The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Syarat Program & Pertandingan Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan 2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SKSJ MERDEKA, 2021-08-08 00:49:14

Karnival Sambutan Bulan Kebangsaan Peringkat SK Subang Jaya 2021

Syarat Program & Pertandingan Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan 2021

Keywords: Merdeka!

KARNIVAL BULAN KEBANGSAAN
PERINGKAT SK SUBANG JAYA 2021

OBJEKTIF :
Memupuk semangat patriotisme dan cinta akan Negara Malaysia
Mencungkil bakat terpendam murid-murid SK Subang Jaya secara

menyeluruh

MAKLUMAT PERTANDINGAN :
Tarikh : 09 Ogos - 20 Ogos 2021
Tempat : Kediaman masing-masing
Sasaran Penyertaan : Terbuka kepada semua murid

Tahun 1 – Tahun 6
AKTIVITI DAN SYARAT PENYERTAAN :
Sayembara Sajak Merdeka
Pertandingan Fotografi Merdeka
Video Tik Tok Ilham Merdeka
Pertandingan Eksplorasi Seni Visual
Pentandingan Bintang Kecil Patriotik

AHLI JAWATANKUASA

En. Muhammad Faiz Bin Rosli Pn. Haliza bt Kamaruzaman

Pn. Fazurin bt Baharudin Pn. Shamdeswari a.p. Muthulingam

Pn. Aida Hydrawaty bt Samsul Pn. Tan Siew Ting

Pn. Norma bt Mat Sidik Pn. Razmi Aznita bt Muhamad

Pn. Che Puteh bt Sulaiman Pn. Iza Hairani bt Abu Bakar

Pn. Norhazlina bt Abdul Manan Pn. Aslinawati bt Abu Samah

Pn. Nor Adawiyah bt Ismail Cik Amira Nasuha

PROGRAM & PERTANDINGAN
SEMPENA SAMBUTAN

HARI KEBANGSAAN 2021

1) SAYEMBARA SAJAK MERDEKA 2021
Sayembara Sajak Merdeka 2021 merupakan program yang diadakan sempena
sambutan bulan kebangsaan bagi memupuk dan menyemarakkan lagi semangat
cintakan negara serta perpaduan dalam kalangan masyarakat tidak mengira,
bangsa, agama dan kepercayaan.
Program yang terbuka kepada murid SK Subang Jaya ini diadakan bagi memberi
peluang kepada para peserta untuk menzahirkan rasa kecintaan terhadap tanah air
melalui aktiviti mendeklamasi sajak.

Tarikh Pelaksanaan :
9 Ogos hingga 20 Ogos 2021

Kaedah Pelaksanaan :
Secara Dalam Talian

Kumpulan Sasar :
Terbuka kepada tahap 1 dan 2 ( Tahun 1 – Tahun 6)

Guru yang bertanggungjawab :
Pn. Aida Hydrawaty bt Samsul

Link Penghantaran Karya :
https://forms.gle/TAoPJUQ5qtdLS2id7

Syarat dan Peraturan Pertandingan

a) Peserta mestilah terdiri daripada murid SK Subang Jaya.
b) Peserta hendaklah mendeklamasikan sajak dalam Bahasa Melayu.
c) Sajak yang dideklamasikan oleh semua peserta haruslah berdasarkan tema

yang berkaitan dengan kemerdekaan.
d) Sajak tersebut juga hendaklah tidak menyentuh unsur sensitiviti mana-

mana kaum, kepercayaan atau agama.
e) Setiap peserta dibenarkan untuk menghantar sebuah karya sahaja. Apabila

penyertaan telah dihantar, peserta tidak dibenarkan untuk membuat
permohonan pindaan kepada maklumat atau karya.
f) Peserta hendaklah memuat naik video penyampaian dalam format mp4 di
pautan yang dikongsikan.
g) Video karya perlu dinamakan (rename) dengan nama murid.
h) Penyertaan yang dihantar melalui saluran selain pautan yang
dinyatakan di atas tidak akan dilayan.
i) Karya akan dinilai berdasarkan elemen-elemen seperti yang berikut:

• Kreativiti penyampaian;
• Penggunaan bahasa; dan
• Gaya susunan atau struktur sajak yang menarik.
j) Penyertaan yang dihantar selepas tarikh tutup tidak akan dilayan.
k) Keputusan panel hakim adalah muktamad.
l) Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan guru kelas atau guru
yang bertanggungjawab menguruskan pertandingan.

2) PERTANDINGAN FOTOGRAFI MERDEKA
Pertandingan mencungkil bakat dan kreativiti khususnya murid-murid SKSJ
untuk berkarya melalui seni fotografi dan nukilan kenegaraan. Pertandingan ini
terbuka kepada semua murid SK Subang Jaya.

Tarikh Pelaksanaan :
9 Ogos hingga 20 Ogos 2021

Tema :
Malaysia Prihatin

Kumpulan Sasar :
Terbuka kepada tahap 1 dan 2 ( Tahun 1 – Tahun 6)

Guru yang bertanggungjawab :
Pn. Norma bt Mat Sidik

Link Penghantaran Karya :
https://forms.gle/TAoPJUQ5qtdLS2id7

Syarat dan Peraturan Pertandingan

a) Peserta bebas menggunakan pelbagai jenis kamera (termasuk kamera
telefon bimbit) dengan resolusi tidak kurang 240 dpi dan bersaiz minima
3.0 MB.

b) Foto yang dikemukakan bagi tujuan pertandingan ini mestilah foto asli
yang diambil sendiri oleh peserta dan tidak melanggar hak-hak pihak
ketiga (termasuk hak cipta). Penganjur tidak bertanggungjawab atas
sebarang tuntutan daripada pihak ketiga.

c) Penyertaan dibatalkan serta merta sekiranya gambar yang dihantar pernah
memenangi atau menyertai pertandingan fotografi yang lain.

d) Pihak SK Subang Jaya berhak menggunakan foto-foto tersebut untuk
tujuan promosi di media cetak/elektronik.

e) Peserta dikehendaki mengambil gambar dengan berpakaian
tradisional/kebangsaan, berlatarkan elemen kemerdekaan, berunsurkan
nilai kenegaraan dan patriotisme.

f) Peserta boleh meletakkan kapsyen kemerdekaan yang kreatif (tidak
melebihi 20 patah perkataan).

g) Keputusan panel juri adalah muktamad.
h) Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan guru kelas atau guru

yang bertanggungjawab menguruskan pertandingan.
i) Gambar karya perlu dinamakan (rename) dengan nama murid.

Kriteria Pemarkahan
Penilaian dan penghakiman adalah berdasarkan kepada pematuhan syarat-syarat
dan format pertandingan seperti yang telah digariskan.

Penilaian dan penghakiman terhadap karya foto adalah lebih tertumpu kepada
tema bulan kebangsaan, kreativiti dan caption kemerdekaan yang menarik, dan
bukannya tertumpu kepada kepakaran merakam foto secara profesional. Namun
demikian, kualiti foto juga akan diambil kira dalam pemarkahan.

3) PERTANDINGAN VIDEO TIK TOK ILHAM MERDEKA
Pertandingan mencungkil bakat dan kreativiti khususnya murid-murid SKSJ
untuk berkarya melalui seni videografi. Pertandingan ini terbuka kepada semua
murid SK Subang Jaya.

Tarikh Pelaksanaan :
9 Ogos hingga 20 Ogos 2021

Tema :
“Malaysia Prihatin”
“Penghayatan Kemerdekaan dalam Norma Baharu”

Kumpulan Sasar :
Terbuka kepada tahap 1 dan 2 ( Tahun 1 – Tahun 6)
Kategori (Berkumpulan) – 2 hingga 4 orang boleh melibatkan ahli keluarga.

Guru yang bertanggungjawab :
Pn. Che Puteh bt Sulaiman

Link Penghantaran Karya :
https://forms.gle/TAoPJUQ5qtdLS2id7

Syarat dan Peraturan Pertandingan

a) Murid SK Subang Jaya.
b) Kreatif serta jalan cerita menarik mengikut tema “Penghayatan

Kemerdekaan dalam Norma Baharu”.
c) 1-2 minit SAHAJA.
d) Produksi mestilah karya asal peserta dan tidak pernah menyertai di dalam

mana-mana sosial media.
e) Setiap kumpulan hanya boleh menghantar satu penyertaan sahaja.
f) Tidak menyentuh unsur-unsur sensitiviti politik, kaum dan keagamaan.
g) Keputusan Panel Juri adalah muktamad.
h) Hakcipta produksi adalah hak milik peserta. Peserta mestilah

membenarkan SK Subang Jaya menggunakan hasil karya peserta tersebut
bagi tujuan promosi dan siaran sebelum, semasa dan selepas pertandingan.
i) Kategori (Berkumpulan) – 2 hingga 4 orang boleh melibatkan ahli
keluarga.
j) Muat naik video Tik Tok yang dirakam melalui pautan yang dikongsikan.
k) Video karya perlu dinamakan (rename) dengan nama murid.

4) PERTANDINGAN EKSPLORASI SENI VISUAL
Pertandingan ini dapat meningkatkan kemahiran seni visual dalam kalangan
murid-murid sekaligus mengasah bakat murid dalam penghasilan karya seni.
Tarikh Pelaksanaan :
9 Ogos hingga 20 Ogos 2021

Tema :
Malaysia Prihatin

Kumpulan Sasar :
Terbuka kepada tahap 1 dan 2 ( Tahun 1 – Tahun 6)

Guru yang bertanggungjawab :
Tahun 1 : Pn. Haliza bt Kamaruzaman
Tahun 2 : Pn. Nor Adawiyah bt Ismail
Tahun 3 : Pn. Shamdeswari a.p. Muthulingam
Tahun 4 : Pn. Norhazlina bt Abdul Manan
Tahun 5 : Pn. Tan Siew Ting
Tahun 6 : Pn. Razmi Aznita bt Muhamad

Keistimewaan :
Semua peserta akan mendapat Sijil Penyertaan
Pemenang : 5 tempat bagi setiap aliran

Link Penghantaran Karya :
https://forms.gle/x3vLM6AiEANDM4678

Pertandingan Eksplorasi Seni Visual Mengikut Tahun :
Tahun 1 : KOLAJ JALUR GEMILANG
Tahun 2 : MONTAJ KEMERDEKAAN
Tahun 3 : MODEL KENDERAAN MERDEKA
Tahun 4 : DOODLE ART KEMERDEKAAN
Tahun 5 : MALAYSIAKU PRIHATIN (GABUNGAN MOZEK DAN CATAN)
Tahun 6 : POSTER KEMERDEKAAN (KEPELBAGAIAN MEDIA KERING)

Syarat Am Pertandingan

a) Penghasilan karya mesti mengikut tema.
b) Karya perlu dihantar melalui gambar (image) ke dalam link yg diberikan.
c) Peserta perlu menangkap gambar poster dan memuat naik (upload) di

dalam google form yang dilampirkan. Gambar (image) karya perlu
dinamakan (rename) dengan nama murid.
d) Hakcipta produksi adalah hak milik peserta. Peserta mestilah
membenarkan SK Subang Jaya menggunakan hasil karya peserta tersebut
bagi tujuan promosi dan siaran sebelum, semasa dan selepas
pertandingan.
e) Setiap peserta hanya boleh menghantar satu penyertaan sahaja.
f) Karya perlu disimpan sehingga keputusan pemenang diumumkan.
g) Keputusan pertandingan adalah termaktub kepada penilaian para panel
yang dipertanggungjawabkan.
h) Muat naik hasil karya melalui pautan yang dikongsikan.

Syarat Khas Pertandingan Mengikut Tahun :
TAHUN 1 : KOLAJ JALUR GEMILANG

Karya dihasilkan dengan menggunakan TEKNIK KOLAJ SAHAJA.
Karya perlu menggunakan lembaran Jalur Gemilang yang dilampirkan.
Bahan Kolaj boleh digunakan seperti kertas warna, beras,bijirin atau
kekacang dan bahan yang sesuai digunakan.

TAHUN 2 : MONTAJ KEMERDEKAAN
Karya dihasilkan dengan menggunakan TEKNIK MONTAJ SAHAJA.
Karya perlu dihasilkan di atas kertas lukisan atau kertas bersaiz A4.
Bahan Montaj boleh digunakan seperti keratan majalah, surat khabar, buku,

atau cetakan daripada internet.

TAHUN 3 : MODEL KENDERAAN MERDEKA
Karya dihasilkan dengan menggunakan TEKNIK MODEL SAHAJA.
Karya perlu menggunakan bahan-bahan yang bersesuaian seperti binaan

kotak, botol, kertas dan sebagainya.

TAHUN 4 : DOODLE ART KEMERDEKAAN
Karya dihasilkan dengan menggunakan TEKNIK LUKISAN DOODLE ART

SAHAJA.
Karya Doodle Art perlu dihasilkan dengan cara melukis dan mewarna. Imej

doodle art perlulah bersesuaian dengan tema.
Karya boleh menggunakan pen doodle art, pensel, pensel warna, magic colour

dan pena yg bersesuaian.

TAHUN 5 : MALAYSIAKU PRIHATIN (GABUNGAN MOZEK DAN
CATAN)

Karya dihasilkan dengan menggunakan GABUNGAN TEKNIK MOZEK
DAN CATAN SAHAJA.

Karya boleh dihasilkan di atas kertas A4 atau kertas lukisan.
Gabungan mozek dan catan boleh menggunakan bahan-bahan yg

bersesuaian. Logo Malaysiaku Prihatin perlu ada dalam setiap penghasilan karya.

TAHUN 6 : POSTER KEMERDEKAAN (TEKNIK MEDIA KERING)
Karya dihasilkan dengan menggunakan TEKNIK LUKISAN SAHAJA.
Karya boleh dihasilkan dengan menggunakan bahan media seperti pensel,

pensel warna, krayon, oil pastel, magic colour dan pena yg bersesuaian.

5) PERTANDINGAN BINTANG KECIL PATRIOTIK
Pertandingan berkonsepkan Patriotik dan Kenegaraan ini mendapat sambutan
yang menggalakkan saban tahun. Lagu Patriotik merupakan tema Pertandingan
Bintang Patriotik bagi menggambarkan jati diri cintakan negara dalam kalangan
murid SK Subang Jaya.

Tarikh Pelaksanaan :
9 Ogos hingga 20 Ogos 2021

Tema :
Malaysia Prihatin

Kumpulan Sasar :
Terbuka kepada tahap 1 dan 2 ( Tahun 1 – Tahun 6)

Guru yang bertanggungjawab :
Pn. Iza Hairani bt Abu Bakar
Pn. Aslinawati bt Abu Samah
Cik Amira Nasuha

Link Penghantaran Karya :
https://forms.gle/MnMTWWbm6sdo1FYNA

Pilihan lagu :
Tahun 1 : Jalur Gemilang @ Warisan
Tahun 2 : Keranamu Malaysia @ Warisan
Tahun 3 : Saya Anak Malaysia @ Warisan
Tahun 4 : Sejahtera Malaysia @Sehati Sejiwa
Tahun 5 : I Am for You @ Dirgahayu Tanah Air ku
Tahun 6 : Gemuruh - Faizal Tahir @ bahtera merdeka

Syarat dan Peraturan Pertandingan

a) Murid SK Subang Jaya.
b) Pilihan lagu adalah seperti yang diberikan.
c) 3-5 minit SAHAJA.
d) Penghasilan video nyanyian adalah atas kreativiti masing-masing.
e) Setiap murid hanya boleh menghantar satu penyertaan sahaja.
f) Tidak menyentuh unsur-unsur sensitiviti politik, kaum dan keagamaan.
g) Keputusan Panel Juri adalah muktamad.
h) Hak cipta video adalah hak milik peserta. Peserta mestilah membenarkan

SK Subang Jaya menggunakan hasil karya peserta tersebut bagi tujuan
promosi dan siaran sebelum, semasa dan selepas pertandingan.
i) Peserta boleh membuat rakaman menggunakan aplikasi Smule, Tik Tok,
audio minus one yang diperoleh daripada Youtube atau lain-lain yang
bersesuaian. Pastikan format yang digunakan adalah bersesuaian.
j) Muat naik video rakaman nyanyian yang dirakam melalui pautan yang
dikongsikan.
k) Video nyanyian perlu dinamakan (rename) dengan nama murid.


Click to View FlipBook Version