The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by dbu2952, 2020-10-27 03:41:08

ETN 2033 L2CU3 KP2

ETN 2033 L2CU3 KP2

BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL VOKASIONAL
KEMENTERIAN PEDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 5 DAN 6, BLOK E 14, PARCEL E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA

KERTAS PENERANGAN

(INFORMATION SHEET)

KOD DAN NAMA ETN2033 PEMASANGAN PERALATAN ELEKTRONIK
PROGRAM / INDUSTRI
PROGRAM’S CODE & EE-021-2:2012ELECTRONIC EQUIPMENT AND
NAME APPLIANCE INSTALLATION & TROUBLESHOOTING

TAHAP / LEVEL L2

NO. DAN TAJUK UNIT EE-021-2:2012 C03 INDUSTRIAL ELECTRONIC
KOMPETENSI / EQUIPMENT INSTALLATION
COMPETENCY UNIT NO.
AND TITLE

NO. DAN PENYATAAN 1. IDENTIFY ELECTRONIC EQUIPMENT INSTALLATION
AKTIVITI KERJA / WORK REQUIREMENTS
ACTIVITIES NO. AND
STATEMENT 2. INSTALL INDUSTRIAL ELECTRONIC EQUIPMENT(20jam)
3. CONFIRM CUSTOMER ACCEPTANCE
4. REPORT INDUSTRIAL ELECTRONIC EQUIPMENT

INSTALLATION ACTIVITIES

NO. KOD /CODE NO. MukaSurat/ Page :1
EE-021-2:2012-C03/P(2/4)

Drpd / of: 28

NO. KOD / CODE NO. EE-021-3:2012-C03/P(2/4) MukaSurat / Page :2
Drpd / of : 29

TAJUK/TITLE: MEMASANG PERALATAN ELEKTRONIK INDUSTRI

TUJUAN/PURPOSE:
Kertas Penerangan ini adalah bertujuan untuk menerangkan berkaitan peralatan yang
digunakan untuk memasang perkakasan elektronik yang digunakan di industri, di pejabat
dan di rumah.

PENERANGAN/INFORMATION:

2. JENIS DAN KEGUNAAN PERALATAN PEMASANGAN (Type of Tools)

Terdapat pelbagai peralatan elektronik yang terdapat dipasaran bagi membantu
kerja pemasangan perkakasan elektronik. Kita perlu memilih alatan yang betul dan
sesuai dengan keperluan supaya pemasangan perkakasan elektronik dapat
dilakukan dengan sempurna dan menepati prosedur pemasangan. Contoh alat
pemasangan yang perlu disediakan ketika hendak melakukan kerja-kerja
pemasangan perkakasan elektronik adalah seperti berikut:

2.1 Gergaji (HackSaw)

Gambar 1 : Gergaji (HackSaw)

 Alat yang digunakan untuk memotong kepingan logam (metalsheet),
Angle Iron,PVC atau pun kayu.

 Mata Pemotongan boleh dituka rmengikut keperluan bahan yang hendak
dipotong.

 Permotongan dibuat secara manual.

NO. KOD / CODE NO. EE-021-3:2012-C03/P(2/4) MukaSurat / Page :3
2.2 Power Saw Drpd / of : 29

Gambar 2: Power Saw-ganti gambar
 Alat yang digunakan untuk memotong kepingan logam (metalsheet),

angle iron,PVC atau pun kayu.
 Mata pemotongan boleh ditukar mengikut keperluan bahan yang hendak

dipotong.
 Dihidupkan dengan menggunakan bekalan kuasa 240Volt AC.

2.3 Gerudi Tangan (Hand Drill)

Gambar 3 : Hand Drill

 Alat yang digunakan untuk menebuk lubang sama ada pada dinding
simen, besi, kayu atau PVC.

 Mata drill boleh ditukar kan mengikut kesesuian lubang yang hendak
ditebuk.

 Mata drill mempunyai pelbagai saiz mengikut keperluan.
 Mesin dapat dihidupkan dengan bekalan kuasa 240 Volt AC atau bateri

cas semula bernilai 9v atau 10 v.

2.4 Peralatan Kerja Tangan (Hand Tool)
Terdapat pelbagai jenis peralatan tangan yang di gunakan dalam proses
pemasangan perkakasan atau barangan elektronik, diantarannya adalah
seperti di bawah.

NO. KOD / CODE NO. EE-021-3:2012-C03/P(2/4) MukaSurat / Page :4
Drpd / of : 29

a. Flexible Steel Tape

Gambar 4 : Flexible Steel Tape
 Digunakan untuk mengukur panjang dan lebar

b. Pemutar Skru (Screw Driver)

Gambar 5 : Pemutar Skru
 Memutarkan bagi mengetatkan atau melonggarkan skru atau nat.
c. Playar Muncung Tirus (Longnose Pliers)

Gambar 6: Playar Muncung Tirus
 Digunakan bagi mengapit nat atau skru pada tempat yang sempit.
 Playar ini juga boleh digunakan untuk memotong dawai

NO. KOD / CODE NO. EE-021-3:2012-C03/P(2/4) MukaSurat / Page :5
Drpd / of : 29

d. Playar Gabung

Gambar 7 : Playar Gabung
 Digunakan dalam kerja-kerja pendawaian elektrik, iaitu bagi memotong

kabel atau dawai elektrik.
 Bahagian pemegangnya disaluti dengan getah sebagai penebat bagi

keselamatan untuk tukang talian.
e. Sepana (Spanner)

Gambar 8 :Sepana
 Sepana adalah perkakas tangan (hand tools) yang digunakan untuk

mengetat atau melonggarkan nat .
 Sepana juga terdapat dalam pelbagai jenis dan bentuk yang biasa

digunakan dalam bengkel
f. Allen Key

Gambar 9: Allen Key

NO. KOD / CODE NO. EE-021-3:2012-C03/P(2/4) MukaSurat / Page :6
Drpd / of : 29

 Digunakan untuk mengetatkan nat-nat yang mempunyai lengkuk (lubang)

di bahagian kepala. Juga dipanggi perangkuh soket heksagon.

g. Pemateri (Soldering Iron)

Gambar 10 : Soldering Iron
 Memanaskan atau mematri timah supaya melekat pada PCB.
 Mencabut atau mencantumkan sesuatu komponen pada PCB

h. Penyedut Timah(Soldering Sucker)
Digunakan untuk menyedut timah dan membersihkan permukaan litar
bercetak (PCB) kembali kepada keadaan asal.

Gambar 11: Soldering Sucker

i. Timah Pateri
Timah akan mencair apabila dipanaskan. Digunakan untuk menyambungkan
atau melekatkan kaki komponen papan papan kuprum atau mencantumkan
kaki komponen.

NO. KOD / CODE NO. EE-021-3:2012-C03/P(2/4) MukaSurat / Page :7
Drpd / of : 29

j. Solder Stand
Tapak besi pemateri. Besi pemateri yang panas perlu diletakkan di atas
tapak untuk menggelakan terkena pada kulit yang mengakibatkan
kecederaan.

k. Test Pen

Gambar 12: Test Pen
 Digunakan mengesan kehadiran arus elektrik.
 Melakukan kerja-kerja ringan, mengetat dan melonggarkan skru.

NO. KOD / CODE NO. EE-021-3:2012-C03/P(2/4) MukaSurat / Page :8
Drpd / of : 29

l. Crimping Tool

Gambar 13 : Crimping Tool

 Memotong wire dan membuang penebat pada wire mengikut saiz wire
yang tertulis pada badan wire stripper

m. Multimeter

Gambar 14 :Multimeter
 Digunakan untuk mengukur rintangan, menguji keterusan, menguji

komponen elektronik, mengukur arus terus, mengukur voltan arus terus
dan mengukur voltan arus ulangalik.

2.2 JENIS BAHAN
Bagi tujuan pemasangan peralatan elektronik di lokasi pemasangan pelbagai
kaedah digunakan bersesuian dengan tempat pemasangan. Bahan pengikat yang
digunakan untuk mengikat peralatan dengan tempat pengikat sama ada dinding,
shiling atau tiang perlulah bersesuaian. Tempat mengikat seperti dinding, shiling
atau tiang mungkin terdiri dari sama ada besi, kayu, batu atau plastik/PVC jugak
perlu dinilai.
Antara jenis bahan pengikit yang popular digunakan adalah seperti berikut:

2.2.1 Angle Iron
Dikenali sebagai besi siku. Kegunaannya agak meluas kerana memiliki
ketahanannya yang kuat. Biasa digunakan sebagai struktur dalaman binaan

NO. KOD / CODE NO. EE-021-3:2012-C03/P(2/4) MukaSurat / Page :9
Drpd / of : 29

bangunan. Juga popular digunakan bagi membantu sebagai pendakap untuk

menahan bebanan peralatan elektronik yang dipasang melekap pada bangunan.

Antara kegunaan angle iron adalah:

i. Sebagai rak untuk meletakkan peralatan elektronik seperti TV, DVR dan Monitor.

ii. Digunakan untuk membuat sangkar untuk meletakkan kamera CCTV atau LCD

projector yang diikat pada shilling.

iii. Digunakan sebagai struktur horizontal/ufuk mahupun vertical/tegak pada menara

seperti tower pemancar radio, menara penerima radio dan lain-lain.

iv. Sebagai tapak untuk mengikat kamera CCTV pada shilling, dinding atau tiang.

v. Sebagai tapak pengikat antena parabola di luar atau di atas bangunan yang

memerlukan ketahanan cuaca dan angin.

Angle Iron Keterangan
Besi siku adalah besi yang dibentuk sehingga memiliki
sudut siku 90 derjah.
Penampangnya berbentuk seperti huruf L, mirip seperti
segitiga sesiku tetap tidak menutup pada salah satu
sisinya.
Ukuran besi siku bervariasi/perbagai jenis dan saiz
mulai dari 2 cm, 3 cm, 4 cm, dan 5 cm dan sebagainya.
Ada pula yang disebut dengan besi siku lubang, iaitu
besi siku dengan lubang-lubang yang sama besar di
sepanjang sisinya. Antara tujuan lubang adalah untuk
diikat dengan skru.

Penggunaan angle iron pada tiang batu bagi
pemasangan kamera CCTV dan peralatan elektronik
yang lain.

Jadual 2.1: Angle Iron dan keterangan
2.2.2 Metal sheet
Lembaran logam atau kepingan logam banyak digunakan dalam kerja pemasangan
peralatan elektronik. Ini melibatkan lokasi tertentu atau perlatan tertentu seperti

NO. KOD / CODE NO. EE-021-3:2012-C03/P(2/4) MukaSurat / Page :10
Drpd / of : 29

pelanggan memohon pemasangan peralatan seperti kamera CCTV atau DVR di

dalam sangkar khas yang tergantung atau di atas silling. Oleh itu kerja pemasangan

peralatan elektronik perlu menempah kepingan logam yang bersesuaian dan

mengikut kehendak pelanggan.

Juruteknik pemasangan boleh menempah pada factory yang berkaitan atau

membelinya secara ready made di hardware atau pembekal peralatan yang

berkaitan.

Lembaran Logam Keterangan

Sheet metal atau Lembaran Logam adalah proses
fabrikasi atau pembuatan lembaran metal untuk berbagai
keperluan dan kegunaan. Lembaran logam yang di
hasilkan dalam proses ini kemudian akan di bentuk
menjadi produk-produk standard untuk memenuhi
keperluan permasangan peralatan elektronik sama ada di
pejabat, di rumah kediaman atau di industri. Ataupun
produk-produk khusus yang dibuat sesuai dengan
pesanan. Biasanya perusahaan pemrosesan lembaran
metal atau lembaran logam juga menerima order dan
mengerjakannya sesuai dengan design dan permintaan si
pemesan.

NO. KOD / CODE NO. EE-021-3:2012-C03/P(2/4) MukaSurat / Page :11
Drpd / of : 29

Rekabentuk Lembaran Logam Keterangan

Factory atau perusahaan atau kilang yang memproses
lembaran logam biasanya memiliki kelengkapan yang
terdiri dari mesin-mesin konvensional ataupun mesin CNC
(Computer Numerical Control) yang berkualiti tinggi. Mesin-
mesin ini memerlukan pengendali dari tenaga kerja yang
mahir dan professional demi untuk mendapatkan hasil yang
bagus dan berkualiti. Ini kerana CNC mesin menggunakan
kendali secara berkomputer.

Kerja memproses lembaran logam biasanya melibatkan:
+Design engineering
+Rekabentuk yang meliputi cutting, puching, bending dan
painting
+Assembling yang meliputi welding dan assembling
+Quality Control
+Final dan Work yang meliputi packing dan delivery
-Bahan-bahan atau logam untuk pemasangan biasanya
biasanya ready made bersama peralatan elektronik yang
hendak dipasang.
-Namun ada bahagian tertentu ketika kerja pemasangan
didapati tidak memenuhi kehendak pelanggan atau tidak
sesuai dipasang maka satu plat logam perlu ditempah
khas supaya pemasangan kelihatan cantik, kemas dan
memenuhi keselamatan pelangan.

Penggunaan angle iron di kawasan luar banggunan sama
ada pada dinding batu atau siling batu bagi kamera CCTV.
Teknik pemasangan angle iron pada dinding batu :
i.Tandakan kedudukan tapak angle iron yang akan
dipasang.
ii. Tubuk dinding menggunakan hand drill.
iii.Masukkan wall plug ke dalam dinding.
iv.Guna pemutar skrew untuk mengikat skrew ke tapak
angle iron.
Rajah 2.2:Sheet metal yang telah direkabentuk untuk pemasangan CCTV

NO. KOD / CODE NO. EE-021-3:2012-C03/P(2/4) MukaSurat / Page :12
Drpd / of : 29

2.2.3 Wood

Seperti angle iron dan metel sheet, wood atau kepingan kayu juga ada

digunakan semasa kerja pemasangan peralatan elektronik. Kepingan kayu

berasal dari pokok balak yang dibekalkan oleh timber factory. Kepingan kayu

yang dijual di pasaran telah dipotong secara kepingan dengan pelbagai saiz

tertentu dengan pelbagai tujuan penggunaan.

Kepingan Kayu Keterangan

Kotak kayu sebagai panel agihan elektrik memang sudah

tidak digunakan lagi kerana ia mudah terbakar.

Namun kepingan kayu masih digunakan dalam proses

pemasangan peralatan elektrik dan elektronik. Misalnya

penggunaan kayu ketika mengikat kipas siling.

Kayu jugak masih diperlukan untuk melapik peralatan

pada permukaan yang tidak rata ketika kerja

pemasangan peralatan elektronik.

Kayu menjadi pilihan kerana murah, ringan, mudah

dipotong, disambung atau dilicinkan permukaannya.

Rajah 2.3(a):Wood atau kepingan kayu

Penggunaan Kepingan Kayu Keterangan
Penggunaan kayu bagi sesuatu
banggunan masih meluas terutama
bahagian tiang, dinding, siling dan
sudut-sudut hiasan tertentu. Kerana itu
pemasangan peralatan elektronik pada
permukaan kayu masih revelen.
Pedawaian elektrik, pemasangan
lampu, suis malahan kamera CCTV
pada permukaan kayu masih
mendapat permintaan pelanggan.

NO. KOD / CODE NO. EE-021-3:2012-C03/P(2/4) MukaSurat / Page :13
Drpd / of : 29

Pemasangan mikrofon audio

conference pada meja kayu dalam bilik

mesyuarat.

Contoh pemasangan beberapa
bahagian dalam kerja pemasangan
peralatan elektronik pada permukaan
kayu.

Rajah 2.3(b):Pemasangan kamera CCTV dan audio conference pada permukaan kayu

2.2.4 PVC

Paip polivinil klorida (PVC) diperbuat daripada plastik polivinil klorida. Ianya banyak

digunakan dalam sektor pembinaan dengan pelbagai tujuan. Bagi pemasangan

peralatan elektronik ia digunakan bagi menyembunyikan kabel dari pandangan atau

pengetahuan awam.

PVC Keterangan

Penggunaannya agak meluas kerana sifatnya:

i.Ringan

ii.Mudah dikendalikan

iii. Murah

iv.Terdapat dalam pelbagai saiz di pasaran seperti

13mm, 20mm, 25mm, 32mm dan 50mm.

v.Mempunyai gred nipis dan tebal

iv.Panjang piawaian ialah 6 meter dan boleh di

sambung-sambung hanya menggunakan glu PVC.

iiv.Mudah dilentur dan disambung secara sambung

NO. KOD / CODE NO. EE-021-3:2012-C03/P(2/4) MukaSurat / Page :14
Drpd / of : 29
T atau L.

PVC memang digunakan ketika memasang kabel
kamera CCTV terutamanya melibatkan jarak yang
agak jauh.
Kabel kamera CCTV akan disembunyikan di dalam
PVC yang dikenali sebagai PVC conduit atau PVC
cable tray atau PVC junction box atau PVC
trungking di kawasan luar bertujuan mengelakkan
perubahan cuaca dan gangguan.
Sementara dalam bangunan atau di atas siling
bertujuan melindungi dari pandangan awam.

Rajah 2.3:Kegunaan PVC dalam pemasangan peralatan elektronik

NO. KOD / CODE NO. EE-021-3:2012-C03/P(2/4) MukaSurat / Page :15
Drpd / of : 29

2.3 TEKNIK PEMASANGAN (Technique of installation)

Pemasangan perlatan elektronik merupakan antara faktor penting kerana ianya
melibatkan keselamatan awam. Jika pemasangan yang dilakukan tidak kemas
contohnya pemasangan kemera cctv di dinding atau siling secara tetiba terjatuh
dan terkena orang awam yang berada di bawah. Keadaan ini tentulah
dipersalahkan kepada juruteknik pemasangan.
Oleh itu seseorang juruteknik yang melibatkan kerja pemasang peralatan perlu
menilai lokasi pemasangan dan bahan untuk sambungan/ikatan. Berikut adalah
bebarapa jenis sambungan dan teknik menyambung dalam kerja pemasangan
peralatan elektronik.

i.Jika dipasang pada besi secara kekal dan bertujuan menahan beban yang
berat, ianya perlu diwelding.
ii.Jika dipasang pada besi secara kekal tertapi tidak memerlukan penahan beban
yang berat, memadai menggunakan gam/glu besi.
iii.Jika dipasang/disambung pada besi secara tidak kekal boleh menggunakan
bolt dan nat.
iv.Jika dipasang pada permukaan kayu diikat/dicantum dengan menggunakan
paku atau krew atau bolt nat

JENIS BAHAN SAMBUNGAN TEKNIK SAMBUNGAN

Gam / Glu Terdapat pelbagai jenis glu dipasaran sesuai dengan

(Kertas, Kayu, Logam, PVC bahan yang digunakan. Glu merupakan bahan berbentuk

dan Plastik) cecair yang mempunyai kebolehan untuk mencantum

dua bahan yang sama atau lain. Glu Gun adalah antara

peralatan penting dikalangan juruteknik pemasangan.

Penggunaan atau pemilihan glu yang betul adalah

penting untuk memastikan ketahanan bahan yang

diperikatkan. Terdapat pelbagai jenis glu yang terdapat

di pasaran untuk pelbagai kegunaan iaitu glu kertas,

kayu, logam dan PVC.

Paku (Kayu dan simen) Diperbuat dari logam lembut (untuk simen adalah logam

keras). Digunakan sebagai penyambung permukaan

kayu atau simen dengan logam dan lain-lain

Untuk penyambungan berlainan permukaan seperti

logam dan simen, permukaan logam perlu ditebuk sesuai

NO. KOD / CODE NO. EE-021-3:2012-C03/P(2/4) MukaSurat / Page :16
Drpd / of : 29

dengan saiz paku sebelum dimasukkan ke permukaan

simen atau kayu.

Skru Diperbuat daripada loyang atau besi lembut dan di

gunakan untuk memasang engsel atau barang lain pada

kayu. Ada skru yang mempunyai alur dan alur berpalang

( kepala Philip). Skru terdiri daripada beberapa bahagian:

1.Kepala. 2.Batang bajak (shank) dan benang. Hujung

skru terdapat pelbagai jenis skru di dalam pasaran dan

kegunaanya yang tersendiri. 1.Skru Kepala Rata

(Counter Sunk) 2.Skru Kepala Bulat 3.Skru Kepala

Timbul 4.Skru Kepala Segi Empat.

Nat dan Bolt Diperbuat dari logam dan terdapat pelbagai saiz.

Digunakan untuk mengikat atau mengabungkana 2 atau

lebih plate atau permukaan. Plate/permukaan mungkin

terdiri dari bahagian kayu,PVC atau kepingan logam.

Bolt dan Nat buat dari pelbagai jenis logam dan pelbagai

saiz mengikut kegunaan dan keperluan.

Dua atau lebih permukaan yang hendak dicantumkan

perlu ditebuk terlebih dahulu mengikut saiz nat dan bolt.

Ribet Merupakan sejenis pencantum yang digunakan untuk

mencantum kepingan logam,pvc dengan kepingan

bahan yang sama atau lain yang dengannya.

Dua permukaan yang hendak dicantumkan perlu ditebuk

dan dimasuk paku ribet.Ia mempunyai alat seperti playar

untuk memasang paku khas yang dipanggil ribet. Paku

ribet dimasukkan dihujung hadapan playar ribet dan

ditekan seperti stepler, dan 2 permukaan yang telah

ditebuk tadi akan bercantum dengan kemas. Terdapat

pelbagai jenis ribet di pasaran di antaranya Ribet biasa

dan Ribet angin.

Ribet biasanya digunakan untuk memasang kunci pintu

bilik mandi.

Rajah 3:Jenis bahan dan teknik penyambungan dalam kerja pemasangan

NO. KOD / CODE NO. EE-021-3:2012-C03/P(2/4) MukaSurat / Page :17
Drpd / of : 29

2.4 TEKNIK MENGIKAT (Technique of fastening)
Selain lokasi pemasangan dan bahan untuk pengikat/penyambungan. Teknik
pengikat peralatan elektronik ke dinding, siling atau tiang jugak perlu dinilai dengan
baik. Ini kerana teknik mengikat peralatan perlu sesuai dengan lokasi dan bebanan
peralatan tersebut. Teknik mengikat yang fokuskan ialah bolt nat, welding dan
strapping.

i. Bolt Nat

Digunakan untuk mengikat dua atau lebih permukaan. Sama ada permukaan

tersebut dibuat dari logam, PVC mahupun kayu. Rajah 4.1 menunjukkan Bolt

Nat dan keterangannya.

Bolt Nat Keterangan

Pada asanya bolt nat digunakan untuk mengikat dua

permukaan logam, namaun permukaan lain seperti kayu

dan PVC jugak boleh menggunakan bolt nat. Apabila

bolt nat digunakan untuk mengikat dua permukaan

logam, ikatannya mudah terbuka jika berlaku gegaran.

Maka sebelum nat diketatkan perlu dimasukan

sesendal.

Namun ada nat tertentu yang telah siap terdapat

sesendal getah bersamanya. Nat perlu diketatkan

dengan menggunakan sepana mengikut saiz nat.

Sesendal anjang juga dikenali sebagai sesendal spring

dipasang pada perlatan yang sentiasa bergerak dengan

tujuan supaya nat sentiasa dalam tekanan dan tidak

terbuka.

Terdapat perbagai jenis sesendal yang digunakan

mengikut keperluan dan keadaan.

Bolt yang digunakan di dalam batu/permukaan simen

pula tidak memerlukan nat. Dimana permukaan batu

ditebuk mengikut saiz bolt. Kemudian kepala bolt akan

diketatkan menggunakan sepana, kepingan salutan bolt

akan mengembang di dalam simen yang ditebuk dan

secara langsung mengetatkan bolt.

Rajah 4.1 menunjukkan Bolt Nat dan keterangannya.

NO. KOD / CODE NO. EE-021-3:2012-C03/P(2/4) MukaSurat / Page :18
ii. Welding Drpd / of : 29

Welding atau pemateri digunakan untuk mencantum bahan logam atau permukaan
yang dibuat dari besi atau logam. Penggunaan alat pemateri ini menggunakan arus
yang tinggi dan memerlukan kemahiran yang khusus. Apabila menggunakan alat ini
keselamatan mata yang dikenali sebagai google perlu dikenakan supaya mata tidak
dimasuki oleh cahaya yang berlebihan. Cahaya berlebihan memasuki mata
menyebabkan saraf mata tidak bekerja dan mata tidak dapat lelap.
Kerja welding biasa dikendalikan oleh juruteknik yang khusus di bidang kimpalan.
Jurukimpal tidak mahir akan menghasilkan kerja kimpal atau sambungan dua
permukaan logam yang tidak cantik.
Namun juruteknik pemasangan peralatan elektronik boleh mengendalikan sendiri
kerja welding jika mempelajari asas kimpalan.

Alatan Welding Keterangan

Kerja welding terdiri dari penggunaan elektrik

atau gas bergantung kepada set welder yang

digunakan dan jenis bahan yang hendak

disambung.

Kerja welding juga boleh dilakukan di dalam

air bagi jurukimpal yang berkemahiran.
Alat welder Kerja welding guna elektrik

Pada asasnya kerja welding adalah

meleburkan rod welding perlu dileburkan

menggunakan api dari gas atau arus elektrik

untuk mencantumkan dua permukaan.

Kerja welding guna gas Namun untuk kerja welding atau cantuman
Rod bagi bahan cantuman yang kecil yang dibuat
dari kumprum memadai cantuman
menggunakan besi pemateri sahaja
(soldering iron).

Rajah 4.2 menunjukkan alatan welding dan keterangannya

NO. KOD / CODE NO. EE-021-3:2012-C03/P(2/4) MukaSurat / Page :19
iii. Strapping Drpd / of : 29

Strapping ialah membuat aktiviti kekemasan menggunakan tali. Aktiviti ini dilakukan di

akhir sesuatu proses pemasangan atau proses pembungkusan.

Bagi aktiviti pembungkusan setelah semua peralatan dimasukkan ke dalam kotak,

pada bahagian luar dipasang tali atau pita plastik sebagai langkah keselamatan. Jika

kotak bocor atau koyak ketika penghantaran, masih terdapat tali atau pita yang

mengikat supaya barang tidak bertaburan.

Bagi aktiviti pemasangan peralatan elektronik segala sambungan dan wayer tidak

dibiarkan terjuntai dan berselerak. Ianya perlu disatukan atau diikat dengan kemas

menggunakan cable tie.

Srapping Keterangan

Strapping/ pengikat bungkusan

memerlukan strapping tool dan pita

plastik.

Srapping tools digunakan untuk

Bungkusan menegangkan pita plastik,
melekatkanya dan memotong.

Penyambung kedua hujung pita plastik

boleh menggunakan besi atau gam

panas. Ikatannya kelihatan kemas dan

berkualiti tinggi.

Ikatan ini jugak boleh dibuat sewaktu

kerja akhir pemasangan peralatan

elektronik.

Penggunaan cable tie jugak boleh
digunakan untuk mengetatkan
bahagian tertentu. Cable tie juga
dibuat dari bahan plastik.
Tujuan digunakan bahan dari plastik
adalah mudah untuk dibuka pada
kemudian hari.

Pita plastik Cable tie
Rajah 4.3 menunjukkan strapping dan keterangannya

NO. KOD / CODE NO. EE-021-3:2012-C03/P(2/4) MukaSurat / Page :20
Drpd / of : 29

2.5 PROSEDUR STANDARD OPERATING EQUIPMENT ELEKTRONIK (STANDARD

OPERATING PROSEDURE OF ELEKTRONIC EQUIPMENT)

2.5.1 SOP pemasangan sistem CCTV

Standard Operating Presedure untuk pemasangan peralatan elektronik terdapat
pada semua peralatan. Namun terdapat sedikit perbezaan SOP antara sesuatu alat
dengan alatan yang lain.SOP pemasangan sistem CCTV merupakan standard yang
biasa dilakukan oleh juruteknik untuk pemasangan di mana-mana kawasan mengikut
prosedur berikut:

a. Lakaran gambarajah pengawasan kamera

Satu lakaran gambarajah kedudukan semua peralatan sistem CCTV perlu dilakarkan.
Lakaran mesti meliputi keseluruhan kawasan pemasangan sistem CCTV iaitu lokasi
kamera ditempatkan dan kawasan pengawasan kamera ditanda (biasa warna biru).
Seterusnya kawasan pemasangan atau lokasi kamera mesti diperiksa untuk
memastikan ia tidak disekat/terhalang oleh apa-apa dan memberikan pandangan yang
terbaik.

Lokasi penempatan kamera mestilah di kawasan yang strategik seperti berikut:
i.Pintu depan dan belakang
ii. Laluan di luar rumah(belakang tingkap)
iii.Ruang umum yang besar (dapur, ruang tamu dan lain-lain)
iv.Jalan masuk
v.Ruang parkir (Porches)
vi.Tangga

Rajah 5.1: Lakaran Gambarajah Pengawasan

NO. KOD / CODE NO. EE-021-3:2012-C03/P(2/4) MukaSurat / Page :21
Drpd / of : 29

b. Pemasangan Kamera
Sebelum memulakan kerja pemasangan kamera, terlebih dahulu kita perlu
mengenal pasti tentang peralatan yang diperlukan dalam kerja pemasangan
CCTV. Begitu juga dengan lokasi pemasangan CCTV di rumah kediaman,
kawasan perindustrian atau ruang pejabat.

Lokasi atau kedudukan kamera juga perlu dipilih pada tempat yang betul.
i.Pilih sudut yang tinggi untuk kamera. Sudut terbaik mana-mana bilik biasanya
melihat dari sudut di mana siling memenuhi dinding. Pastikan kamera dapat
melihat semua sudut dengan jelas dan bahawa kamera itu terletak berhampiran
punca bekalan kuasa. Jika anda memasang kamera di luar, letakkan di atas 10
kaki supaya ia tidak dapat dicapai dengan mudah.

Rajah 5.2 Tentukan lokasi dan areal pemantauan CCTV

ii.Lokasi pemasangan kamera CCTV ditentukan berdasarkan jarak pandangan
yang hendak dikawal samada jauh atau dekat dan apakah untuk keadaan gelap
atau terang. Penetapan lokasi amat penting bagi mendapatkan titik fokus
kawasan yang hendak dikawal.

iii.Penetapan Kedudukan kamera CCTV
Terutama untuk pemasangan CCTV di rumah, perletakkan sudut kamera CCTV
di bawah tempat berbumbung boleh melindungi kamera CCTV dari hujan, angin,
dan sebagainya. Selain itu, penempatan di bawah bumbung juga biasanya
memberikan paparan yang lebih baik dan mudah untuk menarik kabel
jaringan. Kamera jenis Dome infrared digunakan. Ia boleh menghasilkan gambar
yang terang walau pun pada waktu malam atau dalam suasana yang gelap.
Kabel video dan bekalan kuasa di sambung secara berasingan di mana bekalan
kuasa menggunakan palam 3-pin yang di sambung ke soket alir keluar 13A.

NO. KOD / CODE NO. EE-021-3:2012-C03/P(2/4) MukaSurat / Page :22
Drpd / of : 29

c. Menentukan Kabel
Projek pendawaian amali seterusnya adalah melibatkan pemasangan kabel
CCTV. Kabel CCTV yang digunakan adalah jenis coaxial cable RG59/6 series.
Ini merupakan kabel standard yang sering digunakan untuk penyambungan
antara kamera CCTV dan DVR. Manakala penyambung yang digunakan adalah
jenis BNC connector. Ia menyambungkan antara panel video pada DVR dan
kamera jenis Dome.

Rajah 5.3 Kabel
d. Proses Menarik Kabel (Layout cabel)
Setelah menentukan titik pemasangan CCTV, berikutnya adalah mencari titik
masuk untuk menarik kabel RG59/6 dari luar ke dalam melalui atas siling atau
laluan conduit dan sebagainya. Pada kebiasaannya pada ruang pejabat lebih
praktikal menarik kabel dilakukan melalui atas siling. Ia Nampak lebih kemas
dan tersusun. DVR yang digunakan mempunyai panel untuk bekalan kuasa
secara berasingan. Oleh itu kabel untuk bekalan kuasa kamera CCTV perlu
disambungkan kepada punca bekalan yang terhampir dengan lokasi kamera
tersebut.

Rajah 5.4 Layout cable

e. Penempatan Monitor dan DVR
Monitor dan DVR adalah peralatan yang melengkapi sistem CCTV anda.
Tentukan tempat di mana monitor dan DVR akan diletakkan secara
bersebelahan bagi memudahkan proses ‘setting’ (biasanya pengguna akan

NO. KOD / CODE NO. EE-021-3:2012-C03/P(2/4) MukaSurat / Page :23
Drpd / of : 29

merujuk kepada buku manual yang disediakan oleh pihak pembekal DVR).

Untuk keselamatan ada baiknya set DVR diletakkan secara tersembunyi

terutama di rumah kediaman bagi mengelakkan penceroboh merosakkan atau

mengambil set DVR.

f. Layout kabel& 'Setting'
Setelah mendapatkan posisi perletakkan kamera CCTV dan lokasi penempatan
monitor serta DVR, maka berikutnya adalah proses terakhir iaitu menarik kabel
RG59 yang menghubungkan antara CCTV dengan monitor dan DVR. Maka
lengkaplah proses pemasangan set CCTV di rumah kediaman atau di bangunan
pejabat. Setelah set CCTV selesai di pasang dan boleh disambung bekalan
kuasa, maka proses 'setting' DVR merujuk kepada manual yang disertakan
dapat dilakukan.

Tatacara Penggunaan Kamera Litar Tertutup (CCTV)

a. Cara Menghidupkan CCTV

i. Hidupkan kotak bekalan kuasa (power supply) CCTV.
ii. Hidupkan monitor TV LCD.
iii. Tekan butang on pada Digital Video Recorder (DVR) unit
iv. Tunggu sehingga DVR berfungsi dengan sempurna dan paparan imej video

dari semua kamera terpapar di monitor CCTV.
v. Apabila keluar paparan username butang ok pada butang alat kawalan jauh

(remote control).

b. Cara mengulang tayang (REPLAY)

i. Tekan menu.
ii. Dengan menggunakan butang anak panah pilih menu ”REPLAY” di dalam

paparan.
iii. Pilih user ” ADMINISTRATOR”
iv. Masukkan ”Password”
v. Tekan butang ”OK”
vi. Apabila login berjaya, pilih nombor kamera menggunakan butang pada alat

kawalan jauh.

NO. KOD / CODE NO. EE-021-3:2012-C03/P(2/4) MukaSurat / Page :24
Drpd / of : 29

vii. Tekan butang rewind (◄◄) untuk mengundurkan masa paparan. Tekan

butang play (►) untuk memainkan semula.

viii. Tekan butang pause (ǁ) untuk memegunkan video dan tekan butang forward

(►►) untuk mempercepatkan paparan.

c. Cara Merakam Video

i. Tekan butang ”MENU” dan pilih menu ”REKORD” di skrin.
ii. Pilih tempat video akan disimpan.
iii. Masukkan masa dan tarikh video ingin direkodkan.
iv. Tekan ”ok”.
v. Tunggu sehingga proses merakam selesai.

d. Cara Untuk Mematikan CCTV

i. Tekan butang ”MENU” dan log in sebagai ”ADMINISTRATOR”
ii. Pilih menu ”SHUTDOWN”
iii. Tekan butang ”OK”
iv. Tunggu sehingga DVR berhenti melaksanakan fungsinya dan paparan ”OK

TO DHUTDOWN”
v. Matikan bekalan kuasa DVR.
vi. Matikan kotak bekalan kuasa CCTV.
vii. Matikan Monitor TV LCD.

NO. KOD / CODE NO. EE-021-3:2012-C03/P(2/4) MukaSurat / Page :25
Drpd / of : 29

2.6 JENIS SENARAI SEMAK (TYPES OF CHECKLIST)
Jenis senarai semak yang terlibat dalam kerja pemasangan peralatan elektronik
adalah seperti berikut:

2.6.1 Senarai Semak Alatan Tangan

Senarai semak peralatan tangan akan berubah-ubah mengikut kerja pemasangan
yang akan dilakukan. Misalnya antara alatan tangan yang terlibat dengan kerja
pemasangan sistem CCTV adalah:
i. Hand Drill
ii. Hammer
iii. Long Nose
iv. Player
v. Screwdirver
vi. Multimeter
vii. CCTV Terster dll

Borang Senarai Semak ini telah dimasukkan ke dalam borang untuk laporan, sila
lihat pada Kertas Penerangan 4.

2.6.2 Senarai Semak Perlatan Pemasangan

Senarai semak Perlatan pemasangan pula ialah peralatan yang telah dibeli atau
diorderyang pelanggan. Jika pemasangan sistem CCTV adalah seperti berikut:

i. 1.Kamera Dome – 4 unit
ii. 2.Monitor- 1unit
iii. 3.DVR -1 unit
iv. VGA Cable and connector
v. Cable Coaxial & Connector
vi. Kabel DC

Borang Senarai Semak ini telah dimasukkan ke dalam borang untuk laporan, sila
lihat pada Kertas Penerangan 4.

NO. KOD / CODE NO. EE-021-3:2012-C03/P(2/4) MukaSurat / Page :26
Drpd / of : 29

2.6.3.Senarai Semak Kerja Pemasangan.

Senarai semak kerja pemasangan bermaksud semua kerja pemasangan yang dibuat
termasuk uji lari. Untuk sistem CCTV kerja pemasangan seperti berikut:

i. Telah memasangan 4 kamera (1 diruang tamu, 1 dikawasan pintu belakang, 1 di
ruangan tepi tingkat dan 1 pada ruang tamu)

ii. Telah memasang 1 monitor di bilik tidur utama
iii. Telah memasang 1 DVR di bilik tidur utama.

Borang Senarai Semak ini telah dimasukkan ke dalam borang untuk laporan, sila lihat
pada Kertas Penerangan 4.

2.7 PROSEDUR UNTUK MENGISI SENARAI SEMAK
(PROCEDURE TO FILL CHECKLIST)

SEBELUM MENGISI SENARAI SEMAK

a. Pastikan bidang tugas pekerjaan yang akan dilakukan adalah dalam skop tugas
yang dibenarkan atau yang ditawarkan oleh syarikat/majikan.

b. Mendapat arahan/kebenaran dari pihak pengurusan atau penyelia.
c. Menghubungi pelanggan untuk mendapatkan alamat.
d. Mendapatkan lokasi pemasangan dengan tepat dan betul.
e. Memastikan peralatan tangan yang diperlukan untuk sesuatu tugasan atau kerja

pemasangan ada dalam simpanan/stor.
f. Memastikan peralatan pemasangan beradalam dalam stok/simpanan syarikat.

MENGISI SENARAI SEMAK

Memilih borang yang betul. Terdapat banyak jenis senarai semak dan banyak jenis
borang yang perlu diisi tetapi dalam kerja pemasangan terdapat tiga jenis borang
senarai semak yang perlu diisikan, iaitu;

NO. KOD / CODE NO. EE-021-3:2012-C03/P(2/4) MukaSurat / Page :27
Drpd / of : 29

1.Senarai Semak Peralatan Tangan

i. Borang ini hendaklah diisi sebelum membawa peralatan tangan keluar dari

stor atau pejabat.

ii. Pastikan alatan tangan yang diambil disenaraikan pada borang.

iii. Pastikan alatan tangan yang disenaraikan diasingkan atau dimasukkan ke

dalam tol box.

iv. Pastikan semua maklumat diisi pada borang.

v. Pastikan mendapat tanda tangan dan pengesahan dari penyelia.

2.Senarai Semak Peralatan Pemasangan
i. Borang ini hendaklah diisi sebelum membawa peralatan pemasangan
keluar dari stor atau pejabat.
ii. Pastikan peralatan pemasangan ada di dalam stok/simpanan.
iii. Pastikan peralatan pemasangan yang disenaraikan diasingkan atau terus
dimasukkan ke dalam kenderaan untuk kerja pemasangan.
iv. Pastikan semua maklumat diisi pada borang.
v. Pastikan mendapat tanda tangan dan pengesahan dari penyelia.

3.Senarai Semak Kerja Pemasangan

i. Borang ini hendaklah diisi setelah selesai kerja pemasangan atau

membuat uji lari pada peralatan atau sistem yang dipasang.

ii. Pastikan semua kerja pemasangan yang dibuat ditanda pada borang.

iii. Pastikan pelanggan membuat komen pada catatan dan

menandatanginya.

iv. Pastikan semua maklumat diisi pada borang.

v. Pastikan mendapat tanda tangan dan pengesahan dari penyelia.

(Kesemua borang senarai semak boleh di rujuk pada Kertas Penerangan 4)

NO. KOD / CODE NO. EE-021-3:2012-C03/P(2/4) MukaSurat / Page :28
Soalan: Drpd / of : 29

1. Nyatakan jenis bahan yang boleh dipotong menggunakan gergaji.
...........................................................................................................................................
...........................................................................................................................................

2. Mesin gerudi mempunyai 2 mode, jelaskan fungsi kedua-dua mode berkenaan.
...........................................................................................................................................
...........................................................................................................................................

3. Test pen mempunyai beberapa fungsi. Terangkan satu fungsi yang sering
digunakan oleh juruteknik pendawaian elektrik.

...........................................................................................................................................
...........................................................................................................................................

4. Senaraikan larangan ketika hendak menggunakan peralatan tangan.
...........................................................................................................................................
...........................................................................................................................................

5. Senaraikan tiga teknik pengikat dalam kerja pemasangan.
...........................................................................................................................................
...........................................................................................................................................

6. Senaraikan tiga jenis borang senarai semak yang perlu diisi oleh juruteknik
dalam kerja pemasangan

i. ................................................................................................................................
ii. ................................................................................................................................
iii. .................................................................................................................................

NO. KOD / CODE NO. EE-021-3:2012-C03/P(2/4) MukaSurat / Page :29
Drpd / of : 29

RUJUKAN
1. http://www.myelectrical4u.blogsport.com
2. Mohd Isa Bin Idris, Sabariah Binti Haji Bohanudin, Norjah Binti Janudin, Norani
Binti Hamzah, Salwani Binti MohdDaud (2003). Pengajian Kejuruteraan Elektrik
dan ElektronikTingkatan 4, Dewan Bahasadan Pustaka Kuala Lumpur, ISBN
NO. 983-62-7430-8.
3. Boylestad, Robert L, Nashelsky, Louis (1996). Electronic Devicesand Circuit
Theory, Sixth Edition. Prentice Hall


Click to View FlipBook Version