The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Tugasan Penghasilan E-book Pantun

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nur Hamizah, 2023-03-04 10:22:56

Koleksi Pantun

Tugasan Penghasilan E-book Pantun

KOLEKSI PANTUN LEKSI PANTUN IPG Kampus Raja Melewar


NAMA : NUR HAMIZAH BINTI DAUB KUMPULAN/UNIT : BMMB1 PPISMP JUN 2022 NAMA & KOD KURSUS: BMMB1104 KESUSASTERAAN & KEBUDAYAAN MELAYU NAMA PENSYARAH: EN. MOHD IZAN BIN HJ. YUSOP Biodata Diri


Isi Kandungan 1.Takrif & Definisi Pantun 2.Manifestasi Akal Budi dalam Pantun - Pantun Sindiran - Pantun Kanak-kanak - Pantun Nasihat - Pantun Adat - Pantun Agama 3. Rujukan


Takrif & Definisi Pantun Pantun merupakan bentuk puisi dalam kesusasteraan Melayu yang paling luas (Tuti Adriani, 2012). Corak hidup masyarakat dan bangsa Melayu pada zaman dahulu dicerminkan melalui pantun. Oleh itu, pantun merupakan satu khazanah bangsa yang mempunyai nilai yang amat tinggi dalam kalangan masyarakat Melayu. Pantun merupakan satu puisi Melayu sejati. Pantun terpendek terdiri daripada dua baris yang mempunyai ikatan berirama dan mempunyai sebutan yang sama dihujungnya. Baris-baris ini pula boleh dikumpulkan menjadi empat, enam, lapan baris dan sepuluh baris. Pantun terbahagi kepada dua bahagian sama banyak rangkapnya, iaitu bahagian pembayang dan diikuti pula dengan maksud pantun. Bahagian pembayang bagi pantun empat kerat terdiri daripada dua ayat pembayang dan dua ayat maksud, dan bagi pembayang pantun lapan kerat adalah empat ayat pembayang dan empat ayat maksud dan demikianlah seterusnya.


Menurut Ungku Aziz (2011), pantun tidak wujud dalam kekosongan yang tiada pengisian dalamnya. Penyusunan pantun yang diolah dengan rapi dan disusun indah mengandungi seribu satu maksud yang amat mendalam, yang menjadi wadah dalam menyampaikan nasihat, sindiran, gurauan dan luahan perasaan. Masyarakat Melayu yang amat terkenal dengan budi bahasa dan budaya ketimuran yang mementingkan adab sopan telah menjadikan pantun sebagai alat kritik sosial yang amat berkesan (Bella Sahidi, 2014). Sesungguhnya jelaslah bahawa pantun ialah bentuk puisi Melayu yang asli dan unik. Ia merupakan sumber khazanah dalam kehidupan masyarakat di Alam Melayu. Akal budi orang Melayu dapat dilihat dalam pantun yang diungkapkan secara spontan dengan begitu ringkas dan padat. Ini termasuklah kebijaksanaan dan ketangkasan menjana makna yang dalam bersama penampilan unsur-unsur alam.


Tema: Masa Itu Emas Apa gunanya orang berkuasa, Kalau tak pandai tepati masa. Persoalan Disiplin cerminan diri. Hargai masa sebaiknya dengan melakukan perkara berfaedah. Besar nilai masa itu sehingga tidak dapat diputar kembali waktu. 1. 2. 3. 2 kerat (1 baris atas pembayang, 1 baris bawah maksud) Jumlah baris:2 baris satu rangkap Jumlah kata: 4-5 patah perkataan Jumlah suku kata: 10 suku kata dalam satu baris Rima akhir: a,a Jenis Pantun Maksud: Masyarakat seharusya sentiasa menepati masa kerana sesungguhnya masa itu sangatlah berharga Bentuk Sindiran terhadap masyarakatyang tidak menepati masa


Pengajaran Kita perlulah sentiasa menepati masa kerana orang yang rugi ialah orang yang tidak menepati masa. Kita seharusnya memanfaatkan masa yang terluang dengan melakukan perkara yang berfaedah seperti bersukan, melancong, bercucuk tanam dan sebagainya. 1. 2. Gaya Bahasa Sinkope: Kalau tak pandai tepati masa (singkatan perkataan 'tidak') Asonansi: Apa gunanya orang berkuasa (pengulangan vokal 'a') Aliterasi: Kalau tak pandai tepati masa (pengulangan konsonan 'p') Fungsi Kesusasteraan Melayu Pantun ini berfungsi dalam aspek kritikan sosial. Masyarakatyang sering tidak menepati masa dikritik kerana sikap ini seharusnya tidak perlu diterapkan dalam diri mereka. Sindiran dalam pantun ini jelas menggambarkan peringatan kepada masyarakat untuk tepati masa dalam apa jua keadaan.


4 kerat (2 baris atas pembayang,2 baris bawah maksud) Jumlah baris: 4 baris satu rangkap Jumlah kata: 4-5 patah perkataan Jumlah suku kata: 9-10 suku kata dalam satu baris Rima akhir: a,b,a,b Akhlak burukkitaperangi, Ikutlahpesannenek moyang; Orangtamakkelakkanrugi, Bagai anjing dengan bayang-bayang. Persoalan Jenis Pantun Sikap tamak merupakan sikap yang perlu dihindari dalam diri seseorang. Jangan jadi deperti anjing dengan bayang-bayangnya yang bersikap tamak sehingga tulangnya jatuh ke dalam sungai. Bersyukur dengan nikmatyang ada walaupun nilainya kecil. 1. 2. 3. Tema: Bahana Sikap Tamak Maksud:Janganlah bersikap tamak sehingga tidak mahu berkongsi rezeki takut kelak diri sendiriyang rugi Bentuk Peringatan kepada kanak-kanak untuk tidak bersikap tamak


Pengajaran Kita perlulah menghindari sikap tamak kerana orang yang tamak ialah orang yang rugi. Kita mestilah sentiasa berkongsi rezeki dengan orang lain agar dikurniakan rezekiyang melimpah ruah. Kita seharusnya bersyukur dengan setiap nikmatyang kita perolehi. 1. 2. 3. Gaya Bahasa Peribahasa: Bagai anjing dengan bayang-bayang Kata ganda: Bagai anjing dengan bayang-bayang Sinkope: Orang tamak kelakkan rugi (singkatan perkataan 'akan') Asonansi: Orang tamak kelakkan rugi (pengulangan vokal 'a') Aliterasi: Bagai anjing dengan bayang-bayang (pengulangan konsonan 'g') Fungsi Kesusasteraan Melayu Pantun ini berfungsi dalam aspek pendidikan. Pendedahan awal kepada kanak-kanak untuk menjauhi sikap tamak yang kelak nanti akan membawa padah. Peringatan diberikan kepada pembaca untuk mendidik mereka menjadi masyarakatyang sentiasa bersyukur atas nikmat pemberianNya.


Tema: Budi Pekerti Amalan Mulia 4 kerat (2 baris atas pembayang,2 baris bawah maksud) Jumlah baris: 4 baris satu rangkap Jumlah kata: 4 patah perkataan Jumlah suku kata: 8-12suku kata dalam satu baris Rima akhir: a,b,a,b Persoalan Jenis Pantun Sikap mementingkan paras rupa menyebabkan seseorang lupa akan budi bahasa. Ketinggian darjat seseorang dinilai pada akhlaknya. Paras rupa yang elok tidak melambangkan budi pekertinya. 1. 2. 3. Indahnya rupa tidak terperi, Orang berbudi bersih hati; Biar buruk rupa diri, Asalkan molek budi pekerti. Maksud: Biarlah rupa diri tidak secantik permata tetapi sekurangkurangnya budi pekerti perlu dijaga sentiasa Bentuk Nasihat untuk sentiasa menjaga budi pekerti


Kita mestilah menjaga setiap perilaku agar tidak menggores hati mana-mana pihak. Kita janganlah menilai budi baik seseorang hanya daripada paras rupa. Kita haruslah menerapkan amalan yang mulia dalam diri supaya dipandang tinggi oleh masyarakat sekeliling. 1. 2. 3. Pengajaran Gaya Bahasa Responsi: Indahnya rupa tidak terperi, Inversi: Orang berbudi bersih hati (singkatan perkataan' hati bersih') Aliterasi: Orang berbudi bersih hati (pengulangan konsonan 'b') Asonansi: Orang berbudi bersih hati (pengulangan vokal 'i') Biar buruk rupa diri. Indahnya rupa tidak terperi (pengulangan vokal 'a') Fungsi Kesusasteraan Melayu Pantun ini berfungsi dalam aspek pendidikan. Pembaca dididik untuk sentiasa menjaga akhlak dan budi pekertiyang baik agar maruah diri terpelihara. Pesanan kepada pembaca bahawa akhlak seseorang tidak diukur melalui kecantikan paras rupa yang dimiliki.


Jenis Pantun: Tema: Adat Merisik, Adat Melayu Persoalan: 4 kerat (2 baris atas pembayang,2 baris bawah maksud) Jumlah baris: 4 baris satu rangkap Jumlah kata: 4-5 patah perkataan Jumlah suku kata: 9-11 suku kata dalam satu baris Rima akhir: a,b,a,b Peliharalah adat Melayu agar tidak ditelan dek zaman. Adat merisik yang dituntut untuk menyunting si gadis pilihan. Pengamalan adat merisik lambang kesopanan masyarakat Melayu. 1. 2. 3. Indahnya wajah sejuk dipandang, Berhias wajah berseri-seri; Dari jauh datang bertandang, Hajat merisik si tuan puteri. Maksud: Sebelum menyunting anak dara orang, pihak lelaki akan merisik terlebih dahulu sebagai salam perkenalan Bentuk: Adat merisik untuk menyunting si gadisyang dicintai


Pengajaran: Kita mestilah memelihara adat budaya kita sebagai kaum Melayu agar diwarisi cucu cicit kita kelak. Kita perlulah melakukan adat merisik terlebih dahulu untuk mengenali wanita yang bakal disunting menjadi suri hati. Kta mestilah menjaga kesopanan sebagai orang Melayu dalam melakukan setiap perkara. 1. 2. 3. Gaya Bahasa: Inversi : Berhias wajah berseri-seri (pembalikan kata 'wajah berhias') Responsi: Indahnya wajah sejuk dipandang, (pengulangan pada tengah baris) Kata ganda: Berhias wajah berseri-seri Asonansi: Dari jauh datang bertandang (pengulangan vokal 'a') Aliterasi: Dari jauh datang bertandang (pengulangan vokal 'd') Berhias wajah berseri-seri Fungsi Kesusasteraan Melayu: Pantun ini berfungsi dalam aspek kritikan sosial. Pesanan kepada pembaca betapa pentingnya adat merisik sebelum menyunting si gadis pujaan hati. Peringatan kepada masyarakat supaya tidak melupakan adat Melayu ini kerana adat ini lambang kesopanan dalam masyarakat Melayu.


Tema: Puasa yang sia-sia Kain pelikat kain sari, Mahu dibeli esok lusa, Dibeli bersama baju kemeja; Keburukan orang usah dicari, Bila kalian sedang puasa, Takut nanti sia-sia saja. Persoalan Jenis Pantun 6 kerat (3 baris atas pembayang, 3 baris bawah maksud) Jumlah baris: 6 baris satu rangkap Jumlah kata: 4 patah perkataan Jumlah suku kata: 8-11 suku kata dalam satu baris Rima akhir: a,b,c,a,b,c Hindari perbuatan yang sia-sia dalam bulan puasa agar memperoleh puasa yang barakah. Berhati-hati dalam bertutur kerana jika tersilap buruk padahnya. Perbanyakkan amal ibadah dalam bulan puasa untuk mendapat keampunan-Nya 1. 2. 3. Maksud: Peliharalah diri daripada perbuatan negatif semasa berpuasa malah kejarilah manfaat amal soleh supaya puasa lebih bermakna


Tuntutan agama Islam dalam ibadah puasa Pengajaran Kita mestilah menghindari perbuatan yang sia-sia sewaktu berpuasa agar puasa kita diberkati-Nya. Kita seharusnya memperbanyak amal soleh seperti membaca alQuran, bersedekah, berzikir dan sebagainya. Kita janganlah sibuk menjaga tepi kain orang kerana takut menimbulkan fitnah terhadap orang tersebut. 1. 2. 3. Gaya Bahasa Repitisi : Kain pelikat kain sari Sinkope: Bila kalian sedang puasa, (singkatan perkataan 'apabila') Kata ganda: Takut nanti sia-sia saja Asonansi: Segak bersama baju kemeja (pengulangan vokal 'a') Aliterasi: Takut nanti sia-sia saja (pengulangan vokal 's') Takut nanti sia-sia saja (singkatan perkataan 'sahaja') Kain batik kain sari (pengulangan vokal 'i') Bentuk Fungsi Kesusasteraan Melayu Pantun ini berfungsi dalam aspek dakwah. Pesanan kepada pembaca untuk menghindari perbuatan yang sia-sia semasa menjalankan ibadah puasa. Dengan ini, akhlak masyarakat dapat dibentuk dengan penerapan nilai-nilai murni.


Rujukan Yusof Md Nor & Dr. Abd. Rahman Kaeh. Taman Seribu Puisi. Diakses pada 26 Februari 2023 daripada http://tamanseribupuisi.blogspot.com/2012/05/pantun-empat-kerat-agamamohd-yusof-md.html Abdul Rashid Jamian. (7 Mei 2012). Pantun Empat Kerat (Agama) - Mohd Azman bin Rahmat et. al. (2022). Pengenalan Kesusasteraan & Kebudayaan Melayu, 33-53. Selangor: Pustaka Al-Ehsan. Bella Sahidi. (13 Februari 2014). Pantun dalam Masyarakat Melayu Lama. Kalam Ilmu Lama. Diakses pada 25 Februari 2023 daripada https://rujukansiswa.blogspot.com/2014/02/pantun-dan-masyarakat-melayulama.html Norazimah Zakaria et. al. (2017). Akal Budi Dan Cerminan Jati Diri Melayu Dalam Pantun: Akal Budi and Reflection of Malay Identity in Pantun. The Sultan Alauddin Sulaiman Shah Journal (JSASS), 4(2), 89-97. Siti Hajar Che Man. (2013). Kelestarian pantun: Rencah dan leluhur bangsa dulu, kini dan selamanya. International Journal of the Malay World and Civilisation (Iman), 1(1), 75-81 Tuti Andriani. (2012). Pantun dalam kehidupan Melayu (Pendekatan historis dan antropologis). Sosial Budaya, 9(2), 195-211. Zairul Fakhri Zainal Abidin. (8 Ogos 2022). Rima Akhir Pantun yang Sama Tinggi Kualitinya. Dewan Sastera. Diakes pada 25 Februari 2023 daripada https://dewansastera.jendeladbp.my/2022/08/08/5049/ Zurinah Hassan. (10 Disember 2017). Bahasa dalam Pantun dan Panduan Menulis Pantun. Diakses pada 26 Februari 2023 daripada http://zurinah1306.blogspot.com/2017/12/bahasa-dalam-pantun-danpanduan-menulis.html


Click to View FlipBook Version