INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM 43657 BANGI, SELANGOR DARUL EHSAN. PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN EDUP3153 Nama : FARAH LIYANA BINTI ASANA No. K/P : 031019-10-1090 Angka Giliran : 2021202340420 Program : PISMP Ambilan : JUN 2021/2026 Unit : T2S2.06 Nama Pensyarah : PUAN HALIZA BINTI HUSSEIN Tarikh Hantar : 19 MAC 2024 PENGAKUAN PELAJAR Saya mengaku bahawa tugasan pentaksiran berterusan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Tandatangan Pelajar:Farah Tarikh : 19/03/2024 PEMERIKSA MODERATOR Markah Markah Tandatangan Cop Tandatangan Cop Tarikh Tarikh PENGESAHAN PELAJAR Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami. Tandatangan Pelajar: Farah Tarikh : 19/03/2024
EDUP 3153 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN FARAH LIYANA
PENGHARGAAN Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Illahi dengan limpah rahmat serta nikmat masa, nyawa dan tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah saya yang dihormati, Dn. Haliza binti Hussein kerana dengan tunjuk ajar daripadanya dapat membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan baik. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada kedua ibu bapa saya yang tercinta yang mana mereka tidak berhenti menyokong saya dan memberi pelbagai kemudahan tugasan kerja kursus ini. Ucapan penghargaan ini tidak juga dilupakan untuk rakan-rakan yang banyak memberi peringatan terhadap kealpaan saya. Mereka juga sentiasa membantu saya dengan menjawab setiap soalan yang diajukan. Akhir kalam, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang terikat secara langsung atau sebaliknya,terima kasih.
ISI KANDUNG 1.0 PENGENALAN 2.0 JENIS PENTAKSIRAN 3.0 ANALISIS INSTRUMEN PENTAKSIRAN 3.1 INSTRUMEN PENTAKSIRAN 1 (Lisan) 3.1.1 Ulasan 3.1.2 Kekuatan 3.1.3 Kelemahan 3.2 INSTRUMEN PENTAKSIRAN 2 (Pemerhatian) 3.2.1 Ulasan 3.2.2 Kekuatan 3.2.3 Kelemahan 3.3 INSTRUMEN PENTAKSIRAN 3 (Penulisan) 3.3.1 Ulasan 3.3.2 Kekuatan 3,3,3 Kelemahan 3.3.4 Cadangan penambahbaikan
4.0 KESIMPULAN RUJUKAN LAMPIRAN
1.0Pengenalan Pentaksiran merupakan satu proses mendapatkan maklumat untuk digunakan bagi membuat penghakiman dan pertimbangan tentang produk sesuatu proses Pendidikan (Assim 2022; Adom, Mensah & Dake, 2020;Tontus, 2020). Dalam Bahasa mudah, pentaksiran ini adalah salah satu proses untuk guru mendapatkan maklumat tentang pembelajaran seseorang murid dengan membuat penghakiman nilai, tahap atau status pembelajaran mereka. Tambahan pula, pentaksiran ini berlaku sepanjang hari dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) sama ada secara formal atau tidak formal. Contoh instrument pentaksiran yang selalu digunakan oleh guru ialah senarai Semak, rubrik, saranan jawapan dan sebagainya.
2.0 JENIS PENTAKSIRAN Secara umumnya pentaksiran terbahagi kepada dua jenis iaitu pentaksiran formatif dan juga sumatif. Pentaksiran formatif ini merupakan yang fomal dan juga tidak formal bagi mengesan kemajuan ataupun kelemahan pembelajaran dengan serta merta dan dikumpul melaui pemerhatian guru, penyoalan lisan, kerja rumah, kuiz dan seumpama dengannya. Pentaksiran untuk pembelajaran merupakan satu pentaksiran yang formatif untuk membantu murid menyedari dengan lebih mendalam tentang proses pembelajaran mereka dan mengenal pasti cara yang lebih berkesan untuk meningkatkan prestasi masing-masing. Begitu juga dengan pentaksiran sebagai pembelajaran yang menggalakkan murid melakukan refleksi dan penilaian kendiri.
Bagi pentaksiran sumatif pula adalah pentaksiran yang berbentuk formal untuk mengesan pencapaian murid berdasarkan beberapa unit pembelajaran bagi memeberi gred kurusus atau siji. Contohnya, peperiksaan akhir semester, SPM, STPM dan sebagainya. Pentaksiran Sumatif ini amat berkait rapat dengan pentaksiran tentang pembelajaran yang dilaksanakan di hujung topik pembelajaran juga.
3.0 ANALISIS INSTRUMEN PENTAKSIRAN Saya telah mengambil Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan islam di bawah bidang ibadah Tahun 4. Standard kandungannya ialah 4.3 Merumus konsep puasa Ramadan dan menghayatinya secara beradab dan istiqamah manakala standard pembelajaran yang difokuskan untuk pentaksiran pula ialah 4.3.2 Menyatakan hukum puasa Ramadan berdasarkan dalil Naqli serta terjemahan. Pentaksiran ini difokuskan pada Langkah yang pertama. 3.1 Instrumen Pentaksiran 1 (Lisan) 3.1.1 Ulasan
Pada pendapat saya, kelebihan yang dapat dilihat pada RPH ini ialah bentuk pentaksiran yang digunakan untuk standard pembelajarannya sangat sesuai iaitu pentaksiran secara lisan. Hal ini kerana tahap penguasaan bagi hukum puasa ini adalah pada tahap mengingat. Jadi sesuailah untuk guru mentaksir secara lisan dengan kaedah hafalan atau sebagainya. 3.1.2 Kekuatan =
Pada pandangan saya, kelemahan bagi instrumen pentaksiran ini adalah kaedah soal jawab yang digunakan untuk mentaksir secara lisan ini kurang menarik. Hal ini kerana kaedah soal jawab ini tidak mempunyai bahan bantu mengajar yang dapat menarik perhatian murid lantas pentaksiran yang dijalankan akan kurang berkesan. Selain itu, pentaksiran secara lisan yang dilaksanakan ini tidak mempunyai instrumen dan juga rubrik untuk menilai pelajar. 3.1.3 Kelemahan =
Bagi kaedah soal jawab ini, guru mungkin boleh menambahkan Peta I-Think untuk murid berfikir tentang apakah hukum brepuasa tersebut dan tuliskannya dalam bentuk peta I-Think. Kemudian murid akan berkongsi jawapannya di hadapan kelas. Dengan itu, pembelajaran akan menjadi lebih menyeronokkan dan murid akan bertambah yakin untuk berkongsi jawapan. Jelaslah di sini juga, setiap guru perlulah menyediakan instrumen pentraksiran dan juga rubrik pentaksiran. Rubrik merupakan satu alat penilaian yang penting untuk menilai prestasi pelajar demi mendapatkan penilaian yang tepat dan adil. Melalui rubrik inilah guru akan dapat mengesan kelemahan pelajar ataupun kelemahan dalam sesi pengejaran untuk diperbaiki. 3.1.4 Cadangan penemabahbaikan =
Seterusnya, pentaksiran secara pemerhatian pula, saya telah mengambil RPH Tahun 6, bidang Ibadah yang bertajuk solat jenazah. Standard kandungannya ialah 4.3 Merumus konsep solat jenazah dan menghayatinya secara beradab dan istiqamah manakala standard pembelajarannya ialah 4.3.3 Mengaplikasikan solat jenazah. Standard ini ditekankan pada Langkah yang kedua. 3.2 Instrumen Pentaksiran 2 (Pemerhatian) 3.2.1 Ulasan
Kelebihan yang dapat dilihat dalam instrument ini ialah pemilihan bentuk pentaksiran yang bertepatan dengan standard pembelajarannya iaitu mengaplikasikan.Kaedah pemerhatian ini bertujuan untuk memerhati murid mengaplikasikan cara-cara murid melakukan solat jenazah tersebut. 3.2.2 Kekuatan
Walaubagaimanapun terdapat juga kelemahan yang dapat saya lihat dalam instrument RPH ini iaitu tiada instrument pentaksiran. Dengan itu, guru tidak akan dapat menilai pelajar dengan tepat ataupun guru akan mudah lupa apa yang telah dinilai. 3.2.3 Kelemahan
Pada pendapat saya, untuk menambahbaik RPH ini, guru perlulah membuat senarai Semak tatacara solat jenazah untuk setiap pelajar.Untuk memudahkan guru, guru boleh membentuk beberapa Kumpulan dan memberikan senarai Semak kepada ketua Kumpulan untuk menyemak rakan yang lain di dalam Kumpulan. Kemudian murid dikehendaki memulangkan semula kepada guru. Di sini, guru akan memperolehi maklumat tentang tahap penguasaan murid tentang simulasi solat jenazah ini. 3.2.4 Cadangan Penambahbaikan
=Bagi pentaksiran secara tulisan pula, saya telah memilih RPH Tahun 4, bidang jawi yang bertajuk kata pinjaman Bahasa inggeris. Standard kandungannya ialah 7.3 Mengenal, membaca dan menulis perkataan pinjaman Bahasa Inggeris dengan betul secara beradab dan istiqamah manakala standard pembelajarannya pula ialah 7.3.3 Menulis perkataan pinjmaan Bahasa inggeris dengan betul. Entaksiran penulisan yang berlaku ini terdapat pad Langkah 2 dalam RPH ini. 3.3 Instrumen Pentaksiran 3 (Penulisan) 3.3.1 Ulasan
Kekuatan yang ada pada pentaksiran ini ialah bentuk pentaksirannya sangat sesuai dan sangat bertepatan dengan standard pembelajaran dan juga objektif pembelajaran iaitu kata kuncinya ialah perkataan “menulis’. Jadi, di sini penulis RPH ini telah memilih satu bentuk pentaksiran yang sesuai iaitu pentaksiran secara penulisan 3.3.2 Kekuatan
Di sini terdapat juga beberapa kelemahan yang jelas kelihatan iaitu instrument pentaksiran yang disediakan tidak menarik dan tidak lengkap. Pelajar hanya dibekalkan dengan kertas A4 kosong Sahaja tanpa arahan pada kertas tersebut. Tambahan pula, alat pentaksiran juga tidak disediakan untuk mentaksir penulisan pelajar. 3.3.3 Kelemahan
Pada pandangan saya, penambahbaikan yang boleh dilakukan ialah instrument pentaksiran yang disediakan perlulah lengkap dengan soalan contohnya menyediakan lembaran kerja yang lengkap dengan nama pelajar, kelas, nombor soalan dan juga soalan yang lengkap. Dengan itu, murid dapat menjawab soalan dengan mudah dan teratur. Di samping itu, skema jawapan juga turut perlu disediakan untuk memudahkan urusan guru mentaksir pelajar dan mengetahui tahap pencapaian pelajar. 3.3.4 Cadangan Penambahbaikan
4.0Kesimpulan Kesimpulannya, dengan adanya ketiga-tiga bentuk pentaksiran ini iaitu secara lisan, pemerhatian dan penulisan, pembelajaran akan menjadi lebih bermakna dan berkesan. Instrumen pentaksiran memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan menyediakan alat untuk mengukur pencapaian murid, mengenal pasti keperluan pembelajaran, serta memberikan maklum balas yang dapat membantu guru merancang pengajaran yang lebih efektif dan menyesuaikan kurikulum dengan keperluan individu murid. Selain itu, instrumen pentaksiran membolehkan penilaian yang berterusan terhadap prestasi murid dan kesan keberkesanan pembelajaran, yang membantu dalam meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran secara keseluruhan.
RUJUKAN Ali, M. A. M., & Jamaluddin, S. (2007). Amalan pentaksiran untuk pembelajaran di sekolah menengah. Jurnal Pendidikan, 27(1), 19-39. Assim, A.E. (2018). Ethical concerns in assessment and research in education. Journal of Educational Research and Development Voulmn 5, July 2018. Mahaya Salleh, Suzana Mutallib, Hashiroh Hussein dan Zakirah Abdullah (2024). Pentaksiran Dalam Pendidikan. Selangor: Local Publications (M) Sdn Bhd. Mustaqim Roslan, M. KAEDAH PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) DAN KESANNYA KEPADA MURID TAHAP SATU DI MALAYSIA: ANALISIS SUBJEK PENDIDIKAN ISLAM. Mutalib, S. A., & Ahmad, J. (2016). Penggunaan teknik pentaksiran formatif dalam subjek bahasa melayu darjah satu: kajian kes. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 2(1), 17-30.
LAMPIRAN
CamScanner
CamScanner
CamScanner