The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MENERANGAKAN KESAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR KEPADA ALAM SEMESTAR .

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Juwita alyaa, 2023-05-16 08:21:35

PEMBANGUNAN BANDAR YANG PESAT TELAH MEMBERIKAN KESAN KEPADA ALAM SEKITAR

MENERANGAKAN KESAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR KEPADA ALAM SEMESTAR .

PENGAJIAN ISLAM PEMBANGUNANBANDARYANGPESAT TELAH MEMBERI KESANKEPADAALAM SEKITAR


JUWITA ALYAA BINTI SUHAMI SIDANG EDITOR 14DPM22F1091 FAREESYAH NUR BALQIS BINTI FERDAUS 14DPM22F1089 NUR ALEESYA SHAFIQAH BINTI JAFRI 14DPM22F1079 NURUL AINA BINTI AZMAN 14DPM22F1087


ISI KANDUNGAN 1) PENGHARGAAN 2)MAKSUD PENCEMARAN 3)JENIS JENIS PENCEMARAN 4)PUNCA PUNCA PENCEMARAN 5)KESAN PEMBANGUNAN BANDAR KEPADA ALAM SEKITAR 6) CARA MENGATASI DAN MEMELIHARA ALAM SEKITAR 7)KESIMPULAN 8)RUJUKAN


PENGHARGAAN Kami mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada setiap ahli kumpulan yang telah menjalankan tanggungjawab masing-masing dalam menyelesaikan tugasan yang telah diberikan berkenaan tajuk kesan pembangunan alam sekitar.


MAKSUD PENCEMARAN 1


Suatu perbuatan mencemarkan ( mengotorkan ) kebersihan alam di sekeliling dengan sampah sarap bahan pencemar seperti bahan kimia ,hingar ,haba ,cahaya dan tenaga ke dalam alam sekitar yang mengakibatkan kesan yang memusnahkan sehinggan membahayakan kesihatan manusia , mengancam sumber alam dan ekosistem.


JENIS PENCEMARAN 2


Didefinisikan sebagai pencemaran atmosfera yang menggaggu komposisi semula jadi dan kimia di udara . Ianya boleh jadi dalam bentuk bahan partikal seperti debu atau gas yang berlebihan seperti karbon dioksida arau wap . Pencemaran udara berasal daripada pelbagai sumber . Antaranya termasuklah asap kenderaan , industri , pembinaan dan merobohkan , kebakaran hutan ,letusan gunung berapi dan pelbagai lagi PENCEMARAN UDARA


Pencemaran air adalah suatu perubahan keadaan di suatau tempat penampungan air seperti danau , sungai , lautan dan air tanah akibat aktiviti manusia. Ia melibatkan air yang tercemar sama ada dari bahan kimia , partikal atau bakteria yang merosakkan kualiti air daripada aslinya. Kesan pencemaran ini menyebabkan kurangnya kuantiti air yang bersih ,menurunkan bekalan air untuk pangairan tanaman dan kesan kepada kehidupan di akuatik dah hidupan liar . PENCEMARAN AIR


Diantara punca pencemaran tanah adalah tumpahan dan pembuangan sisa berbahaya dan kumbahan , amalan pertanian tidak mampan ,seperti penggunaan racun perosak , perlombongan , pembuangan sampah tidak terkawal dan merata rata dan penebangan hutan . PENCEMARAN TANAH Pencemaran tanah akan menyebabkan rosak dan terbantutnya pertumbuhan yang mengakibatkan hasil tanaman berkurangan , kehilangan hibitat hidupan luar dan hakisan tanah .


Pencemaran bunyi selalunya terjadi dari hasil lalu lintas , lapangan terbnag , landasan kereta api ,kilang , industri ,atau perobohan serta konsert .Beberapa pencemaran bunyi bersifat sementara manakala ada yang kekal . Kesan pencemaran ini menyebabkan kehilangan deria pendengaran , gangguan hidupan seharian dan mengganggu ketenteraman. PENCEMARAN BUNYI


PUNCA-PUNCA PENCEMARAN 3


AKTIVITI PEMBANGUNAN DAN PERINDUSTRIAN Perkembangan ekonomi bergantung kepada perindustrian yang menghasilkan pelbagai jenis barang untuk dieksport atau aktiviti perniagaan domestik . Namun ini mendatangkan keburukan seperti pencemaran udara dunia. Pelepasan nitrogen , sulfur dioksida hidrokarbon dan karbon dioksida menyebabkan kesan kepada kehidupan alam sekitar


Pembakaran terbuka sering berlaku di kawasan pelepasan sampah , sisa pepejal di kawasan industri dan tapak pembinaan, sisa perladangan , kebun dan pembakaran hutan simpan .Akibat partikal boleh diterbangkan ke jarak yang sangat jauh yang dibawa oleh angin dan menyebabkan jerebu .Jerebu amat merbahaya untuk kesihatan sehingga membawa maut . PEMBAKARAN TERBUKA


KENDERAAN BERMOTOR Kenderaan bermotor adalah penyumbang utama di dunia ,masyarakat moden amat bergantung pada pengangkutan bermotor seperti kerta, motorsikal, kapal terbang dan pelbagai lagi . Setiap kenderaan memerlukan tenaga yang banyak untuk bergerak dan ini perlu melalaui banyak proses pembakaran bahan api fosil untuk menghasilkannya.


KESAN PEMBANGUNAN BANDAR KEPADA ALAM SEKITAR 4


KESAN KEPADA KESIHATAN MANUSIA Kesan utama pencemaran udara kepada manusia adalah sistem pernafasan. Gas-gas seperti karbon monoksida akan meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah dan melambatkan tindak balas manusia Kesan seterusnya akan menyebabkan seseorang itu mengantuk , lelah dan mengurangkan fungsi paru - paru.


KESAN KEPADA TUMBUHAN Mengalami kerosakkan keguguran pada daun , pertukaran warna dan pertumbuhan terbantut. Kesan ini menyebabkan sebgian daripada penduduk bumi kekurangan sumber makanan yang segar akibat kesan berikut . Ia juga menganggu ekosistem kehidupan pada manusia dan haiwan


HUJAN ASID Kesannya ia akan membunuh tumbuh - tumbuhan dan hidupan liar . selain itu menghakis pakaian , kertas dan dinding bangunan . Ianya berlaku disebabkan oleh gas sulfur dioksida dan nitrogen dioksida dengan air dan seterusnya menjadi sulfuric asid dan nitroc asid . Asid ini akan terkumpul di dalam awan dan bergerak ke tempat tempat lain. asid tersebut akan turun bersama hujan dan menimpa tumbuhan lain.


Kesan pemanasan global yang disebabkan oleh kesan rumah hijau , kenaikan suhu bumi yang meningkat dan penipisan lapisan ozon yang dapat dirasai oleh seluruh dunia Penyusutan lapisan ozon juga menyebabkan kejadian pemanasan global ini . Kesannyapermukaan bumi akan panas ,ekosistem terganggu ,banjir kilat berlaku. KESAN RUMAH HIJAU


CARA MENGATASI DAN MEMELIHARA ALAM SEKITAR 5


Penanaman pokok seperti pokokbuah buahan di persekitaran taman perumahan dapat mengurangkan masalh peningkatan suhu. Selain itu . kandungan karbon dioksida dalam udara dapat dikurangkan dan meningkatkan kandungan gas oksigen melalui proses fotosintesis MENGHIJAUKAN KAWASAN


Mengasingkan sampah mengikut kategori dapat memelihara bumi dengan baik , pengguna seharusnya bijak dalam menjaga alam sekitar dengan menambahkan ilmu pengetahuan tentang sayangi alam sekitar . Mengasingkan sampah mengikut kategori dapat mengurangkan pencemaran sampah . PROGRAM KITAR SEMULA


Kempen mencintai alam sekitar yang di television atau media sosial hendaklah dihayati supaya alam sekitar terpelihara .Rasa tanggungjawab perlu disemai dalam diri agar alam sekitar bersih dan selamat untuk generasi akan datang PROGRAM KEMPEN


KESIMPULAN Kita hendaklah bertanggungjawab dalam menjaga alam sekitar agar kebersihan dan keamanan negara dapat dirasai oleh generasi akan datang . Bukan itu sahaja ,dengan nilai nilai positif yang kita tunjukkan dapat menjadi contoh kepada semua orang .Oleh itu , janganlah kita memandang remeh tentang ini ,marilah bersama sama menjaga alam sekitar dengan baik .


RUJUKAN 1.Langkah-Langkah Mengatasi Pencemaran Alam Sekitar - Esei STPM 2.Kenali Jenis-Jenis Pencemaran (Pollution) - Relaks Minda 3.Penyebab, Dampak dan Cara Mengatasi Pencemaran Air (99.co ) 4.DEFINISI PENCEMARAN - Pencemaran 5.Pencemaran Alam Sekitar - Fakta, Punca Dan Kesan Kepada Manusia - Voize


TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version