The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Tips Penjagaan Buah Pinggang

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Us. Mohd Uzaini MZ, 2020-12-13 00:22:28

Tips Penjagaan

Tips Penjagaan Buah Pinggang

BUAH PINGGANG

5. MAKANAN TERBAIK UNTUK BUAH PINGGANG

1. PUTIH TELUR
2. KOBIS BUNGA
3. KOBIS
4. BAWANG MERAH DAN BAWANG PUTIH
5. BUAH EPAL
6. CENDAWAN LINGZHI
7. CILI BENGGALA
8. BERI BIRU
9. RASBERI
10. STRAWBERI
11. CERI
12. ANGGUR MERAH
13. IKAN
14. MINYAK ZAITUN

A. Punca Sakit Buah Pinggang

1. Di bawah ini merupakan beberapa punca kerosakan buah pinggang. Sebahagian besarnya
dapat dielak!

2. Buah pinggang kita boleh menjadi rosak atas beberapa faktor dan sebab. Kebiasaannya,
faktor-faktor ini mempunyai kaitan dengan beberapa perkara lain, yang mana ianya
termasuklah perkara yang melibatkan masalah kesihatan sedia ada, pemakanan, gaya
hidup, stress dan tak ketinggalan juga ada faktor genetik.

3. Tulisan ini akan menyelami semua faktor kerosakan buah pinggang supaya kita bukan
sahaja mendapat info, malah mengambil tindakan wajar membendungnya.

4. Antara sebab utama penyakit buah pinggang ialah:.

1. Diabetes Data menunjukkan antara punca utama kegagalan buah pinggang,
terutama sehingga boleh menjadi kronik, ialah diabetes.

2. Tekanan darah tinggi Tekanan darah tinggi juga satu faktor utama penyakit buah
pinggang kronik. Peningkatan berterusan pada tahap tekanan darah amat berpotensi
merosakkan buah pinggang.

3. Penyakit kardiovaskular
Penyakit yang berkaitan masalah jantung dan aliran darah juga boleh menyumbang
kepada kerosakan buah pinggang.

4. Merokok
Banyak kajian mengesahkan bahawa merokok adalah sejenis gaya hidup tidak sihat yang
boleh merosakkan buah pinggang.

5. Obesiti
Obesiti dikenal pasti boleh menyebabkan masalah kesihatan serius, termasuk masalah
diabetes dan tekanan darah tinggi. Semua penyakit itu pula boleh menyumbang kepada
kerosakan buah pinggang.

6. Sistem imun yang lemah. Sistem imun tubuh yang lemah ada kaitan dengan
beberapa faktor lain, termasuk diabetes, HIV atau Aids serta penggunaan ubat dalam
rawatan kemoterapi.

8. Kerap menahan kencing
Menahan kecing terlalu kerap boleh memberi kesan jangka panjang yang berbahaya,
termasuklah jangkitan kuman pada pundi kencing dan merosakkan buah pinggang.

9. Minuman bergas atau berkarbonat
Minuman jenis ini boleh meningkatkan kandungan gula dalam darah secara mendadak. Ini
secara automotik boleh memberikan tekanan dan mungkin merosakkan buah pinggang.

10. Pil tahan sakit
Kajian menunjukkan banyak ubat moden seperti ubat tahan sakit yang mengandungi unsur
dadah, boleh mendatangkan implikasi buruk kepada kesihatan, termasuk merosakkan buah
pinggang.

Justeru, ambil perhatian serius terhadap masalah kesihatan sedia ada seperti diabetes dan
tekanan darah tinggi serta amalkan pemakanan dan gaya hidup sihat!
Ini kerana sebahagian daripada punca penyakit buah pinggang adalah boleh diurus dan
dielakkan!

B. 4 Cara Utama Menjaga Kesihatan Buah Pinggang

Penyakit buah pinggang kini masuk senarai antara punca utama kematian di dunia.
Setidak-tidaknya, ia akan menjejaskan kualiti hidup anda.
Bagaimanapun, ada beberapa cara mudah untuk mengurangkan risiko terkena penyakit
buah pinggang. Mari perhatikan.
Apa yang anda boleh lakukan untuk menjaga dan mengekalkan tahap sihat buah
pinggang anda?
Banyak. Ada banyak cara.
Apa yang menarik ialah, hampir semua daripada cara penjagaan buah pinggang adalah
dalam kategori yang boleh diusahakan.
Malah tidak susahpun. Ia hanya perlu diusahakan dengan sikap yang betul dan gaya
hidup sihat.
Pantau tekanan darah

1.Pantau tekanan darahPertama-tama, antara yang perlu diutamakan ialah pemantauan
tekanan darah anda. Jangan remehkan hal ini.
Sebahagian kita mungkin hanya mengaitkan soal darjah tekanan darah sebagai penting
untuk mengelak strok atau masalah jantung. Sebenarnya, tekanan darah juga ada kaitan
rapat dengan punca utama kerosakan buah pinggang.
Tahap tekanan darah paras biasa atau sihat ialah 120/80. Jika bacaan tekanan darah anda
sudah sampai pada tahap 140/90 dan ke atas, anda patut membuat pemantauan dan
berjumpa doktor lebih kerap.
Jika tekanan darah melepasi tahap klasifikasi darah tinggi serta mencetuskan masalah
kesihatan lain seperti diabetes, kolesterol tinggi dan penyakit kardiovaskular, ia juga
tidak mustahil boleh merosakkan kesihatan buah pinggang anda.
Pantau berat badan

2. Pantau berat badanBerat badan juga sangat sinonim dengan masalah kesihatan.
Sebahgian besar kita tahu ini, tetapi sebahagian kecil sahaja yang ambil berat.
Berat badan pula ada kaitan rapat dengan pemakanan dan gaya hidup. Perhatikan ini.
Ini kerana berat badan berlebihan melepasi tahap berat badan ideal (body mass ideal –
BMI) boleh menyebabkan seseorang terdedah kepada kemungkinan diserang pelbagai
penyakit kronik seperti darah tinggi, diabetes, penyakit jantung, malah penyakit buah
pinggang juga.

Antara yang penting diperhatikan dari segi pemakanan ialah pastikan pengambilan garam
dan gula adalah sentiasa pada tahap minimum.
Untuk ini, kurangkan pengambilan makanan siap diproses dan makanan segera kerana
biasanya kandungan garam dan gula dalam makanan kategori ini sangat tinggi.

3. Banyakkan pengambilan cecair sihat
Pengambilan cecair sihat, terutama air bersih, sangat penting untuk kesihatan. Ini
termasuklah dari segi untuk menjaga kesihatan buah pinggang.
Walaupun ada perbahasan yang tidak kesudahan dari segi kuantiti air yang perlu diambil,
secara umum setiap kita disyorkan mengambil di antara lapan dan 10 gelas air setiap hari
untuk menjamin kesihatan optimum.
Cecair yang banyak di dalam badan amat penting untuk membantu ginjal membuang sisa
kotoran dan toksin. Ini dapat membantu mengurangkan risiko terkena penyakit buah
pinggang.

4. Amalkan Teh Herba Triple-T
Teh herba Triple-T mengandungi herba terpilih yang mana kandungan herba ini mampu
untuk mengekalkan kesihatan buah pinggang kita. Formula Triple-T ini dihasilkan oleh
Dr Azlan, yang mana beliau merupakan seorang yang pakar dalam bidang toksikologi.
Triple-T telah berdaftar dengan KKM dan ianya disahkan selamat melalui ujian saintifik.

7. TIPS MUDAH ATASI MASALAH SAKIT BUAH PINGGANG
Masalah kerosakan buah pinggang ini berkait rapat dengan kerosakan hati dan lain-lain penyakit
seperti abesiti, kencing manis, sinosis dan hemodialis. Sebab itulah anda akan dapati kebanyakan
pesakit ini jika tidak dirawat segera akan mengalami masalah buah pinggang. Oleh itu , bagi
mengatasi masalah ini sila amalkan tip-tip berikut untuk kembali sihat.
# Tips 1. Ubah portion menu dalam pengambilan makanan seharian. Jika sebelum ini kita
makan nasi penuh satu pinggan dan kurangkan sayur, kali ini cuba ubah kepada :
Separuh ½ adalah sayur
¼ lagi lauk.
Dengan cara ini, ia akan kenyang disebabkan makan banyak sayur, bukannya nasi.

Yang terbaik banyakkan sayur hijau seperti ulam-ulaman. Bagi pesakit buah pinggang, elakkan
sayur yang tinggi oxalate seperti bayam dan beetroot. Untuk buah, elakkan yang tinggi
potassium seperti pisang dan durian

Tips #2 : Berpuasa setiap Isnin dan Khamis.

Hikmah berpuasa setiap Isnin dan Khamis adalah salah satu cara detoksifikasi dan cara
memulihkan sistem imun badan manusia. Secara tak langsung paras gula dalam badan juga akan
turut menurun dan ianya mengurangkan beban organ badan untuk bekerja

Tips #3 : Bersenam 2-3 kali seminggu.

Anda tak perlu jogging dan berlari untuk kekal sihat, cukup sekadar berjalan kaki dah OK sebagai
senaman harian.

Tips #4 : Elakkan makanan berkarbohitrat proses dan makanan yang berasaskan gandum
seperti roti, kek dan biskut

Ini kerana kandungan bahan-bahan di dalam roti dan biskut mengandungi gluten dan ianya
tidak elok untuk sistem pencernaan manusia. Sesetengahnya juga mengandungi kandungan gula
yang tinggi sekali pun rasanya tawar. Anda boleh ambil karbohidrat dari bahan semulajadi seperti
ubi kentang & ubi kayu. Ianya lebih sihat dan banyak manfaat.

Tips #5 : Elakkan makan fast food dan juga junk food

Junk food adalah makanan sampah dan tak sepatutnya berada di dalam perut manusia. Tempat
yang selayaknya bagi makanan sampah ini hanyalah di dalam tong sampah. Oleh itu, please, tolong
jangan makan junk food dan bagi anak-anak makanan macam ini.

Tips #6 : Berhenti pengambilan gula terutamanya gula putih.

Elakkan pengambilan gula . Bila sebut gula,ianya merujuk gula ringkas yang biasa kita ambil tu.
Kena pantang gula maknanya kena stop minum air manis.

Untuk merawat sakit buah pinggang, at least selama dua bulan anda kena totally stop minum air
manis termasuklah air susu, or air jus buah tanpa serat jika nak rawat masalah buah pinggang ini

Kalau nak minum just minum air kosong sahaja.

Tips #7. Amalkan Teh Herba TRIPLE-T 2 kali sehari tanpa campuran gula.

TRIPLE-T adalah hasil formulasi berasaskan herba tempatan yang mana kajiannya dijalankan
secara saintifik oleh Dr Azlan selama hampir 7 tahun. Dr Azlan adalah seorang pakar
toksikologi.

Triple-T mengandungi gabungan herba terpilih iaitu O.stamineus, F. deltoidea dan C.sinensis.
Setiap daripada bahan yang digunakan dalam Triple-T mempunyai fungsi dan kebaikkannya
tersendiri.

KETAHUI BAHAYA "POTASSIUM & PHOSPHATE” KEPADA BUAH PINGGANG!

Potassium dan Phosphate merupakan mineral yang terdapat di dalam kebanyakan makanan
yang kita makan, manakala buah pinggang pula berfungsi untuk mengawal jumlah kedua-dua
mineral ini di dalam darah.

Pengambilan protein haiwan secara berlebihan menyebabkan pankreas terpaksa bekerja keras
untuk mencerna protein, manakala buah pinggang terpaksa digunakan untuk menapis protein di
dalam darah.

Oleh itu, dengan menukar portion menu harian anda, secara tak langsung anda akan kurang
mengambil makanan yang membebankan buah pinggang dan pankreas.

Namun, awas bagi pesakit buah pinggang, kedua-dua mineral ini boleh menjadi terlalu tinggi
bagi mereka. Tahap potassium yang tinggi di dalam darah boleh membawa kepada komplikasi lain
seperti lemah badan, kekejangan otot, kesukaran bernafas, degupan jantung yang tidak teratur dan
paling buruk boleh menyebabkan serangan jantung.

Manakala tahap phosphate yang tinggi dalam darah boleh menarik keluar kalsium dari tulang
dan mengakibatkan tulang rapuh, gatal-gatal, sakit sendi, radang mata dan saluran darah menjadi
keras.

Jadi, adalah sangat penting untuk pesakit kegagalan buah pinggang mengetahui tahap kedua-
dua mineral ini dalam makanan mereka untuk mengelakkan bahaya berganda!

Makanan yang kaya dengan potassium kebanyakannya adalah daripada sumber tumbuh-
tumbuhan dan buah-buahan tertentu, namun sangat berbahaya jika dimakan secara berlebihan
terutamanya kepada pesakit buah pinggang.

Manakala makanan yang tinggi phosphate biasanya daging, ayam, ikan dan pelbagai makanan
laut.

Makanan yang tinggi kandungan kedua-dua mineral ini terdapat dalam produk tenusu, kacang,
biji, coklat dan produk bijirin penuh.

Sila rujuk jadual berikut untuk tahap kandungan Potassium dan Phosphate dalam
pengambilan makanan harian ;

PENGKELASAN SAYUR-SAYURAN BERDASARKAN KANDUNGAN POTASSIUM

RENDAH POTASSIUM (< 150 MG)

 Kangkung
 Kobis
 Petola
 Peria
 Taugeh

SEDERHANA POTASSIUM (150-200 MG)

 Asparagus
 Kacang Buncis
 Kacang Bendi
 Kacang Panjang
 Labu Merah
 Lobak Merah
 Salad
 Sengkuang
 Terung
 Tomato

TINGGI POTASSIUM (> 200 MG)

 Bayam
 Brokoli
 Cekur manis
 Jantung pisang
 Kailan
 Petai
 Sawi hijau
 Ubi (kentang, keledek, keladi)

*Pengkelasan berdasarkan kandungan kalium bagi setiap 1/2 cawan sayur yang sudah dimasak.

2. PENGKELASAN BUAH-BUAHAN BERDASARKAN KANDUNGAN POTASSIUM

RENDAH POTASSIUM (< 150 MG)

 Epal (1 biji)
 Jambu batu
 Nenas
 Pir (1 biji)

SEDERHANA POTASSIUM (150-200 MG)

 Laici
 Pisang kaki
 Rambutan
 Tembikai
 Betik
 Limau Tempatan (1 biji)

TINGGI POTASSIUM (> 200 MG)

 Anggur
 Nangka
 Ciku
 Durian
 Longan
 Pic
 Plum
 Pisang (semua)
 Oren import (1 biji)
 Mangga
 Kurma (5 biji)

3. PENGKELASAN MINUMAN BERDASARKAN KANDUNGAN POTASSIUM

RENDAH POTASSIUM (< 150 MG)

 Minuman bersirap

SEDERHANA POTASSIUM (150-200 MG)

 Minuman barli
 Teh cina
 Air tebu

TINGGI POTASSIUM (> 200 MG)

 Jus buah-buahan
 Minuman bercoklat
 Air kelapa

*Pengkelasan berdasarkan kandungan kalium bagi setiap 1 gelas minuman.

4. PENGKELASAN BERDASARKAN KANDUNGAN FOSFAT DALAM MINUMAN

RENDAH POTASSIUM (< 150 MG)

 Air tebu
 Krimer bukan tenusu
 Sirap ros
 Teh cina

SEDERHANA POTASSIUM (150-200 MG)

 Minuman kacang soya
 Minuman kola
 Minuman bercoklat/koko

TINGGI POTASSIUM (> 200 MG)

 Teh tarik
 Kopi susu

*Pengkelasan berdasarkan kandungan fosfat bagi setiap 1 gelas minuman.

5. PENGKELASAN BERDASARKAN KANDUNGAN FOSFAT DALAM MAKANAN
DARIPADA KUMPULAN BIJIRIN

RENDAH POTASSIUM (< 150 MG)

 1 cawan Kueh teow
 1 cawan Laksa
 1 cawan Mee kuning/bihun
 Idli (1 keping)
 Oats (2 sudu besar)

SEDERHANA POTASSIUM (150-200 MG)

 1 cawan Mee goreng
 1 cawan Nasi
 Roti putih (2 keping)
 Putu mayam (1 keping)

TINGGI POTASSIUM (> 200 MG)

 1 cawan Makaroni
 1 cawan Mee segera
 1 keping Chapati/Tosai
 1 keping Roti canai

6. PENGKELASAN BERDASARKAN KANDUNGAN FOSFAT MAKANAN SUMBER
PROTEIN (LAUK-PAUK)

RENDAH POTASSIUM (< 150 MG)

 Putih telur (1 biji putih telur ≈ 5mg fosfat)

SEDERHANA POTASSIUM (150-200 MG)

 Ayam (90 gram)
 Telur (1 biji dengan kuning telur)
 2 sudu makan Ikan bilis & Udang kering

TINGGI POTASSIUM (> 200 MG)

 1/2 cawan Dhal & Kacang soya
 Kebanyakan ayam, ikan & daging (> 90gram)


Click to View FlipBook Version