Tajuk 10: Seni Reka Grafik: Simbol Dan Logo Siti Nurain Binti Albort Ten PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 2
Objektif Pembelajaran Di Akhir Pengajaran dan Pembelajaran, murid akan dapat : i. Menjelaskan definisi, jenis serta ciri simbol dan logo ii. Membuat eksperimentasi dan penerokaan rekaan simbol dan logo dengan pelbagai media dan teknik iii. Menterjemahkan hasil daripada eksperimentasi dan penerokaan rekaan simbol dan logo dalam penghasilan karya dengan menggunakan imaginasi dan idea dengan kreatif
• Seni reka grafik memerlukan kemahiran menggabungkan teks dan gambar dalam teks, iklan atau buku. Gabungan simbol dan imej teks akan menghasilkan representasi tampak sesuatu idea atau mesej • Reka bentuk grafik meliputi reka bentuk korporat (logo dan penjenamaan), reka bentuk editorial (majalah, surat khabar dan buku), reka bentuk persekitaran, pengiklanan, reka bentuk laman sesawang, reka bentuk komunikasi, pembungkusan dan papan tanda (signage). • Kata Kunci: Representasi Pengenalan
Kandungan Definisi simbol dan logo 01 Jenis simbol dan logo 02 Ciri simbol dan logo 03 04 Latihan
Definisi Simbol dan logo 01
● Reka bentuk yang diringkaskan dari imej figura manusia, haiwan, alam dan benda ● Simbol dihasilkan melalui gabungan unsur-unsur grafik yang menjadi representasi kepada sesuatu ● Tujuan: menerangkan dan memberi maklumat sesuatu keadaan atau aktiviti ● Fungsi: memudahkan pengguna memahami maksud sestatu tanpa menggunakan perkataan Definisi Simbol ● Simbol sudu, piring dan garfu menerangkan restoran ● Simbol figura lelaki untuk tandas lelaki, figura wanita untuk tandas wanita
Contoh- Contoh Simbol
Definisi Logo ▪ Diambil daripada Bahasa Yunani- Logotype yang bermaksud cetakan perkataan ▪ Lambang atau tanda bagi sesebuah syarikat perniagaan, pertubuhan, kelab, persatuan, agensi ▪ Juga merujuk kepada seni huruf/ gabungan huruf dan symbol yang mewakili sesuatu jenama ▪ Merujuk kepada seni huruf atau gabungan huruf dan symbol yang mewakili sesuatu jenama/ tanda perniagaan (trademarks) ▪ Logo mempunyai nilai ‘keagungan’ kepada sesebuah syarikat- logo harus bersifat keteguhan, kekuatan dan boleh diterima ramai
Contoh Logo
Jenis simbol dan logo 02 Jenis-jenis simbol dan logo dapat dihasilkan dengan merujuk kepada alam semula jadi dan objek buatan manusia.
Simbol dari Alam Semula Jadi Jenis Simbol
Jenis Simbol Simbol dari objek buatan manusia
Jenis Logo Logo dari Alam Semula Jadi
Jenis Logo Logo dari buatan Manusia
Ciri-Ciri Simbol dan logo 03
• Menyampaikan mesej melalui gambar. • Rupa mewakili maklumat secara ilustrasi. • Representasi gambar alam semula jadi atau objek buatan manusia. • Berkaitan dengan konsep tertentu. • Bentuk objek dipermudahkan tetapi masih mengekalkan sifat-sifat asal objek tersebut. • Menyampaikan mesej tanpa sebarang penerangan. Ciri simbol
Ciri Logo • Berdasarkan gabungan rupa bentuk dan huruf. • Gubahan singkatan yang mewakili sesuatu. • Boleh mengandungi tulisan dan gambar. • Mempunyai kaitan tema dengan identiti. • Ringkas, jelas dan mudah diingati. • Penggunaannya dapat bertahan lama. • Menyampaikan mesej merentas bahasa dan bangsa. • Menggunakan rupa mudah sesuatu objek.
04 Latihan
Tujuan: 1.Mengenal pasti seni reka grafik dalam bidang Komunikasi Visual. 2.Menjelaskan definisi, jenis dan ciri seni reka grafik. 3.Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman untuk membuat eksperimentasi serta penerokaan dalam menghasilkan simbol dan logo menggunakan pelbagai media dan teknik yang sesuai. Aktiviti berkumpulan
Aktiviti 1: 1. Bahagikan murid kepada enam kumpulan berasingan. 2. Guru akan mengemukakan satu topik untuk setiap kumpulan, iaitu: (a) Kumpulan A - menjelaskan definisi simbol dan logo. (b) Kumpulan B - menyatakan jenis simbol berdasarkan alam semula jadi. (c) Kumpulan C - menyatakan jenis simbol berdasarkan objek buatan manusia. (d) Kumpulan D - menyatakan jenis logo berdasarkan alam semula jadi. (e) Kumpulan E - menyatakan jenis logo berdasarkan objek buatan manusia. (f) Kumpulan F - menjelaskan ciri-ciri simbol dan logo. 3. Secara bergilir-gilir, setiap murid dalam kumpulan mencatat satu idea. 4. Gunakan pen dan kertas yang sama untuk mencatat idea anda. 5. Kongsikan hasil dapatan kumpulan anda dengan guru dan kumpulan yang lain. .
Aktiviti 2: 1. Lakukan aktiviti ini secara Three Stray One Stay' 2. Bahagikan murid kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan melakukan aktiviti yang berikut: (a) Kumpulkan bahan-bahan alam semula jadi atau objek buatan manusia yang sesuai dijadikan logo atau simbol. (b) Berdasarkan bahan-bahan yang dikumpulkan, lakarkan simbol atau logo yang boleh dihasilkan. (c) Gunakan pelbagai media dan teknik untuk menghasilkan lakaran simbol dan logo tersebut. 3. Ketua kumpulan akan membentangkan hasil dapatan kepada kelas.
Soalan Formatif Apakah kepentingan simbol dan logo? Jelaskan.
Terima Kasih