The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Contoh Muka Surat - Buku Rujukan - TKRS - Tahun 4

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Akmal Ahmad, 2023-05-22 10:35:44

Contoh Muka Surat - Buku Rujukan - TKRS - Tahun 4

Contoh Muka Surat - Buku Rujukan - TKRS - Tahun 4

BUKU RUJUKAN TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH TAHUN 4 PENULIS: PANEL PENULIS KRS MUSLEH KETUA EDITOR: CHE MAZLAN SAAD EDITOR: SEMIAH SAID WAN NOOR ZURITA WAN HASSAN NORHAFIFA ABDUL HALIM REKA BENTUK KULIT: MOHD HAIZEA SHAFARUDIN PEREKA GRAFIK: NUSAIBAH DIN MOHD HAIZEA SHAFARUDIN ILUSTRATOR: NOR AZLIN NGAH FOTOGRAFI: LOKMAN HAKIM ABDUL MUHAIMIN KHYRUL ALFIE JURAIMI MOHD ROHAIZAL ABDUL HAMID MOHD HAIZEA SHAFARUDIN Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd.


No, 2-1, Tingkat 1, Jalan 9/23A, Medan Makmur Off Jalan Usahawan 53200 Setapak, Kuala Lumpur, Malaysia Tel: +603-4143 4343 Faks: +603-4149 1414 E-mel: [email protected] AJL931362 Cetakan Pertama 2010 Edisi Ketiga Cetakan Kedua 2021 © Hak Cipta Terpelihara Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian, artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa jua cara sama ada secara elektronik, fotokopi, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada penerbit. Rujukan: Buku Panduan Pengurusan Tunas Kadet Remaja Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia Disemak oleh Sekretariat KRS Malaysia Kementerian Pelajaran Malaysia Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan BUKU RUJUKAN TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH. TAHUN 4 / PENULIS: PANEL PENULIS KRS MUSLEH ; KETUA EDITOR: CHE MAZLAN SAAD ; EDITOR:SEMIAH SAID ; ILLUSTRATOR NOR AZLIN NGAH ; FOTOGRAFI: LOKMAN HAKIM, ABDUL MUHAIMIN, KHYRUL ALFIE JURAIMI, MOHD ROHAIZAL ABDUL HAMID, MOHD HAIZEA SHAFARUDIN. – EDISI KETIGA. ISBN 978-967-362-417-1 1. Scouting (Youth activity)--Malaysia. 2. Student activities--Malaysia. 3. Student participation in curriculum planning--Malaysia. I. Panel Penulis KRS Musleh. II. Che Mazlan Saad. III. Semiah Said. IV. Nor Azlin Ngah. V. Lokman Hakim. VI. Abdul Muhaimin. VII. Khyrul Alfie Juraimi. VIII. Mohd. Rohaizal Abdul Hamid. IX. Mohd. Haizea Shafarudin. X. Judul. 369.4309595 Dicetak Oleh: Percetakan Maju Jaya Sdn. Bhd. No. 68 Jalan 14-E, Ampang New Village, 68000, Selangor.


ISI KANDUNGAN Surat Kebenaran Penerbitan Buku TKRS ......................... Prakata .............................................................................. Sejarah .............................................................................. Latar Belakang ................................................................... Rasional ............................................................................. Dedikasi ............................................................................. UNIT 1 : Usrah .......................................................... UNIT 2 : Ketatanegaraan .......................................... UNIT 3 : Pengurusan Diri ......................................... UNIT 4 : Kawad Kaki ................................................ UNIT 5 : Perkhemahan ............................................. UNIT 6 : Tali-Temali (Ikatan) .................................... UNIT 7 : Ikhtiar Hidup ............................................... UNIT 8 : Bantu Mula ................................................. UNIT 9 : Asas Kebombaan ....................................... UNIT 10 : Pengetahuan Am ........................................ UNIT 11 : Isyarat dan Kompas .................................... UNIT 12 : Seni Mempertahankan Diri (BaSeD) ...................................................... UNIT 13 : Alam Sekitar ............................................... UNIT 14 : Jahitan ....................................................... UNIT 15 : Masakan ..................................................... UNIT 16 : Memanah Tradisional ................................. LAMPIRAN ....................................................................... iv v vi ix xi xiv 1 8 26 30 58 68 74 79 89 91 102 105 122 125 132 142 159


iv w Tahun 4 Buku Rujukan Tunas Kadet Remaja Sekolah


Tahun 4 w v Buku Rujukan Tunas Kadet Remaja Sekolah PRAKATA Kadet Remaja Sekolah (KRS) telah ditubuhkan secara rasminya pada 18 Januari 1995. Pelancaran penubuhan ini diadakan di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Kuala Lumpur pada 20 Jun 1995 oleh Yang Berhormat Dato’ Sri Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Menteri Pelajaran Malaysia pada masa itu. Seramai 300 orang guru telah dilatih untuk menjadi jurulatih KRS peringkat sekolah. Latihan ini telah diadakan di Pusat Ko-Kurikulum Bachok (Kelantan), Singkir (Kedah), Bukit Kolah (Terengganu) dan Santubong (Sarawak). Kementerian Pendidikan seterusnya mengedarkan buku panduan Kadet Remaja Sekolah kepada sekolah-sekolah bagi mempercepatkan pelaksanaan pasukan ini. Antara buku-buku yang diterbitkan pada masa itu ialah Buku Perlembagaan Kadet Remaja Sekolah, Buku Tatacara Pemakaian Kadet Remaja Sekolah, Buku Kawad Kadet Remaja Sekolah, dan Buku Kurikulum Latihan Kadet Remaja Sekolah. Bagi memudahkan pengurusan Tunas Kadet Remaja Sekolah dan Kadet Remaja Sekolah, kesemua buku ini telah dirangkumkan menjadi sebuah buku sahaja. Tujuan sebenar buku ini diterbitkan adalah sebagai panduan kepada ahli pasukan, guru-guru dan individu yang berkaitan dengannya. Buku ini menjelaskan tentang konsep, falsafah, matlamat dan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan oleh ahli pasukan Tunas Kadet Remaja Sekolah. Justeru, buku ini harus dimiliki oleh semua ahli pasukan untuk rujukan dan bimbingan sepanjang berada dalam pasukan Tunas Kadet Remaja Sekolah. Pasukan Kadet Remaja Sekolah dan Tunas Kadet Remaja Sekolah berbeza daripada pasukan unit beruniform yang lain. Hal


vi w Tahun 4 Buku Rujukan Tunas Kadet Remaja Sekolah ini kerana pasukan ini mempunyai falsafah dan konsep berbeza yang digandingkan dengan unsur-unsur pengukuhan dan pemantapan jiwa dan rohani setiap ahli pasukan. Ahli pasukan ini dapat meningkatkan aspek jasmaninya melalui aktiviti-aktiviti yang mencabar, kemahiran inteleknya melalui pemikiran kreatif dan kritis, serta rohaninya ditingkatkan melalui amalan ibadah. Diharapkan generasi yang dilahirkan melalui Pasukan Kadet Remaja sekolah dan Tunas Kadet Remaja Sekolah akan menjadi contoh kepada pelajar-pelajar lain dan menjadi masyarakat contoh yang bersedia menghadapi cabaran kelak. SEJARAH PENUBUHAN TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH (TKRS) Pasukan Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) telah diasaskan pada 15 Mac 1999. Sekolah Kebangsaan Seri Melati, Kuala Lumpur yang sekarang ini dikenali dengan nama Sekolah Kebangsaan Setapak Indah merupakan perintis penubuhannya. Tunas Kadet Remaja Sekolah ditubuhkan oleh En. Wan Mohd Ariffin bin Wan Hussin khas untuk murid-murid sekolah rendah. Pasukan TKRS ditubuhkan bertujuan memberi pendedahan awal kepada pelajar-pelajar mengenai Kadet Remaja Sekolah (KRS). Hal ini kerana pasukan TKRS merupakan perintis pasukan KRS di peringkat sekolah rendah. Kurikulum, matlamat dan objektif serta perjuangan TKRS adalah berdasarkan KRS. Pada awal penubuhannya, pasukan ini dinamakan Tunas Kadet Remaja Islam Sekolah (TKRIS). Namun, TKRIS kini dikenali dengan nama Tunas Kadet Remaja Sekolah. Penubuhan Tunas Kadet Remaja Sekolah secara rasminya telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pelajaran, Yang Berhormat Dato’ Noh bin Omar pada 26 Mac 2006 di Stadium Sultan Abdul Halim, Kedah Darul Aman.


Tahun 4 w vii Buku Rujukan Tunas Kadet Remaja Sekolah SEJARAH PENUBUHAN KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) Kadet Remaja Sekolah (KRS) telah diasaskan oleh En. Muhammad Thani bin Sha’aban di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Jalan Kepong, Kuala Lumpur pada 27 Jun 1987. Pasukan ini pada mulanya dikenali sebagai Kadet Putera Islam Malaysia (KPIM) yang merupakan pasukan beruniform Persatuan Pelajar-Pelajar Islam SMRA (PERWIRA). Keahliannya hanya seramai 20 orang pelajar sahaja, iaitu terdiri daripada pelajar tingkatan 1 dan 2. Matlamat utama penubuhan pasukan ini adalah untuk melahirkan pelajar cemerlang yang berilmu, beriman, beramal, berakhlak mulia, bersemangat patriotik dan berketerampilan selaras dengan usaha dan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah Wawasan 2020. Pasukan KPIM bernaung di bawah pengawasan Unit Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan berteraskan Islam Sebagai Cara Kehidupan (Ad-Deen). Pada tahun 1989, beberapa buah sekolah di Wilayah Persekutuan mula menubuhkan pasukan KPIM, antaranya Sekolah Menengah Taman Tun Dr. Ismail bawah pimpinan Ustaz Ahmad Farazilla bin Abdul Ghani, Sekolah Menengah Seri Titiwangsa bawah pimpinan En. Anuar bin Abd Aziz dan Sekolah Menengah Agama Ma’ahad Hamidiah, Kajang, Selangor bawah pimpinan En. Abu Hassan bin Morad. Selain itu, sebanyak 53 buah sekolah menengah di seluruh negara juga turut berbuat demikian. Bermula 10 Ogos 1993, usaha menubuhkan KPIM secara rasmi untuk bernaung bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. 13 September 1993 pula, satu pertemuan telah diadakan dengan Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid bin Wan Mohd Nordin, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia. Dalam pertemuan ini, tesis mengenai KPIM telah dibentangkan. Hasilnya, sebuah


viii w Tahun 4 Buku Rujukan Tunas Kadet Remaja Sekolah jawatankuasa kecil telah dibentuk untuk menyediakan kertas kabinet. Jawatankuasa ini mencadangkan agar pasukan ini diberi nama Kadet Putera-Puteri Islam (KPIM). Walau bagaimanapun, nama pasukan ini kemudiannya ditukar kepada Kadet Remaja Islam (KRIS). Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid bin Wan Mohd Nordin telah mempengerusikan satu taklimat dan pendedahan mengenai pasukan ini kepada Pengarah-Pengarah Bahagian Kementerian Pendidikan pada bulan Oktober 1993. Ahli mesyuarat telah membuat keputusan agar nama pasukan ini ditukarkan kepada Kadet Remaja Sekolah (KRS) yang bertujuan agar keahliannya dibuka kepada semua kaum, sama ada pelajar lelaki atau perempuan. Upacara Pelancaran Kadet Remaja Sekolah Peringkat Kebangsaan telah dilaksanakan pada 20 Jun 1995 bersamaan 21 Muharam 1416 H di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Jalan Kepong, Kuala Lumpur oleh Yang Berhormat Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Menteri Pelajaran Malaysia pada masa itu. SEJARAH KRS DI SEKOLAH-SEKOLAH SWASTA Falsafah, matlamat dan kaedah pelaksanaan KRS sebagai aktiviti kokurikulum berseragam oleh kementerian pelajaran telah menarik minat sekolah-sekolah swasta seperti Pusat Pendidikan SRI-SMI Berhad (MUSLEH). Rangkaian sekolah-sekolah swasta Islam dalam rangkaian MUSLEH, iaitu gabungan Sekolah-sekolah Rendah Islam (SRI) dan Sekolah Menengah Islam (SMI) seluruh Malaysia telah bersetuju untuk menubuhkan KRS di semua sekolah dalam rangkaian MUSLEH.


Tahun 4 w ix Buku Rujukan Tunas Kadet Remaja Sekolah Pasukan uniform di sekolah-sekolah MUSLEH bermula sejak tahun 1988 lagi, atas nama Syabab dan Fatayat. Pada tahun 2007, Majlis Guru Besar Sekolah Islam Malaysia (MGBSIM) telah mengesyorkan supaya MUSLEH mengambil Kadet Remaja Sekolah Malaysia sebagai aktiviti kokurikulum. Maka dengan itu, pada 20 Oktober 2007, Lembaga Pengarah MUSLEH telah bersetuju mengambil KRS Malaysia sebagai aktiviti kokurikulum bahagian pakaian seragam bagi semua SRI-SMI di bawah naungannya. Oleh itu, nama Pergerakan Syabab dan Fatayat Malaysia (PSFM) di SRISMI telah digantikan dengan nama KRS MUSLEH dengan mengekalkan falsafah, konsep, isi kandungan dan semua syiar asasi PSFM. Surat Kementerian Pelajaran Malaysia bertarikh 21 Januari 2008 telah mengesahkan bahawa MUSLEH menjadi badan induk KRS bagi semua SRI-SMI yang bernaung di bawahnya. MUSLEH menjadi Ahli Gabungan KRS Malaysia Peringkat Kebangsaan dan sebagai sebuah badan induk KRS MUSLEH boleh mendaftarkan sekolah-sekolah selain sekolah kerajaan untuk menjadi ahli gabungannya. Majlis Pemasyhuran KRS MUSLEH telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia, Yang Berhormat Dr. Hj. Mohd Puad bin Zarkashi pada 22 Disember 2009 di Taman Rekreasi Woods Ulu Yam, Selangor sempena Perkhemahan Nasional KRS MUSLEH (PRINT09). Keahlian TKRS MUSLEH terdiri daripada murid Tahun 4, 5 dan 6. Manakala keahlian KRS MUSLEH ialah pelajar Tingkatan 1 hingga 5. Penyertaan murid dan pelajar di SRI-SMI rangkaian MUSLEH adalah diwajibkan.


x w Tahun 4 Buku Rujukan Tunas Kadet Remaja Sekolah LATAR BELAKANG Pelajar adalah suatu aset yang amat berharga dalam menentukan arah pembangunan pada masa akan datang. Dalam konteks Pendidikan Kebangsaan, kegiatan kokurikulum merupakan satu program penting demi membangunkan potensi murid-murid secara menyeluruh. Secara umum, kegiatan kokurikulum yang sedia ada telah berjaya membina disiplin pelajar bagi meningkatkan minat mereka terhadap pembelajaran. Namun demikian, masih banyak ruang yang perlu dipenuhi untuk mengatasi masalah generasi muda yang semakin mencabar. Bagi mengisi tuntutan ke arah negara maju, kita perlu menyediakan golongan yang dinamik dan berkualiti serta mempunyai perkembangan sahsiah yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI). Menyedari keperluan ini Kadet Remaja Sekolah MUSLEH (KRS MUSLEH) dan Tunas Kadet Remaja Sekolah MUSLEH (TKRS MUSLEH) ditubuhkan di semua sekolah menengah atau rendah rangkaian MUSLEH seluruh negara sebagai pasukan Badan Beruniform yang utama di sekolah. Kewujudan KRSM atau TKRSM sekaligus dapat memenuhi kepelbagaian cita rasa, minat dan bakat pelajar berdasarkan objektif yang dikemukakan.


Tahun 4 w xi Buku Rujukan Tunas Kadet Remaja Sekolah RASIONAL Memberi peluang seluas-luasnya kepada murid-murid untuk melibatkan diri dalam Pasukan Pakaian Seragam. Adalah diharapkan Kadet Remaja Sekolah atau Tunas KRS dapat membantu mengatasi masalah salah laku di kalangan murid-murid sekolah seperti penyalahgunaan najis dadah, ponteng sekolah, budaya lepak dan juvana. Memenuhi inspirasi dan permintaan masyarakat masa kini yang memerlukan satu usaha pembinaan generasi baharu secara komprehensif dan cemerlang dengan mendapat sokongan padu daripada semua pihak. Aktiviti KRS diharap dapat mengembangkan semua aspek potensi manusia yang berteraskan ilmu dan amal ke arah pembinaan dan pengukuhan sahsiah pelajar yang mengamalkan nilai-nilai murni dan moral yang tinggi selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. OBJEKTIF Membina generasi bersemangat patriotik yang cintakan agama, bangsa dan negara. Membentuk generasi yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki keterampilan diri, berdaya saing, bersemangat juang, kreatif serta inovatif dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup.


xii w Tahun 4 Buku Rujukan Tunas Kadet Remaja Sekolah Membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan di kalangan pelajar mengenai isu-isu semasa serta berkeupayaan mewujudkan integrasi nasional. Melahirkan generasi yang mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan akhlak Islam serta mampu memberikan sumbangan demi kesejahteraan hidup bermasyarakat. Menyediakan peluang kepada pelajar untuk memperolehi pengetahuan, pengalaman, kemahiran, serta kebolehan mengurus dan memimpin. OBJEKTIF TKRS MUSLEH Melatih dan membina sifat qiadah (kepimpinan) dan ketaatan. Melatih sifat berdikari, cekal dan bersemangat. Melatih ahli pasukan supaya cinta kepada Allah dengan berdamping rapat dengan al-Quran dan seterusnya mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Membentuk akhlak dan keperibadian mulia. Melatih kerja secara berpasukan. Menyiapkan ahli pasukan supaya menghayati sifat suffiah di sudut ibadah dan jundiah di sudut amal. Melatih dan membiasakan ahli pasukan dengan kehidupan berjemaah. Mendidik sifat sabar dalam menghadapi kesukaran dan kesusahan.


Tahun 4 w xiii Buku Rujukan Tunas Kadet Remaja Sekolah Melatih ahli pasukan menghargai alam sekitar dan bijak mengambil manfaat daripadanya. Memberi khidmat kepada sekolah dan masyarakat. Memantapkan kemahiran pengurusan organisasi.


xiv w Tahun 4 Buku Rujukan Tunas Kadet Remaja Sekolah Dedikasi Sekalung penghargaan kepada Sekretariat KRS MUSLEH atas usaha untuk menerbitkan buku ini. Terima kasih kepada pihak pengurusan dan guru-guru TKRS MUSLEH SRI Hidayah Johor Bharu, SRI Al-Amin Kuala Lumpur, SRI Hira’ Klang dan SRI Hira’ Rawang atas kerjasama menyediakan peralatan dan murid bagi keperluan sesi fotografi.


Daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah bersabda: “Mukmin yang kuat lebih baik daripada Mukmin yang lemah.” (Riwayat Muslim) M A L A Y S I A KADET REMAJA SEKOLAH ILMU IMAN AMAL Tahun 4 w xv Buku Rujukan Tunas Kadet Remaja Sekolah


M A L A Y S I A KADET REMAJA SEKOLAH ILMU IMAN AMAL USRAH “Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsabangsa dan bersuku-suku agar kamu kenal-mengenal. Sesungguhnya yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Teliti.” (al-Hujurat: 13) xvi w Tahun 4 Buku Rujukan Tunas Kadet Remaja Sekolah


Tahun 4 w 31 Buku Rujukan Tunas Kadet Remaja Sekolah BAHAGIAN 1 SEDIA Hukuman: “Skuad...sedia!” Perbuatan: Angkat kaki kanan ke hadapan sehingga paha berada 45 darjah dan hentak padat di sebelah kaki kiri supaya terdengar satu bunyi yang padu. Kedudukan tumit rapat dan sebaris; hujung kaki terbuka 30 darjah; keduadua lutut berkeadaan lurus; badan tegak; stabilkan keberatan badan antara tapak kaki dengan tumit;


32 w Tahun 4 Buku Rujukan Tunas Kadet Remaja Sekolah kedua-dua bahu ditarik ke bawah dan ke belakang (supaya dada terbuka tanpa perlu dikeraskan) sama rata; kedua-dua tangan lurus ke bawah; kedua-dua siku rapat ke badan; luruskan pergelangan tangan; jari-jari digenggam; belakang jari rapat ke paha, ibu jari lurus menghala ke bawah dan rapat kepada telunjuk serta di belakang sedikit daripada penjahitan seluar; angkat kepala memandang terus ke hadapan. Kesalahan Biasa: • Kedudukan badan yang terlalu kaku sehingga menyukarkan pernafasan. • Badan dan mata bergerak-gerak. • Badan dan kaki bengkok ke hadapan serta tumit yang terbuka. • Tangan tidak lurus dan terjulur ke hadapan. • Belakang tangan menghala ke hadapan. • Tangan mengerekot. • Badan senget ke kiri atau ke kanan dan bahu tidak sama rata. • Tidak memandang (200 meter) ke hadapan. • Tunduk atau mendongak. • Semasa tumit atau hujung kaki dijatuhkan terdapat dua bunyi. Ingatan: Beri hukuman supaya bersedia sebelum “Skuad... sedia!”


Tahun 4 w 33 Buku Rujukan Tunas Kadet Remaja Sekolah BAHAGIAN 2 SENANG DIRI Hukuman: “Senang...diri!” Perbuatan: Angkat kaki kanan dengan pantas 45 darjah dan hentak ke sebelah kanan sejauh 12 inci. Pada masa yang sama kedua-dua tangan diletakkan ke belakang (atas punggung) dan tangan kanan berada di atas


34 w Tahun 4 Buku Rujukan Tunas Kadet Remaja Sekolah tapak tangan kiri, ibu jari bersilang, keempat-empat jari bersusun lurus menuju ke bumi, dan siku mestilah lurus. Semasa angkat kaki kanan, kaki kiri mestilah tegap dan tidak bergerak. Kesalahan Biasa: • Siku bengkok. • Lutut bengkok dan tidak tetap kedudukannya. • Bukaan kaki kanan tidak cukup atau lebih 12 inci. • Menggerakkan kaki kiri menyebabkan barisan tidak lurus. • Pinggang bengkok ketika mengangkat kaki kanan. • Tumit atau hujung kaki jatuh dahulu. • Bahu jatuh dan badan mengenjut.


Tahun 4 w 35 Buku Rujukan Tunas Kadet Remaja Sekolah BAHAGIAN 3 REHATKAN DIRI Hukuman: “Rehatkan...diri!” Perbuatan: Dalam kedudukan senang diri, naikkan tangan dari punggung ke pinggang dalam satu pergerakan dan rehatkan semua anggota badan (1, 2, rehat). Kedudukan kaki tidak berubah.


36 w Tahun 4 Buku Rujukan Tunas Kadet Remaja Sekolah Kesalahan Biasa: • Kedua-dua belah kaki bergerak menyebabkan barisan tidak lurus. • Menggeliat dan bercakap-cakap. Ingatan: Dalam kedudukan “Rehatkan...diri!”, skuad hanya dibenarkan melakukan pergerakan setakat pinggang ke atas sahaja. Apabila dapat perintah “Skuad”, dengan serta-merta balik ke kedudukan senang diri.


Tahun 4 w 37 Buku Rujukan Tunas Kadet Remaja Sekolah BAHAGIAN 4 MASUK BARIS Arahan masuk baris: “Dengar sini semua sekali, apabila mendapat hukuman ‘tiga barisan di hadapan saya gerak’, skuad hendaklah sedia, berlari, berbaris dalam tiga barisan, di hadapan, di tengah-tengah, di mana saya menghadap. Faham itu skuad.” Hukuman: “Tiga barisan di hadapan saya...gerak!” Perbuatan: Semua anggota hendaklah dalam keadaan sedia, berlari dengan pantas, berbaris dalam tiga barisan kira-kira enam langkah di hadapan ketua atau jurulatih. Setiap orang mestilah mengambil tempat sama ada di barisan hadapan, barisan tengah atau barisan belakang. Jarak di antara satu barisan dengan baris yang lain adalah 30 inci. Jarak dalam barisan di antara seorang dengan yang lain adalah sekadar satu tangan dalam keadaan sedia.


38 w Tahun 4 Buku Rujukan Tunas Kadet Remaja Sekolah Kesalahan Biasa: • Lambat memasuki barisan. • Tidak bersedia sebelum berlari. • Membuat bising. • Barisan terlalu rapat atau terlalu jauh daripada jurulatih.


Tahun 4 w 39 Buku Rujukan Tunas Kadet Remaja Sekolah BAHAGIAN 5 MEMBETULKAN BARISAN Hukuman: “Ke kanan...lurus!” Perbuatan: Skuad berada dalam barisan. Penanda kanan diam. Yang lain langkah kaki kanan 6 inci ke hadapan dan angkat kaki kiri serta hentak kaki kanan, kedua-dua belah tangan lurus dan rapat ke badan. Diam dan kira masa sendiri (2-1). Kemudian palingkan muka ke kanan; kecuali ahli skuad yang nombor satu dalam setiap barisan; serentak dengan itu anggota dalam barisan hadapan angkat tangan kanan ke paras bahu melalui sebelah belakang anggota di kanannya. Genggam jari dalam keadaan ibu jari di kedudukan atas mencecah bahu anggota di sebelah kanan. Dalam keadaan diam kira masa sendiri (2-1), diikuti dengan hentak kaki perlahan-lahan sehingga barisan lurus. Penanda kanan hendaklah diam. Anggota di sebelah kanan barisan tengah dan barisan belakang hendaklah mengangkat tangan sekadar menyentuh bahu anggota di hadapannya. Setiap barisan hendaklah berdiri bertentangan dengan anggota-anggota di hadapan.


40 w Tahun 4 Buku Rujukan Tunas Kadet Remaja Sekolah Apabila barisan lurus, semua diam dan tunggu hukuman pandang depan. Hukuman: “Pandang...depan!’’ Perbuatan: Muka dipalingkan ke hadapan dan turunkan tangan ke sebelah rusuk serentak dengan pantas. Hukuman: “Ke kiri...lurus!” Hukuman ini diberi apabila skuad menghadap ke belakang dan penanda berada di sebelah kiri. Perbuatannya adalah sama dengan ke kanan lurus kecuali semua anggota akan memalingkan muka ke kiri dan angkat tangan kiri. Penanda di sebelah kiri hendaklah diam. Nombor boleh diberikan sama ada dari kiri atau kanan. Kesalahan Biasa: • Pergerakan kaki dan bahu tidak sekata ke hadapan dan badan condong ke hadapan semasa meluruskan barisan. • “Pinggang lemah” semasa kaki bergerak. • Jarak dan bersetentang tidak betul.


Tahun 4 w 41 Buku Rujukan Tunas Kadet Remaja Sekolah • Badan dan kepala tidak tegak semasa meluruskan barisan. • Turun tangan lambat dan siku bengkok. • Menepuk paha ketika menjatuhkan tangan. Hukuman: “Luruskan...barisan!” Perbuatan: Pergerakan seperti di atas, tetapi tidak perlu melangkah ke hadapan. Cuma hentakkan kaki kanan dan kiri berturut-turut dan terus bergerak membetulkan barisan. Apabila barisan telah lurus, turunkan tangan dan palingkan muka ke depan dalam masa sendiri. Barisan tengah dan barisan belakang hendaklah mengikut anggota hadapan.


42 w Tahun 4 Buku Rujukan Tunas Kadet Remaja Sekolah BAHAGIAN 6 NOMBOR Permulaan pelajaran, skuad hendaklah dinomborkan supaya menyenangkan jurulatih memanggil anggota. Oleh itu, memadai dengan memanggil “Nombor... barisan...” sahaja. Anggota juga tahu kedudukannya dalam skuad. Hukuman: “Dari kanan...nombor!” Perbuatan: Barisan hadapan sahaja yang membilang nombor dengan pantas dari kanan ke kiri. Anggota yang di sebelah kanan sekali bilang “satu”, yang lain mengikut bilang “dua” dan seterusnya sehingga habis. Kesalahan Biasa: • Tidak mengira nombor dengan cepat. • Suara perlahan. • Lupa nombor masing-masing. Ingatan: Apabila anggota telah tersalah bilang, hendaklah diberi hukuman “semula”, kemudian ulang semua daripada anggota pertama.


Tahun 4 w 43 Buku Rujukan Tunas Kadet Remaja Sekolah BAHAGIAN 7 BUKA / TUTUP BARISAN Hukuman: “Buka barisan...gerak!” Perbuatan: Barisan hadapan ambil dua langkah ke hadapan, iaitu langkah kaki kanan ke hadapan 30 inci dan kaki kiri 15 inci, kemudian angkat kaki kanan dan hentak di sebelah kaki kiri kepada kedudukan sedia. Barisan belakang ambil dua langkah ke belakang mulai kaki kanan diikuti kaki kiri, kemudian angkat kaki kanan dan hentak di sebelah kaki kiri kepada kedudukan sedia. Semasa bergerak bilang (1-2-1). Kesalahan Biasa: • Kedua-dua tangan jauh dari badan. • Tidak mengambil langkah cukup ke hadapan dan ke belakang. • Tangan dan bahu bergerak. • Mata pandang ke bawah. • Badan tidak tegak. Hukuman: “Tutup barisan...gerak!”


44 w Tahun 4 Buku Rujukan Tunas Kadet Remaja Sekolah Perbuatan: Barisan hadapan ambil dua langkah ke belakang dan barisan belakang ambil dua langkah ke hadapan. Pergerakannya adalah serupa seperti “buka barisan... gerak!” Ingatan: Apabila skuad berjalan dalam barisan ke hadapan atau ke belakang (melintang) ketika hukuman buka barisan diberi, barisan hadapan hendaklah jalan terus, barisan tengah hentak kaki dua kali, manakala barisan belakang hentak kaki empat kali dan maju. Kalau hukuman tutup barisan diberi, pergerakan adalah sebaliknya.


Click to View FlipBook Version