat berhubungan dengan sekolah atau ditugaskan mengawas murid mewakili sekolah adalah sebahagian tugas yang mesti dipertanggungjawabkan. 12.2 Semasa percutian setiap guru boleh dipanggil menjalankan tugas sekolah separuh dari jumlah hari percutian. 12.3 Mengawasi peperiksaan yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran merupakan tugas yang wajib ditunaikan. 13. Peperiksaan 13.1 Soalan-soalan peperiksaan mestilah bertaip komputer, gambar-gambar diimbas (scan) tidak ditulis/ lukis dengan tangan. 13.2 Guru mata pelajaran bertanggungjawab menyediakan soalan, menguntukkan kertas jawapan dan kertas soalan untuk kelas diajar. 13.3 Semasa peperiksaan berjalan guru tidak dibenarkan meninggalkan bilik darjah selagi belum tiba penggantinya. 13.4 Soalan-soalan mesti dianggap sulit dan disimpan di tempat yang dikhaskan. 13.5 Ujian hendaklah dijalankan dan markahnya direkodkan. 13.6 Markah yang diterima oleh murid bagi ujian dan peperiksaan hendaklah diberi berdasarkan betul atau salah jawapan murid. Jangan sesekali memberi markah ikhsan kepada murid semata-mata untuk meluluskan murid tersebut. 14. Rekod-rekod Aktiviti/Tugas-tugas Guru 14.1 Semua rekod hendaklah dikemaskinikan bagi tujuan Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP). BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2024/2025 SK SERI TUALANG


15. Hal-hal Lain 15.1 Guru-guru/kakitangan tidak boleh meninggalkan kawasan sekolah pada waktu persekolahan/ waktu pejabat/ masa bertugas kecuali ada sesuatu hal dan dengan kebenaran dan mengisi borang yang terdapat di pejabat. 15.2 Kes guru/ murid/ kakitangan sakit hendaklah dilaporkan kepada Guru Bertugas dengan serta merta untuk perhatian dan tindakan segera. 15.3 Semua kegiatan kumpulan/ persatuan/ pakaian seragam/ lain-lain kegiatan mestilah dijalankan di bawah kawalan dan tanggungjawab guru. Segala kegiatan hendaklah diberitahu kepada pihak sekolah terlebih dahulu. 15.4 Semua bayaran (yuran, dll) hendaklah diserahkan kepada Penolong Kanan Akademik/ ketua pembantu tadbir. BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2024/2025 SK SERI TUALANG


JADUAL PERSEKOLAHAN SESI 2024/2025 ISNIN MASA ATURCARA PERHIMPUNAN 7.30 pagi - 8.10 pagi 1. Perhimpunan Rasmi Sekolah - Doa - Nyanyian lagu Negaraku - Nyanyian lagu NegAllah Selamatkan Sultan Kami - Nyanyian lagu Cergas, Cerdas Cemerlang (Lagu Sekolah) - Bacaan Ikrar - Rukun Negara dan Ikrar murid 2. Ucapan Guru Bertugas Minggu Ini - Tema Mingguan - Disiplin 3. Penyampaian maklumat dan hadiah @sijil (jika ada) 4. Ucapan Guru Besar/GPK Pentadbiran/GPK HEM/GPK Koku 5. Bersurai SELASA - JUMAAT Perhatian: 1. Perhimpunan pagi bermula tepat jam 7.30 pagi. 2. Guru bertugas hendaklah memastikan murid-murid bersedia awal di dewan. 3. Guru bertugas juga hendaklah memastikan perjalanan majlis berjalan lancar. 4. Guru Disiplin perlu memastikan pengawas bertugas bersedia untuk menjalankan tugas. MASA HARI ATURCARA PERHIMPUNAN 7.30 pagi - 7.40 pagi (10 minit) 10.10 – 10.40 pagi (30 minit-Waktu Rehat) SELASA AKTIVITI PANITIA BM AKTIVITI PANITIA SN RABU AKTIVITI PANITIA BI KHAMIS AKTIVITI PANITIA MT JUMAAT AKTIVITI BINA INSAN BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2024/2025 SK SERI TUALANG


KALENDAR PERSEKOLAHAN SESI 2024/2025 PENGGAL MULA PERSEKOLAHAN AKHIR PERSEKOLAHAN JUMLAH HARI JUMLAH MINGGU 1 11.03.2024 01.04.2024 01.05.2024 31.03.2024 30.04.2024 24.05.2024 15 17 16 11 JUMLAH HARI 48 CUTI PENGGAL 1, SESI 2024/2025 1 25.05.2024 – 02.06.2024 9 2 03.06.2024 01.07.2024 01.08.2024 01.09.2024 30.06.2024 31.07.2024 31.08.2024 13.09.2024 18 22 22 10 15 JUMLAH HARI 72 CUTI PENGGAL 2, SESI 2024/2025 1 14.09.2024 – 22.09.2024 9 3 23.09.2024 01.10.2024 01.11.2024 01.12.2024 30.09.2024 31.10.2024 30.11.2024 20.12.2024 6 21 20 15 13 JUMLAH HARI 62 CUTI PENGGAL 3, SESI 2024/2025 1 21.12.2024 – 29.12.2024 9 30.12.2024 01.01.2025 31.12.2024 17.01.2025 2 12 3 JUMLAH HARI 14 CUTI AKHIR PERSEKOLAHAN SESI 2024/2025 4 18.01.2025 – 16.02.2025 30 KUMPULAN B Sekolah-sekolah di negeri: Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, WP Kuala Lumpur, WP Labuan & WP Putrajaya BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2024/2025 SK SERI TUALANG


HARI KELEPASAN AM NEGERI PAHANG TAHUN 2024/2025 PERINGATAN Apabila hari kelepasan itu jatuh pada hari kelepasan mingguan (Ahad) atau hari kelepasan yang lain, maka hari tersebut digantikan dengan hari esoknya dan jika yang kemudiannya itu pula sedia menjadi hari kelepasan, maka hari berikutnya dijadikan hari kelepasan. Hari Sabtu adalah hari rehat mingguan bagi kakitangan Perkhidmatan Awam. Jika hari kelepasan am itu jatuh pada hari Sabtu, maka hari Sabtu itu juga adalah merupakan hari kelepasan am dan tidak diganti pada hari-hari yang lain. Bahagian Khidmat Pengurusan Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang Wisma Sri Pahang, Kuantan Tel : 09-5126653 BIL HARI KELEPASAN AM TARIKH HARI 1 NUZUL AL-QURAN 27 MAC 2024 RABU 2 HARI RAYA AIDILFITRI 10 - 11 APRIL 2024 RABU - KHAMIS 3 HARI PEKERJA 1 MEI 2024 RABU 4 HARI HOL PAHANG 22 MEI 2024 RABU 5 HARI WESAK 22 MEI 2024 RABU 6 HARI KEPUTERAAN DYMM YANG DIPERTUAN AGONG 3 JUN 2024 ISNIN 7 HARI RAYA AIDILADHA 17 JUN 2024 ISNIN 8 AWAL MUHARAM 7 JULAI 2024 AHAD 9 HARI KEPUTERAAN SULTAN PAHANG 30 JULAI 2024 SELASA 10 HARI KEBANGSAAN 31 OGOS 2024 SABTU 11 HARI MALAYSIA 16 SEPTEMBER 2024 ISNIN 12 MAULIDUR RASUL 16 SEPTEMBER 2024 ISNIN 13 HARI DEEPAVALI 31 OKTOBER 2024 KHAMIS 14 HARI KRISMAS 25 DISEMBER 2024 RABU 15 TAHUN BARU 2025 1 JANUARI 2025 RABU 16 TAHUN BARU CINA 29 - 30 JANUARI 2025 RABU-KHAMIS 17 ISRAK DAN MIKRAJ 26 FEBRUARI 2025 RABU BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2024/2025 SK SERI TUALANG


CUTI PERAYAAN SESI 2024/2025 BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2024/2025 SK SERI TUALANG


KALENDAR SESI 2024/2025 BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2024/2025 SK SERI TUALANG


KUMPULAN B: Sekolah-sekolah di negeri: Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan & Wilayah Persekutuan Putrajaya MINGGU TARIKH 1 11/03/2024 - 15/03/2024 2 18/03/2024 - 22/03/2024 3 25/03/2024 - 29/03/2024 4 01/04/2024 - 05/04/2024 CUTI HARI RAYA AIDILFITRI 08/04/2024 - 14/04/2024 5 15/04/2024 - 19/04/2024 6 22/04/2024 - 26/04/2024 7 29/04/2024 - 03/05/2024 8 06/05/2024 - 10/05/2024 9 13/05/2024 - 17/05/2024 10 20/05/2024 - 24/05/2024 CUTI PENGGAL 1 SESI 2024/2025 25/05/2024 - 02/06/2024 11 03/06/2024 - 07/06/2024 12 10/06/2024 - 14/06/2024 13 17/06/2024 - 21/06/2024 14 24/06/2024 - 28/06/2024 15 01/07/2024 - 05/07/2024 16 08/07/2024 - 12/07/2024 17 15/07/2024 - 19/07/2024 18 22/07/2024 - 26/07/2024 19 29/07/2024 - 02/08/2024 20 05/08/2024 - 09/08/2024 21 12/08/2024 - 16/08/2024 22 19/08/2024 - 23/08/2024 23 26/08/2024 - 30/08/2024 MINGGU TARIKH 24 02/09/2024 - 06/09/2024 25 09/09/2024 - 13/09/2024 CUTI PENGGAL 2 SESI 2024/2025 14/09/2024 – 22/09/2024 26 23/09/2024 - 27/09/2024 27 30/09/2024 - 04/10/2024 28 07/10/2024 - 11/10/2024 29 14/10/2024 - 18/10/2024 30 21/10/2024 - 25/10/2024 31 28/10/2024 - 29/10/2024 CUTI DEEPAVALI 30/10/2024 - 01/11/2024 32 04/11/2024 - 08/11/2024 33 11/11/2024 - 15/11/2024 34 18/11/2024 - 22/11/2024 35 25/11/2024 - 29/11/2024 36 02/12/2024 - 06/12/2024 37 09/12/2024 - 13/12/2024 38 16/12/2024 - 20/12/2024 CUTI PENGGAL 3 SESI 2024/2025 21/12/2024 - 29/12/2024 39 30/12/2024 - 03/01/2025 40 06/01/2025 - 10/01/2025 41 13/01/2025 - 17/01/2025 CUTI AKHIR PERSEKOLAHAN SESI 2024/2025 18/01/2025 - 16/02/2025 TAKWIM MINGGU PERSEKOLAHAN SESI 2024/2025 BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2024/2025 SK SERI TUALANG


Click to View FlipBook Version