Bahagian 1 D
Soalan 1 hingga 5 D
Baca soalan-soalan berikut. Tanda kotak jawapan yang betul.
1 Di atas almari ada:
LAMPU
A
B
C
ABC
D
2 Anda mahu berenang.
Anda pergi ke:
A kedai
B restoran
C perpustakaan
D Kolam renang
3 Ali suka binatang yang boleh terbang:
A
B
CA B C
D
1
4 Alia suka bersukan.
Cita-citanya ialah untuk menjadi seorang:
A peguam
B penulis
C atlet
D jururawat
5 Hanis memakai cincin di: B C D
A [5 Markah]
B
CA
D
2
Soalan 6 hingga 10
Lihat gambar-gambar berikut:
ABC
DEF
Tulis huruf yang betul (A, B, C, D, E atau F) di dalam kotak yang berkaitan.
6 Alesya perlu cuci rambut.
7 Adam perlu mengecat biliknya.
8 Adik lapar.
9 John perlu baiki kerusi patah.
10 Chan mesti padam tulisannya.
[5 Markah]
3
Soalan 11 hingga 15
Adam terima e-mel ini daripada kawannya Sam. Baca e-mel ini dengan teliti
Adam,
Terima kasih kerana membawa saya berjalan-jalan di bandar awak, iaitu
Kuala Kangsar. Saya telah banyak belajar tentang sejarah di tempat
awak.
Masih banyak rumah tradisional yang dijaga dengan baik. Saya juga
ambil banyak gambar Jambatan Sultan Abdul Jalil dan Masjid Ubudiah
dan bangunan-bangunan lama untuk ditunjukkan kepada keluarga dan
kawan-kawan sekolah saya.
Saya harap bila anda datang melawat saya di London tahun depan, saya
dapat membawa awak ke sekeliling bandar saya. Di sini juga banyak
bangunan lama yang penuh dengan sejarah.
Selepas melawat bandar awak saya sudah mula minat sejarah.
Sam
Tanda kotak yang betul.
11 Adam membawa Sam ke mana?
A Melawat taman haiwan
B Melawat bandarnya
C Melawat taman bunga
12 Apakah Sam belajar semasa lawatannya ke bandar itu?
A Sejarah bandar itu
B Tentang bangunan baru
C Belajar bahasa Melayu
4
7
13 Apakah yang akan Sam tunjuk kepada kawan-kawannya?
A Gambar-gambar haiwan di taman haiwan
B Hadiah yang dibeli di sana
C Gambar-gambar jambatan dan masjid di bandar itu
14 Apakah rancangan mereka untuk tahun depan?
A Adam akan melawat Sam
B Sam akan bercuti dengan ibu bapanya
C Sam akan melawat Adam sekali lagi
15 Sam terus berminat tentang apa selepas lawatannya?
A tentang sejarah
B tentang budaya tempatan
C tentang pelancongan
[5 Markah]
Bahagian 2
Soalan 16 hingga 20
Baca teks berikut.
PERTANDINGAN MELUKIS
Persatuan Masyarakat Perumahan Taman Indah akan mengadakan
satu pertandingan melukis untuk dipamerkan di Dewan Besar taman ini.
Penduduk-penduduk taman ini dijemput untuk menghantar lukisan mereka
kepada jawatankuasa pertandingan sebelum 31 Mei 2020.
Peserta-peserta boleh memilih salah satu daripada tema-tema berikut:
Keindahan Alam Semula Jadi, Kehidupan Berjiran atau Sayangilah Taman
Anda.
Jawatankuasa pertandingan ini akan memilih sepuluh lukisan terbaik
untuk dipamerkan kepada orang ramai. Pemenang-pemenang juga akan
mendapat hadiah wang.
Selepas pameran ini, lukisan-lukisan ini boleh dijual kepada sesiapa yang
berminat. Taman Indah akan mendapat sebahagian daripada hasil jualan
untuk membantu usaha menjaga kawasan taman ini.
Lengkapkan ayat-ayat berikut dengan perkataan Melayu yang sesuai di bawah.
menulis kecantikan ditunjukkan duit
memilih didermakan melukis berminat
pencemaran piala
16 Sebuah pertandingan ........................................................ akan diadakan di Dewan Besar.
17 Antara temanya ialah ........................................................ alam sekitar.
18 Sepuluh lukisan yang menang akan ........................................................ kepada orang ramai.
19 Para pemenang akan mendapat hadiah ........................................................ .
20 Sebahagian daripada hasil jualan akan ........................................................ kepada Taman Indah.
[5 Markah]
6
7
Soalan 21 hingga 25
Baca e-mel Atan kepada kawannya Adam.
Adam,
Saya tidak boleh pergi ke rumah awak pada hujung minggu ini. Saya minta
maaf. Saya tidak tahu datuk saya akan datang ke rumah saya. Dia akan
datang selama dua hari sebelum dia terbang ke London. Saya tahu awak
sudah membuat beberapa rancangan untuk kita. Kalau awak belum beli tiket
untuk ke konsert pada hari Sabtu ini, jangan beli lagi. Kalau awak sudah beli,
saya akan bayar untuk tiket itu. Saya rasa kita boleh berjumpa pada hari
Jumaat minggu akan datang. Awak boleh datang ke rumah saya dan kita
boleh pergi berenang di pantai. Kita juga boleh bermain layang-layang kalau
cuaca pada hari itu baik.
Sekali lagi, saya minta maaf.
Atan
Lengkapkan ayat-ayat berikut dengan perkataan Melayu yang sesuai di bawah.
rancangan maaf terbang konsert
bayar berenang datuk filem
pantai
cuaca
21 Atan meminta ........................................................ kerana dia tidak dapat berjumpa Adam.
22 ........................................................ Atan akan datang ke rumahnya pada hujung minggu.
23 Dia akan berada di rumah Atan sebelum ........................................................ ke London.
24 Adam mungkin sudah beli tiket untuk ........................................................ .
25 Kalau ........................................................ baik, Atan ajak Adam untuk bermain layang-layang.
[5 Markah ]
7
Soalan 26 hingga 33
Baca rencana berikut dan jawab soalan-soalan berikut .
Sekarang ini, sangatlah mudah bagi kita untuk menjadi malas dan tidak membuat
aktiviti-aktiviti yang menggunakan tenaga kita. Ini adalah disebabkan oleh teknologi
baharu seperti komputer dan internet.
Kebanyakan orang sering duduk di depan komputer atau komputer riba dan juga alat-
alat perhubungan elektronik yang lain. Mereka berhubung dengan satu sama lain,
bermain permainan, membaca buku, membuat penyelidikan tanpa perlu berjalan jauh
dari komputer mereka.
Dari segi perhubungan, mereka tidak perlu berjumpa dengan kawan-kawan lagi.
Mereka boleh menghantar pesanan dan bersembang dengan sesiapa sahaja di serata
dunia.
Mereka tidak perlu berjalan jauh ke perpustakaan atau ke kedai-kedai untuk membeli
buku sebab semua bahan boleh didapati dalam internet.
Barang-barang rumah juga boleh dipesan melalui internet. Cara memasak makanan
kegemaran kita juga boleh didapati dengan mudah.
Ini antara faedah internet dan komputer zaman sekarang.
Walau bagaimanapun, ada yang kurang baik. Ada orang yang tidak pandai mengurus
masa dan menghabiskan banyak waktu melayari lelaman web yang tidak berfaedah.
Ada bahaya pengguna internet mungkin berjumpa dan berhubung dengan orang yang
mereka tidak kenal.
Ramai juga orang membeli barang melalui internet. Bahayanya ialah orang lain boleh
mencuri wang dari bank kita dengan menggunakan maklumat akaun kita. Kita mesti
berhati-hati semasa menggunakan perkhidmatan online.
8
26 Apakah yang membuat kita mudah menjadi malas sekarang ini?
............................................................................................................................. .........................[1]
27 Bagaimanakah orang berhubung dengan satu sama lain? Beri dua contoh.
............................................................................................................................. .............................
......................................................................................................................................................[2]
28 Mengapakah sekarang orang tidak perlu pergi ke perpustakaan?
......................................................................................................................................................[1]
29 Apakah lagi yang boleh didapati dengan mudah melalui internet?
(i) .................................................................................................................................................[1]
(ii) .................................................................................................................................................[1]
30 Apakah yang dibuat oleh orang yang tidak pandai mengurus masa?
......................................................................................................................................................[1]
31 Apakah bahaya berhubung melalui internet?
......................................................................................................................................................[1]
32 Bagaimanakah orang lain boleh mencuri wang kita?
............................................................................................................................. .........................[1]
33 Apakah kita mesti buat semasa menggunakan perkhidmatan online?
............................................................................................................................. .........................[1]
[10 Markah ]
9
Bahagian 3
Soalan 34 hingga 38
Baca laporan di bawah dengan teliti.
sekarang ini lebih ramai orang yang semakin sedar tentang pentingnya apa yang
kita makan untuk kesihatan kita. Ini adalah kerana lebih banyak maklumat yang
boleh didapati tentang buruk baiknya sesetengah makanan. Walaupun makanan itu
sedap dan boleh dimakan dengan segera, ini tidak bermakna makanan itu baik
untuk badan kita. Kita terlalu mudah mempercayai iklan-iklan di televisyen dan
malas untuk mengkaji tentang buruk atau baiknya makanan-makanan yang
diiklankan.
Kita perlu makan cukup sayur-sayuran dan buah-buahan, kerana ia merupakan
sumber penting vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan kita. Sering kita
mendengar bahawa kita mesti makan sekurang-kurangnya lima bahagian pelbagai
buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari. Menurut kajian, orang yang mengikut
aturan ini kurang risikonya mendapat penyakit jantung dan juga kanser.
Malaysia, contohnya, kaya dengan buah-buahan tempatan dan juga sayur-sayuran
yang boleh ditanam atau dibeli di pasar. Semakin ramai orang yang gemar
menanam buah-buahan dan sayur-sayuran di taman atau dusun mereka sendiri.
Makanlah sepotong nenas, sebiji pisang, buah epal dan jangan lupa salad, di
samping sayur-sayuran lain.
Kalau tabiat ini diamalkan setiap hari, kita akan merasakan perubahan dalam
badan kita. Kita akan rasa lebih segar dan tidak akan keletihan selalu.
Ramai orang suka makan makanan yang manis. Minuman juga ditambah gula.
Ini ternyata tidak baik untuk kesihatan. Kita mesti kurangkan sedikit demi sedikit
gula dalam makanan dan minuman kita, supaya kita akan biasa dengan tabiat ini.
Walaupun pada mulanya sukar untuk membuang tabiat ini, lama kelamaan, kita
akan tidak terasa kurangnya gula dalam makanan atau minuman kita.
Satu lagi nasihat yang sering kita dengar ialah tentang bahayanya bahan-bahan
kimia dalam makanan dan minuman kita. Ini mungkin diguna supaya makanan
tahan lama dan sedap dimakan. Namun kita harus melihat dengan teliti bahan-
bahan dalam makanan atau minuman yang kita beli.
10
Jawab soalan-soalan berikut dengan menandakan BETUL atau SALAH. Jika kenyataan itu SALAH,
betulkannya berdasarkan teks di atas.
(Terdapat 2 kenyataan yang betul dan 3 kenyataan yang salah)
Contoh: BETUL SALAH
Orang tidak tahu tentang pentingnya makanan untuk kesihatan kita.
Semakin ramai orang sedar tentang pentingnya apa yang kita makan untuk kesihatan kita.
................................................................................................................................ ..........................
BETUL SALAH
34 Ada sedikit maklumat tentang buruk baiknya makanan untuk
tubuh kita.
............................................................................................................................. .............................
BETUL SALAH
35 Makanan yang sedap tidak bermakna ianya baik untuk kesihatan.
............................................................................................................................. .............................
BETUL SALAH
36 Buah-buahan dan sayur-sayuran hanya boleh didapati di pasar.
............................................................................................................................. .............................
BETUL SALAH
37 Kita mesti berhenti mengguna gula dalam makanan dengan
serta-merta.
............................................................................................................................. .............................
BETUL SALAH
38 Bahan-bahan kimia diguna dalam makanan dan minuman supaya
ianya tahan lama.
............................................................................................................................. .............................
[8 Markah]
11
Soalan 39 hingga 43
Baca laporan di bawah dan jawab soalan-soalan berikut.
sebagai Pengerusi Kesatuan Seni Memasak sekolah ini, saya ingin melaporkan tentang
perkembangan dan kegiatan kesatuan ini sepanjang tahun 2014. Saya gembira
mengatakan bahawa sepanjang tahun ini jumlah ahli semakin meningkat dan kegiatan
yang dijalankan mendapat sambutan baik.
Walaupun kesatuan ini ditubuhkan dua tahun lalu, kesatuan ini ialah sebuah kesatuan
yang paling aktif di sekolah ini. Dalam tahun ini, kita telah mengadakan bengkel masak
masakan 1Malaysia, menjemput cef selebriti untuk memberi ceramah dan mengadakan
demonstrasi masak serta lawatan ke restoran-restoran terkenal untuk melihat cara
mereka menyediakan makanan. Yang paling menarik dan mendapat sambutan hebat
ialah acara MasterChef Sekolah Kemboja.
Semua acara dan kegiatan telah mendapat sambutan baik daripada ahli-ahli dan juga
guru-guru. Sumbangan wang daripada ibu-bapa telah membantu kesatuan
menjalankan kegiatan-kegiatan ini.
Satu cara mengutip wang untuk kesatuan ini ialah menerusi jualan makanan-makanan
yang dimasak oleh anggota-anggota kesatuan semasa acara-acara seperti Hari Sukan,
Hari Ibu-bapa dan persembahan konsert.
Ahli-ahli membawa bahan makanan sendiri dan kesatuan juga menyediakan
sesetengah bahan untuk dimasak.
Semua cef jemputan memberi ceramah dan demonstrasi secara percuma untuk
menggalakkan minat dalam bidang ini. Semakin ramai orang berminat dalam cara
memasak kerana sudah banyak rancangan televisyen yang menunjukkan program
memasak oleh cef-cef yang muda.
Acara lawatan ke restoran dan tempat makan di bandar ini juga merupakan sesuatu
yang mendapat sambutan bukan sahaja daripada ahli tetapi juga daripada pihak
restoran. Restoran- restoran ini menyediakan pelbagai masakan Malaysia dan juga
masakan barat dan timur. Semasa belajar memasak makanan negara asing, mereka
juga belajar sedikit sebanyak tentang budaya negara itu.
Ahli-ahli juga belajar cara menghiasi makanan untuk dihidang.
Akhir tahun ini Juara MasterChef kesatuan ini ialah Saleha Adam yang diberi piala dan
wang tunai sebanyak RM500. Tahun depan kesatuan ini akan mengadakan lebih
banyak kegiatan dan acara yang lebih menarik.
12
39 Berdasarkan perenggan pertama, bagaimanakah kita tahu bahawa kesatuan ini telah berjaya
dalam tahun 2014?
............................................................................................................................. .............................
......................................................................................................................................................[2]
40 Banyak acara yang telah diadakan oleh kesatuan ini dalam tahun 2014. Namakan duaacara.
..........................................................................................................................................................
............................................................................................................................. .........................[2]
41 Selain daripada sumbangan wang daripada ibu-bapa, bagaimanakah anggota-anggota mendapat
wang?
............................................................................................................................. .........................[1]
42 Bagimanakah cara cef jemputan beri galakan kepada anggota-anggota kesatuan ini?
............................................................................................................................. .........................[1]
43 Apakah lagi yang dapat dipelajari semasa belajar memasak makanan antarabangsa?
............................................................................................................................. .........................[1]
[7 Markah]
- KERTAS SOALAN TAMAN -
Total Paper Total Student Percentage
Raw Marks Raw Marks
50
13