BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL VOKASIONAL
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA
NOTA KURSUS
SEMESTER SEMESTER 1 DIPLOMA SESI 2020/2021
JABATAN
PROGRAM JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
KOD/KURSUS
KOMPETENSI DIPLOMA TEKNOLOGI MAKLUMAT
DKB 2323 COMPUTER NETWORK SETUP AND CONNECTIVITY
01
KOMPETENSI COMPUTER NETWORK SET-UP SPECIFICATION
UNIT 1.1 Types of Computer Network Connectivity
1.2 Type of Wireless Technology
1.3 Type of Network Encryption
1.4 Mobile Technology
1.5 Types of Server Form Factor and Server Rack
1.6 Server handling Procedure
1.7 Types of Network Topology
1.8 Types of Computer Peripheral and its Driver
1.9 Types of Network Installation schedule
1.10 Network Installation Equipment
Student learn about the characteristics and limitation of computer and the
KOMPETENSI development of computer components, such as microprocessors, input/ output
PEMBELAJARAN devices, peripherals and storage devices.
NO KOD DKB1113/NK02/7 MUKA : 01 DARIPADA 37
NAMA PELAJAR
EDISI 1/JAN 2020
NO. KOD / CODE NO. IT-030-3:2013-C04/P(1/4) Muka / Page : 2
Drpd/ of : 32
TAJUK/TITLE: MENGANALISIS SPESIFIKASI PEMASANGAN RANGKAIAN KOMPUTER
TUJUAN/PURPOSE:
Kertas Penerangan adalah bertujuan untuk menerangkan mengenai perkara-perkara dalam
menganalisis dan mengenal pasti spesifikasi pemasangan rangkaian komputer.
PENERANGAN/INFORMATION:
1. JENIS SAMBUNGAN RANGKAIAN KOMPUTER
Jenis-jenis rangkaian sebenarnya ditakrifkan mengikut lingkungan geografi sesuatu rangkaian itu.
Selain itu, perbezaan di antara skema rangkaian-rangkaian tersebut turut melibatkan jarak dan
orientasi. Terdapat tiga jenis rangkaian komputer yang asas iaitu:
1. Rangkaian Kawasan Setempat (Local Area Network-LAN)
2. Rangkaian Kawasan Luas (Wide Area Network-WAN)
3. Rangkaian Kawasan Metropolitan (Metropolitan Network-MAN)
1.1 Rangkaian Kawasan Setempat (LAN)
Rangkaian Kawasan Setempat (LAN) terhad kepada batasan geografi yang kecil. Contoh LAN
ialah rangkaian yang meliputi sesebuah bangunan, sekolah, pejabat atau kampus. LAN adalah
satu rangkaian yang menghubungkan sebilangan komputer didalam kawasan terhad seperti
dalam kampus universiti, didalam sesebuah bangunan dan didalam bilik serta kerap
dihubungkan dengan komputer kerangka utama atau minikomputer. Jarang sekali rangkaian
LAN meliputi kawasan yang mempunyai jarak lebih daripada satu batu. Rangkaian LAN dapat
dihubungkan dengan pelbagai kaedah sepeti kabel pasangan terpiuh atau berpintal, gentian
optik,talian telefon dan cahaya inframerah serta isyarat radio.
2
NO. KOD / CODE NO. IT-030-3:2013-C04/P(1/4) Muka / Page : 3
Drpd/ of : 32
1.2 Rangkaian Kawasan Luas (WAN)
Rangkaian WAN menggabungkan dua atau lebih rangkaian LAN dan biasanya melibatkan suatu
kawasan geografi yang luas. WAN menghubungkan suatu kawasan yang lebih luas dari segi
geografinya contohnya menghubungkan Florida, Amerika Syarikat dengan dunia. WAN berupaya
menghubungkan sekolah-sekolah di Florida dengan tempat-tempat lain di dunia contohnya
Tokyo dalam hanya beberapa minit sahaja, tanpa perlu menyediakan sejumlah wang yang besar
untuk membayar bil telefon. Rangkaian WAN amat rumit dan kompleks kerana memerlukan
pelbagai perkakasan dan perisian sebelum membolehkan rangkaian setempat dan metropolitan
berhubung secara global dan antarabangsa seperti internet.
3
NO. KOD / CODE NO. IT-030-3:2013-C04/P(1/4) Muka / Page : 4
Drpd/ of : 32
1.3 Rangkaian Kawasan Metropolitan (MAN)
Rangkaian MAN meliputi suatu kawasan geografi yang luas berbanding dengan rangkaian LAN.
Rangkaian MAN biasanya beroperasi di bandar-bandar, gabungan beberapa buah sekolah atau
di sesebuah daerah. Dengan menggunakan rangkaian MAN, informasi dan maklumat dapat
disebarkan dengan meluas, cepat dan berkesan. Contoh penggunaan MAN seperti di
perpustakaan-perpustakaan awam, dan agensi kerajaan.
2. JENIS TEKNOLOGI RANGKAIAN TANPA WAYAR
2.1 WIFI
WIFI merupakan kependekan kepada Wireless Fidelity di mana istilah ini telah diberikan secara
rasmi oleh WECA (Wireless Ethernet Compatibility Alliance). WIFI mula diperkenalkan menerusi
produk-produk tanpa wayar pada penghujung tahun 1998. Penggunaan WIFI adalah merujuk
kepada sistem rangkaian pautan tanpa wayar yang menggunakan hubungan jalurlebar
(broadband), titik capaian (access point) dan kad WIFI yang diinstall didalam komputer bagi
membolehkan pengguna berkongsi fail dan pencetak serta melayari Internet sama seperti
rangkaian LAN biasa.
Kelebihan WI-Fi:
Laju (11 Mbps).
Stabil Jarak lebih jauh (75 hingga 125 meter).
Boleh digabungkan dengan rangkaian berwayar semasa,
Serasi dengan sebarang peranti 802.11 DSSS.
Kelemahan Wi-Fi:
Agak sukar untuk dipasang.
4
NO. KOD / CODE NO. IT-030-3:2013-C04/P(1/4) Muka / Page : 5
Drpd/ of : 32
Kelajuan tidak konsisten.
Perbezaan istilah teknologi rangkaian antara WPAN, 3G, Wi-Fi, dan WiMax:
Jarak WPAN (Wireless Wi-Fi atau WiMax 3G
Kelajuan Personal Area WLAN (Worldwide
Network) Interoperability Jarak jauh
(Wireless Local for Microwave 2 Mbps
Jarak dekat Area Network)
seperti Bluetooth Access)
100 meter
(802.15.1) 50 kilometer
110-480 Mbps 15 – 54 Mbps
15 – 75 Mbps
2.2 WIMAX
WiMAX adalah teknologi rangkaian 4G. Merupakan rangkaian kawasan luas (WAN) tanpa wayar
yang boleh berfungsi sama seperti talian DSL tetapi tanpa wayar. WIMAX boleh memberi
perkhidmatan Internet kepada komputer sama seperti cara GSM memberikan sambungan
telefon ke telefon bimbit dan membolehkanya berfungsi sama seperti telefon talian tetap.
5
NO. KOD / CODE NO. IT-030-3:2013-C04/P(1/4) Muka / Page : 6
Drpd/ of : 32
3. JENIS PENYULITAN RANGKAIAN
3.1 Wired Equivalent Privacy (WEP)
Maksud WEP (Wired Equivalent Privacy) adalah satu sistem keselamatan jaringan WIFI, disebut
juga dengan nama Shared Key Authentication. Shared Key Authentication adalah cara
pengesahan yang memerlukan penggunaan WEP. Penyulitan WEP menggunakan kata laluan
yang dimasukkan oleh administrator ke client mahupun access point. Kata laluan ini harus sama
daripada access point ke client dengan yang dimasukkan client untuk pengesahan kepada
access point.
Telah diperkenalkan lebih awal daripada WPA dan merupakan salah satu protokol keselamatan
wireless yang pertama pada September 1999. Walaupun ketinggalan zaman, WEP masih boleh
didapati pada banyak peranti rangkaian yang lama. Apabila WEP digunakan, kata laluan
keselamatan dicipta dan data tanpa wayar disulitkan. Malangnya, WEP tidak begitu canggih dan
boleh dipintas oleh penggodam yang berniat untuk mencuri data.
o Merupakan enkripsi yang pertama untuk Wi-Fi.
o Menggunakan algoritma enkripsi RC4.
o Tersedia pada semua access point.
o Biasanya digunakan oleh home user dan syarikat pembekal atau pengeluar
o Juga disebut dengan nama Shared Key Authentication. Shared Key Authentication
adalah cara pengesahan yang memerlukan penggunaan WEP.
o Enkripsi WEP menggunakan kunci yang dimasukkan oleh Administrator ke klien
mahupun access point. Kunci ini harus sama dari access point ke klien, dengan yang
dimasukkan klien untuk pengesahan menuju access point.
Kelebihan WEP Kelemahan WEP
Hanya menggunakan enkripsi 46 – 128 bit
Tetapan secara automatik sahaja
Masa untuk memecahkan kombinasi WEP
Hampir semua komponen wireless adalah lebih rendah atau cepat
menyokong protokol ini
3.2 Work Progress Administration (WPA/WPA2)
WPA-PSK (WIFI Protected Access - Pre Shared Key) adalah sistem keselamatan jaringan WIFI
dengan menggunakan kaedah WPA-PSK jika tidak ada pengesahan server yang digunakan.
Oleh sebab itu, access point dapat dijalankan dengan kaedah WPA tanpa menggunakan
bantuan komputer lain sebagai server. Cara kongurasi juga cukup mudah. Perlu diketahui
bahawa tidak semua access point mempunyai kemudahan yang sama dan tidak semua access
point menggunakan cara yang sama dalam mendapatkan SharedKey yang akan diberikan
kepada client. WPA2 adalah pensijilan produk yang tersedia menerusi WIFI Alliance. Pensijilan
WPA2 hanya menyatakan bahawa peralatan WIFI yang sesuai dengan standard IEEE 802.11i.
Pensijilan produk WPA2 yang secara rasmi menggantikan Wired Equivalent Privacy (WEP) dan
ciri keselamatan lain yang asli dengan standard IEEE 802.11. Tujuan pensijilan WPA2 adalah
untuk menyokong ciri keselamatan standard IEEE 802.11i yang kini hampir digunakan semua
produk elektronik.
6
NO. KOD / CODE NO. IT-030-3:2013-C04/P(1/4) Muka / Page : 7
Drpd/ of : 32
Merupakan protokol keselamtan yang direka untuk membuatkan rangkaian Wi-Fi sukar untuk
digodam. WPA2 menawarkan keselamatan dengan enkripsi agoritma yang lebih kompleks
berbanding WPA atau WEP.
Merupakan standard keselamatan 80211i, Robust Security Network (RSN), Counter
Mode CBC MAC Protocol (CCMP) dan Temporary Key Integrity Protocol (TKIP).
Apabila menggunakan peranti WPA2, ia secara automatik menggunakan Advanced
Encryption Standard (AES). AES merupakan protokol enkripsi yang lebih selamat.
Kebanyakkan router WPA2 datang dengan dua tetapan iaitu AES atau AES + TKIP.
Kelebihan WPA2 Kelemahan WPA2
Memerlukan kuasa pemprosesan
Versi yang lebih baik berbanding WPA yang lebih
Menyokong AES (Advanced Encryption
Standard)
Sangat sukar digodam
Rajah 23: WPA2 (Wi-Fi Protected Access 2)
3.3 Advance Encryption Standard (AES)
Advance Encryption Standard (AES) adalah standard penyulitan utama simetri yang diterima
pakai oleh kerajaan Amerika Syarikat. Piawaian ini terdiri daripada 3 blok ciphers, AES-128,
AES-192 dan AES-256, yang diterima pakai daripada koleksi yang lebih besar yang asalnya
diterbitkan sebagai Rijndael. Setiap cip mempunyai saiz 128-bit, dengan saiz utama 128, 192,
dan 256 bit. AES telah dianalisis secara meluas dan kini digunakan di seluruh dunia.
3.4 Remote Authentications Dial in User Service (RADIUS)
Remote Authentication Dial In User Service (RADIUS) adalah protokol rangkaian yang
menyediakan pengesahan bagi komputer untuk menyambung dan menggunakan perkhidmatan
rangkaian. RADIUS telah dibangunkan oleh Livingston Enterprises pada tahun 1991 sebagai
pengesahan akses pelayan dan protokol dengan standard Internet Engineering Task Force
(IETF). Kerana menyokong pelbagai protokol, RADIUS sering digunakan oleh ISP dan syarikat
7
NO. KOD / CODE NO. IT-030-3:2013-C04/P(1/4) Muka / Page : 8
Drpd/ of : 32
untuk menguruskan akses ke Internet atau rangkaian dalaman, rangkaian tanpa wayar dan
boleh diintegrasikan dengan perkhidmatan e-mel. Rangkaian ini boleh menggabungkan modem,
DSL, access point, VPN, port network dan web server.
3.5 Temporal Key Integrity Protocol (TKIP)
Temporal Key Integrity Protocol (TKIP) adalah protokol keselamatan rangkaian tanpa wayar
daripada standard IEEE 802.11. Penyulitan TKIP adalah lebih baik daripada WEP yang
merupakan protokol keselamatan WIFI yang pertama. Berikut merupakan ciri-ciri TKIP:
i. Meningkatkan tahap keselamatan.
ii. Mencegah collision attacks tanpa perlu menggantikan perkakasan.
iii. Berfungsi sebagai code wrapper WEP dan juga menambah setiap paket pada kekunci
asas dan nombor siri Media Access Control (MAC)
iv. Menetapkan nombor penjujukan 48-bit yang unik untuk setiap paket.
v. Menggunakan stream cipher RC4 iaitu kunci penyulitan 128-bit dan kunci pengesahan
64-bit.
4. JENIS SERVER FORM FACTOR
4.1 Tower Unit
Server ini adalah server yang paling asas. Secara fizikal boleh digambarkan seperti PC atau
workstation. Server ini ditempatkan di lantai atau di meja. Terdapat server yang mempunyai kaki
atau tapak bagi memberikan kesetabilan kerana server ini sangat berat.
8
NO. KOD / CODE NO. IT-030-3:2013-C04/P(1/4) Muka / Page : 9
Drpd/ of : 32
4.2 Rack Mounted
Server jenis ini boleh digambarkan seperti kotak pizza. Server ini berketinggian minimum 1.75”
dan lebar 19”. 1.75” ini digambarkan sebagai ‘1U’ dimana ‘U’ adalah ‘Unit’. Server jenis ini boleh
menjadi 1U, 2U 3U dan 4U. Walaubagaimanapun, server ini perlu mempunyai peralatan
tambahan iaitu rak server. Server jenis ini perlu diletakkan di dalam rak server. Kelebihannya
server boleh diatur dengan teratur dan mengurangkan penggunaan ruang jika terdapat banyak
server.
4.3 Blade Unit
Server ini adalah server terkecil tetapi berkuasa. Walaubagaimanapun, server ini perlu
dimasukkan kedalam casis yang khas. Casis ini mengandungi slot yang server blade boleh
dimasukkan dengan mudah tanpa perlu ada penyambungan lain, seperti keayboard, mouse,
monitor dan network. Blade server direka khusus untuk kemudahan “pasang dan buka”. Casis
untuk server ini adalah dalam bentuk rack mounted berukuran 10U. Dengan kehadiran blade
server, lebih ruang lagi untuk server.
9
NO. KOD / CODE NO. IT-030-3:2013-C04/P(1/4) Muka / Page : 10
Drpd/ of : 32
5. JENIS RAK SERVER
5.1 42U
5.2 19U
10
NO. KOD / CODE NO. IT-030-3:2013-C04/P(1/4) Muka / Page : 11
5.3 Open Frame Rack Drpd/ of : 32
5.4 Post Relay Rack
6. PROSEDUR PENGENDALIAN SERVER
Harus merujuk kepada Standard Operating Procedure (SOP) dalam mengendalikan dan membuat
penyelenggaraan kepada peralatan rangkaian.
Kebanyakkan Administrator mempunyai senarai langkah yang perlu dilakukan ke atas sesebuah
server baru. Di bawah menunjukkan langkah-langkah yang perlu dilakukan ke atas sesebuah
server.
1. Memasang atau menginstalasi sistem pengoperasian.
Terdapat banyak sistem pengoperasian samada percuma atau berbayar.
Contoh sistem pengoperasian berbayar (berlesen) adalah Windows Server dan Mac OS
X Server.
Contoh sistem pengoperasian percuma (tidak berlesen) adalah Linux, Ubuntu Server
dan Novell Netware.
11
NO. KOD / CODE NO. IT-030-3:2013-C04/P(1/4) Muka / Page : 12
Drpd/ of : 32
Rajah 30 & 31: Proses instalasi atau pemasangan Windows Server 2012 dan Novell
Netware
2. Menamakan server.
Administrator perlu menukar nama server supaya mudah untuk dikonfigurasi dan
dikenalpasti.
Rajah 32: Menamakan server
3. Menyertai domain.
Rajah 33: Menyertai domain
12
NO. KOD / CODE NO. IT-030-3:2013-C04/P(1/4) Muka / Page : 13
Drpd/ of : 32
4. Mengkonfigurasi firewall.
Firewall dapat mengenalpasti dan menyekat akses pengguna yang tidak sah iaitu
penggodam ke atas sistem server.
Rajah 34: Tetapan firewall di Windows Server 2012
5. Enablekan Remote Desktop.
Membolehkan pengurusan jarak jauh.
Rajah 35: Tetapan Remote Desktop di Windows Server 2012
6. Mengkonfigurasi tetapan alamat IP.
Pelayan perlu dikonfigurasi dengan alamat IP statik supaya memudahkan
pengenalpastian dan konfigurasi rangkaian menjadi lebih mudah.
Perlu disetkan maklumat IP Address, DNS, Gateway dan Subnet Mask pada server
Alamat DNS perlu direkodkan untuk digunakan oleh komputer klien.
13
NO. KOD / CODE NO. IT-030-3:2013-C04/P(1/4) Muka / Page : 14
Drpd/ of : 32
Rajah 36: Tetapan alamat IP
7. Mengkonfigurasi kemas kini sistem pengoperasian.
Memastikan server sentiasa dalam keadaan selamat.
Menyelesaikan isu-isu dan bugs.
Mengakses ciri-ciri terbaru.
Rajah 37: Tetapan Windows Update
14
NO. KOD / CODE NO. IT-030-3:2013-C04/P(1/4) Muka / Page : 15
8. Mengkonfigurasi tetapan zon masa. Drpd/ of : 32
Rajah 38: Tetapan zon masa
9. Memasang perisian Anti-virus.
Keselamatan server amat penting kerana selalunya server menyimpan maklumat
penting sesuatu organisasi.
Antivirus digunakan bagi langkah-langkah keselamatan supaya tidak digodam dan
dimasuki virus kerana terdapat jenis server yang sering menggunakan internet dan
melibatkan bilangan pengguna yang ramai.
Contoh antivirus yang sering digunakan ialah Kaspersky Lab,Bit Defender, Panda
Antivirus, Sophos, Trend Micro , ESET, McAfee,Symantec, F-Secure dan lain-lain.
Rajah 39: Contoh perisian antivirus
15
NO. KOD / CODE NO. IT-030-3:2013-C04/P(1/4) Muka / Page : 16
Drpd/ of : 32
7. JENIS TOPOLOGI RANGKAIAN
7.1 Topologi Bintang
Topologi Bintang merupakan topologi yang menyambung segala elemen dalam rangkaian ke
satu pusat. Segala kabel yang menghubung semua elemen rangkaian komputer berakhir di satu
titik. Dengan topologi ini, kerosakkan fizikal pada satu kabel tidak akan menyebabkan segmen
lain tidak berfungsi. Jenis kabel Unshielded Twisted Pair (UTP) merupakan jenis kabel yang
biasa digunakan pada topologi bintang. Hub pula bertindak sebagai pengulang untuk aliran data.
Kelebihan
i. Sesuai untuk sistem rangkaian yang besar dan amat mudah untuk membesarkannya.
ii. Prestasi sistem rangkaian boleh dipertingkatan dengan mengantikan hub kepada switch.
iii. Boleh menggunakan berbagai jenis kabel UTP, STP dan sebagainya.
iv. Mudah melakukan kerja penyelenggaran dan pemeriksaan terhadap sebarang
kepincangan sistem rangkaian. Ini dapat dilakukan kerana setiap kabel disambung terus
ke peralatan.
Kelemahan
i. Kos pemasangan yang tinggi.
ii. Kerosakkan hub akan menyebabkan seluruh rangkaian akan lumpuh.
16
NO. KOD / CODE NO. IT-030-3:2013-C04/P(1/4) Muka / Page : 17
Drpd/ of : 32
7.2 Topologi Bas
Topologi ini yang paling mudah dan selalu digunakan untuk mewujudkan rangkaian komputer
dengan segera. Apa yang perlu hanyalah menyambung setiap alat seperti komputer dan mesin
pencetak secara bersiri. Kaedah ini sangat mudah dipasang tetapi jika terdapat sebarang
kerosakkan pada satu kabel maka semua alat atau komputer di atas segmen itu tidak boleh
beroperasi. Topologi Bas menghantar data hanya dalam satu arah dan setiap peranti
disambungkan kepada satu kabel.
Kelebihan
i. Pemasangan amat mudah dan murah. Mudah untuk menambah nod (nodes) iaitu
dengan menyambung nod baru secara bersiri.
ii. Sesuai untuk sistem rangkaian yang kecil.
Kelemahan
i. Sekiranya satu kabel mengalami kerosakkan, sistem rangkaian tidak akan berfungsi.
ii. Setiap kali penambahan peralatan sistem rangkaian seperti PC akan menyebabkan
gangguan sistem rangkaian. Ini kerana sambungan topologi bas perlu dicabut untuk
menambah kabel dan penyambung (Connector).
iii. Hanya sesuai untuk sistem rangkaian yang kecil. Hal ini kerana, apabila jumlah komputer
telah bertambah, kita sering terlupa di mana mula dan akhirnya penamat (Terminator) 50
ohm. Sekiranya tidak mengetahuinya, maka proses baik pulih rangkaian akan mengambil
masa yang lama.
17
NO. KOD / CODE NO. IT-030-3:2013-C04/P(1/4) Muka / Page : 18
Drpd/ of : 32
7.3 Topologi Mesh
Topologi mesh adalah sambungan titik-ke-titik nod atau peranti lain. Semua nod rangkaian
dihubungkan antara satu sama lain. Mesh mempunyai n (n-2) / 2 saluran fizikal untuk
menghubungkan n peranti. Terdapat dua teknik untuk menghantar data melalui topologi mesh
iaitu routing dan flooding. Dalam routing, nod mempunyai logik routing, sebagai satu keperluan
rangkaian. Seperti laluan logik untuk mengarahkan data untuk sampai ke destinasi
menggunakan jarak yang singkat. Flooding pula merupakan data yang sama dihantar kepada
semua nod rangkaian. Oleh sebab itu, tiada laluan logik diperlukan. Rangkaian ini adalah kukuh
dan tidak mungkin berlaku kehilangan data. Tetapi ia membawa kepada beban yang tidak
diingini melalui rangkaian.
Kelebihan
i. Setiap sambungan boleh membawa beban data sendiri.
ii. Kerosakan dapat dikenal pasti dengan mudah.
iii. Menyediakan keselamatan dan privasi.
Kelemahan
i. Pemasangan dan konfigurasi adalah sukar.
ii. Kos cabling yang tinggi.
iii. Pendawaian yang besar diperlukan.
18
NO. KOD / CODE NO. IT-030-3:2013-C04/P(1/4) Muka / Page : 19
Drpd/ of : 32
7.4 Topologi Hybrid
Topologi hybrid adalah dua jenis topologi yang merupakan campuran dua atau lebih topologi.
Sebagai contoh jika di sebuah pejabat di satu jabatan menggunakan topologi cincin dan dalam
masa yang sama topologi bintang lain digunakan. Perhubungan antara dua topologi ini akan
menghasilkan Topologi Hybrid (topologi cincin dan topologi bintang).
Kelebihan
i. Boleh mengesan kerosakan dan proses troubleshooting yang mudah.
ii. Berkesan.
iii. Fleksibel.
Kelemahan
i. Kompleks dalam reka bentuk.
ii. Mahal.
19
NO. KOD / CODE NO. IT-030-3:2013-C04/P(1/4) Muka / Page : 20
Drpd/ of : 32
7.5 Topologi Cincin
Dengan topologi cincin, setiap elemen computer disambung bersiri dan dibentuk dalam bulatan.
Hampir sama dengan topologi bas tetapi kedua hujung kabel ditemukan untuk membentuk
bulatan. Mengunakan topologi logikal Token Passing. Cincin Token (Token Ring), kabel
appletalk dan FDDI menggunakan konsep cecincin. Fiber Distributed Data Interface (FDDI)
antaramuka gentian data teragih mempunyai 2 cecincin, apabila satu cecincin tersebut rosak,
cecincin satu lagi akan aktif.
Kelebihan
i. Mudah untuk memasangnya dan memerlukan kabel yang pendek sahaja.
ii. Sistem rangkaian akan menjadi lebih besar.
iii. Prestasi yang lebih baik sekiranya beban sistem rangkaian bertambah tinggi.
iv. Sesuai digunakan sebagai tulang belakang (back bone) sistem rangkaian.
Kelemahan
i. Setiap penambahan akan menyebabkan sistem rangkaian terganggu kerana terputusnya
hubungan di dalam cincin (ring).
ii. Kepincangan berlaku apabila MAU (penyambung) mengalami kerosakan.
iii. Prestasi kurang baik untuk sistem rangkaian yang kurang sibuk.
20
NO. KOD / CODE NO. IT-030-3:2013-C04/P(1/4) Muka / Page : 21
Drpd/ of : 32
7.6 Topologi Pokok
Topologi pokok mempunyai nod bertapak dan semua nod lain disambungkan kepadanya
membentuk hierarki. Topologi ini juga dikenali sebagai topologi hierarki yang mana sekurang-
kurangnya harus mempunyai tiga tahap hierarki. Topologi pokok sesuai jika stesen kerja berada
dalam kumpulan dan digunakan dalam rangkaian kawasan luas WAN.
Kelebihan
i. Pengembangan nod adalah mudah.
ii. Mudah diuruskan dan dikekalkan.
iii. Pengesanan ralat atau kerosakan mudah dilakukan.
Kelemahan
i. Banyak kabel diperlukan.
ii. Mahal.
iii. Jika nod ditambah penyelenggaraan adalah sukar.
iv. Jika pusat hab gagal maka rangkaian gagal.
21
NO. KOD / CODE NO. IT-030-3:2013-C04/P(1/4) Muka / Page : 22
Drpd/ of : 32
8. JENIS PERKAKASAN KOMPUTER
8.1 Network Interface Card (NIC)
Network Interface Card (NIC) menyediakan antara muka perkakasan antara komputer dan
rangkaian. NIC merupakan perkakasan rangkaian dalam bentuk kad PCI. Terdapat dua jenis kad
NIC iaitu untuk sambungan berwayar dan tanpa wayar. NIC Ethernet dipasang di dalam system
komputer dan digunakan bersama kabel rangkaian manakala Wi-Fi NIC mengandungi pemancar
atau penerima terbina (transceiver).
8.2 Scanner
Pengimbas adalah peranti yang menangkap imej daripada cetakan fotografi, poster, halaman
majalah, dan sumber yang serupa untuk penyuntingan dan paparan komputer. Pengimbas jenis
flatbed hanya mengimbas imej hitam putih dan berwarna. Pengimbas beresolusi tinggi
digunakan untuk mengimbas percetakan resolusi tinggi tetapi pengimbas resolusi rendah adalah
mencukupi untuk menangkap imej untuk paparan komputer. Pengimbas biasanya datang
dengan perisian seperti produk Adobe Photoshop yang membolehkan pengubahan saiz dan
mengubah suai imej yang ditangkap.
22
NO. KOD / CODE NO. IT-030-3:2013-C04/P(1/4) Muka / Page : 23
Drpd/ of : 32
8.3 Printer / Multifunction
Printer adalah perkakasan yang dapat kita gunakan untuk mencetak dokumen daripada
komputer kepada kertas.
8.4 Computer / PC
Peranti elektronik yang menyimpan, mengambil, dan memproses data dan boleh diprogramkan
dengan arahan. Komputer terdiri daripada perkakasan dan perisian yang wujud dalam pelbagai
saiz dan konfigurasi.
8.5 Server
Server adalah sistem komputer yang menyediakan jenis layanan (perkhidmatan) tertentu dalam
sesebuah rangkaian komputer. Server ini disokong dengan pemproses yang dan RAM yang
berspesifikasi tinggi dan juga dilengkapi dengan sistem pengendalian khas, yang dipanggil
sistem operasi rangkaian. Server juga menjalankan perisian pentadbiran yang mengawal akses
kepada rangkaian dan sumber-sumber yang terdapat di dalamnya seperti fail atau pencetak dan
memberikan akses kepada setiap stesen kerja dalam sesebuah rangkaian. Server terdiri
daripada beberapa jenis yang sesuai dengan fungsinya antaranya:
i. Server Aplikasi (Application server)
ii. Server Data (Data Server)
iii. Server Proxy (Proxy Server).
23
NO. KOD / CODE NO. IT-030-3:2013-C04/P(1/4) Muka / Page : 24
Drpd/ of : 32
8.6 Wireless Devices
Peranti tapa wayar merujuk kepada sebarang jenis peralatan komunikasi yang tidak memerlukan
wayar fizikal untuk dihubungkan kepada peranti lain.
8.7 Keyboard, Video, Mouse (KVM)
Switch KVM adalah perkakasan yang membolehkan pengguna mengendalikan beberapa
komputer lebih daripada satu keyboard, monitor video dan tikus. Walaupun beberapa komputer
disambungkan ke KVM, biasanya bilangan komputer yang lebih kecil dapat dikendalikan pada
waktu tertentu. Peranti moden juga telah menambah keupayaan untuk berkongsi peranti lain
seperti peranti USB dan audio.
24
NO. KOD / CODE NO. IT-030-3:2013-C04/P(1/4) Muka / Page : 25
Drpd/ of : 32
8.8 Batteries and Uninterruptible Power Supply (UPS)
Bateri dan Uninterruptible Power Supply (UPS) digunakan bagi menyediakan sumber kuasa
sandaran kepada komputer, monitor dan mana-mana perkakasan lain yang dipasang kepadanya
sekiranya bekalan elektrik terputus.
9. DRIVER PERKAKASAN KOMPUTER
Driver adalah merupakan sejenis fail pembawa atau pemacu kepada sesuatu perkakasan. Fail
driver ini juga berfungsi menghubungkan antara perkakasan dengan windows agar windows dapat
memberikan arahan kepada perkakasan mengenai tugas-tugas yang perlu dijalankan. Tanpa fail
driver ini, sesuatu perkakasan yang terhubung kepada komputer tidak akan dapat berfungsi dan
segala perkakasan terhubung ke komputer tidak dapat menerima arahan. Semua perkakasan yang
terhubung pada USB komputer mahupun board komputer memerlukan driver.
10. JENIS JADUAL PEMASANGAN RANGKAIAN
Jadual pemasangan rangkaian adalah menggunakan grafik jadual yang menunjukkan setiap aktiviti
mengikut urutan dan masa yang diperlukan untuk menyelesaikan setiap satu aktiviti. Ia digunakan
untuk mengenalpasti tarikh mula awal dan lewat serta tarikh akhir awal dan akhir, untuk bahagian –
bahagian atktiviti jadual projek yang belum selesai. Jadual ini juga dapat mengetahui dimana aktiviti
yang sukar dan memerlukan lebih masa. Ia biasanya diwakili dalam bentuk Carta Gantt. Jadual
pemasangan terbahagi kepada dua kelas iaitu mengganggu (interruptive) dan tidak mengganggu
(non interruptive).
25
NO. KOD / CODE NO. IT-030-3:2013-C04/P(1/4) Muka / Page : 26
Drpd/ of : 32
10.1 Interruptive
– Gangguan kelas ini adalah gangguan yang mengganggu semasa pemasangan dilakukan.
– Gangguan jenis tidak dilakukan dengan sengaja dan bila-bila boleh terjadi.
– Gangguan ini menyebabkan kelewatan untuk menyiapkan projek pemasangan.
– Anda perlu membuat carta gantt kedua.
– Ia adalah sebagai Plan B jika terdapat gangguan yang tidak dapat dielakkan.
– Gangguan ini terbahagi kepada dua jenis iaitu :
Gangguan yang mungkin datang ketika kerja seperti cuti perubatan, kekurangan
alat,cuti umum dan sebagainya.
Gangguan yang tidak dijangkakan seperti bencana alam (banjir,gempa bumi)
– Anda perlu menjangkakan kelewatan siap. Mungkin perlu menambah beberapa bilangan
hari untuk pemasangan yang sepatutnya siap.
10.2 Non Interruptive
– Non Interruptive adalah tiada gangguan yang hadir ketika bekerja.
– Anda perlu merancang dan menyediakan carta gantt yang kerja pemasangan siap.
– Anda perlu menjangkakan aktiviti pemasangan anda nanti berjalan dengan lancar.
– Di dalam carta gantt tarikh dan masa siap adalah lagi cepat berbanding carta gantt jenis
interruptive
– Ia lebih dikenali sebagai Plan A.
Gantt Chart
Ramai orang tidak pernah mendengar tentang Gantt Chart. Ringkasnya, carta Gantt adalah
pandangan visual mengenai tugas yang dijadualkan dari masa ke masa. Carta Gantt digunakan
untuk perancangan projek-projek tidak kira besar atau kecil dan mereka adalah cara yang berguna
untuk menunjukkan kerja apa yang dilakukan dan dijadualkan pada hari tertentu. Carta Gantt juga
membantu anda melihat tarikh permulaan dan akhir sesuatu projek dalam pandangan yang ringkas.
26
NO. KOD / CODE NO. IT-030-3:2013-C04/P(1/4) Muka / Page : 27
Drpd/ of : 32
Dalam carta gantt anda boleh melihat :
Tarikh mula projek
Tugasan projek
Siapa yang bekerja untuk tugasan tersebut
Berapa lama tugasan ini diambil
Tarikh siap tugasan dan projek
Kebiasaannya syarikat terpaksa merancang diatas kertas atau dengan menggunakan blok
bewarna. Blok magnet dan Lego menjadi alat Carta Gantt paling popular sebelum perisian Carta
Gantt dibuat
27
NO. KOD / CODE NO. IT-030-3:2013-C04/P(1/4) Muka / Page : 28
Drpd/ of : 32
11. PERALATAN PEMASANGAN RANGKAIAN
11.1 Main Distribution Frame
i) Switch
Switch merupakan perkakasan rangkaian yang akan memilih laluan semasa
penghantaran data kepada destinasinya. Switch turut dimuatkan fungsi router iaitu
perkakasan atau perisian yang mampu menentukan laluan bagi data yang akan dihantar.
Secara umumnya, switch adalah lebih mudah dan merupakan mekanisma yang lebih laju
daripada router. Switch selalunya berada pada lapisan ke 2 iaitu lapisan data link. Namun
terdapat switch baru yang berfungsi pada lapisan ke 3 iaitu lapisan network (IP Switche).
Dalam rangkaian yang besar, perjalanan data dari satu switch ke switch yang berada di
dalam rangkaian yang berlainan dikenali sebagai hop. Masa yang diambil oleh switch
untuk menghantar data pula dikenali sebagai latency. Switch boleh dijumpai pada
peringkat rangkaian backbone dan gateway di mana satu rangkaian bersambung dengan
rangkaian yang berlainan dan pada sub rangkaian yang lain. Dalam rangkaian yang
mudah pula, switch tidak diperlukan untuk mesej yang dihantar dan diterima di dalam
rangkaian. Sebagai contoh, LAN boleh menggunakan token ring atau token bus di mana
setiap mesej yang dihantar akan dikenal pasti oleh setiap komputer untuk mengetahui
sama ada alamat mesej itu ditujukan kepada komputer tersebut atau tidak. Ia
memecahkan keseluruhan rangkaian menjadikan bahagian-bahagian yang dipanggil
28
NO. KOD / CODE NO. IT-030-3:2013-C04/P(1/4) Muka / Page : 29
Drpd/ of : 32
segmen. Setiap port tiada berkaitan di antara satu sama lain dan mempunyai kelajuan
tersendiri. Switch juga merupakan perkakasan rangkaian yang menyediakan “central
connection point” untuk penyambungan kabel daripada stesen kerja, komputer pelayan
(servers), dan lain-lain perkakasan rangkaian.
ii) Router
Router merupakan perkakasan yang berfungsi untuk menghubungkan beberapa
komputer dalam satu rangkaian yang sama. Pada awalnya, router disediakan port
ethernet untuk sambungan berwayar menggunakan kabel rangkaian. Router juga
menyediakan sambungan tanpa wayar dimana mempunyai antenna di antara satu, dua
atau tiga antenna dengan kelajuan penghantaran data yang pantas. Router tanpa wayar
membenarkan pengguna menggunakan peranti tanpa wayar seperti tablet, smartphone
untuk menggunakan rangkaian yang sama. Router perlu disambung kepada modem
kerana router tidak mempunyai akses internet. Router mempunyai port bagi
menghubungkan router kepada modem menggunakan sambungan berwayar
menggunakan kabel rangkaian.
29
NO. KOD / CODE NO. IT-030-3:2013-C04/P(1/4) Muka / Page : 30
Drpd/ of : 32
iii) Access Point
Access Point adalah perkakasan dalam sebuah rangkaian yang telah dikonfigurasi
khusus untuk memancarkan atau broadcast SSID pada sebuah wireless LAN (WLAN).
Access point berfungsi sebagai pusat pemancar bagi setiap pengguna dalam sesebuah
rangkaian dapat mengakses kepada perkhidmatan internet. Tidak seperti wireless router
yang mempunyai pelbagai fungsi, fungsi access point ini lebih spesifik kerana fungsinya
hanya untuk broadcast SSID daripada WLAN sahaja. Konfigurasi access point biasanya
diletakkan sebagai mode bridge. Hal ini bermakna, semasa pengguna bersambung
kepada SSID WIFI yang dipancarkan oleh access point, pengguna tersebut tidak
mendapat IP address dan akses internet daripada access point, tetapi daripada wireless
router.
30
NO. KOD / CODE NO. IT-030-3:2013-C04/P(1/4) Muka / Page : 31
Drpd/ of : 32
iv) Firewall
Firewall ialah perkakasan atau perisian yang berfungsi dalam rangkaian untuk
menghalang komunikasi yang tidak dibenarkan. Memasang perisian firewall dapat
membantu mengelakkan data masuk dan keluar secara tidak sah dari komputer sebaik
sahaja sistem disambungkan ke internet.
11.2 Patch Panel
Patch panel merangkumi modular jack di mana kabel jenis berpintal boleh dipasang ke
peranti. Sebuah patch panel sering digunakan untuk beberapa rangkaian komputer dengan
menghubungkan mereka melalui patch panel. Fungsi patch panel ini adalah untuk
meyambungkan serta mengemaskan kedudukan kabel rangkaian yang ingin disambungkan ke
hub atau switch.
11.3 RJ 45 Faceplate
RJ45 faceplate adalah bahagian hadapan jack modular RJ45. Faceplate boleh dipasang di
dalam atau diluar tembok. Faceplates biasanya sepasang dengan outbow/inbow (jika dipasang
menonjol keluar disebut outbow dan jika dipasang didalam dinding disebut inbow).
Outbow/inbow ini adalah sebuah box yg digunakan agar hujung kabel kelihatan lebih kemas dan
tidak terkena material pada tembok seperti semen dan pasir.
31
NO. KOD / CODE NO. IT-030-3:2013-C04/P(1/4) Muka / Page : 32
Drpd/ of : 32
11.4 Network Cable Tester
Fungsi network cable tester adalah untuk menguji penyambungan antara kabel rangkaian dan
RJ45. Tekan butang ON dan lampu LED yang bernombor 1 hingga 9 sama ada menyala atau
tidak, jika tidak menyala terdapat kerosakan pada kabel.
SOALAN/QUESTION:
1. Nyatakan 3 jenis rangkaian komputer.
.......................................................................................................................................
.......................................................................................................................................
.......................................................................................................................................
2. Terangkan jenis penyulitan rangkaian Work Progress Administration (WPA/WPA2)
.......................................................................................................................................
.......................................................................................................................................
…....................................................................................................................................
3. Berikan maksud topologi rangkaian.s
.......................................................................................................................................
.......................................................................................................................................
.......................................................................................................................................
RUJUKAN/REFERENCE:
https://apps.dtic.mil/dtic/tr/fulltext/u2/a219551.pdf
https://lib.dr.iastate.edu/cgi/viewcontent.cgi?article=1208&context=cs_techreports
https://www.ict.griffith.edu.au/teaching/1008ICT/mod4info.html
32