The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Akmal Ahmad, 2023-03-23 23:30:31

KADET REMAJA SEKOLAH - MODUL 1

KRSM - MODUL 1

Modul 1 w i Buku Rujukan Kadet Remaja Sekolah BUKU PANDUAN PELAJAR KADET REMAJA SEKOLAH MODUL I


ii w Modul 1 Buku Rujukan Kadet Remaja Sekolah


Modul 1 w iii Buku Rujukan Kadet Remaja Sekolah KETUA EDITOR: Che Mazlan Saad EDITOR: Semiah Said Mejar KRSM Abd Rahaim Bin Md Isa Mejar KRSM Zaini Bin Abd Rahman Mejar KRSM Soleh Bin Senafi Mejar KRSM Harun Bin Yaakob REKA BENTUK KULIT: Mohd Haizea Shafarudin PEREKA GRAFIK: Nusaibah Din ILUSTRATOR: Nor Azlin Ngah FOTOGRAFI: Mohd Haizea Shafarudin Mohd Rohaizal Abdul Hamid Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd. BUKU PANDUAN PELAJAR KADET REMAJA SEKOLAH MODUL I PANEL PENULIS SEKRETARIAT KRS MUSLEH: Mejar KRSM Abd Rahaim Bin Md Isa Mejar KRSM Soleh Bin Senafi Mejar KRSM Shahrinizam Bin Mohd Amin Mejar KRSM Harun Bin Yaakob Mejar KRSM Wardah Bt Saari Mejar KRSM Kamaruzaman Bin Che Ya Mejar KRSM Madihah Bt Uzir Mejar KRSM Zaini Bin Abd Rahman Mejar KRSM Ust. Saiful Jamsyir Bin Mohd Hakim Al-Hafiz Kapten KRSM Ust. Sukri Bin Shariff Leftenan KRSM Mazelan Bin Harron PANEL PENYEMAK SEKRETARIAT KRS MALAYSIA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Kolonel KRS Datuk Hj Anuar Ab. Aziz Mejar KRS Mohd Rizuwan Bin Toharuddin Mejar KRS Amiruddin Bin Harun Mejar KRS Azmi Bin Mohd Isa Kapten KRS Sharifah Kastinah Binti Habib Mohd Kassim Kapten KRS Yusliza Binti Mohamad Ali


iv w Modul 1 Buku Rujukan Kadet Remaja Sekolah No, 2-1, Tingkat 1, Jalan 9/23A, Medan Makmur Off Jalan Usahawan, 53200 Setapak, Kuala Lumpur, Malaysia Tel: +603-4143 4343 Faks: +603-4149 1414 E-mel: [email protected] AJL931362 Cetakan Pertama 2016 © Hak Cipta Ilustrasi & Foto: Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd. © Hak Cipta Teks: Pendidikan Ikram MUSLEH Bhd Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian, artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa jua cara sama ada secara elektronik, fotokopi, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada penerbit. Rujukan: Buku Panduan Pengurusan Kadet Remaja Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Sekretariat Penulisan KRS Musleh KADET REMAJA SEKOLAH : BUKU RUJUKAN. MODUL 1 / PENULIS: Panel Sekretariat Penulisan KRS Musleh ; KETUA EDITOR: Che Mazlan ; EDITOR: Semiah Said ; REKA BENTUK KULIT: Mohd Haizea Shafarudin ; REKA LETAK GRAFIK: Nusaibah Din ; ILUSTRATOR: Nor Azlin Ngah ; FOTOGRAFI: Mohd Haizea Shafarudin, Mohd Rohaizal Abdul Hamid. ISBN 978-967-362-346-4 1. Student activities--Malaysia. 2. Scouting (Youth activity)--Malaysia. 3. Student participation in curriculum planning--Malysia. I. Che Mazlan Saad, 1959-. II. Semiah Said. III. Mohd Haizea Shafarudin. IV. Nusaibah Din. V. Nor Azlin Ngah. VI. Mohd Rohaizal Abdul Hamid. VII. Judul. 371.809595 Dicetak Oleh: Times Offset (M) Sdn. Bhd. Bangunan Times Publishing, Lot 46 Subang Hi-Tech Industrial Park, Batu 3, 40000 Shah Alam, Selangor iv w Modul 1


Modul 1 w v Buku Rujukan Kadet Remaja Sekolah ISI KANDUNGAN Prakata .................................................................................................................. viii Sejarah .................................................................................................................. ix Latar Belakang ....................................................................................................... xiii Rasional ................................................................................................................. xiii PELAJARAN 1: Ketatanegaraan ..................................................................... 1 PELAJARAN 2: Pengurusan Diri .................................................................... 24 PELAJARAN 3: Kawad Kaki ........................................................................... 39 PELAJARAN 4: Perkhemahan ........................................................................ 67 PELAJARAN 5: Tali-Temali (Ikatan) ................................................................ 88 PELAJARAN 6: Ikhtiar Hidup .......................................................................... 95 PELAJARAN 7: Bantu Mula ........................................................................... 108 PELAJARAN 8: Asas Kebombaan ................................................................. 124 PELAJARAN 9: Pengetahuan Am .................................................................. 133 PELAJARAN 10: Kompas dan Peta ................................................................. 172 PELAJARAN 11: Seni Bela Diri (BaSeD) ......................................................... 178 PELAJARAN 12: Alam Sekitar ......................................................................... 196 PELAJARAN 13: Jahitan .................................................................................. 204 PELAJARAN 14: Masakan ............................................................................... 215 PELAJARAN 15: Kraftangan ............................................................................ 227 PELAJARAN 16: Memanah Tradisional ........................................................... 230 Lampiran ............................................................................................................... 238


vi w Modul 1 Buku Rujukan Kadet Remaja Sekolah vi w Modul 1


Modul 1 w vii Buku Rujukan Kadet Remaja Sekolah KURIKULUM KRS DISIPLIN DAN KEROHANIAN KHIDMAT MASYARAKAT (KHIDMAS) ALAM SEKITAR KEUSAHAWANAN KETAHANAN DIRI DAN KEBUDAYAAN


viii w Modul 1 Buku Rujukan Kadet Remaja Sekolah PRAKATA Kadet Remaja Sekolah (KRS) telah ditubuhkan secara rasminya pada 18 Januari 1995. Pelancaran penubuhan ini diadakan di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Kuala Lumpur pada 20 Jun 1995 oleh Yang Berhormat Dato’ Sri Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Menteri Pelajaran Malaysia pada masa itu. Seramai 300 orang guru telah dilatih untuk menjadi jurulatih KRS peringkat sekolah. Latihan ini telah diadakan di Pusat Kokurikulum Bachok (Kelantan), Singkir (Kedah), Bukit Kolah (Terengganu) dan Santubong (Sarawak). Kementerian Pendidikan seterusnya mengedarkan buku panduan Kadet Remaja Sekolah kepada sekolah-sekolah bagi mempercepatkan pelaksanaan pasukan ini. Antara buku-buku yang diterbitkan pada masa itu ialah Buku Perlembagaan Kadet Remaja Sekolah, Buku Tatacara Pemakaian Kadet Remaja Sekolah, Buku Kawad Kadet Remaja Sekolah, dan Buku Kurikulum Latihan Kadet Remaja Sekolah. Bagi memudahkan pengurusan Kadet Remaja Sekolah, kesemua buku ini telah dirangkumkan menjadi sebuah buku sahaja. Tujuan sebenar buku ini diterbitkan adalah sebagai panduan kepada ahli pasukan, guruguru dan individu yang berkaitan dengannya. Buku ini menjelaskan tentang konsep, falsafah, matlamat dan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan oleh ahli pasukan Kadet Remaja Sekolah. Justeru, buku ini harus dimiliki oleh semua ahli pasukan untuk rujukan dan bimbingan sepanjang berada dalam pasukan Kadet Remaja Sekolah. Pasukan Kadet Remaja Sekolah berbeza daripada pasukan unit beruniform yang lain. Hal ini kerana pasukan ini mempunyai falsafah dan konsep berbeza yang digandingkan dengan unsur-unsur pengukuhan dan pemantapan jiwa dan rohani setiap ahli pasukan. Ahli pasukan ini dapat meningkatkan aspek jasmaninya melalui aktiviti-aktiviti yang mencabar kemahiran inteleknya melalui pemikiran kreatif dan kritis, serta rohaninya ditingkatkan melalui amalan ibadah. Diharapkan generasi yang dilahirkan melalui Pasukan Kadet Remaja Sekolah akan menjadi contoh kepada pelajar-pelajar lain dan menjadi masyarakat contoh yang bersedia menghadapi cabaran kelak.


Modul 1 w ix Buku Rujukan Kadet Remaja Sekolah SEJARAH PENUBUHAN KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) Kadet Remaja Sekolah (KRS) telah diasaskan oleh En. Muhammad Thani bin Sha’aban di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Jalan Kepong, Kuala Lumpur pada 27 Jun 1987. Pasukan ini pada mulanya dikenali sebagai Kadet Putera Islam Malaysia (KPIM) yang merupakan pasukan beruniform Persatuan Pelajar-Pelajar Islam SMRA (PERWIRA). Keahliannya hanya seramai 20 orang pelajar sahaja, iaitu terdiri daripada pelajar Tingkatan 1 dan 2. Matlamat utama penubuhan pasukan ini adalah untuk melahirkan pelajar cemerlang yang berilmu, beriman, beramal, berakhlak mulia, bersemangat patriotik dan berketerampilan selaras dengan usaha dan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah Wawasan 2020. Pasukan KPIM bernaung di bawah pengawasan Unit Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan berteraskan Islam Sebagai Cara Kehidupan (Ad-Deen). Pada tahun 1989, beberapa buah sekolah di Wilayah Persekutuan mula menubuhkan pasukan KPIM, antaranya Sekolah Menengah Taman Tun Dr. Ismail di bawah pimpinan Ustaz Ahmad Farazilla bin Abdul Ghani, Sekolah Menengah Seri Titiwangsa di bawah pimpinan En. Anuar bin Abd Aziz dan Sekolah Menengah Agama Ma’ahad Hamidiah, Kajang, Selangor di bawah pimpinan En. Abu Hassan bin Morad. Selain itu, sebanyak 53 buah sekolah menengah di seluruh negara juga turut berbuat demikian. Bermula 10 Ogos 1993, usaha menubuhkan KPIM secara rasmi untuk bernaung di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia dilakukan. Modul 1 w ix


x w Modul 1 Buku Rujukan Kadet Remaja Sekolah 13 September 1993 pula, satu pertemuan telah diadakan dengan Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid bin Wan Mohd Nordin, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia. Dalam pertemuan itu tesis mengenai KPIM telah dibentangkan. Hasilnya, sebuah jawatankuasa kecil telah dibentuk untuk menyediakan kertas kabinet. Jawatankuasa ini mencadangkan agar pasukan ini diberi nama Kadet Putera-Puteri Islam (KPIM). Walau bagaimanapun, nama pasukan ini kemudiannya ditukar kepada Kadet Remaja Islam (KRIS). Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid bin Wan Mohd Nordin telah mempengerusikan satu taklimat dan pendedahan mengenai pasukan ini kepada Pengarah-pengarah Bahagian Kementerian Pendidikan pada bulan Oktober 1993. Ahli mesyuarat telah membuat keputusan agar nama pasukan ini ditukarkan kepada Kadet Remaja Sekolah (KRS) yang bertujuan agar keahliannya dibuka kepada semua kaum, sama ada pelajar lelaki atau perempuan. Upacara Pelancaran Kadet Remaja Sekolah Peringkat Kebangsaan telah dilaksanakan pada 20 Jun 1995 bersamaan 21 Muharam 1416 H di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Jalan Kepong, Kuala Lumpur oleh Yang Berhormat Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Menteri Pelajaran Malaysia pada masa itu. Bagi menghargai usaha gigih Kolonel Mohd Thani bin Saaban, Kolonel Haji Ahmad Farazila bin Abdul Ghani dan Kolonel Datuk Haji Anuar bin Ab Aziz, maka KPM telah mengiktiraf mereka sebagai pengasas KRS Malaysia. x w Modul 1 Kolonel Datuk Haji Anuar bin Ab Aziz Allahyarham Kolonel Mohd Thani bin Saaban Kolonel Haji Ahmad Farazila bin Abdul Ghani


Modul 1 w xi Buku Rujukan Kadet Remaja Sekolah SURAT GABUNGAN


xii w Modul 1 Buku Rujukan Kadet Remaja Sekolah SEJARAH KADET REMAJA SEKOLAH MUSLEH KRS Pasukan beruniform di sekolah-sekolah MUSLEH bermula sejak tahun 1988 lagi, atas nama Syabab dan Fatayat. Pada tahun 2007, Majlis Guru Besar Sekolah Islam Malaysia (MGBSIM) telah mengesyorkan supaya MUSLEH mengambil Kadet Remaja Sekolah Malaysia sebagai aktiviti kokurikulum. Persetujuan antara MUSLEH dengan KPM telah merealisasikan penubuhan KRS MUSLEH sebagai ahli gabungan KRS Malaysia Maka dengan itu, pada 20 Oktober 2007, Lembaga Pengarah MUSLEH telah bersetuju mengambil KRS Malaysia sebagai aktiviti kokurikulum bahagian pakaian seragam bagi semua SRI-SMI di bawah naungannya. Oleh itu, nama Pergerakan Syabab dan Fatayat Malaysia (PSFM) di SRI-SMI telah digantikan dengan nama KRS MUSLEH dengan mengekalkan falsafah, konsep, isi kandungan dan semua syiar asasi PSFM. Surat Kementerian Pelajaran Malaysia bertarikh 21 Januari 2008 telah mengesahkan bahawa MUSLEH menjadi badan induk KRS bagi semua SRI-SMI yang bernaung di bawahnya. MUSLEH menjadi Ahli Gabungan KRS Malaysia Peringkat Kebangsaan dan sebagai sebuah badan induk KRS MUSLEH boleh mendaftarkan sekolah-sekolah selain sekolah kerajaan untuk menjadi ahli gabungannya. Majlis Pemasyhuran KRS MUSLEH telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia, Yang Berhormat Dr. Hj. Mohd Puad bin Zarkashi pada 22 Disember 2009 di Taman Rekreasi Woods Ulu Yam, Selangor sempena Perkhemahan Nasional KRS MUSLEH (PRINT09). Keahlian TKRS MUSLEH terdiri daripada murid Tahun 4, 5 dan 6. Manakala keahlian KRS MUSLEH ialah pelajar Tingkatan 1 hingga 5. Penyertaan murid dan pelajar di SRISMI rangkaian MUSLEH adalah diwajibkan. KRS MUSLEH mengembangkan aktivitinya di peringkat antarabangsa sejak 2008 dengan menyertai Perkhemahan Nasional (KEMNAS) anjuran Pramuka Jaringan Sekolah Islam Terpadu (JSIT) di Indonesia.


Modul 1 w xiii Buku Rujukan Kadet Remaja Sekolah LATAR BELAKANG Pelajar adalah suatu aset yang amat berharga dalam menentukan arah pembangunan pada masa akan datang. Dalam konteks Pendidikan Kebangsaan, kegiatan kokurikulum merupakan satu program penting demi membangunkan potensi murid-murid secara menyeluruh. Secara umum, kegiatan kokurikulum yang sedia ada telah berjaya membina disiplin pelajar bagi meningkatkan minat mereka terhadap pembelajaran. Namun demikian, masih banyak ruang yang perlu dipenuhi untuk mengatasi masalah generasi muda yang semakin mencabar. Bagi mengisi tuntutan ke arah negara maju, kita perlu menyediakan golongan yang dinamik dan berkualiti serta mempunyai perkembangan sahsiah yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS). Menyedari keperluan ini Kadet Remaja Sekolah MUSLEH (KRS MUSLEH) dan Tunas Kadet Remaja Sekolah MUSLEH (TKRS MUSLEH) ditubuhkan di semua sekolah menengah atau rendah rangkaian MUSLEH seluruh negara sebagai pasukan Badan Beruniform yang utama di sekolah. Kewujudan KRSM atau TKRSM sekaligus dapat memenuhi kepelbagaian cita rasa, minat dan bakat pelajar berdasarkan objektif yang dikemukakan. RASIONAL Memberi peluang seluas-luasnya kepada murid-murid untuk melibatkan diri dalam Pasukan Pakaian Seragam. Adalah diharapkan Kadet Remaja Sekolah MUSLEH atau Tunas KRS MUSLEH dapat membantu mengatasi masalah salah laku di kalangan murid-murid sekolah seperti penyalahgunaan najis dadah, ponteng sekolah, budaya lepak dan masalah juvana. Memenuhi inspirasi dan permintaan masyarakat masa kini yang memerlukan satu usaha pembinaan generasi baharu secara komprehensif dan cemerlang dengan mendapat sokongan padu daripada semua pihak. Modul 1 w xiii


xiv w Modul 1 Buku Rujukan Kadet Remaja Sekolah Aktiviti KRS MUSLEH diharap dapat mengembangkan semua aspek potensi manusia yang berteraskan ilmu dan amal ke arah pembinaan dan pengukuhan sahsiah pelajar yang mengamalkan nilai-nilai murni dan moral yang tinggi selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. xiv w Modul 1


Modul 1 w xv Buku Rujukan Kadet Remaja Sekolah Daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah SAW bersabda: “Mukmin yang kuat lebih baik daripada Mukmin yang lemah.” (Riwayat Muslim)


xvi w Modul 1 Buku Rujukan Kadet Remaja Sekolah KADET REMAJA SEKOLAH MALAYSIA ILMU IMAN AMAL USRAH “Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersukusuku agar kamu kenal-mengenal. Sesungguhnya yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Teliti.” (al-Hujurat: 13)


Modul 1 w 1 Buku Rujukan Kadet Remaja Sekolah Mutiara Al-Quran dan Hadis “Tiga perkara sesiapa yang ada padanya maka dia mendapati kemanisan iman. (Pertama) Hendaklah Allah dan rasul-Nya lebih dicintai mengatasi selain keduaduanya. (Kedua) Hendaklah dia mencintai seseorang, tidak dia cintai kecuali kerana Allah. (Ketiga) Hendaklah dia benci untuk kembali kepada kekufuran sepertimana dia benci untuk dicampakkan ke dalam neraka.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim) Matlamat Pendidikan 1. Nilai ketaatan antara anak buah dengan ketua. 2. Kesefahaman dalam tindakan. 3. Semangat patriotik. 4. Kerjasama antara anggota. 5. Daya tumpuan yang tinggi dalam kerja. 6. Disiplin yang tinggi dalam organisasi. Konstruk 1. Urus diri (disiplin) 2. Kerja berpasukan 3. Memimpin 4. Daya ketahanan 5. Penampilan diri PELAJARAN 1: KETATANEGARAAN


2 w Modul 1 Buku Rujukan Kadet Remaja Sekolah PELAJARAN 1: KETATANEGARAAN UNIT 1: Pengenalan KRS Malaysia Logo dan Maksudnya 1. Perisai melambangkan benteng ketahanan diri daripada gejala tidak sihat. 2. Bulan dan bintang melambangkan agama Islam sebagai agama rasmi negara Malaysia. 3. Dua tangkai padi bersilang melambangkan resmi padi, iaitu berilmu dan berketerampilan serta matang dan rasional dalam semua tindakan. 4. Buku yang terbuka dan rehal melambangkan peranan institusi pendidikan yang mementingkan tradisi ilmu untuk semua tanpa mengira keturunan dan kaum, agama dan latar belakang budaya ke arah melahirkan bangsa Malaysia selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. 5. Warna hijau melambangkan alam sekitar yang sihat. 6. Warna merah melambangkan keperwiraan dan sedia berjuang mempertahankan negara yang tercinta. 7. Warna kuning melambangkan warna diraja yang menjadi tonggak kedaulatan negara Malaysia. 8. Warna putih melambangkan keikhlasan serta kesucian. 9. Cogan kata: “Ilmu, Iman, Amal, Teras Pembentukan Generasi Rabbani”. a. Ilmu: Asas keintelektualan dan keterampilan ahli KRSM.


Modul 1 w 3 Buku Rujukan Kadet Remaja Sekolah b. Iman: Keimanan yang mendalam merupakan asas pembinaan diri. c. Amal: Penghayatan dan perlakuan gaya hidup sihat yang berterusan merupakan natijah daripada kekuatan intelektual dan disiplin diri. d. Generasi Rabbani: Kehidupan yang dinaungi maghfirah Allah SWT. Bendera KRS Warna hijau melambangkan: a. Tunas muda/remaja yang masih boleh dibentuk. b. Laluan hidup yang jelas untuk masa depan. c. Alam sekitar merupakan sebahagian daripada kurikulum TKRS MUSLEH. Falsafah KRS MUSLEH Satu proses pendidikan yang berteraskan tauhid bagi membina dan melahirkan insan rabbani yang berilmu, beriman, dan berakhlak mulia serta berkemampuan membentuk diri sendiri, masyarakat, negara dan dunia sebagaimana yang dituntut oleh al-Quran


4 w Modul 1 Buku Rujukan Kadet Remaja Sekolah dan as-Sunnah melalui sistem pendidikan yang seimbang, bersepadu, menyeluruh dan berterusan. Matlamat 1. Melahirkan pelajar cemerlang yang beriman, berakhlak mulia, berilmu dan berketerampilan selaras dengan hasrat Wawasan Pendidikan dan Falsafah Pendidikan Negara ke arah menjayakan Wawasan 2020. 2. Membentuk generasi muttaqin yang benar-benar menghayati dan memperjuangkan Islam. 3. Membentuk generasi yang mencintai Allah SWT dan Rasulullah SAW serta berakhlak dengan al-Quran dan as-Sunnah. 4. Mendidik generasi yang mencintai ilmu dan mempunyai semangat ukhuwah dan berperikemanusiaan serta mencintai alam ciptaan Allah SWT. 5. Melahirkan generasi yang mampu membawa perubahan kepada dunia Islam keseluruhannya. 6. Membentuk generasi yang berjiwa kental dalam menghadapi cabaran. Dalil 1. Al-Quran a. “Sesungguhnya Allah mencintai orang yang berjihad di jalan-Nya dalam barisan teratur, mereka seakan-akan seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh.” (as-Saff: 4) b. “Ataukah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, sedangkan kamu belum diuji.” (al-Baqarah: 214) c. “Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.” (al-Baqarah: 155) 2. Al-Hadis a. Hadis 1: “Mukmin yang kuat lebih dikasihi oleh Allah daripada Mukmin yang lemah.” (Riwayat Muslim) b. Hadis 2: “Dua mata yang dikasihi oleh Allah, iaitu mata yang menangis kerana takutkan Allah dan mata yang berjaga di perbatasan.” (Riwayat Tirmizi)


Modul 1 w 5 Buku Rujukan Kadet Remaja Sekolah 3. Sirah Rasul, Sahabat dan Tabiin a. Rasulullah SAW meluruskan barisan-barisan tentera. b. Rasulullah SAW menjadi penggembala kambing. c. Rasulullah SAW dibesarkan di kawasan luar bandar. d. Tentera Islam telah dilatih dengan pelbagai kemahiran sebelum pergi berperang. e. Barisan hadapan tentera dipilih di kalangan mereka yang menunjukkan kekuatan iman dan amal. f. Usamah bin Zaid memimpin tentera Islam, dari kalangan tentera itu terdiri daripada sahabat-sahabat besar. g. Asma binti Abu Bakar sanggup berkorban dengan mendaki bukit untuk membawa bekalan makanan kepada Rasulullah SAW dan Abu Bakar r.a. ketika peristiwa Hijrah. Ikrar “Kami anggota Kadet Remaja Sekolah MUSLEH berikrar akan mengabdikan seluruh kehidupan kami kepada Allah dan memperjuangkan Din Islam serta berjanji akan menepati undang-undang Kadet Remaja Sekolah MUSLEH.” Undang-undang KRS MUSLEH 1. Mestilah mencintai Allah dan Rasul lebih daripada yang lain. 2. Ikhlas kerana Allah. 3. Beramah mesra. 4. Anggota KRS Musleh adalah bersaudara antara satu sama lain. 5. Sentiasa bermuka manis. 6. Bersikap berani dalam menghadapi pelbagai ancaman. 7. Sabar dalam menghadapi segala bentuk kesukaran. 8. Menepati janji dan masa. 9. Tahu menggunakan sumber-sumber asli alam. 10. Boleh dipercayai dan boleh menyimpan rahsia.


Click to View FlipBook Version