Mesyuarat Mesyuarat Agung Tahunan KALI KE 41 SK PARIT KUDUS Tarikh: 19 Mei 2024 Hari: Ahad Masa: 1.45 -4.30 Tempat: Dewan Hj Abdul Manan D I R A S M I K A N O L E H : Dato’ Hj Mohd Jahis bin Hj Othman (Pegawai Khas YB Datuk Seri Hj Ahmad bin Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya/Ahli Parlimen Pontian)
BIL PERKARA MUKA SURAT 1) Kata alu-aluan Guru Besar. 2 2) Kata alu-aluan Yang Dipertua PIBG. 3 3) Atur cara Majlis Dan Agenda Mesyuarat Agung. 4 - 5 4) Ahli Jawatankuasa Tertinggi PIBG Sesi 2023. 6 5) Ahli Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Agung PIBG kali ke-41 7 - 8 6) Surat Panggilan Mesyuarat Agung Tahunan. 9 7) Minit Mesyuarat Agung PIBG kali Ke -41 (2023) 10 - 13 8) Penyata Kewangan PIBG Berakhir 31 Disember 2023 dan 30 April 2024 14 - 16 9) Pelantikan Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2024-2025 17 10) Penghargaan 18 1
Assalamualaikum waramatullahiwabaarakatuh Alhamdulillah, segala puji-pujian dan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan Inayahnya dapat kita mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke-41 pada kali ini. Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pihak yang telah berusaha dengan penuh komited dan dedikasi untuk meningkatkan prestasi sekolah ini. Kita semua maklum bahawa tahun ini Persatuan Ibu Bapa dan Guru memainkan peranan yang sangat penting ke arah sekolah berkualiti dan kemenjadian murid selaras dengan TS25. Di antara peranan tersebut adalah seperti: • Membantu dalam meningkatkan perkembangan murid dan menjaga kebajikan mereka. • Menambah sumber kewangan sekolah bagi menambah dan meningkatkan kemudahan sekolah. • Menjalin hubungan yang baik serta menyediakan saluran komunikasi antara sekolah dan masyarakat. • Meningkatkan keceriaan dan kebersihan sekolah supaya dapat mewujudkan suasana yang kondusif bagi menjayakan aktiviti dan program sekolah . Justeru besarlah harapan kami agar kita dapat bersama-sama merealisasikan hasrat tersebut demi kejayaan anak-anak didik. Akhir kata, saya sekali lagi ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada AJK PIBG, guru-guru, ibu bapa dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan segala program yang dianjurkan oleh pihak sekolah seterusnya meningkatkan prestasi sekolah ke arah yang lebih baik pada masa akan datang. Semoga usaha kita akan direstui dan mendapat keredhaan Allah SWT. Sekian, terima kasih. “MALAYSIA MADANI” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah, ……………………………… ZAWIAH BINTI SAPARI) Penasihat, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Parit Kudus. 2
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Alhamdulillah di atas ke hadarat Ilahi, dapat kita bertemu kembali di dalam Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Ke-41 SK Parit Kudus bagi tahun 2024 ini. Dikesempatan Syawal yang baru sahaja berlalu ini, saya ingin mengucapkan maaf zahir dan batin jika ada silap dan salah, sama ada secara sedar atau pun tidak. Para ibu bapa dan rakan guru yang dikasihi, Dialah pemberi paling setia Tiap akar ilmu miliknya Pelita dan lampu segala Untuk manusia sebelum jadi dewasa. Usman Awang, Guru Oh Guru (1979). Serangkap sajak yang ditulis oleh Sasterawan Negara ini sangat indah untuk kita hayati di bulan yang meraikan jasa para guru ini. Maka dikesempantan ini juga, ingin saya manafaatkan untuk mengucapkan terima kasih dan Selamat Hari Guru kepada para warga SK Parit Kudus, terima kasih cikgu. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih dan syabas kepada semua ibu bapa yang telah membantu pihak sekolah dai dalam pelbagai acara yang telah dirancang, antaranya Majlis Apresisasi Kecemerlangan, Majlis Sambutan Hari Raya, Gotong-royong dan yang terbaru sekali, Kejohanan Sukan Mini Tahunan SK parit Kudus. Semoga Kerjasama yang diberikan akan diteruskan lagi bagi programprogram yang akan datang. Segala budi baik dan jasa tuan puan, Allah Sahaja yang dapat membalasnya. Patah tumbuh, hilangkan berganti. Sepertimana tahun-tahun yang lalu, akan ada pertukaran dikalangan AJK PIBG sekolah dari pihak ibu bapa mahupun dari pihak guru. Kepada yang pergi, terima kasih di atas segala jasa dan budi kalian. Kepada yang tiba, selamat datang kami ucapakan. Semoga ikatan persaudaraan yang telah terjalin akan diteruskan lagi dimasa akan datang, insya-Allah. Sekadar itu dahulu dari saya, semoga kita bertemu lagi. Assalamulaikum dan terima kasih semua. ………………………………………. Mohammad Zulhilmi bin Monil Yang Dipertua, Persatuan Ibu Bapa dan Guru, SK Parit Kudus. 3
MASA PERKARA 1.45 PETANG Pendaftaran ibu bapa 1.50 PETANG Tayangan Penataran Program Pendidikan Inklusif Murid Bekeperluan Pendidikan Khas Oleh: Cikgu Zanariah Kaab Jurulatih Utama PPI Pontian. 2.00 PETANG Ketibaan Perasmi 2.05 PETANG Bacaan doa oleh Cikgu Mohd Saliudin bin Misran 2.10 PETANG Ucapan Perasmian oleh: Datuk Hj. Mohd Jahis bin Hj. Othman (Pegawai Khas Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan) : Penyampaian Cenderamata Kepada Perasmi 2.30 PETANG Tayangan Video Peristiwa Sekolah Tahun 2023/2024 2.40 PETANG Jamuan VIP 3.00 PETANG Mesyuarat Agung Tahunan - Perutusan Pengerusi Majlis - Ucapan Guru Besar - Pengesahan Minit Mesyuarat Yang Lepas - Perkara-Perkara Berbangkit - Pembentangan & Pengesahan Penyata Kewangan Tahun 2023 - Pembubaran Jawatankuasa PIBG Tahun 2023 - Pemilihan Jawatankuasa PIBG Tahun 2024 - Pembentangan Usul - Hal-hal lain 4.30 PETANG Cabutan Bertuah/ Bersurai 4
5 BIL AGENDA 1 Perutusan Pengerusi Majlis 2 Ucapan Guru Besar 3 Pengesahan Minit Mesyuarat Yang Lepas 4 Perkara-Perkara Berbangkit 5 Pembentangan Laporan Kewangan semasa 6 Pembubaran Jawatankuasa PIBG Tahun 2023 7 Pemilihan Jawatankuasa PIBG Tahun 2024 8 Mesyuarat Agung Tahunan oleh YDP baharu i. Ucapan YDP tahun 2024 ii. Pembentangan usul iii. Hal-hal lain 9 Cabutan bertuah 10 Bersurai
• PENASIHAT : Cikgu Zawiah binti Sapari • YDP PIBG : Encik Mohammad Zulhilmi bin Monel • NYDP PIBG : Encik Mohamad Azli bin Mohd Tasrim • SETIAUSAHA : Cikgu Zanariah binti Kaab • BENDAHARI : Cikgu Saliudin bin Misran • AHLI JAWATANKUASA : 1. Encik Azli bin Taslim 2. Puan Rahida binti Othman 3. Puan Zainab binti Dolah 4. Puan Zalinah binti Abdul Manaf 5. En. Mohd Sharif bin Md Daud 6. Puan Julia Binti Sani 7. Cikgu Noor Hadilawati binti Basari 8. Cikgu Norhana binti Abd. Hamid 9. Cikgu Sabariah binti Sapiai 10. Encik Sabani Bin Supar 11. Puan Aisyah Binti Fadhil 12. Encik Suhaimi bin Harian • PEMERIKSA KIRA-KIRA 1. Puan Norhaslinda Bt Masarudin 2. Cikgu Norasiah binti Jabar 6
TARIKH/ HARI : 19 MEI 2024/ AHAD MASA : 2.00 PETANG TEMPAT : DEWAN ABD. MANAN SK PARIT KUDUS, PONTIAN PERASMI : DATUK HJ. MOHD JAHIS BIN HJ. OTHMAN PEGAWAI KHAS DATUK SERI HJ AHMAD BIN HJ MASLAN Penasihat : Cikgu Zawiah binti Sapari Pengerusi : Encik Mohamad Zulhilmi binti Monel Naib Pengerusi : En Muhamad Azli Bin Mohd Tasrim Setiausaha : Cikgu Zanariah binti Kaab Bendahari : Cikgu Mohd Saliudin bin Misran Penyambut Tetamu : 1. Cikgu Zawiah binti Sapari 2. Encik Mohammad Zulhilmi binti Monel 3. En Muhamad Azli Bin Mohd Tasrim 4. Cikgu Syuhailen Binti Bachok@Saadon 5. Cikgu Shahrom Nizam Bin Abdul Rahman 6. Cikgu Zarina binti Jamal Bacaan Doa : Encik Saliudin Bin Misran Juruacara Majlis : Cikgu Juriah binti Giat Hiasan Pentas : 1. Cikgu Fakhriah binti Md Kassim 2. Cikgu Norasiah binti Jabar Jamuan VIP/ Buku Program : 1. Cikgu Noor Hadilawati binti Basari 2. Cikgu Nur Afazilla binti Abdul Gani 3. Cikgu Suriany binti Mohd Yahya 4. Puan Fazrina binti Hussin 5. Puan Zainab binti Dolah 6. Puan Zalinah binti Abdul Manaf PA Sistem/ Teknikal 1. Cikgu Muhammad Adib Muzakkir bin Kasim 2. Cikgu Mohd Saliudin Bin Misran 3. Encik Ikhsan bin Mohd Imran 7
Makanan Ibu Bapa/ Guru: 1. Cikgu Noratenadewi binti Tebana 2. Fatin Nabihah bt Abdul Muid 3. Puan Mazuinah binti Mohamad Isa 4. Puan Aslina Binti Aman 5. Puan Noor Aisyah binti Fadzil Surat menyurat : 1. Cikgu Zanariah binti Kaab 2. Encik Ikhsan bin Mohd Imran Pencatat/ ‘Gimmick Perasmian’ : 1. Cikgu Nor Azleenda binti Razali 2. Cikgu Diana Nadia binti Ahmad Fauzi 3. Cikgu Sarizah Binti Rejab Pendaftaran/ Surat Usul :1. Cikgu Nurfarahnajihah binti Mohd Adham 2. Puan Rahidah binti Othman 3. Puan Julia binti Sani Cenderamata Perasmi/ Cabutan Bertuah : 1. Cikgu Siti Safiah Binti Bachok 2. Cikgu Jumanah binti Ab. Karim 3. Cikgu Siti Norizan binti Buang Banner/ Jurugambar/ Video peristiwa SKPK sepanjang tahun 2024 : 1. Cikgu Ain Syuhada binti Sofian 2. Cikgu Norfatiha binti Poniran 3. Cikgu Muhammad Adib Muzakkir bin Kasim Persiapan & Pengemasan Tempat : 1. Cikgu Mohd Saliudin Bin Misran 2. Cikgu Muhammad Adib Muzakkir bin Kasim 3. Encik Mohd. Shahrol bin Yunos 4. Encik Mohd Izuan bin Hamim 5. Encik Nazri bin Kosnan 6. Encik Mohd Sharif Bin Md Daud 7. Encik Mohd. Syamil bin Sukawai 8
9 PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT KUDUS, 82000 PONTIAN, JOHOR TEL: 07-6864844 __________________________________________________________________________________ Ruj. Kami : JBA6022.100-13/1/4( ) Tarikh : 12 MEI 2024 PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT KUDUS, 82000 PONTIAN, JOHOR TEL: 07-6864844 __________________________________________________________________________________ Ruj. Kami : JBA6022.100-13/1/4( ) Tarikh : 12 MEI 2024 Kepada, Semua Ahli Jawatankuasa PIBG dan KSIB, Guru Penolong Kanan Pentadbiran, HEM dan Kokurikulum Semua Ibu Bapa Murid Sek. Keb. Parit Kudus, 82000 Pontian, JOHOR. Tuan, MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-41 SK PARIT KUDUS BILANGAN 1/ 2024 Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Berhubung perkara diatas, pihak PIBG SK Parit Kudus menjemput tuan/ puan untuk hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-41 yang akan diadakan pada ketetapan berikut: TARIKH/ HARI : 19 MEI 2024/ AHAD MASA : 2.00 PETANG TEMPAT : DEWAN ABDUL MANAN, SK PARIT KUDUS, PONTIAN 3. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut; 3.1 Perutusan Pengerusi Majlis 3.2 Ucapan Guru Besar 3.3 Pengesahan Minit Mesyuarat Yang Lepas 3.4 Perkara-Perkara Berbangkit 3.5 Pembentangan laporan kewangan semasa 3.6 Pembubaran Jawatankuasa PIBG Tahun 2023 3.7 Pemilihan Jawatankuasa PIBG Tahun 2024 3.8 Mesyuarat Agung Tahunan 3.9 Hal-hal lain. Kehadiran dan kerjasama daripada pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian. “MALAYSIA MADANI” Saya yang menjalankan amanah ……………………………………………………… EN. MOHD ZULHILMI BIN MONEL (YDP. PIBG SK PARIT KUDUS)
SK. PARIT KUDUS 82000 PONTIAN, JOHOR MINIT MESYUARAT AGUNG PERMUAFAKATAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) KALI-40 BIL 1 / (2023) Tarikh : 18 JUN 2023 (AHAD) Masa : 2.30 PETANG Tempat : DEWAN ABD. MANAN SK. PARIT KUDUS, PONTIAN JOHOR Pengerusi : ENCIK MOHAMMAD ZULHILMI BIN MONEL (YANG DIPERTUA PIBG SK PARIT KUDUS) Kehadiran(Bi : 75 Orang Turut Hadir (Jika ada): TIADA 1.0 PERUTUSAN PENGERUSI MAJLIS (EN. MOHAMMAD ZULHILMI BIN MONEL – YDP PIBG SK PARIT KUDUS) 1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua yang dapat menghadirkan diri dalam mesyuarat pada kali ini. 1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa di atas kerjasama yang diberikan di sepanjang sesi persekolahan tahun ini. Kerjasama yang diberikan amatlah dihargai. Beliau selaku YDP yang baharu dilantik amat mengharapkan kerjasama dari semua pihak bagi menjayakan setiap apa jua aktiviti dan program yang dilaksanakan oleh sekolah dan PIBG. 1.3 Pengerusi memaklumkan, PIBG akan terus membantu pihak sekolah di dalam setiap aktiviti yang akan dilaksanakan agar murid-murid dapat belajar dalam keadaan yang lancar dan selesa. 1.4 Pengerusi mengharapkan agar jumlah kutipan tabung Wakafton akan bertambah sebagaimana yang diharapkan Makluman Semua 2.0 PERUTUSAN GURU BESAR (CIKGU ZAWIAH BINTI SAPARI – GURU BESAR SK PARIT KUDUS) 2.1 Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir di mesyuarat pada kali ini. 2.2 Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada semua pihak di atas sumbangan dan kerjasama yang telah diberikan. Cadangan dan pandangan dari ibu bapa sangat dialualukan. Pihak sekolah juga akan sentiasa berusaha untuk menambahbaik perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran agar murid-murid dapat belajar dengan lebih cemerlang. 2.3 Guru Besar memaklumkan bahawa masalah urung di sekolah masih belum dapat diatasi dan masih lagi menjadi masalah yang serius. Pihak sekolah akan sentiasa berusaha untuk menatasi masalah tersebut. Untuk makluman, masalah ini sudah di dalam makluman PPD. 2.4 Guru Besar memaklumkan Program Wakafton masih lagi diteruskan, tetapi kutipan setakat ini amat menyedihkan (masih sangat jauh untuk mencapai jumlah yang diinginkan). Beliau amat berharap agar semua pihak dapat memberikan kerjasama bagi menjayakan setiap program sekolah. Makluman semua 10
3.0 PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU 3.1 Pembentang : En. Mohammad Zulhilmi bin Monel 3.2 Encik Nazri bin Kosnan mencadangkan agar minit mesyuarat yang lalu disahkan. 3.3 Cadangan disokong oleh Encik Darul Azmi bin Dahlan. Makluman semua 4.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT 4.1 Tiada Makluman semua 5.0 PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN PENYATA KEWANGAN PIBG SK PARIT KUDUS BERAKHIR 30 APRIL 2023 5.1 Pembentang : Cikgu Saliudin Bin Misran (Bendahari PIBG) – Penyata kewangan seperti yang dilampirkan. 5.2 Encik Darul Azmi bin Dahlan mencadangkan agar penyata kewangan yang lalu disahkan 5.3 Cadangan disokong sebulat suara. Makluman semua 6.0 PEMBUBARAN JAWATANKUASA 6.1 En. Mohammad Zulhilmi bin Monel (YDP PIBG) membubarkan jawatankuasa PIBG bagi tahun 2022. Makluman semua 7.0 PERLANTIKAN JAWATANKUASA BAHARU 7.1 Encik Darul Azmi bin Dahlan mencadangkan agar Encik Mohammad Zulhilmi bin Monel dilantik sebagai pengerusi sementara. Dipersetujui sebulat suara 7.2 Puan Roslini binti Rosli mencadangkan agar Jawatankuasa PIBG sesi 2022 dikekalkan untuk tahun 2023. Cadangan tersebut dipersetujui sebulat suara. Makluman semua 8.0 UCAPAN YDP BAHARU (TAHUN 2023) 8.1 Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua ahli kerana melantik beliau semula sebagai YDP PIBG SK. Parit Kudus untuk tahun 2023. Beliau akan cuba sebaik mungkin memikul tanggungjawab yang diamanahkan dan memohon tunjuk ajar dari semua. Makluman semua 11
9.0 PEMBENTANGAN USUL OLEH YDP BAHARU 9.1 Usul 1 : Puan Nur Afiqah binti Manra meminta agar pengurangan matapelajaran dalam jadual waktu pelajar dapat dilakukan bagi mengelakkan beg yang terlalu berat. 9.1.1 Jawapan Guru Besar : Jadual waktu telah termaktub dalam silibus Kementerian Pelajaran Malaysia. Guru Besar memaklumkan sekiranya murid mengikut jadual yang telah diberi, masalah beg berat tidak akan berlaku (masalah ini timbul apabila murid-murid tidak mengikut jadual waktu yang diberikan). 9.2 Usul 2 : Puan Zalinah binti Abd Manap meminta agar mutu pelajaran dapat dipertingkatkan. 9.2.1 Jawapan Guru Besar : Sebagai seorang guru, kami akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan mutu pelajaran. Sebagai contoh pada masa sekarang telah ada kemudahan televisyen di kelas-kelas, ’smart tv’ dan lain-lain kemudahan yang sentiasa ditambah baik. Guru-guru telah berusaha untuk meningkatkan mutu pengajaran, tetapi kami sedikit kecewa apabila terdapatnya murid yang tidak berusaha ke arah tersebut (murid tidak menyiapkan kerja sekolah dan tidak membawa buku). Guru Besar berharap agar ibu bapa dapat sama-sama membantu guru-guru memantau anak masing-masing di dalam menyiapkan kerja rumah yang diberikan. 9.3 Usul 3 : Puan Norasyikin binti Mohd. Talib mencadangkan agar sumbangan PIBG untuk tahun 2023 dikekalkan seperti tahun lepas iaitu sebanyak RM40/ keluarga. Cadangan tersebut disokong oleh Encik Azli bin Tasrim dan dipersetujui sebulat suara. 9.4 Usul 4 : Guru Besar memaklumkan terdapat usul yang meminta agar pihak sekolah tidak menjual air vitagen. 9.4.1 Jawapan Guru Besar : Pihak sekolah bukannya menjual air vitagen. Air yang dijual oleh kedai buku adalah air Yakult. Air Yakult tersebut merupakan jualan dari MGB (Majlis Guru Besar). Setiap jualan, sekolah akan memperolehi agihan keuntungan yang boleh digunakan untuk menampung keperluan perbelanjaan sekolah. Makluman semua 12
10.0 HAL-HAL LAIN 10.1 Cikgu Zawiah mengumumkan beberapa perkara iaitu: 10.1.1 Meminta murid-murid membawa bekal air/ botol kosong untuk diisi dengan air kosong yang disediakan di dewan terutama ketika cuaca panas. 10.1.2 Murid-murid yang alami masalah ponteng, pihak sekolah akan membuat kunjungan ‘Jalinan Kasih’ bagi membantu menyelesaikan masalah tersebut. Harap semua ibu bapa dapat memberikan kerjasama dan menerima kedatangan pihak sekolah dengan baik. 10.2 Cikgu Nor Azleenda binti Razali menerangkan berkaitan Program PLAN. Sekolah sangat berusaha untuk membantu murid sekurang-kurangnya untuk tahu membaca, mengira dan menulis. Justeru, kerjasama dari ibu bapa amat diharapkan dalam membantu anak-anak yang lemah untuk mereka terus berjaya. Makluman semua 11.0 UCAPAN PENANGGUHAN (CIKGU ZAWIAH BINTI SAPARI – GURU BESAR SK PARIT KUDUS) 11.1 Guru Besar mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua yang hadir. Beliau mengharapkan agar PIBG dan sekolah dapat saling bekerjasama di antara satu sama lain bagi melahirkan sekolah yang cemerlang. 11.2 Beliau berharap agar kedatangan ibu bapa di dalam Mesyuarat Agung Tahunan PIBG akan meningkat pada tahun hadapan sebagai tanda sokongan terhadap segala aktiviti yang dilaksanakan oleh pihak sekolah. 11.3 Beliau meminta maaf atas segala kekurangan yang terdapat dari pihak sekolah. Makluman Semua 12.0 PENUTUP Mesyuarat ditangguhkan pada 4.30 petang. Disediakan oleh: Disemak dan disahkan oleh: …………………………………. ………………………………………….. (ZANARIAH BINTI KAAB) (MOHAMMAD ZULHILMI BIN MONEL) SETIAUSAHA PIBG YDP PIBG SK. PARIT KUDUS 13
14 TARIKH PENERIMAAN JUMLAH (RM) TARIKH PERBELANJAAN JUMLAH (RM) Baki di tangan 185.54 10/4 Belian Banner untuk bilik PIBG 60.00 Baki di bank 2392.02 11/4 Belian lampu panjang LED untuk kelas tahun 6 2023 99.00 Baki di akaun simpanan tetap 8376.11 16/5 Bayaran jamuan dan Fail Mesyuarat PIBG KE-2 2023 315.00 22/5 Sumbangan kepada Program Sepadu’s Indah Lestari 2000.00 3/4 Sumbangan Ibu-Bapa dan Guru -Masuk ke akaun bank -Tunai di tangan 6000.00 1480.00 22/5 Pemulangan duit Wakafton Awning untuk Program Sepadu’s Indah Lestari 600.00 9/7 Sumbangan Syarikat Kawalan Keselamatan untuk Mesyuarat Agong Tahunan(MAT 2023)PIBG SKPK 2023 150.00 6/6 Sumbanagan kepada Insfrastruktur SKPK 316.00 30/4 Profit/Hibbah 10.13 11/6 Sumbangan kepada keluarga pelajar tahun 2 yang terkena musibah kebakaran(Ziarah Cakna) 100.00 31/5 Profit/Hibbah 10.20 13/6 Sumbangan kepada Karnival Pendidikan Islam Daerah Pontian 50.00 30/6 Profit/Hibbah 6.70 15/6 Belian Banner untuk MAT 110.00 31/7 Profit/Hibbah 5.32 18/6 Bayaran sewaan P.A System untuk MAT 2023 200.00 31/8 Profit/Hibbah 5.33 18/6 Belian bateri AA untuk MAT 2023 20.00 30/9 Profit/Hibbah 5.16 21/6 Belian cenderahati Perasmi MAT 2023 40.00 31/10 Profit/Hibbah 5.72 21/6 Bayaran jamuan MAT 2023 540.00 30/11 Profit/Hibbah 4.51 21/6 Bayaran sewaan kerusi plastic untuk MAT 2023 50.00 31/12 Profit/Hibbah 10.36 21/6 Bayaran jamuan VIP untuk MAT 2023 100.00 3/4 Wakafton Awning 100.00 4/7 Belian Coway Water Pump/booster pump untuk mesin air sekolah 150.00 3/4 Wakafton Awning 15.00 11/7 Belian 6.35 monojack untuk P.A system sekolah 8.00 3/4 Wakafton Awning 1.20 11/7 Baik pulih speaker sekolah 50.00 12/4 Wakafton Awning 20.00 27/7 Pembelian set bateri cas semula 58.50 16/4 Wakafton Awning 120.00 9/8 Bayaran pembelian kasut “spiking” untuk Kontinjen SKPK ke Kejohanan MSSD Pontian 400.00 18/4 Wakafton Awning 100.00 12/9 Bayaran kepada unit Kokurikulum untuk peserta Ragbi ke Karnival Ragbi Johor kali ke-11 2023 300.00 1/10 Derma individu 300.00 12/9 Bayaran Pembaik pulihan prasarana sekolah 50.00 PENYATA KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2023 PIBG SK PARIT KUDUS
15 17/11 Derma SAKAN untuk Hari Usahawan 200.00 12/9 Bayaran untuk 3 orang wakil PIBG sempena jamuan perpisahan Cg.Nik Hairul Azuan dan Cg. Sabariah Sapiai 85.80 27/11 GoRo 5000.00 19/9 Bayaran untuk hadiah perpisahan Cg.Nik Hairul Azuan dan Cg. Sabariah Sapiai 174.00 10/12 Wakafton Awning 180.00 2/10 Bayaran hadiah perpisahan Cg. Azizan Musa 100.00 11/12 Wakafton Awning 150.00 7/11 Sumbagan kepada program Perkhemahan Peringkat Negeri SKPK 2023 500.00 14/12 Wakafton Awning 100.00 7/11 Bayaran penyertaan SK untuk yuran Perkhemahan Negeri SKPK 2023(Akaun Tumpang) 300.00 21/12 Wakafton Awning 200.00 7/11 Sumbangan kepada Program Maulidurrasul SKPK 2023/1445H 200.00 22/12 Wakafton Awning 100.00 7/11 Sumbangan kepada Program Hari Keusahawanan SKPK 2023 500.00 23/12 Wakafton Awning 100.00 4/12 Belian hadiah sempena persaraan Cg. Noraini bte Ngede dan AKP Siti Asah 400.00 27/12 Wakafton Awning 10.00 Jumlah perbelanjaan 7876.30 Baki di tangan 344.97 Baki di bank 8561.65 Baki di akaun simpanan tetap 8560.38 25343.30 JUMLAH 25343.30
TARIKH PENERIMAAN JUMLAH (RM) TARIKH PERBELANJAAN JUMLAH (RM) Baki di tangan 344.97 3/1 Pembelian 2 set LED Solar Spot Light dan upah pemasangan untuk pihak sekolah 690.00 Baki di bank 8561.65 24/1 Sumbangan kepada pihak sekolah untuk baik pulih infrastruktur. 186.50 Baki di akaun simpanan tetap 8560.38 7/3 Sumbangan Pasaraya SAKAN kepada Program Hari Keusahawanan SKPK 2023(Akaun Tumpang) 200.00 7/3 Sumbangan kepada Program Hari Kecemerlangan SKPK 2023 200.00 13/3 Sumbangan Ibu-Bapa dan Guru sesi persekolahan 2024/2025 6840.00 7/3 Pemulangan tunai kepada Tabung Wakafton Awning SKPK (Akaun Tumpang) 1736.20 13/3 Sumbangan Ibu-Bapa Pra Sekolah sesi persekolahan 2024/2025 400.00 10/3 Pemulangan duit Program Gotong –Royong KPM(GoRo Madani)kepada Unit HEM SKPK 5000.00 31/1 Profit/Hibbah 11.00 13/3 Sumbangan kepada Program Ihya’ Ramadan 1446/2024 500.00 29/2 Profit/Hibbah 10.50 13/3 Sumbangan pembelian kerusi plastik kepada pihak sekolah 900.00 31/3 ProfitlHibbah 3.64 28/3 Sumbangan pembelian kerusi plastik kepada pihak sekolah 690.00 2/1 Sumbangan ZQUDUS Ent. 100.00 6/2 Sumbangan Anak Yatim(JK Baitulmal) 200.00 Jumlah perbelanjaan 10102.70 Baki di tangan 4806.50 Baki di bank 1746.83 Baki di akaun simpanan tetap 8376.11 25032.14 JUMLAH 25032.14 PENYATA KEWANGAN BERAKHIR 31 MAC 2024 PIBG SK PARIT KUDUS
17 • PENASIHAT : CIKGU ZAWIAH BINTI SAPARI • YDP PIBG : _________________________________________ • NYDP PIBG : _________________________________________ • SETIAUSAHA : _________________________________________ • BENDAHARI : _________________________________________ • AHLI JAWATANKUASA : 1) ________________________________________________ 2) ________________________________________________ 3) ________________________________________________ 4) ________________________________________________ 5) ________________________________________________ 6) ________________________________________________ 7) ________________________________________________ 8) ________________________________________________ 9) ________________________________________________ 10) _______________________________________________ 11) _______________________________________________ 12) _______________________________________________ • PEMERIKSA KIRA-KIRA 1) ________________________________________________ 2) ________________________________________________
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) SK PARIT KUDUS DENGAN TULUS IKHLAS MERAKAMKAN UCAPAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KEPADA SELURUH AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-41 SK PARIT KUDUS, SEMUA IBU BAPA DAN WARIS MURID, SERTA SEMUA PIHAK YANG TERLIBAT DALAM MENJAYAKAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI INI. TIDAK LUPA JUGA KEPADA SEMUA PIHAK YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG MAHUPUN TIDAK LANGSUNG DALAM MEMBANTU KAMI DARI PELBAGAI SEGI SAMA ADA DARI SEGI SUMBANGAN KEWANGAN ATAU TENAGA. ‘’SEMOGA ALLAH SWT MEMBALAS JASA KALIAN DAN MEMBERI KEBERKATAN ATAS SEGALA USAHA KITA’’ TERIMA KASIH… 18