The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by dbu2952, 2020-11-24 21:41:11

nota k4

nota k4

KOD DAN NAMA PROGRAM BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN
PROGRAM’S CODE & NAME VOKASONAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN
MALAYSIA
TAHAP DAN SEMESTER ARAS 5&6, BLOK E14, PARCEL E,
LEVEL AND SEMESTER PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN
PERSEKUTUAN 62604 PUTRAJAYA
KOD, TAJUK KURSUS DAN
KOMPETENSI / COURSE KERTAS PENERANGAN
COMPETENCY, TITLE AND
CODE (KV) (INFORMATION SHEET)

IT-030-3:2013 COMPUTER NETWORK SERVICES

3 (SEMESTER 2)

DKB232 : COMPUTER NETWORK SETUP AND
CONNECTIVITY

K4 COMPUTER NETWORK SET-UP REPORT

C04 : COMPUTER NETWORK SET-UP

NO. DAN TAJUK UNIT WA1 : ANALYSE COMPUTER NETWORK SET-UP
KOMPETENSI / COMPETENCY SPECIFICATION
UNIT NO. AND TITLE
WA2 : CARRY OUT NETWORK INSTALLATION
WA3 : TEST NETWORK CONNECTIVITY
WA4 : PRODUCE COMPUTER NETWORK SET-UP

REPORT

NO. KOD KSKV / DKB2323/P(4/4) Muka Surat / Page : 1
KSKV CODE NO. IT-030-3:2013-C04/P(4/4) Drpd/of : 6

NO. KOD / CODE NO.

TAJUK/TITLE: MENGEMUKAKAN LAPORAN PEMASANGAN RANGKAIAN KOMPUTER

TUJUAN/PURPOSE:
Kertas penerangan ini adalah bertujuan untuk menerangkan tentang prosedur perubahan
pengurusan(change management procedure), dokumentasi buku log, jenis-jenis buku log dan
proses dokumen

NO KOD IT-030-3 IT-030-3:2013-C04/P(4/4) Muka: 2 Drpd: 6

PENERANGAN

Dokumentasi dapat dianggap sebagai bahan yang bertulis atau sesuatu yang
menyediakan informasi tentang suatu objek. Dokumentasi mengandungi hal berkaitan
deskripsi-deskripsi, penjelasan-penjelasan, carta alir, daftar-daftar, cetakan hasil
komputer, contoh-contoh objek dari sistem informasi. Dokumentasi diperlukan untuk
mempelajari cara pengoperasian sistem, ia juga boleh dijadikan sebagai latihan atau
rujukan. Selain itu, ia juga mempermudahkan komunikasi di antara pekerja.

4.1 NETWORK SERVER SETTING RECORD

 Merupakan rekod konfigurasi dan troubleshooting bagi perisian ataupun perkakasan yang
digunakan dalam sistem rangkaian. Contoh : versi perisian, setting configuration
perkakasan, rekod konfigurasi alamat IP dan lain-lain.

4.2 NETWORK ACTIVITY LOG

1. Apa itu “Activity Log”

Activity log adalah satu kaedah atau cara merekod tugas-tugas / data-data yang telah
dilaksanakan dalam bentuk jadual atau laporan. Ini dapat membantu dalam menguruskan
masa dengan bijak. Selain itu, ia dapat mengekalkan perancangan suatu proses kerja / aktiviti
bergantung kepada kemahiran individu tersebut. Kaedah ini dapat dilaksanakan dengan dua
kaedah iaitu menggunakan secara manual ataupun penggunaan perisian.

CONTOH JADUAL AKTIVITI LOG

NO KOD IT-030-3 IT-030-3:2013-C04/P(4/4) Muka: 3 Drpd: 6

2. SENARAI SEMAK

Senarai semak ataupun Checklist adalah satu dokumen yang digunakan untuk
membantu individu dalam memastikan kesempurnaan menyelesaikan tugas yang
dilaksanakan. Senarai semak amat penting digunakan semasa melaksanakan prosedur
operasi penyelenggaraan dan pencegahan. Contohnya apabila seorang juruteknik
membuat preventive maintenance di dalam makmal komputer, senarai berkenaan
tugas-tugas yang berkaitan perlu di tulis supaya tiada maklumat atau perkara yang
tercicir.

CONTOH SENARAI SEMAK

NO KOD IT-030-3 IT-030-3:2013-C04/P(4/4) Muka: 4 Drpd: 6

3. LAPORAN SERVIS

Laporan servis adalah satu dokumen yang digunakan apabila telah melaksanakan satu
kerja atau penyelenggaraan. Ia bertujuan bagi memastikan perkhidmatan servis
direkod dan dijadikan sebagai bukti kerja-kerja servis telah dilaksanakan. Laporan
servis boleh digunakan untuk kegunaan dalaman dan luaran. Kriteria yang perlu ada
dalam borang servis adalah :

a) Logo dan maklumat organisasi
b) Nombor rujukan dan tarikh servis
c) Maklumat tentang servis yang dijalankan
d) Maklumat tentang peralatan yang diservis
e) Laporan servis
f) Tandatangan pengesahan bagi juruteknik dan pelanggan

CONTOH LAPORAN PENYELENGGARAAN :

Syarikat malar Sdn.Bhd
No,13 Jalan teluk intan,

Kulaijaya,Johor
No.Faks: 07-9876541/ No.Faks:07-9876532

LAPORAN PENYELENGGARAAN

Tarikh:
No.Pendaftaraan:
Jenis peralatan:
Tahun dibeli:
No.Tagging:

RINGKASAN
1. Berdasarkan aduan yang dibuat dan jadual penyelenggaraan yang diterima dan dinyatakan komputer

yang telah digunakan telah mengalami masalah dalam proses penyimpanan data.Ia dilaporkan
mengambil masa yang lama untuk membuat sesuatu kerja dan proses dan kadangkala sistem komputer
boleh berhenti dengan sendiri.
2. Tiada sebarang kod penyelenggaraan dan laporan yang terdahulu tentang komputer berkenaan.
3. Sila rujuk jadual penyelenggaraan dan aduan kerosakan yang disertakan.

TINDAKAN.
1. Setelah diperiksa komputernya telah dimasuki dengan virus dan telah merosakkan sistem komputer
tersebut. Komputer tersebut telah digantikan fail dengan melindungi virus.Selain itu, fail yang baru perlu
dilakukan scan virus dan memperbabaharui anti-virus.
2. Semua komputer lain telah diperiksa bagi memastikan masalah yang sama tak berulang.

NO KOD IT-030-3 IT-030-3:2013-C04/P(4/4) Muka: 5 Drpd: 6

CADANGAN
1. Setiap fail,disket dan pendrive yang dibuka setiap komputer hendaklah discan terlebih dahulu bagi

memastikan tiada virus yang dibawa bersama.
2. Komputer hendaklah dijaga penggunannya agar perkara yang sama tidak berulang.

Disediakan oleh,
……………………………
(Juruteknik komputer).

Disahkan oleh,

…………………………….
(Pengurus urusan)

4. BORANG PENGAKUAN PELANGGAN

Setiap perkhidmatan yang akan dan telah dijalankan perlu dimaklumkan kepada
pelanggan dan dipersetujui olehnya. Tujuannya adalah untuk mengesahkan pelanggan
berpuas hati dengan servis yang dilakukan. Setiap borang yang dikeluarkan perlu
disahkan dan ditandatangani oleh pelanggan sebagai bukti penerimaan. Kriteria yang
perlu ada di dalam borang pengakuan pelanggan adalah :

a) Logo dan maklumat organisasi
b) Maklumat berkenaan pelanggan
c) Maklumat perkhidmatan yang diperlukan oleh pelanggan
d) Tandatangan pengesahan dan tarikh

NO KOD IT-030-3 IT-030-3:2013-C04/P(4/4) Muka: 6 Drpd: 6

CONTOH BORANG PENGAKUAN PELANGGAN

5. SISTEM FAIL

Sistem fail bermaksud menyimpan segala dokumen segala dokumen di tempat yang
selamat dan memudahkan individu mencari fail yang dikehendaki dengan mudah dan
cepat. Dokumen yang tidak dijaga boleh menyebabkan ia terkoyak, hilang atau kotor.
Sistem fail adalah pusat kepada simpanan rekod organisasi. Ia dapat membantu kita
bekerja dengan lebih terancang, sistematik dan cekap. Ia juga membantu orang ramai
(pelanggan) mengakses maklumat yang dikehendaki dengan mudah. Di dalam
organisasi mereka bekerja dalam kumpulan, mereka menerima dan menghantar
dokumen yang pelbagai. Kesemua dokumen ini perlu disimpan untuk dijadikan rujukan
pada masa hadapan. Jika tidak disimpan atau dijaga, aktiviti organisasi akan menjadi
lebih sukar.

NO KOD IT-030-3 IT-030-3:2013-C04/P(4/4) Muka: 7 Drpd: 6

5.1 PERKARA PENTING YANG PERLU DIKETAHUI MENGENAI SISTEM FAIL

a) Apa yang kita dokumenkan?
Fail dokumen dihantar kepada kita oleh organisasi lain. Kita juga perlu merekod aktiviti
semua fail dalam organisasi. Termasuklah surat, memo, laporan kewangan atau laporan
polisi syarikat.

b) Bila kita dokumenkan?
Ia bergantung kepada kesibukan di dalam organisasi. Dalam organisasi yang
sibuk, filing dilakukan setiap hari., manakala bagi organisasi yang kecil filing
dilaksanakan 1 atau 2 kali seminggu.

c) Peralatan apa yang digunakan?
Antara peralatan yang digunakan untuk melaksanakan system fail adalah :

i. Kabinet fail (untuk fail yang nipis)
ii. Kabinet besi (untuk fail yang besar / tebal dan perlu dikunci)
iii. Cop tarikh (untuk meletakkan tarikh pada dokumen yang diterima)
iv. Buku register (untuk merekod semua fail yang keluar masuk)
v. Rak fail ( untuk menyimpan fail kotak)
vi. Kotak fail (digunakan untuk menyimpan dokumen besar yang tidak boleh disimpan

dalam kabinet. Ia disimpan dalam rak fail)

5.2 KAEDAH MELAKSANAKAN SISTEM FAIL

Terdapat lima kaedah yang boleh digunakan untuk melaksanakan sistem fail, antaranya
ialah :

1) Membuat fail mengikut tajuk / kategori
2) Membuat fail mengikut turutan huruf
3) Membuat fail mengikut turutan nombor
4) Membuat fail mengikut tempat
5) Membuat fail mengikut tarikh

NO KOD IT-030-3 IT-030-3:2013-C04/P(4/4) Muka: 8 Drpd: 6

4.3 JOB SHEET CHECKLIST

1. Senarai semak lembaran kerja (Job Street Checklist) adalah arahan bercetak mengenai tugasan
atau kerja yang perlu dilaksanakan oleh seseorang pekerja sepanjang hari bekerja.

2. Job sheet merupakan panduan yang membantu pekerja atau majikan untuk melaksanakan tugas
dengan cekap.

3. Job sheet adalah sangat penting bagi sesebuah organisasi atau syarikat kerana ianya sangat
membantu untuk meningkatkan produktiviti dan prestasi kerja.

4. Melalui job sheet yang lengkap dengan butiran kerja, dapat melatih seseorang majikan atau
pekerja yang baharu untuk melaksanakan tugas dan pekerjaan dengan baik.

NO KOD IT-030-3 IT-030-3:2013-C04/P(4/4) Muka: 9 Drpd: 6

4.4 NETWORK UAT REPORT

1. Laporan Ujian Penerimaan Pengguna adalah dokumen yang merekodkan semua maklumat
persetujuan, penerimaan dan pengesahan daripada pemilik sistem melalui siri ujian.

2. Pengguna akhir sistem adalah individu yang terbaik untuk merangka “test cases” dan
melakukan ujian ini.

3. Pengguna akhir akan melaksanakan “test cases” tersebut langkah demi langkah sehingga
selesai. Sebarang ralat atau masalah yang dihadapi oleh pengguna tersebut semasa
pelaksanaan direkodkan untuk tujuan penambahbaikan.

4. Gambarajah di bawah adalah ringkasan laporan UAT yang telah dijalankan sepanjang tahun
dengan pelanggan / pengguna yang terlibat.

NO KOD IT-030-3 IT-030-3:2013-C04/P(4/4) Muka: 10 Drpd: 6

CONTOH DOKUMEN UAT

NO KOD IT-030-3 IT-030-3:2013-C04/P(4/4) Muka: 11 Drpd: 6

CONTOH LAPORAN UAT
RINGKASAN LAPORAN UAT

NO KOD IT-030-3 IT-030-3:2013-C04/P(4/4) Muka: 12 Drpd: 6

4.5 JOB ORDER / CHANGE REQUEST REPORT

Job Order

1. Arahan kerja (Job Order) adalah arahan bertulis untuk melaksanakan kerja mengikut
keperluan, kos dan jangka masa yang telah ditetapkan.

2. Untuk setiap permintaan kerja (work request) boleh disediakan lebih daripada satu Job
Order.

3. Job Order digunakan untuk :
i) Merekodkan maklumat berkaitan tugasan yang dilaksanakan.
ii) Jadual kerja yang dilaksanakan oleh setiap kakitangan.
iii) Mengumpulkan semua tugasan individu untuk melengkapkan kerja yang diarahkan.
iv) Merekodkan pelbagai kos yang berkaitan dengan permintaan kerja.
v) Membuat anggaran kos bagi setiap kerja diarahkan.

NO KOD IT-030-3 IT-030-3:2013-C04/P(4/4) Muka: 13 Drpd: 6

Change Request Report

1. Merupakan dokumen cadangan rasmi berkaitan perubahan dalam sesuatu perkhidmatan sistem
atau produk.

2. Jika pelanggan mahu membuat sebarang perubahan atau penambahan ke atas sesuatu projek
yang sedang berjalan, mereka perlu mengemukakan change request report.

3. Setiap perubahan mungkin akan melibatkan penambahan kos kerana ianya di luar skop
perjanjian yang asal. Pelanggan perlu membayar setiap kos tambahan yang telah diminta.

NO KOD IT-030-3 IT-030-3:2013-C04/P(4/4) Muka: 14 Drpd: 6

NO KOD IT-030-3 IT-030-3:2013-C04/P(4/4) Muka: 15 Drpd: 6

SOALAN:
1. Senaraikan ciri-ciri kualiti laporan.

2. Berikan laporan kajian.
3. Senaraikan LIMA stuktur umum dalam laporan.

RUJUKAN:
1. http://ms.wikipedia.org/wiki, Laporan, 20 Januari 2010, 11:40.


Click to View FlipBook Version