The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hajarrsitii19, 2021-12-09 16:52:19

anyflip PIMK1094

anyflip PIMK1094

PELAKSANAAN SYARIAT
ISLAM DI MALAYSIA DAN
ISU-ISU DALAM SISTEM

IBADAH

SLIDESMANIA.COM

MAKLUMAT SISWA GURU

SLIDESMANIA.COM NAMA PELAJAR SITI HAJAR BINTI LOKMAN AL HAKIM
ANGKA GILIRAN 2021052310084
NO. KAD PENGENALAN 021019-12-0268
KUMPULAN / UNIT PAI 4
KOD / NAMA KURSUS PIMK1094 / PENGANTAR ILMU FIQH
NAMA PENSYARAH KHALID BIN SA’AT
JENIS TUGASAN TUGASAN 2
TARIKH HANTAR 9/12/2021

SLIDESMANIA.COM PELAKSANAAN SYARIAT
ISLAM DI MALAYSIA

Secara umum, Malaysia telah melaksanakan sebahagian undang-undang Islam berpandukan mazhab Imam Syafie.
Pentadbiran berasaskan peraturan-peraturan syariat tersebut terus berkembang berbanding sebelum negara mencapai
kemerdekaan. Pelbagai pembaharuan telah dilakukan oleh pihak berkuasa agama sama ada di peringkat Persekutuan
mahupun di peringkat Negeri, selaras dengan perkembangan masyarakat Islam di negara ini. Dari semasa ke semasa,
beberapa pindaan telah dibuat oleh kerajaan bagi memenuhi keperluan dan kepentingan masyarakat. Usaha-usaha bagi
menyelaras pentadbiran di setiap peringkat masyarakat adalah, sedang dan akan terus dijalankan bagi memperkukuh lagi
kedudukan Islam di Malaysia. Justeru, bagi menyokong usaha kerajaan, masyarakat Islam Malaysia hendaklah turut sama
mengimarahkan pelaksanaan undang-undang Syariah dengan sebaiknya.

ISU-ISU BERKAITAN IBADAH

1. PERLAKSANAAN 2. PENGGUNAAN 3. ISTITAAH DAN 4. ZAKAT

IBADAT SOLAT VAKSIN YANG KEWAJIPAN PERTANIAN
DAN KETIKA DIHASILKAN IBADAH HAJI BUKAN
PENULARAN DARIPADA MAKANAN RUJI
WABAK NAJIS

SLIDESMANIA.COM

SLIDESMANIA.COM Pelaksanaan ibadah solat dan ketika penularan wabak

❑ Ibadah solat merupakan ibadah yang wajib ditunaikan oleh setiap individu muslim sebanyak 5 kali, sehari semalam. Ibadah solat
adalah lebih afdal dilaksanakan secara berjemaah berbanding solat sendiri.

❑ Berikutan penularan COVID-19 semenjak tahun 2020, wabak yang telah diisytiharkan sebagai suatu bentuk kemudaratan kepada
masyarakat tersebut, telah mengakibatkan kelompongan dalam kelaziman solat berjemaah. Berdasarkan bilangan pesakit yang
semakin bertambah dan angka kematian yang meningkat, kerajaan telah menguatkuasakan perintah berkurung dan larangan bagi
melaksanakan solat Jemaah. Hal ini dikuatkuasakan bagi mengekang penularan jangkitan wabak ini.

▪ Syeikh Ali al-Qaradaghi, Setiausaha Kesatuan Ulama Islam Sedunia mengeluarkan kenyataan bahawa harus bagi umat Islam untuk

meninggalkan solat Jumaat dan Jemaah kerana takut dijangkiti wabak.
Hal ini adalah berdasarkan hadis nabi yang bermaksud:

“Barangsiapa yang mendengar azan tetapi dia tidak menjawabnya (yakni datang menunaikannya) maka tidak ada solat baginya kerana
keuzuran. Mereka (para sahabat) bertanya; Apakah keuzuran itu? Baginda menjawab: ketakutan dan kesakitan.”

(Riwayat Abu Daud (551) dan Ibn Majah (793))

SLIDESMANIA.COM Pelaksanaan ibadah solat dan ketika penularan wabak

Pandangan Badan Fatwa Berautoriti

❑ Majlis Fatwa Syari’i UAE ;
Individu yang dijangkiti atau disyaki dijangkiti virus tersebut diharamkan untuk berada di tempat yang umum atau pergi ke masjid
untuk menunaikan solat Jumaat, berjemaah mahupun solat hari raya. Wajib juga untuk mengambil segala langkah pencegahan.

❑ Hai’ah Kibar Ulama’ Al-Azhar al-Syarif :
Harus di sisi syarak untuk menghentikan solat Jumaat dan solat berjemaah di semua kawasan berikutan penularan wabak COVID-19.
Harus juga di sisi syarak bagi negara (daulah) untuk menghentikan solat jumaat dan solat berjemaah buat sementara waktu kerana ia
akan menyebabkan penularan dan penyebaran virus yang berbahaya ini.

❑ Kementerian Waqaf dan Hal Ehwal Islam Kuwait :
Solat dan khutbah Jumaat hendaklah ditangguhkan disebabkan oleh wabak COVID-19 yang melanda negara. Hal ini demikian kerana
perhimpunan beramai-ramai akan meningkatkan risiko jangkitan kepada lebih ramai orang. Penangguhan aktivit masjid ini
merupakan suatu inisiatif daripada pihak pemerintah bagi menghalang wabak itu daripada terus merebak di dalam negara. Justeru,
gugurlah kewajipan solat jumaat dan solat berjemaah di negara ini. Disamping itu, orang ramai turut dihalang daripada memasuki
masjid untuk melindungi diri daripada dijangkiti wabak.

SLIDESMANIA.COM Penggunaan vaksin yang dihasilkan daripada najis

❑ Islam amat menitikberatkan penjagaan kesihatan umatnya serta memberi galakan agar sentiasa berikhtiar untuk mengelakkan diri
daripada ditimpa penyakit.

❑ Sebagaimana hadis yang diriwayatkan dari Ibnu Abbas RA, Rasullullah SAW bersabda yang bermaksud;

‘Tidak boleh berbuat kemudaratan dan tidak boleh membalas kemudaratan dengan kemudaratan.’
(Riwayat ibnu Majah)

❑ Secara umum hadis tersebut memberi galakan kepada umat islam agar berikhtiar untuk melindungi diri daripada sesuatu yang boleh
memberi mudarat contohnya wabak penyakit.

❑ Pengambilan vaksin bagi meningkatkan imuniti tubuh badan sebagai langkah pencegahan wabak Covid-19, dilihat sebagai suatu
ikhtiar yang dianjurkan dalam maqasid Syariah iaitu memelihara nyawa.

❑ Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia serta Mesyuarat Jawatankuasa
Fatwa Negeri Selangor (MJKFNS) memutuskan bahawa hukum penggunaan vaksin Covid-19 adalah harus dan wajib diambil oleh
glongan yang ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia.

❑ Justeru, keharusan pengambilan sesuatu vaksin tersebut ditetapkan dengan mengambil kira beberapa perkara antaranya;

.

SLIDESMANIA.COM Penggunaan vaksin yang dihasilkan daripada najis

✓ Sumber vaksin hendaklah diambil daripada bahan-bahan yang suci dan tidak najis.
Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A ;
‘Rasulullah SAW telah melarang ubat yang kotor’

✓ Namun sekiranya tidak dapat dielakkan, vaksin yang diambil dari sumber bahan haram adalah dibenarkan atas dasar darurat yang diiktiraf syarak.
✓ Sekiranya terdapat dua pilihan vaksin iaitu yang bersumberkan halal dan yang haram, maka wajib bagi orang islam untuk memilih vaksin yang

bersumberkan bahan halal.
-Rasulullah telah membolehkan air kencing unta dijadikan ubat atas sebab darurat. Merujuk kepada pendapat Imam Syafie bahawa air kencing adalah
najis melainkan ia harus diminum sebagai ubat ketika darurat.

-Hal ini adalah berdasarkan sabda Rasulullah SAW;
“sesungguhnya terdapat beberapa orang dari ‘Urainah yang datang ke Madinah; mereka terkena udara buruk Madinah. Maka Rasulullah SAW telah
mengutuskan kepada mereka unta zakat (unta yang dibayar kepada Baginda) dan Baginda bersabda; “minumlah susunya dan air kencingnya.”

❑ Kesimpulannya, penggunaan vaksin yang terpaksa dihasilkan menggunakan najis, masih belum menjadi suatu keperluan dalam kalangan masyarakat.
Hal ini demikian kerana, vaksin yang dibuat dari sumber halal kini masih boleh mencegah serta melindungi diri penerima dari dijangkiti wabak.

SLIDESMANIA.COM Istitaah dan kewajipan ibadah haji

❑ Mengerjakan haji merupakan sebahagian rukun Islam yang wajib disempurnakan oleh umat Islam yang berkemampuan. Hal ini
sebagaimana yang ditegaskan oleh Allah SWT di dalam al-Quran;

❑ ‘Dan (di antara) kewajipan manusia terhadap Allah adalah melaksanakan ibadah haji ke Baitullah, iaitu bagiorang-orang yang
mampu mengadakan perjalanan ke sana. Barangsiapa mengingkari (kewajipan) haji, maka ketahuilah bahawa Allah Maha Kaya
(tidak memerlukan sesuatu) dari seluruh alam.’
(Surah Ali-Imran 3;97)

❑ Berdasarkan dalil tersebut, jelaslah bahawa Allah SWT menghendaki para hambanya untuk berkunjung ke Mekah dan
melaksanakan ibadah di sana. Namun, perintah Allah ini hanya dikhususkan bagi mereka yang mempunyai kemampuan sahaja.
Manakala bagi mereka yang kurang berkemampuan, Allah SWT telah memberikan keringanan dengan mengangkat hukum wajib
haji tersebut agar tidak membebankan mereka.

SLIDESMANIA.COM Istitaah dan kewajipan ibadah haji

Antara Istitaah yang mewajibkan seseorang muslim mengerjakan haji adalah sebagaimana berikut ;
❑ Istitaah harta

Muslim tersebut mestilah mempunyai bekal perjalanan yang cukup untuk menampung segala perbelanjaan ketika bermusafir.
Perbelanjaan yang dimaksudkan adalah termasuk kos perjalanan pergi dan balik, kos tempat tinggal, upah pemandu haji serta
makanan dan minuman. Kemampuan dari segi harta ini juga termasuk tuntutan agar individu memastikan keperluan hidup ahli
keluarga yang ditinggalkan ketika bermusafir berada dalam keadaan baik.

❑ Istitaah kesihatan
Kewajipan melaksanakan ibadah haji juga terletak pada individu yang memiliki tubuh badan yang sihat iaitu tidak mengalami
sebarang penyakit kronik yang mengehadkan kemampuan untuk bermusafir atau sakit kerana telah uzur.

SLIDESMANIA.COM Zakat pertanian bukan makanan ruji

❑ Imam Syafie berpendapat bahawa zakat wajib pada setiap makanan asasi dan tahan lama serta boleh dikeringkan. Contohnya,
gandum, jagung dan beras. Manakala buah-buahan pula hanya diwajibkan ke atas kurma dan anggur sahaja.

❑ Imam Syafie juga turut mengemukakan bahawa tidak wajib zakat pada kelapa, kacang dan yang sejenisnya kerana ianya tidak
termasuk makanan ruji manusia. Zakat juga tidak diwajibkan bagi buah-buahan berupa epal, rambutan, jambu dan sebagainya
kerana tidak tahan lama serta sukar untuk dikeringkan.

❑ Namun, pendapat tersebut adalah kurang relevan untuk dipraktikkan pada masa kini. Hal ini demikian kerana, era teknologi yang
dikecapi oleh manusia pada masa kini telah memungkinkan segala proses pengawetan dilaksanakan. Maka, hukum zakat bagi buah-
buahan yang dapat diproses dan ditin adalah wajib.

SLIDESMANIA.COM Zakat pertanian bukan makanan ruji

❑ Hal ini adalah berdasarkan pendapat Imam Abu Hanifah yang telah mewajibkan zakat pada semua jenis tanaman. Merenung situasi
hidup masyarakat kini, petani yang mengeluarkan zakat padi rata-ratanya terdiri daripada golongan miskin. Sedangkan pengusaha
epal, oren, laici, kelapa sawit dan sebagainya memiliki keutungan yang lebih banyak hasil daripada jualan secara komersial.

❑ Hal ini bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW;

“ Pada apa-apa yang diairi dengan air hujan, mata air atau air tanah (takungan) dikenakan (zakat) sebanyak 10%, sedangkan pada
apa-apa yang diairi dengan tenaga dikenakan (zakat) sebanyak 5% “.
(Riwayat al-Bukhari)

❑ Kesimpulannya, zakat daripada hasil pertanian bukan makanan ruji adalah wajib sekiranya cukup syarat.

RUJUKAN

Aiman Nasyir etl. (2019). Terjemahan Tafsir Ibnu Katsir. Penerbit Insan Kamil

Al-bakri & Zulkifli. (2020). Soal Jawab Covid-19. Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Fathi Noordin. (2019, Julai 18). Irsyad al-Fatwa Haji dan Korban Siri ke-21. https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-
fatwa/edisi-haji-korban/3581-irsyad-al-fatwa-haji-dan-korban-siri-ke-21

MAIS. (2021, Oktober 1). Fatwa Vaksin. https://www.mais.gov.my/wp-content/uploads/2021/10/Artikel-Khas-
Bil.18.2021-Fatwa-Vaksin.pdf

Nor Aini. (2013). Isu-Isu Fiqh Semasa Berkaitan Zakat Pertanian di Malaysia. Jurnal Syariah. 21(3). 231-258.

SLIDESMANIA.COM


Click to View FlipBook Version