SK MASJID TANAH (INTEGRASI) MASJID TANAH MELAKA KERTAS KERJA MINGGU ANTI DADAH 2024 ANJURAN: UNIT PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH SK MASJID TANAH TARIKH: 20 MEI – 24 MEI 2024 DENGAN KERJASAMA: UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING 1
KERTAS KERJA SAMBUTAN MINGGU ANTI DADAH 1.0 PENGENALAN Penagihan dadah pada masa ini bukan sahaja melibatkan para remaja tetapi juga meliputi mereka yang berada di pelbagai lapisan masyarakat. Memandangkan kepada senario ini, kerajaan telah mengisytiharkan masalah dadah sebagai ancaman kepada keselamatan negara. Oleh yang demikian adalah menjadi tanggungjawab pihak sekolah untuk membanteras ancaman dadah ini daripada menular di kalangan murid-murid sekolah rendah. 2.0 RASIONAL a) Dadah adalah ancaman kepada negara. b) Merealisasikan gagasan “Sekolah Bebas Dari Dadah “yang berteraskan konsep “Zero Defect”. c) Menyedari bahawa mencegah dadah adalah tanggungjawab dan amanat serta merupakan satu ibadah yang perlu dipikul dan dilaksanakan oleh setiap warganegara Malaysia. 3.0 OBJEKTIF a) Mempertingkat kemahiran dan pengetahuan murid tentang bahaya dadah, bahan terlarang dan pelencongan sosial. b) Memperkasa ketahanan dan jati diri murid untuk menolak pengaruh tentang bahaya dadah, bahan terlarang dan pelencongan sosial. c) Melahirkan murid kreatif, kritis dan inovatif dalam melaksanakan program PPDa. 4.0 TARIKH / TEMPAT 20 Mei hingga 24 Mei 2024 Dataran Perhimpunan / Kelas 5.0 KUMPULAN SASARAN ● Semua murid Tahun 1 - 6 ● Murid-murid Pra Sekolah ● Murid-murid Pendidikan Khas ● Semua guru SK Masjid Tanah 2
6.0 AKTIVITI SEPANJANG MINGGU ANTIDADAH - Majlis Pelancaran Minggu Antidadah 2024 - 20.5.2024 - 5 Minit Anti Dadah (Perhimpunan rasmi mingguan sepanjang persekolahan) - Bacaan Yasin, Tazkirah Anti Dadah dan penyampaian hadiah – 24.5.2024 - Pertandingan: 1. Mewarna Murid Prasekolah, PPKI dan Murid Tahap 1 – 21.5.2024 2. Pertandingan Melukis Poster Tahap 2 – 21.5.2024 7.0 ANGGARAN BELANJAWAN SUMBER KEWANGAN Unit Bimbingan Dan Kaunseling RM 96.00 ANGGARAN PERBELANJAAN BIL PERKARA SASARAN KUANTITI JUMLAH 1. Hadiah Pertandingan i) Mewarna Tahap 1 Prasekolah PPKI Tahun 1 Tahun 2 Tahun 3 Tempat pertama : 5 x RM 5.00 Tempat Kedua : 5 x RM 4.00 Tempat Ketiga : 5 x RM 3.00 RM 60.00 ii) Melukis Poster Tahun 4 Tahun 5 Tahun 6 Tempat pertama : 3 x RM 5.00 Tempat Kedua : 3 x RM 4.00 Tempat Ketiga : 3 x RM 3.00 RM 36.00 JUMLAH BESAR RM 96.00 3
8.0 TEMA ”SEKOLAH BEBAS DADAH ” 9.0 JAWATANKUASA INDUK Pengerusi : Pn Rozilah Binti Seman @ Husin (Guru Besar) Timbalan Pengerusi : En Sanizam Bin Sampol (GPK Hem) Naib Pengerusi 1 : Pn Norisam Binti Nasir (GPK Pentadbiran) Naib Pengerusi 2 : Pn. Syariza Binti Mohd Sarif (GPK Kokurikulum) Penyelaras PPDa : Noor Nazriah Binti Ibrahim Penolong Penyelaras : En Mohd Amirrul Bin Hazman AJK : Siti Patimah Binti Omar (GK T1) : Nuur Hidayah Bt Ab Hamid (GK T2) Nuur Ainaa Hidayah Bt Mohd Fuzi (GK T3) Salwa Bt Abu (GK T4) En Azwan Nazreensyah Bin Aman (GK T5) Asiah Bt Hashim (GK T6) Saripah Sapura Bt Tuan Azam (GK PPKI 6 Ixora) Ratana Dewi Bt Hamsan (GK PPKI 5 Ixora) Noor Nazriah Bt Ibrahim (GK PPKI 3 Ixora) Siti Hajar Bt Mokhtar (GK Prasekolah) 4
JAWATANKUASA KERJA Laporan En Mohd Amirrul Bin Hazman Pengacara Majlis Guru Bertugas PA Sistem En. Zainul Ariffin Bin Mohd Zhaffar Buku Program Pn Nur Ainaa Hidayah Bt Mohd Fuzi Jurugambar Mohamad Aminullah Iqbal bin Muhaider Sijil dan Hadiah Siti Patimah Binti Omar Cik Siti Hanis Hasineea Bt Md Shamlan Mewarna Poster Prasekolah, PPKI dan Tahap 1 Nuur Hidayah Bt Ab Hamid Melukis Poster Tahap 2 Asiah Bt Hashim 5
TENTATIF PROGRAM BIL PERKARA HARI TARIKH MASA CATATAN 1 Pelancaran Minggu Antidadah peringkat sekolah 2024 Aturcara : 1. Ucapan pembukaan pengacara majlis 2. Bacaan doa 3. Nyanyian lagu patriotik dan lagu antidadah 4. Bacaan Ikrar 5. Ucapan guru bertugas mingguan 6. Ucapan perasmian (Guru Besar) 8. Bersurai Isnin 20.5.2024 7.45-8.15 pagi Dewan/ Tapak Perhimpunan 2 Pertandingan Mewarna Tahap 1, Prasekolah dan PPKI. Selasa 21.5.2024 10.35-11.35 pagi Kelas 3 Pertandingan Melukis Poster Tahap 2 Selasa 21.5.2024 10.35-11.50 pagi Kelas 4 Bacaan Yasin/Al-Kahfi, Tazkirah Anti Dadah dan Penyampaian hadiah. Jumaat 24.5.2024 7.45-8.10 pagi Dewan/ Tapak perhimpunan 6
PENUTUP Diharapkan agar program ini akan berjalan dengan lancar seperti yang dirancangkan. Kami juga mengharapkan agar program ini mencapai matlamat dan objektif yang diinginkan sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Program ini akan berjaya sekiranya semua pihak yang terlibat bekerjasama dan mempunyai komitmen yang tinggi dalam menjalankan tugas. Disediakan oleh: Disemak oleh: .................................................................. ................................................................ (Noor Nazriah Binti Ibrahim ) Penyelaras PPDa SK Masjid Tanah Tarikh : (SANIZAM BIN SAMPOL) GPK HEM SK Masjid Tanah Tarikh : 7
KERTAS CADANGAN MINGGU ANTI DADAH 2024 __________________________________________________________________ KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH Meluluskan Kertas Cadangan Minggu Anti Dadah 2024 atau Tidak meluluskan Kertas Cadangan Minggu Anti Dadah 2024 Ulasan : ……………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………… (ROZILAH BINTI SEMAN @ HUSIN) Guru Besar SK Masjid Tanah Tarikh: 8