NURUL FATIHAH BINTI ROSLAN
110705060474
10 TAHUN
4 IBNU SINA
SK PUSAT PENYELIDIKAN
PERTANIAN TUN RAZAK, 27000
JERANTUT, PAHANG
United Nation Earth Summit pada tahun 1992 telah mendefinisikan Kepelbagaian biologi atau “biodiversiti" sebagai " kepelbagaian antara organisma hidup
dari pelbagai sumber dari daratan mahupun samudera dan lain-lain yang melangkau ekosistem akuatik dan sebahagian daripada ekosistem yang kompleks
termasuk di dalam kelompok spesies dan antara spesies dan ekosistemnya.
Lihat sahaja pada di sekeliling kita. Kita mempunyai pelbagai jenis tumbuhan berbunga, pakis, pokok yang gah, serangga, burung, ikan dan haiwan serta
habitat mereka yang unik seperti paya bakau, sungai, tanah tinggi dan kawasan pantai. Air yang kita minum, udara yang kita hirup dan pakaian yang kita
pakai, semuanya datang daripada alam semula jadi serta daripada proses yang kompleks serta perkhidmatan daripada alam semula jadi yang membantu
mengekalkan kehidupan di bumi. Semua kehidupan di bumi termasuklah manusia dan perkhidmatan ekosistem membentuk jaringan kehidupan yang
bersepadu. Inilah yang dimaksudkan sebagai konsep biodiversiti. Sehingga kini, kira-kira 1.75 juta spesies telah dikenal pasti. Saintis pula berpendapat
bahawa terdapat kira-kira 13 juta spesies, walaupun ia dianggarkan berjumlah di antara 3-100 juta.
Kemandirian Manusia Sejagat
Biodiversiti memberikan kita udara yang bersih, air, makanan, pakaian, ubat dan semua keperluan utama kita untuk hidup.
Faedah Ekosistem dan Perkhidmatan
Biodiversiti mengawal interaksi ekosistem dan proses biologi lain yang kompleks termasuklah kitaran nutrien, pendebungaan, pembentukan dan perlindungan
tanah, kawalan banjir dan kawalan iklim.
Riadah dan Nilai Kebudayaan
Biodiversiti menyediakan nilai estetik, pendidikan, rekreasi, keagamaan dan kebudayaan. Biodiversity juga memainkan peranan penting dalam pembentukan
kepelbagaian budaya bagi banyak komuniti.
Menyokong Kehidupan
Biodiversiti menyokong kehidupan di bumi ini pada masa ini dan pada masa hadapan dengan membenarkan organisma hidup untuk menyesuaikan diri dan
berkembang mengikut perubahan keadaan alam sekitar.
Nama saintifik :
Melastoma malabathricum L
Nama biasa : Singapore rhododendron
Nama tempatan : Senduduk
Famili : Melastomatacea
Pokok daripada famili melastomataceae yang berasal dari kawasan khatulistiwa dan kawasan-kawasan subtropik di mana mengandungi lebih dari 4,000 spesies di dunia. Di
Asia Tenggara sahaja, genus Melastoma mengandungi 22 spesies manakala di Malaysia mengandungi sekurang-kurangnya 12 spesies, yang kebanyakkannya digunakan oleh
kaum orang asli sebagai perubatan tradisional.Senduduk merupakan pokok belukar kecil lazimnya didapati di kawasan tanah lapang, kawasan terbiar dan juga di tepi jalan
.
Pokok Senduduk merupakan tumbuhan renek kecil dan bercabang . Boleh tumbuh sehingga 3m tinggi. Daunnya berbentuk ringkas, lanseolat dan panjangnya boleh mencapai
sehingga 7 cm. Daunnya hijau, tekstur kasar, ditutupi dengan bulu-bulu halus. Bunganya besar dan boleh mencapai 5-7 cm lebar.
Tumbuhan ini boleh dibiak dengan mudah melalui biji benih. Selepas 2 minggu , biji benih di tapak semaian akan cambah. Pokok ini boleh dipindahkan ke lapangan selepas 6
minggu. Pokok ini dapat menyesuaikan dalam semua keadaan tanah dan memerlukan cahaya matahari. Jarak tanaman yang sesuai ialah 2mx2m selain. Penuaian dapat
dilakukan dalam tempoh 6 bulan selepas tanaman.
((
Daun dan pucuk secara tradisinya dimakan untuk memulihkan cirit-birit. Di Malaysia, daun senduduk yang dibuat ubat pupuk digunakan untuk mencegah parut-parut luka kesan
daripada kelemumur atau cacar. Air rebusan akarnya digunakan untuk melegakan sakit gigi, melembutkan kaki dan mengurangkan kembung perut. Manakala air rebusan daun
dan akar diminum untuk rawatan selepas bersalin. Air rebusan campuran daun-daun senduduk, cuka, halia bara (Zingiber officinale) dan bonglai (Zingiber cassumnar)digunakan
untuk rawatan leucorrhea. Air rebusan campuran daun dan pucuk senduduk serta dicampur dengan kulit manggis atau kulit buah manggis yang dibakar menjadi arang
digunakan untuk merawat cirit-birit. Serbuk daun senduduk juga digunakan untuk merawat disenteri, luka-luka dan juga digunakan sebagai tonik.
Nama saintifik :
Pteridofit
Nama biasa : -
Nama tempatan : pakis
Famili :Davalliaceae
PAKU PAKIS (Ferns) merupakan tumbuhan yang mudah kita jumpa didalam belukar di Malaysia terutama dikawasan tanah lembab. Tumbuhan paku–pakis (pteridofit) adalah
dari keluarga Davalliaceae mempunyai lebih dari 40 spesis merupakan jenis tumbuhan berdaun yang lazimnya berwarna hijau atau berwarna lain yang mengandungi
anthocyanin. Ia merupakan golongan tumbuhan yang mempunyai ciri–ciri khas dimana selalunya pada pucuk daun muda terdapat satu bentuk seperti 'gelungan tali' yang
berlingkar dikenali sebagai 'krozier'. Ciri lain yang nyata ialah kesemua paku–pakis menghasilkan spora yang terbentuk di dalam sporangium.
Dalam mengenali akan tumbuhan pakupakis ini saya fikir kita kena faham akan asas dan penciriannya. Ini kerana sebilangan besar pakupakis tumbuh liar terdapat di sekitar
kita dan dihalaman rumah. Di Semenanjung Malaysia sahaja terdapat lebih kurang 500 spesies pakupakis liar yang telah dikenal pasti. Pakupakis ini ada juga yang sesuai
dimakan dan ia lebih dikenali sebagai Athyrium esculentum. Terdapat juga paku–pakis liar yang dipercayai mempunyai khasiat perubatan dan digunakan dalam amalan
perubatan tradisional.
Lazimnya terdapat dua jenis daun paku–pakis iaitu dinamakan sebagai Daun Mikrofil dan Daun Makrofil. Bagi Daun Mikrofil ianya daun yang berbentuk sisik dengan ukuran
yang sangat kecil umumnya kurang daripada 1 cm panjangnya. Jenis daun mikrofil ditemukan pada paku–pakis seperti pada genus Psilotum, Lycopodium,Selaginella dan
Equisetum. Jenis Psilotum dan Equisetumdaunnya mengalami pengurangan dari segi bentuk dan fungsi sehingga bentuknya menjadi sangat kecil dan tidak menjalankan fungsi
fotosintesis. Jenis kedua daun makrofil dimana daunnya mempunyai ukuran lebih besar daripada daun mikrofil dan mempunyai susunan yang lebih kompleks dengan pelbagai
variasi dan aktif bagi berbagai–bagai fungsi fisiologi seperti pada daun tumbuhan peringkat tinggi.
Nenek moyang kita dahulu sudah menggunakan pelbagai spesies tumbuhan pakupakis sebagai ubat-ubatan tradisional untuk mengubati masaalah seperti jenis penyakit kulit,
luka dan sakit perut. Ada juga dikalangan orang laman yang menggunakan sebagai penahan darah dan penyubur rambut.
Nama saintifik :
Labisia pumila Benth
Nama biasa : Selusuh Fatimah
Nama tempatan : Kacip Siti Fatimah
Famili :Myrsinaceae
Kacip fatimah merupakan salah satu bahan paling popular dan mujarab yang digunakan dalam penyediaan herba tradisional atau 'jamu' untuk penjagaan tubuh selepas bersalin. .Kacip
Fatimah secara tradisinya digunakan untuk mengekalkan sistem peranakan wanita yang sihat serta untuk membantu mengetatkan bahagian peranakan dan juga untuk meningkatkan fungsi
seksual. Kacip Fatimah kaya dengan "phytoestrogen" dan "isoflavones" yang mana bahan tersebut boleh melegakan gejala menopaus. Di Malaysia, Kacip fatimah juga dikenali sebagai
"Selusuh Fatimah" (secara literal ialah sebagai ubat bersalin Fatimah) dan "Kacip Fatimah" (gunting sirih Fatimah). Akar Kacip fatimah juga didapati mengandungi "benzoquinone" dan
"resorcinol".
Kacip fatimah merupakan sejenis herba renek dengan rizomnya menjalar. Daunnya yang keluar sedikit lurus dan berwarna hijau tua , manakala di tempat teduh tepi daunnya berwarna
hijau muda. Tangkai daun agak pendek dan berbentuk sedikit leper. Batangnya tumbuh tegak, berwarna perang dan mempunyai bekas daun (parut) yang nampak dengan jelas. Parut
tersebut mampu mengeluarkan akar dan akar boleh kelihatan menonjol keluar dari parut lama.
Sejenis tumbuhan yang hidup subur di tempat teduh. Pancaran cahaya matahari di kawasan terbuka atau separa teduh boleh mendatangkan bahaya semasa penubuhan dan
pertumbuhannya. Ia adalah sejenis herba yang agak lambat membesar. Pada kebiasannya, ia boleh dibiakkan secara biji benih di tapak semaian di bawah kelembapan yang tinggi
dan mempunyai teduh.
Bahan tampalan yang disediakan dengan mencampur daun Kacip fatimah dan minyak kelapa disapukan pada perut bayi untuk melegakan sakit perut. Kacip Fatimah juga telah
digunakan secara tradisi oleh kebanyakkan wanita Melayu semasa melahirkan anak dan ia boleh membantu memudahkan proses kelahiran dan juga dijadikan sebagai ubat selepas
bersalin. Ia juga membantu saluran kelahiran, dan mampu memulih semula kekuatan tubuh, mengawal kitaran haid dan mengelakkan sakit serta mengurangkan gejala menopaus. Secara
tradisinya , tumbuhan ini direbus dan perahan air diambil sebagai minuman. Kegunaan tradisi lainnya adalah untuk merawat disentri, penyakit sendi dan gonnorhoea. Tumbuhan ini juga
boleh membantu menegangkan otot abdomen. Kajian saintifik mendapati bahawa ciri-ciri perubatan dan aktiviti biologinya adalah disebabkan oleh kehadiran "phyto estrogen"
(estrogen tumbuhan) secara semula jadi dalam tumbuhan ini.
Nama saintifik :
Morinda citrifolia
Nama biasa : Noni
Nama tempatan : Mengkudu
Famili :Rubiaceae
Mengkudu atau lebih dikenali sebagai noni merupakan sejenis tumbuhan yang biasa di jumpai di kawasan tropika. Mengkudu, secara amnya boleh dikategorikan kepada dua jenis
yang biasa dilihat iaitu mengkudu kecil dan mengkudu besar. Ia juga boleh dikategorikan kepada berbiji dan tidak berbiji namun yang tidak berbiji agak sukar ditemui. Di barat
mengkudu dipanggil queen of morinda, ia juga di panggil cheese fruit kerana baunya yang menyerupai bau keju setelah masak. Ada yang mengatakan bau buah mengkudu masak
menyerupai bau muntah.
Mengkudu membiak melalui keratan batang dan biji benih. Bijinya berwarna hitam dan boleh bertahan selama 6 bulan. Ia akan bercambah setelah 3-9 minggu disemai. Ia akan
mula mengeluarkan buah setelah lebih kurang 3 tahun ditanam dan akan mengeluarkan buah sepanjang tahun selama lebih dari 25 tahun. Noni mula di komersialkan di Hawaii
pada tahun 1993 setelah para saintis membuat kajian mengenai khasiat perubatannya.
Mengkudu termasuk dalam golongan pokok saka dan boleh mencapai ketinggian antara 15-20 kaki. Kayunya mudah dibelah setelah kering dan biasa dijadikan kayu api atau
bahan bakar. Daunnya besar berukuran 15-50 x 5-17 cm dan berbentuk tunggal. Pucuk mudanya biasa dijadikan sayuran atau ulaman. Ia kaya dengan vitamin A. Bunganya pula
kecil-kecil berwarna putih dan berbau agak wangi. Bunganya mempunyai dua jantina iaitu jantan dan betina. Buahnya bulat sebesar telur ayam, permukaannya agak berkerutu.
Ketika muda buahnya berwarna hijau dan akan bertukar menjadi kuning apabila masak.
Mengkudu mula digunakan sebagai ubatan di kepulauan Pasifik selatan, kemudian di China dan India. Mengkudu digunakan dalam perang dunia kedua oleh tentera yang berada di
kepulauan Polenisia untuk mengelakkan keletihan dan menguatkan badan. Di kepulauan carribean mengkudu dikenali sebagai ‘pain killer tree’ dan ia digunakan untuk meredakan
kesakitan akibat demam, bengkak dan terseliuh. di Myanmar pula, buah yang masih mudah dijadikan gulai manakala yang telah masak dimakan bersama garam. Di Malaysia
mengkudu biasanya dijadikan penawar untuk gangguan semasa kencing 9kencing tidak lawas) , senggugut dan pendarahan. Daun mengkudu juga biasa dijadikan campuran mandian
untuk perempuan selepas bersalin untuk memulihkan kecergasan badan. Daunnya biasa dijadikan alas batu tungku, dikatakan dapat membantu mengeluarkan darah nifas selepas
bersalin.
Nama saintifik :
Cymbopogon nardus (L.) rendle.
Nama biasa : Citronella
Nama tempatan : Serai wangi
Famili :Graminae
Serai wangi merupakan sejenis rumput yang berbau wangi dan mempunyai persamaan dengan serai makan. Serai wangi lebih kuat bau berbanding dengan serai makan.Serai
wangi digunakan pada bahagian luar tubuh manakala serai makan boleh dimakan. Minyak yang dihasilkan dari serai wangi digunakan untuk membuat losyen (ubat disapu pada
kulit), sabun dan juga untuk menghalau nyamok. Dikatakan bahawa serai wangi berasal dari India dan Sri Lanka dan baru diperkenalkan ke Malaysia.
Serai wangi tergolong dalam keluarga rumput yang berbau dan jangkahayatnya adalah panjang. Ia boleh tumbuh sehingga 1m hingga 1.5m. Daunnya berbentuk sesil iaitu tidak
mempunyai tangkai daun, ringkas, hijau, lurus dan berlapis dan purata saiznya ialah 60cm x 2.5cm. Daunnya licin, urat daun selari dengan bahagian pangkal dan hujung daunnya
tirus. Selaput daunnya adalah lurus dan bertindak sebagai batang. Rizomnya tegak dan kuat, menjalar, tahan lasak dan berwarna kekuningan apabila dipotong.
Serai wangi hidup secara liar di kebanyakkan negara seperti di Asia, Amerika dan Afrika. Di Malaysia kebiasaannya ditanam di bahagian belakang rumah. Serai wangi
merupakan sejenis tumbuhan yang lasak dan boleh menyesuai dalam pelbagai jenis tanah dan iklim. Namun demikian ia tumbuh dengan baik pada keadaan tanah yang
bersaliran baik dan subur. Serai wangi tidak boleh hidup dalam keadaan tanah yang mempunyai air bertakung dan di bawah teduhan. Ia boleh hidup dengan subur di kawasan
lapang dan mempunyai cahaya yang cukup.
Minyak yang dihasilkan dari serai wangi digunakan untuk merawat ‘rubefacient’ iaitu warna merah di bahagian kulit luar muka, Akarnya digunakan untuk merawat diuretik (kerap
berlaku kencing) dan sudorifik atau diaporetik (berperanan sebagai dadah untuk merangsang pengeluaran peluh). Serai wangi juga digunakan untuk bertindak menghalau nyamuk
dan juga digunakan untuk membuat minyak wangi dan pembuatan sabun. Di Malaysia, minyak ekstraknya yang cepat meruap dan menggunakan sedikit dos boleh merawat sakit
perut dan penghadaman. Air rebusan daun serai wangi yang dipanas bersama dengan daun gendarusa dicampur dengan lada hitam digunakan untuk memandikan kanak-kanak
selepas bersalin.
Langkah-langkah untuk memulihara kepelbagaian biologi:
√- Mewujudkan kawasan lindungan, bank genetik dan pemuliharaan in-situ dan ex-
situ bagi menjamin kekekalan kepelbagaian biodiversiti.
√- Mempertingkatkan kesedaran orang ramai terhadap kepentingan kepelbagaian
biologi.
√- Mendapat komitmen di semua peringkat dan pengurusan sumber secara mampan.