KOD DAN NAMA BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL
PROGRAM / VOKASIONAL
PROGRAM’S CODE & KEMENTERIAN PEDIDIKAN MALAYSIA
NAME ARAS 5 DAN 6, BLOK E 14, PARCEL E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
TAHAP / LEVEL 62604 PUTRAJAYA
KERTAS PENERANGAN
(INFORMATION SHEET)
ETN 2033 PEMASANGAN PERALATAN ELEKTRONIK
INDUSTRI
EE-021-2:2012 ELECTRONIC EQUIPMENT & APPLIANCE
INSTALLATION AND TROUBLESHOOTING
L2
NO. DAN TAJUK UNIT EE-021-2:2012 C03 INDUSTRIAL ELECTRONIC EQUIPMENT
KOMPETENSI / INSTALLATION
COMPETENCY UNIT NO.
AND TITLE
NO. DAN PENYATAAN 1. IDENTIFY ELECTRONIC EQUIPMENT INSTALLATION
AKTIVITI KERJA / WORK REQUIREMENTS(20JAM)
ACTIVITIES NO. AND
STATEMENT 2. INSTALL INDUSTRIAL ELECTRONIC EQUIPMENT
3. CONFIRM CUSTOMER ACCEPTANCE
4. REPORT INDUSTRIAL ELECTRONIC EQUIPMENT
INSTALLATION ACTIVITIES
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C03/P(1/4) Muka Surat / Page : 1
Drpd / of : 26
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C03/P(1/4) Muka Surat / Page : 2
Drpd / of : 26
1.0 MENGENALPASTI KEPERLUAN PEMASANGAN PERALATAN ELEKTRONIK
1.1 LANGKAH LANGKAH KESELAMATAN KEATAS PERALATAN(Safety
precautions)
Langkah-langkah keselamatan dan keadaan peralatan mesti diambilkira sebelum
peralatan itu di pasang (install). Arahan-arahan pemasangan biasanya diberi oleh
pembuat (manufacturer). Arahan-arahan ini mesti dipatuhi sebelum kita mula
membuat proses pemasangan. Contoh-contoh arahan adalah seperti berikut :-
Langkah Keselamatan :-
i. Baca arahan yang diberi dalam installation Manual.
ii. Simpan arahan-arahan ini dengan selamat
iii. Patuhi semua amaran (warning).
iv. Ikut arahan yang diberi.
v. Bersihkan peralatan dengan kain yang bersih dan kering.
vi. Jangan tutup lubang pengudaraan di peralatan.
vii. Jangan pasang peralatan berhampiran dengan sumber haba seperti
berhampiran dengan radiator, stores dan sebagainya.
viii. Jangan pasang peralatan dalam ruang yang terhad. Sentiasa tinggalkan ruang
sekurang-kurangnya 4 inci di sekeliling peralatan untuk pengalihudaraan. Pastikan
langsir atau objek lain tidak menutup slot pengalihudaraan pada peralatan
tersebut.
ix. Jangan sekali-kali letakkan peralatan, kawalan jauh atau bateri berhampiran
dengan api terbuka atau sumber haba yang lain, termasuk cahaya matahari
langsung.
x. Elakkan suhu tinggi, kelembapan, air dan habuk.
xi. Peralatan tidak boleh didedahkan pada titisan atau percikan air.
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C03/P(1/4) Muka Surat / Page : 3
Drpd / of : 26
1.2 JENIS-JENIS PERALATAN ELEKTRONIK (Type of electronic equipment)
Pelbagai jenis peralatan elektronik yang terdapat pada zaman sekarang.
Peralatan elektronik ini dicipta untuk memudahkan lagi kehidupan seharian
manusia. Peralatan elektronik dapat diketegorikan kepada tiga penggunaan
yang popular iaitu:
1.2.1.Peralatan elektronik yang digunakan di rumah kediaman seperti radio,
televisyen, set CCTV, HiFi, pemaian cakera DVD,CD,MP3,4 dan mesin basuh.
1.2.2.Peralatan elektronik yang digunakan di pejabat seperti radio, televisyen, set
CCTV, HiFi, PA system, Audio conference, Mesin cetak, mesin photostate, LCD
projektor dan komputer.
1.2.3.Peralatan elektronik yang digunakan di kilang atau perusahaan seperti sistem
electropneumatic, electrohydraulic, system robot, system microcontroller dan lain-
lain kawalan automatik.
Namun tidak dinafikan bahawa terdapat beberapa peralatan yang ada
digunakan di rumah, pejabat dan industri. Misalnya;
i. Peralatan yang biasa terdapat di rumah seperti radio, televisyen, mesin
photostate, printer, telefon, gate automatik, lampu kawalan(running light),
dan kipas kawalan juga terdapat di pejabat mahupun di kilang ataupun
industri. Peralatan ini memang ada digunakan di mana sahaja kerana ianya
adalah peralatan pengguna.
ii. Peralatan audio conference, PA sistem dan LCD projektor kebiasaanya
hanya terdapat dipejabat sahaja termasuk di pejabat yang beroperasi di
kawasan kilang atau perindustrian. Peralatan ini tidak digunakan di rumah
ataupun di kawasan production sesebuah kilang.
iii. Peralatan seperti electropneumatic, electrohydraulic, system robot dan
system microcontroller biasanya hanya digunakan di kilang atau kawasan
production sahaja.
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C03/P(1/4) Muka Surat / Page : 4
Drpd / of : 26
1.3 SPESIFIKASI PERALATAN ELEKTRONIK (Electronic equipment
specification)
Spesifikasi perlatan elektronik biasanya merujuk kepada maklumat penting dan
terperinci mengenai sesuatu peralatan. Kebiasaanya merujuk kepada nilai dan
jenis bekalan kuasa yang digunakan, nilai frekuensi, jenis input, jenis output,
kelajuan putaran motor dan lain-lain maklumat penting. Spesifikasi jugak
kadangkala merujuk kepada fungsi dan peranan bahagian-bahagian tertentu
pada peralatan.
1.3.1Komputer
Sebuah sistem komputer secara asasnya terdiri dari penerima input dan pemberi
output. Peranti input dan output adalah peralatan atau perkakasan yang digunakan
di dalam sebuah sistem computer
i. PERANTI INPUT
Peranti input adalah bahagian yang menerima kemasukan maklumat dari
pengguna komputer dan menghantar maklumat tersebut ke dalam komputer untuk
diproses. Jadual 1 menunjukkan peranti input dan keterangan.
PERANTI INPUT KETERANGAN
a. Mouse (tetikus)
Mouse menerima input pengguna berasaskan
b. Keyboard sentuhan pada dua butang yang terdapat di atasnya.
(papan kekunci)
Butang tersebut biasanya digunakan untuk interaksi
pengguna di atas skrin seperti mengklik butang
tindakan, tutup/buka program dan yang
seumpamanya.
Mempunyai struktur yang hampir sama seperti apa
yang terdapat pada mesin taip.
Digunakan untuk memasukkan teks ke dalam
komputer.
Menaip surat, karangan, dan kertas kerja
Jadual 3.1(a)
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C03/P(1/4) Muka Surat / Page : 5
Drpd / of : 26
ii. PERANTI OUTPUT
Peranti output adalah bahagian yang memaparkan maklumat yang telah diproses
oleh komputer untuk dilihat atau digunakan oleh pengguna. Jadual 2 pula
menunjukkan peranti output dan keterangan.
PERANTI OUTPUT KETERANGAN
a. Monitor
Memaparkan maklumat yang kelihatan di
b. Projektor LCD atas skrin
Maklumat yang biasa dipaparkan di atas
skrin adalah: gambar, permainan
komputer, tayangan filem
Fungsi yang sama seperti monitor tetapi
lebih digunakan untuk ditayangkan
disebuah bilik atau kawasan yang luas.
c. Pencetak Mengeluarkan maklumat dalam bentuk
d. Speaker audio salinan kertas.
Juga dikenali sebagai pengeluar hard
copy.
Salinan dalam disket dikenali sebagai soft
copy.
Mengeluarkan maklumat dalam bentuk
bunyi/audio.
Contohnya bunyi muzik, untuk menarik
perhatian pengguna
Jadual 3.1(b)
SPESIFIKASI KOMPUTER
Spesifikasi komputer adalah tidak sama antara satu dengan lain.
Perbezaan spesifikasi juga memberi perbezaan pada harga dan
kemampuan ia bekerja dan menyimpan memori.
Spesifikasi sesebuah koputer biasanya merujuk kepada komponen utama
dalam sebuah sistem komputer iaitu :-
CPU (Unit Pemproses Pusat): memproses data
Ingatan Sementara:
i. RAM (Ingatan Capaian Rawak)
ii. Cache (membantu pemprosesan oleh CPU)
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C03/P(1/4) Muka Surat / Page : 6
Drpd / of : 26
Ingatan Kekal:
i. Hard Disk (Cakera Keras)
ii. Disket
iii. ROM (Ingatan Baca Sahaja)
Perkakasan atau Peranti Input/Output
Jadual1.3.1 di bawah menunjukkan contoh spesifikasi sebuah computer.
Jadual 1.3.1 Contoh spesifikasi komputer
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C03/P(1/4) Muka Surat / Page : 7
Drpd / of : 26
1.3.2 Sistem siaraya (PA System)
Sistem siaraya merupakan satu proses mengenalpasti dan menyenarai perkakasan
yang berkaitan seperti penguatkuasa audio, pembesar suara,
mikrofon, pemain cakera video digital (DVD), televisyen dan wayar penyambung
serta menerangkan fungsi berdasarkan keperluan.
PERKAKASAN KETERANGAN
a. Audio Amplifier
Menerima isyarat elektrik dari microfon
Menguatkan isyarat audio
Menghasilkan isyarat keluaran audio sesuai
dengan pembesar suara
b. Pembesar Suara Menerima isyarat elektrik dari apmplifier
Menukarkan isyarat elektrik kepada isyarat
bunyi
c. Mikrofon Menerima isyarat bunyi
Menukarkan isyarat bunyi kepada isyarat
d. Pemain Cakera Video
Digital (DVD) elektrik
e. Televisyen Menafsir/menukarkan data audio/video pada
cakera kepada isyarat elektrik
f. Wayer Penyambung
Menghasilkan isyarat keluaran audio/video
sesuai dengan pembesar suara/penerima
TV.
Menerima isyarat audio/video dari zntena
atau dari pemain DVD.
Menghasilkan isyarat keluaran audio/video
dalam bentuk suara/gambar.
Menyambung kesemua komponen supaya
lengkap menjadi satu sistem
e. Set HiFi/Mixer Mengawal isyarat elektrik yang berkaitan
intonasi/rythm bunyi
Mengadun bunyi supaya berlaku serentak
dalam audio video seperti maklumat asal
Jadual 3.2
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C03/P(1/4) Muka Surat / Page : 8
Drpd / of : 26
Pengenalan Sistem PA (Public Address)
Sistem alamat awam atau "P.A" system adalah sistem penguat elektronik dengan penguat
(amplifier) atau pengadun (mixer) serta pembesar suara yang berfungsi untuk menguatkan
suara . Sistem P.A sering digunakan di tempat - tempat seperti auditorium sekolah dan
dewan manakala untuk aktiviti luar sistem P.A biasanya digunakan untuk membuat
pengumuman kecemasan atau hebahan maklumat dari masa ke semasa.
a. Sistem Asas P.A
Sistem ringkas P.A adalah terdiri daripada satu mikrofon, amplifier pengadun (mixer) mudah
bertenaga dan pembesar suara (speaker). P.A sistem jenis ini, sering memberikan 5-20 watt.
Sebuah sumber suara seperti CD player atau radio boleh dihubungkan ke sistem P.A
sehingga muzik yang boleh dimainkan melalui system P.A ini. Sistem P.A biasanya terdiri
daripada sumber masukan (input), pra-penguat (preamplifier) dan pembesar suara (speaker).
Sumber masukan adalah merujuk pada mikrofon dan pemain CD/DVD/PC. Secara umumnya
sistem P.A asas mengandungi item / aksesori seperti rajah 3.3 di bawah yang mengandungi
mikrofon, amplifier (penguat) dan pembesar suara (speaker).
Rajah 3.3(a)
Litar asas pendawaian sistem P.A seperti di Rajah 2 pula mengandungi beberapa
mikrofon, pengadun(mixer) dan pembesar suara yang mempunyai binaan dalaman
penguat (built in amplifier speaker). Dengan cara ini kawalan pada speaker pada
awalnya boleh dikawal secara berasingan dan seterusnya keseluruhan sistem P.A
berupaya dikawal keseluruhannya melalui pengadun sahaja.
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C03/P(1/4) Muka Surat / Page : 9
Drpd / of : 26
Rajah 3.3(b)
Satu sistem siaraya adalah sistem yang digunakan untuk pendengaran umum dan
mengandungi komponen utama iaitu:
i. Mikrofon
Sejenis alat penukar (tranducer) digunakan kepada satu nilai yang mempunyai
kadar yang sama.
Ia menukarkan gelombang bunyi kepada gelombang elektrik.
Ciri-ciri mikrofon
i. Dapat menukar nilai yang sama.
ii. Mempunyai julat yang luas.
iii. Mempunyai kepekaan yang baik pada semua frekuensi.
iv. Menukarkan tenaga akaustik bunyi kepada tenaga elektrik.
v. Jenis elektrostatik, gelang bergerak dan ribbon digunakan untuk penghasilan
bunyi kualiti yang tinggi.
vi. Untuk paras bunyi biasa satu-satu mikrofon perlu menghasilkan isyarat yang
jauh yang baik.
ii. penguat & Mixer
-Menguatkan isyarat untuk pendengaran.
-Kawalan nada disediakan untuk pendengaran yang lebih baik.
-Kuasa per channel tidak melebihi 100W
-Tone control pada kois yang sederhana, ia berada dalam penguat.
-Untuk kos yang tinggi, kawalan nada tidak diperlukan, kerana menggunakan
equalizer.
-Input masukan tidak lagi menggunakan kaset kerana mempunyai
keburukan,kerana ada isyarat kepada puncak kebisingan, sebaliknya input adalah
menggunakan CD kerana tidak ada signal ke tahap kebisingan.
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C03/P(1/4) Muka Surat / Page : 10
Drpd / of : 26
iii. pembesar suara
a. Pembesar suara digunakan untuk menukar isyarat elektrik kepada isyarat bunyi
yang biasanya lebih kuat daripada sumber asalnya
b. Sistem penguat dengan satu pembesar suara tidak banyak memberi banyak
maklumat tentang kedudukan, ia hanya memberi maklumat tentang jarak
c. Sistem penguat dengan satu pembesar suara stereo memberikan banyak
maklumat tentang kedudukan dan pengasingan bunyi.
b. Katogeri sistem siaraya
i. Sistem siaraya katogeri A :
- Dikendalikan di tempat terbuka melebihi jumlah penonton seramai 5000 orang.
ii. Sistem siaraya katogeri B :
- Dikendalikan di dalam dewan melebihi jumlah penonton 1000 orang.
iii. Sistem siaraya katogeri C :
Dikendalikan di dalam dewan yang jumlah penontonnya lebih kurang 500 orang.
c. Kecekapan sistem siaraya
Terdapat 4 faktor yang mempengaruhi kecekapan sistem siaraya
i. Kekuatan Bunyi
Pembesar suara perlu diletakkan ditempat yang tinggi supaya penonton yang berada
dibelakang dan dihadapan berada di dalam lingkungan polar pembesar suara.
ii. Kualiti Bunyi
Mutu atau kualiti keluaran sistem siaraya adalah dikatakan terbaik jika terdapat
penyesuaian diantara arah pembesar suara yang berubah-ubah dengan kawasan yang
diliputi oleh bunyi terus dari puncanya.
Kedudukan mikrofon (dari punca bunyi) dan pembesar suara mestilah dianggap
sebagai suatu kendalian yang saling bergantung antara satu sama lain.
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C03/P(1/4) Muka Surat / Page : 11
iii. Kestabilan Bunyi Drpd / of : 26
Sistem dikatakan stabil sekiranya mikrofon tidak berada dalam julat liputan pembesar
suara.
iv. Kesan Arah
Apabila terdapat lebih daripada satu punca bunyi, biasanya telinga akan mendengar
bunyi dari sumber yang lebih dekat
Dalam kerja–kerja siaraya adalah perlu untuk mengaturkan jarak dari pembesar suara
ke penonton-penonton adalah lebih jauh jaraknya daripada bunyi terus dari sumbernya
1.3.3 Kamera Litar Tertutup (CCTV)
PENGENALAN CCTV (CLOSED-CIRCUIT TELEVISION)
Closed-circuit television (CCTV) adalah kamera yang merakam imej video dan
menghantar isyarat video komposit tempat-tempat tertentu. CCTV sering digunakan
untuk tujuan pengawasan yang biasa terdapat di bank, lapangan terbang, bangunan-
bangunan pejabat dan perindustrian malah sekarang ini juga digunakan di rumah-
rumah kediaman. CCTV pertama telah dipasang oleh syarikat Jerman Siemens AG
pada Test Stand VII di Peenemünde, Jerman pada tahun 1942, digunakan untuk
memerhati perlancaran roket V-2.
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C03/P(1/4) Muka Surat / Page : 12
PERALATAN CCTV Drpd / of : 26
PERKAKASAN
a.Kamera KETERANGAN
Kamera berfungsi sebagai alat perakam imej
(video) dan pergerakan
Menukarkan imej atau pergerakan kepada
isyarat video komposit
c. Digital Video Menerima isyarat video komposit dari kamera
Recoder(DVR) Merakam dan menyimpan data dalam bentuk
digitel
Mempunyai hard disk sekurang-kurangnya
80Gb
g. Monitor Menerima isyarat video dari DVR/Kamera
Memaparkan isyarat video yang diterima dari
DVR/Kamera secara langsung
Jadual 3.3.2
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C03/P(1/4) Muka Surat / Page : 13
SPESIFIKASI CCTV Drpd / of : 26
Jadual 3.3.3 menunjukkan sesifikasi kamera cctv
1.4 KEADAAN LOKASI PEMASANGAN (Condition of Intallation location)
Pemilihan tempat atau lokasi pemasangan peralatan elektronik adalah sangat
penting. Ini kerana kebanyakan peralatan elektrik/electronik mudah pecah dan
sesetengahnya sangat sensitif pada faktor luaran seperti cuaca,air hujan,
kelembapan, kepanasan dan lain-lain. Antara perkara penting yang perlu diambilkira
dalam pemilihan lokasi pemasangan ialah:
a. Kering(Dry)
Udara yang kering bermaksud tiada unsur asing dalam udara. Kebanyakan alat
elektronik yang beroperasi dalam kedaan suhu/udara yang kering seperti dalam
bilik berhawa dingin lebih panjang jangka hayat. Ada peralatan yang beroperasi
didalam bilik berhawa dingin berjadi rosak apabila alat penghawa dingin rosak
secara tiba-tiba.
b. Lembap(Damp)
Walaupun kelembapan amat tidak baik bagi peralatan elektronik, namun ada
sesetangah peralatan direka khas boleh beroperasi sentiasa terdedah kepada
kelembapan sperti mesin basuh. Bagi satu mesin basuh bahagian elektroniknya
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C03/P(1/4) Muka Surat / Page : 14
Drpd / of : 26
dibalut dengan kemas supaya ianya tahan dengan cuaca lembap dan percikan air.
Bagi peralatan elektronik lain seperti kemera CCTV atau sensor yang beroperasi di
dalam air sudah tentu ianya dapat menahan kelembapan dan tekanan di dalam air.
c. Permukaan(Level)
Antara lokasi penting dalam pemilihan pemasangan peralatan elektronik ialah aras
permukaan.
i. Aras permukaan yang tidak rata amat penting bagi peralatan yang berputar
seperti motor yang berpusing dengan beban yang berubah-ubah seperti mesin
basuh, boleh mengakibatkan geseran berlebihan pada permukaan tertentu.
ii.Bagi pemasangan lampu perlu terletak di aras/ketinggian tertentu supaya
limpahan cahaya tersebar pada ruang yang dikehendaki.
iii.Bagi Kipas angin syiling dipasang pada ketinggian tertentu untuk tujuan
keselamatan.
iv.Jangan memasang peralatan di tempat yang tidak stabil, cerun atau tempat yang
terkena getaran berlebihan.
d. Pengudaraan(Ventilation)
Dalam kawasan sempit dan panas perlu ada sistem pengudaraan iaitu udara yang
panas perlu dikeluarkan dan diganti dengan udara yang tidak panas. Maka
pemasangan kipas penyedut udara amat diperlukan. Iaitu seperti di dapur, dalam
unit berkalan kuasa atau dalam CPU dan lain-lain.
Kebanyakan peralatan elektronik amat sensitif dengan suhu yang panas, kerana
ianya boleh mengakibatkan overheat dan merosakkan peralatan
elektronik.Sesetengan peralatan elektronik tidak boleh dipasang rapat pada dinding
atau lantai bertujuan supaya berlaku peredaran udara(ventilation) seperti
pemasangan peti sejuk.
e. Faktor-faktor lain.
i.Jangan memasang peralatan elektronik di tempat yang berdebu.
ii.Jangan biarkan peralatan elektronik beropersi di atas permaidani tebal atau
karpet.
iii.Jangan meletakkan peralatan pada keadaan terkena sinar matahari langsung.
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C03/P(1/4) Muka Surat / Page : 15
Drpd / of : 26
iv.Jangan memasang peralatan elektronik hampir kepada sumber panas.
1.5 MANUAL PEMASANGAN (Installation manual)
Manual pemasangan perlu dirujuk sebelum kerja pemasangan dibuat. Tujuannya
adalah untuk menghindari masalah atau penyambungan yang salah ketika
pemasangan peralatan. Kesalahan sambungan boleh menyebabkan berlaku
kerosakan kepada peralatan dan meyebabkan kerugian yang besar. Untuk itu,
kebanyakan manufacturer menyediakan “Buku Manual” atau manual pemasangan
bagi setiap peralatan.
Manual Pengguna-Panduan Persediaan(Setup Guide)-Mesin pencetak
Manual pengguna atau panduan persediaan biasanya mengandungi tatacara
bagaimana sesuatu peralatan elektronik diurus atau dioperate dengan betul. Panduan
ini biasanya mudah difahami oleh pengguna. Rajah 5.1 menunjukkan contoh manual
penggunaan bagi satu mesin pencetak.
Rajah 5.1 Contoh manual mesin cetak atau printer
Manual Perkhidmatan-Service Manual Radio
Manual perkhidmatan biasanya mengandungi maklumat yang lebih lengkap termasuk
specifications,operating instructions procedure, assembling, disassembling, circuit
digram dan simpton-simpton kerosakan.
Service manual kebiasaannya tidak dibekalkan kepada pengguna. Ianya
dibekalkan kepada mereka yang terlibat dalam penyenggaraan atau membeli sesuatu
peralatan elektronik dengan kuantiti yang banyak. Melalui service manual juruteknik
akan dapat membaiki kerosakan yang terjadi pada alatan elektronik atau mengantikan
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C03/P(1/4) Muka Surat / Page : 16
Drpd / of : 26
komponen yang rosak atau mengubahsuai unit akibat kerosakan yang berlaku.Rajah
7 menunjukkan satu contoh dan sebahagian dari service manual bagi satu set
penerima radio.
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C03/P(1/4) Muka Surat / Page : 17
Drpd / of : 26
Rajah 5.2: Contoh Buku Service Manual Radio
Contoh Manual Pemasangan CCTV
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C03/P(1/4) Muka Surat / Page : 18
Drpd / of : 26
Jadual 5.3 Contoh manual pemasangan CCTV
Contoh Manual Pemasangan Pneumatic & Hydraulic
Sistem Hydraulik
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C03/P(1/4) Muka Surat / Page : 19
Drpd / of : 26
Sistem pneumatik
Rajah 5.4 Manual pemasangan Hydralic dan Pneumatic
1.6 SENARAI SEMAK PEMASANGAN (Installation checklist)
Senarai semak pemasangan ialah suatu dokumen yang selalu digunakan oleh
Juruteknik Pemasangan bagi memastikan mereka telah memasang peralatan
dengan betul. Selain itu, ianya juga dapat membantu proses pemasangan menjadi
cepat dan mengelakkan berlaku kerosakan keatas peralatan kerana salah
pemasangan.
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C03/P(1/4) Muka Surat / Page : 20
Drpd / of : 26
Senarai Semak Peralatan Pemasangan
Peralatan yang hendak dipasang perlu disediakan oleh juruteknik maka borang
Senarai Semak Alatan Pemasangan perlu diisi oleh juruteknik sebelum
memulakan kerja pemasangan. Di mana juruteknik perlu menyenaraikan keperluan
pemasangan seperti yang diminta oleh pelanggan sebelum membuat kerja
pemasangan. Senarai peralatan tersebut perlu mendapatkan pengesahan dari
supervisor/Engineer atau penyelia sebelum memulakan kerja pemasangan. Contoh
senarai semak seperti borang di bawah:
SENARAI SEMAK PERALATAN PEMASANGAN
No Siri: abc123
Nama Teknisian: Ali Bin Abuya
Nama Pelanggan: Mutalib Bin Mutalab
Alamat Lokasi pemasangan: No 67 Jln Seberang Laut, Batu Kikir, Ipoh.
Bil Peralatan Kuantiti Catatan
1 Kamera Dome 3/
2 Monitor 1/
3 Unit bekalan kuasa DC untuk kamera 3/
4 1 unit DVR (Hard Disk SATA [80Gb],4-channel/ 1 1 /
BNC output/ 1 VGA output / 1 network port)
5 Cable VGA & connetor 30meter /
6 Cable Coaxial-RJ59 & Connector 100meter /
7 DC Kabel 10meter /
Tanda tangan: ali Tanda tangan: muse
(Nama: Ali Bin Abuya ) (Nama:Musa bin Samad Gol)
Jawatan: Teknisian/Juruteknik Jawatan: Supervisor/Penyelia
Tarikh: 26 Julai 1967
Tarikh: 26 Julai 1967
Borang 6.1: Contoh Senarai Semak Peralatan CCTV
Carta Aliran Pemasangan
Sewaktu kerja pemasangan satu carta lairan pemasangan juga diperlukan. Tujuannya
adalah untuk memastikan bahawa semua kerja dilaksanakan mengikut tempoh yang
ditetapkan dan tiada kerja pemasangan yang tertinggal. Jadual 4 menunjukkan contoh
carta aliran pemasangan peralatan.
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C03/P(1/4) Muka Surat / Page : 21
Drpd / of : 26
Rancang/ Lakaran/
Planning Disign
Pemasangan/
Installation
Operasi/ Maintenance/
Operation Penyenggaraan
Jadual 6.2 menunjukkan carta aliran pemasangan peralatan
Keterangan Carta aliran
i.Aliran kerja pemasangan boleh dimulakan dengan rancangan kerja. Iaitu
perkara-perkara yang melibatkan tarikh, tempoh masa kerja dan tugasan-tugas
yang boleh dimulakan dahulu, kemudian atau serentak.
ii.Lakaran iaitu gambaran lokasi pemasangan kamera, monitor, VDR dan jenis-
jenis kabel yang akan digunakan serta panjang kabel.
iii.Pemasangan semua peralatan yang diminta oleh pengguna seperti kamera,
monitor dan DVR.
iii.Operasi adalah proses di mana satu uji lari perlu dilaksanakan sebelum
diserahkan kepada pelanggan.
iv.Penyenggaraan perlu dilaksanakan jika terdapat masalah sewaktu ujian lari
ataupun ketika ia beroperasi.
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C03/P(1/4) Muka Surat / Page : 22
Drpd / of : 26
Senarai Semak Pemasangan
Senarai Semak Pemasangan ialah satu senarai peralatan yang akan dipasang.
Senarai ini diperlukan untuk memastikan semua peralatan telah dimasang. Rajah 7
pula adalah contoh senarai semak pemasangan CCTV.
Senarai Semak Pemasangan
No Siri: AGR2474-20(1)
Nama Teknisian: Ahaz Bin Absha
Nama Pelanggan: Mutalib Bin Mutalab
Alamat Lokasi pemasangan:No137669 Kg Changkat Baru, Malim Nawar Prk.
Bil Pemasangan Peralatan Lokasi Catatan
1 1 Kamera Dome Ruang Tamu Rumah Done
2 1 Kamera Dome Ruang Luar rumah hadapan Done
3 1 Kamera Dome Tingkap Done
Ruang laluan belakang rumah
4 Monitor Dalam bilik utama Done
5 1 unit DVR (Hard disk [80Gb], 4- Dalam stor berkunci – DVR telah Done
channel/ 1 BNC output/ 1 VGA diinstall dengan software yang boleh
output / 1 network port) mengawal 3 kamera
6 Cable VGA & Connetor 30meter
7 Cable Coaxial & Connector 90meter
8 Kabel DC 9meter
9 Uji lari selama 1 jam Done
Tanda tangan: ali
(Nama: Ahaz Bin Absha )
Jawatan: Teknisian/Juruteknik
Tarikh: 26 Julai 1967
Pengesahan Pelanggan
Catatan/Komen: ……………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
Tandatangan:
(Nama: )
Tarikh:
Pengesahan Penyelia:
Catatan/Komen: ……………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
Tandatangan:
(Nama: )
Tarikh:
Borang 6.3: Contoh Senarai Semak Pemasangan Peralatan CCTV
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C03/P(1/4) Muka Surat / Page : 23
Drpd / of : 26
1.7 PERISIAN PEMASANGAN (INSTALLATION SOFTWARE)
Setelah selesai kerja pemasangan, kita perlu memastikan perisian dapat
diinstallkan di dalam DVR. Tanpa perisian sistem CCTV tidak berguna sama
sekali. Dengan menggunakan laptop atau komputer intallkan ke dalam laptop dan
pindahkan ke DVR dengan cable USB port.
Arahan Install Soltware DVR
-Masuk CD
-Welcome to the Found New Folder Wizard
-Open folder to view file
-Double ►clik
4 channel 30 FPS DVR 4 channel 120 FPS with audio DVR 16 channel 120 FPS DVR
All other cards Help Read My
-►Clik pada All other cards
Driver DMP Setup
-►Clik pada Setup
Digital Video Recovery System
-►Clik Next -►Clik Driver -►Clik Next
-►Clik Continue Anyway -►Clik Next -►Clik Next
-►Clik (GCI) -►Clik Next -►Clik Finish
Jika software telah sempurna pastikan:
i.Kamera mesti berfungsi menangkap paparan dihadapannya.
ii.Monitor mesti boleh memaparkan apa yang ditangkap oleh kamera.
iii.Menitor boleh menyiarkan semula paran kamera yang dipasangkan padanya.
Software/perisian yang diinstallkan pada DVR juga perlu dipastikan:
i.Boleh merakam semua kamera yang disambung padanya.
ii.Boleh memainkan semula rakaman dari kamera.
iii.Boleh menyimpan rakaman kamera untuk tempoh masa tertentu.
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C03/P(1/4) Muka Surat / Page : 24
Drpd / of : 26
1.8 INSTALLATION LOCATION LAYOUT (Layout lokasi pemasangan)
Sebelum pemasangan sistem CCTV dibuat satu lakaran/layout gambarajah
pengawasan perlu dibuat. Tujuan lakaran ini adalah untuk memastikan tempat-tempat
strategik perlu diletakkan kamera, DVR dan monitor.
Kamera perlu dipasang pada tempat agak tersembunyi supaya tidak disedari oleh
penceroboh. Monitor pula diletakkan di kawasan yang mudah dipantau oleh pengawal
atau tuan punya premis. DVR pula perlu ditempatkan di kawasan yang sesuai serta
tersembunyi.
Rajah 8 menunjukkan contoh layout untuk memasang kamera CCTV
1.9 CIRCUIT DIAGRAM
Rajah litar bagi pemasangan bagi sistem CCTV boleh digambarkan seperti rajah 9
dibawah. Namun pada hakikatnya setiap sistem CCTV adalah tidak sama antara
satu sama lain. Ini kerana terdapat perbezaan:
i.Jumlah kamera yang digunakan
ii.Jumlah monitor yang digunakan
iii.Pemantau yang dilalukan samada melalui monitor, laptop atau handphone.
iv.Jarak pemantauan
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C03/P(1/4) Muka Surat / Page : 25
Drpd / of : 26
Rajah 9 menunjukkan contoh digram pemasangan sistem CCTV
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C03/P(1/4) Muka Surat / Page : 26
Soalan :- Drpd / of : 26
1. Nyatakan 3 keselamatan umum bagi pemasangan peralatan elektronik?
..................................................................................................................
..................................................................................................................
..................................................................................................................
2. Nyatakan 2 lokasi pemasangan yang bersesuaian.?
..................................................................................................................
..................................................................................................................
..................................................................................................................
3. Nyatakan 3 punca kerosakan pada litar?
..................................................................................................................
..................................................................................................................
..................................................................................................................
4. Nyatakan 3 kebaikan penggunaan borang senarai semak peralatan.
..................................................................................................................
..................................................................................................................
..................................................................................................................
5. Nyatakan 3 langkah untuk menentukan kedudukan kamera CCTV.
..................................................................................................................
..................................................................................................................
..................................................................................................................
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C03/P(1/4) Muka Surat / Page : 27
Drpd / of : 26
RUJUKAN/REFERENCE :
1. http://www.myelectrical4u.blogsport.com
2. Mohd Isa Bin Idris, Sabariah Binti Haji Bohanudin, Norjah Binti Janudin, Norani
Binti Hamzah, Salwani Binti Mohd Daud (2003). Pengajian Kejuruteraan Elektrik
dan Elektronik Tingkatan 4, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur, ISBN
NO. 983-62-7430-8.
3. Boylestad, Robert L,Nashelsky, Louis . 1996. Electronic Devices and circuit
theory, Sixth Edition. Prentice Hall