KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN TENGHILAN
PETI SURAT 594,
89208 TUARAN SABAH.
TEL / : 088981644 FAX: 088-981200
Email: [email protected]
Rujukan : XBA4420/700-006( )
Tarikh :19 November 2021
Kepada,
Ibu bapa/ Penjaga,
Murid tahun 1-6,
Sekolah Kebangsaan Pekan
Tenghilan, Tuaran.
Tuan/ Puan,
PENGOPERASIAN SEKOLAH DALAM FASA 4 PELAN PEMULIHAN
NEGARA(PPN) BAGI MURID TAHUN 1 HINGGA TAHUN 6 SECARA
PENGGILIRAN
Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk.
02. Berikutan dengan peralihan fasa 4 Pelan Pemulihan Negara(PPN), maka
persekolahan murid tahun 1 hingga tahun 6 akan mula beroperasi pada 22
November 2021 secara penggiliran. Oleh yang demikian, semua murid tahun 1
hingga tahun 6 SK.Pekan Tenghilan akan memulakan sesi pembelajaran secara
bersemuka(mengikut penggiliran) pada tarikh tersebut.
03. Bersama dengan ini disertakan lampiran jadual kedatangan murid mengikut
penggiliran sempena pembukaan semula sekolah. Disertakan juga senarai murid
mengikut kumpulan setiap kelas.
04. Kerjasama daripada pihak tuan/puan dalam perkara ini terlebih dahulu
diucapkan berbanyak terima kasih.
Sekian dan terima kasih
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,
KADIR BIN HJ.JUNIT
Guru Besar,
Sk. Pekan Tenghilan
Tuaran,
S.k Fail