SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KEPONG
JALAN FRI,52100 KUALA LUMPUR,SELANGOR
MINIT MESYUARAT
PANITIA SAINS BIL 4/2019
Tarikh : 11 November 2019
Masa : 12.15 tengah hari hingga 1.15 petang
Tempat : Perpustakaan, SMK Kepong
Kehadiran:
1. En. Kamardin B.Abdul Aziz Pen. Kanan Akademik
2. Pn. Chow Wai Mun GKMP Sains & Matematik
3. Pn. Umi Kalsum Jan Abd. Hamid Ketua Panitia Sains
4. Pn. Annapuranam a/p Allasuryanarayana Guru Mata pelajaran
5. Pn.Cheang Soon Hua Guru Mata pelajaran
6. Cik Eng Pik Ngor Guru Mata pelajaran
7. Pn Norhanisah binti Abd Manap Guru Mata pelajaran
8. Pn Arputavalli a/p Vinayaga Guru Mata pelajaran
9. Cik Hadiyatul Syayaney binti Arsha Guru Mata pelajaran
10. Pn. Bong Sieok Pong Guru Mata pelajaran
11. Cik Kimberly Guru Mata pelajaran
12. Cik Salbiyah binti Mat Yusop Guru Mata pelajaran
13. Pn. Edrysharvin binti Mohamad Nawi Guru Mata pelajaran
14. Cik Lin Yan Yen Lzing Guru Mata pelajaran
AGENDA :
1.0 PERUTUSAN PENGERUSI MAJLIS (PUAN UMI KALSUM JAN BINTI ABDUL
HAMID-KP SAINS)
Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua ahli mesyuarat dan mengucapkan terima kasih
kepada semua guru di atas kedatangan guru pada mesyuarat pada kali ini.
Makluman
2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT KURIKULUM KALI KE 3/TAHUN 2019
2.1 Pengesahan minit mesyuarat panitia Sains Bil 2/2018 disahkan oleh Cik Eng Pik
Ngor dan disokong oleh Pn Sakinah
Tindakan: Makluman
1
3.0 PERKARA BERBANGKIT
Tiada perkara berbangkit
4.0 PERKARA-PERKARA BAHARU
4.1 Pengurusan Panitia
4.1.1 Pn. Umi mengingatkan guru-guru sekali lagi supaya pentaksiran Tingkatan 1
hingga 3 dibuat dan laporan PBD perlu diserahkan kepada ketua panitia
pada akhir sebelum cuti sekolah.
4.1.2 Ketua panitia menyatakan proses penandaan PT3 telah selesai dan jika
dilihat berdasarkan keputusan gred tahun lepas prestasi murid menurun
walaupun soalan telah diketahui.
4.1.3 Mesyuarat post mortem peringkat sekolah akan dibuat dan beberapa
tindakan akan dibuat untuk memastikan ada peningkatan pada tahun
hadapan.
4.1.4 Peringatan kepada guru yang terlibat dalam penggubalan RPT 2020, guru
perlu menyediakan RPT tahun depan dan hantar kepada guru-guru yang
terlibat sebelum mesyuarat 1/2020.
Guru-guru yang terlibat ialah :
Tingkatan 1 – Cikgu Lin
Tingkatan 2 – Cikgu Amir
Tingkatan 3 – Cikgu Umi
Tingkatan 4 – Cikgu Hanisah
Tingkatan 5 – Cikgu Eng PN
Makluman dan tindakan: Semua guru
5.0 Hal-hal lain
5.1.1 KP mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama guru-guru dalam menjalankan
pengurusan panitia pada tahun 2019.
5.1.2 KP juga menyatakan panitia telah kekurangan seorang guru pada pertengahan tahun
iaitu Cikgu Aimi. Pada akhir tahun ini Cikgu Cheang Soon Hua akan bersara.
5.1.3 Panitia akan kekurangan guru yang amat ketara.
Tindakan: Makluman
5 Ucapan Penangguhan
Pengerusi berharap guru-guru akan berehat dan bersedia untuk menghadapi tugasan baru
pada tahun 2020 yang lebih mencabar.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.15 petang.
2