The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Masjid Zahir atau juga dikenali sebagai Masjid Zahrah merupakan Masjid Negeri Kedah. Bangunan bersejarah ini terletak di tengah-tengah bandar raya Alor Setar.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by m-6675358, 2021-07-27 20:26:08

Masjid Zahir

Masjid Zahir atau juga dikenali sebagai Masjid Zahrah merupakan Masjid Negeri Kedah. Bangunan bersejarah ini terletak di tengah-tengah bandar raya Alor Setar.

Masjid Zahir

Masjid Zahir atau juga
dikenali sebagai Masjid
Zahrah merupakan Masjid
Negeri Kedah. Bangunan
bersejarah ini terletak di
tengah-tengah bandar raya
Alor Setar. Ia juga dikenali
sebagai Masjid Raja kerana ia
merupakan masjid Diraja dan
terletak di perkarangan
Istana Pelamin. Masjid Zahir
merupakan mercu tanda yang
terkenal di Alor Setar,
dengan ciri kubah hitam -
satu kubah utama dan lima
kubah lebih kecil, yang
melambangkan lima rukun

Islam.

SEJARAH
MASJID ZAHIR

Mula dibina pada 22
Rabiulawal 1330H
(11 Mac 1912) atas usaha
YTM Tunku Mahmud Ibni Almarhum Sultan
Tajuddin Mukarram Shah, tapak masjid ini
pada asalnya ialah tanah pusara wira-wira
Kedah yang gugur semasa mempertahankan
Kedah daripada serangan Siam (1821). Reka
bentuk masjid ini diilhamkan daripada Masjid
Azizi di Bandar Langkat, Sumatera Utara.

Ia dihiasi lima kubah utama
sebagai lambang lima Rukun
Islam.Upacara perasmiannya
dilakukan pada hari Jumaat,

6 Zulhijjah 1333H
(15 Oktober 1915) oleh
DYMM Almarhum Sultan
Abdul Hamid Halim Shah.
Tunku Mahmud telah
membaca khutbah Jumaat
sementara baginda Sultan

Abdul Hamid Shah
mengimamkan solat Jumaat.

BINAAN
BANGUNAN

Masjid Zahir mempunyai keluasan
tapak kira-kira 124,412 kaki
persegi. Dewan tengahnya

(Dewan Solat) berukuran 62 x 62
kaki persegi dan dikelilingi oleh
beranda berukuran 8 kaki lebar
dengan 4 anjung yang setiap
satunya terdapat sebuah kubah.

Pembinaan masjid ini mengambil
masa selama 3 tahun. Di belakang

Masjid Zahir, terdapat Kompleks
Bangunan Mahkamah Syariah dan

Pusat Pendidikan Asas Kanak-
Kanak.

Bangunan ini juga terletak berhadapan
dengan Balai Nobat dan Istana Pelamin.

Masjid ini merupakan antara mercu
tanda seni bina negeri Kedah dan
antara masjid tercantik di
Malaysia.Tidak jauh dari Masjid
Zahir terdapat bangunan tumpuan

pelancong lain seperti Galeri Sultan
Abdul Halim, Balai Nobat, Balai Besar,

Balai Seni Negeri, Pekan Rabu, Rumah
Merdeka, dan Menara Alor Setar.

DISEDIAKAN OLEH :-
KESEVARSHINI
A/P

SATHIAMOORTHY
( 4 STA 1 )


Click to View FlipBook Version