KAJIAN E-TESIS MINI NOVEL
SASTERA MELAYU
TINGKATAN 4 DAN 5
OLEH
NUR SYAMIMY BINTI BAHARUM
4 HAITHAM
PB180219
MRSM BALIK PULAU
1
ISI KANDUNGAN
ABSTRAK
PENGHARGAAN
1. BAB 1: PENGENALAN
1.1 PENDAHULUAN- LATAR BELAKANG
1.2 APA ITU NOVEL FIKSYEN DAN BUKAN FIKSYEN
1.3 PENYATAAN MASALAH
1.4 OBJEKTIF KAJIAN
1.5 SKOP PENYELIDIKAN
1.6 HIPOTESIS AWAL
1.7 KEPENTINGAN KAJIAN
2. BAB 2: TINJAUAN BACAAN
2.1 BIOGRAFI SETIAP PENULIS
2.2 SINOPSIS 8 NOVEL
2.3 TARIKAN SETIAP NOVEL
3. BAB 3: METODOLOGI KAJIAN 8 NOVEL
3.1 JENIS NOVEL
3.2 PROSES PENGUMPULAN DATA
3.3 TEMA SETIAP NOVEL
3.4 KEUNIKAN DALAM NOVEL
3.5 PERSAMAAN YANG TERDAPAT DALAM 8 NOVEL
3.6 KETERBEZAAN ANTARA 8 NOVEL
3.7 BANDING BEZA NOVEL MALAYSIA DAN NOVEL LUAR NEGARA
3.8 NOVEL DAN KEHIDUPAN
3.9 KEDUDUKAN NOVEL
3.10 KESIMPULAN
2
4. BAB 4: PENUTUP
4.1 RUMUSAN KAJIAN
4.2 IMPLIKASI DAN CADANGAN
4.3 HIPOTESIS AKHIR
4.4 PENUTUP
4.5 RUJUKAN
3
ABSTRAK
Kajian E-Tesis Mini Novel Tingkatan 4 dan 5. Kajian ini dilakukan untuk mengkaji
kelapan-lapan novel yang digunakan untuk peperiksaan SPM di seluruh Malaysia. Antara
novel-novel tersebut adalah novel Jendela Menghadap Jalan, Leftenan Adnan Wira Bangsa,
Pantai Kasih, Di Sebalik Dinara, Silir Daksina, Bimasakti Menari, Songket Berbenang Emas
dan Tirani.
Kajian ini dilakukan bagi mengkaji daya tarikan setiap novel bagi menarik minat
pelajar untuk membaca novel-novel tersebut. Kajian ini juga dapat membantu mempelajari
keunikan novel-novel komsas Tingkatan 4 dan 5.
Novel-novel ini melibatkan pelbagai genre, pengajaran, ilmu pengetahuan, fiksyen
dan bukan fiksyen. Dalam kajian ini, saya telah belajar dan mengenali novel komsas
Tingkatan 4 dan 5 dengan lebih baik.
Kesannya, saya dapat mengetahui dengan lebih mendalam mengenai kelapan-lapan
novel ini yang berlainan zon dan jalan cerita. Saya juga dapat mengetahui cara untuk menarik
minat pelajar membaca novel-novel komsas tersebut.
PENGHARGAAN
Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu saya
untuk menjayakan tesis ini. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih
kepada guru-guru mata pelajaran Bahasa Melayu kerana telah memberi tunjuk ajar dan
bimbingan kepada saya sepanjang kajian ini dilakukan.
Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada ibu bapa saya kerana mereka telah memberi
sokongan dan dorongan kepada saya demi memastikan tesis ini dapat dilaksanakan dengan
jayanya. Seterusnya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih juga kepada rakan-rakan
yang telah banyak membantu saya dalam menyiapkan tesis ini.
4
1 BAB 1: PENGENALAN
1.1 PENDAHULUAN- LATAR BELAKANG
Novel adalah sebuah cerita yang dihasilkan dalam bentuk prosa dan mempunyai jalan
cerita yang panjang dan rumit. Karya-karya novel biasanya berkaitan dengan pengalaman
seseorang atau imaginasi pengarang novel tersebut. Novel dikenali sebagai karya sastera
dan telah diterapkan dalam komponen sastera (KOMSAS). Oleh itu, Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengambil langkah memartabatkan Kesusateraan
Melayu dalam kalangan pelajar sekolah menengah dengan menerapkan pelajaran
KOMSAS dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Novel yang dikaji adalah novel pelajar
Tingkatan 4 dan 5. Terdapat 8 novel dan dibahagikan mengikut 4 zon. Antara novel-novel
tersebut adalah Jendela Menghadap Jalan, Di Sebalik Dinara, Leftenan Adnan Wira
Bangsa, Pantai Kasih, Songket Berbenang Emas, Tirani, Silir Daksina dan Bimasakti
Menari.
1.2 APA ITU NOVEL FIKSYEN DAN BUKAN FIKSYEN
Fiksyen membawa maksud karya sastera yang dicipta berdasarkan imaginasi
pengarang seperti novel dan cerita pendek. Bukan fiksyen itu pula bermaksud karya yang
mengandungi fakta dan peristiwa yang berlaku di dunia nyata.
Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa merupakan novel bukan fiksyen kerana novel itu
berdasarkan kisah sebenar yang melibatkan perjuangannya menentang tentera Jepun
semasa Perang Dunia Kedua.
Bagi novel Jendela Menghadap Jalan, Di Sebalik Dinara, Pantai Kasih, Songket
Berbenang Emas, Tirani, Silir Daksina dan Bimasakti Menari merupakan novel bukan
fiksyen. Hal ini kerana tiada peristiwa benar yang berlaku berdasarkan ketujuh-tujuh
novel tersebut.
1.3 PENYATAAN MASALAH
Masalah yang dikaji adalah mencari dan mempelajari keunikan kelapan-lapan novel
KOMSAS dan bagaimana untuk menarik minat pelajar membaca novel.
5
1.4 OBJEKTIF KAJIAN
1.4.1 Mempelajari keunikan kelapan-lapan novel
1.4.2 Mengkaji daya tarikan kelapan-lapan novel supaya dapat menari minat pelajar
untuk membaca novel
1.5 SKOP PENYELIDIKAN
Terdapat lapan novel KOMSAS yang dipelajari oleh pelajar Tingkatan 4 dan 5. Lapan
novel ini terbahagi kepada dua, empat novel bagi pelajar tingkatan 4 dan empat novel
bagi pelajar Tingkatan 5. Novel-novel ini juga dibahagikan kepada zon masing-masing.
Terdapat Zon 1 iaitu negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak manakala bagi Zon 2
iaitu negeri Selangor, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta
Wilayah Persekutuan Putrajaya. Zon 3 pula bagi negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah
Persekutuan Labuan manakala Zon 4 iaitu negeri Melaka, Pahang, Terengganu serta
Kelantan.
Bagi pelajar Tingkatan 4, terdapat empat novel. Novel yang pertama adalah Jendela
Menghadap Jalan hasil karya Rohaini MatDarin bagi zon 1. Novel yang kedua adalah
Leftenan Adnan Wira Bangsa hasil karya Abdul Latif bin Talib bagi zon 2. Selain itu,
novel Di Sebalik Dinara hasil karya Dayang Noor bagi zon 3. Novel Zon 4 berjudul
Pantai Kasih hasil karya Azmah Nordin.
Di samping itu, bagi pelajar Tingkatan 5 mempunyai empat novel. Novel pertama
bertajuk Songket Berbenang Emas hasil karya Khairuddin Ayip bagi zon 1. Bagi Zon 2
ialah novel Tirani hasil karya Beb Sabariah. Seterusnya, novel berjudul Silir Daksina bagi
Zon 3 hasil karya Nizar Parman. Novel Bimasakti Menari hasil karya Sri Rahayu binti
Mond Yusop bagi Zon 4.
1.6 HIPOTESIS AWAL
Pada pandangan saya, pelajar berasa novel Leftenan Adnan Wira Bangsa agak
membosankan kerana novel ini melibatkan sejarah perjuangan Leftenan Adnan. Pelajar
dapat menimbulkan minat untuk membaca novel Di Sebalik Dinara berdasarkan sinopsis
yang ditulis. Bagi novel lain, agak menarik untuk dibaca.
6
1.7 KEPENTINGAN KAJIAN
Kajian ini dijalankan untuk menarik minat pelajar dalam membaca novel. Kajian ini
dilakukan bagi membantu pelajar lebih memahami pembelajaran novel yang akan
digunakan dalam menjawab soalan peperiksaan.
7
2 BAB 2: TINJAUAN BACAAN
2.1 BIOGRAFI SETIAP PENULIS
Nama: Abdul Latip bin Talip
Umur: 67 tahun
Tarikh Lahir: 2 Jun 1954
Tempat Lahir: Kg. Ulu Seperi, Rembau, Negeri Sembilan
Anugerah diterima:
• Sayembara Cerpen Berunsur Islam
• Hadiah Sastera Utusan
• Sayembara Cerpen Perpaduan
• Anugerah Sastera Negeri Sembilan
8
Nama: Bibi Sabariah Haji Abang Awet
Umur: 72 tahun
Tarikh Lahir: 7 November 1949
Tempat Lahir: Kampung Pusa, Saribas, Bahagian Betong, Sarawak
Anugerah diterima:
• Anugerah Penghargaan Penulis Sarawak oleh DBP Cawangan Sarawak
• Naib Johan Sayembara Menulis Cerpen
9
Nama: Rohani Matdarin
Umur: 40 tahun
Tarikh Lahir: 16 Mac 1981
Tempat Lahir: Kota Kinabalu, Sabah
Anugerah diterima:
• Tempat pertama dalam peraduan mengarang cerpen peringkat kebangsaan sempena
kempen Budi Bahasa Budaya Kita anjuran Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan
Warisan Malaysia
• Tempat kedua Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2008
• Hadiah Sastera Sabah 2006/2007
10
Nama: Sri Rahayu Mohd Yusop
Umur: 45 tahun
Tarikh Lahir: 18 Jun 1976
Tempat Lahir: Tanjong Karang, Selangor
Anugerah diterima:
• Tempat pertama Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2000
• Hadiah Sastera Perdana 2000/2001 bagi kategori Novel Remaja
• Tempat pertama Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2007
• Tempat pertama Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2009
• Tempat pertama Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2010
• Tempat ketiga Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2011
11
Nama: Khairuddin bin Ayip
Umur: 59 tahun
Tarikh Lahir: 25 Februari, 1962
Tempat Lahir: Karnpung Jelotong, Parit Raja, Batu Pahat, Johor
Anugerah diterima:
• Tempat ketiga Peraduan Hadiah Sastera Esso-GAPENA 11, 1982
12
Nama: Dayang Noor (Dayang Aziza Binti Sulaiman)
Umur: 47 tahun
Tahun Lahir: 1974
Tempat Lahir: Pahang
Anugerah diterima:
• Hadiah Penghargaan Sayembara Fiksyen Sains
13
Nama: Md. Nizar bin Parman
Umur: 48 tahun
Tarikh Lahir: 31 Ogos 1973
Tempat Lahir: Ayer Hitam, Batu Pahat, Johor
Anugerah diterima:
• Sayembara Menulis Cerpen Hari Guru Peringkat Negeri Perak 1995
• Tempat ketiga Sayembara Cerpen Hari Guru anjuran DBP - BPG 1998
• Hadiah sagu hati Sayembara Jubli Emas Dewan Bahasa dan Pustaka kategori cerpen
• Tempat kedua Hadiah Sastera Karya Utusan kategori novel remaja
• Anugerah Khas Sasterawan Parlimen Ayer Hitam
14
Nama: Azmah Nordin
Umur: 63 tahun
Tarikh Lahir: 10 Januari 1958
Tempat Lahir: Kulim, Kedah
Anugerah diterima:
• Hadiah Sastera Sabah dan Hadiah Sastera Malaysia 1988/1989
• Hadiah Kedua Sayembara ESSO-GAPENA VIII 1991
• Hadiah Pertama Peraduan Mengarang Cerpen Maybank-DBP 1991
15
2.2 SINOPSIS 8 NOVEL
Jendela Menghadap Jalan (Tingkatan 4) Rohaini Matdarin
Novel Jendela Menghadap Jalan diceritakan berdasarkan catatan Lili yang berlaku
pada bulan Ogos 2008. Novel ini mengisahkan sifat cekal dan keberanian Lili semasa
menempuh berbagai-bagai permasalahan sosial dan kemasyarakatan yang berlaku
sepanjang cuti persekolahannya di Kampung Sentosa. Cerita bermula apabila Lili
dihantar pulang bercuti ke kampung kelahiran ibunya di Dungun, Terengganu dengan
menaiki bas ekspres. Ibunya berpesan kepada Lili tentang perkara-perkara yang boleh dan
tidak boleh dilakukan semasa dia berada di kampung kelak. Semasa di dalam bas ekspres,
seorang gadis berketurunan India, Geetha duduk di sebelah Lili.
Lili menyukai panorama keaslian hutan di kampung itu. Lili berasa hairan apabila
melihat kebanyakan rumah di kampung itu dibina dengan kedudukan jendelanya yang
rata-ratanya menghadap jalan. Dalam pertemuan itu, nenek mengatakan bahawa Lili
semakin besar. Lili menghulurkan wang kiriman ibunya kepada nenek. Lili tekun
menunggu dan berharap agar datuknya bercerita tentang kepentingan susunan rumah dan
jendela menghadap jalan kepadanya. Namun begitu, datuknya bercerita tentang kelebihan
dan bagaimana akar-akar kayu berupaya untuk merawat pesakit melalui kaedah rawatan
tradisional. Nenek mengajak Lili pergi ke kedai runcit Letchumi selepas hujan berhenti.
Letchumi yang berbadan gempal menyambut kedatangan nenek dan Lili dengan
mesranya. Lili telah bertemu dengan Geetha semula yang merupakan anak gadis
Letchumi.
Lili terkejut dengan kehadiran tetamu di rumah datuknya bebrapa minit setelah
mereka selesai bersarapan. Danel memberitahu Lili tentang isu kubah surau yang hangat
diperkatakan oleh penduduk kampung ekoran tiadanya permuafakatan. Danel berterus
terang tentang kunjungannya ke rumah datuk untuk menghentikan pengambilan ubat-
ubatan herba tradisional oleh bapanya menyebabkan datuk berasa kecil hati. Datuk teguh
dengan pendiriannya bahawa kaedah rawatan tradisional lebih baik berbanding dengan
rawatan moden.
Penduduk kampung bertelagah dan tidak bersepakat tentang isu pemasangan kubah di
bumbung surau using. Nenek bercerita tentang nasib datuk Lili yang akan kehilangan
lima lagi pesakitnya yang datang dari Kuala Lumpur apabila mereka menggunakan ubat
16
ajaib untuk menyembuhkan penyakit. Datuk memberitahu Lili bahawa semua pesakitnya
telah lari. Rashid terlupa untuk menghantar Lili ke rumah Geetha. Sebagai menebus
kesalahannya, Rashid membawa Lili berjalan-jalan di pasar malam di pekan.
Lili mengunjungi Geetha yang diserang demam. Geetha tidak seronok bercuti di
kampung kerana dia berasa bosan. Geetha mendapatkan keizinan ibunya untuk bermalam
di rumah datuk Lili. Lili dan Geetha telah mendaki bukit untuk menikmati pemandangan
matahari terbenam dari puncak bukit. Geetha dan Lili ke kedai runcit berhampiran untuk
membeli barangan runcit. Mereka menyaksikan peristiwa anak-anak Che Jah yang dikejar
oleh sekumpulan pemuda kerana mencuri harta benda ibunya sendiri. Che Jah menjerit
sambil menangis mengenangkan sikap anak-anaknya yang tidak mengenang budi itu.
Nenek memberikan keizinan kepada Danel untuk mengajak Lili ke pekan. Mereka
singgah di restoran makanan segera. Mereka balik ke Kampung Sentosa dengan menaiki
bas. Setibanya di kawasan kampung, Lili melihat Rafiq yang memegang senjata tajam
dikejar oleh beberapa orang lelaki di belakangnya. Secara tiba-tiba, Rafiq menjadikan Lili
sebagai orang tahanan dengan mengacukan pisau tajam berkilat itu di lehernya. Rafiq
mengugut untuk mencederakan Lili jika ada antara lelaki itu mendekatinya. Lili pengsan.
Apabila Lili sedar, dia mendapati kedua-dua belah tangannya diikat ke belakang dan
disembunyikan di sebuah pondok buruk.
Lili mendengar suara Danel yang datang menyelamatkannya. Sebagai tanda
kesyukuran kerana Lili selamat, datuk sempat mengajak beberapa orang jemaah yang ada
di rumahnya untuk mengerjakan solat hajat. Nenek menasihati Lili agar tidak menyibuk
pasal keluarga Che Jah terutama yang melibatkan perihal Haziq dan Rafiq. Ketika berada
di rumah Che Jah, Lili memberitahu Che Jah bahawa dia memaafkan kesalahan Rafiq dan
Haziq atas kejadian yang berlaku semalam. Che Jah terharu dan menangis apabila
mendengar kata-kata ikhlas Lili itu.
Lili melihat sebuah lori membawa kubah surau. Dia juga buat kali pertamanya
mendengar orang bertengkar tentang kubah surau. Nenek keberatan untuk melepaskan
Lili kerana memikirkan aspek keselamatan dirinya. Danel dan Lili berbincang tentang isu
pemasangan kubah di surau atau di bumbung masjid baharu yang bakal terbina pada suatu
hari nanti. Berlaku suasana yang getir apabila Seman memukul sambil memaki hamun
17
anaknya, Haziq. Orang ramai yang datang termasuk Lili dan Danel berasa takut untuk
meleraikan perbuatan kejam Seman itu. Dari dalam rumah, kedengaran suara jeritan Che
Jah yang meminta Seman agar menceraikannya.
Nenek pulang lewat dengan membawa khabar bahawa Che Jah belum diceraikan
suaminya. Ketika berbual dengan Lili, Kak Mimah memberitahu Lili bahawa dia bertugas
sebagai penolong pegawai di Jabatan Kebajikan Masyarakat, Bahagian Warga Tua dan
Keluarga. Lili sempat memberitahu Kak Mimah tentang kes keganasan rumah tangga
yang berlaku di kampungnya itu. Kak Mimah menyatakan kesanggupannya untuk
membantu menangani kes keganasan rumah tangga yang melibatkan Che Jah dan Seman
itu setelah diceritakan dengan panjang lebar oleh Lili. Geetha bersetuju untuk mengikut
Lili dan akan bermalam di rumah datuk Lili. Nenek berasa gembira Ketika menyambut
kedatangan Geetha ke rumahnya. Nenek membenarkan Lili dan Geetha menziarahi Che
Jah.
Datuk memberitahu Lili bahawa Kak Mimah telah menghubunginya. Datuk bertekad
hendak mengheret Seman ke penjara. Menurut datuk, Seman telah melakukan banyak
kerosakan kepada hati orang lain, selain hati isteri dan hati anak-anaknya. Lili mengagak
bahawa Geetha dan Danel mula jatuh cinta. Datuk berasa kesal kerana lambat bertindak
untuk memperbetul segala masalah yang berlaku di kampungnya itu. Lili terdengar suara
kecoh di halaman rumah datuknya. Mereka datang untuk melaporkan kubah telah
dilarikan dan mengesyaki anak-anak Che Jah yang melakukan perbuatan mencuri itu. Lili
melihat datuknya mengheret masuk Haziq dan Rafiq di halaman rumah sambil dibantu
oleh dua orang pemuda lain. Haziq dan Rafiq kelihatan lemah dan ada kesan dibelasah.
Wajah Haziq lebam manakala hidung Rafiq berdarah. Mereka masuk ke dalam rumah dan
merebahkan diri di lantai ruang tamu tanpa disuruh. Lili tidak berminat menyentuh isu
kubah kerana kubah itu sudah pun dilarikan orang. Geetha membawakan Danel minuman
panas. Akibat kebimbangan Haziq akan bertindak ganas, nenek berkawal di muka pintu
dapur dengan batang penyapu manakala Danel pula berdiri mencuba melindungi Lili.
Keadaan itu menyebabkan Geetha berasa cemburu dan beredar dari ruang tamu itu. Kak
Mimah dan Nadia, dua orang pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat tiba di rumah
datuk. Che Jah menemui Kak Mimah di rumah datuk. Dia menceritakan kejadian
malangnya dengan Panjang lebar kepada Kak Mimah dan Nadia. Che Jah sangat
bersetuju jika suaminya dibawa ke muka pengadilan kerana kubah yang dilarikan
18
semalam ialah perbuatan jahat suaminya tetapi suaminya itu telah menghalakan segala
perbuatan jahatnya kepada anak-anaknya yang sedang belajar untuk menjadi baik. Lili
dan Geetha disuruh menjaga Rafiq dan Haziq di rumah dengan ditemani oleh Kak Bibah
dan dua orang pak cik yang belum dikenali. Menurut Rashid, Sugi tidak terlibat dengan
kemasukan dua orang wakil pemaju perumahan yang dating memujuk orang kampung
untuk menjual tanah mereka. Che Jah Berjaya membuat laporan polis berhubung kes
jenayah suaminya dan laporan akan disediakan untuk tindakan lanjut dari Jabatan
Kebajikan Masyarakat pada minggu depan. Datuk tidak melatah dengan semua tuduhan
penduduk kampung itu.
Ibu menghubungi Lili. Dia berasa pelik dengan perubahan sikap anaknya yang tidak
merungut sepanjang tempoh percutiannya di kampung. Sewaktu azan subuh
berkumandang, Geetha dan Danel telah mengetuk dinding bilik Lili untuk
mengejutkannya sekali gus mengajaknya melihat matahari terbit. Lili, Geetha dan Danel
duduk di jeti nelayan sambil memerhatikan keindahan matahari terbit. Ketika Lili tiba di
rumah, dia melihat ibunya sedang berbual mesra dengan datuk dan neneknya. Menurut
Lili, kebahagiaan yang paling bermakna kepadanya adalah apabila dia melihat ibunya
berbual mesra dengan datuknya. Datuk Lili yang bernama Haji Abdul Rahman telah
mengisahkan perjalanan hidupnya dari Kalimantan yang berpindah-randah hingga
akhirnya membuka petempatan di Kampung Sentosa. Datuk Lili tabah menempuh
berbagai-bagai rintangan dalam hidupnya hinggalah dia bertemu dengan neneknya di
sebuah tempat ajaib pada 42 tahun dahulu. Nenek Lili bercerita bahawa dirinya bernama
Hajah Aisyah Tan Abdullah dan berasal dari Tanah Besar China. Dia mengikut bapanya
berhijrah ke Tanah Melayu ketika berusia sebelas tahun bersama-sama adik-beradiknya
yang lain. Dia menetap di Tanah Melayu hingga bertemu jodoh dengan Haji Abdul
Rahman.
Lili menerima sepucuk surat yang ditulis dan dihantar oleh Danel yang mengisahkan
berbagai-bagai perkara. Lili mencatat segala peristiwa dan kejadian yang berlaku. Cerita
diakhiri dengan Lili menyambung catatannya semula pada bulan Disember 2008. Dalam
catatannya itu, Lili berasa lega dan gembira apabila semua ujian serta permasalahan sosial
dan kemasyarakatan yang berlaku di Kampung Sentosa Berjaya ditangani. Lili tidak sabar
untuk kembali ke Kampung Sentosa bagi mendengar cerita datuknya tentang jendela
menghadap jalan.
19
Di Sebalik Dinara (Tingkatan 4) karya Dayang Noor
Novel ini berkisar tentang seorang gadis genius bernama Farisha. Farisha mula
mengenali Aqram dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Senai ke Kuala Lumpur.
Selepas itu, Aqram menawarkan sebuah projek mini kepada Farisha dan Rosman Ketika
mereka bertemu dengan Aqram dalam The 3rd Malaysia Computer Security Symposium.
Setelah bersetuju, Aqram memperkenalkan Farisha dan Rosman dengan Dr. Maxi yang
dibantu oleh Aqram, Khairul Anwar dan Alia. Dr Maxi menawarkan RM1.5 juta kepada
Farisha dan Rosman untuk menggodam tiga kelompok komputer Soft Lab dalam tempoh
sebulan. Shida pula diminta oleh Soft Lab untuk menulis rencana manakala Farisha akan
menggodam dan mengukuhkan sistem Dinara. Shida merupakan pelan sandaran yang
terakhir.
Projek Dinara di Soft Lab terpaksa dihentikan kerana Karl terlantar akibat barah usus.
Dr. Maxi mengetua Projek Dinara. Dalam badan Farisha telah dimasukkan cip telepati
yang dapat berhubung terus dengan Karl. Semua perbualan Farisha dengan Karl dapat
dilihat oleh Dr. Maxi, Aqram dan Khairul Anwar. Sejak itu, kesihatan Farisha kurang
stabil. Shida pula dapat mengesan misteri dalam Projek Dinara apabila nama Medina
dipadamkan dari sejarah syarikat Soft Lab.
Farisha melawat Azraai dan terkejut kerana Azraai terkena serangan jantung serta
mengetahui hakikat bahawa dia anak angkat dalam keluarga Azraai. Keesokannya,
Farisha pengsan di Soft Lab lalu dikejarkan ke hospital. Dr. Maxi merancang Plan B
untuk menjadikan Shida sebagai pengganti Farisha. Shida menjalani sesi bawah sedar
untuk berkomunikasi dengan Karl. Farisha mengalami mimpi bertemu dengan ibunya,
Medina (Marilyn). Farisha memberitahu Azraai bahawa Marilyn menghubunginya
menyebabkan Azraai bahawa Marilyn menghubunginya menyebabkan Azraai membawa
Farisha keluar dari hospital menuju ke selatan. Farisha telah diculik oleh pembantu-
pembantu Medina di Hentian Pagoh.
Kedatangan Marilyn ke Soft Lab telah membongkar rahsia bahawa dia ialah ibu
kandung Farisha hasil hubungannya dengan Karl. Karl menghembuskan nafasnya yang
terakhir pada pukul 7.00 malam.
20
Pantai Kasih (Tingkatan 4) karya Azmah Nordin
Novel Pantai Kasih mengisahkan kemelut jiwa yang dihadapi oleh Raiha. Cerita
bermula apabila raiha berasa resah setelah meneliti sinar-X terbaharu milik Unong Siron.
Doktor Uwang tidak berpuas hati dan merasakan seolah-olah Raiha mempertikaikan
kewibawaanya sebagai seorang pakar bedah. Raiha mengeluh kerana Doktor Uwang telah
lima kali menjalankan pembedahan sendi pinggul terhadap Unong Siron tetapi tidak
berhasil dan mendatangkan kesakitan terhadap pesakit itu.
Felicia Landosi, ketua jururawat di Pusat Rawatan Pantai Kasih (PRPK) teringat akan
sumpah yang dibuatnya di hadapan Doktor Uwang dan ikrar yang pernah dilafazkan di
hadapan Raiha. Doktor Uwang telah menawarkan gaji yang lumayan kepada Felicia
Landosi sebagai umpan untuk menutup mulut Felicia tentang dosa dan kenangan pahit
yang telah dilakukannya. Hati dan perasaan Felicia resah dan peristiwa hitam itu sering
kali menghantui perasaannya sehingga dia merasakan tidak tenteram berada di PRPK.
Felicia telah mengambil ubat batuk secara curi-curi di farmasi bagi mengurangkan
gangguan halusinasi dan melupakan kenangan hitam yang dialaminya itu sehingga
terlebih dos.
Felicia memarahi Ariana Abdullah yang leka bergayut di talian kerana beranggapan
bahawa Ariana kurang bertanggungjawab Ketika menjalankan tugasnya di kaunter PRPK.
Felicia berasa lega kerana diberikan waktu bertugas pada sebelah malam di PRPK kerana
dia tidak perlu bersusah payah merawat dan membantu pesakit kerana tugasnya pada
sebelah malam hanyalah memastikan semua pesakitnya tidur dengan selesa.
Doktor Uwang berjaya membangunkan PRPK daripada pusat rawatan kecil hingga
menjadi sebuah pusat rawatan yang ternama dan mewah. Namun begitu, kewibawaannya
sebagai peneraju PRPK masih belum mendapat pengiktirafan daripada bapanya sendiri,
iaitu Dato’ Ontong. Doktor Uwang berasa terpukul apabila pembedahan yang
dilakukannya terhadap Unong Siron dipertikaikan oleh Raiha.
Ketika bertugas di PRPK pada suatu malam, Raiha mendengar suara aneh yang
menyebut perkataan “lari”. Felicia menjalankan tugas rutinnya sebagai ketua jururawat di
PRPK. Dia bertugas di wad super VIP. Felicia melayan pesakit yang bergelar Datin
dengan penuh mesra dan bertanggungjawab. Ketika menikmati aiskrim, Felicia berasa
loya setelah diberitahu oleh Kartini Borhan bahawa aiskrim itu milik Doktor Raiha.
Felicia berasa rimas dan kurang senang apabila Kartini bercerita tentang pesakit Unong
21
Siron, harapan ibu Unong Siron dan kejayaan Doktor Raiha membuat pembedahan
penggantian sendi pinggul. Felicia menuju ke farmasi untuk mengambil ubat batuk.
Raiha tiba di kondominium mewahnya setelah penat menjalankan operasi
penggantian sendi pinggul Unong Siron pada petang tadi. Ketika berada di dalam lif,
Raiha terkenang akan sejarah asal usulnya. Dia dibesarkan oleh neneknya yang
berketurunan Idaan, yang mempunyai susur galur keturunan Nunuk Ragang yang berasal
dari daerah Tampias, Hulu Labuk, Ranau.
Doktor Uwang teringat akan kisah dirinya yang mempunyai isteri yang jelita dan
isteri-isteri tidak rasminya yang sentiasa hadir dalam hidupnya. Ketika Doktor Uwang
sedang menonton televisyen di rumah bersama-sama dengan isteri jelitanya, dia seakan-
akan melihat wajah anak Raiha di kaca televisyen. Tatkala Felicia memasuki ruang
farmasi, dia merasakan bahawa dia tersilap langkah ke salah sebuah wad kelas biasa dan
telah bersua muka dengan seorang pesakit lelaki yang telah mengadu tentang indeksi
yang berlaku kepadanya.
Doktor Uwang mengunjungi kelab malam eksklusif bagi menenangkan fikirannya
daripada suara dan gambaran kanak-kanak perempuan mirip wajah anak Raiha.
Walaupun malam kian lewat, Uwang melihat jumlah pengunjung ke kelab malam itu
semakin bertambah. Felicia termangu dengan persoalan tentang khidmatnya di PRPK.
Doktor Mohammad telah dipanggil bertugas pada malam itu kerana terdapat kes
kelahiran pramatang seorang bayi yang menghadapi kesukaran bernafas. Felicia ke bilik
air untuk menyejukkan kulit mukanya yang terasa hangat tetapi dia merasakan seolah-
olah dia berada di bilik kuliah yang sedang menyaksikan demonstrasi tentang jenis posisi
pesakit. Ariana menyangkakan Felicia menangis sambil duduk di lantai bilik air yang
basah kerana jatuh tergelincir. Felicia kehairanan bagaimana dia boleh duduk di lantai
bilik air yang basah itu.
Kenangan Doktor Uwang tentang kisah silam hilang tiba-tiba apabila isteri jelitanya
muncul di ambang pintu. Isteri jelita Doktor Uwang memaklumkan panggilan telefon
yang diterima daripada Raiha yang ingin berbincang dengannya tentang pesakit bernama
Unong Siron. Raiha berada di dalam kondominiumnya. Raiha menerima panggilan
telefon daripada Felicia yang memintanya datang segera ke PRPK berhubung dengan
masalah pesakit bernama Unong Siron. Felicia merasakan dirinya terperangkap di dalam
farmasi PRPK. Dia mengambil ubat batuk di ruang farmasi itu hingga menyebabkan
22
dirinya khayal. Felicia menyangkakan Raiha yang datang mencarinya. Namun begitu,
yang tersembul di celah pintu ruang farmasi itu ialah Doktor Mohammad. Felicia
memohon bantuan Doktor Mohammad untuk memulihkan kembali segala masalah yang
dihadapinya itu.
Raiha memandu keretanya dari kondominiumnya ke PRPK. Setibanya di garaj PJPK,
Raiha terbayang berbagai-bagai peristiwa yang berlaku sepanjang hari itu. Doktor Alex
Ng kehairanan apabila melihat Raiha tiba-tiba muncul di PRPK pada malam itu. Doktor
Raiha mengatakan bahawa dia menerima panggilan tentang pesakit bernama Unong
Siron. Doktor Alex Ng menegaskan bahawa Raiha mungkin menerima panggilan palsu.
Raiha melawat wad hunian Unong Siron. Setibanya di luar pintu wad hunian Unong
Siron, secara tiba-tiba gambaran Doktor Sadiz datang menjelma. Bagi Raiha, hidup dan
ruang kerjayanya kini hanya di ruang sempit antara kondominium mewahnya dengan
PRPK. Ibu Unong Siron begitu cemas dan menanyakan Raiha berkaitan dengan
perkembangan pembedahan penggantian sendi pinggul anaknya petang tadi. Raiha
meletakkan harapan yang tinggi dan berdoa agar pembedahan kali keenam itu berjaya.
Raiha menyoroti tubuh Unong Siron yang terlantar lesu di atas katil pesakit itu. Raiha
berbincang dengan Emma Yong, jururawat bertugas di wad hunian agar pembedahan
yang dilakukan itu merupakan pembedahan yang terakhir untuk Unong Siron. Raiha
masih tertanya-tanya sebab kelima-lima pembedahan terdahulu menemukan kegagalan
sementelah pula dilakukan sendiri oleh Doktor Uwang.
Kenangan lalu Raiha lenyap dengan kehadiran secara tiba-tiba Ariana yang meminta
pertolongan Raiha. Menurut Ariana, Felicia telah ditahan oleh orang asing, penceroboh
yang menyamar sebagai doktor sebelum ini di bilik bedah. Setibanya mereka di luar bilik
bedah, mereka melihat pemuda yang berlagak sebagai doktor itu memegang pisau bedah
yang meruncing tajam dan dihunuskan di atas dada Felicia. Ibu Unong Siron telah
menawarkan bantuannya untuk memujuk pemuda kurang siuman itu kerana pemuda itu
tinggal bersebelahan dengan kampungnya.
Ibu Unong Siron telah memujuk pemuda kuran siuman itu supaya melepaskan
Felicia dan mengikutnya untuk merawat Unong Siron yang sedang sakit. Selepas itu,
pemuda kurang siuman itu dihantar ke hospital sakit jiwa untuk menerima lawatan lanjut.
Raiha mendapatkan Felicia yang masih separuh khayal itu. Namun begitu, Felicia
23
bertindak agresif dengan melarang Raiha menyentuhnya sambil tersedu-sedan menangis
kepiluan.
Sewaktu kereta mewah yang dipandu Doktor Uwang melewati pintu PRPK, Doktor
Uwang tersentak nafas sekali lagi menyebabkan dia gagal mengawal kereta lalu
melanggar tembok garaj. Doktor Uwang mengalami kecederaan parah dan terpaksa
menjalani operasi penggantian sendi pada anggota tubuhnya rosak. Ketika Raiha
melangkah ke garaj kereta PRPK menjelang dinihari, Felicia telah memanggil namanya.
Dengan menangis tersedu-sedan, Felicia telah meminta maaf daripada Raiha kerana
kesilapannya terjebak dalam kes kematian anak Raiha, Rohayu. Felicia menceritakan
keadaan sebenar yang berlaku kepada Raiha Felicia memohon maaf sekali lagi daripada
Raiha dan mengatakan dia takut untuk tampil sebagai saksi di mahkamah. Raiha sedar
bahawa dia dan Felicia merupakan dua orang insan yang sama-sama menjadi mangsa
keadaan dan mangsa kerakusan diri sendiri. Raiha memaafkan kesalahan Felicia. Dia reda
dan pasrah dengan kematian anak tunggalnya itu.
Leftenan Adnan Wira Bangsa (Tingkatan 4) karya Abdul Latip Bin Talib
Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa berlegar-legar sekitar watak utama, iaitu Adnan.
Pada peringkat awal penceritaan, novel ini mengisahkan kehidupan Adnan semasa kecil.
Beliau dilahirkan di sebuah kampung di Sungai Ramal, Selangor. Rata-rata penduduk
kampung itu masih berada dalam kemiskinan. Kehidupan mereka bergantung pada sawah
dan kebun getah yang luasnya sekadar cukup makan sahaja. Keadaan ini turut dirasai oleh
Pak Saidi dan Mak Milah, iaitu bapa dan ibu Adnan yang membesarkan tiga orang anak,
iaitu Adnan, Ahmad dan Amarullah. Adnan merupakan anak sulung keluarga Pak Saidi.
Sewaktu masih kecil, Adnan merupakan anak yang rajin membantu keluarganya dan taat
akan perintah orang tuanya. Walaupun usianya baru mencecah sepuluh tahun, setiap pagi
Adnan akan pergi ke kebun getah untuk membantu orang tuanya menoreh getah. Selain
itu, dia mengerjakan sawah bendang.
Pak Saidi sebenarnya berketurunan pahlawan. Beliau sengaja merahsiakan
keturunannya kerana khuatir akan diburu oleh pihak penjajah kerana moyangnya menjadi
orang buruan Inggeris. Darah kepahlawanan itulah yang mengalir dalam jiwa Adnan.
Semangat patriotik yang dimiliki oleh Pak Saidi amat tebal. Pak Saidi amat mengambil
berat tentang sejarah tanah air. Beliau senantiasa menekankan pentingnya orang-orang
24
Melayu mengubah kehidupan di negara sendiri. Para penjajah telah mengambil kekayaan
negeri ini dan menjadikan kaum peribuminya hidup dalam kemiskinan. Nasib orang-
orang Melayu terpinggir dan tidak terbela. Pak Saidi tidak mahu anak-anaknya mewarisi
pekerjaannya. Pak Saidi memiliki keazaman yang tinggi terhadap masa depan anak-
anaknya. Pengetahuan Pak Saidi tentang sejarah tanah air dikagumi oleh penduduk
kampungnya.
Sejak kecil, Pak Saidi tidak mengabaikan tanggungjawab memberikan didikan terbaik
untuk anak-anaknya. Pak Saidi mahukan anak-anaknya berbakti kepada agama, bangsa
dan tanah air. Pak Saidi sedar bahawa dengan ilmu pengetahuan sahajalah negara akan
dapat dibangunkan. Pihak penjajah sememangnya tidak suka orang-orang Melayu
menjadi pandai. Atas dasar itu, Pak Saidi berhasrat mahu menghantar anak-anaknya
mendapatkan ilmu pengetahuan di sekolah aliran Inggeris. Tindakan Pak Saidi itu
mendapat tentangan daripada masyarakat kampung yang khuatir anak-anak Pak Saidi
akan diresapi pengaruh agama Kristian dan seterusnya menjadi murtad.
Adnan bersekolah di sebuah sekolah aliran Inggeris. Adnan terkenal sebagai pelajar
yang rajin dan pintar di sekolah. Sikapnya yang ringan tulang amat disenangi oleh rakan-
rakan dan guru-guru sekolah. Adnan menyatakan cita-citanya untuk menjadi askar.
Setelah tamat persekolahan, dia diterima menjadi guru pelatih di Sekolah Melayu Sungai
Ramal. Namun begitu, bidang perguruan bukanlah minatnya. Cita-citanya hanyalah satu,
iaitu untuk menjadi askar. Adnan terpilih menjadi askar dalam temu duga yang diadakan
di Port Dickson. Adnan berkahwin dengan Sophia. Adnan membawa isteri dan anak-
anaknya ke Singapura. Namun, Adnan terpaksa menghantar anak-anak dan isterinya
pulang ke kampung apabila mendengar berita Jepun akan menyerang Singapura.
Pada Sabtu 6 Disember 1941, suatu persidangan telah berlangsung di Manila yang
dihadiri pegawai-pegawai Tentera Laut Amerika Syarikat dan British. Laporan perisikan
menyatakan bahawa angkatan laut Jepun telah berlayar menuju ke Asia. Risikan
mendapati sekurang-kurangnya 25 buah kapal pengangkut yang diiringi oleh kapal
tempur, kapal penjajap dan kapal pembinasa sedang menuju ke Laut China Selatan. Hal
ini merupakan isyarat yang jelas bahawa Jepun akan terlibat dalam Perang Dunia Kedua.
Batalion Kedua Askar Melayu ini ditempatkan di Kelantan menentang pendaratan
askar Jepun dan mereka terlibat dalam pertempuran di Pantai Cahaya Bulan pada 6
Disember 1941. Pada hari pertama askar Jepun mendarat, mereka telah ditentang hebat
25
oleh askar Melayu yang dibantu oleh tentera India British yang berkubu di sepanjang
pantai. Pada hari kedua, kapal-kapal perang Jepun telah melepaskan tembakan di
sepanjang pantai menyebabkan banyak askar terkorban. Askar Melayu terus bertahan dan
berjaya menggagalkan pendaratan askar Jepun. Namun begitu, pada hari yang ketiga,
Askar Melayu yang sedang bertempur diarahkan supaya berundur. Askar Jepun akhirnya
berjaya mendarat di Kelantan setelah tiga hari bertempur.
Pada mulanya British begitu yakin akan kekuatan tenteranya untuk menangkis
serangan askar Jepun. Sebaik-baik sahaja mendapat laporan bahawa tentera Jepun akan
mendarat di Kota Bharu, Inggeris telah menghantar askarnya berkubu di sepanjang
pantai. British juga menghantar dua buah kapal perang, iaitu Prince of Wales dan Repulse
untuk mempertahankan Tanah Melayu. Malangnya, kedua-dua buah kapal perang
kebanggaan British itu berjaya ditenggelamkan oleh kapal terbang Jepun yang melakukan
serangan kamikaze. Berita tenggelamnya dua buah kapal perang itu telah mengejutkan
British sekali gus melemahkan moral dan semangat askarnya.
Pihak Inggeris percaya bahawa kubu pertahanannya di Singapura kebal. Malah
Inggeris yakin bahawa kubunya di Singapura itu tidak akan dapat ditembusi oleh askar
Jepun. Dalam pertempuran di Kelantan dan di Singapura, askar Melayu telah
menunjukkan keberanian dan semangat keperwiraan yang hebat. Sebanyak 152 orang
askar Melayu, termasuk 7 orang pegawai Melayu yang dipinjamkan ke Rejimen Askar
Melayu terkorban. Antara pegawai askar Melayu yang terkorban itu termasuklah
Leftenan Adnan bin Saidi. Beliau bersama-sama 42 orang anggotanya telah berjuang
sehingga ke titisan darah yang terakhir. Pada 15 Februari 1942, askar Jepun berjaya
menakluki Singapura setelah berlaku pertempuran yang hebat. Akhirnya, British terpaksa
menyerah kalah kepada Jepun.
Songket Berbenang Emas (Tingkatan 5) karya Khairuddin Ayip
Novel Songket Berbenang Emas mengisahkan kegigihan Dahlia yang merupakan
seorang pelajar tingkatan enam Sekolah Menengah Kebangsaan Temenggong Ibrahim,
Batu Pahat dan anak sulung dalam keluarga Embong yang menghadapi pelbagai
kesusahan bak peribahasa sudah jatuh ditimpa tangga. Dahlia merupakan seorang pelajar
yang cemerlang dan disenangi oleh rakan-rakannya seperti Kavita dan Siti Wangi. Namun
begitu, pelbagai masalah keluarga yang dihadapi oleh Dahlia yang menyebabkan
26
tumpuannya terhadap peperiksaan STPM terganggu. Ibunya iaitu Saleha dimasukkan ke
Hospital Permai, Johor Bahru kerana ibunya menghadapi kemurungan dan hilang ingatan.
Ayahnya pula iaitu Embong dimasukkan ke wad 4 Hospital Batu Pahat kerana pahanya
dipatuk ular tedung. Adiknya iaitu Abu Bakar bersikap degil setelah tersilap memilih
rakan. Dia tergamak menjual kambing peliharaan ayahnya demi mendapatkan wang
kerana dia tidak bekerja setelah mendapat pangkat 3 dalam SPM. Dia juga pada mulanya
tidak menghiraukan masalah yang melanda keluarganya walaupun dia merupakan anak
lelaki tunggal dalam keluarga Dahlia. Nenek Kiah pula beranggapan bahawa keluarga
Dahlia ditimpa nasib malang kerana menganggap rumah yang didiami mereka berhantu.
Nenek Kiah sering mencemuh mereka berbanding anak cucunya yang lain. Hasutan
Seman iaitu bapa saudara Dahlia menyebabkan Nenek Kiah mengambil keputusan untuk
menjual tanahnya yang diduduki oleh keluarga Dahlia. Namun begitu, Tauke Lim
menawarkan pertolongan tanpa mengharapkan balasan atau ganjaran.
Sebagai anak sulung, Dahlia terpaksa memberikan perhatian kepada keluarganya.
Adik-adiknya iaitu Mawar merupakan pelajar sekolah berasrama penuh, Kiambang
berusia 13 tahun, Melati berusia 11 tahun dan Anggerik berusia 1 tahun masih belum
mampu berdikari. Apabila ibunya dirawat di Hospital Permai, Dahlia terpaksa membuat
keputusan untuk keluar dari asrama bagi menjaga adik-adiknya. Apabila masalah
keluarganya makin meruncing, Dahlia bertekad untuk berhenti sekolah dan bekerja di
sebuah kilang bagi menyara adik-adiknya yang masih bersekolah. Dahlia tetap dengan
keputusannya walaupun selepas dinasihati oleh cikgu Hisyam. Setelah ibunya dibenarkan
keluar dari wad, kampung mereka dilanda banjir besar. Rumah mereka hanyut lalu
mereka sekeluarga dipindahkan ke pusat pemindahan banjir yang terputus bekalan air dan
elektrik. Namun begitu, Dahlia tetap tabah mengulang kaji pelajaran sehingga mendapat
pujian daripada Encik Daim.
Tekanan kian bertambah kerana hubungan akrab Dahlia dan Azhari dipandang serong
oleh jiran-jirannya. Tindakan berani Dahlia terjun ke sungai untuk menyelamatkan Said
tidak dihargai malah dicemuh pula kerana gagal menyelamatkannya. Walau
bagaimanapun, Dahlia tetap tabah melalui dugaan demi dugaan yang dilaluinya. Setelah
keadaan dan masalah keluarganya kembali reda, Dahlia mengambil keputusan untuk
menyambung pelajarannya semula. Memandangkan peperiksaan STPM cuma tinggal
seminggu lagi, Dahlia menemui cikgu Salwani kerana ingin meminta kebenaran untuk
27
tinggal di asrama. Majlis pertunangannya dengan Azhari pula akan diadakan pada 30
Disember iaitu setelah tamat peperiksaan STPM.
Berkat kesabarannya menghadapi pelbagai cabaran dalam meneruskan kehidupan, dia
terpilih untuk melanjutkan pelajaran ke Jepun dalam kursus Pengurusan Perniagaan
peringkat ijazah pertama selama 4 tahun. Oleh itu, Dahlia akan mengikuti kursus bahasa
Jepun di Universiti Malaya selama 6 bulan yang bermula pada 2 Januari. Dahlia dipilih
berdasarkan keputusan SPM dan peperiksaan semesternya yang cemerlang. Dia perlu
mendaftarkan dirinya pada 31 Disember dan pada hari tersebut juga akan berlangsung
minggu suai kenal. Oleh itu, Dahlia perlu bertolak ke Kuala Lumpur pada 30 Disember
iaitu pada hari pertunangannya.
Dahlia tidak menghadiri majlis pertunangannya kerana keluarga Azhari terlambat
sampai ke rumah keluarga Dahlia akibat pak cik Azhari yang menjadi jurucakap majlis
pertunangan lambat tiba. Haji Sulaiman iaitu ketua kampung telah menghantar Dahlia ke
stesen bas Bandar Penggaram untuk ke Kuala Lumpur. Haji Sulaiman juga menyerahkan
sumbangan penduduk kampung sebanyak RM500.00 kepada Dahlia. Sebahagian besar
daripada jumlah tersebut disumbang oleh Tauke Lim sebanyak RM300.00. Walau
bagaimanapun, Azhari sempat bertemu dengan Dahlia sebelum bas bertolak ke Kuala
Lumpur. Dalam pertemuan tersebut, beliau telah menghadiahi Dahlia sehelai kain songket
merah berbenang emas bagi mengingatkan Dahlia agar dia sentiasa menjaga tatasusila
dan budaya masyarakat Timur walau di mana sahaja dia berada.
Tirani (Tingkatan 5) karya Beb Sabariah
Novel ini mengisahkan tentang kisah seorang gadis yang mahu menjadi cantik dan
berhidung mancung kerana hidungnya pesek. Gadis yang bernama Waheeda juga ingin
mengecapi kemajuan atas nama dirinya dalam bidang pelancongan sehingga suaminya,
Zahid mengatakan bahawa Waheeda telah mengabaikan batas-batas pergaulan sebagai
isteri. Waheeda telah membuat hidungnya yang kebetulan digigit monyet dengan
melakukan pembedahan rekonstruksi wajah untuk menjadi lebih cantik. Dengan
kecantikan yang dibentuk, maka datanglah kejayaan dalam kerjayanya. Bidang
pelancongan yang diterokainya telah mempertemukan suaminya dengan anak rakan
niaganya di Sarawak, Datuk Yasser. Kecantikan dan kejayaan yang dicapai oleh Waheeda
tidak menjamin kebahagiaan rumah tangga malah merosakkan kehidupannya.
Kecantikannya menyebabkan tugasnya bertambah berat dan harapan orang terhadapnya
28
melambung tinggi sehingga Waheeda tidak larat memikulnya. Cinta Waheeda terhadap
suaminya begitu mendalam sehingga jatuh sakit jiwa setelah diceraikan oleh suaminya.
Penceraian berpunca daripada wajah anaknya yang tidak ada mewarisi kecantikannya dan
ditambah rasa cemburu oleh Zahid. Akhirnya, Waheeda bertekad untuk berjaya dan
berdikari dalam bidang pelancongan dengan menguruskan sebuah chalet di Cameron
Highland. Kemajuan chalet yang diusahakan oleh Waheeda dan anaknya Izzati telah
menarik kehadiran ramai pelancong termasuklah Zahid. Akhirnya, mereka dipertemukan
di chalet tersebut. Namun, disudut hati Waheeda dan Zahid terserlah satu falsafah hidup
bahawa kecantikan seseorang hanyalah satu Tirani.
Bimasakti Menari (Tingkatan 5) karya Sri Rahayu Mohd Yusop
Novel ini mengisahkan Nurul Hafsa yang bertugas sebagai Pegawai Sains di Balai
Cerap Sultan Salahuddin. Beliau dikunjungi oleh pelajar-pelajar dari Jepun untuk melihat
buruj Orion atau buruj Belantik dengan mata kasar, tanpa sebarang bantuan alat pencerap
namun gagal kerana langit terlalu cerah. Nurul Hafsa yang pada mulanya runsing dengan
situasi tersebut akhirnya telah mengambil langkah bijak bagi menyelesaikan masalah
tersebut dengan mengemukakan hujah yang dapat diterima oleh kumpulan pengunjung
tersebut. Dia dengan berani telah mengakui kekurangan yang berlaku pada malam
tersebut berpunca daripada kesan negatif akibat pembangunan pesat yang berlaku di
Kuala Selangor.
Nurul Hafsa mengambil keputusan untuk melihat sendiri kelip-kelip di Kampung
Kuantan. Beliau kecewa kerana tidak banyak kelip-kelip di situ, apatah lagi anak
sungainya dipagar untuk menghalang bot atau sampan melaluinya. Budiman mengajak
Nurul Hafsa menemui ‘lelaki kelip-kelip’ atau nama sebenarnya Muhammad Taufik yang
merupakan pemilik anak sungai tersebut. Muhammad Taufik berbuat demikian agar
populasi kelip-kelip tidak terancam. Nurul Hafsa membentangkan Projek Kawasan
Simpan Langit Gelap di hadapan Menteri Besar, ahli akademik, ahli perniagaan dan orang
awam di bangunan SUK Shah Alam. Rancangannya ditentang oleh Dato’ Johann
Arlington dan dia mengatur rancangan untuk mengupah tiga orang tonto bagi menyiasat
pergerakan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik dan memastikan mereka tidak dapat
melaksanakan projek tersebut. Berita kemalangan Muhammad Taufik mengejutkan Nurul
Hafsa. Ketua Inspektor Lim mengesyaki kemalangan itu dirancang oleh musuhnya.
29
Selepas peristiwa itu, Nurul Hafsa pula menjadi mangsa apabila diculik dan abangnya,
Budiman cedera dipukul. Muhammad Taufik cuba membebaskan Nurul Hafsa dengan
mengikut arahan penculik untuk berjumpa di stesen minyak Petronas.
Nurul Hafsa dibebaskan tetapi Muhammad Taufik pula diculik. Nurul Hafsa cuba
menyelamatkan Muhammad Taufik dengan membuat laporan polis di IPD Kuala
Selangor. Balai Polis Bestari Jaya menerima aduan daripada penduduk setempat bahawa
terdapat aktiviti bukan perladangan dan pihak polis membentuk Pasukan Gerak Khas.
Pasukan ini menyerbu dan berjaya menembak tiga lelaki dan beberapa orang lelaki keluar
menyerah diri. Muhammad Taufik diselamatkan oleh Ketua Inspektor Lim.
Nurul Hafsa, Haji Yassir dan Budiman berada di Masjid Jamik Sultan Ibrahim Kuala
Selangor untuk menghadiri kenduri kesyukuran bagi meraikan pernikahan kali kedua Tan
Sri Muhaimin dan bekas isterinya. Tan Sri Muhaimin menyampaikan ucapan ringkas
dengan menyatakan rasa syukur beliau ke hadrat Ilahi dengan kembalinya anak dan isteri
ke pangkuan beliau dan musuh perniagaannya, Dato’ Johann Arlington pula bakal
dihadapkan kemuka pengadilan. Dalam majlis tersebut, Muhammad Taufik meluahkan isi
hatinya terhadap Nurul Hafsa. Muhammad Taufik menyampaikan hasratnya untuk
menghantar rombongan lamaran ke kediaman orang tua Nurul Hafsa.
Silir Daksina (Tingkatan 5) karya Nizar Parman
Novel ini menceritakan tentang seorang remaja yang bernama Haiqal Haqimi. Dia
tinggal bersama umi dan ayah tirinya. Suatu hari, Haiqal didatangi sebuah manuskrip
lama yang kandungannya adalah hasil penulisan ayah kandungnya. Haiqal teruja dengan
kandungan manuskrip itu. Dia bertekad untuk menjejak ayah kandungnya di sebuah
kampung di Batu Pahat, Johor. Keputusan Haiqal untuk ke kampung arwah ayahnya
mendapat tentangan keras daripada uminya atas sebab tiada apa-apa di sana kerana ayah
kandungnya sudah lama meninggal dunia. Hubungan umi dan ayah kandungnya tidak
bahagia kerana mereka tidak sehaluan kerana uminya tidak faham kerjaya ayahnya. Umi
membawa Haiqal tinggal bersamanya di Kuala Terengganu. Ayah kandung Haiqal tinggal
kesepian di Johor. Hidup keseorangan, kesepian dan dihurung kerinduan terhadap
anaknya.
30
Haiqal tetap ingin ke sana walaupun umi melarang keras keputusannya itu. Umi tidak
mahu Haiqal mengikuti jalan hidup seperti arwah ayah kandungnya. Haiqal diugut umi,
tidak akan memberikan wang perbelanjaan semasa di sana tetapi akhirnya walidnya akan
menanggung perbelanjaannya semasa di sana.
Sesampai di kampung Seri Purnama, di sana Haiqal disambut mesra oleh penduduk
kampung. Hal ini dikatakan kerana arwah ayahnya seorang yang sangat disegani. Sedikit
demi sedikit Haiqal mengetahui tentang arwah ayahnya melalui penceritaan penduduk-
penduduk kampung di sini. Terdapat sedikit ilmu tentang tarian zapin didalam novel ini.
Beliau juga seorang yang amat mencintai sastera.
Dari situlah Haiqal mula mengetahui tentang arwah ayahnya. Semenjak arwah
ayahnya meninggal kampung Seri Purnama kehilangan orang yang sangat penting untuk
memperkenalkan tarian zapin ini. Sebelum Haiqal pulang, Haiqal ingin kumpulan zapin
D’ Purnama membuat persembahan tarian zapin. Haiqal dan See Hwa menari zapin
bersama. Haiqal terharu kerana umi, walid dan adik tirinya Nurul Asiyah turut ada untuk
menyaksikannya menari zapin. Dendam uminya terhadap Abdullah melebur apabila dia
datang ke kampung Seri Purnama untuk menyaksikan Haiqal menari dan uminya
mengaku bahawa darah yang mengalir dalam tubuh Haiqal adalah darah Abdullah bin
Kayan.
2.3 TARIKAN SETIAP NOVEL
Bagi novel Jendela Menghadap Jalan, tarikan novel tersebut adalah bahawa Lili telah
ditahan, dikurung dan diikat oleh Rafiq di sebuah pondok buruk dan menjadikan Lili
sebagai tahanan.
Bagi novel Di Sebalik Dinara, tarikan novel tersebut adalah ketika badan Farisha
dimasukkan cip telepati yang berhubung terus dengan Karl. Hal ini telah menyebabkan
kesihatan Farisha kurang stabil.
Seterusnya, bagi novel Pantai Kasih, tarikan novel itu adalah bahagian anak tunggal
Raiha yang telah meninggal akibat api yang marak. Hal ini berlaku kerana secara tiba-tiba
anaknya berada di kawasan kejadian dan meninggal.
Selain itu, novel Leftenan Adnan Wira Bangsa mempunyai tarikan daripada
perjuangannya mempertahankan negara semasa Perang Dunia Ke-2. Peristiwa ini
berakhir dengan kematiannya walau bagaimanapun beliau telah berjuang hingga akhir.
31
Di samping itu, novel Silir Daksina mempunyai tarikan melibatkan perjalanan Haiqal
untuk mengetahui tentang arwah ayahnya. Walaupun dihalang oleh ibunya dia masih
tetap dengan keputusannya.
Tarikan novel Bimasakti Menari adalah berita penculikan Muhammad Taufik yang
menjadi berita hangat dan siasatan berlaku untuk menjejaki penjenayah. Muhammad
Taufik akhirnya bertemu Nurul Hafsa.
Seterusnya, tarikan bagi novel Tirani adalah kehadiran monyet Belanda yang
menyerang Waheeda dan menyebabkan dia dikejarkan ke hospital kerana wajahnya telah
dicederakan oleh monyet tersebut.
Akhir sekali, tarikan novel Songket Berbenang Emas adalah ketika Abu Bakar
menemukan dua biji telur ayam yang berwarna hitam dan berbau busuk yang bertujuan
sihir dan khianat kepada keluarga Lili.
32
3 BAB 3: METODOLOGI KAJIAN 8 NOVEL
3.1 JENIS NOVEL
Novel Fiksyen:
• Jendela Menghadap Jalan (Tingkatan 4)
• Di Sebalik Dinara (Tingkatan 4)
• Pantai Kasih (Tingkatan 4)
• Tirani (Tingkatan 5)
• Songket Berbenang Emas (Tingkatan 5)
• Bimasakti Menari (Tingkatan 5)
• Silir Daksina (Tingkatan 5)
Novel Bukan Fiksyen:
• Leftenan Adnan Wira Bangsa (Tingkatan 4)
33
3.2 PROSES PENGUMPULAN DATA Perkara
Tarikh - Mencari sinopsis kelapan-lapan
16 Mac 2021 novel.
30 Julai 2021 - Mencari kepentingan Sastera
31 Julai 2021 Melayu dalam pembelajaran
sekolah menengah.
1 Ogos 2021 - Mencari maksud novel.
- Mencari maksud fiksyen dan bukan
9 Ogos 2021 fiksyen.
- Mencari maklumat berkaitan zon
15 Ogos 2021 dan tingkatan kelapan-lapan novel.
21 Ogos 2021 - Mengumpul maklumat tentang
biografi dan gambar penulis.
- Mencari tarikan setiap novel lalu
menghantar draf bab 1 dan 2 di
tapak penghantaran yang disediakan
oleh guru.
- Mencari tema dan keunikan bagi
kelapan-lapan novel.
- Menulis persamaan dan keterbezaan
kelapan-lapan novel berdasarkan
sinopsis, tema atau zon.
- Membuat semakan keseluruhan
tesis lalu menghantar tesis.
- Membuat penambahbaikan
berdasarkan teguran guru muda dan
menghantar tesis yang telah
diperbetulkan.
34
3.3 TEMA SETIAP NOVEL
Bagi novel Tingkatan 4, tema bagi novel Jendela Menghadap Jalan hasil karya Rohani
Matdarin adalah kecekalan seorang gadis menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan.
Sepanjang Lili berada di Kampung Sentosa, dia tidak pernah menghubungi ibunya di
Kuala Lumpur untuk mengadu nasib atau berkongsi masalah. Namun begitu, dia berusaha
sedaya upaya menempuh semua ujian tersebut dengan semangat yang kental. Peristiwa
Lili ditahan, dikurung dan diikat oleh Rafiq di sebuah pondok buruk tidak mematahkan
semangatnya. Sebaliknya, peristiwa tersebut menguatkan keinginannya untuk mengikuti
perkembangan diri Rafiq dan Haziq serta sekali gus cuba membantu mereka.
Tema bagi novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor adalah ketaasuban terhadap
teknologi hingga menghilangkan sifat kemanusiaan. Farisha merupakan pakar
penggodam sistem perkomputeran menjadi mangsa kepada ayah kandungnya sendiri yang
taasub untuk mencipta sesuatu yang baharu. Ayahnya iaitu Karl telah mengorbankan
nilai-nilai kemanusiaan asalkan hajatnya tercapai.
Seterusnya, tema bagi novel Pantai Kasih hasil karya Azmah Nordin adalah ketabahan
seorang wanita menghadapi pelbagai rintangan dalam hidupnya. Raiha tabah menghadapi
pemergian anak perempuan tunggalnya yang menghidap sindrom down. Doktor Sadiz
yang telah membakar kereta Raiha dan tiba-tiba anaknya berada di tempat kejadian dan
meninggal akibat rentung dalam api yang sedang marak.
Selain itu, tema novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib adalah
keberanian dan kecekalan sejak kecil serta mendapat dorongan daripada bapanya untuk
menjadi askar. Keperwiraan beliau terbukti apabila beliau berjuang menentang musuh
hingga penghujung nyawa.
Bagi novel Tingkatan 5 pula, tema bagi novel Tirani hasil karya Beb Sabariah adalah
kecantikan fizikal bersifat sementara tetapi ilmu yang dimiliki seseorang dapat
melindungi kelemahan diri. Waheeda sering melayari laman sesawang tentang kecantikan
diri seseorang wanita merupakan sinonim dengan sifatnya yang terlalu obses dengan
kecantikan. Waheeda ingin menjadi cantik dan secara kebetulan hidungnya telah digigit
monyet dan melakukan pembedahan semula wajahnya dengan memasang hidung palsu
menjadikan hidungnya mancung serta cantik.
35
Tema novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip adalah ketabahan
seorang gadis dalam mengharungi hidupnya yang penuh halangan dan cabaran. Dahlia
sebagai anak sulung dalam keluarganya terpaksa memikul tanggungjawab untuk
membantu ayahnya menguruskan rumah tangga setelah ibunya, Saleha dihantar ke Taman
Bahagia. Dahlia terpaksa keluar daripada asrama untuk menjaga adik-adiknya. Pelbagai
maslah menimpa Dahlia. Antaranya, dia difitnah oleh jirannya iaitu Aton dan Anggerik
mengalami demam yang berpanjangan. Ayahnya telah dipatuk ular tedung dan terpaksa
dirawat selama beberapa hari di hospital. Namun, Dahlia tidak pernah melupakan
impiannya untuk menjadi pelajar cemerlang dalam STPM.
Di samping itu, tema bagi novel Bimasakti Menari hasil karya Sri Rahayu binti Mohd
Yusop adalah kegigihan anak muda dalam usaha melestarikan alam sekitar. Nurul Hafsa,
Muhammad Taufik dan Budiman telah Bersatu hati dalam berjuang untuk melestarikan
alam sekitar. Mereka cuba memulihkan populasi kelip-kelip dan mengembalikan
kegelapan langit di Kuala Selangor sebagai kawasan mencerap bintang. Mereka telah
berusaha mendapat sokongan pihak kerajaan terhadap projek Kawasan Simpan Langit
Gelap yang pertama di Asia Tenggara. Pada masa yang sama Muhammad Taufik sedang
mengusahakan projek perumahan Iktiar TeknoAlam dengan membina rumah mesra alam.
Akhir sekali, tema novel Silir Daksina karya Nizar Parman adalah tema kekeluargaan,
iaitu konflik keluarga yang dihadapi oleh seorang anak apabila penceraian ibu bapa
berlaku. Haiqal Hakimi telah kehilangan kasih saying ayahnya apabila perceraian antara
ayah dengan ibu kandungnya. Melalui kehadiran sebuah manuskrip yang ditulis oleh
ayahnya. Abdullah bin Kayan telah menyemarakkan hasrat dan keinginan Haiqal untuk
menjejaki kehidupan sebenar ayahnya. Malah melaui manuskrip tersebut, Haiqal Hakimi
tahu bahawa kasih saying dan kerinduan ayahnya terhadap dirinya tidak pernah surut
sehinggalah menjelang kematiannya.
3.4 KEUNIKAN DALAM NOVEL
Terdapat pelbagai keunikan dalam kelapan-lapan novel tersebut. Keunikan paling
menarik adalah novel Di Sebalik Dinara yang mempunyai genre sains fiksyen yang agak
berlainan daripada novel-novel lain.
36
Seterusnya, novel Pantai Kasih yang mempunyai watak sindrom down iaitu anak
tunggal kepada Raiha ini sangat menarik kerana kita dapat melihat besarnya kasih
seorang ibu terhadap anaknya walaupun anaknya yang kurang sempurna.
Keunikan seterusnya ialah novel Tirani kerana Waheeda yang mengalami masalah
kemurungan. Hal ini dapat mendedahkan kepada pelajar tentang masalah mental yang
berlaku dan membantu pelajar memahami bahawa sakit mental juga memerlukan rawatan
yang sepatutnya.
Selain itu, keunikan novel Jendela Menghadap Jalan adalah ketika Rafiq telah
menahan, mengurung dan mengikat Lili di sebuah pondok buruk. Peristiwa ini amat
mendebarkan kepada para pembaca.
Keunikan novel yang seterusnya ialah novel Silir Daksina yang melibatkan perjalanan
Haiqal untuk mengenali ayahnya yang sangat disegani oleh orang kampung. Hal ini
menunjukkan perasaan ingin tahu telah membawa kita ke suatu tempat yang menarik.
Di samping itu, keunikan novel Songket Berbenang Emas adalah bahagian Abu Bakar
menemukan dua biji telur ayam berwarna hitam dan berbau busuk serta mengandungi
pelbagai bahan yang bertujuan sihir dan khianat di bawah rumah. Hal ini menunjukkan
orang-orang kita masih menggunakan ilmu-ilmu khurafat pada zaman kini atas hasad
dengki.
Keunikan novel Leftenan Adnan Wira Bangsa pula adalah perjalanan Leftenan Adnan
untuk menjadi askar yang berjuang hingga titisan darah terakhir. Hal ini memberi lebih
pendedahan tentang tokoh pejuang kepada pelajar.
Akhir sekali, keunikan novel Bimasakti Menari adalah tentang penculikan Nurul
Hafsa dan Muhammad Taufik yang berakhir dengan Muhammad Taufik melahirkan
Hasrat untuk meminang Nurul Hafsa. Bahagian ini menunjukkan keakraban mereka yang
berakhir dengan perkahwinan.
3.5 PERSAMAAN YANG TERDAPAT DALAM 8 NOVEL
Berdasarkan kelapan-lapan novel, terdapat beberapa persamaan daripada pelbagai
sudut yang dapat dikenal pasti. Persamaan yang pertama adalah novel Jendela
Menghadap Jalan, novel Pantai Kasih dan novel Songket Berbenang Emas yang
melibatkan jalan cerita watak utama yang melalui pelbagai rintangan serta cabaran dalam
hidup mereka.
37
Persamaan seterusnya adalah melibatkan novel Songket Berbenang Emas dan novel
Silir Daksina dari sudut kekeluargaan. Hal ini dapat dilihat berdasarkan Dahlia iaitu
watak utama daripada novel Songket Berbenang Emas telah mementingkan keluarganya
yang mengalami masalah manakala Haiqal Hakimi iaitu watak utama dalam novel Silir
Daksina telah kehilangan kasih sayang ayahnya apabila penceraian ibu bapanya terjadi.
3.6 KETERBEZAAN ANTARA 8 NOVEL
Terdapat beberapa keterbezaan yang dapat dilihat daripada kelapan-lapan novel.
Keterbezaan yang pertama adalah novel Leftenan Adnan Wira Bangsa dan novel Tirani
yang terletak di zon 2 mempunyai tema yang sangat berbeza. Novel Leftenan Adnan Wira
Bangsa melibatkan perjuangan mempertahankan negara manakala novel Tirani pula
melibatkan seseorang yang obses dengan kecantikan.
Keterbezaan yang seterusnya adalah dua daripada novel Tingkatan 5 mempunyai tema
yang sama iaitu melibatkan hubungan kekeluargaan manakala dua novel lagi mempunyai
tema yang berlainan. Novel yang mempunyai tema berlainan tersebut adalah novel
Bimasakti Menari yang menceritakan kegigihan untuk melestarikan alam sekitar
manakala novel Tirani melibatkan seseorang yang obses untuk menjadi cantik.
3.7 BANDING BEZA NOVEL MALAYSIA DAN NOVEL LUAR NEGARA
Berdasarkan pengalaman saya dalam membaca novel, saya lebih menyukai novel luar
negara. Hal ini dikatakan demikian kerana saya lebih menggemari novel genre fantasi
seperti pari-pari dan magik yang sukar dijumpai dalam novel Malaysia.
Novel luar negara juga sering menimbulkan rasa ingin tahu tentang kejadian yang
akan berlaku dalam novel tersebut berbanding novel Malaysia. Novel luar negara juga
sering mempunyai pengakhiran cerita yang lain daripada yang dijangkakan oleh pembaca.
3.8 NOVEL DAN KEHIDUPAN
Terdapat beberapa nilai dan pengajaran berdasarkan kelapan-lapan novel tersebut.
Nilai yang pertama ialah nilai ketabahan. Nilai yang seterusnya ialah nilai kasih sayang.
Selain itu, nilai yang ketiga ialah nilai tanggungjawab. Di samping itu, terdapat juga nilai
keberanian. Nilai yang kelima ialah nilai kegigihan.
38
Pengajaran yang pertama ialah kita hendaklah berani mempertahankan negara supaya
kita dapat menjaga keharmonian negara kita. Seterusnya, kita mestilah tabah dalam
menangani cabaran yang dilalui dalam kehidupan supaya kita dapat mencapai kejayaan.
Pengajaran yang ketiga ialah kita hendaklah prihatin terhadap masalah yang berlaku di
sekeliling kita agar masalah tersebut dapat diatasi dalam jangka masa yang singkat.
Pengajaran yang seterusnya ialah kita perlulah berkasih sayang dengan ahli keluarga kita
supaya hubungan kekeluargaan dapat dieratkan. Pengajaran yang kelima ialah kita
haruslah bersangka baik terhadap orang lain supaya sikap kita disenangi oleh orang lain.
3.9 KEDUDUKAN NOVEL
Novel Paling Digemari
1. Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor (Tingkatan 4)
2. Pantai Kasih karya Azmah Nordin (Tingkatan 4)
3. Tirani karya Beb Sabariah (Tingkatan 5)
4. Jendela Menghadap Jalan karya Rohani Matdarin (Tingkatan 4)
5. Silir Daksina karya Nizar Parman (Tingkatan 5)
6. Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip (Tingkatan 5)
7. Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib (Tingkatan 4)
8. Bimasakti Menari karya Sri Rahayu binti Mohd Yusop (Tingkatan 5)
3.10 KESIMPULAN
Kesimpulan yang boleh dibuat daripada kelapan-lapan novel adalah terdapat beberapa
persamaan dan keterbezaan yang dapat dilihat. Novel-novel ini sangat menarik dan sesuai
untuk dibaca oleh para pelajar. Hal ini dikatakan demikian kerana novel-novel ini
memberi kesedaran, pengajaran dan sumber ilmiah kepada pelajar-pelajar. Novel-novel
ini memberi manfaat kepada pelajar sekali gus mengembangkan imaginasi dan ilmu
pengetahuan.
39
4 BAB 4: PENUTUP
4.1 RUMUSAN KAJIAN
Setelah kajian yang dilakukan berkaitan kelapan-lapan novel tersebut, novel-novel
tersebut sangat unik dan dapat menarik minat membaca para pelajar. Walaupun terdapat
perbezaan dalam genre bagi setiap zon, novel-novel ini sangat bermanfaat untuk dibaca
oleh para pelajar. Pelajar-pelajar boleh menjalankan sedikit carian sebelum membaca
seperti tema atau sinopsis ringkas bagi menarik minat untuk membaca.
4.2 IMPLIKASI DAN CADANGAN
Novel-novel tersebut sangat bermanfaat dan sesuai untuk dibaca para pelajar. Walau
bagaimanapun, masih perlu didedahkan beberapa maklumat tentang novel-novel tersebut
kepada para pelajar kerana tidak ramai pelajar yang berminat dengan aktiviti membaca.
Oleh itu, kita boleh memberi sinopsis yang lebih ringkas dan padat supaya dapat
menimbulkan rasa ingin tahu dalam diri pelajar.
4.3 HIPOTESIS AKHIR
Selesai kajian yang dilakukan, saya mendapati novel Leftenan Adnan Wira Bangsa
agak menarik untuk dibaca dan mengetahui apa yang berlaku semasa Perang Dunia Ke-2.
Novel-novel lain juga sangat menarik untuk dibaca. Novel Di Sebalik Dinara mempunyai
genre yang agak berlainan daripada novel-novel lain dan menimbulkan perasaan ingin
tahu yang mendalam.
4.4 PENUTUP
Kajian berkaitan kelapan-lapan novel ini saya dapat memahami dengan lebih
mendalam tentang novel-novel komsas Tingkatan 4 dan 5 bagi menghadapi peperiksaan
SPM. Hasilnya, saya lebih menghargai hasil karya penulis tanah air yang bertungkus-
lumus menghasilkan karya mereka yang memberi sumber ilmiah dan pengajaran yang
sesuai kepada pelajar. Akhir sekali, pelajar-pelajar perlu menimbulkan minat membaca
dalam diri mereka kerana membaca mempunyai banyak manfaat.
40
4.5 RUJUKAN
Rujukan Internet
• https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=novel&d=175768&
• http://raznorraz.blogspot.com/2018/07/pengajaran-komsas-dalam-bahasa-melayu.html
• https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=fiksyen&d=175768&
• https://ms.weblogographic.com/what-is-fiction-non-fiction
• https://ms.strephonsays.com/fiction-and-vs-nonfiction-14716
• https://www.ipendidikan.my/novel-songket-berbenang-emas.html
• https://www.ipendidikan.my/novel-di-sebalik-dinara.html
• https://www.ipendidikan.my/novel-pantai-kasih.html
• https://www.ipendidikan.my/novel-silir-daksina.html
• https://www.ipendidikan.my/novel-tirani.html
• https://cikgukumuzz.blogspot.com/2020/12/nota-komsas-analisis-novel-
leftenan.html?m=0
• https://www.ipendidikan.my/novel-bima-sakti-menari.html
• https://www.ipendidikan.my/novel-pantai-kasih.html
• http://bmspm.net/menukomsast42015.htm
• https://cikgukumuzz.blogspot.com/2020/12/sinopsis-novel-jendela-menghadap-
jalan.html
• https://cikgukumuzz.blogspot.com/2020/12/sinopsis-novel-di-sebalik-dinara.html
• https://cikgukumuzz.blogspot.com/2020/12/sinopsis-novel-pantai-kasih.html
• https://cikgukumuzz.blogspot.com/2020/12/sinopsis-novel-leftenan-adnan-wira.html
• https://www.coursehero.com/file/69930602/songket-berbenang-emasdocx/
• https://www.ipendidikan.my/novel-tirani.html#1_Sinopsis
• https://www.sistemguruonline.my/2019/09/novel-bimasakti-menari.html
• https://qcikgubm.blogspot.com/2018/02/novel-silir-daksina-tingkatan-5-spm.html
41