The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by dbu2952, 2020-11-24 21:38:50

nota k2

nota k2

BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL VOKASIONAL
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,

PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA

NOTA KURSUS

SEMESTER SEMESTER 1 DIPLOMA SESI 2020/2021
JABATAN
PROGRAM JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
KOD/KURSUS
KOMPETENSI DIPLOMA TEKNOLOGI MAKLUMAT

DKB 2323 COMPUTER NETWORK SETUP AND CONNECTIVITY

02

KOMPETENSI COMPUTER NETWORK SET-UP SPECIFICATION
UNIT 2.1 Network Rack Assembly
2.2 Network Interface Card (NIC) Installation And Connection
2.3 Network Hardware Mount
2.4 Computer Peripherals Connectivity Installation
2.5 network Address Configuration

KOMPETENSI Student learn about the characteristics and limitation of computer and the
PEMBELAJARAN development of computer components, such as microprocessors, input/ output
devices, peripherals and storage devices.

NO KOD DKB2323/NK02/4 MUKA : 01 DARIPADA 21
NAMA PELAJAR
EDISI 1/JAN 2020

TAJUK/TITLE: MELAKSANAKAN PEMASANGAN RANGKAIAN

TUJUAN/PURPOSE:
Kertas Penerangan adalah bertujuan untuk menerangkan mengenai perkara-perkara
dalam melaksanakan pemasangan rangkaian.

NO. KOD / CODE NO. IT-030-3:2013-C04/P(2/4) Muka Surat / Page : 2
PENERANGAN/INFORMATION: Drpd/ of : 21

1. PEMASANGAN RAK RANGKAIAN
Perancangan adalah sangat penting dalam memasang rak pelayan untuk
menempatkan perkakasan komputer supaya kesilapan dapat dielakkan. Setelah rak
pelayan siap dipasang, ia boleh menjadi sukar untuk bergerak. Semasa menyediakan
sebuah bilik untuk menempatkan rak pelayan, harus terlebih dahulu mengetahui cara
memasang rak pelayan. Untuk memastikan semuanya berjalan lancar, beberapa
perkara harus dipertimbangkan dalam memastikan pemasangan rak pelayan berjaya
dilaksanakan.

1.1 MEMILIH LOKASI PEMASANGAN RAK PELAYAN YANG BETUL
Memilih bilik yang betul sebagai lokasi rak pelayan adalah perkara yang kritikal. Bilik
yang dipilih haruslah mempunyai ciri-ciri keselamatan yang tinggi kerana bilik ini
mengandungi perkakasan berharga dengan data syarikat yang penting di dalamnya.
Bilik yang berada di tengah-tengah bangunan sesuai kerana tidak mempunyai
tingkap. Mempunyai keupayaan untuk mengunci bilik bagi memastikan kakitangan
dan pengunjung tidak masuk juga adalah idea yang baik.

1.2 KEDUDUKAN RAK PELAYAN JAUH DARIPADA ORANG
Pastikan lokasi rak pelayan jauh daripada orang lain. Pelayan boleh menyebabkan
banyak haba dan bunyi bising yang boleh menjejaskan mereka yang bekerja di
kawasan sekitarnya. Selain itu, apabila orang bekerja berhampiran rak pelayan,
mereka mendedahkan peralatan tersebut kepada risiko kejadian yang tidak diingini.
Walaupun rak pelayan yang baik memberikan banyak perlindungan kepada pelayan
di dalamnya, lebih banyak yang boleh dilakukan untuk memastikannya lebih selamat.

1.3 PERTIMBANGKAN SISTEM PENYEJUK
Perkara lain yang penting dalam menjaga peralatan komputer adalah sistem
penyejuk. Posisi rak berhampiran salauran haba sebagai contoh adalah satu
kesilapan besar. Jika terdapat tingkap di dalam bilik di mana rak diletakkan, pastikan
bahawa lokasinya adalah teduh supaya matahari tidak menyumbang kepada suhu
bilik. Pastikan rak tidak bertentangan dengan dinding yang boleh mengehadkan aliran
udara. Sistem penyaman udara harus dipasang setiap masa agar perkakasan di
dalam bilik tidak menjadi panas.

1.4 MEMILIH RAK PELAYAN YANG SESUAI
Sebaik sahaja lokasi pemasangan rak pelayan ditentukan, anda perlu memutuskan
jenis rak pelayan yang terbaik untuk keperluan anda. Terdapat banyak jenis yang
sedia ada. Justeru, pastikan untuk melihat setiap jenis rak pelayan berdasarkan jenis
perkakasan yang akan dipasang pad rak pelayan tersebut.

NO. KOD / CODE NO. IT-030-3:2013-C04/P(2/4) Muka Surat / Page : 3
Drpd/ of : 21

1.5 PERTIMBANGKAN JENIS RAK PELAYAN
Memilih rak pelayan yang betul adalah sangat penting. Anda perlu
mempertimbangkan jenis perkakasan yang akan dipasang bagi memastikan terdapat
ruang yang mencukupi dan pastikan perkakasan tersebut dapat dipasang dengan
betul. Sesetengah syarikat mendapati bahawa rak pelayan yang dipasang di dinding
adalah penyelesaian yang ideal. Justeru, setiap rak pelayan harus dipertimbangkan
agar tidak tersalah pilih.

1.6 MEMASTIKAN RAK DAN REL ADALAH SESUAI
Apabila membeli rak pelayan dan perkakasan lain, anda perlu memastikan supaya
perkakasan tersebut dapat dipasang dengan betul di dalam rak pelayan. Memilih rak
pelayan yang tidak sesuai dengan rel yang digunakan pada perkakasan komputer
anda akan menyebabkan perkakasan tidak dapat dipasang. Jika anda tidak pasti
jenis rak yang diperlukan, sila rujuk kepada individu yang lebih pakar.

1.7 PERTIMBANGKAN KOS PEMASANGAN
Sesetengah syarikat membuat kesilapan dan menyebabkan kos yang terlalu tinggi
apabila membeli rak pelayan dan perkakasan komputer. Oleh sebab itu, perbelanjaan
harus dirancang bersesuian dengat bajet kewangan yang disediakan.

1.8 LABEL SETIAP KABEL RANGKAIAN
Apabila menambah perkakasan kepada rak pelayan, anda perlu memasang kabel
daripada perkakasan yang berlainan kepada router, switch, pelayan atau peralatan
lain. Pelabelan kabel ini pada setiap hujung akan membantu memastikan anda dapat
mengenal pasti dengan cepat sambungan kabel tersebut dalam menyelesaikan
masalah.

1.9 PENGURUSAN KABEL RANGKAIAN
Selain pelabelan kabel, kabel perlu disusun supaya kelihatan baik di dalam rak
pelayan. Ini bermakna pengurusan kabel harus dilaksanakan supaya kelihatan
kemasa dan teratur.

1.10 MERANCANG UNTUK MASA HADAPAN
Apabila merancang pemasangan rak pelayan, anda perlu memastikan bahawa dapat
memenuhi semua keperluan semasa anda. Namun begitu, melihat kepada kemajuan
yang diharapkan untuk syarikat serta keperluan perkakasan masa depan juga
merupakan strategi yang hebat. Menghabiskan sedikit lebih banyak wang hari ini
untuk mendapatkan rak pelayan yang dapat memenuhi keperluan anda selama
bertahun-tahun ke depan akan menjimatkan masa dan wang dalam jangka masa
panjang.

NO. KOD / CODE NO. IT-030-3:2013-C04/P(2/4) Muka Surat / Page : 4
Drpd/ of : 21

2. PEMASANGAN DAN SAMBUNGAN KAD RANGKAIAN ANTARA MUKA (NIC)

LANGKAH 1: Pasang kad rangkaian pada slot yang betul.

LANGKAH 2: Masukan kad rangkaian pada slot dengan kemas dan betul.

NO. KOD / CODE NO. IT-030-3:2013-C04/P(2/4) Muka Surat / Page : 5
LANGKAH 3: Pasang skru pada casing. Drpd/ of : 21

LANGKAH 4: Kad rangkaian yang telah siap dipasang.

NO. KOD / CODE NO. IT-030-3:2013-C04/P(2/4) Muka Surat / Page : 6
LANGKAH 5: Pemasangan driver kad rangkaian. Drpd/ of : 21

Setiap unit kad rangkaian komputer akan disertakan dengan CD driver. Driver perlu
dipasang bagi membolehkan kad rangkaian komputer berfungsi dengan sempurna.
Langkah-langkah memasang driver akan tertera secara automatik sejurus selepas
CD driver dimasukkan. Pada masa kini, driver bagi kad rangkaian komputer juga
boleh dimuat turun melalui internet.

NO. KOD / CODE NO. IT-030-3:2013-C04/P(2/4) Muka Surat / Page : 7
3. NETWORK HARDWARE MOUNT Drpd/ of : 21

NO. KOD / CODE NO. IT-030-3:2013-C04/P(2/4) Muka Surat / Page : 8
Drpd/ of : 21

4. PEMASANGAN SAMBUNGAN PERKAKASAN KOMPUTER

4.1 Computer / PC

COMPUTER/PC
• PC adalah singkatan dari Personal Computer yang merupakan Bahasa Inggeris
yang bermaksud Komputer Peribadi. Sesuai dengan namanya PC dicipta khusus
untuk digunakan oleh individu untuk memenuhi keperluan seseorang pada sebuah
sistem yang boleh membantu memudahkan pekerjaannya. Komputer dahulu mula
diciptakan bukan sahaja digunakan oleh individu tetapi untuk syarikat-syarikat besar.

• Jadi, PC merupakan sebuah sebuah peranti komputer yang biasa digunakan
untuk individu.

• Jenis-jenis Komputer

➢ System computer boleh dikelaskan berdasarkan kepada saiz, kelajuan,
pemproses dan juga harganya. Terdapat lima jenis system computer yang utama
iaitu :

1. Supercomputer

Jenis komputer yang digunakan untuk menyelesaikan masalah yang memerlukan
perhitungan sangat kompleks. Komputer ini jarang ditemui kerana bentuk dan
harganya mahal. Biasanya digunakan di universiti, kementerian/kerajaan dan
syarikat multinasional. Komputer ini adalah yang terbesar, terpantas dan paling
mahal yang boleh didapati. Ia tersangat berkuasa dan direka khusus untuk pengiraan
numerikal berkelajuan tinggi yang diperlukan dalam aplikasi kejuruteraan yang
kompleks. Superkomputer berintensifkan pemproses, manakala kerangka utama pula
berintensifkan input-output. Superkomputer boleh melaksanakan pengiraan aritmetik
pada kelajuan bilion operasi titikterapung dalam sesaat (gigaflops). Cray Research,
NEC dan Fujitsu adalah pengeluar utama superkomputer.

2. Mainframe computer

Jenis komputer ini digunakan apabila pengguna perlu akses untuk menjalankan
program, dan menggunakan data secara bersama-sama. Biasanya komputer jenis ini
banyak digunakan sebagai server e-commerce yang melayani transaksi melalui
internet. Komputer ini didefinisikan sebagai komputer komersial bersaiz besar yang
direka bentuk khusus untuk persekitaran berbilang pengguna dan ia digunakan
sepenuhnya oleh badan korporat. Kebiasaannya komputer ini mempunyai lebih
daripada 100 terminal kawalan. Kerangka utama adalah sangat kuat dari segi
keselamatan, sambungan dan keupayaan pengurusan data. Ia mesti diletakkan
dalam persekitaran terkawal yang khusus – dengan pemanasan khas, pengudaraan

NO. KOD / CODE NO. IT-030-3:2013-C04/P(2/4) Muka Surat / Page : 9
Drpd/ of : 21

dan kelengkapan penyaman udara untuk mengawal suhu, kelembapan dan paras
habuk di sekitar komputer.

3. Minicomputer

Komputer jenis ini lebih kecil dari komputer jenis mainframe, tetapi lebih besar
dari jenis microcomputer. Biasanya memiliki beberapa terminal. Jenis komputer ini
digunakan sebagai server jaringan komputer atau server internet. Sehingga lewat
1960an, semua komputer terdiri daripada kerangka utama sahaja. Kemudian, vendor
komputer mula memperkenalkan mesin yang lebih kecil dan mampu dimiliki syarikat-
syarikat kecil. Ini telah menjadi detik kelahiran minikomputer. Hari ini, minikomputer
boleh didefinisikan sebagai komputer terkecil yang direka bentuk khusus untuk
persekitaran berbilang pengguna. Sistemnya boleh memberikan perkhidmatan antara
2 hingga 100 terminal kawalan dalam satu-satu masa.

4. Workstation computer

Komputer single-user (digunakan oleh satu orang) yang berkeupayaan tinggi.
Biasanya digunakan untuk aplikasi komputer yang memerlukan perhitungan
kompleks dan pekerjaan yang berat, misalnya pembuatan animasi komputer.
Terdapat klasifikasi lain bagi komputer seperti super-mini, super-mikro, mini-komputer
dan sebagainya - pada peringkat awal, mereka diklasifikasikan sebagai komputer
kelompok pertengahan. Beberapa komputer dipanggil sebagai pelayan atau klien -
kerana mereka hanyalah penyedia perkhidmatan dan pengguna. Stesen kerja adalah
sangat penting. Sesungguhnya, perkataan “stesen kerja” diguna pakai oleh ramai
orang dengan penafsiran yang berbeza.Ada yang bermaksud sebagai terminal
rangkaian (pintar tetapi tanpa cakera). Ia sering merujuk kepada terminal dengan
pemproses RISC, bukan Intel. Secara amnya, stesen kerja adalah PC yang canggih.

5. Micro computer/personal computer (PC)

Komputer ini dikenali sebagai komputer meja dan juga komputer peribadi (PC). Label
PC dikenali sebagai mikrokomputer kerana ia direka untuk kegunaan seorang
individu pada satu-satu masa. Jangan keliru dengan mikropemproses kerana ia
adalah sebuah komputer pada satu cip. Dalam mikrokomputer, mikropemproses, litar
elektronik dan cip ingatan dipasangkan ke atas papan litar tunggal yang dipanggil
papan induk. Papan induklah yang membezakan antara mikrokomputer dengan
komputer yang lain. Jenis komputer ini adalah desktop computer, laptop, PDA.

a. Portable Computer

Portable (mudah dibawa-bawa) adalah komputer yang ukuran sedikit lebih kecil dari
Desktop. Ia mudah dibawa kemana-mana. Komputer ini sesuai bagi pengguna
yang selalu bertugas di luar (outstation. Komputer ini kurang popular kerana besar
dan berat.

NO. KOD / CODE NO. IT-030-3:2013-C04/P(2/4) Muka Surat / Page : 10
Drpd/ of : 21

b. Desktop Computer

Desktop (meja) adalah komputer yang ukuran sedikit lebih kecil dari dari
Tower, tetapi biasanya diletakkan di atas meja. Komputer ini paling banyak di
pakai kerana harganya yang lebih murah bila dibandingkan dengan bentuk
yang lain.

c. Tower (menara) adalah berukuran besar, sehingga memenuhi meja. Komputer
ini biasanya banyak memiliki ruang di dalamnya dan banyak memiliki
expansion slot (tempat untuk memasang card tambahan), sehingga boleh
ditambahkan dengan berbagai perangkat tambahan.

4.2 Scanner
Pengimbas (scanner) digunakan untuk mengimbas atau menangkap gambar dalam
bentuk cetakan untuk dimasukkan ke dalam komputer dalam format fail seperti
JPEG, TIFF, GIF dan BMP. Pengimbas terbahagi kepada dua bahagian iaitu hand-
held dan flatbed

Gambarajah 13 : Pengimbas

Jantung utama sebuah pengimbas warna jenis flatbed ialah cip semi konduktor
fotosensitif yang dipanggil CCD (charge-coupled device). Imbasan dengan
menggunakan enjin CCD memerlukan sistem yang terdiri daripada cermin dan lensa
untuk memfokuskan imej kepada CCD. Jenis pengimbas flatbed selalunya boleh
mengimbas sehingga saiz kertas A4 dan ia adalah sama seperti dekstop photocopier.
Pengimbas jenis hand-held menggunakan teknologi CIS (contact image sensor) yang
membolehkan pengimbas yang dihasilkan lebih ringan dan kecil. Ini bermakna ia
hanya mampu mengimbas benda-benda yang kecil sahaja berbanding dengan jenis
flatbed. Dokumen yang besar boleh juga diimbas tetapi memerlukan lebih dari satu
atau perisian yang istimewa untuk ‘bersama-sama’ bergabung. Gambar dan foto
boleh juga diimbas dan juga boleh mengimbas warna juga.

CIS tidak memerlukan lensa optik seperti CCD dan tiub lampu katod dengan sensor.
Dengan cara ini pengimbas dapat dibina dengan lebih nipis dan ringan. CIS tidak
memerlukan kuasa elektrik yang tinggi dan ini bermakna ia boleh menggunakan
bateri atau port USB (Universal Serial Bus). Kualitinya juga amat baik berbanding
dengan pengimbas CCD.

NO. KOD / CODE NO. IT-030-3:2013-C04/P(2/4) Muka Surat / Page : 11
Drpd/ of : 21

Pengimbas juga memerlukan interface card untuk berhubung dengan expansion bus
pada komputer. Kebanyakan komputer dibekalkan dengan kad ini.

4.3 Printer / multifunction
Pencetak adalah persisian (peripherals) luaran dan alat keluaran (output) yang utama
untuk menghasilkan keluaran dalam bentuk cetakan. Terdapat 3 jenis pencetak iaitu
pencetak dot matriks, jet dakwat (ink jet) dan laser. Secara umumnya, pencetak
terbahagi kepada dua kategori iaitu pencetak impak dan pencetak tidak impak.

Pencetak impak beroperasi dengan menghentak mata pencetak (printhead) ke
kertas. Ia menggunakan mekanisme penghentak untuk menghentak reben yang
mempunyai dakwat. Reben terletak di antara penghentak dan kertas cetak. Apabila
penghentak menghentak kertas cetak, ia akan meninggalkan kesan pada belakang
abjad yang hendak dicetak. Contoh bagi pencetak impak ialah sistem dot matriks.
Pencetak jenis ini cukup popular pada masa dahulu tetapi tidak pada masa sekarang.
Kebanyakan orang lebih suka menggunakan pencetak jenis dakwat dan laser.
Kelebihan pada pencetak impak ialah kos pencetakan lebih murah, harga kartrijnya
yang murah, jumlah cetakan yang banyak dan juga mampu menampung media
panjang (fanfold paper).

Pencetak tidak impak tidak menggunakan penghentak untuk menghentak reben dan
ia begitu senyap semasa beroperasi. Ia beroperasi secara menabur dakwat dan toner
ke atas kertas. Contoh bagi pencetak tidak impak ialah jenis dakwat (inkjet atau buble
jet) dan jenis laser (laser jet).

1.1 Pencetak Dot Matrik

Pencetak dot matrik sama seperti operasi daisy wheel tetapi menggunakan garisan
pin untuk memberi gambaran yang sesuai. Pin tersebut disusun secara garisan
menegak. Setiap pin akan mencetak secara individu. Setiap gambaran dibina dari
sesetengah atau semua pencetak dot dari pin dan kemudian akan menggerakkan
kepala pencetak kepada matrik untuk mendapatkan gambaran di bawah :

Gambarajah 14 : Pencetak Dot Matrik

NO. KOD / CODE NO. IT-030-3:2013-C04/P(2/4) Muka Surat / Page : 12
Drpd/ of : 21

Nombor-nombor pin tersebut boleh menjadi di antara 9 hingga 24, lebih banyak pin
lebih baik kualiti yang boleh diperolehi. Semasa mencetak, pin tersebut boleh
mencetak sebanyak dua kali untuk memberi penindihan dalam kualiti mencetak. Ini
memberikan gaya mencetak mesin taip dan juga Near Letter Quality, or NLQ.
Kelebihan pada dot matrix ialah dot matrik tidaklah terhad kepada set perkataan dan
juga boleh menghasilkan apa-apa jenis perkataan termasuk juga gambar.

1.2 Pencetak Dakwat ( Ink Jet ) atau Bubble Jet

Pencetak jenis ini adalah jenis pencetak tidak impak. Pencetak dakwat beroperasi
sama seperti dot matrik. Perbezaannya ialah dakwatnya mempunyai lubang yang
banyak atau nozzles. Dakwat tersebut menghentak melalui lubang ini. Bilangan
lubang nombor yang banyak lebih kurang 50 atau 64 lubang nombor akan
memberikan resolusi yang lebih baik pada kertas. Pergerakan kepala (head)
pencetak juga amat baik, memberikan 300 dot per inci pada kertas. Ink jet dan
Bubble Jet adalah sama, satu teknologi penghentakan dalam penyambungan dakwat
jenis penghentak dalam siri Bubble.

1.3 Pencetak Laser

Teknologi pencetak Laser merupakan kaedah off-shoot dalam penyalin cetak.
Pencetak Laser menggunakan cahaya berketepatan tinggi untuk membuat corak
pada drum. Serbuk yang baik, atau toner, menarik kepada drum di mana ia datang ke
dalam dan berhubung pada kertas.

Kemudian apabila kertas tersebut akan melalui wayar panas untuk membawa toner
kepada kertas. Ini kerana, di situ tidak mempunyai pin atau reben mekanikal, dot
boleh ditempatkan dengan tepat di atas kertas. Mempunyai lebih 300 dot per inci
adalah kuota yang biasa bagi pencetak laser. Pencetak laser merupakan kegemaran
bagi mereka yang hendak membuat kerja penerbitan, semenjak keluaran (output )
bagi pencetak laser seperti gambar dan juga jenis-jenis tulisan amat cepat dan lebih
baik berbanding dengan jenis pencetak yang lain.

NO. KOD / CODE NO. IT-030-3:2013-C04/P(2/4) Muka Surat / Page : 13
5. KONFIGURASI ALAMAT RANGKAIAN Drpd/ of : 21

5.1 IP Address
Internet Protocol (IP) adalah satu alamat unik yang digunakan dalam peranti
komputer untuk dijadikan sebagai pengenalan diri dan berhubung dengan peranti-
peranti yang lain dalam satu jaringan IP.

Sebarang alatan peranti yang dihubungkan dalam satu jaringan perlu mempunyai
ID pengenalan unik bagi membezakannya dengan peranti-peranti yang lain. Alamat
IP atau protokol IP ini boleh dianggapkan seperti nama-nama jalan yang disekitarnya
menempatkan kawasan perumahan yang masing-masing mempunyai alamat
tersendiri. Alamat ini digunakan untuk melakukan proses perhubungan sama ada
menerusi surat atau telefon (yang mempunyai nombor telefon tersendiri dan unik).

Format Penomboran IP
Format atau sistem penomboran alamat IP kini masih menggunakan teknik protokol
tradisional versi 4 (IPv4). Ianya diterjemahkan dalam bentuk 32bit untuk mewakili
setiap alamat IP tersebut. Alamat IP ini mewakili dua pihak iaitu pengguna dan
penerima dalam satu jaringan. Isu dunia yang bakal kehabisan alamat IP yang belum
digunakan, satu versi format penomboran IP telah diperkenalkan iaitu melalui
penggunaan protokol internet versi 6 (IPv6).

Satu-satu alamat IP ditulis dalam format perpuluhan (dotted decimal), yang
mempunyai 4 set nombor yang dipisahkan setiap satunya bagi mewakili penomboran
8-bit. Penomboran 8-bit ini sekiranya diterjemahkan kepada sistem penomboran
sekarang mempunyai nilai dari 0 hingga 255.

Contoh alamat IP adalah 192.168.1.1, yang sering digunakan untuk mewakili modem
di rumah anda.

Alamat IP untuk versi IPv4 dibahagikan kepada dua segmen atau bahagian:
penghantar (host) dan penerima (network). Bahagian penerima (network)
menentukan jumlah penghantar/pengguna yang boleh ditempatkan dalam satu-satu

NO. KOD / CODE NO. IT-030-3:2013-C04/P(2/4) Muka Surat / Page : 14
Drpd/ of : 21

jaringan. Bahagian ini boleh dipecahkan kepada sub-jaringan (subnetwork) dan
bilangan penerima (host number).

Jaringan kelas A, B, C dan CIDR
Secara tradisionalnya, alamat IP ini dikelaskan kepada tiga iaitu A, B dan C.
Penentuan untuk kelas jaringan ini ditentukan pada 3 bit yang pertama
iaitu A=000, B=100 dan C=100. Manakala kita sebagai pengguna mengelaskan
alamat IP ini menerusi sistem penomboran delapan (8-bit). Disebabkan oleh faktor
kekurangan alamat IP yang boleh digunakan, sistem pengelasan ini telah
dipanjangkan dengan mewujudkan satu sistem baru yang dinamakan Classless Inter-
Domain Routing (CIDR). Sistem ini ternyata lebih efisien dalam menentukan satu-
satu identiti untuk satu-satu pengguna.

Alamat IP Public dan Private
Dalam usaha untuk memastikan keaslian dan ketulenan penyerahan dan penentukan
alamat IP secara global, setiap alamat IP ini perlu melalui proses pendaftaran dengan
pihak Network Information Center (NIC) bagi tujuan mengelakkan berlakunya konflik
antara IP. Peranti yang ingin diakses secara terbuka oleh golongan umum perlu
menggunakan alamat IP "public" contohnya laman web dan pelayan emel.
Manakala peranti yang tidak memerlukan akses daripada golongan umum boleh
mendapatkan alamat IP "private" dan boleh dikenal pasti dalam satu-satu organisasi
sahaja. Sebagai contohnya, pencetak yang dikongsi menerusi satu-satu jaringan
akan menggunakan alamat IP "private" untuk mengelak berlaku situasi satu dunia
mencetak menerusinya.

Pihak NIC telah menyediakan beberapa alamat IP yang telah ditempah khas untuk

tujuan kegunaan IP "private". Berikut merupakan alamat IP yang telah dikhaskan

untuk tujuan tersebut:

KELAS PERMULAAN PENGAKHIRAN ALAMAT IP

ALAMAT IP

A 10.0.0.0 10.255.255.255

B 172.16.0.0 172.31.255.255

C 192.168.0.0 192.168.255.255

Apa itu alamat IP "loopback"
Loopback IP merupakan alamat IP yang digunakan untuk diakses oleh peranti itu
sendiri. Dalam IPv4 telah ditentukan dengan IP 127.0.0.1 dengan 255.0.0.0 sebagai
nilai subnet mask. Dengan erti lain, IP ini adalah alamat IP virtual, yang tidak
menghubungkan dengan mana-mana peranti lain (maknanya peranti tersebut
membina jaringannya sendiri dan menggunakan pada dirinya sendiri).

NO. KOD / CODE NO. IT-030-3:2013-C04/P(2/4) Muka Surat / Page : 15
Drpd/ of : 21

Selalunya IP "loopback" digunakan oleh perisian seperti XAMPP, WAMP yang
dipasang pada komputer anda untuk bertindak seolah-olah sebagai pelayan untuk
digunakan semasa proses pembinaan sistem atau laman web. Selalunya ianya lebih
mesra dikenali sebagai "localhost".

Dengan cara ini, anda boleh menguji sistem perisian tersebut pada jaringan tanpa
perlu memasuki atau menghubungkan kepada jaringan yang sebenar menerusi
pemasangan Network Interface Card (NIC) dan penyambungan kepada TCP/IP.
Anda boleh mengakses jaringan tersebut sama ada menaip alamat pada pelayar
internet (browser) sama ada http://127.0.0.1 atau http://localhost.

5.2 Subnet Mask
Subnet Mask adalah istilah teknologi maklumat dalam bahasa Inggeris yang merujuk
kepada nilai 32 bit yang digunakan untuk membezakan network ID dengan host ID
yang menunjukkan lokasi host sama ada pada rangkaian tempatan atau rangkaian
luar.

RFC 950 mendefinisikan penggunaan subnet mask yang disebut juga sebagai
address mask sebagai nilai 32-bit yang digunakan untuk membezakan network
identifier dari host identifier dalam sebuah IP Address.

Setiap host dalam sebuah rangkaian yang menggunakan TCP/IP memerlukan
sebuah subnet mask meskipun berada dalam sebuah rangkaian dengan satu
segmen sahaja. Sama ada subnet mask default (yang digunakan pada network
identifier berasaskan kelas) ataupun subnet mask yang ditetapkan (yang digunakan
ketika membuat subnet atau supernet) harus dikonfigurasikan dalam setiap node
TCP/IP.

NO. KOD / CODE NO. IT-030-3:2013-C04/P(2/4) Muka Surat / Page : 16
5.3 Gateway Drpd/ of : 21

Gateway adalah komputer yang memiliki minimum 2 buah network interface untuk
menghubungkan 2 buah rangkaian atau lebih. Di Internet, alamat boleh dicapai
melalui gateway yang menyediakan laluan ke arah mana untuk pergi supaya paket
data sampai ke destinasi.

5.4 Domain Name System (DNS)

Domain Name System (DNS) atau Sistem Penamaan Domain merupakan sebuah
sistem yang menyimpan maklumat tentang nama host maupun nama domain dalam
bentuk distributed database. Dalam rangkaian komputer, DNS menyediakan alamat
IP untuk setiap nama host dan log setiap pelayan pertukaran mel yang menerima mel
elektronik (e-mel) untuk setiap domain.

NO. KOD / CODE NO. IT-030-3:2013-C04/P(2/4) Muka Surat / Page : 17
Drpd/ of : 21

DNS menyediakan perkhidmatan yang cukup penting untuk Internet, apabila
komputer dan perkakasan rangkaian berfungsi dengan alamat IP untuk
melaksanakan tugas penghantaran data, pengguna biasanya memilih untuk
menggunakan nama host dan nama domain, contohnya seperti Uniform Resource
Locator (URL) dan alamat e-mel, DNS menyediakan perkhidmatan ini.

NO. KOD / CODE NO. IT-030-3:2013-C04/P(2/4) Muka Surat / Page : 18
Konfigurasi IP Address Drpd/ of : 21

LANGKAH 1: Masuk ke control panel. Pilih bahagian Network and Internet dan pilih
View network status and tasks.

LANGKAH 2: Setelah masuk Network and Sharing Center, pada panel menu
sebelah kiri, pilih Change adapter setting.

NO. KOD / CODE NO. IT-030-3:2013-C04/P(2/4) Muka Surat / Page : 19
Drpd/ of : 21

LANGKAH 3: Pilih Local Area Connection untuk konfigur IP address. Pada icon
adapter tersebut, klik kanan dan pilih properties.

LANGKAH 4: Akan terpapar kotak dialog properties. Pilih Internet Protocol Version 4
(TCP/IPv4) dan klik properties.

Pada bahagian ini, akan terpapar kotak bagi membolehkan IP Address dikonfigurasi.
Terdapat dua kaedah dalam menetapkan IP Address iaitu secara static atau dynamic.

NO. KOD / CODE NO. IT-030-3:2013-C04/P(2/4) Muka Surat / Page : 20
Drpd/ of : 21

LANGKAH 5: Menetapkan IP Address di windows secara static (Manual).

LANGKAH 6: Menetapkan IP Address di windows secara dynamic (Automatik).

NO. KOD / CODE NO. IT-030-3:2013-C04/P(2/4) Muka Surat / Page : 21
SOALAN/QUESTION: Drpd/ of : 21

1. Nyatakan 3 perkara yang perlu dipertimbangkan dalam pemasangan rak
rangkaian dan terangkan setiap satunya.
........................................................................................................................................
........................................................................................................................................
........................................................................................................................................
........................................................................................................................................
........................................................................................................................................
........................................................................................................................................
........................................................................................................................................

2. Berikan maksud IP Address.
........................................................................................................................................
........................................................................................................................................
........................................................................................................................................

3. Terangkan langkah-langkah penetapan IP Address.
........................................................................................................................................
........................................................................................................................................
........................................................................................................................................
........................................................................................................................................
........................................................................................................................................
........................................................................................................................................
........................................................................................................................................
........................................................................................................................................
........................................................................................................................................

RUJUKAN/REFERENCE:
https://www.connectingup.org/learn/articles/planning-network-installation
https://www.ensign-net.co.uk/network-installation.html
https://www.theregister.co.uk/2018/04/18/last_ipv4_address/
https://study.com/academy/lesson/ipv4-address-structure-classes-and-types.html


Click to View FlipBook Version