The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Istana Seri Menanti di Kuala Pilah, Negeri Sembilan ialah istana yang dirujuk lazimnya dalam konteks ini adalah sebuah binaan/bangunan lama yang masih utuh, lagi diperbuat daripada kayu yang menjadi kediaman rasmi Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan sekitar tahun 1900-an.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by m-6675358, 2021-07-28 20:09:27

Istana Lama Seri Menanti

Istana Seri Menanti di Kuala Pilah, Negeri Sembilan ialah istana yang dirujuk lazimnya dalam konteks ini adalah sebuah binaan/bangunan lama yang masih utuh, lagi diperbuat daripada kayu yang menjadi kediaman rasmi Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan sekitar tahun 1900-an.

Sri Mithra Gobinathan
4 STA 1

Istana Lama Seri
Menanti

Welcome
to class!

Istana Istana Seri Menanti di Kuala Pilah, Negeri
Lama Sembilan ialah istana yang dirujuk lazimnya
Seri dalam konteks ini adalah sebuah
Menanti binaan/bangunan lama yang masih utuh, lagi
diperbuat daripada kayu yang menjadi
kediaman rasmi Yang di-Pertuan Besar Negeri
Sembilan sekitar tahun 1900-an.



Istana Lama Seri Menanti ialah istana yang unik diperbuat
daripada kayu tanpa sebarang paki pun. Ia dibina pada
1902 dan siap pada tahun 1908 kerana Istana Pulih telah

dibakar oleh askar-askar Inggeris semasa mengejar
Yamtuan Antah ketika berlakunya peperangan Bukit Putus.
Istiadat perasmian istana ini telah dilakukan oleh DYMM Yang

di-Pertuan Muhammad Ibni Almarhum Yamtuan Antah.
Baginda telah bersemayam di istana ini sehingga tahun 1931

dan baginda berpindah pula ke istana baru yang dibina
berhampiran dengan istana lama.

Istana ini mempunyai 99 batang tiang
termasuk empat batang tiang seri yang
panjangnya 67 kaki. Keempat-empat tiang ini
telah diambil dari Bukit Pergai, Jelebu. Kayu-
kayu lain diambil dari Bukit Tinggi iaitu jenis
kayu penak. Keunikan istana ini ialah ia tidak
menggunakan sebarang paku besi tetapi
pakunya diperbuat daripada kayu yang
dipanggil pasak. Pasak kayu keras digunakan
bagi menyambungkan papan. Atap istana ini
mewakili tanduk kerbau. Tanduk kerbau
dianggap sebagai lambang keamanan

Istana ini telah digunakan untuk
upacara mengadap yang diadakan tiga

tahun sekali. Pada tahun 1926,
Pesuruhjaya Tinggi, Sir Lawrence
Gullmard telah turut hadir dalam

upacara tersebut.

Istana ini juga pernah
digunakan oleh Majlis Agama
Islam Negeri Sembilan untuk
dijadikan Sekolah Menengah
Agama Tinggi pada tahun 1959

sehingga tahun 1964.

Professor Yanis Petros

Mulai saat inilah Muzium Diraja Istana
Lama Seri Menanti telah bertukar wajah
dengan mempamerkan koleksi-koleksi
keluarga Diraja. Setiap ruang telah diisi

tanpa mengubah bentuk asal istana
bagi menerangkan fungsi ruang-ruang

tersebut. Penambahan bahan koleksi
Muzium dilakukan dari semasa ke
semasa dengan kerjasama pihak
istana.

Terima Kasih


Click to View FlipBook Version