BUKU PANDUAN PELAJAR KADET REMAJA SEKOLAH MODUL II Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd. 2016 PANEL PENULIS SEKRETARIAT KRS MUSLEH: Mejar KRSM Abd Rahaim bin Md Isa Mejar KRSM Soleh bin Senafi Mejar KRSM Shahrinizam bin Mohd Amin Mejar KRSM Harun bin Yaakob Mejar KRSM Wardah bt Saari Mejar KRSM Kamaruzaman bin Che Ya Mejar KRSM Madihah bt Uzir Mejar KRSM Zaini bin Abd Rahman Mejar KRSM Ust. Saiful Jamsyir bin Mohd Hakim al-Hafiz Kapten KRSM Ust. Sukri bin Shariff Leftenan KRSM Ust. Mohd Hilmi bin Sanib PANEL PENYEMAK SEKRETARIAT KRS MALAYSIA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA: Kolonel KRS Datuk Haji Anuar bin Ab. Aziz Mejar KRS Mohd Rizuwan bin Toharuddin Mejar KRS Amiruddin bin Harun Mejar KRS Azmi bin Mohd Isa Kapten KRS Sharifah Kastinah bt Habib Mohd Kassim Kapten KRS Yusliza bte Mohamad Ali KETUA EDITOR: Che Mazlan Saad EDITOR: Semiah Said Mejar KRSM Abd Rahaim bin Md Isa Mejar KRSM Zaini bin Abd Rahman Mejar KRSM Soleh bin Senafi Mejar KRSM Harun bin Yaakob PEMBACA PRUF: Norhidayah Yusoff REKA BENTUK KULIT: Mohd Haizea Shafarudin REKA LETAK GRAFIK: Norfadilah Zakaria ILUSTRATOR: Nor Azlin Ngah FOTOGRAFI: Mohd Haizea Shafarudin Mohd Rohaizal Abdul Hamid
No, 2-1, Tingkat 1, Jalan 9/23A, Medan Makmur Off Jalan Usahawan 53200 Setapak, Kuala Lumpur, Malaysia Tel: +603-4143 4343 Faks: +603-4149 1414 E-mel: [email protected] AJL931362 Cetakan Pertama 2016 © Hak Cipta Ilustrasi & Foto: Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd. © Hak Cipta Teks: Pendidikan IKRAM-MUSLEH Berhad. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian, artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa jua cara sama ada secara elektronik, fotokopi, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada penerbit. Rujukan: Buku Panduan Pengurusan Kadet Remaja Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Sekretariat Penulisan KRS Musleh KADET REMAJA SEKOLAH : BUKU RUJUKAN. MODUL 2 / PENULIS: Panel Sekretariat Penulisan KRS Musleh ; KETUA EDITOR: Che Mazlan Saad ; EDITOR: Semiah Said ; REKA BENTUK KULIT: Mohd Haizea Shafarudin ; REKA LETAK GRAFIK : Norfadilah Zakaria ; ILUSTRATOR: Nor Azlin Ngah ; FOTOGRAFI : Mohd Haizea Shafarudin, Mohd Rohaizal Abdul Hamid. ISBN 978-967-362-347-1 1. Student activities--Malaysia. 2. Scouting (Youth activity)- -Malaysia. 3. Student participation In curriculum planning-- Malaysia. I. Che Mazlan Saad, 1959-. II. Semiah Said. III. Mohd Haizea Shafarudin. IV. Norfadilah Zakaria. V. Nor Azlin Ngah. VI. Mohd Rohaizal Abdul Hamid. VII. Judul. 371.809595 Dicetak Oleh: Times Offset (M) Sdn. Bhd. Bangunan Times Publishing, Lot 46 Subang Hi-Tech Industrial Park, Batu 3, 40000 Shah Alam, Selangor
Prakata ... viii Sejarah ... ix Latar Belakang ... xiii Rasional ... xiii Objektif ... xiv Pemeringkatan Pangkat ... xv Pel 1 ... Ketatanegaraan ... 2 Pel 2 ... Pengurusan dan Gaya Diri ... 14 Pel 3 ... Kawad ... 18 Pel 4 ... Perkhemahan ... 28 Pel 5 ... Ikatan Tali ... 36 Pel 6 ... Kompas ... 39 Pel 7 ... Ikhtiar Hidup ... 44 Pel 8 ... Komunikasi ... 57 Pel 9 ... Teknik Perjalanan ... 62 Pel 10 ... Iklim ... 64 Pel 11 ... Bantu Mula ... 70 Pel 12 ... Asas Kebombaan ... 92 Pel 13 ... Seni Bela Diri (BaSeD) ... 96 Pel 14 ... Berenang dan Menyelam ... 109 Pel 15 ... Memanah Tradisional ... 119 Pel 16 ... Kebudayaan ... 121 Pel 17 ... Alam Sekitar ... 128 Pel 18 ... Reka Cipta ... 136 Pel 19 ... Jahitan ... 139 Pel 20 ... Memasak ... 145 Pel 21 ... Kraftangan ... 153 Isi Kandungan
DISIPLIN DAN KEROHANIAN KHIDMAT MASYARAKAT (KHIDMAS) ALAM SEKITAR KEUSAHAWANAN KETAHANAN DIRI DAN KEBUDAYAAN Kurikulum Kadet Remaja Sekolah (KRS) Modul 2 w vii
Prakata Kadet Remaja Sekolah (KRS) telah ditubuhkan secara rasminya pada 18 Januari 1995. Pelancaran penubuhan ini diadakan di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Kuala Lumpur pada 20 Jun 1995 oleh Yang Berhormat Dato’ Sri Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Menteri Pelajaran Malaysia pada masa itu. Seramai 300 orang guru telah dilatih untuk menjadi jurulatih KRS peringkat sekolah. Latihan ini telah diadakan di Pusat Kokurikulum Bachok (Kelantan), Singkir (Kedah), Bukit Kolah (Terengganu) dan Santubong (Sarawak). Kementerian Pendidikan seterusnya mengedarkan buku panduan Kadet Remaja Sekolah kepada sekolah-sekolah bagi mempercepatkan pelaksanaan pasukan ini. Antara buku yang diterbitkan pada masa itu ialah Buku Perlembagaan Kadet Remaja Sekolah, Buku Tatacara Pemakaian Kadet Remaja Sekolah, Buku Kawad Kadet Remaja Sekolah, dan Buku Kurikulum Latihan Kadet Remaja Sekolah. Bagi memudahkan pengurusan Tunas Kadet Remaja Sekolah dan Kadet Remaja Sekolah, kesemua buku ini telah dirangkumkan menjadi sebuah buku sahaja. Tujuan sebenar buku ini diterbitkan adalah sebagai panduan kepada ahli pasukan, guru-guru dan individu yang berkaitan dengannya. Buku ini menjelaskan tentang konsep, falsafah, matlamat dan aktivitiaktiviti yang akan dijalankan oleh ahli pasukan Kadet Remaja Sekolah. Justeru, buku ini harus dimiliki oleh semua ahli pasukan untuk rujukan dan bimbingan sepanjang berada dalam pasukan Kadet Remaja Sekolah. Pasukan Kadet Remaja Sekolah dan Tunas Kadet Remaja Sekolah berbeza daripada pasukan unit beruniform yang lain. Hal ini kerana pasukan ini mempunyai falsafah dan konsep berbeza yang digandingkan dengan unsur-unsur pengukuhan dan pemantapan jiwa dan rohani setiap ahli pasukan. Ahli pasukan ini dapat meningkatkan aspek jasmaninya melalui aktiviti-aktiviti yang mencabar, kemahiran inteleknya melalui pemikiran kreatif dan kritis, serta rohaninya ditingkatkan melalui amalan ibadah. Diharapkan generasi yang dilahirkan melalui Pasukan Kadet Remaja Sekolah dan Tunas Kadet Remaja Sekolah akan menjadi contoh kepada pelajar-pelajar lain dan menjadi masyarakat contoh yang bersedia menghadapi cabaran kelak. viii w Modul 2
Sejarah Penubuhan Kadet Remaja Sekolah (KRS) Kadet Remaja Sekolah (KRS) telah diasaskan oleh En. Muhammad Thani bin Sha’aban di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Jalan Kepong, Kuala Lumpur pada 27 Jun 1987. Pasukan ini pada mulanya dikenali sebagai Kadet Putera Islam Malaysia (KPIM) yang merupakan pasukan beruniform Persatuan PelajarPelajar Islam SMRA (PERWIRA). Keahliannya hanya seramai 20 orang pelajar, iaitu terdiri daripada pelajar Tingkatan 1 dan 2. Matlamat utama penubuhan pasukan ini adalah untuk melahirkan pelajar cemerlang yang berilmu, beriman, beramal, berakhlak mulia, bersemangat patriotik dan berketerampilan selaras dengan usaha dan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah Wawasan 2020. Pasukan KPIM bernaung di bawah pengawasan Unit Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan berteraskan Islam Sebagai Cara Kehidupan (AdDeen). Pada tahun 1989, beberapa buah sekolah di Wilayah Persekutuan mula menubuhkan pasukan KPIM, antaranya Sekolah Menengah Taman Tun Dr. Ismail di bawah pimpinan Ustaz Ahmad Farazilla bin Abdul Ghani, Sekolah Menengah Seri Titiwangsa di bawah pimpinan En. Anuar bin Abd Aziz dan Sekolah Menengah Agama Ma’ahad Hamidiah, Kajang, Selangor di bawah pimpinan En. Abu Hassan bin Morad. Selain itu, sebanyak 53 buah sekolah menengah di seluruh negara juga turut berbuat demikian. Bermula 10 Ogos 1993, usaha menubuhkan KPIM secara rasmi untuk bernaung di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. 13 September 1993 pula, satu pertemuan telah diadakan Modul 2 w ix
dengan Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid bin Wan Mohd Nordin, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia. Dalam pertemuan itu tesis mengenai KPIM telah dibentangkan. Hasilnya, sebuah jawatankuasa kecil telah dibentuk untuk menyediakan kertas kabinet. Jawatankuasa ini mencadangkan agar pasukan ini diberi nama Kadet Putera-Puteri Islam (KPIM). Walau bagaimanapun, nama pasukan ini kemudiannya ditukar kepada Kadet Remaja Islam (KRIS). Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid bin Wan Mohd Nordin telah mempengerusikan satu taklimat dan pendedahan mengenai pasukan ini kepada Pengarah-Pengarah Bahagian Kementerian Pendidikan pada bulan Oktober 1993. Ahli mesyuarat telah membuat keputusan agar nama pasukan ini ditukarkan kepada Kadet Remaja Sekolah (KRS) yang bertujuan agar keahliannya dibuka kepada semua kaum, sama ada pelajar lelaki atau perempuan. Upacara Pelancaran Kadet Remaja Sekolah Peringkat Kebangsaan telah dilaksanakan pada 20 Jun 1995 bersamaan 21 Muharam 1416 H di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Jalan Kepong, Kuala Lumpur oleh Yang Berhormat Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Menteri Pelajaran Malaysia pada masa itu. Bagi menghargai usaha gigih Kolonel Mohd Thani bin Saaban, Kolonel Haji Ahmad Farazila bin Abdul Ghani dan Kolonel Datuk Haji Anuar bin Ab Aziz, maka KPM telah mengiktirafkan mereka sebagai pengasas KRS Malaysia. x w Modul 2 Kolonel Haji Ahmad Farazila bin Abdul Ghani Allahyarham Kolonel Mohd Thani bin Saaban Kolonel Datuk Haji Anuar bin Ab Aziz Pengasas KRS Malaysia
Modul 2 w xi Sejarah Penubuhan Kadet Remaja Sekolah (KRS) di Sekolah-Sekolah Swasta Pasukan uniform di sekolah-sekolah rangkaian MUSLEH bermula sejak tahun 1988 lagi, atas nama pergerakan Syabab dan Fatayat Malaysia. Pada tahun 2007, Majlis Guru Besar Sekolah Islam Malaysia (MGBSIM) telah mengesyorkan supaya MUSLEH mengambil Kadet Remaja Sekolah Malaysia sebagai aktiviti kokurikulum. Persetujuan antara MUSLEH dengan KPM telah merealisasikan penubuhan KRS MUSLEH sebagai ahli gabungan KRS Malaysia. Maka dengan itu, pada 20 Oktober 2007, Lembaga Pengarah MUSLEH telah bersetuju mengambil KRS Malaysia sebagai aktiviti kokurikulum bahagian pakaian seragam bagi semua SRI-SMI di bawah naungannya. Oleh itu, nama Pergerakan Syabab dan Fatayat Malaysia (PSFM) di SRI-SMI telah digantikan dengan nama KRS MUSLEH dengan mengekalkan falsafah, konsep, isi kandungan dan semua syiar asasi PSFM. Surat Kementerian Pelajaran Malaysia bertarikh 21 Januari 2008 telah mengesahkan bahawa MUSLEH menjadi badan induk KRS bagi semua SRI-SMI yang bernaung di bawahnya. MUSLEH menjadi Ahli Gabungan KRS Malaysia Peringkat Kebangsaan dan sebagai sebuah badan induk KRS MUSLEH boleh mendaftarkan sekolah-sekolah selain sekolah kerajaan untuk menjadi ahli gabungannya. Majlis Pemasyhuran KRS MUSLEH telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia, Yang Berhormat Dr. Hj. Mohd Puad bin Zarkashi pada 22 Disember 2009 di Taman Rekreasi Woods Ulu Yam, Selangor sempena Perkhemahan Nasional KRS MUSLEH (PRINT09). Keahlian TKRS MUSLEH terdiri daripada murid Tahun 4, 5 dan 6. Manakala keahlian KRS MUSLEH ialah pelajar Tingkatan 1 hingga 5. Penyertaan murid dan pelajar di SRI-SMI rangkaian MUSLEH adalah diwajibkan. KRS MUSLEH telah mengembangkan aktivitinya di peringkat antarabangsa sejak 2008 dengan menyertai Perkhemahan Nasional (KEMNAS) anjuran Pramuka Jaringan Sekolah Islam Terpadu (JSIT) di Indonesia.
xii w Modul 2 Surat Gabungan
Modul 2 w xiii Latar Belakang Pelajar adalah suatu aset yang amat berharga dalam menentukan arah pembangunan pada masa akan datang. Dalam konteks Pendidikan Kebangsaan, kegiatan kokurikulum merupakan satu program penting demi membangunkan potensi murid-murid secara menyeluruh. Secara umum, kegiatan kokurikulum yang sedia ada telah berjaya membina disiplin pelajar bagi meningkatkan minat mereka terhadap pembelajaran. Namun demikian, masih banyak ruang yang perlu dipenuhi untuk mengatasi masalah generasi muda yang semakin mencabar. Bagi mengisi tuntutan ke arah negara maju, kita perlu menyediakan golongan yang dinamik dan berkualiti serta mempunyai perkembangan sahsiah yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI). Menyedari keperluan ini Kadet Remaja Sekolah MUSLEH (KRS MUSLEH) dan Tunas Kadet Remaja Sekolah MUSLEH (TKRS MUSLEH) ditubuhkan di semua sekolah menengah atau rendah rangkaian MUSLEH seluruh negara sebagai pasukan Badan Beruniform yang utama di sekolah. Kewujudan KRSM atau TKRSM sekali gus dapat memenuhi kepelbagaian cita rasa, minat dan bakat pelajar berdasarkan objektif yang dikemukakan. Rasional Memberi peluang seluas-luasnya kepada murid-murid untuk melibatkan diri dalam Pasukan Pakaian Seragam. Adalah diharapkan Kadet Remaja Sekolah MUSLEH atau Tunas KRS MUSLEH dapat membantu mengatasi masalah salah laku dalam kalangan murid-murid sekolah seperti penyalahgunaan najis dadah, ponteng sekolah, budaya lepak dan juvana. Memenuhi inspirasi dan permintaan masyarakat kini yang memerlukan satu usaha pembinaan generasi baharu secara komprehensif dan cemerlang dengan mendapat sokongan padu daripada semua pihak. Aktiviti KRS MUSLEH diharap dapat mengembangkan semua aspek potensi manusia yang berteraskan ilmu dan amal ke arah pembinaan dan pengukuhan sahsiah pelajar yang mengamalkan nilai-nilai murni dan moral yang tinggi selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Objektif 1 Membina generasi bersemangat patriotik yang cintakan agama, bangsa dan negara. 6 Melatih dan membina sifat qiadah (kepimpinan) dan ketaatan. 7 Melatih sifat berdikari, cekal dan bersemangat. 9 Membentuk akhlak dan keperibadian mulia. 10 Melatih kerja secara berpasukan. 15 Memberi khidmat kepada sekolah dan masyarakat. 16 Memantapkan kemahiran pengurusan organisasi. 11 Menyiapkan ahli pasukan supaya menghayati sifat sufiah di sudut ibadah dan jundiah di sudut amal. 12 Melatih dan membiasakan ahli pasukan dengan kehidupan berjemaah. 13 Mendidik sifat sabar dalam menghadapi kesukaran dan kesusahan. 14 Melatih ahli pasukan menghargai alam sekitar dan bijak mengambil manfaat daripadanya. 2 Membentuk generasi yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki keterampilan diri, berdaya saing, bersemangat juang, kreatif serta inovatif dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup. 8 Melatih ahli pasukan supaya cinta kepada Allah dengan berdamping rapat dengan al-Quran dan seterusnya mengamalkannya dalam kehidupan seharian. 3 Membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan di kalangan pelajar mengenai isu-isu semasa serta berkeupayaan mewujudkan integrasi nasional. 4 Melahirkan generasi yang mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan akhlak Islam serta mampu memberikan sumbangan demi kesejahteraan hidup bermasyarakat. 5 Menyediakan peluang kepada pelajar untuk memperoleh pengetahuan, pengalaman, kemahiran, kebolehan mengurus dan memimpin. xiv w Modul 2
Modul 2 w xv Standard Pemakaian & Pemeringkatan Pangkat
xvi w Modul 2 BERET • Sherwood dark green • Lencana KRS (logam) warna emas - pelapik merah LANYARD • Merah (single) BAJU • Light green (no. L109) • Lengan pendek • Kolar dot (epoxy bulat) • Lencana poket (di sebelah kiri poket) • Butang baju 7 biji - warna hijau muda PANGKAT • Pangkat berwarna putih (jenis sulam) 'borderline' berwarna merah; berlatar belakang hijau sheerwood green (di sebelah kanan) SELUAR • Seluar sekolah (olive green) KASUT • Kulit/pvc hitam dan bertali dan berstoking hitam NAMA • Tanda nama (di sebelah kanan, hitam dan tulisan putih) • Border berwarna putih TALI PINGGANG • Kanvas berwarna hijau • Berkepala warna emas dan berlogo KRS Pakaian Kadet No.3 — Putera
Modul 2 w xvii BERET • Sherwood dark green • Lencana KRS (logam) warna emas - pelapik merah LANYARD • Merah (single) BAJU • Light green (no. L109) • Lengan panjang • Kolar dot (epoxy bulat) • Lencana poket (di sebelah kiri poket) • Butang baju 7 biji; warna hijau muda PANGKAT • Pangkat berwarna putih (jenis sulam) 'borderline' berwarna merah; berlatar belakang hijau sheerwood green (di sebelah kanan) SELUAR • Sherwood dark green KASUT • Boot wellington hitam dan berstoking hitam NAMA • Tanda nama (di sebelah kanan, hitam dan tulisan putih) • Border berwarna putih Modul 2 w xvii epoxy bulat) (di sebelah kiri poket) Butang baju 7 biji; warna hijau muda Pangkat berwarna putih berwarna merah; berlatar belakang hijau sheerwood green (di sebelah kanan) Sherwood dark green hitam dan berstoking hitam Tanda nama (di sebelah kanan, hitam dan tulisan berwarna putih Pakaian Kadet No.3 — Puteri (Seluar) (di sebelah kiri poket) warna hijau muda PANGKAT (jenis sulam) berlatar belakang hijau (di sebelah kanan) SELUAR KASUT berstoking hitam NAMA kanan, hitam dan tulisan putih)
xviii w Modul 2 BERET • Sherwood dark green • Lencana KRS (logam) warna emas - pelapik merah LANYARD • Merah (single) BAJU • Light green (no. L109) • Lengan panjang • Kolar dot (epoxy bulat) • Lencana poket (di sebelah kiri poket) • Butang baju 7 biji; warna hijau muda PANGKAT • Pangkat berwarna putih ( jenis sulam ) 'borderline' berwarna merah; berlatar belakang hijau sheerwood green (di sebelah kanan) KAIN • Sherwood dark green • Bersusun di belakang KASUT • Kulit/pvc hitam dan berstoking hitam NAMA • Tanda nama (di sebelah kanan, hitam dan tulisan putih) • Border berwarna putih Pakaian Kadet No.3 — Puteri (Kain) berwarna merah;
Modul 2 w xix BERET • Sherwood dark green • Lencana KRS (logam) warna emas - pelapik merah LANYARD • Merah (single) BAJU • Warna sherwood dark green • Lengan panjang • Kolar dot (epoxy bulat) • Lencana poket (di sebelah kiri poket) • Butang baju 7 biji PANGKAT • Lencana sulam KRS (kanan & kiri) (sulam) • Shoulder tittle KRS (kanan) dan negeri (kiri). Tulisan berbenang emas. • Pangkat berwarna putih 'borderline' berwarna merah; berlatar belakang hijau sherwood green (di sebelah kanan) SELUAR • Sherwood dark green (tiada plat) • “Pacat” seluar kecil & “pacat” seluar besar. TALI PINGGANG • Kanvas sherwood dark green • Berkepala warna emas dan berlogo KRS KASUT • Spike boot hijau / spike boot 'Full leather' / drill boot dan berstoking hitam NAMA • Tanda nama (di sebelah kanan, hitam dan tulisan putih) • Border berwarna putih ALATAN • Mafla merah TAMBAHAN • Sarung tangan putih (Majlis Rasmi) Pakaian Kadet No.4 — Putera sherwood dark green Lencana poket (di sebelah kiri poket) Lencana sulam KRS (kanan & kiri) KRS (kanan) dan negeri (kiri). Tulisan berbenang Pangkat berwarna putih ' berwarna merah; sherwood (di sebelah kanan) (tiada plat) “Pacat” seluar kecil & “pacat” sherwood dark green Berkepala warna emas dan spike boot dan Tanda nama (di sebelah kanan, hitam dan tulisan putih) Lencana poket (di sebelah kiri poket) Lencana sulam KRS (kanan & kiri) sherwood
xx w Modul 2 BERET • Sherwood dark green • Lencana KRS (logam) warna emas - pelapik merah LANYARD • Merah (single) BAJU • Warna sherwood dark green • Lengan panjang • Kolar dot (epoxy bulat) • Lencana poket (di sebelah kiri poket) • Butang baju 7 biji PANGKAT • Lencana sulam KRS (kanan & kiri) (sulam) • Shoulder tittle KRS (kanan) dan negeri (kiri). Tulisan berbenang emas. • Pangkat berwarna putih 'borderline' berwarna merah; berlatar belakang hijau sherwood green (di sebelah kanan) SELUAR • Sherwood dark green (tiada plat) • “Pacat” seluar kecil & “pacat” seluar besar. TALI PINGGANG • Kanvas sherwood dark green • Berkepala warna emas dan berlogo KRS KASUT • Spike boot hijau / spike boot 'Full leather' / drill boot dan berstoking hitam NAMA • Tanda nama (di sebelah kanan, hitam dan tulisan putih) • Border berwarna putih ALATAN • Hackle (jambul) merah TAMBAHAN • Sarung tangan putih (Majlis Rasmi) Pakaian Kadet No.4 — Puteri Lencana poket (di sebelah kiri poket) Lencana sulam KRS (kanan & kiri) borderline' berwarna merah; berlatar belakang Lencana poket (di sebelah kiri poket)
Modul 2 w xxi BERET • Sherwood dark green • Lencana KRS (logam) warna emas - pelapik merah BAJU-T • Warna sherwood dark green, round neck berkolar (boleh lipat ke dalam) • Lengan panjang • Poket pen di lengan kiri LENCANA • Di sebelah kiri di hadapan (sulam / print) • Border berwarna putih. • Bersulam / Embroidery DI BELAKANG • Hanya tulisan “Kadet Remaja Sekolah” dilengkongkan dan Malaysia mendatar. • Tulisan berwarna putih SELUAR • Sheerwood dark green (tiada plat), atau seluar sekolah (berwarna olive green) TALI PINGGANG • Kanvas sheerwood dark green • Berkepala warna emas dan berlogo KRS KASUT • Spike boot hijau dan berstoking hitam Pakaian Kadet Putera — Baju-T & Seluar Modul 2 w xxi
xxii w Modul 2 BERET • Sherwood dark green • Lencana topi (logam) warna emas - pelapik merah BAJU-T • Warna sherwood dark green, round neck berkolar (boleh lipat ke dalam) • Lengan panjang • Poket pen di lengan kiri LENCANA • Di sebelah kiri di hadapan (sulam / print) • Border berwarna putih. • Bersulam / embroidery DI BELAKANG • Hanya tulisan “Kadet Remaja Sekolah” dilengkongkan dan Malaysia mendatar. • Tulisan berwarna putih SELUAR • Sheerwood dark green (tiada plat), atau seluar sekolah (berwarna olive green) KASUT • Spike boot hijau dan berstoking hitam Pakaian Kadet Puteri — Baju-T & Seluar Di sebelah kiri di hadapan Hanya tulisan “Kadet Remaja Sekolah” dilengkongkan dan
Modul 2 w xxiii BERET • Sherwood dark green • Lencana topi (logam) warna emas - pelapik merah BAJU-T • Warna sherwood dark green, round neck berkolar (boleh lipat ke dalam) • Lengan panjang • Poket pen di lengan kiri LENCANA • Di sebelah kiri di hadapan (sulam / print) • Border berwarna putih. • Bersulam / embroidery DI BELAKANG • Hanya tulisan “Kadet Remaja Sekolah” dilengkongkan dan Malaysia mendatar. • Tulisan berwarna putih SELUAR • Seluar trek - berwarna hitam KASUT • Kasut getah / kasut sukan berwarna hitam dan berstoking hitam Pakaian Aktiviti Kadet (Putera) — Baju-T & Seluar Trek Modul 2 w xxiii Poket pen di lengan kiri Di sebelah kiri di hadapan Hanya tulisan “Kadet Remaja Sekolah” dilengkongkan dan Seluar trek - berwarna hitam Kasut getah / kasut sukan
xxiv w Modul 2 BERET • Sherwood dark green • Lencana topi (logam) warna emas - pelapik merah BAJU-T • Warna sherwood dark green, round neck berkolar (boleh lipat ke dalam) • Lengan panjang • Poket pen di lengan kiri LENCANA • Di sebelah kiri di hadapan (sulam / print) • Border berwarna putih. • Bersulam / Embroidery DI BELAKANG • Hanya tulisan “Kadet Remaja Sekolah” dilengkongkan dan Malaysia mendatar. • Tulisan berwarna putih SELUAR • Seluar trek - berwarna hitam KASUT • Kasut getah / kasut sukan berwarna hitam dan berstoking hitam Pakaian Aktiviti Kadet (Puteri) — Baju-T & Seluar Trek Poket pen di lengan kiri Di sebelah kiri di hadapan Border berwarna putih. Embroidery Hanya tulisan “Kadet Remaja Sekolah” dilengkongkan dan Tulisan berwarna putih Seluar trek - berwarna hitam Kasut getah / kasut sukan Hanya tulisan “Kadet Remaja
Modul 2 w xxv Pangkat Kadet KRS Bil. Pangkat Catatan 1. PEGAWAI WARAN I Ditauliahkan oleh JPN / Sekretariat KRS MUSLEH Lulus ujian Tahap VI Telah lulus ujian Tahap V 2. PEGAWAI WARAN II Ditauliahkan oleh JPN / Sekretariat KRS MUSLEH Lulus ujian Tahap V Telah lulus ujian Tahap IV 3. STAFF SARJAN Ditauliahkan oleh JPN / Sekretariat KRS MUSLEH Lulus ujian Tahap IV Telah lulus ujian Tahap III 4. SARJAN Ditauliahkan oleh JPN / Sekretariat KRS MUSLEH Lulus ujian Tahap III Telah lulus ujian Tahap II 5. KOPERAL Ditauliahkan oleh JPN Lulus ujian Tahap II Telah lulus ujian Tahap I 6. LANS KOPERAL Ditauliahkan oleh JPN Lulus ujian Tahap I
xxvi w Modul 2 Bil. Penyandang Pangkat Tanda Pangkat 1. Ketua Pengarah Pelajaran Ketua Pengarah KRS Malaysia 2. Timbalan Ketua Pengarah Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran KRS Malaysia 3. Pengarah Bahagian Pengarah KRS Malaysia Sekolah 4. i. Timbalan Pengarah i. Timbalan Pengarah Bahagian Sekolah KRS Malaysia ii. Pengarah Pelajaran ii. Pengarah KRS Negeri Negeri 5. i. Ketua Penolong i. Ketua Penolong Pengarah Unit HEP/ Pengarah KRS KPM Malaysia I ii. Timbalan Pengarah ii. Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri KRS Negeri iii. Pengarah Institut iii. Pengarah KRS Perguruan Institut Pergurusan 6. i. Ketua Unit KPM i. Ketua Pen. Pengarah KRS Malaysia II ii. Ketua Sektor di JPN ii. Ketua Sektor KRS Negeri (Ketua Pen. Pengarah KRS Negeri) Panggilan dan Tanda Pangkat Pegawai Kadet Remaja Sekolah (KRS) Bil. Penyandang Pangkat Tanda Pangkat
Modul 2 w xxvii iii. Pegawai Pelajaran iii. Pegawai KRS Daerah Daerah 7. i. Penolong Pengarah i. Penolong Pengarah di KPM di KRS Malaysia ii. Ketua Unit / KPP ii. Penolong Pengarah Kokurikulum di JPN KRS Negeri iii. Pen. Pengawai iii. Penolong Pegawai Pelajaran Daerah / KRS Daerah Tim. PPD / Pen. Pegawai Pelajaran Daerah Kanan (SPPK) iv. Pengetua / Guru Besar iv. Komandan KRS/TKRS (Sekolah) Sekolah v. Panel Jurulatih KRS LEFTENAN Kebangsaan KOLONEL KRS (ditauliahkan oleh KPM) 8. i. Pengelola Kanan di i. Pengelola Kanan KPM KRS Malaysia ii. Penyelia Pasukan ii. Pengelola KRS Pakaian Beragam Negeri iii. Pen. Pengarah / Ketua iii. Pengelola KRS Unit Kokurikulum PP / Daerah Penyelia Pasukan Pakaian Beragam PPD / PPW 9. i. Penolong Kanan i. Timb. Komandan KRS Sekolah Catatan: Pegawai Latihan (ditauliahkan oleh KPM) ii. Pegawai Tadbir KRS Negeri iii. Ketua Jurulatih Negeri MEJAR KRS iv. Pegawai Istiadat Negeri
xxviii w Modul 2 v. Pegawai HEWA negeri vi. Pegawai Data Negeri vii. Penyelaras KRSIPG 10. i. Ketua Bidang i. Penolong Komandan KRS Sekolah Catatan: Pegawai Latihan (*ditauliahkan oleh KPM / Sekretariat KRS MUSLEH) ii. *Jurulatih KRS Negeri iii. *Pegawai Tadbir KRS Daerah iv. *Ketua Jurulatih KAPTEN KRS Daerah vi. *Ketua Jurulatih Bhg. vii. Pensyarah IPG 11. ii. *Jurulatih KRS Daerah iii. *Guru Sekolah yang LEFTENAN KRS dinaikkan pangkat dan ditauliahkan 12. *Guru Sekolah yang hadir kursus asas dan lulus LEFTENAN MUDA KRS serta ditauliahkan 13. i. Guru-guru Penasihat KRS/TKRS di Sekolah ii. Guru-guru Pelatih IPG PEGAWAI KADET Belum mengikuti kursus / belum ditauliahkan
Daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah SAW bersabda: “Mukmin yang kuat lebih baik daripada Mukmin yang lemah.” (Riwayat Muslim)
KADET REMAJA SEKOLAH MALAYSIA ILMU IMAN AMAL USRAH “Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu kenal-mengenal. Sesungguhnya yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Teliti.” (al-Hujurat: 13)
Buku Rujukan Kadet Remaja Sekolah Modul 2 w 1 DISIPLIN DAN KEROHANIAN Mutiara Al-Quran & Hadis Berhukum dengan Kebenaran "Wahai Daud, sesungguhnya Kami telah menjadikanmu khalifah di bumi, maka berhukumlah antara manusia dengan yang benar (yang diwahyukan kepadamu); dan janganlah engkau menurut hawa nafsu, kerana yang demikian itu akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Sesungguhnya mereka yang sesat dari jalan Allah, akan beroleh azab yang berat pada hari hitungan amal, disebabkan mereka melupakan (jalan Allah) itu." Surah Sad: 26 Menegakkan Kebenaran "Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutar-balikkan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi), maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan." Surah an-Nisa: 135 Menyampaikan Amanah dan Adil "Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya dan apabila kamu berhukum di kalangan manusia maka hendaklah kamu berhukum dengan adil. Sesungguhnya Allah memberikan pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat". Surah an-Nisa: 58 Konstruk Urus diri (disiplin) Kerja berpasukan Memimpin Daya ketahanan Penampilan diri Matlamat Pendidikan Nilai ketaatan antara anak buah dengan ketua. Kesefahaman dalam tindakan. Semangat patriotik. Kerjasama antara anggota. Daya tumpuan yang tinggi dalam kerja. Disiplin yang tinggi dalam organisasi. Modul 2 w 1
Buku Rujukan Kadet Remaja Sekolah 2 w Modul 2 Kabinet Malaysia atau Jemaah Menteri ialah sebuah badan eksekutif kerajaan Malaysia. Kabinet Malaysia diketuai oleh Perdana Menteri. Ia merupakan sebuah majlis menterimenteri yang bertanggungjawab kepada Parlimen. Mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia Perkara 43, anggota Kabinet hanya boleh dipilih daripada manamana Majlis Parlimen iaitu Dewan Rakyat ataupun Dewan Negara. Kebiasaannya, Yang di-Pertuan Agong melantik semua menteri atas nasihat Perdana Menteri. Namun begitu, Perdana Menteri hendaklah dilantik terlebih dahulu dari Dewan Rakyat. Walaupun Timbalan Menteri dan Setiausaha Parlimen dilantik mengikut setiap portfolio, mereka tidak termasuk dalam Kabinet Malaysia. Peranan utama Jemaah Menteri ialah menggubal dasar-dasar kerajaan dalam semua perkara di samping memberi arahan untuk melaksanakan dasar tersebut. Bagi tujuan melaksanakan arahan dasar kerajaan tersebut, Jabatan Perdana Menteri akan menyelaras peranan mana-mana kementerian yang akan melaksanakannya. Barisan kabinet dan jumlah portfolionya bergantung kepada kehendak Perdana Menteri. YTM Tengku Abdul Rahman Putra Al-Haj (1957 hingga1970) YAB Tun Abdul Razak bin Dato' Hussein (1970 hingga1976) YAB Tun Hussein bin Dato' Onn (1976 hingga1981) YAB Tun Dr. Mahathir bin Mohamad (1981 hingga 2003) YAB Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi (2003 hingga 2009) YAB Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak (2009 sehingga kini) Nama-nama Perdana Menteri Malaysia Unit 2: Sultan-Sultan Unit 1: Jemaah Menteri PELAJARAN 1 KETATANEGARAAN
Buku Rujukan Kadet Remaja Sekolah Modul 2 w 3 Sistem beraja yang diamalkan di negeri-negeri Melayu diwarisi daripada Kesultanan Melayu Melaka. Ia merupakan sistem tertua yang diamalkan di Tanah Melayu. Sebelum ini, gelaran Sultan dipanggil Raja atau Maharaja. Namun pengaruh Islam telah membawa perubahan besar terhadap sistem kesultanan. Selepas Perjanjian Pangkor pada tahun 1874, sistem beraja ini tidak lagi diamalkan. Tetapi dalam sesebuah institusi perlembangaan negara, raja merupakan kuasa tertinggi. Segala nasihat dan pandangan diambil kira termasuklah hal-hal agama Islam dan adat istiadat Melayu. Unit 2: Sultan-Sultan SULTAN PAHANG DARUL MAKMUR Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah Dilahirkan pada 24 Oktober 1930 7 Mei 1974 – Sekarang SULTAN KEDAH DARUL AMAN Sultan Al-Mu'tasimu Billah Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah Dilahirkan pada 28 November 1927 14 Julai 1958 – Sekarang SULTAN JOHOR DARUL TAKZIM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar Dilahirkan pada 22 November 1958 23 Januari 2010 – Sekarang SULTAN KELANTAN DARUL NAIM Paduka Sultan Muhammad V Ibni Sultan Ismail Petra Dilahirkan pada 6 Oktober 1969 13 September 2010 – Sekarang
Buku Rujukan Kadet Remaja Sekolah 4 w Modul 2 Unit 3: Memahami Falsafah Pendidikan Negara SULTAN PERAK DARUL RIDZUAN Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Dilahirkan pada 27 November 1956 29 Mei 2014 – Sekarang YANG DIPERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir Dilahirkan pada 14 Januari 1948 29 Disember 2008 – Sekarang RAJA PERLIS INDERA KAYANGAN Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail Dilahirkan pada 17 Mei 1943 17 April 2000 – Sekarang SULTAN TERENGGANU DARUL IMAN Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Dilahirkan pada 22 Januari 1962 15 Mei 1998 – Sekarang SULTAN SELANGOR DARUL EHSAN Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj Dilahirkan pada 24 Disember 1945 22 November 2001 – Sekarang Kepercayaan kepada Tuhan Kesetiaan kepada Raja dan Negara Keluhuran Perlembagaan Kedaulatan Undang-undang Kesopanan dan Kesusilaan Buku Rujukan Kadet Remaja Sekolah
Buku Rujukan Kadet Remaja Sekolah Modul 2 w 5 "Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara." Objektif Pendidikan Negara 1.Melahirkan rakyat yang bertanggungjawab dan boleh memenuhi kewajipannya sebagai seorang warganegara. 2.Menghasilkan rakyat yang progresif, mahir serta cekap supaya membolehkannya berupaya melaksanakan tugas secara produktif serta sempurna, demi memberi sumbangan terhadap kemajuan dan perkembangan negara. 3.Melahirkan rakyat yang boleh memahami dan menerima serta mengamalkan prinsip-prinsip dan cita-cita demokrasi mengikut Perlembagaan. Unit 3: Memahami Falsafah Pendidikan Negara 4.Melahirkan rakyat yang taat setia kepada Raja dan cinta kepada negara. 5.Melahirkan rakyat yang memahami serta mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara dan bersikap toleransi demi mewujudkan perpaduan rakyat berbilang kaum. 6.Mengurangkan jurang perbezaan dari segi ekonomi, sosial dan peluang antara kaum dengan membekalkan kemudahan-kemudahan asas pendidikan kepada golongan yang kurang berada. Kepercayaan kepada Tuhan Kesetiaan kepada Raja dan Negara Keluhuran Perlembagaan Kedaulatan Undang-undang Kesopanan dan Kesusilaan